Tuesday, November 30, 2010

Hai December~

yeayy! esok bulan baru. lagi sebulan dah tahun baru. o yeah o yeah. lagak monyet makan cili. happy December semua ye. so, pada sesape yang 'akan' tua pada December ni, selamat menuakan diri la yep. pada yang rancang nak berkeluarga December ni. selamat berkeluarga la jugak yep. dengan nada yang jeles. 

so, kebanyakan blogger sekarang ni sedang bercuti. kan kan? pada yang lom cuti dan tengah nak exam tu atau sedang berlog book atau berassigment atau berpraktikal tu. ahaks. anda sangat kasihan. giler jahat punye perli. hehe, usaikan yang utama dulu ye kawan-kawan. ecece. nothing to say. just...bye-bye November. bulan yang bikin poket makin kempis, perut makin buncett...haha.



psst~
wahai kerajaan yang prihatin. cepatla masukkan elaun gua. mau sopping YES (year end sale). hik hik. tipu je. mau borong barang masuk hostel ni. maklumla student yang rajin dan tinggi semangat nak belajar ni. haha.

psst~
saja tak nak bukak laman web Dipharm, sebab malas nak amek tau sal result. i don want to hurt myself. hak hak. weh Jong, mana hari esok ko nye?



Jadi Cikgu Masakan

hai yayang semua. ahaks! kegedikan terpancar jua. ok guys.dah baca tajuk entry Mish?dah? belum? sila baca sekarang. kalau ada yang tenyeh-tenyeh mata tu. tak perlu sakitkan mata korang k.

hari ni umi pergi ke bandar Kuala Terenganu atas urusan rasmi. so, adik-adik yang lain my sister Athirah yang jaga. biasa kalau cuti sekolah, balik umah je.nasik dah siap hidang. tinggal nak melantak je. tapi hari ni, damn giler. nasik kosong je ada.lauk? talak ada paper.pemalas punya adik. cis je. haha.

sampai umah untuk lunch break tadi, adik yang 5 tahun ngadu lapar. aisehh..cakap nak makan nasik. Mish pun apa lagi. bagi la ceramah yang berilmu dan menginsafkan kat my little sister tu. pastu i suruh dia turun dapur. dan aku nak ajar dia masak. at least kena tau makanan darurat ni. sian betul kat adik-adik. makan roti je. ish..padahal tau sangat umi dah pesan kat dia suruh cari makanan, tapi lazy sindrom la tu. 

cewwah. jangan tak percaya tau Mish ajar dia masak. masakan baikkkkk punye! sape nak angkat Mish jadi bini cepat daftar. ley makan ni hari-hari. hehe. Mish ajar die masak apa? dengan bangganya Mish nak cakap Mish ajar adik Mish tu masak.... >>>> ikan bilis goreng kicap!. feberet Mish tu. hak2.simple kan. haha. mesti lam hati korang cakap :

" cehh..hengatkan ajar masak ikan stim ke, ayam masak santan ke. adik haku pon boleh masak takat tu"
 apakan daya. masa tak cukup. rehat kan sejam je. ini adalah alasan ok! k lah. nak siap p kerja. panjang la pulak entry ni. ish. tersasul bebel la tu. haha. happy blogging semua.
psst~
semalam tidur awal. persediaan nak cergas-cergas sebab hari ni last day praktikal. pasni sebulan goyang kaki kat rumah. yahuuu!

Monday, November 29, 2010

Takikardia

masa tengah-tengah duk saja-saja tadi. duk goyang-goyang kaki. duk menung-menung masa depan. tetiba je jantung Mish cam takikardia. aaa? takikardia?ape tu??gaya kartun terkejut..haha.

ok ok. takikardia means degupan jantung yang laju daripada normal. nak tau yang normal berapa? google sendiri k sebab Mish pun tak tau ni. haha..konon nak ngajar orang kan? so, bila tetiba korang rasa heartbeat korang laju daripada biasa tu, maksudnya, korang mengalami takikardia. kalau bradikardia, selow punye k. ni biasa istilah yang kita guna untuk orang yang ada masalah jantung je. ahaks! damn giler Mish kan. mentang-mentang ambil kos paramedik. macam tuih je nak  bagitau semua ni. u oll yang amek doktor pun tak de nak cerita ni kan. haha.

*teett*

giler jauh terpesong dari topik sebenar tu. aisehh..ok. wekap gurl. back to our main topic. masa duk melayari waktu bahagia tadi, jantung i takikardia. Mish agak-agak dalam 140km/j. perghh..sila jangan percaya. dalam masa yang sama Mish rasa macam excited giler. rasa cam cant wait for something tau. 

tak sabar nak  kawen??ops...sipi-sipi dah tekaan tu. haha. memiang giler kaw. actually,Mish rasa cam tak sabar nak masuk kelas. nak belajar. nak mula sem baru sebagai super duper senior bukan super junior k. cewwah. jawatan cam gempak kan. ye la. tak sabar nak buli-buli junior. mana-mana yang agak tak hormat Mish. Mish nak kasi lempeng tangan cap ayam ni. haha. macam berani.

geng 5J kalau baca ni mesti gelak-gelakkan Mish ni. konpem dorang wat bahan. haha. abaikan. tapi serius. rindu sangat nak belajar. nak duk lam kelas. agak-agak ngantuk, tidur je lam kelas. maklum la, seat selalu yang terceruk. aihh..bile nak berubah la. 

tak sabar nak wat nota atau peta minda comel-comel, warna-warni. tak sabar nak tampal-tampal nota kecik-kecik kat dinding. wahh..cam meriah je kan. haha. orang dapat dekan pun lom tentu rajin macam Mish tau. hik hik. berlagak je rajin. padahal result ke lombong jugak.

okeyhh..tu je perasaan aneh yang Mish alami kebelakangan ni. nak struggle hard ntuk final sem ni. kurangkan dating, tingkatkan prestasi. ok.sila jelir beramai-ramai. hahaha.



psst~
tengok nota yang diambil dari senior semalam. perghh..mau terkentut terkencing baca. bapak r susah. ciss..memang memerlukan ketekunan yang maksima ni. mampukah mindaku???harus bermula dari bawah....

psst~
Mish agak ni efek berdebar sebab result keluar hari ni kot. perghh..hari yang mantap bagi Mish.

Sunday, November 28, 2010

Boleh Tak?

boleh tak..
boleh tak..
boleh tak saya nak buat hal saya je.
boleh tak 'kamu' buat hal 'kamu' je. 
boleh tak 'kamu' jangan masuk campur hal saya.
boleh tak??

boleh tak.. 
boleh tak..
boleh tak saya tak nak dengar cakap orang.
boleh tak saya nak ikut kepala saya, cara saya je.
boleh tak saya tak nak pedulikan kata-kata 'mereka'.
boleh tak?

boleh tak.. 
boleh tak..
boleh tak saya jadi diri saya je.
boleh tak 'kamu' kalau tak suka, sila chaw dari hidup saya.
boleh tak 'kamu' jangan nak kusutkan saya lagi.
boleh ke tak?


psst~
penah tak rasa atau ada perasaan macam ni?hurm..really hate this feeling. ouch. plis don bring me down. up up and away Mish. chill~

Saturday, November 27, 2010

Kembara Si Iman

hai readers..ciss..readerss kunun..ok..hai kawan-kawan..salam sejahtera!!sihat??giler ramah kaw.haha.

okeyhh..dah lama amat tak hupdate sal si kecil Iman ni. kan?kan?alkisahnya hari ni Mish ada jemputan kenduri di banyak tempat. seriesli, ikutkan kami satu family, memang semua nak pergi. tapi apakan daya, masa tak mengizinkan.cewwah, camni la lagak Siti Nurhaliza tak dapat penuhi undangan peminat kot.

kenduri belah petang tu, atas jemputan cikgu yang mengajar sekali ngan umi. umah die dalam 50 kilometer jauhnya dari umah Mish. jauh ke kawasan bandar ok lagi. ni jauh lagi ke kawasan pedalaman.pedalaman ok, so, Mish dah bayangkan, giler best kampung tu. adik-adik lak cakap umah Cikgu Nik tu dekat ngan sungai. perghh..meleleh peluh sebab dah lama tak mandi sungai dan sewaktu dengannya.

ok, dipendekkan cerita, lepas makan Mish dengan adik-adik yang lain bawak la si kecil ni ke sungai tu. dah tahu yang iman ni memang hantu air. hehe..jom layan!!

hai!!saya Iman!

okai, ni gaya Iman memulakan langkah ke sungai. giler laju budak ni lari. saja mau kasi kakak-kakak beliau mengah...huhahaa...jom-jom kita ke sungai!!

pastu masa tengah jalan-jalan tu. Iman nampak ayam. Iman ni jakun sikit pasal dia tak dibesarkan di kampung.so, bila nampak ayam sekor pun, dia excited macam nampak sekawan raksasa.


aduhh..jauhnya..Iman penatla..rehat jap..ada 100 plus pun bagus ni kan kan??sempat je posing jap untuk blog Mish Lollypurp. ahaha.


fuhh..dah penat jalan.series penat. sampai jugak akhirnya kat sungai. oh lalalala~terpegun jap. maklumla jakun kan. before ni kenal pantai je. haha.


eh eh,sampai je nampak abang-abang semua dah dalam air. perghh..maju kot abang-abang Iman. laju depa jalan. semua pakat peace konon nak jeleskan Iman. wahh..iman Iman tergugat.


haha..apa lagi..terus je suruh kak Tirah bukakkan seluar..yeehaa..tinggal pampers tajaan Huggies pantz je. baru best nak redah air. cewwahh!


seronok wess dapat main air. sampai terjatuh tergolek pun budak kecik ni tak nak naik-naik. kami ni bimbang je dia ni demam. bising la umi. haha.


Iman terlampau out of control sampai kering tekak jerit suruh Iman main kat tempat cetek. aduss...


before balik, posing dulu sekali. cewwah..abang-abang punye gaya menggugat gaya Iman. ahahaha..best tau main air sungai. nanti nak ajak umi datang lagi. untuk mandi!! bestt~


pastu masa nak balik, terserempak ngan ni. lipan!! eh eh. jangan jakun la kamuu.. ni bukan lipan okey. ni ulat gonggok. kat korang panggil apa tak tau la. tapi kami panggil ulat gonggok. nama segeli ngan tuannya. yeww!


dan yang paling kaget (terkejut) adalah budak ni laaa..haha.


 
 kantoii..Iman tak pakai seluar dan kasut masa balik. haha. tapi tak pe, Iman ada pampers. kamu apa ada?aaa...haha.ni masing-masing duk tengok konsert by ulat gonggok.



fuhh..pastu sampai rumah kenduri tu balik. umi pun terkejut sebab tengok kondisi anak bongsu beliau. ahaha..dah macam anak orang asli. pas salam-salam ngan tuan rumah. terus je berangkat pulang. yang main air,semua tidur. ciss..penatla tu konon. haha.

sekian laporan kegiatan kenduri yang dihadiri oleh famili Encik Sahami.

Happy Birthday Abah!


huwaa...ok..abah yang paling tua dalam ahli keluarga kami.dan yang paling tua tu akan meningkat tua pada hari ni. 27hb November. hehe..er..nak nyanyi lagu ke ek? abah selalu cakap suara Mish cam katak tersepit. ok, mungkin beliau sangat jeles akan suara merdu i!buwerrkkk..

ok.skip bahagian lagu.so, nak bagi kek ke kat abah? opss..abah tak makan kek la. hehe.

skip lagi. disebabkan abah ni lelaki, so, i tak nak bebel panjang. terus pada wishes la..aci tak? lelaki kan tak suka dileteri..betul tak?ahaks!

to abah :
1)  semoga abah dimurahkan rezeki. senang i nak bodek ongkos!haha. jokinG!
2)  semoga abah dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dijauhi segala penyakit.
3)  cepat-cepatla berhenti merokok ye abah. kang tak awet muda sudahh! hehe.





psst~
tak dapat bayangkan kehidupan Mish sekeluarga tanpa insan bergelar bapa ni. mesti sangat sukar kan?? alhamdulillah Mish masih punya dua-dua. semoga mereka dipanjangkan umur dan berbahagia selalu. 

Friday, November 26, 2010

Makhluk Susah Hati

susah hati..susah hati kalau dapat sesuatu, susah hati kalau tak dapat sesuatu.susah hati jumpa tu, susah hati jugak kalau tak jumpa. susah hati tengok tu, susah hati tengok ni. susah hati lah segala-segala.

hurm..macam la bahagia sangat rasa susah hati tu. susah hati ni buat hidup seolah tidak bersyukur. susah hati pada yang tak penting adalah perbuatan yang merugikan hati dan otak untuk berfikir. susah hati tentang perkara yang patut amat digalakkan tapi, apakah perkara yang patut itu.

susah hati ni lama-lama boleh jadi dengki dan hasad yang memakan diri. contohnya susah hati melihat orang lain senang. susah hati melihat orang lain ada benda yang kita ada. susah hati ini membawa kepada perpecahan kaum. daripada susah hati baik kita muhasabah diri dan baiki apa yang kita susahkan sangat tu.

so, pada sesapa yang susah hati tak tentu pasal. nasihat buat kamu yang susah hati ni, please mind your own business. sebab kalau kamu masuk campur hal orang, hati kamu akan susah yang dipanggil susah hati.

ok...sekian laporan susah hati karangan Mish Lollypurp menggunakan bahasa yang kaku.

*******tadaaa!!*******

dun wori guys..jangan la baca ngan bayangkan wajah Mish ketat masa tulis ni..ni just for fun sebab malas nak tulis idea yang dalam draf. merapu lagi baik kot..hehe..Mish still ting tong cam selalu! cheesE~!!


 psst~
entri ni bukan ditujukan pada sesiapa k! hanya sebagai penghiasa update di 26hb..sekian terima kasih. cewwah!!

psst~~
perasan tak setiap perkataan kat atas sana ada perkataan susah hati. haha!


Thursday, November 25, 2010

Umi Terluka Kerana Perbuatan Mish.

ini kisah benar. sangat-sangat benar. saya sedang bersedih. kisah ini baru sahaja terjadi. hurmm...saya sedih kalau kamu percaya..sebab...sebab..saya bukan perang jahat-jahat dan ganas ngan umi. hak hak..

al kisahnya peperangan kami. untuk makluman, peperangan ini sangat ganas. jadi awas!

umi : along, tolong tengokkan jari umi ni jap. sakit sangat. rasanya kena masuk tulang ikan tadi kot.sambil menghulurkan jari beliau.
Mish : dan-dan lagi masuk tulang ikan..aihh...sebab biasa masuk duri atau kaca. haha.
umi : tu la...sambil hulur jarum.
Mish : tak de pun..dah puas godek-godek ni. sambil cuba cucuk-cucuk ngan jarum.
umi : sakit la najihah! siap tepuk lengan i lagi.
Mish : umi ni, sebab sakit la nak tengok ni, kalau tak sakit tak de keje nak korek-korek..ee..
umi : tau la..tapi selow-selow la..pastu beliau gelak sendiri. haha.
Mish : tak de la umi..tak nampak pun ni. tak rasa pun tajam-tajam.
umi : ada..cari la elok-elok. kalau tak de takkan la rasa sakit.
Mish : sakit sebab tercucuk je kot. memang tak de ni. juling mata along tengok. aduss!
umi : ada..tengok la elok-elok. sakit sangat ni. 
Mish : umi ni...memang tak de lahh...
umi : ye la, awak korek dalam sangat, sakit dah ni.
Mish : lahh..nak salahkan along pulak.dah along nak stop, umi kata ada tulang kat dalam. bila cucuk-cucuk,umi kata sakit. aihh..umah ni bukan ada ubat bius pun. tak nak sakit tak yah la korek. haha.
umi : hurmm..biar je lah. esok-esok kalau ada tulang keluar la nanah kot. pastu baik sendiri.sambil beliau keluar dari bilik Mish.

......
umi : along! masuk bilik Mish tiba-tiba.
Mish : ye...terkejut!
umi : kasarnya awak buat kerja.berdarah jari umi ni haaa....
Mish : tengok jari umi. aah la..hehe..sorry, tu la..lain kali jangan suruh along jadi doktor bedah tak bertauliah..hak..hak...esok-esok ok la tu.sambil sengih kambing.

okey..tajuk je giler gempak. mesti korang terfikir, omaigot, mesti mish derhaka nih.haha. sekian entri merapu pertama dari Mish. kalau paham situasi diatas. korang memang pembaca yang berjaya. tahniah!

ini saya dengan umi saya. anda percaya ke ini umi saya?ahaks. gediks...




BE Jatuh ke Riba..yess~

yuyunkS semua~!!jom join Mish hepi-hepi. ahaks. tajuk cam hampeh je kan. macam al-peramal kajicuaca je mish hari ni..cekkktuiss...haha. well, well, well..(sila baca dengan nada orang bongkak + bangga diri). 

setelah lama penantian Mish yang bagai pungguk rindukan bulan. oww..akhirnya, bulan yang di puja jatuh ke riba. syukur~ haha..masih ingat lagi kegelisahan hati Mish sebab BE dah lama tak masuk akaun? asal-asal Mish fikir, BE Mish sesat kot.silap masuk akaun orang lain. ni baru jumpa jalan pulang. haha. tapi satu je baru jumpa jalan ni. lagi seratus BE Mish masih lagi sesat. ahaks!


so, BE kesebelas Mish kali ni ditaja oleh...(ceh..ayat ditaja tak boley blah!)..Nokia C3..hee...thanx Nuff..biarpun lambat, namun ku tetap dihatimu Nuff..terharu kot. ahaks.

nak tahu kenapa saya dapat BE kali ni??haaa..sebab...


sebab ada orang suruh saya selalu senyum-senyum kat Nuff..so, i just did it and its work!wow! haha..okey, sila jangan percaya! haha.

psst~
hari Khamis, besok Jumaat..so,saya cuti!!yabedabeduuw..

ehem...
semalam ada member tanya.."wei, ko bila nak wat entri poem-poem lak?lama tak layan nih..ahaks!".

Wednesday, November 24, 2010

Giler Best Jadik Anak Sulong!

okeh?siapa kat sini anak sulong?saya!saya!saya! hoorey!kite geng lorh. giler best jadi anak sulong kan?kan? eh eh, korang anak sulong pada berapa orang adik beradik ek? err..Mish anak sulong also known as yang tertua daripada 9 adik beradik ok! yep..9 orang..means, adik Mish ada 8 orang. juga bermaksud, Mish ada 8 orang untuk dibuli. ahh..tipu je.Mish kakak sulong yang baik. kan adik along sayang?lalala~

bese lam family Mish dipanggil Along. ALONG ok. bukan AH LONG. ahaks. cam ganas je kan. eh eh, anak sulong korang lam keluarga, korang panggil apa?

ramai cakap mesti penat jadi ko kan. anak sulong. hak hak. siapa cakap tak best? best woo..sebab..

1.  Apa apa hal, orang akan anggap kita sebagai yang serba tahu.

mesti la kan orang bajet cam kita ni pandai everything la sebab kita dulu yang makan gula garam dan ajinomoto kan. hehe. best pe, so kadang orang pun cam mengharap la kat kita.eh, tapi tu kira beban la pulak kat kita kan? tak kisah, yang penting boleh berlagak ngan adik-adik. haha. gile keji kau!


2.  Rapat dengan parents

yang ni betul kan?kan? best nya jadi anak sulong sebab segala benda umi dan abah serahkan kat kita. konon dorang nak tinggal rumah,duit semua dorang akan bagi kat kita.suruh jaga adik-adik elok-elok. pastu kalau degil cubit je sebijik. sebijik?cukup ke abah?haha. ni gurauan ok. sila jangan ambil serius!. ni yang best bila dah rapat ngan parents, dapat title orang kepercayaan lagi, so, bila budak-budak ni nak buat nakal depan kita, konpem dorang menyorok. sebab? sebab dorang takut kita report...o yeahh!

3. Berdikari.

yess..anak sulong ni biasanya dikatakan lebih berdikari. kan?kan?err, berdiri macam kari? berdiri dalam kari? haha. berdiri di atas kaki sendiri okey! ye la..macam Mish dulu, masa darjah 3 Mish dah pandai uruskan baby, tukar lampin, mandikan baby. hehe..ala-ala keibuan u!ahaks. ni dah tua-tua macam dah malas dah. aisehh..hehe. pendek kata, anak sulong ni campak kat zaman batu pun boleh survive. hehe.pastu, kecik-kecik lagi dah kena jaga adik-adik, uruskan diorang sebab umi belajar jauh masa tu. so,stay ngan abah je la.. sedih kan?sila simpati k!

4.Pemimpin dan pembuli yang baik.

haha..betul ni. siapa-siapa yang anak sulong biasa sangat di lantik jadi pengawas masa zaman sekolah dulu. sebab?sebabbb..sebab anak sulong ni memang ada bakat memimpin dengan baik. kalau kat umah, memang anak sulong ni pakar bab suruh menyuruh mengarah ni. ye la..dulu kecik-kecik dah puas asyik disuruh. sekarang apa lagi, balas dendam la kononnya.i garang tau kat umah. hak..hak..pakar bab bagi ceramah tak bertajuk..hehe.

6. Pendengar masalah yang baik.

aihh..macam angkat bakul je ni kan. tapi betul ni. macam mish la kan, apa-apa hal pasal kerja ke, adik-adik ke, umi selalu mengadu kat Mish. selalu bercerita. secara tak langsung, kita dah dapat markah sayang dah kat situ dari sebelah mak. hehe..kalau adik-adik lak, selalu cerita belajar diorang. susah la..exam tadi soalan bocor la..bla..bla..bla..serononk dengar. pastu kalau bab yang kecik-kecik lak, seronok kalau Mish balik umah je, macam-macam dorang ngadu kat Mish. hehe...lucu. best tau ramai adik beradik.

7. Sambutan selalu gempak.

yang ni memang korang tak boleh nafikan. sebab, cuba tengok kakak atau abang atau sesape je yang baru nak sambut something bout anak sulong. tak kira la sambut kelahiran ke, pertunangan ke, hatta perkahwinan sekalipun. perghh..

8. Idola 

phewwit..tak bole blah ayat. idola. ahaks, cam artist i rasa..ouch, yep, jadi anak sulong juga secara tak rasmi kita jadi idola kepada adik-adik. kan? contohnya, kalau bab sosial, Mish suke bergambar, automatik, ramai adik-adik bawah Mish dah terjangkit ketagihan ni. haha. i like! tapi tang positifnya, kalau anak sulong berjaya, adik-adik secara tak langsung akan berusaha untuk ikut jejakkita. kan? bab ni Mish tak de la berjaya tahap gaban. setakat boleh tanggung diri sendiri. hik2.

anak sulong berjaya!ahaks~

hurm..tu la kot serba sedikit pengalaman best jadi anak sulong versi Mish. based on my pengalaman k..tapi banyak lagi yang tak tercerita nih, so, cerita setakat yang mampu. pada yang rasa beban jadi anak sulong ni, jomla kita berfikiran positif..hehe..hiduplah anak sulong demi keluarga!

Monday, November 22, 2010

Senyum?i like!

Senyum seindah suria..yang membawa cahaya...senyum la dari hati..dunia mu berseri..lalalaalal~sila sambung sendiri k!


pendapat u all la guys. antara senyum ngan muka ketat., mana lagi sejuk mata memandang?mana lagi best nak ajak sembang?of coursela yang senyum-senyum..kan?senyum tu penawar hati duka tau. selain tu,senyum leh wat usia seseorang tu nampak lebih muda dari usia..means..awet muda la..tak payah guna Safi Rania. ahaks..jom senyum-senyum semua..

jangan main-main ngan senyum ni sebab Rasulullah saw. sendiri pernah bersabda, “Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah”. (HR. Tirmidzy). Malah, pepatah Cina pun ada cakap, ‘Orang yang tidak bisa tersenyum dengan baik, tidak layak untuk berdagang’. agak-agak muke korang susah nak senyum, please jangan berniaga k!hehe...

psst~
kat tempat Mish praktikal, ada seorang staf tu, muka dia selalu masam..mencebik je sokmo..walaupun tak pernah sembang ngan dia, sumpah Mish jadi sakit hati tengok dia. tak pasal-pasal dosa kering kan?nak tegur dia pun takut. sekali dia pandang, macam nak tusuk lembing..ouch...

ehem..
sangat jeles ni, mana BE ke 11 Mish...tak de pun..Nuff tak bagi pun..orang lain dah berkepuk-kepuk dapat..aihhh..tak pe..Mish tetap senyum nih!hehe

Kampung Kena Serang!

okeh..hari 1st praktikal selepas bercuti selama hampir dua minggu..yess..masa nak bangun tidur pagi tadi..ya ampun..punye la liat..terkial-kial mata i..eh...salah ayat..terkebil-kebil..hehe..ikut hati, nak je pulun tidur..nak sambung mimpi kawen ngan putera katak..haha...baru je nak lena balik..lagu Busted-3am duk jerit-jerit kat telinga. damn!kacau je..

tapi pagi tadi syok...sebab adik Mish hantar...kira dah sampai tahap pakai driver la ni..hehe..sebab kete Mish abah nak bawak pegi klinik. dah la agak lambat, adik Mish pulak boleh dia bawak slow motion.konon nak tunjuk protes la tu sebab kena hantar puteri raja ni. padan muka.

masa nak turun bukit dekat sekolah rendah tu, Mish pelik..biasanya kenderaan memang tak putus atas jalan tu. ke hulu, ke hilir..sampai nak lintas pun susah. tapi pagi tadi..perghh..giler lengang. budak-budak jalan kaki pergi sekolah pun tak de. agak-agak nak tidur tengah jalan pun sempat mimpi kot. tapi dalam kepala otak Mish, duk pikir..aihh..kena serang todak ke kampung i nih?tak kan la ada raksasa datang serang ultraman kot semalam..karut aihh..mana pegi semua orang. dah kena korban ke?ciss..giler celupar mulut mish kan?hee~

pastu masa berenti kat kedai Mok Ja sebab nak beli kuih cekmek, Mish tanya la. mana semua orang ek?pastu adik Mish gelak-gelak..ciss..lawak sangat ke soalan Mish?Mok Ja pun jawabla..kan ni musim cuti..semua duk umah memasing la..gulp..malu seyh..dah la anak Mok Ja yang saing Mish tu ada sekali..lelaki beb..semua pakat gelak. pastu masa nak naik motor, ketuk kepala adik Mish sebijik,sebab dia tak bagitau aku. wat malu je.

Mish pun lembab jugak. kalau tak cuti, takkan la adik mish yang form4 tu boleh jadi supir..hak2..

well..ni la supir baru Mish yang mantap tu..haha

psst~
hari ni keje enjoy giler..dah la ada bos baru. skema je..tapi kami stay cool..wat bo layan je..haha..masa pun cepat je berlalu..tup-tup..dah pukul 5..yess..balik!

Minggu Yang Slow..

ingat tarikh ni!!22hb Nov...so, bermula hari ni Mish akan online guna netbook Satu Malaysia yang dapat free masa langgan Streamyx ari tu..hurm..Lappy Compaq memang dah jahanam..laptop Acer lak Mish merelakan adik Mish yang sedang belajar skang bawak pegi kolej dia..perghh...giler punye baik akak macam Mish kan..haha..

ni la netbook yang menyiksa masaku!
padahal baik terpaksa sebab netbook yang kami dapat ni..kosong!means..tak de paper..antivirus, Microsoft office semua kena masukkan sendiri..hampeh..so, adik Mish tu bawak nak guna untuk belajar..pe kejadah dia nak bawak netbook ni..kalau nak taip report..nak suruh dia taip dalam note?omaig0d..tinggi pelajaran kau..haha..takat mish duk umah goyang kaki, bw cincai..berkorban je la..sekali sekala..hak2..

so, bila dah guna netbook ni..kena pulak yang cap tempatan..hurm..paham-paham aje la yep..memang giler punye susah la nak bw..sebab dia tak boleh bukak tab banyak-banyak..kalau lebih dari 5 tab..konpem dia hang jap..rasa nak ketuk-ketuk ngan hammer..waa..hammer kau..so, kalau yang loading lambat tu, sorila..memang Mish dah tak boleh nak masuk la tu..pulak tu, dia punye cursor ni..eh eh..betul kot nama dia cursor...asyik gerak-gerak je tak ikut arahan..kadang-kadang Mish bawak ke kiri, dia mandai-mandai naik atas la..bawah la..sengal..kena Parkinson apa..uhh..

ada lagi Mish nak ngadu nih..kan netbook punye skrin kecik je..nak baca pun tak puas, pastu kalau yang before ni nampak sidebar blogger lain seluas gurun..skang view dia memang rapat tang skrin..so,kalau ada widget yang Nuff terapung ke, ataupun widget float lain, yang menghalang SB tu..memang Mish surrender awal2 la..kadang Mish tinggl komen je..patu dia punye button space macam mengom sikit..kalau tekan macam tak tekan..maka,akan menghasilkan penulisan seperti ini "haiMishdatang singgah!" nampak kerapatan nyata tu?aduss!

dah namanya netbook ni kosong kan..so, YM pon tak de..malas sangat nak install coz lembap..uhh..pastu software edit-edit gambar pun tak de lagik..aduss..banyak lagi mende nak kena download nih..mampus i!

so, sehingga i buat pertukaran balik ngan adik i tu..mungkin bw akan dikurangkan, entri makin disusutkan..huhu..tidor lebih diutamakan...sebab..sebab..i pun akan stat praktikal balik mulai 22hb ni sehingga akhir bulan ni..8 hari je pon..sengal kan kolej i?so, 8pagi hingga 5 petang memang sah-sah i tak de...haha..

dan pada mereka yang tak serik-serik nak tag Mish untuk apa jua aktiviti..dun wori..sebab mish dah siap notes kan..siapa yang tag Mish..tak caya??
sila terbalikkan skrin anda untuk hasil memuaskan!
 haha..poyo je kan...abaikan tulisan hipokrit tu..tulisan Mish 100x lagi cantik sebenarnya..haha...oleh itu, tempoh pembuatan semua yang dicatat tu akan bergantung kepada kelapangan k..thanx tau sebab tag Mish...jangan lupa yang Mish ni seorang yang pelupa!!haha

 
ok..ni memang dah tak boleh nak ejas..sila sengetkan kepala anda..sebab software photoscape belum didownload untuk gambar yang memuaskan..haha
baju oren ni akan dipakai lagi untuk 8 hari!aduss!

Happy Birthday Si Tomato!

Happy Bithday to you..
Happy Bithday to you..
Happy Bithday to you..
Happy Bithday to Cik Tom..


rasanya tak perlulah Mish nak cerita panjang lebar tentang blogger mesra alam ni kan..semua kenal Cik Tom kan??semua mesra ngan Cik Tom kan?kan??so, hari ni birthday Cik Tom yang ke 10+1X...sila kire sendiri k...

maaf lah Cik Tom..Mish tak de hadiah nak bagi..err..cukuplah Mish abadikan tarikh lahir Cik Tom melalui entri tak seberapa ni k..Mish suka kawan ngan Cik Tom ni..selain satu bawah satu negeri, Cik Tom ni humble je orangnya, tak de pulak berlagak cam orang lain walaupun femes..masa Mish susah, Cik Tom selalu tolong Mish..aduss..lebih-lebih lagi masa Mish nak tukar template blog kepada yang sekarang ni..lawa kan..Mish still simpan surat untuk Mish tu..hik2..kenangan kot..perghh..sentimental lak...ahaks~

k la Cik Tom..tak nak merapu panjang-panjang..kan Cik Tom terlebih touching lak..aduss...

  • harap Cik Tom sabar dan tabah ngan dugaan dunia ni ek sayang..
  • semoga pintu rezeki terbuka luas buat Cik Tom lepas ni..
  • sihat dan bahagia selalu tau budak tomato..hee~
  • hidup ni memang tak seindah fairytale..tapi sebenarnya lebih indah dari fairytale..make it k..
  • semoga persahabatan yang terjalin kat dunia maya ni berkekalan walaupun kita tak pernah jumpa...
jom pakat wish kat Cik Tom ye semua...sila pergi ke Tomato Gurl's Life!

psst~
ni bukan entri bodek atau tumpang glemer k..just something to be remembered...

Sunday, November 21, 2010

Err..kenapa pink??

jap..jap..before Mish stat bebel panjang..ada siapa-siapa yang buta warna??err..tak kenal warna pink??okeh...sila masuk tadika semula k!


err..ada yang dah kenal pink???good...senang Mish nak bebel sal kaler kiut ni.opss..ni bukan agenda ntuk Mish tukar nama jadi Mish Lollypink k..tapi kalau u olls perasan la kan..nape blogger perempuan yang hot-hot semua guna kaler pink as their blog's background...(ok..grammar yang boloks!)


betul..sumpah Mish tak tipu..korang tengok blog Irene Marcello, Fatin Liyana, Liyana Lunia, Ailyl Rozana, Intannurulfateha, Mish Lollypurp..opss..tersasul..haha..kan..kan.background dan header dorang memang kaler pink kan??dah memang kena sangat ngan jiwa ,mereka ni kot..sume cantek-cantek plus kiut..jepun cakap..kawaii..hehe..












(maaf..just mentioned beberapa blog je..sebagai contoh..)

semua header ada gambar ladies kan....haha..just like mine..ouch..okey..i geng pepel sejati k!hehe...so, pas ni..kalau agak-agak nak femes plus glemer terlebey tu..boleh la cuba-cuba tukar kaler backround u olls pada warna pink ok!dan lagi satu perkara sebelum satu perkara..ahaks...semua nama-nama besar di atas mempunyai huruf L..so, apekah kaitan??cis..abaikan segala ke 'nonsense' anku ini...


owh..dunia blog kenapa harus pink??err..pink ni bawak tuah ek ladiessku??haha..takpe-takpe..kang zaman pepel lak..kui..kui...majulah kaler untuk blogger!wohooo...tata!


psst~
teringin nak tengok blogger lelaki guna warna pink sebagai warna background diorang..jap..cuba bayangkan blog zaer ngan apiklidi kaler pink..wow!

Saturday, November 20, 2010

Malam Anugerah...

entri ni tercipta sebab Mish malas giler nak blogwalking..huhahaha...giler pemalas anak dara ni..makan je rajin..lalalala~makanya tadi dipikir-pikir balik...aih..banyak jugak award tertunggak yang Msh lom wat..kebanyakannya dah lupa sapa yang tag..aduss..ari tu dah nekad..konon tak nak tangguh...tuitt je..


malam ni bagi menghilangkan keboringan yang melanda..tak nak fikir trafik..nak fikir post je..so, Mish dengan rasminya melancarkan post baru malam ni..hehe...




1st award...


santekk kan??ahaks..fresh lagi ni..to Cik Yaya..thanx tau kerana pilih Mish..auww..yeww...haha..spesel dr Cik Yaya ni..


2nd award 


ampun ye..untuk award ni Mish memang lupe sape lagi ek yang tag Mish.sebab time tu..mungkin :

  • Mish sangat malas..
  • Mish tengah busy..(sebab masa tu Mish nak balik kolej kot..)
  • sebab Mish memang sengal....
yang latest ni...Hinchik AfiQ yang kasi..ada tag tak silap..tapi..err...tak jawab tak pe kot..lalala~memandai je...uhh..ampun ye kawan..

3rd award..& 4th award..



ok..yang blink-blink ngan gerak-gerak ni daripada adik aida..hehe..ok..hutang ngan adik dah lepas ek lalink...jangan parang mish lagi..hehe

5th award dan seterusnya...sumpah Mish lupe sape yang kasi...aduss..tapi yang Mish ingat-ingat lupa ada salah satu ni Hinchik Haidi yang kasik..adusss...tu la ko Mish..nyanyuk sokmo..hahaha..




psst~

haha..mesti korang benci nak tag i kan sebab...i PEMALAS dan PELUPA!!huhu..sori ye geng...Mish nak nyorok dulu..kang ada yang baling telur..bai..bai..


hah..lagi satu..ada yang kadang-kadang yang tag Mish.tapi Mish dah pernah jawab atau Mish dah buat tag tu..erm..tak dapat nak tolong la ye lalink..walobagaimanapun..thnx tau sebab selalu ingat kat Mish..hehehe..giler r Mish..dah bajet artis kaw..kua3..

7 Hari Yang Syok!

tengok jam..12:35pm..uhh..ada lagi 11 jam lebih sebelum my syok tu berakhir..uh..masa sangat mencemburui..hak2..ape kes ngan 7 hari?huhahaha...act, my choc dapat free birthday call sebab birthday dia pada..**sila kira sendiri..hehe...alah..kalau korang pengguna celcom pun mesti korang dapat kan..so, nonsense lak i nak war-war kan mende ni..haha..

well, long time kot tak kuar citer sal chocolate boy ni..mungkinkah flower boy?aaa...haha..aku tau dia dah lama tak stalker aku pas kejadian itu hari..so, ni la masanya i nak talking-talking sal dia..harap-harap dia tak tau..lalala~

serius weh....sepanjang 7 hari 6 malam ni, bangun tidor pun sengih-sengih kambing,,nak bagitau happy la kononnya..ceit...sangat mual kan dengar statement i..mesti ada suara sumbang nak cakap yang ala..masa kapel, sume best, tengok esok-esok kawen..common word la lalink..mana ada mende perfect kat dunia ni..opss..tetibe emo sendiri..haha..

habis je gayut, nset jem..tetibe jadi kaler pelangi..wallpaper i pun jadi cam kartun...damn!nset pun tau jeles..nampak gaya i kena angkat baru ni..Aino pun okai..Xperia x10 Pro pon santekkk!!padan muka kau nset..haha..Mr. Nuff..cepat kasi i duit bertimbun-timbun...


k lah..tu je nak bagitau..fullstop!

psst~
entri ni memang ntah hape-hape sebab i tengah panas ngan somebody..hot like chilly..!

Friday, November 19, 2010

Pernah Cuba Online Shopping??

ini entri bukan berkisar shopping anak ayam or bapak ayam online okie..ni Mish nak citer sal online shopping yang makin popular skang..agak-agak kamu terlalu bizi, tak sempat nak shopping baju baru, handbag baru dan paper je la yang baru..just pegi mana-mana website yang ada menwarkan perkhidmatan ni..order je....pastu bayar guna kad kredit atau bank in je duit..tunggu 2 3 hari...tett...encik posmen pun datang hantar barang order..


sekarang ni pun Mish perasan makin banyak peluang perniagaan online contohnya melaui blog ni..ada je mereka-mereka si businessman dan businesswoman datang promote barang..sungguh maju perniagaan diorang..just goyang kaki kat umah..klik-klik je..duit masuk...uhh...heaven kot..


masalahnye skang..boleh percaya ke kat business online ni ek??err..bukan nak mengkondemkan business mereka yang berniaga..tapi sebagai manusia yang ada akal..aihh..terpikir lak..kalau kena tipu macam mana..dah bank in duit berkepuk-kepuk..last-last...tukang jual tu diam..damn!!


pastu lagi satu, kualiti barang yang korang terima la camane?puas ati ke??macam hari tu Mish for the first time order barang kot online ni..aksesori je pon..gelang ngan brooch..Mish order gelang kaler pepel..alih-alih dapat kaler biru..aduss...apa nak buat?redha je la cik kak...dah la ketat sikit..huhu..langsung tak jaga kepuasan pengguna kan...serik i!


maaf..Mish masih di takuk lama..still suka shopping direct..




secara tak langsung kalau shopping direct dapat la kami mengeratkan silaturrahim..disamping cuci-cuci mata..opss.terlepas!haha


psst...
entah-entah esok nak minum teh ais kat warung pun leh wat online system..kan..kan??


still menunggu kemajuan online shopping untuk barang dapur..agak-agak stok bawang habis..terus on kan internet ntuk order..hadoww...giler ke depan otak i..hahaha


attention!
ada sape-sape nak bagi motivasi kat i??nak betulkan pandangan i??silakan......

Shade Contest by Sab

sangat-sangat lama tak join kontest yang kena tepek-tepek gambar ni...hehe...kebetulan pulak cik adik manis Chikako tagged Mish untuk join Kontest Spek Mata Itam...nama saintifiknye Shade Contest..hoho...due date untuk kontest ni 15/12/2010..so, banyak masa lagi kalau u olls nak join..

so, gambar yang dipertaruhkan adalah..jeng..jeng....

1st picture..

gambar ni masa Mish pergi family holiday Jabatan Farmasi HSNZ..kat Pulau Kapas..2 hari 1 malam..sesuai la i gedik-gedik ngan spek itam i kan??pasal kat pulau..haha...memang gempak kot..time ni orang lain sume pegi snorkling..Mish ngan si tukang ambil gambar je yang tak pergi atas yang tak boleh nak elak..huk..huk....haha..


2nd picture..

ok benar..ni lam kereta...dalam kereta pun harusla menggedik...konon cuaca panas..so, pakai la spek itam..silau u..macam la i yang drive..kah..kah..jangan keji i okey..dah memang i gedik..macam la korang tak de gambar pasan cun masa lam kereta..kan??lalalala...ni masa nak pergi Kelantan...tak pergi ngan famili k..pergi ngan supervisor and housemate je..excited kot coz 1st time nak pegi jalan-jalan ke Darul Naim nih..hahaha..

mish nak tag erza, bulan, anith, ckin dan shud...moh join ye geng..lain pon ditag...sila join ye...hehe..kalau nak join klik sini atau link lain kat atas..

sekian je...i bebel separuh mati..lupa lak ni kontes..haha...btw, syarat-syarat lain cam follow Cik Sab dan Cik Mok nye..done!banner kat sidebar akan dipasang..komen akan diberi selepas i publish..i memang ada blog dan ini blog i..i memang warganegara Malaysia ok..tengok muka je cam mat salleh..hahaha...wekk...fuhh....selesai..

doakan i berjaya k...!

psst...~
haha..gempak gitu kan..dua keping terus i bantai..ye la..berkepuk-kepuk dah gambar-gambar tu sume lam folder i..daripada biar bersawang..baik i publish..wuhahaha...sangat gewdix..yeww

menang ke kalah tu adat pertandingan kan...i memang dah redha ngan kekalahan..hak2...lagipun Mish memang suka join kontest yang kena tepek-tepek gambar ni..secara tak langsung Mish dapat taruk picture sendiri dengan alasan yang sangat kukuh..haha..so, jngan pertikaikan kenapa Mish letak gambar untuk entri ni ok...penganjur yang mintak..haha..sekian..

..

Thursday, November 18, 2010

Kian Pupus

12hb Nov,hari last paper, petang tu kami geng 5J sepakat la nak kuar wat girl`s hang out...alkisahnye..ada beberapa orang dari geng 5J nak cari shawl la..tudung syria la...macam-macam nafsu berbelanja mereka..hak..hak..then, ahli lembaga pengarah memutuskan untuk outing kat Masjid India dan sekitarnya termasukla Sogo.

so, Mish sebagai ahli menurut je la..sambil-sambil pasang angan kalau ada tudung kaler pink atau pepel, ingat Mish nak angkat la sehelai kan..hehe..err..jap..Mish nak cari tudung k...tak kisahla bawal ke, manjalara ke, air mata ke..yang penting tudung. Mish tak pakai shawl k..syria apetah lagi..aih...bukan demand kot...dan bukan la tak up to date..penting ke up to date??err..tapi Mish kalau pakai segala jenis tudung yang kunun up to date tu..ish.mau lari semua jejaka..hak..hak..macam belon kot muke i..auww..malu..! (plus-plus my choc talak suke shawl u..uhh)

jalan punye jalan, round punye round..hampeh...setiap kedai, gerai dan ape-ape je la korang panggil..semua penuh ngan tudung patern baru ni..nak jumpa tudung manik sehelai pon cam sakit. owh, manjalara, air mata, mata lalat..mana ampa sume pegi hah....syria dan shawl dan ariani tindas ampa ek??aduss..merana hati pasang impian tinggi-tinggi. 

masuk satu dua kedai..keluar..masuk lagi...keluar..kat penghujung jalan TAR tu baru la ada satu kedai yang jual tudung batu-batu ni..owh..dalam hati..owh..masih ada yang tak lupa diri..hak..hak..batu-batu die bentuk bintang-bintang..sangat nice kot..hehe...terus angkat kaler pink satu..

psst~
  • act, harga kat situ tak de la murah pon..lagi murah kat Terengganu kot.
  • suka tengok orang pakai shawl belit dan syria mudah sarung tu..tapi Mish belum ada level confident yang tinggi untuk pakai lagi kot..PERUBAHAN PERLUKAN KEYAKINAN..haha.
  • esok-esok kalau tudung batu-batu i tu memang dah pupus..mungkinkah Mish akan pakai telekung sembahyang lak untuk outing..?haha
ni ika ngan hani...mereka ni memang pencinta shawl berjaya..santek kan mereka..!muah geng..hak2..

i rasa i lagi santek pakai tudung biasa je kot..auww..perasan dalam humble..ceit ko Mish...haha...

hmm...apa kata selera tudung wanita lain??hehehehe..

Banner Dari Bro Wanzi..thanx~

Salam semua...yeehaa..asal-asal tak de idea nak taip entri..tapi bila teringat lak kat jasa sorang blogger ni...terus je Mish muhasabah kan diri..tak leh bia otak selalu kering..orang berjasa, kita kena la hargai..kan??cewaah..babling cam nenek lak i ni kan??haha..sila jangan iyakan ok..i sembelih u olls t..wawawa...

ok...tak nak terkeluar dari landasan terlalu jauh..ermm..mungkin terlambat...dan mungkin jugak tidak terlalu cepat untuk mish publishkan entry penghargaan ni wat bro wanzi yang bersusah payah meng'create' kan banner ntuk kawan-kawan blog beliau..dan Mish tidak terkecuali..yippie~!!

perasaan?owh..harusla sangat bangga dan berbesar hati tau..gambar girl pegang guitar tu cam kena je..pandai tol bro wanzi ek..hehe...so, ni la die banner yang telah direka dan dihadiah khas untuk Mish..santekk bangat ni bro Wanzi..hehe..thanx tau~!!



tag2



kata bro Wanzi..tujuan beliau hadiahkan banner ni adalah untuk merapatkan hubungan sesama rakan blogger..yepp...sangat setuju kot ngan niat bro tu..dalam keadaan tak sihat pun bro Wanzi still tak lupekan kami-kami ni yep..terima kasih daun keladi ye bro Wanzi..semoga persahabatan sesama kita terus kukuh..aminn~

sesape yang nak berkenalan ngan bro Wanzi yang baik hati ni boleh la pegi ke umah beliau yang makin gah ngan dot com skang..
http://www.wanda2u.com/

jangan segan-segan nak pegi tegur beliau ni k..sangat ramah orangnya...hehe....

Wednesday, November 17, 2010

Cerita Lembu di Aidiladha..

hai semua~!!
wahahahaha..Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha ye semua kawan-kawan..hari ni meh kita pakat kira berapa ekor lembu @ kerbau @ kambing yang akan tumbang..

dulu-dulu punye raya korban,hurm..means zaman Mish kecik-kecik dulu..memang giler punye meriah raya korban ni..maklumla...rumah dua pupu Mish jadi pusat penyembelihan yang terbesar la kirenye kat kampung Mish time tu..memang happening..orang dari luar semua datang nak tumbangkan lembu...kami jarang tumbangkan kerbau ngan kambing,....hehe...hari 1st raya je dalam 7 @ 8 ekor lembu yang kena sembelih..

masa tu Mish kecik-kecik lagi la..dalam sekolah rendah lagi..kitorang dulu, masa arwah nenek ngan atuk masih ada..balik kampung tu adalah wajib..so, kalau dah pagi raya macam ni..Mish ngan adik-adik plus sepupu la yang paling excited..orang lain balik sembahyang raya pergi makan-makan dulu..tapi kami tak...jenguk lembu mula-mula sekali..

disebabkan Mish dulu membesar kat kampung, so, instinct ngan lembu tu memang kuat..setiap lembu dua pupu Mish tu ada nama. siap hafal lagi kau. haha..pastu kalau lembu kesayangan nak kena korban taun tu...perasaan tu memang amat sadis wey...rasa macam sentap giler..mana tak nye, tiap-tiap pagi lembu tu la yang kami bawak pegi makan rumput kat padang, petang-petang lak, naik basikal..halau lembu tu masuk kandang..aduss..feeling kot..

pagi raya, masa lembu nak kena sembelih..Mish memang tak berani nak turun tengok..series..selain geli ngan darah..Mish kesian kat lembu tu..kena ikat tangan dan kaki..(aa..lembu ada tangan dan kaki?abaikan)..dah la tak leh lari ke mana-mana dah..menangis panggil parents pon kite tak tau..kan..haha..umi Mish pesan..kalau kita cakap kesian kat binatang nak kena sembelih tu, daging binatang tu kita tak leh makan. so, nak makan daging punye pasal..rela Mish tak pergi tengok..hanya mampu berdoa dari jauh..

lepas je daging lembu tu diagih-agihkan..projek pertama Mish dan geng-geng budak kampung adalah.......panggang daging lembu tu yang kami dapat.. kami panggil daging pacak..sedap kot daging ni..lebih-lebih lagi yang fresh..aumm..hhahaha..masa tu dah tak ingat dah lembu yang dikasihani pagi tadi...haha..ingat nak makan je..

malam lak, biasanya sepupu wat BBQ...kalau rajin Mish join..tapi rasanya tak pernah join kot. coz wat kat umah dua pupu tu. Mish takut jalan malam..gelap..takut ada 'benda' lalu. haha..maklum la Mish kan sorang pompuan time tu..sepupu lak kepala ligat, so Mish selalu kena buli..haha..

tak pasal-pasal mish duk bercerita sal lembu kan??haha..just untuk tatapan sendiri masa akan datang..pengalaman kot ni..skang dah tak merasa semua tu..dah besar panjang..kan? pulak tu, raya taun ni pon tak balik kampung..coz dah tak de sape kat sane..series sedih..rindu sangat ngan arwah chek (nenek) ngan ayah (datuk)..semoga roh mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman...aminn~


psst~
saje je taruk gambar..takut korang boring baca entry panjang lebar tu..aihh..mood nak berbabling dah datang..ni la jadinye..layan je la ye korang..~!!hehe...salam adiladha wat semua~jangan makan banyak sangat daging k~!