Thursday, June 30, 2011

Jiran kadang-kadang memBENGANGkan

Assalamualaikum w.b.t

korang duduk kat kawasan perumahan kah? kampung kah? flatkah? kondominium kah? kah kah kah? ahaks. by the way, kat mana-mana pun korang tinggal mesti korang ada jiran kan. kat depan atau belakang atau kiri atau kanan rumah korang. dalam area rumah korang mesti ada jiran kan kan. jiran korang macam mana? ok kah? cool kah? annoyingkah? haha.

banyak kah la minah ni. mianhae (sorry)

alhamdulillah. kat kawasan perumahan ni semua jiran baik-baik. tak caya baca entry INI. sangat baik. tapi dalam setandan pisang mesti ada yang busuk kan. contohnya entry gosip tengah hari INI. pi baca ye. 

tapi kadang-kadang terfikir jugak, kalau pindah kat kawasan perumahan lain nanti, mesti jumpa ragam jiran yang lagi annoying dari entry gosip tengah hari tu kan. antara jiran yang buat kita rasa nak pindah dalam hutan berjiran kan monyet dan beruk lagi baik la.


  • suka memekak - means disini. rumah dah la berkembar, diorang boleh pergi pasang set karoke, lepas tu melalak macam anjing nak beranak kol 1 2 pagi. mak aih. agak-agak korang sakit hati tak? mau je aku bako rumah dia. tapi kalau bako, mesti la rumah kita pun terbako sekali. ye dop? haha.

  • mulut murai - dapat jiran suka bercakap. pantang nampak muka kita kat luar rumah, terus datang rumah. kalau datang bawak bubur ayam McD ke, ayam KFC ke tak pe la jugak. ni datang pastu mai jaja kisah orang lain. minah tu macam tu la. anak mamat tu macam ni. aih. serabut sangat aih. tak minat la nak amek tau hal orang ni.

  • pengorek terhebat - pengorek? aiya. korek rahsia. korek cerita untuk dijaja. bersangkut jugak dengan  jenis jiran kat atas tu. buat-buat baik datang umah bawak bubur ayam McD, lepas tu pelan-pelan bawak kuar topik macam nak korek keburukan orang. aih pandai betul la manusia macam ni. jangan harap kau dapat cerita terhebat kami. 
rasa rimaskan kalau dapat yang macam ni. mintak dijauhkan la. aminn~mau tak bengang kalau ada yang macam ni. huhu.

kalau la dapat jiran macamni. auww! seronoknya. hari-hari duk melepak kat luar rumah hulur kopi panas. tiup sikit-sikit ubat jampi. ^_^

Tidur Petang

Assalamualaikum w.b.t

dari semalam lagi mish tak dapat nak tidur malam. ades. asal malam je terkial-kial sorang diri. apa nak buat kan. apa pun tak boleh. haha. maka, layan la apa-apa yang ada lam netbook ni. 24 jam ngadap menatam ni. mana tak naik power spek kan. agaknya nanti 5 tahun tebal 1 inci la cermin mata Mish. erk. buruknya. haha.

malam ni pun nampak gaya masih tak de tanda-tanda nak tidur. aih. apa nak buat ni. apa pun tak boleh. ok. dah dua kali ulang ayat tu. haha.

ni semua sebab tidur petang. tapi hari ni Mish tak tidur petang.Mish tidur lepas maghrib. bangun pukul 10. terbaik la. hehe.

teringat dulu masa zaman belajar kat sekolah. form 4 dan form 5. masa tu sekolah pagi. belah petang kena study la kat dewan study kan. tapi Mish ni ngan kawan-kawan kaki ponteng. tak denya nak turun study tu. lepak lam bilik. dalam 4 5 orang jugak la. even dorang ni bilik lain pun semua pakat mai bilik Mish. haha. lepas tu kalau 4 orang kan, 3 orang terlentang tidur. tapi Mish je ternganga sorang-sorang. sebab memang tak biasa tidur petang. dan tak pandai. pusing kiri-kanan pun. still tak boleh lelap.

masuk je Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. entah camane, boleh terbelajar tidur petang. nah..nak mula punya la susah. bila dah pandai, susah sangat nak berubah. dulu tiap-tiap petang wajib tidur. terbawak-bawak  sampai la pergi ke KSKB tu. pasal tu la dalam kelas asyik nak tidur je. haha. baik punya alasan.

orang-orang tua-tua kata, kalau tidur lepas Asar 40 hari berturut-turut, boleh jadi gila. err. GILA tu. jangan memain. esok-esok kau bogel dalam tong drum tu, lepas tu round sekampung. tak tau malu. macam tu la jadi kalau gila. eh, seram pulak.

korang pun mesti hantu tidur petang kan? haha,

Wednesday, June 29, 2011

Dah Agak Dah Mesti Kerja Budak Kecik Ni..

Assamualaikum w.b.t.

Selamat hari rabu iaitu hari kurang bercakap buat kebanyakan blogger kan. ahaks. malas lak nak join Wordless Wednesday hari ni. kepada yang join, selamat menjoin.

okeh, lurus kepada titiknya, tadi pagi Mish cadang nak layan MV korea. banyak kot download semalam sambil tengok City Hunter episod 10. video panas, mesti la eksaited nak tengok. asal-asal nak layan guna speaker speaker lappy ni je, lepas tu pikir balik, Iman tidur, cari nahas r kalau wat bising. nanti dia bangun asyik nak kena layan dia je.

ok ok. hari tu Mish ada beli headphone baru kat Low Yatt. warna pepel lagi. auw! so, masa ni la nak guna kan. terus naik semangat sebab nak guna barang pepel kau! anggun tu. haha.

first, Mish try cucuk headphone tu. sasaran dah betul, letak pun memang kat telinga, bukan kat hidung. demm. asal tak dengar pape nih? erk. lepas tu Mish try cabut dan pasang balik. kot-kot la tadi tu tak tersentuh dia punya yang dalam-dalam tu. tekan PLAY. mamat korea lam MV dah joget-joget eh kau apesal tak de suara ni. mungkin MV ni rosak kot. tak download penuh ke apa ke. (positive betul time ni. haha). tukar MV lain. ciss. still the same. means, headphone rosak.

ligat je otak berfikir, siapa punya keje eh. oh, dah tau. semalam DIA ada bawak keluar mende alah ni main-main tengok video korea dia. grrr...







MUHAMMAD IMAN!!!!!!!!!!!!


aa....buat muka hantu ni, bajet along takut  laa??

Teringin Sangat nak Update, tapiKAN....



selalu je idea hilang. macam chipsmore. time idea ade tak hilang-hilang. mood pulak jadi chipsmore. main tukar shift je dua ni. alih-alih berhabuk blog. maka, nak tak nak, usaha la sikit. berblog untuk kepuasan sendiri yang paling utama. pembaca nombor dua. stalker nombor 3. musuh nombor 4. haha. yeye je kan. 

tu je la. boleh kire Wordless Wednesday tak? sebab sikit je mish cakap tu. janggal pulak rasa. haha.

okbai.

psst~
kita ni manusia. buat beria-ria untuk orang lain pun, bukan orang lain pandang sangat. jadi, baik bersederhana je. orang nak keji kita, umpat kita, hina kita. lain kira. ikhlas manusia bukan letak atas dahi untuk senang orang nampak. tapi letak dalam hati, siapa nak nampak kan...moralnya?erk..><

Tuesday, June 28, 2011

Orang SINGLE mesti suka quotation ni.

"Single is not a status. It is a word that best describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others."
----> pinjam dari status kawan kat FB.

betul ke eh? haha. nothing much to say. lain orang lain cara kot. ada gak yang single yang bergantung kat kawan-kawan. kat kakak-kakak, mak bapak.



kalau yang memang jenis independent dari kecik cinonet tu. single ke double ke triple ke, tak de masalah bagi dia. kan kan. bawak mai camane keadaan pun, insyaAllah dia boleh setel.

psst~
Mish pun SINGLE apa..kan..haha.

S.I.N.G.L.E = Strong. Independent. Nice. Gorgeous. Loving. Energetic.

Monday, June 27, 2011

Saya Benci Pergi PASAR MALAM!

saya benci pergi pasar malam sebab ada asap.
busuk baju saya tau!

saya benci pergi pasar malam sebab ada bangla.
dorang selalu usha saya tau!

saya benci pergi pasar malam sebab bising terpekik-pekik.
sakit telinga saya tau!

saya benci pergi pasar malam sebab bau hanyir.
double busuk lah baju saya tau!

haha. rasa macam anak datuk pulak tergedik-gedik macam ni kan. padahal dari kecik sampai besar, pasar malam la tempat kau beli makanan wahai Najihah. haha.

semua tu rekaan je. saje nak menggedik. dan bajet cam havoc la bila buat entry macam tu. haha.

saya benci pergi pasar malam sebab tudung shawl dia murah-murah. murah walaweyh sampai air liur meleleh. Mish grab 3 helai tadi. kat Sungai Buloh jual RM12. tapi kat sini RM9 je ok. sembilanringgitsahajatunai. tak tipu. melayang la duit RM27. ciss. kalau la Mish tak ikut umi pergi pasar malam tadi. mesti tak jadi macam ni. haha. ayat nak sedih je. ciss kau nafsu. siapa suruh kau goda aku??

shawl cotton bead. best pakai sebab berat. senang bentuk lak tu. i loike!
lepas ni TAKKAN pergi lagi pasar malam. tak sumpah. tak janji. haha.

Eh eh, baru rasa macam lagi best duk hostel dari rumah.

Assalamualaikum w.b.t.

siapa cakap duk rumah tak best? ui....best oh...rumah sendiri pulak tu kan. makan pun free, lepas tu kalau kau nak tengok tv tertonggeng ke tak de sape nak kisah. kalau nak cerita kebaikan duk rumah ni memang banyak la. haha.

tapi itu bukan pointnya pada hari ini okeh.

point utama yang Mish nak bagitau is, kadang-kadang duk umah ni banyak perkara yang spoil lol...kadang-kadang Mish rasa cam, duk hostel lagi syok. haha. tak bersyukur kan. bila duk umah nak p hostel, bila duk hostel meraung nak balik umah. manusia-manusia. haha.

haha..motif? penyeri entry. hahahahaha.

first sekali is, bil elektrik. seperti yang kita sedia maklum, bila duk umah, bapakla yang bayar semua tu. kan. tak tau la kalau umah korang kena bayar sendiri-sendiri. haha. so, kalau bapak ku kaya dan merupakan seorang cop duit tak pe la kan, boleh online sampai kiamat. tak de sape nak kesah. tapi sekarang ni, bapakku bukanla menteri kewangan. so, kalau nak online lelama tu. pikir panjang. dah la tarif letrik naik. aigoo. kalau duk hostel, free je. sebab tu lappy ni pernah je tak off 2 hari ke 3 hari. haha.

second is, bila duk hostel, satu bilik 2 orang even satu aras berorang-orang. dan bilik tu adalah privasi kita kan? hehe. tapi bila balik umah, satu bilik satu orang pun, macam-macam orang masuk bilik kita. lebih-lebih lagi Mish yang ada 7 orang adik kat umah. aigoo. barang-barang hilang macam angin. kejap je. tadi ada. skang tak de. tadi elok, skang dah rosak. pening-pening. haha.

third is, time nak gayut. kalau duk hostel, Mish suka cakap telefon manja-manja tepi tingkap, tak pun port paling best bawah selimut. tapi bila duk umah, buat balik port best bawah selimut tu, sekali umi masuk bilik, erk. terganggu jap. ades. baru nak buat ayat bulan bintang permata kejora bagai. haha. kalau member sempoi telefon pun sama, tak boleh nak jerit kuat-kuat, nak mengilai macam orang gila. haha.

sesungguhnya hati ini rindu suasana di hostel. huhu.

Sunday, June 26, 2011

Ohmai, perlu ke kau HENSEM sangat ha?

serius dulu Mish benci giler kat mamat ni. tapi umi kata kalau benci sangat-sangat nanti tukar jadi sayang sangat-sangat. oh mai!

dulu Mish tak suka kat dia dalam citer Boys Over Flower. serius.

lepas tu adik-adik ajak layan citer CITY HUNTER. bukan cerita jiwang-jiwang leleh ok. citer dia agak lasak. ai loike. layan punya layan alih-alih dah TERminat. ciss. mudahnya hati ku tertawan dan pandainya engkau menawan. haha.

ada sesiapa nak rebut Lee Min Ho dengan ai? ade? haha.




oh gojes. eh silap. SUBHANALLAH. perlu ke ada manusia hensem macam ni? bagi Mish, TAK PERLU. tergugat der. nanti hati pun jadi demand tak memasal. nak pakwe pun harusla muka macam Min Ho. over kan. haha. oleh itu, jangan la kau hensem sangat.

eh, ada sesiapa yang ada abang, adik, saudara, atuk, moyang yang muka macam MinHo? nak number plis........

haha. gatal.

Senyum Sorang-sorang. ANGAU kah?

wink! *senyum sambil kenyit mata yang bajet menggoda padahal mata macam panda bear. auw*

korang pernah tak senyum sorang-sorang ni? kalau jawab tak pernah tu tipu la. bersiap sedia la masuk neraka sebab orang cakap menipu ni berdosa tau. pi taubat cepat.

biasa kalau orang main SMS, then senyum sorang-sorang tu namanya angau. kan? haha. macam orang gile pun ada sikit-sikit kalau kita nampak. cuba kalau orang nampak kita pulak, macam apa eh orang akan fikir. hahaha.

ada jugak orang jenis terlebih bahan kelakar yang bila jalan sorang-sorang je mesti sengih-sengih macam kerang busuk. parah jugak kan? yang ni lagi la logik kalau orang nak cakap gila pun. bahaya-bahaya. ni maybe dia tersenyum sebab teringat memori sweet dolu-dolu kot. kan kan. bila lalu je tempat tu teringat si Amad jatuh eskalator sampai golek-golek kat kaki awek. maunya tak kelakar kan? ahaks.

tapi pernah tak korang senyum sorang-sorang depan lappy sampai mak korang tegur "ko ni apehal minah sengih-sengih ngan benda tak bernyawa (lappy) tu. dah meroyan ke?" erk!>< benda ni jadi kat Mish kalau duk baca komen-komen korang yang kelakar giler tu. maharaja lawak pun tak lawak macam korang tau. sebab tu Mish suka buat comment moderation. sebab boleh baca dulu komen-komen korang before kasi orang lain baca pulak. haha

seronok betul bila dapat komen lawak-lawak ni. alahai. kome kome ni memang suwitt la. korang pun mesti pernah dapat komen kat entry yang kelakar kan. hehe. kadang-kadang komen yang panjang yang dah macam entry pun Mish boleh senyum-senyum baca.

konklusinya, senyum itu dimana-mana tak mengira sebab apa. eh. boleh ke ayat macam ni. B.A.N.T.A.I je la.^^

Saturday, June 25, 2011

Tak Sangka Pulak Jaga Api Lagi Susah Daripada Jaga Iman

Assalamualaikum w.b.t...

dah makan tengah hari belum semua? ahaks. kalau yang dah makan mesti semangat je jawab dalam hati "DAHHHH!!" kalau yang belum tu mesti jawab " DA.." lemah je. alahai. sian sian.

tadi Mish makan tengah hari lauk telur bungkus, sayur goreng, ikan goreng dan ayam percik. yess. ayam percik. highlight sikit lauk tu. AYAM PERCIK ye. sedap dimakan tapi tak sedap nak buat. pasal rumit walnakmampus. adoi.

betapa malangnya nasib Mish hari ni sebab Mish kena jaga api untuk panggang ayam tu. nak buat ayam percik mesti la panggang ayamnya dulu kan. mana ada ayam percik rebus. tak aci guna microwave ea. tak lasak namanya. haha. nak tak nak, kena la tunggu api tu biar jadi bara. penat weyh. berpeluh dari ketiak sampai ke ibu jari kaki. hebat tak? nampak kan betapa rajinnya saya.

siapa nak buat saya jadi bini ke calon menantu ke calon kakak ipar ke sila emel saya. haha. tak malu. ><

ayam ni banyak isi. kena masak lama sikit ye kawan-kawan. haha.

bila api dah jadi bara, proses memanggang pun bermula. ada dalam 5 ketul ayam tadi. banyak weh. besar-besar pulak tu. korang bayangkan betapa cekapnya Mish handle ayam-ayam tersebut. bila api belah sana besar cepat-cepat gerak ke sana. tambah arang. tak nak bagi api tu naik tinggi. nanti hangus. siapa nak makan kan? kamu nak makan? takkannya.

belum setel api sini, api sana pulak naik. kejar sana pulak. kemudian api kat belah lain pulak naik. kejar lagi. cangkung, diri, cangkung balik. uih penat weh. tak kecik gak montot tak tau la. haha.dah la panas tengah hari tadi. tangan ni pedih sebab kena tiub tayar yang cair tu. pedih ok. sangat pedih.

jaga Iman yang 2 tahun pun tak penat macam ni. siap boleh dapat kipas lagi kalau jaga Iman. kalau Iman main sana sini. jerit je garang sikit. mesti duk diam punya. jimat tenaga.

nak tahu kesudahan ayam tu? satu ketul hangus sebab tangan lagi hebat main mesej sambil tunggu ayam. haha.

Main Tukar-tukar Nama Kat FACEBOOK

haha. tajuk entry macam garang dan menyinga kan. aumm. ok. langsung tak garang. macam kucing umur sebulan satu hari adalah. gigi pun tak tumbuh lagi. nak mengiow pun pekat-pelat. ada hati nak mengaum. chaitt.

out of topic.

siapa tak de FB boleh duduk belah kiri. yang ada FB mai, mai belah kanan ni mai. haha. yang belah kiri dengar baik-baik je. sapa suh tak de FB. lol.

hari ni nama kau Bedah, esok nama kau Pe'ah, lusa nama kau Jenab, then nama kau sering bertukar-tukar. owh. mungkin its just for fun bagi sesetengah orang. tapi bagi Mish, erk. tak nyusahkan pun. serius, langsung tak susah. nama kau, kau punya pasal la kan. tapi, tapi, tapi masa approve dulu kenal. (sebab Mish jarang approve kalau tak kenal. tengok mutual friends dan asal serta sekolah biasanya). bila dah lama-lama berFB, naik notification kat wall home FB tu. aik. bila pulak aku approve budak ni. haha. terus je Mish delete friend. sebab buat semak. kalau tak kenal baik delete. ye dak?

ada kawan ramai pun tak datang untung kalau sekadar nak penuhkan ruang friends tu dengan 4 5 angka. haha.

teringat zaman berFRIENDSTER dulu. suka tukar nama. memang tak pernah guna nama Najihah bagai ni. guna nama ganas sikit. Along. tak pun ArLonk. kah kah. lawak je. skang ni bila addict ngan FB, suka letak nama betul. sebab? ntah. rasa macam matang sikit. hihi.

maaf kalau yang terasa. kot ye pun nak guna nama pelik-pelik. statik dah la. ni tak. hari-hari tukar. nama tak de kena mengena pulak tu. kalau nak letak Apik Pehe. letak je la terus. kalau rasa nak tukar. fine, bagi la tempoh matang sikit kat nama tu. ni tak. hari ni Apik Lidi. esok Afham Hensem Boy. Lusa Afiq Kacak. haha. golek-golek suka kejap.

letak nama statik cam Alif Haris, Izuwan Zakaria, Nazifa Mohd Zali dan kamu kamu kamu. ^^

mesti ada yang bisik-bisik halus cakap, ek eley minah ni. pehal nak bekeng-bekeng marah kami tukar nama. waklu. akaun kami. kami punya suka la. haha. meh nak jawab. ada ai cakap ai marah? langsung tak. ai tulis ni sebab saja nak penuhkan entry ai. tajuk ni macam best je untuk merapu. haha. kan?

tapi Mish tau tak de sapa nak marah. kita blogging dengan enjoy. tulis entry pun enjoy. baca pun enjoy. makan cili terasa pedas pun enjoy. haha.

Friday, June 24, 2011

MASA sebenarnya sangat MENAKUTKAN

satu saat itu masa.
satu minit itu masa.
satu jam itu masa.
satu hari itu masa.
satu minggu itu masa.
satu bulan itu masa.
satu tahun itu masa.



masa tu sangat ajaib. sebab ia boleh buat macam-macam. boleh mengubah macam-macam. boleh mendatangkan macam-macam perkara. ada yang buat lebih baik. ada yang buat lebih buruk. semuanya bergantung pada masa. most of them la. ini cuma berdasarkan kepada my opinion. dont get me wrong if you totally disagreed with me.

orang mengandung boleh melahirkan anak.
orang couple boleh break.
orang kawen boleh cerai.
orang hidup boleh mati.
orang yang susah boleh senang.
orang yang dekat boleh jauh.
orang yang kecil boleh membesar.
orang yang sakit boleh sihat.
orang yang berteman boleh berseorangan.
orang yang sedih boleh gembira.
orang bahagia boleh derita.


kalau boleh Mish nak masa berhenti. kalau boleh Mish nak masa berundur. sebab kadang-kadang Mish takut what will happen next. siapa yang akan datang, dan siapa yang akan pergi dari hidup Mish. biarlah masa yang dah berlalu tu berulang sepuluh kali sekalipun. sebab Mish tau Mish dah cukup kuat untuk hadapi semua tu. tapi untuk sesuatu yang belum Mish hadapai, tak pernah Mish lalui. its too scarry.

masa sangat menakutkan.

Dah Faham Apa Itu Grapevine. Lambatnya daku..

wink wink. buat muka sengih-sengih sebab dah berjaya korek makna apa itu iklan Grapevine nih. rupanya iklan ni mengamalkan konsep win win situation. pembaca boleh dapat duit, para blogger pun boleh dapat duit.

okeh, sumpah Mish tak pandai nak explain panjang-panjang. nanti keluar landasan jadinya. haha. elok-elok nama iklan Grapevine, nanti dah jadi Grapefruit. pheww.

walaubagaimanapun, menurut Salwanila punya blog nih, Grapevine is
salah satu cara bagaimana kita boleh menjana pendapatan extra melalui pembaca blog kita. Seperti yang anda sedia maklum, pendapatan dari iklan Nuffnang adalah berdasarkan 2 cara iaitu bilangan pembaca dan  bilangan klik pada iklan. Bukan sahaja blogger, malahan pembaca blog juga berpeluang menghasilkan pendapatan melalui perkongsian laman sosial masing-masing… so win win situation la… tuan punye dapat duit dan pembaca pon dapat duit…

Kalau korang jumpa iklan Grapevine nih pada bahagian Skyscraper, korang cepat-cepat cucuk mana-mana button laman sosial..eg cucuk kat logo facebook (STEP-1) tu dan lepas tu isi plak email korang.. kalau korang dah daftar ngan Nuffnang or ChurpChurp… isi email korang yang korang guna untuk daftar Nuffnang / ChurpChurp…
Last sekalil… check email korang.. dalam email itu ada link.. pas tu..  guna kempen url tu plak dalam korang punye FB, Tweeter or mana mana sosial network yang korang ada…. kat dalam email tu gaks ada redeem link… click aja korang nampak dua posen ada kat dalam…
 yang ni pulak penerangan dari blog BudakMiri ni.
Korang pernah dengar ke apa itu Grapevine? Kalau korang selalu periksa akaun ChurpChurp korang, mesti korang akan perasan kehadiran kempen baru yang dinamakan Grapevine ni. Ya, Grapevine adalah satu bentuk iklan terbaru daripada pihak ChurpChurp dan Nuffnang yang menawarkan ganjaran berganda.
Berganda? Ya, melalui kempen Grapevine, pembaca blog pun boleh mendapat ganjaran, pemilik blog pun boleh mendapat ganjaran. Berbanding dengan kempen sebelum ini dimana hanya pemilik blog saja yang mendapat ganjaran melalui iklan-iklan Nuffnang dan ChurpChurp yang dipaparkan di blog mereka. Ini juga secara tak langsung dapat meningkatkan minat pembaca blog untuk klik iklan-iklan yang akan dipaparkan nanti. 
so, sesape yang belum kelik tu kelik cepat je. pandai tol nama iklan baru ni. ada perkataan GRAPE means anggur. sesuai la untuk penganggur macam saya. hahaha. pembaca yang tak de blog pun boleh buat duit ngan mende alah ni. just isi form yang kat bawah iklan tu. hihi. Mish dapat yang Proton Pesona punya. auwww! happy 5 saat. jakun!

check this out! <--- kadang-kadang dia tak jalan. tak tau nape. grr.
untuk informasi asal kelik SINI. belum ada akaun ChurpChurp? SILA SIGN UP KAT SINI YE. ^^

thanx untuk Ziema.

Thursday, June 23, 2011

Aktiviti Bila Gaji Masuk | My Last Elaun

hooraay, hooreyy! hari ni last elaun Mish selaku pelatih Pen. Peg. Farmasi. ececee..nak lagi nama pelatih tu. haruslaa. sebab duit pun still jalan ni. ahaha. siapa tak suka dapat duit kan. lagi-lagi poket ngah kering ni. awesome betul lah! ahaks.

tadi awal pagi lagi umi kol suh siap kol 11.30 pagi. sebab nak pergi bandar Kuala Terengganu. jeng jeng jeng. SHOPPING. erk. tapi shopping barang dapur je la. biasa la, hari-hari gaji macam ni la nak cari barang dapur siap-siap. biasanya umi kalau sabun basuh, susu pekat, softener, pencuci pinggan mangkuk semua tu umi beli banyak terus. stok bulan lepas pun tak habis lagi. terus beli stok baru. umi kata tak pe, tak membazir. sebab yang ni memang keperluan. kalau ada tak susah. kalau tak de yang jadi susah tu.



disebabkan this is my last elaun, kena la berjimat cermat. kan? nanti nak topup, nak beli baju ke apa ke mula la kais pagi makan pagi kais petang makan petang. haha. giler tak sesuai peribahasa tu. tapi tak pe. abaikan. budak dah tak belajar memang macam ni.

ingat nak beli topup banyak terus, lepas tu reload sikit-sikit. tak yah la sekali nak guna sekali nak korek duit lepas tu topup kan. lepas tu nanti nak kena bank in duit sebab Mish nak beli contact lense baru. yang ada dah lama sangat guna. rasa macam dah tak efektif. hihi.

lain-lain aktiviti masih dalam perancangan. teringin nak ajak adik-adik g tengok Transformers kat Mesra Mall. yang tu kena pinjaman PAMA la. haha.

psst~
wahai hati, jangan la kau boros hari ni. adess.

Wednesday, June 22, 2011

Masa Yang Ada Jangan Disiakan

berbelit kepala duk pikir tajuk nak bagi kat entry kali ni. hehe. sebenarnya kan, bila dah memegang status penganggur ni, macam bermain kat kepala otak. yang paling syok duk pikir is, rindu kawan-kawan. seriyes.

sekarang ni rasa menyesal. kenapa masa kolej dulu tak spend time banyak-banyak ngan kawan eh. sem lepas rasanya tak pernah sekali pun mish hang out ngan 5J. bila semua free, sorang ada hal la, poket kering la, ada date la.err. Mish pun tergolong tau.

dan, sekarang ni jugak rasa menyesal sebab tak belajar sungguh-sungguh dalam kelas ari tu. sekarang ni rasa nak je ulang balik semua tu. nak masuk kelas balik. tak nak main-main mata dengan DIA. haha. mentang-mentang la satu kelas. ecece. tapi kat kelas kami tak miang ok. eh, kat mana-mana pun kami tak miang. kami cuma caring. haha.

barang lepas usah dikenang. hehe.

sekarang ni, sebagai penganggur berjaya, Mish nak gunakan masa yang ada ni dengan jayanya. menyesal jugak la dua tiga hari ni sebab bangun awal. sepatutnya Mish bangun kol 12 tengah hari camtu. baru la syok kan. bukan selalu dapat jadi penganggur ni. nanti dah keje kena bangun awal. aiyaa. boleh pulak macam tu eh. kua kua kua.

kerana masa itu emas. gunakanlah sebaiknya sebelum terlambat.^^

Tuesday, June 21, 2011

Unemployed : Rancangan Sempena Tanam Anggur

kua kua kua. dalam sangka tak sangka Mish dah bergelar penganggur. ades. macam unbelievable je. rasa macam baru semalam daftar kat kolej tu. ehee. rasa muda la lagi kan. selamat tinggal zaman student. lepas ni kena jadi matang la. pasal dah bukan student kan. chaii. matang la sangat.

mungkin Mish akan menganggur untuk berbulan-bulan. tak pasti bila surat posting akan dikeluarkan. memandangkan ekonomi kerajaan sekarang pun macam selow motion, nampak gaya makin lama la membela lemak kat umah kan. aigoo. badan makin besar, poket pun tarak berisi la.

niat hati nak buat kerja part time. jeles ngan si Erza dan Bulan buat part time. tapi Mish tak nak part time jauh-jauh. nak cari yang kat umah je. sebab kalau jauh tak de tempat tinggal. malas nak menyewa. MAHAL. haha. impian hati nak kerja kat farmasi klinik swasta. kalau ada kosong la kan. harap-harap la ada. hehe. dah lama tak pegang ubat ni. nanti lupa.^^

in case tak de kosong atau umi tak kasi ke apa ke. emm, jadi bibik la kat umah. ni la masa Mish nak belajar masak kan. nanti keje, cukup duit belah lelaki. kawen je terus. masak dah pandai. tak takut la nak balik umah mentua nanti. hahaha.

tak pun, Mish cadang nak belajar jahit manik. nak jahit manik kat baju kurung ke apa ke. fuhh. memang minat bab jahit-jahit ni. cuma malas nak belajar. hehe. nanti kalau dah pandai boleh amek upah. kah kah kah. konpem je ade orang nak order. umi kata cikgu-cikgu kat sekolah ramai suka tambah-tambah manik ni. hiho. rezeki rezeki. mata pun dah macam $$$.

sempena cuti yang panjang ni, boleh la Mish layan blog. kebetulan ada BE baru masuk. ui, alhamdulillah. blogging dengan bijak. kumpul duit ngan nuffnang lak kan. hehe. harap-harap ada untung. paling kurang leh cash out sebulan sekali jadi la. pliss Nuffnang. kesian la kat penganggur macam saya ni. *buat muka pat ploh sen*

pape pun rancangan Mish, Mish nak pastikan ada duit masuk. al-maklum la, dulu zaman belajar ada elaun, cukup bulan, pegi cucuk je kad ATM tu. haha. 23hb ni last elaun masuk. lepas ni, tak de harapan la nak duit free. perempuan kan banyak nafsu. nafsu shopping tu yang penting. hehe. kalau kuar mana boleh poket kosong. derita woo kalau jumpa barang baik tapi dompet kempis. haha.

aaa..kawan-kawan semua pakat nak kerja. uish!!nanti dorang kaya leh pau dorang kot..:)
kalau korang laa..time menganggur macam ni, nak buat apa ea?

i miss my 5J~

Kursus Induksi

alhamdulillah, kursus induksi dah pun berakhir 19 Jun hari tu. rasa lega sangat sebab dah berakhir zaman penderitaan. kena bangun awal pagi, balik lewat petang. malam lak bizi ngan latihan persembahan. balik kol 11, kena buat assignment lagi. dalam duk lega lepas penderitaan ni, datang pulak derita baru.

derita merindu. yess. rindu sangat kat kawan-kawan. okeh. out of topic.

actually, ramai tanya mish pasal induksi ni. apa tu induksi?eh eh. malu la Mish kalau tak boleh jawab induksi tu apa kan. padahal seminggu duk sibuk ngan mende alah tu. hehe.


induksi ni kira macam kursus pra-perkhidmatan untuk bakal-bakal penjawat awam. dalam kursus ni kami belajar semua pasal pekeliling-pekeliling yang ada menyatakan pasal cuti, elaun, perubatan dan macam-macam la. lengkap dengan panduan apa semua. lepas tu belajar pasal etika dan jugak komunikasi. penting la untuk diguna masa layan pelanggan kami iaitu pesakit bila kami dah dilantik nanti.

kursus induksi ni ada markah tau. wajib lulus. kalau gagal kena la ulang. pentingnya lulus induksi ni untuk pengesahan jawatan kami sebagai penjawat awam nanti. sebab, kalau jawatan tu tak disahkan, tiada kenaikan pangkat, tiada kenaikan tangga gaji, dan apa ntah lagi. kalau dulu, induksi ni ada exam tau. jangan memain. tapi sekarang, alhamdulillah dah dimansuhkan. so, markah kami bergantung pada assignment, disiplin dan penilaian fasilitator.

dulu induksi ni sebulan tau. lepas tu lama-lama disingkatkan jadi dua minggu. dan sekarang, disingkatkan lagi jadi tujuh hari je. haha. syukur la Mish tergolong dalam yang paling singkat setakat ni. ntah-ntah esok ada yang sehari semalam je kot. sumpah ai jeles kalu ada yang macam tu. hehe.

Saturday, June 18, 2011

Maaf Abah, Along Cuma Trauma.

tadi mish rasa, dah silap terkasar ngan abah. serius. tak sengaja. kesibukan aktiviti sepanjang induksi ni betul-betul buat otak tertekan. tambah-tambah bila secara tak langsung Mish terlibat dalam persembahan penutup sebagai AJK prop untuk sketsa.

makin menekan. masa makin suntuk. dengan assignment, aktiviti, latihan. 

lepas tu tadi umi telefon bagitau abah nak datang ambil barang besok. Unser lom siap dibaiki. so, abah akan naik Kancil. serius aku tak yakin ngan perjalanan jarak jauh kereta tu. sebab kereta tu serius jemm dan demm. abah akan mula perjalanan macam biasa. sekitar 3 4 pagi.

ok, semua tu bukan masalah.

masalahnya sekarang ni, emm, aku still trauma. yea. along masih trauma bah. abang Yazid baru je pergi dua minggu lalu. 2hb Jun. pergi beliau dalam tidur. semasa dalam perjalanan nak ambil aku kat sini. memang la takdir. tapi semua tu macam mimpi buruk bagi aku. sehingga hari ni aku masih ternanti supaya somebody kejutkan aku dari lena panjang ni. tapi aku sedar. ni realiti.

cukupla sekali aku kehilangan orang tersayang. aku tak nak pisang berbuah dua kali. apatah lagi bila aku memang tau yang kereta kancil tu memang tak berapa ok untuk perjalanan jauh. temperature cepat naik. pastu ada la lagi masalah lain. macam saja cari nahas kan.

aku rela naik bas. bia la kena usung baldi, beg 3 biji, pastu tak termasuk paper bag kecik-kecik yang aku sumbat kasut, kotak buku dan teddy bear besar. aku rela. siap dah bagitau kat abah lagi tadi kot.

still, dia keras hati. nak jugak datang ambil barang esok. lepas tu, err..aku nak nangis. so, bila dah sebak, suara aku akan jadi sikit meninggi sebab nak cover suara sebak. dan serius. aku rasa umi dan abah sentap. maaf.

aku dah tak kuat nak hadapi mimpi buruk tu lagi. cukuplah sekali. aku tak kisah aku susah. kalau senang macam ni pun, aku tak tenang. nak tidur pun tak lena. duk pikir. serius aku serabut. tertekan sampai menangis bagai nak rak. memang jarang berlaku pada aku. mungkin bercampur ngan rasa takut. macam mana aku nak tidur lena bila aku sering terbayang wajah arwah adik aku dalam kain kapannya. aku takut. aku rindu dia. serius. kadang-kadang aku lupa dia dah pergi dan tak mungkin kembali. sehingga kadang-kadang aku anggap dia cuma pergi kem untuk beberapa minggu. bila dia balik, pasti aku dapat jumpa dia. kan??

semoga perjalanan abah berada dalam lindunganNya dan semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan. 

Monday, June 13, 2011

Seronoknya Jadi Blogger Tak Kering Idea.

sebagai blogger, kita memerlukan idea untuk memastikan blog kita tak ditumbuhi sesawang. haha. malas atau rajin tu belakang kira. yang penting idea. bila ada idea semangat je nak menaip. sampai tak dan-dan nak surut jap dashboard orang. penuh ngan notification update dari blog korang je. haha. tu la jadinya kalau banyak idea. siapa yang setuju angkat bulu hidung tiga helai. kalau tak de bulu hidung tu pi suntik hormon cepat-cepat. tak stabil betul la.

"kalau ada idea pun kau bajet ada orang layan la idea ko tu?"

ui, kasarnya soalan der. tak kesah la ada orang baca ke tak, komen ke tak, bukak ke tak, what so ever laH! yang penting aku update. namanya blogger kan. kalau tak pedulik kat blog baik tak yah jadi blogger. rujuk entry INI kalau tak caya. baca komen-komennya sekali eh. haha. paksaan! blogger taip, tulis, reader baca, dan pikir, nak layan ke tak entry dia ni. haha. kononnya macam tu la kan.

bestnya kalau banyak idea macam Kak Diana ni kan. satu hari 3 4 entry. semuanya mantop! jeles Mish dibuatnya. ehee. 

pui...nampaknya hari-hari kena termenung kat anak tangga kedua tunggu idea datang mencurah-curah ke ladang gandum. kenapa anak tangga kedua? bukan ke sepuluh? erk, sebab umah Mish memang ada dua anak tangga je. hahha.

kalau keadaan kering idea ni berlarutan, alamatnya, lingkup la perusahaan Mish Lollypurp ni. ades. bankrap awal la Mish. 

babai!

Ops!! Merujuk Kepada Entry Semalam

ehee. menaip dengan muka sengih kambing. macam kerang busuk. mentang-mentang pagi tadi makan nasik lemak lauk sambal kerang dekat Stesen Putra dah tersengih busuk macam kerang jugak. aa. parah!^^

okeh ladies and gentleman. be cool ye semua. sebab rasanya ramai dah salah paham tentang entry Mish yang semalam. ekceli, Mish tak benci pun kat dia u. cuma Mish buat entry tu..err..just nak puaskan hati sendiri.


dia tak pernah mengata mish. dia bukanlah anon ekceli. dia pun blogger gak. dia sesaje la tu tak kenalkan nama dia masa nak komen. sebab....dia nak buat macam dia tak pernah wujud la dalam hidup Mish nih. errk. ayat tu macam untuk orang kapel la pulak. open minded k.

dia tak jahat. dia kawan yang banyak support Mish. dia matang. mungkin disebabkan sesuatu yang peribadi. sesuatu yang main hati dan perasaan sikit kot. tiba-tiba dia macam nak jauhkan diri. mungkin untuk kebaikan dia. MUNGKIN la kan. pape pun. all the best for him.

psst~
sesiapa yang makan cili dia yang rasa pedas. kua kua kua.

Sunday, June 12, 2011

Sekarang Aku Tau Kau Tak Suka Aku, Tapi Aku Tak Tau Kenapa.

Mish tak faham manusia ni. suka hukum orang tanpa alasan yang kukuh. erk. ayat macam jiwang pulak. seriyes. kalau benci cakap la benci. aku paham la kalau ko dah tak tegur aku lagi. kalau menyampah cakap la aku ni macam sampah. tak de la aku terhegeh-hegeh layan kau macam kawan padahal aku ni sampah. adoi. kasar lak bunyinya.

tapi Mish memang tak puas hati. 

mula-mula dia unfriend dengan Mish kat FB. sumpah Mish tak tau kenapa dan sejak bila. patut la lama sangat dia menyepi. padahal dulu, muka dia la yang selalu kat wall Mish. ehee. happy. sebab ada kawan yang sentiasa support dan happy go lucky. seronok main kutuk mengutuk ngan dia. kutuk mengutuk edisi gurau plus mesra la. tapi kalau rasa Mish terlebih. Mish mintak maaf. mungkin sebab tu dia unfriend dengan Mish. mungkin. sapa suh kau tak bagitau sebab. kan aku dah memandai-mandai reka kemungkinan. 

lepas tu yang terkini, Mish tengok dia unfollow Mish kat blog. ok wait. Mish tak pasti dia follow ke tak. tapi macam follow. dan macam tak. malas nak pikir panjang sebab memang Mish rasa dia folo. gile yakin aku kan?haha. abaikan kegilaan aku. macam mana Mish tau? ada la. haha. bajet bini nujum pak belalang. tapi Mish tak kisah pun kalau angka follower tu kurang. 

yang menkonpiuskan. kenapa kau buat semua ni?serius Mish hairan. 

eh kejap aku, kejap kau, kejap Mish. nampak sangat entry kelam kabut. haha. lama tak menulis ikut perasan. kui kui. macam la berperasaan sangat entry before ni.

tapi serius. Mish memang tak puas hati. nak add balik FB dia? nak tanya kenapa dia buat semua ni. adess. mak ui. malu la ambe wess. ambe kan ego tinggi. nah.keluar ambe puloks.

dan kepada kau tu. maaf. saje je nak beraku engkau malam ni. nampak ganas sikit entry kan. biasa kalau sembang ngan dia guna nama. ehee. saya seorang minah gedik. auww! ok ok, sambung balik, kepada kau tu, kalau kau benci sangat kat aku. betapa kau tak nak kawan dengan aku. tak payah la sampai komen entry aku pakai nama anonymous tu. aku still boleh cam cara kau lah. ades. rasa cam terhina lak dia buat macam tu. tak pe laa. hak kau kan. 

kalau nak berkawan, biarlah berkawan sampai mati. kalau rasa nak bermusuh, jangan disimpan dalam hati. kan kan?

Tahniah TERENGGANU!!

big claps untuk pasukan Terengganu. puas hati sebab dapat tengok perlawanan siaran langsung dengan penuh tadi. macam-macam bunyi ada kat rumah tadi. alahai. nasib baik menang. hehe. maklumlaa..semua perempuan yang layan bola tadi. yang lelaki? uish. mesti r tengok kat kedai ngan geng-geng. baru syok. dorang kata tengok ngan perempuan tak best. emosi. haha. memang pun.

umi paling emosi. copp! bukan Mish ea.

sebagai blogger Terengganu, haruslaaaa Mish sokong negeri Darul Iman ni kan. Iman si kecil pun tengok bola tadi. bola lalu depan kamera dia duk excited jerit GOLL! ades. tenat betul la adik tu sorang. mulut tak renti-renti jerit.

selain sebab Mish ni blogger Terengganu, antara sebab lain Mish sokong Terengganu adalah..jeng..jeng..jeng..hati Mish dah terpaut kat pemain Terengganu. aumm. Manaf Mamat. padahal dia dah kira senior la dalam pasukan Terengganu ni. tapi apesal la tadi mata Mish boleh nampak dia suwit pulak eh. before ni tak tau pulak dia suwit macam tu. dulu minat Zairo, but, since Zairo Anuar main ngan T-Team, jadi kureng sikit. haha. mata miang. kui kui kui.

jantung hati jangan marah sebab your buah hati termiang sekejap tadi. ^^

psst~
saya minat bola kerana pemain. haha

Friday, June 10, 2011

Kesian Lelaki Sekarang Banyak Pesaing | Penangan NORA ELENA

huwa huwa huwa. terasa nak tergelak bila teringat fenomena Nora Elena. haha. korang layan tak??layan tak?? ceit. dan-dan tak ngaku kalau tanya camni kan.

tapi serius super hot super vogue drama ni skang. walau pukul 7 sekalipun sanggup tengok. aiyaa. erk, Mish tak layan sebab waktu maghrib memang umi tak bagi bukak tv. hehe. baik la kejap kan. cuba buat pukul 1 2 pagi. sanggup tongkat mata ngan batang penyapu tak nak bagi tidur.

back to our main topic.

cuba tanya perempuan-perempuan diluar sana, kalau nak laki kannn...u oll nak laki macam mana? konfem-konfem jawab yang macam Seth Tan. haha. alasan? sebab romantik. auww. memang sangat romantik pun. Mish layan kat tonton.com je satu dua episod. hehe. memang la suwittt sangat kan. aih. ada ke lelaki macam tu atas dunia ni eh? ada ke? ada ke? (abaikan la part dia rogol Elena tu. rosak la sikit saham dia kalau ada yang tu kan. ehee.)

kawan-kawan Mish pun ramai duk gila si setan ni. eh, Seth Tan. mau mengamuk peminat Seth Tan kalau tau ai tulis nama hero dorang camni. haha.

lepas tu kan, kalau yang ada pakwe-pakwe tu pulak duk sibuk berangan, kan best kalau pakwe aku macam ni... adoi. parah la korang ni. last-last kalau tak kena sikit. nak suruh si pakwe pujuk macam Seth Tan pujuk Elena. haha. lawak seyh. mampuih la semua lelaki dalam dunia ni kalau nak ikut sangat watak plastik dalam drama tu. aduyai. naseb la kamu lelaki.

lepas ni lelaki boleh la ramai-ramai buat bantahan cerita romantik-romatik macam ni. takut tergugat. kua kua kua. haha. dah la lelaki dah kurang sekarang ni. auww. SINI ada bukti salah seorang peminat Seth Tan. ehee. lepas ni ramai-ramai pakat minat Irfan Ikmal dalam Stanza Cinta pulak yea. haha. tapi..Irfan..Irfan seloww sikit eh. ^^

psst~
teringin nak lelaki macam Baek Seung Jo jerw.. haha. dan lagi kan. tapi kan. sebenarnya kan..dah ada orang nak pun dah kira syukur. macam la muka haku stok-stok muka laku. ueww..sadisnya ayat. haha.

My Dear MISH LOLLYPURP #1 tahun

Assalamualaikum w.b.t,

hai semua. ahaks! muka ceria berseri-seri ini pagi. tak guna Safi Rania ea. memang berseri semulajadi hari ni sebab my dear blog Mish Lollypurp ni dah cukup satu tahun. ya auw auw. kalau la belog ni anak, mesti dah boleh jalan kan umur setahun. tapi ini hanyala sebuah belog. kalau tuan tak pedulik, terencat la kau kat dunia maya ni. haha. jadi, belog ni baru setahun jagung lah kan. tak boleh lawan belog yang dua tahun jagung, 4 tahun jagung dan berjagung-jagung tu. hehe.

hai, saya newbie. sila tunjuk ajar saya yea.




serius rasa macam tak percaya je. dah setahun guwa berbelog. auww. rasa bangga jap sebab kuatnya saya dalam aktiviti ni. cuba korang bagi bola suh main. sumpah tak sampai 5 minit ai dah surrender. sayang lemak. tapi kalau berbelog. tak payah guna lemak. siap boleh buat lemak lagi. haha.

10 Jun 2010 adalah entry pertama Mish dilancarkan. ceit. guna ayat dilancarkan rasa macam dah jadi artis tak sedar diri pulak. start je 10 Jun, tapi aktif apa semua dalam bulan Ogos kot. masa tu baru la follower naik. eh eh. saya kumpul folower tak pernah guna taktik kotor ea. sori sikit. setakat yang Mish ingat Mish tak pernah la guna ayat "I FOLO U, FOLO I BALIK YEA..AUMM" . ada penambahan aumm disitu. bukan nak cakap ramai pulak orang suka belog ni. sumpah tu mengarut. tapi Mish bersyukur, sebab hodoh-hodoh isi belog ni pun, ada jugak yang polo molo eh. THANX!! walaupun sedar, ramai yang jadi follower tidur. abaikan.

10 Jun 2011 pulak, belog ni dah sedikit berusia. alhamdulillah dah ada 1400++ follower. tak berani nak letak angka tetap sebab takut kurang akibat ada yang unfollow belog serba tak best nih. haha. ai tak paksa okie ladies and gentleman. setakat entry ni ditulis, Mish dah ada 408 entry. wow! buat-buat mata bulat kejap. rasa macam ta percaya. rajin jugak aku menaip eh. haha.

entry ni harusla ditaip dengan rasa sedikit bangga kan. saya bangga menjadi seorang blogger. hehe. dan saya bangga ada belog sendiri. saya bangga belog saya tu dah cukup umur. banyak lagi sebab nak bangga ni. (kadang-kadang saya berpendapat kita harus berbangga dengan diri sendiri sebab kalau kita tak bangga, tak de orang lain dah nak bangga dengan diri kita. kan kan? ayat cover. haha)

psst~
kadang-kadang terfikir jugak, sampai bila nak berblog eh?

Thursday, June 9, 2011

Entry SERIUS berius-rius

salam semua..

serius tertekan duk umah. adoi. tertekan sebab apa? huii..line Streamyx macam siput patah kaki. hadow. serius wes. penat nak loading satu-satu blog kome-kome yang datang melawat. dapat bukak blog sendiri pun dah kira syukur sujud ke bumi nih. serius okey.

so, dengan muka serius, Mish mintak maaf la kalau tak sempat nak lawat semua. just sempat bukak mana-mana blog yang ada dalam bloglist, lepas tu balas komen kat blog-blog yang datang komen je. serius. tapi ada gak yang terlepas ni. mungkin masa nak load blog tu tak dapat kot. terpaksa la pangkah dulu. serius seloww meloww tenet.

lepas tu pulak Mish lupa nak bawak balik lappy ngan broadband. eh, macam pernah cakap before ni. kan? serius pernah. kan kan?? terpaksa la berebut ngan adik-adik kalau nak online. serius susahhh nya terasa.

chaw cinchaw!

Wednesday, June 8, 2011

Sebak | Kerana Mereka Sangat Akrab

asalnya niat dah malas nak cerita pasal tragedi 2 Jun hari tu. serius. kalau boleh Mish nak kembali berblogging macam biasa. baru je duk cari idea nak update. serius gatal tangan nak update. tapi tak de idea. so, layan la FB jap.

bukak home FB, 1st post yang Mish nampak buat Mish rasa sebak plus sentap. tak sangka. dalam ceria dia di siang hari. ada gundah yang tersimpan. serius tak sangka. sebab dia masih kecil untuk lalui semua kerinduan menggila macam ni. kecil-kecil dah pandai sorok perasaan. syabas dik.

see? memang dia ni rapat sangat dengan arwah. sangat-sangat rapat sehinggakan orang selalu anggap diorang ni kembar. mula-mula arwah takde, nampak sangat yang dia sedih. asyik berkurung dalam bilik. tidur, menangis, dan lepas sembahyang memang dia akan baca Yasin. alhamdulillah dia sedar tanggungjawab yang hidup kepada yang mati.

perpisahan disebabkan kematian sangat-sangat menyeksakan.

Tuesday, June 7, 2011

Jiran vs Saudara-mara

kalau ikut logik, bila orang tanya..jiran dengan saudara-mara, mana lagi penting.
mesti ramai yang jawab saudara mara kan. sebab ikatan darah takkan putus nak dibandingkan dengan jiran yang langsung tak de kena mengena dengan kita.

tapi sebenarnya, bagi Mish la. jiran lagi penting kot. erk. cepat-cepat sedar.

sebab kalau ada apa-apa kecemasan, jiran yang mula-mula sekali kita akan cari. macam contoh terdekat kejadian yang terjadi kat keluarga Mish baru-baru ni. jiran tolong melebihi saudara mara sendiri. kadang-kadang pertolongan yang diorang beri buat keluarga kita terharu sangat. speechless.

kalau terjadi pape kat keluarga kita kat umah, orang pertama yang kita nak cekau adalah jiran. rumah terbakar ke, parents sakit ke, umah masuk pencuri ke. dan sebagainya. so, kalau nak pertolongan first calss dari jiran. hubungan dengan jiran pun mesti la first class kan.

sampaikan umi pesan, " along nanti keje, dapat gaji, jangan lupa kat mocik dan pocik tettt tu. banyak dia tolong kita."

tapi, sometime, saudara mara pun penting. erk. terpulang pada situasi kot. kan kan.

nampak sangat entry ni pening-pening. tolong hilangkan penng boleh?



Monday, June 6, 2011

Past is past

salam semua. 

rasa macam dah lama giler tak update. padahal baru je buat quick update . 

dan rasanya lagi, Mish dah cukup kuat untuk terima semua takdir Allah s.w.t. ni. lagipun, kalau bersedih menangis setahun 14 hari pun yang pergi tetap pergi. dan Mish tak de la sampai mengalami kemurungan. cuma kalau macam tengah-tengah malam tu. terasa la jugak kerinduan tahap mencipan tu kat arwah. 

tak sangka. dulu kalau tanya adik beradik berapa? dengan mendabik dada Mish jawab 9 orang. tapi sekarang. adik beradik berapa? 9 orang, tapi sorang dah meninggal.

BUT, past is past. 

dan sekarang. rindu jugak 3% kat pocik belog ni. tapi tak dapat nak mengadap selalu sebab notebook plus broadband tak bawak balik. sebab masa dapat tau pasal ni, kelam kabut. tak sempat nak kemas pape. bayangkan pukul 5.40 pagi abah kol cakap tak dapat nak datang ambik. pastu abah suruh naik teksi untuk balik ke Terengganu. what? mula-mula terpinga-pinga jugak. mamai lagi. lepas tu dengar suara latar belakang adik-adik duk menangis. terus sebak walaupun ta tau pape. cepat-cepat bangun, mandi dan rumate kol abang angkat untuk tolong pergi cari teksi. 

hasilnya, RM500 untuk satu teksi. i have no choice. terima je la. 

last but not least, thanx kepada semua yang bagi semangat dan ucap takziah kepada kami sekeluarga eh. terharu kejap. thanx jugak untuk blogger yang susah payah datang umah walaupun badan tak berapa sihat.

Friday, June 3, 2011

Kehilangan Adik Tersayang | Al-Fatihah buat Yazid Sahami

salam...
mula-mula sekali, terima kasih buat semua yang mengucapkan takziah kepada keluarga kami.

2hb Jun merupakan tarikh berseratah buat kami sekeluarga. adik Mish yang nombor lima meninggal dalam kemalangan semasa dalam perjalanan nak datang ambil Mish kat kolej ni. serius terkejut kaget dan macam-macam rasa masa dapat tahu tu.

tak pernah pun terbayang yang kami akan kehilangan seorang ahli dalam masa terdekat. memangla sebab kematian siapa yang tahu bila nak terjadi kan.

serius Mish sedih sebab last jumpa arwah masa Mish balik before exam. last-last balik semalam dapat jumpa sekujur jasad yang tak bernyawa. siapa tak sedih kalau adik yang dibesarkan sejak kecil lagi meninggal secara mengejut. still dalam mood yang tak percaya.

walaubagaimanapun, yang pergi tetap pergi. al-Fatihah~

psst~
just a quick update. rasa pelik sebab tak tau dari mana rakan-rakan blog tahu pasal ni. erk. mana korang tau eh. pape pun. TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN SEMUA.

Thursday, June 2, 2011

Kpop New Debut 2011 | Boyfriend | N-Train

N-Train -One Last Cry




suka sangat lagu ni. sebab maksud dia best. eh, yeke? haha. korang layan sendiri ea. malas nak cakap banyak. kang banyak air liur rugi. nanti nak karok lagi ni dah tak de suara. tekak kering.

bernaung di bawah syarikat MediaLine Entertainment. One Last Cry ni debut mereka yang pertama. not bad la. ada lima orang ahli iaitu Jung Jungkyun, Jung Seunghyun, Lee Jongmin, Son Yujin, dan Kim Sangwoo.



Boyfriend - Boyfriend



yang kedua ni pulak kumpulan Boyfriend. kumpulan Boyfriend, lagu pun Boyfriend. mula-mula tengok ingatkan lagu baru Shinee. rupanya group baru di bawah Starship Entertainment. oh. mereka sangat kawaii. serius.

terdiri daripada No Minwoo (rapper), Kim Donghyun, Jungmin, Sunho, dan si kembar Jo Kwangmin and Jo Youngmin. kebanyakan berumur 15 tahun. ahaks! muda jelita lagi wes.



ehee. tetiba nak terfeeling korea. baru la terasa remaja sikit kan. lepas tengok cerita Dream High, walaupun separuh jalan sebab kecewa si Hye Mi tu pilih Sam Dong, baru la Mish paham camane artis korea ni diternak. haha. ayat ternak tu tak menahan betul la. sesiapa yang anti Kpop tu, buat-buat la layan.

Wednesday, June 1, 2011

Bye-bye

bye-bye lecturer yang baik hati.
bye-bye nota yang tebal nak mampus.
bye-bye zaman tidur dalam kelas.
bye-bye exam yang langsung tak best tu.
bye-bye kolej yang menyiksakan.
bye-bye uniform oren yang susah nak digosok.
bye-bye Selangor dan Kuala Lumpur.
bye-bye hostel yang bil air dan elektriknya free. 
bye-bye kepada stay up sampai 2 3 pagi.
bye-bye la semua!

haha. berlagak kan ai. mentang-mentang la dah habis belajar. kerek seyh. well, memang saat ni pun yang ditunggu-tunggu. siapa la yang rajin nak mengadap semua tu lama-lama kan. menyiksa urat perut segala bagai.

dengan ini, saya bukan lagi seorang student. saya adalah penganggur terhormat. ehee. seronoknya lepas ni dah duk kat rumah. makan, minum free.

tapi dalam duk excited nak balik esok, tipu la tak de sedih. aih. maunya tak sedih. rindu kawan-kawan. rindu zaman belajar. serius. walau tak best atau seksa macam nak mati pun zaman belajar, tu adalah kenangan terindah dalam hidup. zaman belajar la kita dapat kenal ramai kawan. making a good memories with them. zaman remaja yang tak mungkin kembali. ehee.

nanti kan, kalau gaduh ngan pakwe nak cerita kat sape. kalau keliru nak pilih baju masa shopping nak tanya pendapat sape. pendapat umi? oh no. kami lain selera. lepas tu kalau geram kat somebody nak ngumpat-ngumpat ngan sape. ehee. sempat je tang tu kan. hurmmm. nanti kalau ada cerita korea baru nak layan ngan sape. best layan ngan kawan. leh gelak kat member kalau ada yang nangis tengok citer. haha. suka bahan orang. aih. nanti kat umah mesti bosan kan.

adik-beradik lain sangat ngan kawan. kamceng camane pun kita ngan adik beradik, tak semua kita luahkan kat mereka kan. serius, adik-beradik Mish tak pernah pun tengok Mish nangis depan mata mereka. cover giler beb. tapi depan kawan-kawan, selamba je. tak yah nak malu.

going to miss this moment.

video

pendek. tapi cukup bermakna. ehee. sila la tulun jangan marah saya sebab upload video ni. ni geng 5J. ada empat orang je sebab yang sorang lagi duk rakam video ni. haha. Hunny, Suzie, Ika, Adeq. sobb sobb ampa nangis ye. ehe..


buat bye-bye macam lepas ni tak datang kolej dah kan. ahaa. esok 2hb umi datang ambil, balik ngan family ke Terengganu bumi yang dirindu-rindu. ehee. 13hb datang balik untuk induksi. induksi adalah kursus wajib untuk pelantikan sebagai penjawat awam ye. hehe. nasib baik induksi seminggu je. fuhh.