Tuesday, May 31, 2011

Orang Buat Tarak Boleh, Kau Buat Boleh Pulak.

pernah tak jumpa orang yang jenis time orang buat tak boleh. kalau dia yang buat tak pe pulak. aik. waddehal kan?

contoh macam, dia gelar kita ngan nama bapak tak pe pulak. kalau kita buat macam tu kat dia. fuh.. habis la maki segala nama binatang kat hutan tu keluar. mak oi, mengata die tau marah pulak. kan??

tak pun, kita mintak pinjam barang dia sikit punya laaa bising duk kecoh. pinjam je pun. macam la tak boleh pulang balik. bukan luak pun. tapi kalau dia pinjam barang kita siap buat macam harta sendiri tu boleh pulak. adeh. apedehal la makhluk macam ni. kan? ^_^



manusia ni macam-macam la. kalau nak tulis semua jawabnya berkematu la jari. haha. lepas ni nak kawan ngan skeleton lak. ade bran? haha. ciss. tulis skeleton mentang-mentang dah lulus semua mata pelajaran berlagak kau cakap omputiss.

Monday, May 30, 2011

Mereka Yang Menjengkelkan

  1. mereka yang suka cakap besar. cakap berkepak-kepak. last-last hasilnya hampeh..sengal kan?


  2. mereka yang suka memaksa. dah orang cakap taknak. jangan la paksa. aish. cuba la guna kelembutan. ape la. ada akal tak nak guna. kau kasar. aku kasar dua kali ganda. padan muka. hihi. macam ganas je ayat ai kan.


  3. mereka yang perasan bagus. bajet dorang perfect. ish. memang tak boleh belahh r makhluk tuhan macam ni. hehehe


  4. mereka yang tak boleh terima pendapat orang lain. apa yang orang cakap bukan nak fikir. bawak masuk ke otak lepas tu muhasabah diri. ni tak. salahkan orang lain lak. aih. salah sendiri simpan lam poket. aiyoo..


  5. mereka yang mulut tak manis suka sinis. paham? means, suka perli-perli orang la. yang ni pun kes perasan diri tu malaikat la. perfect sangat. mulut tu pulak jenis tak bertapis. adeh. memang menyakitkan hati jiwa dan raga sepenuhnya la.


  6. mereka yang jenis ukur baju di badan orang lain. ada paham? buat sesuatu semua nak ikut orang. padahal kemampuan diri tu terhad. aisehh. tak boleh la macam tu cik kak. pape pun nilai dulu kemampuan diri. lain orang lain ukuran bajunya.

sekian terima kasih.

Yang Kecik Seronok Bercuti Sekolah, Yang Besar Tak Sabar Nak Kawen.

cewwah..masuk hari ni dah 4 hari cuti sekolah mula kan.(bagi pantai timur). syok kot dengar perancangan adik-adik Mish yang dah mula cuti skang. aiseh betul la. sampai budak-budak dah start cuti pun Mish still stuck kat hostel ni. ohmai..

adik-adik semua duk plan nak g lepak Mesra Mall la, main pantai la, pergi shopping sana la, berseronok sana la. bestnya. sabar..sabar. sikit hari je lagi nak balik. aiseh. 3hb. datangla cepat!

namanya cuti, mesti la budak-budak yang excited lebih kan. boleh la bangun lambat 2 minggu. lepas tu tak payah pakai baju sekolah apa semua. tak payah mengadap muka cikgu. tak payah cuak-cuak kalau ada keje sekolah tak siap. eh, tapi kalau cuti sekolah lagi la banyak kerja sekolah kan. haha. padan muka budak-budak.

dalam seronok budak sekolah bercuti, yang tua, remaja, muda dan mudi ni pulak duk syok menghitung hari nak kahwin. eh, ayat tu macam kahwin tu main-main je kan. tukar ayat yang mengghairahkan sikit. mereka yang tua, remaja, muda dan mudi pulak sedang berdebar menghitung hari menjadi raja sehari. cewwah. *yang berkenaan sahaja*

mentang-mentang la cuti sekolah. semua pakat nak wat kenduri.

dekat FB pun ramai duk invited untuk ke majlis perkahwinan si polan dan pulin la. padahal sumpah ai tak kenal. so, just klik no no dan no jela. susah jugak zaman moden ni. main jemput je orang merata-rata. kang kalau yang tak kenal tu semua datang. haru la jawabnya. gulai tak cukup, nasi tak cukup. haha. senang je orang kawen skang kan. jemput kat FB. jimat duit nak cetak kad kawen. haha. my future hubby, t kita kawen jemput camni gak ke eh?*berangan jap*

yang si mak dan ayah mempelai ni pun mesti duk sibuk duk jemput sedare mare dan kawan-kawan semua. bizi manjang. mana yang lebih duit duk sibuk cat rumah la apa la. bagai nak raya bunyinya. hehe. hari bersejarah kan. harusla nampak style dan kelass sikit dari biasa.

seronok dengar orang nak kawen. eh, tetiba.

hehe. curi picca from my kazen,s FB. sweet kan baju kawen dia. simple je. pheww. dah la laki doctor. aiseh...naseb badan.


psst~
pelajar U yang cuti pun duk bizi buat kerja part time. ai yang student final sem ni? apa kes terlekat kat hostel lagi? adoi.

Saturday, May 28, 2011

Puas Walaupun POKAI

phew. nasib baik la 3hb ni family datang jemput Mish kat Sungai Buloh ni untuk diterbangkan menaiki Toyota Unser ke Dungun, Terengganu. harusla Toyota Unser sebab namanya adik beradik ramai kan. dengan barangnya lagi. mak aih..so, kalau pokai pun tak de la terasa teraniaya nak beli  tiket bas yang harganya bersamaan 3 tiket wayang kat Midvalley dan satu set combo 5 kat GSC punya tempat jual popcorn tu. haha. annoying kot ai buat perumpamaan harga tiket ngan wayang kan.

elaun bulan ni tinggal kurang dari suku je lagi. sedih je bunyi. tapi bunyi je sedih. taipnya tak sedih pun. sebab Mish rasa puas giler kot bulan ni punya elaun. dihabiskan untuk beli barang-barang yang bukan untuk dimiliki. mak aih..awat ai rasa ayat ai kali ni cam klasik dan berbelit je. aigoo.

seperti yang anda semua sedia maklum (ayat skema habis), bulan ni birthday Athirah, Iman dan Umi. so, banyakla stok hadiah yang perlu dibeli. mak ai. masa nak beli tu tak rasa sakit lagi. bila dah beli. fuhh. berdenyut gak kepala bila kire balik semua. haha. ikhlas najihah. ikhlas. tak baik menyesal. tutup mata, redha je la.

 ni hadiah untuk Iman. haha. setakat iman je pun. dah tau iman takkan pandainya bukak blog ai. sebab tu tayang suka-suka je hadiah dia ni. sekarang ni dia memang suka sangat tengok game Plant vs Zombie. suka tengok. tak suka main sebab dia baru 2 tahun, takkan nak ajar berjinak-jinak dengan keyboard dah kan. aiyaa. jem a adik ai nanti. agak-agak Iman takut ke Iman suka ea ngan patung Zombie yang menyeramkan nih. haha.

psst~
opss..terupdate la puloks.

Thursday, May 26, 2011

Ketandusan

pheww...tajuk entry agak memberangsangkan. KETANDUSAN. ketandusan apakah? kasih sayang? duit? ilmu? harta benda?

salah, salah, salah. sebenarnya Mish nak cerita pasal Mish yang ketandusan masa dan duit nak menonton wayang. disebabkan elaun dah masuk 24hb hari tu. so, semalam, ai ngan Irfan pi la berjimba menghilangkan ketandusan tu. walaupun terlambat, kami tetap bahagia sebab dapat tengok dua cerita. Pirates of Caribbean ngan Fast 5. ai tau la ampa semua dah tengok citer tu. nak cakap citer tu lapuk ke ketinggalan ke lantak la. tapi mesti ada lagi yang lom tengok citer ni kan. haha. padan muka.korang ni lambat la. haha. dan-dan bangga diri mentang-mentang dah tengok. hahaktuiiii...

ketandusan nak menonton wayang dah lepas. lepas ni nak tunggu filem Karak je. tu je target cerita terdekat yang wajib nak tengok. ehee.

see..kan ai dah cakap ai tengok Piratte of Caribbean. tak caya lagi??tak caya? hahaha
sekarang ni, ketandusan idea dan kerajinan nak ngapdet-ngapdet blog ni. adoi. so, baik duk diam-diam je kan.

Tuesday, May 24, 2011

Komen Tak Pikir Panjang.

ops, ada yang terasa ke dengan tajuk entry nih? haha. walaweyh.

Mish suka buat moderation comment. sebab senang nak tengok orang komen kat entry lepas-lepas ke atau ada komen berulang. bajet macam ada orang baca entry lepas-lepas kan. ehee.

kalau jenis Mish, memang la suka berkomen-komen kat entry orang kan. tak tau nak komen apa pun tetap rasa gatal tangan nak komen. lepas tu mula la komen yang kelaot. bukan tak baca entry habis. baca habis je. tapi tak tau nak hurai macam mana apa yang bermain kat kepala. lepas tu kalau komen bukan best pun kalau tangguh-tangguh kan. so, main taip je la. bila baca balik, erk! macam ntah pape je komen tu.

so, kepada yang selalu dapat komen kat entry dari ai yang ntah pape tu sila la maafkan dan anggap je tu komen dari budak blur. ehee.

Annual Dinner Batch 54

semalam merupakan malam bersejarah untuk pelatih program Penolong Pegawai Farmasi batch 54 di mana event kemuncak buat student sem akhir macam kami ni telah diadakan di Pusat Komuniti Bukit Damansara. sewa satu ballroom untuk annual dinner yang diberi nama Malam Semarak Muhibbah.

that's why la ai tak update blog semalam. hak hak.


MALAM SEMARAK MUHIBBAH BATCH 54
BALLROOM PUSAT KOMUNITI BUKIT DAMANSARA
23HB MAY 2011







gambar before gerak pergi sana je banyak. bila dah masuk dalam tu mood nak bergambar kurang. erk.

tak pe la. kenangan tetap kenangan. tempek kenangan kat sini supaya nanti dah keje jauh-jauh masing-masing tak lupa akan satu kenangan manis ni.

SMILE!!

psst~
tak boleh nak taip panjang-panjang dan update banyak-banyak sebab duk syok layan Dream High. haha.

Monday, May 23, 2011

Happy Birthday UMI dan IMAN!!!!



nah..besar gedabak ai taruk gambar. hari ni adalah ulangtahun kelahiran UMI dan IMAN.
both of you, along nak ucap :

UMI

  • jaga diri, jaga kesihatan. lepas ni tak leh nak marah kuat-kuat, tak baik untuk kesihatan. ehee.
  • semoga panjang umur, murah rezeki. 
  • semoga umi bahagia di dunia dan di akhirat.
  • along balik nanti, umi masak tom yam eh. haha. (bertuahnya dapat anak cam ai kan?)

IMAN
  • ehee. kejap je besar adik along sorang nih. stay cute!
  • jangan banyak ragam kalau along ada kat umah. cubit kang. hahah. (bajet garang kan?)
  • kurangkan buas, banyakkan tidur. erk, bolehkah?
  • dah 2 tahun pun Iman, nanti besar belajar jadi padi eh, makin berisi tunduk ke bumi. jangan jadi lalang.

BOTH OF YOU : 
  • miss u damn much!!


sekian~

Sunday, May 22, 2011

Perempuan Pisau Cukur, Lelaki Jangan Jadi Bodoh.

alahai. banyak sangat nak bebel hari ni. rasa sangat-sangat banyak benda nak dibebel. tapi apakan daya, rasa paling teringin nak bebel pasal perempuan si pisau cukur. dengar pun macam seram. ringkas kata, perempuan MATERIALISTIK! nanti mati aku sumbat CHOPSTICK! tik tik tik.

stop crapping. geez~
tak tau kenapa, sekarang ni aku rasa asyik nak post entry pasal hidup berpasangan nih. haha. annoying kan? bia la.

Perempuan : 

seriyeli si pisau cukur. saya sebagai perempuan pun tak paham dan merasa annoying sikit dengan perangai kaum sejenis saya yang berperangai macam ni. perangai yang memalukan kot. pilih bulu. berkawan dengan mereka yang punya duit je. dapat keluar 100 kali pun tak pe ngan lelaki berduit. yang penting save budget. habis madu sepah dibuang. bila nak baik bila tak nak buang. bila rasa nak amek balik. erk. apa perasaan eh buat orang macam tu. hanya kerana duit, maruah di letak bawah kaki. ohmai! kasarnya bahasa ai hari ni. but i have to. this is the truth. pasang dua tiga orang kaya-kaya. tak kaya pun asal berduit. bermulut manis dengan semua jejaka. guna kelebihan menggoda lepas tu kikis apa yang patut. rasa bosan tukar lain. macam baju kau buat diorang. tak takut ke nanti kau pulak yang dipermainkan. hidup ni karma. jangan la bongkak sangat dengan kecantikan tu kalau tak tau nak balance dengan perbuatan. Mish pun bukan la baik sangat. tapi kalau perkara remeh macam ni, reti lagi kot fikir. lelaki ni kalau dah sakit hati, ranaplah korang kalau diorang balas dendam. mungkin satu hari nanti korang bertemu buku dengan ruas.

Lelaki : 

dah setel bebel perempuan. bebel sal lelaki lak. lelaki ni pun satu. tuhan dah bagi 9 akal. nak jugak ikutkan nafsu yang satu tu. come on la guys. sampai bila korang nak habiskan hidup korang dengan perempuan macam tu. korang yakin ke dengan memewahkan pasangan korang tu, pasangan korang akan setia ngan korang. ahaks! tipikal nya korang. lelaki jenis ni la yang memalukan lelaki-lelaki lain kan lelaki-lelaki lain kan. dapat awek cantik dah rasa cukup bangga, lepas tu habiskan semuanya untuk puaskan perempuan tu. auw! seramnya ayat tu. tapi betul kan. lelaki ni kalau tak pandai kawal nafsu. habislaaaa kena ngan perempuan. jadi la buta kerana cinta palsu. dah tau perempuan tu jenis macam tu. nak jugak teruskan. konon ada optimistik, nak tunggu perempuan tu berubah. ceh, plis r. boleh pakai ke optimistik korang tu. pikir la sendiri. sendiri dah baligh. dah sunat pun. malas nak ngajar. nanti cakap ai memandai-mandai.

alhamdulillah jenis-jenis macam ni tak de kot dari kalangan kawan-kawan Mish. dan harap sangat takde. kalau ada, meh nak bebel depan-depan. hahaha.

psst~
semalam satu hari hilang duk layan citer Playful Kiss. best giler! balik-balik je hari ni post entry bebel panjang-panjang. annoying kan Mish nih. adeh. dah post ni. rasa puas sangat!:)

Friday, May 20, 2011

Andaian Untuk Lelaki Yang Aweknya MOODY

pernah tak tengok orang ceria tiba-tiba bermasam muka. orang selalu senyum tiba-tiba bermuka ketat. orang yang selalu lembut dalam bicaranya tiba-tiba kasar. orang yang selalunya bercakap banyak, suka bercerita tiba-tiba hari tu dia diam seribu bahasa. kalau gurau sikit even tu gurauan biasa, dia dah start buat muka. sensitif. touching lebih.

jika silap tegur atau silap tanya, mesti kena herdik. auww! kecut perut u. haha. tu la moody namanya.

meh nak spesifikasikan dalam lumrah orang bercinta. kenapa nak kena bercinta, bukan berkawan. kalau korang nak yang berkawan korang buat la entry pasal tu. Mish nak pilih bercinta jugak. selfish nya saya!



wahai sang lelaki, kalau la awekS anda bersikap seperti perenggan pertama di atas. iu bermakna awekS anda sedang dalam keadaan out of mood. jangan la pulak korang buat sengal pi cubit-cubit manja masa ni. silap-silap dia telan-telan manja korang.

kenapa awekS korang MOODY? ini la persoalannya. ni Mish nak bagitau sikit sebab yang anda perlu jangkakan bagi menunjukkan yang korang ni lelaki prihatin.

  • awekS dalam simptom datang bulan. ahaks! anda kena la banyak bersabar.
  • awekS anda ada masalah. kerja ke,belajar ke, family ke. otak dia tengah berserabut. bagi dia sokongan dan masa bertenang k.
  • awekS anda sedang cuba menarik perhatian anda. so, korang kena la jugak tumpukan perhatian kat awekS korang. kalau tak nak amek tau hal awekS ni baik tak yah kapel. hak hak.
  • awekS anda sedang bergaduh dengan pakwe dia yang lain. haha. andaian yang menghancurkan hubungan anda. kah kah. 
sekian. wassalam. 

psst~
sesiapa yang terasa, paham-paham la eh. takkan ni pun nak kena bagitau. 

Nak Buat Apa Ni??

tadi pagi, pukul 8 Mish jadi budak baik. pergi kelas dengan bergayanya. ahaks. bergaya tu hanya penambah bicara okeh! lepas tu dalam pukul 11, siap-siap makan semua, kami cabut. balik hostel. pergi sekadar tunjuk muka je. dah kira baik Mish datang. budak-budak lain menonggeng atas katil lagi masa kami balik tadi. haha.

dan sekarang, kebosanan mula terasa. erk! tak tau nak buat apa kat hostel ni. nak online, rasa macam dah muak. tak tau nak bukak apa dah kalau online. asyik-asyik blog, FB, youtube. adeh.

nak tengok  movie. macam idea yang bagus. tapi tak tau nak tengok cerita apa. apa yang best eh. sebab jenis Mish, kalau tengok mesti cepat bosan. tengok pun sekerat jalan je nanti. sebab tu prefer tengok wayang.

nak keluar. tapi macam malas. tambah-tambah hujung bulan ni. baik duk diam-diam dalam bilik. nanti esok-esok tak pasal-pasal kena makan pasir berkuahkan budu. budu? hahah. sedap tu.

nak tidur. tapi asyik tidur je. mata pun dah tak reti nak mengantuk dah. tidur overdose. nanti muka macam bola. eh, tak nak laaa.

nak main game. tapi game pun macam membosankan sekarang ni. kalau main pun mesti rasa tak best. asyik menang je. ntah pape game Plant vs Zombie tu kan. haha.

adoi. semua benda jadi malas. tapi bosan. nak buat apa lagi ni..aiyakk..kalau kat umah kan best. leh main ngan Iman. adoi! adoi! adoi!!!!!!

Thursday, May 19, 2011

Hello Tuan Yang SELFISH!

haha. entry ini tersangat lah emo. haruslah saya emo sebab dan-dan je kami sekelas buat pakatan nak ponteng kelas sekali hari ni lecturer buat perjumpaan kos. macam tak de keje nak kena hadir kelas 8 pagi smpai 5 petang. duduk dalam kelas. kau tengok muka aku, aku terajang muka kau. boleh?

kemudian masa perjumpaan tadi, lecturer bagitau berita yang macam...owh. very-very selfish la. selagi Mish tersekat kat hostel yang sangat la 'heaven' ni lagi tu la post berbaur tak puas hati akan ke udara. sape yang larat bacala. yang tak larat nak give up pun tak pe. i understand. *cakap omputih gaya kerek nak mampus*

semalam budak kelas Mish dah kena ragut. semua ni bukan Mish nak salahkan pihak pengurusan ke salah budak tu ke apa. tapi pada pandangan kasar Mish la, kalau atas bukit macam tu, laluan utama student pulak tu, ditutup lampu jalannya dengan alasan PENJIMATAN. itu sangat annoying ok! budak-budak kos nursing semua balik jalan kaki untuk shift malam tu camane? keselamatan diorang camane?

hello. i tell u haa..kalau ada orang nak buat perogolan beramai-ramai lebih dari sorang dorang boleh rogol tau? did u notice that? ohmai! bagi aku kesabaran. gelap tu mengundang bahaya. budak kecik pun tau. so, perlu ke buat penjimatan hingga sanggup korbankan hak orang lain?

alasan tak bagi kami balik sebab diorang tak nak bertanggungjawab atas segala yang berlaku kalau kami balik. sebab kami sepatutnya masih dalam tempoh latihan. kalau ikut takwim, 7hb Jun baru start cuti sem. then, kurung kami kat sini. kami faham niat baik kamu. tapi agak-agak la der. kalau nak accident, depan guard tu pun kami boleh dapat. at least kat umah kami ada mak bapak. tak lama lagi nak posting. owh yarks! berapa je mase yang ada untuk kami spend time dengan family.

dah jadi kes ragut la apa la. mana tanggungjawab anda yang hari tu beria anda cakap, kami di bawah tanggungan anda selagi belum cuti sem dan selagi kami berada di kawasan kolej. wadde...!? apa jaminan kami selamat di bawah TANGGUNGAN ANDA wahai tuan yang penyayang?

sungguh selfish dunia ni.

hampir terlupa kes ragut tadi. bila budak yang kena ragut tu buat laporan pasal kes dia tu. orang yang bertanggungjawab seolah-olah lepas tangan cam tu je. yeww. agak menjijikkan perangai macam tu kan? hello tuan! dunia ni karma. esok-esok anak tuan duk tempat budak tu dan juga tempat KAMI ni. tuan tau la. rasakan pulak camane. owh, adakah saya menyumpah? NO! saya tak menyumpah. saya tak mendoakan. saya cuma nak bagi tuan ni bayangkan.

sesungguhnya harta dan kuasa tu tak kemana tanpa sifat kemanusiaan sesama insan.

owh, somebody please!! ai dah teremo marah. ni baru je 2% dari tekanan dan kegeraman dalam diri ni. banyak sangat lagi benda lain yang mengundang marah. tolonglah cool kan i. gula-gula Cool Mint satu!


psst~
bukan niat nak kondem kolej sendiri. tapi kadang-kadang perilaku yang tak masuk akal manusia normal macam Mish ni buat ai rasa nak taip dan simpan kemas-kemas dalam belog pepel ni. semoga blogspot tidak mengkondem saya balik. jangan hilangkan entry ni. ini adalah kenangan TERBAIK saya sepanjang saya belajar. mana tau nanti yang ni jadi kenangan TERINDAH saya? kan?

Jangan Tau Taip al-Fatihah je.

gempar dunia blog hari ni tentang pemergian blogger TELORDIBASUH kerahmatullah. masing-masing laju pakat duk update pasal berita ni. mungkin bertujuan untuk menghebahkan kepada semua kenalan. dan kenalan yang mendapat berita ni akan mendoakan kesejahteraan arwah di sana nanti.

tapi kan. tapi, tapi dan tapi la kan. bila Mish baca semua komen bawah entri yang berkaitan kematian ni, ramai yang suka tulis "al-Fatihah". ok, sumpah ai tak marah. ai tak kisah. tapi Mish just nak tau. korang taip al-Fatihah tu sekadar cukup syarat nak komen ke memang korang betul-betul hadiahkan ummul kitab tu kepada yang berkenaan eh?

Mish pun selalu gak komen macam tu. tapi tiba-tiba je tadi terfikir, eh, kalau komen ni betul-betul sedekahkan ke eh? erk. sebab kadang-kadang Mish selalu gak main komen tapi tak buat. aiyaa. lepas ni nak kena komen, taip dan sedekah betul-betul. semoga sedekah kita didunia akan sampai kepada arwah di dunia lain.

takkan la kita nak taip satu surah al-Fatihah tu kat komen kan. ahaks! kena logik jugak tu. ada ke yang tau al-Fatihah tu apa eh. ehee. sumpah kena masuk kelas fardhu 'ain balik ni.

aminn~

psst~
hidup hanya sementara. dunia hanya pinjaman.

Tak Sangka Dah Jadi Blogger Taraf Akak.

bila dengar si Syatoza Zai, Ziema, Chemay, Arif Aiman , Tim dan blogger-blogger muda lain yang panggil Mish ni akak rasa macam semacam je. haha. aku dah tua la wei. adoi. sikit punya tak sedar diri. kan?

setiap hari duk petik bunga lalang tepi jalan. pastu tiup bunga tu, bajet muka ni akan jadi kiut macam minah korea. padahal kelaot. terlalu kuat berimaginasi. mungkin tu faktor yang menyebabkan Mish tak sedar yang Mish dah masuk golongan akak-akak. mak aih. kenapa perangai still macam budak-budak eh. aduhai. bantu la blogger ini.

biasanya kalau dengan kak LM, kak Diana, kak Ajee, kak Izan atau mana-mana blogger yang Mish panggil akak, diri ni nampak muda dan manja sentiasa. ahaks! geli je ayat manja tu kan. haha. seriyes ni, baru sedar diri ini dah tua. KASIHAN si MISH. booo..

so, kire macam dah dapat pangkat kesenioran dan keveterenan la ni kan. dan, lepas ni nak cuba jadi blogger matang la. ahha. sesape blogger yang terasa dirinya matang tu, Mish nak amek kelas tutor ngan kamu boleh? free of charge ok. pahala dibalas. hahaha.

okeh, mana-mana blogger yang masih tak sedar dia tu blogger yang turut di upgradekan ke taraf akak tu sila la bawak-bawak sedar diri yea. terutamanya si Bulan tu. bajet muda je sokmo. haha.

psst~
mungkin kebelakangan ni Mish baru kenal blogger yang muda-muda kot. tu yang senang naik pangkat ni. adoi. umur baru 12 pun dah ada blog dengan follower 58. malu eden yang dah 20 plus plus ni. aiyaa. persaingan yang sangatttt sihat. dan pergaulan yang sangat bagus.

Wednesday, May 18, 2011

Nasib Baik CINTA Itu BUTA.

kadang-kadang Mish terfikir, kenapa orang suka cakap cinta tu buta eh? erk. ni bukan mood jiwang ok. ni memang sungguh-sungguh bertanya. 

pak cik GOOGLE sponsor!

oh, mungkin orang cakap cinta tu buta, sebab tu orang korbankan semua untuk cinta. perempuan sanggup lari dari rumah untuk bersama cinta sang lelaki. lelaki sanggup buang keluarga untuk bersatu cinta dengan sang gadis.  atau mungkin jugak cinta itu buta sebab tu yang pelik nampak biasa yang busuk bau wangi. 

camane pun definisi cinta yang buta tu, bagi Mish, rasa bersyukur sangat, sebab CINTA yang BUTA tu la Mish rasa bahagia. ok, feeling jiwang leleh separuh jalan jap.

sebab cinta tu buta la, Mish yang pendek nampak tinggi dan segak dimatanya. Mish yang hodoh nampak cantik dimatanya. Mish yang kasar nampak sweet dimatanya. Mish yang comot nampak stylo dimatanya. Mish yang kuat bebel dikatanya caring. Mish bila berisi dikatanya chubby je. Mish yang selekeh nampak kemas dimatanya.

walaubagaimana cinta itu buta. jangan butakan 100% pancaindera kita kerana cinta yang tak kekal tu. jangan butakan hati kita untuk menilai harga sebuah cinta. jangan sampai kita terlalu buta untuk nilai mana kaca dan permata. jangan sampai kita memilih mawar kerana luarannya cantik hingga kita membuang bunga tahi ayam yang busuk dan hodoh. nilai sedalam-dalamnya. 

bak kata Malique : 

Cinta itu buta dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
-Dua Dunia. Too Phat ft Siti Nurhaliza-

last but not least. jangan la baca entry ni seriyes sangat ok! PEACE!! :)

3 Jenis Perempuan Yang SORRY La I Nak Rapat

  1. Perempuan yang jadi pernah jadi orang ketiga

    okey, percentage untuk Mish langsung tidak berminat untuk rapat dengan perempuan macam ni adalah sangat tinggi. apa kata perempuan-perempuan lain? kalau ada sorang minah ni pernah kacau relationship atau rumahtangga korang, mungkinkah korang bisa terima minah ni jadi teman? erk. pergi kemana-mana berdua. dengan perampas, pemusnah dan penyibuk ni? kalau Mish, SORRY la besar-besar atas kepala. tak minat okeh. setakat senyum jumpa kat tandas lagi okey lagi. tapi dalam hati rasa cam bernanah je. sabar je la.


  2. Perempuan yang jenis suka tikam kawan.

    siapa yang suka berkawan dengan perempuan camni kan. kalau dah sah-sah tertera kat dahi orang tu yang dia ni memang jenis kawan makan kawan. sumpah kita tak dekat kan. tapi masalahnya, hati manusia ni tak boleh diduga. luar nampak baik, nampak ciri-ciri teman sejati. tapi belakang. phewwW. langgar gajah pun gajah tergolek. kalau dah sekali tau perangai dia suka main tikam-tikam, sori la beb. aku terus tikam nama kau di sanubari. kasi mati kau di lubuk sana. haha.


  3. Mana-mana perempuan yang dirasakan perlu. 
    yess! mana perempuan yang rasanya sangat logik untuk kita tidak rapat. mungkin Mish nampak macam dia ni lancang bebeno ke, memang tak kuasa la nak rapat. tak pun perempuan yang kaki perli ke. keluar dating sikit pun nak kecoh-kecoh satu kelas. apa kau jeles aku ada pakwe? yeww. tak senonoh betul hidup berhasad dengki kan. ahaha. perempuan-perempuan yang langsung tak boleh diajak bergurau, tak sekepala, kepala memang dah sah-sah satu sorang, tapi maksud Mish, tak masuk geng la. almaklum la, mulut ni kadang-kadang out of control. so, rasanya, baik Mish tak payah nak rapat dengan mereka-mereka ni. nanti kalau terlepas dah tak boleh nak undur. kan kan?
nak berkawan mesti la tak memilih bulu kan. tapi untuk jadi rapat dan akrab tu rasanya perlu la jugak memilih. Mish bukanla baik sangat untuk cakap, "saya ni ramah la. dengan semuaaaa orang saya berkawan baik. semuaaa orang saya rapat". oh no! tak baik tipu macam tu. mesti ada gak certain orang yang kita rasa kita patut jauh kan. 

pape pun, terpulang la pada individu tu sendiri. :)

Tuesday, May 17, 2011

Saya Memang PenJELES!!

gerenti kalau cikgu BM baca tajuk entry Mish tu, menangis tergolek-golek la beliau. tak kena langsung ayat 'penjeles' tu. dah la eja jeles. it should be cemburu or jealous. kan cikgu kan?

eh, kawan. jom jangan melencong. saya nak cerita ni. awak dengar eh. haha.

  • hari ni cuti, saya jeles 98% dengan kawan-kawan dan roomate saya yang keluar hari ni. tapi saya merempat je kat bilik. kenapa tak keluar? umi tak bagi. 1st time umi tak bagi keluar sebab umi bimbang kes orang simbah asid. jangan cakap umi saya tipikal. sebab ni realiti. mana nak tahu sekali masa Mish lalu, orang tu tengah cari mangsa. erk! habis la muka spoil ai nih. lagipun kalau umi bagi keluar pun, Mish tetap tak keluar. save budget. :P

  • hari ni birthday Athirah Sahami. so, dia dapat call free dari CELCOM. saya jeles 40% sebab saya pun nak gayut free jugak. dapatla save duit topup. kan kan?kan best kalau call free tu boleh share-share. alahai CELCOM.

  • sekali lagi, hari ni birthday Athirah Sahami. tadi masa gayut, umi dengan sangat baik hatinya bagitau yang hari ni umi masak spesel. jeles 100% dengan adik-adik. kenapa saya tak balik. kenapa saya tak berada dirumah ketika ini. pastinya saya dengan rakusnya habiskan makanan tu. :(. umi baik sangat. tapi umi lagi baik kalau tak bagitau tadi. geram je. haha. saje letteewWW.

  • bab ni memang patut saya jeles. 300% jeles dengan budak kos lain. awat ampa semua dah boleh balik eh? kenapa kami lak kena tunggu 3hb JUN baru boleh balik. dah tu pulak kami kena perap je dalam hostel ni. apehal? adoi! tertekan. jom tukar Ketua Program nak? haha. 
muka budak jeles. HAHAHA. poyo! booo. padan muka kena duk hostel. 

semua tu sangat logik untuk dapat hati busuk ai kan? nahh. semua perkara diatas. ai datang nak bagi hati ai yang busuk ni. oh hati, saya sangat sakit. 

Hai Sweet Stranger! I know U Stalk Me!

Stranger? apa tu? ok. stranger is orang asing. orang luar. orang yang suka mengasingkan diri. orang yang suka mengeluarkan diri. crappy~geez!

btw, kalau anda rasa anda ni orang asing bagi saya. saya mulakan dengan salam kenal. HELLO Stranger. or, maybe i should put a 'S' behind stranger. so, dia akan jadi, strangers.

tapi ni cerita pasal stranger yang saya kenal. tapi suka sangattt tak munculkan diri. dia la seorang stranger yang juga seorang stalker. oh, ok, i'm not talking about Faeez Stranger the blogger boy. tapi kalau Faeez nak terasa pun boleh. hak hak. just kidding dear. :P

stalker ni ada di mana-mana. even, kat FB, MySpace, Friendster, BLOG, twitter dan laman sosial lain. ops! apa yang stalker ni buat?

pertamanya, mungkin stalker adalah orang yang dikenali. stalker macam ni  mungkin sedang mengintai perkembangan diri kita. solokah kita. sudah berkapelkah kita? belajar di manakah kita? buat apakah kita? dan untuk golongan macam ni, hati, mungkin ada niat baik, mungkin ada niat buruk. anda terasa? tepuk dada tanya niat. :P

keduanya, stalker yang tidak dikenali. mungkin stalker macam ni just tersesat ke blog ini atau blog anda. lepas tu baca entry anda. lepas tu berminat. terus korek entry lain. tapi tak tinggal komen or jejak. so, dia tau pasal kita. tapi kita tak tau pun kehadiran dia. sama la jugak macam kat FB. antara tempat kegemaran stalker. including ME!

antara stalker yang bukan stranger blog Mish Lollypurp yang dapat dikenalpasti adalah Hyun Miera, Suzilawati, Irfan, Najmi Nasir. hahaha. kantoi!! aku tau la korang suka skodeng kan kan. perasan jap. tak nak ngaku sudah. haha. tapi dah tak jadi stalker sebab ai dah tau kan kan? ;)

psst~
stranger stalker ni bawak untung ke bawak onar eh? erk!
tiba-tiba rasa takut lak. adoi!

Its Athirah Sahami Day!

di mana hari ni, 17 MEI adalah ulangtahun kemenangan Athirah Sahami menendang perut umi. lantas umi terberanakkan dia. dah tua dah anak nombor 4 umi ni. haha. well,

daripada alongmu yang cantik manis ni. peace!

mesti korang terharu kan kalau korang jadi adik ai. haha. cepat-cepat! sape nak jadi adik ai meh isi borang. haha. okeh. sangat poyo disitu.

pape pun, Athirah Sahami aka kakak!

  • tahun ni SPM, do your best.
  • kurangkan online FB ke apa ke. tahun ni yang tinggal untuk awak korbankan kesenangan tu. nanti dah lepas SPM awak nak online sampai lebam pun tak de sape nak marah. yeye je. haha. konpem umi bebel. =)
  • jangan menggedik sangat ok. along sepak kang. haha.
  • jangan kuat ngat merajuk ngan umi. kesian ke umi. ok! jadi la anak yang baik. booowerk. hehe.
  • last but not least, kita adik beradik jangan berpecah. susah senang, ada pape, bagitau. jangan duk bengkak lam hati. pastu nangis sorang-sorang macam malam tu. haha. cengeng! =P
tak nak cakap banyak. nanti kalau budak ni baca lebam mata dia nanges. haha. tata!

psst~
tajuk entry tu macam something wrong je kan. adoi. sesape ade nak komplen sama? erk!

Monday, May 16, 2011

Diri Diumpat? Apa Perlu Buat?

tadi masa lalu depan bilik si minah ni, anda terdengar dia bercerita pasal anda. erk!

minah : weihh, aku geram giler tadi. aku elok-elok duk cakap ngan mamat A (lelaki paling hot la ni), sekali bulat (anda) tu datang. waddehel. tak malu a dia tu wei. muka sekupang je. ada hati nak join gak. dah la tak tau pape. seriyes, dari dasar jantung, hati dan limpa aku tak suka dia. naseb r dapat sekelas ngan dia. aku nyampahhh! pastu tadi, elok-elok aku cedok lauk, pot pet pot pet pot pet......


ok then, apa tindakan anda?

  1. nak sembur dia masa tu jugak!!!! grr. hati dah panaskan.
    "woi manusia, sesedap kau je ngata aku eh? ko ingat aku tak dengar? HELLoooo!!....."

  2. nak ketuk bilik tu pastu buat muka tak bersalah pi join sekali. tengok reaksi dorang camane. terkejut beruk ke terkejut apa. haha.
    "wei, ampa ngumpat sapa ni wei".

  3. cakap dalam hati je ni. pastu pi jaja cerita si minah tu kat orang lain lak. adil la. kan?
    "Oo, takpe-takpe. nanti aku cerita kat orang lain pasal malam hari tu. padan muka!"

  4. beristighfar. <-- berapa kerat je yang cakap dan buat macam ni. habaq mai!! pastu berlalu camtu je.
    "Astaghfirullahal'azim"

  5. buat-buat tak terasa.
    "eh, mesti bukan aku tu. aku mana ade muka sekupang. aihh."

  6. balik bilik, pikir balik. kalau rasa tu betul. baiki diri.
    "betul ke aku macam tu eh. erk."
walauapapun tindakan kamu,keputusan kamu, pikir la dalam-dalamnya. semua dah besar panjang. dah siap boleh nilai baik buruk orang bagai tu. takkan ni pun nak kena ajar. apa-apa pun keputusan yang korang ambil, fikir untuk satu tempoh masa yang panjang. jangan ikut syaitan. nanti syaitan menang. syaitan gemuk. ish, dose-dosse~. =P

psst~
tak de kena mengena dengan yang hidup atau mati. yang di atas dunia atau dalam kubur. sekian~

Selamat Hari Guru

hari ni 16 MEI!! yeah!! hari ni mesti umi dapat banyak la hadiah eh. sebab hari ni kan hari guru. hak hak. 

dulu pernah bercita-cita nak jadi cikgu sebab jeles tengok umi dapat hadiah banyak. even bukan hari guru pun ada je yang anak-anak murid umi bagi. makanan la, kain pasang la. berperasaan dengki jap ngan umi sendiri. haha. busuk tol hati ni.

so, sempena hari guru ni, Mish nak wish kepada
  1. cikgu-cikgu kat Tadika Kemas (1993-1994)
  2. cikgu-cikgu kat sekolah PASTI (1995)
  3. cikgu-cikgu kat Sek Keb Durian Mas I (1996-1998)
  4. cikgu-cikgu kat Sek Keb Durian Mas II (1998-2001)
  5. cikgu-cikgu Sek Men Keb Durian Mas (2002-2004)
  6. cikgu-cikgu Sek Men Teknik Terengganu (2005-2006)
  7. lecturer-lecturer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (2007-2008)
  8. lecturer-lecturer Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh (2008-2011)
dan juga kepada mereka yang memberi ilmu secara langsung dan tak langsung.


seriyes, bila duk ingat balik kisah-kisah masa sekolah. pheww. sumpah Mish nakal. tapi nakal ai nakal perempuan. biasa la kan. kalau kat SMTT dulu, Mish ni antara student yang dalam pemerhatian. kalau ada perhimpunan ke apa. sekonpem-konpemnya cikgu-cikgu tu akan cari muka ai dulu. kalau tak de. terus adakan spotcheck kat hostel. last-last, toink-toink, jumpa la kami atas katil. haha. lepas tu kena berdiri kat depan. pergi kaunseling apa semua. lucu r. pape pun semua tu pengajaran. bila fikir balik, apa punya tak matang la dulu kan. padahal perhimpunan je pun, apa salahnya kalau pergi kan. bukan mati pun. ni tak masal dapat malu. 

nasib baik kerana jasa dan budi insan bernama cikgu, rekod disiplin Mish bersih. terima kasih cikgu! semoga kebaikan cikgu akan di balas oleh Allah di dunia dan akhirat. aminn~
=)

peace!!


psst~
tadi call umi, umi kata dia kecik ati sebab Mish tak wish hari ibu ngan hari guru kat die. erk. umi. kalau la umi tau blog along ni. mesti umi nangis guling-guling baca entry along pasal umi. hehe.

Sunday, May 15, 2011

Lagu Teman by Zahidah featuring The Lion Story

lagu ni buat jiwa TOUCHING! seriyes. tak percaya cuba korang dengar. dengar la peliss. kalau dah penah dengar pun korang kena dengar lagi. dengar sampai muak. dengar dan cuba paham. tanam feeling kat lagu ni. ok!

yea. ini memang paksaan!



Lagu Teman - The Lion Story Ft Zahidah

Pertama kali kita berjumpa,
Tidak kepastiannya ternyata,
Diriku dipenuhi soalan,
Ku tiada teman..
Aku terlihat insan yang keliru,
Air yang deras mencermin wajahku,
Engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan…

Sempena hari mulia Ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Detik masa kini kedengaran,
Aku mengucap selamat jalan,
Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan…


Bagaikan anak yang baru dilahir,
Titisan mata pun mulam mengalir,
Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir…
Whoaaa.....hoaaaa...

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Di hatiku…..

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan….

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa,
Di hatiku……….

owh, ok. saya dah terfeeling lebih sebab saya dah mula rasa sedih nak berpisah ngan kawan-kawan. lepas ni kami takkan jumpa lagi. takkan jumpa lagi sekerap sekarang. takkan lagi ada tawa semasa gembira dan takkan lagi ada air mata semasa duka. going to miss u friend. :)


Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

psst~
doakan saya kekal dengan dia. aminn~

Saturday, May 14, 2011

Secara FIZIKALnya, Saya Merdeka

Assalamualaikum w.b.t

maka dengan ini, pada tarikh 14 MEI 2011 adalah hari terakhir peperiksaan. Alhamdulillah. tamat la peperiksaan untuk tahap diploma. ciss. rasa struggle bagai nak rak dah macam ambik phD. haha. poyo! struggle la sangat kan.

btw, secara fizikalnya, rasa macam dah merdeka, dah bebas. no more buku, nota dan no more lecture yang mengantuk-ngantuk. dan secara teorinya, saya harusla berasa gembira. saya sepatutnya keluar berjimba-jimba dengan kawan-kawan. kan?

tapi, secara mentalnya, i'm quite depressed. erk. exam dah setel. nak kena tunggu result lak. result nanti, entah rupa cacing pintal ke rupa apa. cuak yang menyebabkan urat darahku menegang. cramp. jawab soalan macam sedang menggoreng sayur kat dapur. pantas dan laju dan cekap. ikut suka rasa lidah je. haha.

dah la kolej ni demm sikit. siap keluar memo tak boleh balik sehingga 3hb Jun. mental betul la. siap kena attend kelas lagi. 8-5 petang. waddehal betul la. tetiba je. wahai encik bahagian pengurusan. habaq mai sikit, kamu nak kami datang kelas berjam-jam, stay kat hostel berminggu-minggu buat apa? exam dah lepas. bebaskan la kami beb. tensen r. nak balik kampung la wei. adoi.

kesimpulannya, saya mula rasa sedih nak tinggal kolej ni. titik!
erk, kesimpulan yang tiada kene mengena kan. haha.

Thursday, May 12, 2011

Impian : Anak Ibu Nanti

wahh. kali ni entry agak bermuka tak malu. haha. pedulik la. tapi Mish tetap nak share kat korang pasal angan-angan aku yang memang macam bini Mat Jenin ni.

pasal anak. wow! tak kawen lagi tapi dah teringin nak anak. kenapa nak anak? sebab anak tu rezeki dari Allah s.w.t. anak tu jugak pengerat hubungan suami isteri. lebih kurang macam ai ngan laki ai la nanti. haha. MIANG eh ekau!

ni bukan entry nak tunjukkan sifat penyayang atau buat-buat penyayang eh. tapi ni entry nak berkoya (khayal@berangan)

kalau nanti Mish ada anak, anak Mish tu haruslah panggil ibu kat ai. haruslah ibu ok. kenapa bukan mama? bukan umi? bukan mak? sebab suka hati saya lah. anak saya kan. haha.

kalau nanti Mish dah kawen. kalau boleh, anak first biarlah perempuan? kenapa? sebab kalau anak perempuan sulong ni biasanya boleh diharap. bukan nak cakap yang anak lelaki sulong ni dok rok chetong (tak boleh diharap). maroh laa Apik nanti. haha. tapi sebab nanti kalau Mish nak ada anak yang kedua, sekurang-kurangnya anak sulong yang perempuan tu boleh tolong sikit-sikit. anak lelaki ni paham-paham la yea. hehe.

kalau nanti dah ada anak, Mish nak pastikan anak Mish tu dah khatam Quran masa umur 8 tahun paling lambat. lagi awal lagi bagus. lepas tu Mish nak dia ni jadi kaki surau. bia kaki bangku asal rajin ke surau/masjid. kumpul pahala dan ilmu akhirat banyak-banyak. nanti leh la tolong Mish kat akhirat. tak de la penat-penat ai beranak kat u tau anak ibu? hehe.

anak kedua nak lelaki. haha.
kita hanya merancang, Allah s.w.t yang menentukan.

psst~
Mish buat entry ni sebab Mish nak nanti anak Mish baca. dia mesti dan harus terharu sebab ada ibu yang punya angan-angan semiang ini. hahahahaha.

pale tengah gelong!

Perempuan Hantu Asam?

Hantu asam? oi, camane tu eh. grr. mesti takut kan. haha.

hek eleh. kau bajet hantu asam tu macam hantu pontianak harum sundal malam ke? ni hantu tak de sundal-sundal ok. sensitip.

sinonimnya perempuan mengandung dikaitkan dengan asam ni. erk. abis tu kalau perempuan anak dara jelita cun anggun macam ai ni tak boleh makan asam la eh. haha. perasan kan?

actually, Mish ni memang hantu asam kot. asam, jeruk dan yang masam-masam. feveret! kena pulak jeruk pala, salak, kelubi. pergh. kecur air liur kejap. perempuan mana yang tak suka asam eh? ada ke? ada ke? ada! roomate Mish tak suka asam. haha. Hyun Miera ni pun tak suka asam.

korang penggemar asam? meh sama-sama bayangkan asam strawberi kering, asam plum kering, asam kulit limau, asam halia, dan asam-asam lain.

tapi asam ni boleh menyebabkan otak kita lembab tau. so, jangan la makan banyak-banyak. time ngantuk kalau makan asam ni. pergh. nikmat dunia. haha. terus je bulat mata tu. kan kan. mamat ni memang marah kalau ai makan asam time musim exam. so, masing-masing jangan bagitau dia eh. t dia bising. haha.

eh, perempuan je ke suka asam? nyah? bapok? lelaki? errr...

psst~
motif entry, cuma nak bagitau yang ai menaip sambil makan asam. sedap beb!

Wednesday, May 11, 2011

Tetap Pendirian

apa tu tetap pendirian?

erk..!

adakah kita tergolong dalam manusia yang tetap pendirian?

tetap pendirian ni lebih kurang macam teguh pada satu keadaan/keputusan. macam tu ke? namanya lebih kurang. contoh macam kau kapel. lepas tu kau putus. masa kau putus, ex kau ajak kau rujuk balik. kau terima. tetap pendirian kah itu? jawapannya TAK! dah putus, putus je la. nape nak terima balik pulak. kan? nampak sangat buat keputusan nak putus tu tak pikir panjang. aih.

bisik-bisik belakang : eleh, mengata orang. sendiri tak terasa ke? erk!

orang yang tak tetap pendirian ni juga dipanggil sebagai seorang yang tidak istiqamah. bahaya tak orang yang macam ni eh?

psst~
no no no. dont punk with my heart. haha.

Tanda-tanda Tekanan Menguasai Diri

sebagai seorang student, apa lagi yang boleh menyebabkan jiwa tertekan selain daripada menghadapi peperiksaan? ops! kamu tak tertekan eh kalau exam? waa. kamu mesti genius kan. bestnya jadi genius macam kamu.

kalau Mish la. ohh. Mish menyokong Belia Benci Exam. haha. ada ke group tu eh. kalau ada bagitau Mish eh. nak join. seriyes ni. *buat muka bersungguh*

kalau tertekan baca nota, baik rehat dulu kan. sambil rehat, sambil taip entry. sambil gosok-gosok jerawat. lepas tu usap-usap perut. jeling-jeling kat bilik. ops! ternampak rumate tidur dengan aman. jeles nya. dia boleh tidur sedangkan esok exam? erk.

tanda-tanda Mish sedang menghadapi tekanan.

  • bilik tak terurus
    tak exam pun memang tak terurus. tapi kalau exam ni double tak terurus kot. tapi kalau nak study dengan berhemah kenalah uruskan dulu bilik tu. kasi cuci mata. baru semangat nak study. mesti tak syok kan kalau study bilik bersepah. erk. yang menaip. sila jawab dalam hati.

  • jerawat berkepul-kepul
    oh! i HATE this! i HATE pimples! ini fakta atau auta. mitos atau benar tak dapat diketahui. tapi secara peribadi. setiap kali stress, jerawat akan tumbuh dengan riangnya. benci betul!

  • kelaparan seakan-akan kebuluran
    yess. yess. dan yess. yang ni memang betul. dan ni la yang sedang Mish alami. makan non-stop. sepanjang 5 hari exam ni (7hb - 11hb) dah lebih RM50 Mish guna untuk makan. makan sahaja! tak termasuk topup. banyak perlukan topup sebab kalau tensen je kol umi. haha.

  • keinginan untuk berjimba-jimba meningkat
    setiap kali lepas jawab paper yang susah je, mesti teringat suasana MIdvalley. adoi! betapa hati ini meronta mau keluar. sabarlah hati. makin tertekan bila terpaksa memendam keinginan. haha.
tapi kan, tanda-tanda yang terpenting adalah....terhasilnya entry merapu. sekian.
anda bagaimana?

psst~
rasa macam nak balik je. rindu adik-adik. tadi skyping ngan adik-adik dengan membuat video call. oh, ternyata aku amat dirindui mereka. haha.

Tuesday, May 10, 2011

Sekali Sekala


sekali sekala kan, apa kata lecturer bagi soalan mudah kat student.
penat sangat rasa nak study. dalam banyak-banyak sem, sem ni la paling menekan. nak kata subjek susah. sem 1 2 3 dulu pun lagi susah. sem ni tak de hafal nama ubat. dulu nama ubat berbakul-bakul. berbelit dah lidah ni. ubat apa kau nak tau. habaq mai. nak try jawab. kalau ingat lagi la. erk.

sekala-sekala apa kata kalau kita buat perubahan. semalam kita pakai tudung. hari ni kita buat rambur dogol. erk. macam tu. HELLO. tak nak perubahan macam tu. kalau hari semalam kita banyak sakitkan orang. apa kata hari ni kita cuba jadi budak baik. memang dah cuba. tapi kadang-kdang bab sakit dan menyakiti ni out of control. kan? haha. alasan semata-mata. dah buat salah baru nak cakap out of control. lain kali cakap tu fikir dulu kan? buat yang terSAKIT tu. mintak maaf ye.

sekali kala, apa kata yang dah habis exam tu, mai tolong kami-kami yang tak habis exam lagi ni. ampa mesti dah tak stress kan sebab dah lepas paper. uwaaa. mai la tolong jawabkan kami punya paper. mai la mai la. kami dah stress, tak leh nak masuk dah ni. ampa mai la tolong jawabkan untuk kami. buat-buat muka tak malu mintak macam ni. macam laaaaaaa dapat kan. dapat pelempang ada r. ada berani ke nak lempang ai? meh sini meh sini. sambil lipat lengan baju. haha.

psst~
sekali sekala, apa kata yang jarang tidur dalam kelas tu cuba la tidur sekali. best wooo..

Monday, May 9, 2011

Selami Hati Gadis INI!

mari sama-sama hayati dan selami kekecewaan gadis ni. terlajak perahu boleh diundur, terlajak masa nak buat camane?

erk!

SIA-SIA.
satu ayat yang dah cukup, sangat-sangat cukup untuk gambarkan perasaan hati lara gadis ni. makin lama, makin menekan jiwa. dah berpulun usaha dilemparkan, namun satu pun tiada berhasil. 

KECEWA
perkataan kedua untuk menggambarkan hiba hati gadis ini. terasa hari-hari yang akan dilalui selepas ni sudah langsung tak bermakna. kalau la terjun bangunan tu boleh mengubah semua. gadis ini bisa lakukan. tapi hanya didalam mimpi. =P

PUTUS ASA
sokongan dan laungan semangat kawan-kawan langsung tiada makna bila semua ni terjadi. penat berusaha. terasa mahu berhenti. mahu tamatkan. semua. 

TAKUT
bila usaha langsung tiada berhasil. ketakutan lekas memunculkan diri. apa jadi lepas ni? kuat kah aku untuk terima semua keputusan nanti? apakah? apakah? apakah? argh. jiwa jadi kacau.

BLUR
banyak sangat bermain di fikiran. apa yang patut gadis buat lepas ni? teruskan kah? pejam matakah? butakan hati pekakkan telingakah? sesungguhnya perjalanan gadis masih jauh. masih banyak yang perlu ditempuh. tapi gadis makin lemah. makin tiada semangat. gulp! 

gadis ni sebenarnya tak dapat jawab paper Pengurusan Asas dengan baik tadi. sebab setengah jam lebih dibazirkan masa dalam toilet. tiba-tiba sakit perut dan muntah-muntah datang. pelik. masuk dewan exam je kelam kabut si gadis gunakan masa lagi 20 minit yang tinggal tu untuk jawab 4 soalan esei. bayangkan. rasa nak menangis pun ada. 

perut, sampai hati kau khianati gadis. 

soalan. apasal la pelik benor soalan tu hah? dah la berbelit-belit. dah macam out of silibus je. rasa nak gigit je. lepas paper Kimia Farmaseutik, si gadis terpaksa pasrah lagi dengan paper sengal ayam ni. penat si gadis menggoreng tadi. goreng kailan ikan masin, goreng sotong semua hado. 

tengah bayangkan muka lecturer gelak guling-guling baca jawapan si gadis. dengan tulisan macam cakar ayam. ntah pape.

fortunately, satu kelas rasa geram ngan paper tadi. tak de la si gadis tu sorang yang berduka lara.

Masa Yang Diambil Untuk Satu Entry

walaweyh. kalau korang tengok jadual exam Mish kat entry ni, nampak macam tak de harapan je Mish nak update blog kan? padahal. see. dah terupdate pun blog ni untuk kali ke berapa ntah. konon nak cuba bertahan. tak nak online. hak tuih tol la.

btw, nak tanya korang. kalau korang taip satu entry tu. berapa masa yang korang perlukan untuk siapkan satu entry? 5 minit? 10 minit? 15 minit? setengah jam? berjam-jam? sekelip mata? erk!

kalau bagi Mish, depends kat jenis entry la. kalau banyak gambar lama sikit kot. kalau entry panjang pun lama sikit kot.

hipotesisnya, semakin panjang entry, semakin lama masa yang diambil.
hipotesis kedua, semakin banyak gambar, semakin lama masa diambil.

okey, korang amek reseach tak? kalau amek, bagitau Mish mana satu pembolehubah bersandar, pembolehubah tak bersandar dan pembolehubah comfounding. haha. poyo kan.

kamu pulak camane? apa yang mempengaruhi tempoh masa untuk siapkan entry kamu.

Tentang Umi | Nak Cerita Pasal Umi Jugak

mentang-mentang la hari ibu. semua nak tayang muka ibu masing-masing. mana aci! Mish pun nak tayang jugak. hehe.

by the way, ni la wajah kesayangan hamba. pemilik air tangan yang Mish paling rindu nak makan. penangan air tangan beliau la yang selalu buat cacing ku bergolek-golek kelaparan. ahaaa. stop crapping!

nama : Puan Wan Juhana bt Wan Chik
tarikh lahir : 23 May 1966 --> tak lama daa bday umi!
pekerjaan : guru / cikgu
korang tau, kawan-kawan Mish cakap, dorang suka dengar umi bercakap. sebab umi ni lucu. memang pun. sebab umi cikgu, maka sebab tu la umi ni kalau bercakap, tangan mesti berkepak-kepak. cerita nya pun bersungguh-sungguh. lepas tu suka gelak. umi memang macam tu.

kalau dia nak bebel pasal anak dia. memang terbaik ah umi. rindu giler nak dengar. budak-budak umah sewa Mish dulu mesti gelak terkangkang-kangkang sebab depa cakap umi bebel kelakar. aduh. tang mana kelakar pun aku tak tau. ok, bab kangkang tu aku tipu. dorang tak de la tak senonoh sampai camtu kot. so, far ok la kalau dorang happy. haha.

kalau susah hati, Mish suka gayut ngan umi. kami gayut tak de la lama sangat. al maklum la. umi ni ibu kepada 9 orang anak. so, paham-paham la tahap kebizian dia. tapi kalau dah gayut tu macam-macam topik la. duk cerita pasal adik-adik la, pasal sekolah dia la. lawak la umi ni. kadang tu bila umi duk cerita, anak umi ni nangis tau. sebab rindu sangat kat umi. tapi pura-pura gelak. nanti kalau umi tau, malu la anak umi ni. adik-adik kalau baca syhhh sudah tau!

fakta yang langsung tak tipu tentang umi!

  1. umi ni akan marah bila
    -kami melawan kata dia. erk.
    -kami tak tutup pc/laptop waktu maghrib

  2. umi mengamuk sakan bila
    -anak jiran datang umah lepas tu suka-suka je petik pokok bunga umi. pergh. memang habis la budak tu
    -ada kucing buang taik kat halaman umah.

  3. umi saya comel giler masa
    -dapat gelang dan cincin idaman dia dari abah.
    -belajar pakai shawl dengan kami

  4. umi paling happy kalau
    -diajak shopping

  5. kalau gayut, umi selalu tanya 
    -belajar cane?
    -bila cuti?
    -ada kat mana tu?
    -duit cukup?

  6. umi selalu sangat
    -lupa bawak henfon pegi sekolah atau jalan-jalan
    -tak ingat kat mana dia simpan kunci kereta.

  7. kalau dengar orang nak pegi langkawi, umi mesti akan kirim
    -sudu
    -senduk
    -coklat

  8. umi susah hati bila
    -saya tak dapat balik sebab tak de tiket
    -result exam adik-adik jatuh kerana game!

  9. umi gelabah giler kalau
    -ada orang nak datang umah tapi umah macam tongkang pecah.

  10. umi selalu berangan
    -kalau nanti Iman dah besar, dia boleh selalu luangkan masa kat masjid dan surau
    -satu hari nanti, kami dapat rasa nikmat raya kat kampung macam masa zaman arwah nenek ngan atok ada lagi.

  11. kalau orang tanya pasal kawen kat anak umi yang sorang ni umi akan cakap
    -kalau ada orang nak kat dia ade la tu. (macam tak laku je anak umi ni kan. haha)
    -bia la belajar habis dulu. 
fuh. penat taip fakta tentang umi. sayang umi ketat-ketat. banyak lagi nak kongsi. tapi kalau kongsi semua ada yang termuntah duk terbaca. papepun, umi is the most special person to me. 

umi, maaf tau sebab kadang-kadang

  • along buat dek je kalau umi suruh buat something.
  • bila umi bebel, along ter'menjawab'. erk. tak sengaja tau umi. btol.
  • along langgar sikit pesanan umi. sikit je. tak banyak pun. sorry ye umi. muah!
  • selalu buat umi susah hati bila ada masalah. umi kan my best friend. sharing is loving kan mi?
  • along suka merajuk kalau tak dapat something. erk. macam budak-budak kan. lepas ni along matang sikit eh  sikit je. hehe.

conclusionnya, SELAMAT HARI IBU. along tak sokong hari ibu kafir punye ni. along sokong yang along punya suka. lagipun bulan ni birthday umi kan? umi nak apa. jet? kapal terbang? Honda? Nissan? semua along beli t. yang mainan punya dulu eh umi. umi suka kan? hahaha. tapi kalau beli nanti adik-adik berebut ngan umi lak. erk. along bagi ucapan je la. finally. kua kua kua.

sekian. nak pegi kesat air mata dulu. bai!

Sunday, May 8, 2011

Tertidur Masa Exam

haha. kalau korang perasan ni adalah tajuk entry keempat yang guna perkataan exam tu untuk bulan ni. see? tak see jugak pegi tengok kat archieve tu sendiri. tak kuasa nak tunjuk. belajar berdikari sikit ye. haha.

eh eh, korang! pernah tak tertidur masa jawab exam? haha. yea..masa jawab-jawab exam tu. last-last korang rasa nyaman je. mimpi-mimpi. celik mata, tinggl lagi 5 minit masa untuk jawab exam. giler gelabah masa tu kan? 

tak pernah? kalau tak pernah ambik la masa jap dan cuba bayangkan. sebab tu la yang terjadi masa Mish duk jawab paper Dadah dan Masyarakat tadi. punya duk syok bulat-bulat jawapan objektif rasa ngantuk. seriyes terasa ngantuk tu. tapi pikir masa tak banyak. so, tahan la dulu. at least bila dah setel semua baru tidur. baru syok landing. tapi tadi. erk. omaigot. celik mata je tinggal lagi 5 minit. erk! patutkah aku menangis? haha.

erk, gambar sleeping beauty ni dari encik google. percaya tak? haha
(dah terang-terang watermark sendiri. adeh)

cepat-cepat bangun. pegang pensel. dan tonyoh sekuat-kuatnya kertas objektif tu ngan jawapan. nasib baik dah siap draf semua jawapan. first time tidur lama lam dewan peperiksaan. 20 minit gak kot. before ni just 5 minit cam tu je. haha.

tengok tepi, member duk gelak. cait. kuang asam. haha. 

psst~
rasa macam tak sihat je skang ni. nak manja-manja ngan korang boleh? demam exam,mungkinkah??erk. 


Saturday, May 7, 2011

Harapan Lulus? | Selamat Hari Ibu

tadi first paper Mish dah berlalu. perasaa? erk! tertekan giler ok. ntah paper je soalan dia. adeh. nak salahkan soalan pulak. padahal salah Mish sebab tak terbaca soalan-soalan past year punya. namanya study last minit kan.

nak nangis air mata darah pun macam dah tak guna. dah lepas. so, hrapan sekarang, lulus pun jadi la. tak harap dapat tinggi-tinggi pun. asal lepas, dan boleh grade. ouh, wish me, wish me.

tak tau nape tadi masa jawab rasa macam tak confident sangat. nak goreng pun macam tak cukup bahan. adoi. nasib la.

sempena hari ibu ni jugak Mish tak nak terlepas wish Happy Mother's Day UMI!! dan jugak para ibu semua. Mish pun ibu jugak tau. ibu cacing lam perut. cepat wish! cepat! hahaha

Exam Buat TerRINDU Dia!

along : hello. mu duk wat pe tu?

lan : dop wat pape pun. nape?

along : lan........ aku exam esok. huhu. tapi baca punya baca tak dop pun yang masuk ni..:(

lan : laa. mu makan nape petang tadi?

along : hah? makan nasi lauk ayam. nape?

lan : tu la. lain kali makan la budu. baru ingatan kuat. kalau dop budu pun petai ke.

along : cait. *gelak guling*

lan : dah2. nafsu malas semata-mata tu. jangan ikut ngat. kata nak kawen. kalau belajor dop lepas nak kawen gane. haha.

seriyes rindu dia. kalau dulu setiap kali exam. setiap kali ada paper mesti amek semangat dari dia. rindu dia. sangat2.

nak cari dia. tapi skang kami dah lain. terpaksa tahan diri. rindu nak dengar nasihat sempoi dia. rindu nak gelak ngan dia. lamaaaa sangat tak tulis pasal dia ni. aihh. tiba-tiba malam ni teringat.

pujuk hati sendiri.

psst~
lan bukan nama sebenar ok!
btw, happy dengan life skang. tapi kadang-kadang ada time tertentu buat kita rindu suatu masa dulu. kan?

Friday, May 6, 2011

Exam Terakhir

pejam celik pejam celik, dah tiga tahun rupanya Mish duk kat kolej ni. memegang gelaran pelatih Program Penolong Pegawai Farmasi. dan ni merupakan tahun terakhir Mish kat sini. semoga exam yang akan bermula esok takkan menghalang Mish untuk tamat latihan bulan Jun ni. taknak repeat. tak nak ulang sem. tak nak sangkut. huhu.

tup tap tup tap. esok merupakan hari pertama final exam. waaa...rasa nak nangis guling-guling. lepas ni tak kan ada istilah final exam dah. sebab lepas ni dah kerja. harapan nak sambung belajar tu mungkin tipis sebab terikat dengan kontrak government. lagipun dah tua-tua ni rasa macam dah malasnak belajar. haha.

tapi semalam kawan ada ajak Mish amek PJJ kat USM. nanti la pikir balik. best jugak kan. hehe.

rasa cuak, berdebar, gelisah, kelam kabut, macam-macam rasa lagi la duk main kat otak ni. aih. esok first paper dah pun subjek killer. mampukah aku? erk!


Penangan Blog Ibu-ibu

Salam semua! hehe. terasa rajin sangat nak update sekarang ni. makin dekat exam makin ai semangat nak berblog. adoi.

tadi masa duk layan blog ni, macam biasa la. pi jalan-jalan baca entry-entry yang berkenan di hati. tapi malam ni terasa nak baca blog para ibu-ibu. tak tau nape. seriyes. mula dengan blog Kak Izan, Dua Hati Menjadi Satu. rasa macam terhibur lak baca setiap entry dia yang duk cerita sal family. rasa eksaited nak kawen bila tengok kak Izan ni duk bercerita sal anak-anak. perangai budak-budak ni kadang-kadang buat kita tertawa sorang-sorang kan? aih. bila la nak ada anak. uit. kawen belom daaa. haha. rindu Iman  *_*

lepas tu Mish suka baca blog Kak LM. nama panjang sikit, Lydia Miza, Hidup Itu Indah. akak ni rajin masak. seriyes. dulu pernah sekali rasa macam tak nak masuk blog dia sebab nanti mesti terliur. nak makan tak boleh pasal gambar je semata-mata. rasa macam nak je suruh kak LM post kan makanan tu. haha. akak ni skang ngah pregnant au. bestnyaaa! haha. gedik kan. camane rasanya kalau pregnant eh? aih, para ibu ni buat gua eksaited mau kawen deh. kah kah kah.

lagi sorang ibu yang Mish suka baca blog dia adalah Kak Diana, Senyum-senyum. for sure ramai kenal blogger rajin nih. sehari 2 3 sekali update. entry dia tak de lah terikat pasal famili. lebih banyak tang ragam manusia seharian. rajin dia olah dan jadikan satu entry kan. tak pernah kering idea. tapi seronok jugak bila baca part anak akak ni. nama Maisara kan sis kan?hehe.

agak-agak nanti kawen Mish terus berblogging ke eh? adeh.

nanti kalau dah ada anak, hari-hari ai update sal anak. anak kucing, anak tikus, anak lipas, anak ular, anak cacing, anak kepala, anak-anak. haha. indahnya angan-angan. mungkinkah realiti? aih..

kalau ada anak, mesti anak-anak aku hepi cz dapat ibu sporting macam ai kan? hahaha..CERIA~


psst~
terasa naluri keibuan la pulak malam ni. pangkat student pun tak lepas lagi. mati aku kena kapak ngan abah. haha

Thursday, May 5, 2011

Perkara Yang Perlu Dijauhi Jika Nekad Nak Study!

sesetengah perkara penting dalam hidup kita akan buat rasa ingin study yang tengah membuak-buak terbantut. punya tengah best duk baca apa semua last-last ni la perkara yang buat tak jadi nak study. hak hak. korang tau ke apa dia? meh kita cek meh. meh laa. haha.
  1. KATIL
    yeehaa. ni la faktor paling buruk. paling teruk. paling hebat. katil ni memang andai menggoda dow. memang hancuss la kalau Mish study atas katil. tak sampai 2 minit baca nota atas katil, katil lak tolong bacakan nota untuk Mish. jauhi katil dengan anda ketika study!

  2. LAPTOP/PC/NOTEBOOK
    yang ni pun sama. kalau dah ada mende alah ni biasa kelemahannya adalah bila online. kalau dah stat online tu memang nota ntah ke mana la. kelaot mati jawabnya. haha. kalau study dua jam rasa macam lama gile. tapi kalau online dua jam tu rasa macam, eh, tambah lagi satu jam. lepas ni study la. booo. kalau dah main tambah-tambah jam tu memang hampess lah.

  3. GAME/MOVIE
    tengah syok study, roomate pasang movie. pergh! memang meletop. cuba untuk tak tengok. jangan la terliur wahai hati. sila la study. tapi kan, bila dah terdengar tembak-tembak dan macam-macam sound effect tu memang terliur la jugak. haha. game pun sama. buat gamer, mesti korang ketagih kan kalau tiba-tiba sehari tu tak main game. tapi kalau dah stat main memang susah nak stop. haha. macam dadah daa...

  4. PAPARAZZI
nah..tak caya ke paparazzi ni boleh ganggu konsentrasi korang bila study. haha. aih, sensitif betul bila ada kamera ni. korang kenal mamat ni? kenal? kalau kenal diam. haha. mamat ni memang selalu kacau Mish kalau dia ngantuk masa study ada je yang dia duk kacau. aih. kena duk jauh-jauh lepas ni. kua kua kua..

psst~
nak seribu daya, tak nak seribu dalih. kalau dah nekad nak study tu memang akan buat macam-macam untuk elak dari terpesong. so, tepuk dada tanya selera. kalau rasa nak repeat layan la sangat semua perkara kat atas. hahaha. yang paparazzi tu gurau je. haha. sebab memang ngah ngantuk ni. layann la entry dulu. =P

Nuffnang, i want more | nak curang ke tak eh?

rasa-rasanya akhir-akhir ni ramai blogger merungut pasal Nuffnang ni. erk, kenapa ye. Nuffnang demam yea? sakit? apa masalah Nuffnang sekarang ea? sampai ramai betul blogger nak curang dan dah curang dengan Nuffnang ni.

tiba-tiba terfikir, teringat situasi diri sendiri. aah la. macam kata sorang blogger tu, Nuffnang dah makin selow plus ntah paper sejak tahun 2011 ni. kalau dulu laju je duit dari campaign masuk even tak de Buffered Earning (BE). lama-lama rasa macam tersisih la pulak. jangankan duit campaign, duit BE pun dua hari je bergerak. lepas tu ntah pape. setakat tu je. hampes. takkan nak metered dah kot. tak sampai seminggu menumpang. hamboii. sesedap kau je eh nak tumpang kejap-kejap. nak dapat tu dah la lama. sekali dapat taik idung pun lagi mahal kot ni. adoi.

tapi bak kata ulama', bersyukur. yeah..alhamdulillah.

tapi, saya nak lebih. tamakkah saya? haha.

nak tengok komplen lain pasal Nuffnang ni?meh jenguk Kak Diana punya entry tajuk Advertlets atau Nuffnang? lepas tu si Kyerull ni lagi la, terus derhaka dengan Nuffnang. korang boleh baca sebab dia kat entry Jom Bertukar ke Advertlets | Anda Wajib Tahu. lepas tu, si Kyerull ni lagi boleh goda Mish dengan entry puas hati dia ni wow Earning ADVERTLETS you guys must see this, baca tajuk pun dah tergoda. sabo je la. adoi!


tapi bila teringat entry AfiqBukhari, Aku Tetap Setia Kepadamu ni. terasa macam cepat sangat la pulak nak berubah angin. erk, perlu tunggu lagi ke? atau curang je terus? adoi.

psst~
nanti dah habis belajar kena la ada duit back up. kalau tak camane nak bayar berukband ni kalau mase menganggur nanti. oleh itu, pendapatan perlu la masuk sedikit sebanyak. menjadi haruslah bijak mengintai peluang. kah kah kah. 

Wednesday, May 4, 2011

Ini Bukan Demand Kan?

hai girls! just nak tau camane taste korang dalam pemilihan calon teman hidup eh. apa yang biasanya perempuan pandang dulu.

  • hartakah?
  • usiakan?
  • rupakah?
  • agamakah?
  • perangaikah?
  • kah kah kah?
kalau bagi Mish kan, tak susah pun. tak susah dan tak demand mana pun. seriyes. ingat lagi entry ni? yep entry tu la, ala, yang Kalau Nak Cari Suami Umi Cakap... well, semua tu masih dalam pencarian. haha. selagi single, saya, perempuan berhak memilih yang terbaik. kan kan sayangssss semua?

rupa paras semua tu tak penting pun bagi Mish. biar la muka camane hensem semart pun, asalkan hati baik. paling-paling kurang muka dah lebih kurang dia ni pun Mish terima je. 

      111111
      111111
      111111
      111111
      111111
      111111
      111111
      111111
      111111
      111111
      111111
      111111
      111111111111
      11111111111
      1111111111
      111111111
      11111111
      1111111
       111111
       11111
        1111
         111
            






hahahaa..demand tak? demand tak? lom tahap demand tahap dewa lagi kan kan kan?


psst~
guys, korang punya demand mesti lagi teruk kan? hahaha.

Kpop New Release - Ori Punya!

korang layan Kpop? Kpop? apa  tu? macam Mpop si Gula-gula ngan 24:7 tu ke? haha. gelak guling-guling bila teringat. adeh. ni ori Kpop punya entry eh. dalam duk usha-usha youtube tadi terserempak lak ngan lagu baru Kpop nih. best kot. layannn...

Mr. Taxi - SNSD



Heart to Heart - 4 Minute



Intuition - CN Blue



Love Song - Big Bang



Going Crazy - Song Ji Eun




psst~
sesape yang still terpinga-pinga tak tau apa tu Mpop, sila google sendiri ok. taip 'Gula-gula' atau '24:7'..haha...

Segmen Jom Kipas Blogger.



di tengah pagi hari, Mish gigihkan jugak diri ni nak join segmen ni. sebab dah dijemput secara terhormat oleh pemilik blog WooferStorm, Achie. ahaks! kepada Achie, ni budak mata bulat dah join ok. so, saya terlepas daripada digigit. haha. blogger ni rajin tag ai. ai je yang malas. kali ni terRAJIN la pulak.


tak nak melencong panjang sebab duk kejar nak study Mikrob lak ni. Mish nak kipas sorang blogger ni. sebab Mish tengok dia macam tak cukup kipas je. nak kasi aircond tapi paham-paham la kewangan tu camane.


http://www.kayif.com/ ---> pernah masuk / jenguk / lawat blog dia tak? tipu la kalau tak pernah. femes kot ni. kalau korang ada join mana-mana group blogger kat FB tu mesti selalu sangat nampak muka dia duk ping entry kat sana. haha.


Mish mula-mula kenal dia pun sebab duk usha entry dia hasil dari dia duk ping entry la. mula-mula suka sebab banyak citer lawak kat blog dia. seriyes lawak wei. 18sx pun ada kalau korang suka. kalau la korang suka kan. tapi Mish tak suka. auw! dan dan market kan. 


Kayif atau Kerol ni memang rajin giler babas update entry. bulan April je dia dah buat entry sebanyak 192,korang ada?aku takde beb..-->pinjam ayat Achie.


suka kebanyakan entry si Kerul ni. suka cara dia olah entry. korang try la baca entry dia pasal Nuffnang yang tak bagi dia BE kat entry ni Cerita Baby Ellyana(BE), Ayahnya(Nuffnang) dan Aku(Kyerull). suka entry dia yang lawak-lawak contoh macam Topi Ajaib Tak Boleh Cabut dan Tentera Jepun. Kerul ni memang kreatif gila kot. poyo pun ada. boleh nampak kalau korang baca entry Persamaan Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan AKU. lepas tu,suka sangat entry dia yang ala-ala sweet. wahai si pakwe, sila baca ini Andai Sudah Tertulis. ehee. bila hati dah suka. tak leh kata apa laaa. 


terbaru, suka entry ni

nah..netul-betul kipas dah ni. haha. nak baca yang lagi syok, sila belek sendiri ok. tak kuasa nak cerita semua. haha. sesiapa yang free, rasa tak de idea nak update tu sila la join ye. klik banner penganjur kalau nak join eh. hehe.


maaf eh bro Fariq. tak teratur entrynya pasal buat dalam keadaan takut Achie gigit. haha. seramm! 

psst~
Bulan ngan Cik Aish, please feel free to join this ok bebeh! off to bed~

Monday, May 2, 2011

Sumpahan Wedges

korang, nak tau sesuatu tak??

semalamkan, Mish kuar pergi Times Square. tak habis-habis ngan Times Square, macam dah tak de tempat lain kan? haha. dah macam rumah kedua pun ada TS tu. adeh.

Mish keluar dari hostel, pakai kasut ni.



lepas tu Mish balik pakai yang ni.


tadaa! amazing tak? kasut wedges ai kena sumpah wes. sebab guna die lasak sangat. dan jalan laju sangat. dan merayap jauh sangat. dah tu pulak kena sumpah jadi selipar jepun jelik nih. kalau kena sumpah jadi kasut but yang ada manik-manik macam yang Mish berkenan semalam tak pe la jugak. aiseh!

moral of the story, kalau rasa nak jalan jauh pakai flat sudah.. tak yah ngengada nak pakai tinggi. dah la semalam hujan lebat. kena berlari sana, berlari sini. naik turun TS dan Sg Wang. adoi....mana tak terkeluar urat biru satu kaki. melayangla RM10 duk beli selipar cam kanak-kanak tu. haha.

psst~
orang kurang tinggi macam saya haruslah berusaha nampak tinggi. kan kan??