Friday, July 29, 2011

My First Posting Place

huaaa..tak sangka duk ceruk hutan pun Mish still leh update kan. bangga bangga. guna tenet kat klinik. naseb baik lol.

skang ni Mish berbahagia kerja kat sini. cuma ada beberapa masalah je la. huhuhu.

see?jalan berliku-liku macam maggi kan? seksa wess. nak masuk tempat ni boleh kena morning sickness dulu. jauh giler ngan pekan. so sad aite? tapi tak pe la rezeki. hehe

paling menyedihkan. tempat ni tak de line 3G. so babai la broadband . hujung minggu kaw2 bosan...sebab tu tak boleh nak melawat korang. kalau time keje. nak post komen or entry tak leh. tapi kalau nak baca entry terbaru tu. boleh sangat la. hehe. rindu korang..T_T

the most important thing is. kat sini sangat banyak monyet. belakang umah Mish tu ada pokok getah. kat sana la tempat dorang main lompat-lompat. aduss..nyamuk lak tak payah nak cerita la. kalau dah nama kawasan getah. pui..menggatal ladepa nk gigit orang yang SWEET macam ai ni. haha.
psst~
xboleh nak taip banyak-banyak. jimat masa. haha.

Tuesday, July 26, 2011

Taktik Nak Ponteng Sekolah

kalau zaman sekolah dulu, selalu je berangan nak keje kan. sekolah ni boring. hari-hari datang waktu sama, balik pun waktu sama. tak dapat tengok kartun kegemaran yang siarannya pagi. dah la cikgu garang-garang macam singa nak terberanak. kerja sekolah pulak menimbun. gunung Everest tinggi sikit je dari kerja sekolah tu. ok, pentipu. haha.

oleh yang sedemikian buruknya pemikiran zaman budak-budak, macam-macam idea digunakan supaya tak payah pergi sekolah aka ponteng. haha.

Buat-buat sakit.
tak kire la sakit gigi ke sakit perut ke sakit hati ke. haha. sakit hati tak main eh. sakit la apa-apa pun yang logik. cakap je kat mak ayah, hari ni sakit punggung, tak leh duk lam kelas lama-lama sebab kerusi keras. haha.mestila mak bapak yang prihatin cakap, oh,tak pe la camtu. duk umah je ye hari ni.

Basuh baju sekolah sebelum tidur.
haha. malam before korang tidur, korang basuh semua baju sekolah yang ada dengan alasan berdebu ke apa ke. lepas tu korang buat-buat la tertidur. lupa nak jemur. takkan la nak pergi ke sekolah dengan pakai baju sekolah yang basah kan? haha. ponteng berjaya!

Tidur mati tak berapa nak mati.
yang ni memang taktik adik Mish yang nombor 6. baru 6 tahun. otak ligat. kalau kita kejut dia pi sekolah. dia buat bodoh je. goncang la badan dia kuat camane pun. dia buat keras je. mata terkenyit-kenyit. ciss. tidur pun tipu. ada hati. haaha. lama-lama malas nak layan. tidur la kau! haha. *Mish pun pernah try cara ni. sangat berkesan. tapi kalau mak ayah yang garang giless tu jangan amalkan. nanti tak pasal-pasal ada yang mandi atas tilam.

Monday, July 25, 2011

Laju-laju Pangkah Blog Berdarah

haha. adios semua.

dulu kan, masa zaman Mish rajin blogwalking, tiap-tiap malam memang gigih la berjalan, melepak kat shoutbox orang. dulu punya blogwalking jauh la berbeza macam skang. hihihi. kalau Mish la. sebab dulu kalau Mish blogwalking, memang berjalan untuk berbual. siap tanya makan nasik lauk apa bla bla bla. sebab tu dulu trafik masyuk. tapi zaman tu dah kebelakang. jauhhhh tinggalkan kita.

hihi. akur je.

punya syok blogwalking dulu, ada beberapa blog yang Mish memang seram nak masuk. dalam 4 blog jugak la yang Mish blacklist. serius. siap blacklist lagi wa cakap lu. blacklist sebab Mish takut nakmasuk. tengom header je ada gambar darah ke orang accident ke. sorry banyak-banyak la bai. ai ketaq lutut u! hehe.

kalau tuan blog datang je, memang konpem-konpem Mish tak reply. bia la orang nak cakap sombong. seram tetap seram. takut tetap takut. haha. Mish memang geli tengok darah. serius ok! Mish tak pernah derma darah. dan tak pernah kena amek darah kat klinik. nanti mengandung tak tau la camane. tiba-tiba tak nak kawen. tak nak mengandung. mood miang terus babai. haha.

so, kalau ada blog yang update sal orang accident terburai perut ke apa ke.. jangan la datang jaja blog kamu kat sini ye. nanti ai blacklist doploh kali. haha.

Mish tabik kat staffnurse sebab dorang tak takut darah. hihi. ada ke geng takut darah sama ngan Mish eh?

Sikuku Buruk??

jenis Mish ni tak suka pakai baju meleleh ya ampun. biasa la. jahil kan. masa shopping raya tahun lepas, Mish terbeli banyak baju yang besar sikit dari Mish. kalau takat labuh punggung tu ok lagi. tapi kalau baju tu meleleh kat bahu. memang mula-mula sekali ai rejek. ke topik asal, baju raya tahun lepas banyak yang Mish beli tak menepati piawaian. maka, jalan terbaik, hadiahkan pada adik. sebab adik Mish lagi besar dan tinggi dari Mish.

haha. rela hadiahkan free dari pakai. berlagak kaya kan aku? tak kisah la. adik beradik je pun.

tapi skang bila pakai balik, rasa macam best je pakai baju besar. selalu gak Mish pakai baju tu kalau nak pegi mana-mana. lepas tu, masa duk packing barang tadi. Mish bagitau dia.



"kak, along amek balik la baju yang along bagi ke awak tahun lepas tu aci dop?"


"baju ane?"


"oloh, baju lengan panjang jenama XXX yang kaler kelabu tu."


"owoh, dah kakak tak dop baju la nanti. awak beli la lain. nanti kan awak keje dah."


"malas eh. macam sedap je pakai. along amek ah. raya ni awak beli lain eh."

haha. jahat tak agak-agak? haha. cincanglah kami, kami akan mati. tapi kalau cincang air, air takkan putus. motif? erk! prinsip kami, baju aku baju kau, baju kau baju aku. hahaha

dapatkan Vios terbaru anda disini.

Sunday, July 24, 2011

Lelaki Suka Budak JANGAN Dekat-dekat Dengan Saya

selamat datang ke blog budak miang. haha.

Mish ni kan, sebenarnya...sukaaaaaa sangattttt kat lelaki yang suka budak-budak. setakat suka hipokrit main acah-acah tu Mish tak layan la. sori la der. gua leh tau lu berlagak je depan gua supaya gua tangkap cintan sama lu. haha. buerkk. nak bergua lu bagai.

Mish ada sepupu. korang pun ada sepupu kan? hehe. sepupu Mish ni memang kalau ngan budak kecik, memang leleh habis la. budak-budak pun kalau dia ada, memang berebut nak main ngan dia. dia cepat mesra ngan budak. seronok tengok. kalau si Iman tu, memang tak pandang keluarga sendiri la kalau dia ni ada. haha. rasa terhina kejap disitu.

korang tak suka ke tengok lelaki camni? alahai.....sweet tau.

Saturday, July 23, 2011

Puasa Diperantauan..T_T

salam sejahtera semua.

beberapa hari je lagi kita nak masuk bulan Ramadhan kan? sedey tak?korang memang la tak sedih kot. tapi Mish sedih...huhu. (macam la korang kisah kan? haha)

first time puasa kat tempat baru ni. tak tau la camane nak sesuaikan diri. makanan memang tak kena la ngan pertu Mish. masak sendiri la jawabnya. haha. sape-sape yang dekat ngan Bentong mai la singgah. Mish masak ikan bilis goreng kicap ngan nasi bubur. hua hua hua.

selamat berpuasa ye kawan-kawan. jangan buat-buat ponteng. kalau gastrik, mai ambik ubat ngan Mish. haha.

Hujung Minggu.

gambar dari google. percaya tak? hahaha
My last hujung minggu kat umah. banyak giler benda nak setel. Isnin ni dah nak berlepas ke Pahang. haha. bajet cam Pahang jauh kan.

Hujung minggu camni penuh ngan jemputan kenduri kawen. banyak pulak orang bina masjid skang eh. haha. yang kapel of kos la sibuk pergi dating kalau hujung minggu camni kan? auw! Mish kena pencen dari dating la kot. haha. kawen terus nanti. bajet ada yang nak. tapi kalau dah jodoh tak kemana kan? lalalalala.

Kalau dulu-dulu, asal hujung minggu je. mesti balik kampung. tapi tu dulu la. lepas arwah atok ngan nenek tak de. jarang-jarang balik. kalau balik pun nak jenguk sape. bangla ramai la kat kampung. sebab ada kilang kayu. haha. sape yang nak ngorat bangla Mish dengan rela hati sudi tolong sampaikan hajat kamu tu. hak hak.

tiba-tiba hujung minggu ni jadi sayu. adoi. bila la nak berhujung minggu macam ni lagi kan. uit, korang buat apa hujung minggu ni? nak join boleh? haha.

Friday, July 22, 2011

Artis Pakai Tudung Masuk Paper, Ni Saya Berpurdah, Nak Masuk Apa eh?

macam seronok je buat tajuk panjang-panjang nih. korang seronok tak?? Mish seronok la. ce try korang buat. hehe. mau semput baca tajuk aja kan. mesti korang bayang, " mak ai, tajuk dah panjang camni, entry ntah meleret camanae". haha. intro aje dah merapu. aishh!

Bila Fazura pakai tudung untuk cerita Tahajud Cinta, semua berita kecoh. semua gambar nak letak yang dia bertudung. bila habis cerita je. terus hilang tudung. jeles betul. pakai tudung celup-celup pun masuk surat khabar.

this is my sengal sister.

this is us. yeah...Mish jadi Lee Min Ho dalam City Hunter, my sister jadi Fauziah Ghaos dalam Tahajud Cinta. amacam? haha.
mesti laku citer-citer tu..

this is me!! haha. macam city hunter kan? kua kua kua.
agak-agak kalau berpurdah camni masuk paper mana ek? haha. cepat beli suratkhabar sok pagi. mana tau kot kot muka Mish masuk front page.wakakakaka.

Soalan : Cinta..

Assalamualaikum w.b.t..

apa perasaan korang kalau seseorang tu jadi tak percaya pada cinta disebabkan korang?

cinta? mengarut.
p/s : pinjam ayat dia jap. ehee.

ada masa kita melawak, ada masa kita serius.
ada masa kita gembira, ada masa kita bersedih.
adoii.
blank.
tak nak cakap banyak.
huhu.



even u r not mine. and never be mine. :)
ahaks..terfeeling tetiba. 

Sedang Gigih Menempek Di Blog Orang

paham ke tak paham tajuk entry tu?
paham? bagus lah.
bye!

opsss. ada yang tak paham.
kena teruskan la ni. haha.
#annoyingnyabloggerni!


sekarang ni Mish sedang gigih menempek kat blog orang lain. korang paham tak menempek apa?yess. tempek ini...



haha..kelakar kan banner tu. walau betapa kelakar dan lucunya korang pada banner ku itu. buat-buat la puji ok. berpeluh ketiak basah sampai ke kaki nak buat. ok, mesti ramai percaya bab peluh tu. kan?

siapa lagi kat blog dia ada menawarkan tempek banner free selama 5 jam nih? ada tak? kalau ada plis la promote kat ai. ai gigih ni nk tumpang beriklan free. nak yang berbayar tak mampu lagi. hehe. yang free sudah..

kelebihan ada tapak banner/iklan free di blog
  • boleh tambah visitor. sebab orang yang gigih nak beriklan macam ai ni akan jenguk ke blog diorang setiap 5 jam untuk grab tapak iklan percuma tu. hehe. so, ramai-ramai la letak iklan free ni. boleh Mish masuk sokmo. haha.
  • selain tu, korang dapat la pengunjung tetap secara tak langsung. ye ke tidak? ye ke tidak? ye ke tidak? haha. macam cerita Datin Wannabe dulu.
Mish pun nak buat tapak tu jugak lah. nak mula awal bulan Ogos ni. hehe. siapa nak tumpang siap-siapkan lah banner anda ok. #bajetadayangnaktumpang. 

Thursday, July 21, 2011

Meratapi Hari-hari Terakhir

tajuk aje dah sayu kan? bagus. tak reti-reti nak sediakan tisu. mana nak tau, kot ada yang terover feeling lak nanti. #bajetgilerbloggerni!

lagi 3 hari Mish nak melapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. kat sana nanti baru diberitahu penempatan spesifik. kalau tak silap la. kalau di beritahu awal-awal kan senang. mudah Mish nak plan semua. kalau tau tempat tu tak de line tenet ke. boleh Mish meraung sambil beronline 24 jam sehari tanpa makan kencing berak. haha.

kalau tempat tu jauh dari bandar ke, tak payah la Mish berangan nak sewa rumah banglo. rumah rakit atas pokok pun jadi la. boleh bawak stok makanan segera beribu riban. tapi kenapa laaaaaa tak bagitau awal-awal. kan dah susah hati ni. mesti kurus ai nanti. siannya lemak-lemak yang ku bela.

banyak nak kena setting balik masa ni. al maklum la, selama jadi penganggur, mana ade setting waktu tidur, bangun tidur, buat tu buat ni. aiya....dah terasa liatnya nak bangun awal nanti. lepas subuh, no sambung tidur. sentap jap jiwa ni. malam-malam kena masuk tidur awal. keje pukul 8 sampai 5. kalau kena hospital, kena OT. erk >.<

yang paling penting!! dah kena stat baca balik nama ubat, side effect, dos, cara pengambilan, precaution etc. adoi. rasa semak balik otak. aduyaii. mana nak ingat. dah lama tinggal. tak pe tak pe. dengan izin Allah, semoga semuanya dipermudahkan. aminn~

tak de la sayu sangat kan? pi simpan balik tisu tu ye. haha.

Pantang Larang Berblog dan Tolong jangan Amalkan Di Blog Pepel ni ok!

sebab Mish tuan belog pepel ni tak suka sangat-sangat ok! kat belog lain pun sama je rasanya. makanya, baca dan ambil moral value. (sambung tajuk entry) hahaha.
hey sweetie!! follow me back yaww!
Mish cool je dapat pesanan ringkas macam tu kat shoutbox tu. sikit pun tak marah kawan-kawan nak tulis apa. memang shoutbox tu disediakan untuk kawan-kawan semua tulis apa-apa yang nak ditulis. tapi kan, caps lock sikit kasi besar juling mata korang baca. TAPIKAN, JANGAN LA MENIPU KAT SHOUTBOX AKU TUUUUUUUUUU!

nah? Mish cool kan. malas sebenarnya nak ulas benda ni. serius! sebab dah berbilion-bilion blog dah cerita pasal ni. cerita lama beb. tolong la. guna ayat hye sweetie, macam ramah kan. nak bodek la tu auw! tapi ayat tu bukan masalah sangat pun. yang jadi masalahnya is....

masuk perenggan seterusnya....

iss...follow me back. oitt! gila ke hape. follow kita pun tak, nak suh follow dia balik. piirah..tak kuasa nak layan. haha. paksa memaksa tak baik di amalkan kat dunia blog ye dik. menipu pulak dilarang keras oeh agama ye dik. haha.

baca tajuk je dah macam seram kan. tapi tak pe. ni kak long anak pak cik Sahami. mana reti nak marah-marah. sebab tu umi dan abah sayang. hahahahaha. buerkk! tak pasal-pasal Mish update entry ketinggalan zaman. ciss. memalukan. haha.bajet up to date tuih tuih.

masalahnya sekarang ni, orang yang buat macam tu mesti tak baca entry ni kan. ye lah, dah la menipu, mana nak tau Mish taip macam ni nak tegur dia. sebab follow tipu. haha. korang yang follow betul dan baca ni la jadi mangsa entry ni. mekaseh kawan-kawan. sayammm korang!

psst~
sorila. skang jarang punya masa nak terjah mereka yang tinggal pesan kat shoutbox. bukan sombong. tapi broadband seloww lol...tapi hati ni riang bila baca jejak yang kelakar. haha. pandai amek ati. nak tak nak pi terjah jugak. moralnya? haha

Wednesday, July 20, 2011

Happy Anniversary Umi dan Abah!

hari ni hari kasih sayang dalam keluarga kami. selamat ulangtahun perkahwinan buat umi dan abah. kalau tak silap yang ke 23. hehe. terasa lama kan 23 tahun idup bersama. tak sabar pulak nak kawen. hahhaa. miang!

semoga kekal hingga ke akhir hayat. tanpa semua ni, siapala kami 9 beradik. terima kasih kerana membenarkan kami 9 beradik berada di dunia ini dan terima kasih sebab jadi ibu bapa yang terhebat buat kami.

erk, tetiba je ucapan macam lari kan. tak pe tak pe. yang penting ikhlas. hehe. hari ni lunch umi masak special. kenyang perut macam ular sawa nak beranak. haha.

psst~
awal pagi tadi, mereka pergi kubur arwah adik. Mish dah lama tak pergi. tak boleh nak pergi. sebak lagi. dah 48 hari arwah pergi. T_T

Segmen : Jom Berblogjogging Bersama Cik Pop

Assalam semua!
petang-petang macam ni makan biskut cicah air teh sangat best. goreng pulak cekodok pisang ngan lempeng nyior. perghh. tak pun makan cendol atau ais kacang. walaweyhh. tak menahab cacing perut ni hah. haha.

melalut ya amat. langsung tak kena tajuk.

actually, di petang sepoi-sepoi angin kipas nih, Mish nak join satu segmen yang ditag oleh Aiman. haha. tetiba ayat macam skema pulak. okey, bab penulisan Mish memang hancur sikit. tapi tak kisah sebab Aiman dah kipas Mish masa dia tag Mish nih. kembang hidung dah sebesar selipar jepun kejap. sebagai menghargai persahabatn dunia maya, Mish joinnnn! yeayy! mekaseh Aiman!

klik banner untuk ke blog tuan punya segmen.

Mish dah jadi follower ke 546..

Mish nak tag Bulan, Erza dan Ieyla. hik hik hik.

Lelaki Pakai Rantai Sebab Nampak Cool?

hai kawan-kawan perempuan. sihatkah anda?
kawan-kawan lelaki? sejahterakah anda? takkan sentap kot tengok tajuk. rileks der. tajuk santai tu okeh. tak payah nak sentap bagai.

kadang-kadang Mish nampak lelaki pakai rantai ni cool. tapi kadang-kadang macam nyah pun ada. erk. apa punya kadang-kadang kan. tapi memang kadang-kadang Mish rasa macam tu pun. macam mana korang punya kadang-kadang. rasa coolkah? atau menyampahkah?

Mish suka lelaki tak pakai rantai. tak tau kenapa. nasib baik si Irfan memang tak pakai rantai. kalau tak memang kena brainwash sikit. haha. selalu ai je yang kena brainwash. mana boleh!

up to you guys! hehe.

psst~
terkenang rantai kesayangan yang tertinggal dalam bilik x-ray tadi. huwaaaa!!!

Tuesday, July 19, 2011

Hizami, Nak Header Satu!


ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab...
saya merupakan pengomen tegar kamu. 
saya nak hadiah sempena my first posting.
kalau tak bagi saya bom awak.  
bolehlaaa peliss....!
boleh tak bagi alasan macam tu wahai encik HIZAMI RAHIM? penat taip ni. penat kipas. penat bodek. kasi can la i nak berheader baru pelisss.....

wahai cik Bui kawan terbaruku. meh la join sekaki..

Bila Apapun Tak Siap, Barula Rasa Nak Kelam Kabut


merujuk kepada entry sebelum ni iaitu yang INI. Mish bakal berkhidmat untuk warga Pahang ok. ceruk mana, pedalaman mana, tak dapat dikenalpasti lagi. aiyaa. bikin gelisah gundah gulana lol. kan senang bagitau awal-awal. tak de la kelam kabut sangat kan. 

kenapa perlu gelisah? cool aje..hahaha..macam mintak lempang je muka ni kan. 
medical check up belum terisi apa-apa pun lagi. dengar cerita sekarang ni prosedur dah lain. siap ada appointment lagi. adoi. terlekat halkum jap. bajet ada halkum. haha. mana sempat. lapor diri Isnin ni. Rabu ni Terengganu cuti sempena Hari Keputeraan Sultan. masa makin suntuk. oh demm. surat sampai awal, tapi dah memang diri ni gemar bertangguh. rasakan. hahaha. gelak setan.

surat akuan sumpah pun sama la. kalau dah medical checkup belum. yang ni dua kali belum la kan. haha. kena pergi mahkamah siap. adoi. leceh. harap-harap orang tak ramai. hihi.

lepas tu uniform kelabu asap tu tak tau la dah siap jahit ke belum. asalnya mek cina tu cakap dua minggu je. tapi mana la tau terlebih makan tettt jadi lupa kan. ades. esok ingat nak pegi setel semua. bab medical check up tu memang tak boleh buat apa la. pasrah.

adoi. benda penting semua tak setel lagi. tertekan. dah paksa umi ambil cuti siap-siap hari ni untuk setelkan semua ni. hehe. baik punya anak kan. malas nak berdikari. esok dah berlaki susah kan laki lak. tapi ni laki dapat Sarawak. camana nak susahkan dia.. huwaa. sebak tetiba. cengeng!

kena berazam ngan diri sendiri. lepas ni keje jangan bertangguh. haha. baik punya azam. tengok perlaksanaan pulak. baik ke tak baik. hua hua hua.

Monday, July 18, 2011

Yeay!! Dah Tahu Tempat Posting!!

dah tengok belum Pengkomen Tegar Blog Mish. pergi terjah ok!


selamat petang semua. just a quick update.

hati ni gelisah tak sudah lagi. cemas, cuak pun bersisa lagi. baru lepas kol jabatan apa ntah untuk tahu tempat posting. ntah berapa kali kol baru dapat. perut ni duk menggeliat sana menggeliat sini punya cuak nak tunggu depa angkat.

dup 




dap 




dup 




dap





dup





dap





dapat PAHANG.


erk! alhamdulillah. harap-harap tak dapat tempat ceruk sangat. rasanya semua yang dari Terengganu mereka hantar ke Pahang. tak aci betul. setakat ni tak dengar lagi ada orang dapat Terengganu ngn Kelantan. benci betul la. tapi ok la daripada dapat seberang kan. Alhamdulillah.

lapor diri 25hb Julai. aiyakk. baju tak ambil lagi. medical check up ngan surat angkat sumpah semua tak sentuh lagi. haha...terus kelam kabut.

lip lap lip lap mata ku berkelip. macam tak caya dah nak keje. hihi.

psst~
dia dapat Sarawak...sedey..T_T

Hantu Komen #1

Assalamualaikum w.b.t. semua!
tak pernah-pernah Mish buat review pengkomen Mish kan?
disebabkan tak pernah tu Mish nak buat la kali ni. mereka ni antara pengkomen tegar blog pepel. meh Mish describe sikit-sikit sal diorang. lepas ni korang kena terjah tau. wajib. penat Mish buat ni. haha. ini paksaan.

Hantu Komen Pertama : Alif Haris


Aliff ni Mish kenal kat simpang tiga Jalan Dato' Keramat. ok tipu. Mish kenal kat dunia blog la kan. kat mana lagi. ahaks! dia ni baru je Mish kenal. tapi suka godek-godek entry lama. sebab tu dia cepat je jadi hantu komen kat blog ni. Setakat Mish gi komen kat mana-mana blog, mesti nama Aliff naik sebagai pengkomen tegar. sebab tu follower dia pun cepat naik. rajin komen, rajin bertegur sapa. hehe.siapa nak suruh Alif cat rumah sempena raya ni, cepat pergi bodek Alif eh. haha.

Hantu Komen Kedua  : Ipai


Ipai ni pun Mish kenal masa Ipai komen kat entry blog sape ntah. komen dia cam best je. terus Mish pergi terjah blog dia. hehe. nasib baik Ipai ni ramah dan baik. dia balas balik kunjungan. dengan itu, Mish pun terus la berkunjung ke blog Ipai ni. hensem orangnya ok. kalau tak caya pi la terjah Ipai. hehe. Ipai pernah buat entry hot pasal tuala wanita. tak caya mai terjah SINI

Hantu Komen Ketiga : Apik Pehe


hohoho. blogger ni tak yah cerita panjang la. dah memang hot and spicy. ramai kenal kot. otai bab lukis orang lidi. blog Apik ni kira kategori komedi la jugak. entry serius pun, tapi gambar lidi tu kelakar. sangat menggeli hati. (ayat tak leh blah) haha. Apik ni Mish kenal dari zaman giler blogwalking lagi. dah nak dekat setahun kot kenal Apik. sekarang ni Apik bizi dengan Latihan Industri dia kat KL. jom gelak sakan baca entry ayam jantan nih.

Hantu Komen Keempat : Wanie


Mish kenal Wanie sebab biasa nampak nama Wanie kat blog hantu komen kelima Mish. memang ramah dan rajin terjah menerjah ni. Wanie ni jugak rajin buat tutorial okey. pi la try usha. sesiapa yang duk Kedah mungkin berjiran la ngan Wanie ni. sebab Wanie orang Kedah. kot la pergi pasar terserempak ngan Wanie ke. rasa macam baru je lagi kenal Wanie. hehe. Mish benci baca entry dia yang NI. kecur air liur beb. hehe. 

Hantu Komen Kelima : Diana


kak Diana ni antara blogger otai okey. jangan memain. memang rajin komen entry orang. sebab tu orang pun rajin je komen entry dia. entry-entry dia memang straigt terus ke muka sesiapa yang terasa. memang telus dan mulus. haha. tabik spring ah. seorang surirumah yang rajin update. sehari dalam 3 4 entry. setakat bulan pertengahan Julai ni saja kak Diana dah update 72 entry.hebat kan? hihi. kak Diana ni blogger tak pernah kering idea. hehe. Mish suka baca entry dia pasal Maisarah. kelakar betul la budak tu. hehe.

you komen ai, ai komen you balik. 

Langkah Mayat Kerengga Tu Dulu!

sekarang dah tiba musim buah. o yeah. kat tepi jalan penuh dengan buah-buah tempatan macam durian, rambutan. semua dah bersepah-sepah kat tepi jalan. dalam masa yang sama, lagi 14 hari nak puasa. semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan Ramadhan kali ni. aminn~

okey, agak tercicir dari tajuk nampaknya.

tadi petang Mish dengan gigihnya sambung kayu kayan untuk buat galah. buat galah orang tak guna plywood tau. mau beruk-beruk di hutan gelak sakan tengok manusia kait buah guna plywood. haha. Mish guna ranting-ranting kayu yang tough-tough semuanya. lepas siap je galah yang ntah hape-hape tu, proses mengait rambutan bermula.

punya tengah syok mengait. dem. kerengga yang bau kencingnya busuk dan gigitannya yang sakit tu datang. hoho. dia mai dah..dia mai dahh.. nahas.

bermula la pertarungan yang sengit. dia gigit kaki, cepat-cepat pijak. dia mai kat lengan. watchaa...bagi penampar je seketul. busuk ya ampun bau mende alah ni. tak padan ngan kecik.

yeah! kepuasan terpancar lepas bertarung. dapat gak setangkai rambutan nih.
manis wess. rangup lagi tu. nyum nyum.

siapa yang rabun meh uji mata anda kat sini. ce cari kerengga sekor yang duk nusuk (sembunyi) ala-ala mainan hide n seek. bajet org tak nampak bumper dia yang besar tu. ada hati nak nyorok. cehh.. haha. siapa yang tak jumpa kerengga ni kena p terjun bangunan la. buat malu je. haha.

kerengga kat atas pokok rambutan ni memang banyak. agak mencabar la kalau nak makan. tapi umi kata, kalau tak de kerengga, mesti kelawar ngan tupai mai makan. tak pun musang. so, kiranya untung jugak lah ada kerengga yang selimm ni. sebab tolong jaga pokok ni kan. bagus-bagus. tak payah upah pak guard. haha.

Sunday, July 17, 2011

Saya sangat miskin sebab rumah saya takde ASTRO yang mahal-mahal tu.

tajuk je dah semput nak baca kan. so, tak sanggup bagi kamu semput dua kali ganda, Mish cuba pendekkan. cuba ok. tak janji. hehe.

sekarang ni kalau jalan-jalan ke kawasan perumahan, even ke dalam kampung, pedalaman atau ceruk hutan sekalipun, setiap rumah mesti ada piring kelabu atas atap rumah memasing. macam UFO mendarat. agak-agak boleh tak nak letak budu dalam piring tu eh? makan ngan ikan goreng. sedap oo. tapi masalahnya piring kelabu tu adalah ASTRO. macam-macam ada. haha. tapi muka Mish tak de pun. penipu.

kawasan kejiranan (ayat skema giles) Mish pun dah ramai pakai ASTRO ni. kira maju la. dan kiranya, mereka semua kaya-kaya la sebab mampu pakai ASTRO yang mahal tu. rumah Mish je yang tak de. kami siang malam pagi petang duk tengok TV1. TV2, TV3. kalau rasa bertuah sikit, dapat la siaran NTV7 ngan TV9. kesian kan. mesti korang rasa macam, erk, kesiannya. mesti boring kan.

haha. jawapannya, tak boring langsung. rumah ni, nak tengok tv pun tak sempat. sebab asyik online je. dengan bilangan komputer dan lappynya bernisbahkan 2:1 dengan bilangan manusia dalam rumah ni. tv tu dah macam nothing. hehe.

lagipun umi memang melarang kerasSSSSS abah pasang ASTRO even abah dah kemukakan segala hujah untuk pasang jugak ASTRO tu. umi kata, nanti adik-adik tak belajar. haha. memang pun. setakat ada komputer dan internet tu je pun diorang boleh mengadap game 5 6 jam. campur ada ASTRO, bila la masa diorang nak belajar kan. ikutkan umi, semua dia tak kasi pasang. tapi abah seorang yang bijak bermain kata. haha.

umi tambah lagi, cukupla nikmat ngan rezeki yang Allah bagi ni. ni pun kita tak syukur lagi. haha. terdiam sejuta bahasa. kua kua kua.

psst~
padahal baru je niat nak pasang ASTRO kat rumah bila dah keje nanti...huwaa! eh, bil ASTRO makin naik eh? makin kaya la jiran-jiran Mish yang mulut bau longkang tu. haha.

Saturday, July 16, 2011

Mengail Ikan Duyung

asal hari minggu je mesti Mish jeles. semua yang ada pakwe dekat-dekat pergi dating. grrr. ai jeles tau. pakwe jauh. oh no. sedih sangat bunyinya kan. dlu masa kolej best la. aku la paling heaven. tiap-tiap minggu berdating. haha. kuar terus gelak setan.

oh, i miss u. again. hehe.

semalam Mish pergi kuantan. erk, tiap-tiap minggu ke kuantan. dah macam apa kan. best oh kuantan. siapa cakap tak best sila lempang diri sendiri. kenapa kuantan best? kuantan ada East Cost Mall, ada Berjaya Megamall, ada Pantai Teluk Cempedak. KL ada? Melaka ada? tak de kan. sebab tu tiba-tiba kuantan jadi best. dah keluar perangai jakun dah. aigoo.

berada di tengah-tengah lautan. eh, tengah-tengah Pantai Teluk Cempedak. eksaited gilerw dapat jumpa air pantai. dah berbulan kot puasa dari pantai-pantai ni. itu bukan anak, itu adik saya, Azim. hehe. nak kenal? bak mai nom.

haha. cumil kan budak ni? pasal cumil sangat la kena pusing sikit.  haha. malas nak betulkan.  kalau rotate balik, nampak pelik yang amat. hehe. teringin nak jadi model pantai. auww!

eh, manusia ke ikan duyung ni. haha. duyungggnya dia. ades. mamat tu cakap ai makin tembam. grr. tak menjaga perasaan buah hati betul la kan. haha. tu peace yang tak sempat nak angkat satu jari..
:P

ni adik nom 3. jarang-jarang kome dapat tatap wajah dia sebab dia jarang kuar rumah. dah berbulan duk rumah. ni baru jumpa cahaya matahari direct. kalau tak. duk bawah atap je. haha. dan tahniah sebab dapat pergi ke UNISZA. tempat palinggggg 'jauh' dari ganu. hehe

ahaks! ni kegemaranku. kali kedua dapat makan GCB dalam minggu ni. memang hantu GCB. tak leh nak kata apa la. nyum nyum. siapa yang belum makan baik pergi makan sekarang!!hehe.

gambar macam pecah sebab guna kamera henset VGA. tak mampu nak guna 3MP sebab memory dah nak penuh. haha. kesiannnn.

sekian sebab baca entry merapu dan tak de kena mengena dengan tajuk. bai.

Friday, July 15, 2011

Kalau Rasa Tak Mampu, Jangan Teruskan

pernah tak korang rasa korang sayang seseorang tu, tapi korang rasa korang tak mampu nak teruskan. erk. intro pun dah macam apa kan.

jangan salah paham. ni just persoalan.

kadang-kadang Mish tengok, ragam orang bercinta, even dia tau dia dah tak berapa nak boleh tahan dengan pasangan. ataupun dia rasa dia ada kekurangan dalam buat pasangan dia bahagia. still, dia nak jugak teruskan hubungan tu.

seksa diri. seksa pasangan.

ok, cinta itu buta. paham paham. berkorban apa sahaja demi cinta. ye, paham paham.

lagi satu, pernah dengat tak ayat yang bunyinya macam ni. bila hati kita disakiti 1000 kali, kita terpaksa menyakiti hati orang walau sekali. eh. paham tak ayat tu? means, jangan la bia diri tu bodoh sangat sampai nak tunggu hati kau retak 1000 baru kau nak amek tindakan. apa daaa..! sesiapa yang terasa sila take note ok! penat nak nasihat. haha.

entry memang ke laut sebab tadi baru lepas pergi pantai Teluk Cempedak. haha.

psst~
buat somebody, i'm sorry. you deserve to get someone better than me. ^_^

Malu Sampai Rasa Nak Sorok Muka Dalam Mangkuk Jamban

siapa kat rumah dia ada mangkuk jamban yang boleh muat badan Mish ni? kalau sesiapa yang ada sila taip ON JAMBAN hantar ke Mish89 ok! segera. as spoon as possible. eh, as soon as possible.

situasinya macam ni.

tadi dalam pukul 12 tengah malam lebih, Mish nak telefon la buah hati sebab baru lepas beribadat sikit kan. just nak tau dia tidur ke belum je. ehee. ngengada kan.

"hello.."

"hello, Assalamualaikum..." eh, tetiba suara perempuan yang jawab, erk. maybe akak sepupu dia kot. dah mula gelabah sikit time ni. ingat nak letak bodo. tapi nampak macam kurang ajar la kan.

"erk, ni Kak Long ea. Irfan ada?" buat-buat ramah tanya kak long ke siapa. bajet aku kenal la beliau. haha.

"eh, along,along..." erk, macam kenal suara ni. dia panggil along. eh, tau pulak dia aku ni anak sulong. speechless jap. " ea along, nape call umi?? tak de keje, duk serumah pun nak call lagi. pegi tidor."

"!@#$%^&" malu. MALU ok! punya la berbudi Mish cakap telefon tadi. ciss. sekali rupanya terdail nombor umi. haha. malu malu. dah la siap tanya Irfan mana. ades. tebal muka. rasa nak pindah rumah. tak nak jumpa umi esok pagi. tak nak. huwaa!

pinjam mangkuk jamban wes. nak sorok muka. hahaha.

Thursday, July 14, 2011

Wednesday, July 13, 2011

Ini Bukan Mengamuk ok!

semua mesti terkejut beruk plus monyet plus cimpanzi plus babun kalalu masuk blog Mish skang kan? ahaks! jangan la sakit jantung dulu. pada yang sedang mengandung jangan la terberanak dulu kalau tengok header baru tu. lebih besar daripada biasa. haha. dulu kecik cinonet sopan je kan. simple dan nampak matang.

malangnyaaa...

Mish pun manusia. teringin la jugak nak tukar-tukar sikit blog ni. nak tukar layout, rasanya sayang. padahal malas. haha. so, di petang yang mulia dan bosan. Mish godek la paint.net dengan photoscape. ok. kalau bab photoshop Mish surrender awal-awal. dulu masa duk politeknik reti la buat. lama-lama tak buat dah hilang skill. nama tools pun dah lupa. nak guna apatah lagi. haha. boooooo! loser.


besar dan bikin terkejut kan. artis mana la tu. eh, model mana la tu. eh. minah perasan mana la tu. haha. tang minah perasan mesti ramai yang angguk kan? kuang asam.

psst~
macam budak-budak kan? haha. temporary je tu. tarik nafas lega cepat! tak payah korang mual muntah nak masuk sini. haha.

Alhamdulillah, yang ditunggu akhirnya tiba!!

Assalamualaikum w.b.t.


alhamdulillah..ni la surat yang Mish duk tunggu-tunggu dari abang posmen. dengar cerita dah ramai kawan yang dapat. alhamdulillah..kepada yang tak dapat hari ni, mungkin esok akan dapat. akhirnya penantian ku berbaloi. hua hua hua.

yea!! harap-harap lepas ni cepat la lapor diri. nak kerja cepat-cepat. nak kawen! haha. silap. nak tolong umi beli set sofa dan meja makan baru dulu. hihihi.

dan paling bersyukur, Mish tengok surat medical check up dia, tak de bahagian yang kena ambil darah. syukran jazilan ya Allah. hehe. saya takut jarum..

psst~
kalau dapat gaji sebelum raya, mesti kena bagi angpau kat adik-adik taun ni kan. haha. jangan kedekut!

Tuesday, July 12, 2011

Datang Jua Ke Perutku..

Assalam semua!harap semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. ayat intro yang agak umik pada hari ini. haha.

seriyesli..Mish dah lama. teramat lama mengidam benda ni. sangat-sangat lama. (abaikan 'sangat' sebab 'sangat' tu hiperBOLA). asyik-asyik pergi kat blog kawan-kawan nampak post kawan-kawan pasal benda ni. ya ampun, kuatkanlah imanku. jangan kau goda nafsuku yang sudah terang-terang tergoda. auww! ayat tak menahan. haha.

so, tadi, Mish pergi Dungun, saja menggoda umi untuk ajak beliau teman sekaki. haha. tak best oo jalan sorang-sorang. ada umi dapatlah support sikit. buat alasan nak potong rambut la, nak pergi amek kerepek popia nestumla umah bekas jiran. puas dipujuk. finally, tiada yang menghalang usahaku. alhamdulillah. Allah s.w.t. permudahkan urusan untuk makan. haha. ayat nak kelassss aje kan.^^

thrill of the taste. KEASYIKAN RASA.
yippie! tu la makanan yang berhasil masuk ke perut.sedap. sedap. sedap. sedap hingga menjilat bibir. haha. bajet seksi. dah lama perut berdondang sayang nak makan benda ni. baru hari ni perut dan cacing-cacing dapat makan.

terasa kejakunan sebab Mish tau kawan-kawan semua dah makan. tapi tak pe. bila makan masuk perut sendiri-sendiri kan. ada ke korang makan pastu transfer masuk perut Mish sikit? tak deeee kannn...haha.

sekali lagi. sangat sedap sebab saya adalah peminat GCB!! bukan GERAI CIK BEDAH ye Usop. harap maklum. haha.

Monday, July 11, 2011

Iman dan Zombie

mintak perhatian, ini bukan video anak saya. ini video adik saya ok.

video

22 saat je sempat rakam. sebab budak botak ni beria nak henset. adess..kacau daun lahhh. and, kenapa Mish mention yang Iman tu adik bukan anak.......ianya adalah kerana selalu sangat orang yang baru kenal Mish kat dunia blog ni cakap Iman tu is my son. omaigodd. kalau Iman tu anak, siapa ayahnya? siapa suamiku? siapaaa? angkat tangan jap. haha.

okbye.

psst~
tak tau apa motif. ^_^

Sunday, July 10, 2011

Nak Buat Apa Pun Tak Boleyyyyyyyy.

selamat petang..

bila petang macam ni update dari umah pepel ni, sila set dalam kotak fikiran korang, tuan umah pepel ni sedang keboringan dan tak de keje nak buat.

memang betul pun.

adess.

nak pergi jalan-jalan umah member --------------> MALAS!
nak online lama-lama -----------------------> MALAS!
nak kemas umah ------------------------>MALAS!
nak turun kat laman, tengok-tengok pokok, cabut-cabut rumput pun ------> MALAS!

nak tidur kena kacau ngan mat Iman ni ha.
nak pegi goreng ikan masin makan ngan nasik kosong tapi takut gemuk. dah banyak makan hari ni.


apa nak buat petang hari camni. kalau ada Midvalley sebijik tepi rumah ni best jugak. haha.

Spaghetti Ikut Suka Hati

Assalamualaikum w.b.t.

haipp semua. happy sweet sunday yea semua. ehehe. hari ni rasa happy sangat sebab dah sarapan. sarapan buatan sendiri pulak tu. biasa main beli je kat kedai. banyak pilihan. nasik lemak, nasik minyak, nasik kerabu dan bla bla bla.

lain pula terasa hari ini. cewwwahh..ayat nak geli je kan. haha. pagi tadi tekak terasa nak makan western. lepas tu teringat la bahan-bahan nak buat spaghetti ade je kat umah ni.

lepas mandi je bermula la proses duk kat dapur. awal pagi u! jangan main-main. memasak ni kena ada semangat tau. sama la macam blogging kan. haha. serius cakap, Mish memang tak pandai buat spaghetti dan memang tak pernah buat spaghetti sendiri. ni first time. ok, sangat jakun. tapi sebenarnya lagi suka makan kat kedai. duit banyak kan. haha. tu ayat cover ok!

disebabkan first time, Mish main bedal je. masuk tu masuk ni. asal ada rasa. Mish potong ayam pun hancur tau. nampak sangat rajin masuk dapur. kan kan. haha. tapi nak masukkan dalam kuah dia tu memang elok jugak yang hancur-hancur. haha. ayat cover lagik. ^^

semua Mish masuk, sos Prego, sos Cili, lada kisar. haha. asal rasa cair lagi, tambah lagi. main cekup je apa-apa yang ada asal ada rasa. cara tk penting kot. haha. serius lawak masak tadi.



keh keh...kuah dia cair sikit sebab dah malas nak tunggu dia mengering. hahaha. terbaik wess. adik Mish siap tambah lagi. haha. berbaloi aku main campak-campak.

psst~
ampa semua jangan nak perli eh. sepak kang. hahaha...buat-buat la nampak sedap. support oo..hahahaa

Saturday, July 9, 2011

Perasan Diri Muda Sangat

Salam. hai semua~

pagi-pagi dah ada mood nak mengupdate. wakakakaka. apakah kebertuahan hari ini? kebertuahan hari ini? oh rosak bahasa jiwa bangsa kita. 

semalam Mish pergi Kuantan tau. lepas tu, pergi la jalan-jalan kat Kuantan Parade. lepas tu jalan punya jalan terserempak ngan satu jualan secara langsung pencuci muka ni. organic produk. still baru kat pasaran. lepas tu, amoy yang bertugas kat situ suh cuba. eh cuba? habis bedak Pixy aku. haha. ok, handwash je pun.

sambil-sambil dia buat handwash tu, sambil dia bercakap. cina punya skill berniaga memang terbaik. ramah ya ampun.

lepas tu lagi, dia cerita la pasal produk ni friendly dengan environment. lepas tu bla bla bla. kalau Mish cerita pun, korang bukan nak dengar. hahaha.so, klimaks entry ni adalah bila dia tanya, umur berapa? erk. umur? benci betul bila tanya pasal umur ni. sebab mesti laju mulut Mish jawab 20 tahun. lepas tu dia tanya, kerja ke belajar. Mish jawab la dah habis belajar. tengah tunggu kerja. 

eh eh. lepas tu, dia tanya " eh, dah habis belajar umur 20? hebatnya." terus je aku sentap jap. eh, aku jawab 20 ea tadi. omaigod. aku telah menipu. dosa! haha. cepat-cepat cakap silap. umur 22 tahun. dia cakap, sama la ngan dia. haha. muka seriyes merah pink pepel time tu. malu wei. nak lari pun tak boleh sebab tangan belum siap dicuci.

lepas ni jangan sesiapa tanya umur kat aku ok. kalau nak tu tanya la tahun berapa lahir ke apa ke. baru la membina sikit pemikiran. hahaaha.

The More The Merrier

Assalamualaikum w.b.t.

gambar sebagai penyeri. haha.
hek eley, tajuk entry punyala omputisss abis kan. last-last intro pun dah bahasa Melayu. hehe. siapa lagi yang nak guna bahasa kita selain bangsa sendiri kan kan kan? auww! patriotik tetiba.

abaikan intro yang merapu.

korang ada kawan tak? hihihi. penipu besar la kalau tak de kawan kan. even kita ni suka hidup bersendirian ke. tak suka share ke apa ke. at least kita mesti dan dalam sedar tak sedar kita sebenarnya ada kawan. tak aci la yang jawab kawan ngan buku, blog dan benda-benda yang tak de nafsu tu. erk! nafsu tu macam kasar. tukar pada nyawa. mungkin lebih bermakna. haha.

Mish ada kawan. masa sekolah rendah Mish selalu kawan berempat. kemana-mana mesti berempat. lepas tu naik sekolah menengah, bertiga pulak. kemana-mana mesti bertiga. masa tu kami la TOTALLY SPIES kat sekolah. masa kat sekolah teknik Mish lupa berapa. tapi agak ramai la. memang syok. mase kat politeknik ngan KSKB, Mish berlima. hehe. masa kat KSKB, kami 5 orang siap buat grup 5J lagi. haha. apa itu J? erk. ade la. haha.

Mish tak de la berpuak sangat. cuma yang paling rapat. tu la jumlahnya. orang kata lagi ramai lagi bagus kan. macam tajuk entry tu. memang seronok kawan beramai-ramai. kalau ada event ke, setakat 4 5 orang. tak meriah langsung kan. hehe. kawan biar beribu, musuh jangan dicari. haha, mandai je aku reka peribahasa tu. ^^. tak kena langsung!!

ada baik buruk bila berkawan. so, pandai-pandai la korang jaga persahabatan tu. lagi ramai lagi elok. tapi lagi ramai lagi senang nak gaduh. haha. macam adik beradik jugak kan. ramai adik beradik ni bagus. tapi kalau adik beradik ramai tu la yang selalu gaduh. gaduh-gaduh manja. auww!

bila la nak beramai-ramai macam ni lagi...rindu lol!

Friday, July 8, 2011

Bangun Pagi Paling Terbaik.

Assalamualaikum w.b.t

hari ni bangun pagi dalam keadaan sedikit kesakitan hati. hoho. mana tak nya, bangun pagi bukannya tangan lembut ibu yang kejutkan. bukan juga tangan Iman si kecil yang kejutkan. bukan juga suara romantik suami yang kejutkan. oh, suami? haha. tak kawen lagi ada hati suara suami. boooo...!

tapi, tapi, tapi, satu buku La Tahzan menghempap kepala. sakit auww!

dan akibat kejadian tu, entry ni terpaksa dipendekkan sebab kepala tengah bengong-bengong. nampak tak parah. tapi buat-buat parah. mesti korang suka sebab entry ni pendek kan kan kan?

haha.

psst~~
hari ni berjimba di Kuantan. nak makan GCB!!auww!

Thursday, July 7, 2011

Penantian Itu Satu Penyiksaan

hari ini, 7 Julai. kawan-kawan kos lain semua duk hepi gelak mengekek sebab dah tau tempat posting. dah tak payah susah-susah pikir. ada yang tercampak ke Sabah Sarawak tu nasib la. mungkin rezeki dorang kat sana kan?

yang lagi syahdu, bila awek dapat semenanjung. si pakwe-pakwe dapat Sabah Sarawak. hohoho. seksa woo. tapi mungkin ada baiknya. kalau duk seberang laut dapat elaun seberang laut kan? boleh la selow-selow simpan duit wat majlis. haha. ada bau jeles disitu.

online je Fb hari ni tengok semua post budak KSKB yang sama batch duk bercerita sal tempat posting. dorang kena lapor diri pada 18 Julai. banyak jeles. bau jeles sangat kuat disini. duduk rumah memang la heaven. tapi bila dah jadi macam ni, rasa macam, rileks sangat la pulak. erk..saya kan tak biasa duk rilek ni. hehe.

entah bila la surat posting nak sampai ni. aihh...PENANTIAN SATU PENYIKSAAN tau. memang seksa betul la. nak pergi wat part time pun rasa macam tak selamat. ye lah, keje baru 10 hari, sekali sampai surat. erk. serba salah la pulak kan. tapi kalau duk goyang kaki macam ni. 3 bulan surat tak sampai-sampai. terasa teraniaya la pulak.

ohmai! nasib la...

apa-apa pun, tahniah buat budak-budak kos Occupational Theraphy, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitan, Fisioterapi. kos X-ray ngan Nursing diam je. tak de lak dengar berita. senasib kah kita?

psst~
konon nak posting cepat, padahal uniform berlum siap lagi. hehe. nanti dah kerja mesti rasa nak menganggur balik. heaven kot menganggur ni. cuma tak de gaji je. kalau ada gaji mesti Mish dah buat kerja tetap. haha. la satu, harap-harap la Mish ngan si tettt tu dapat posting dekat-dekat. huhu.

Wednesday, July 6, 2011

Basuh Rumah Guna Asap yang Berminyak

erk..tajuk yang agak pelik. haha. apesal tiba-tiba nak basuh rumah guna asap minyak yep? kenapa tak guna air yep? kenapa yep yep yep. ades. banyak yep la pulak. ^^

actually cara basuh rumah macam ni memang tak berapa nak digemari sangat. sebab ianya busuk dan berminyak. lantai pun jadi licin. ikutkan hati memang la tak nak. tapi dah ada orang tolong nak basuhkan. kasi saja la. free of charge.

hari ni kawasan perumahan kami ade fogging. yess. Pejabat Kesihatan Daerah Dungun datang buat fogging selepas ada satu kes melibatkan jiran kami. so, kena la fogging. hapuskan semua nyamuk dan jentik-jentik yang ada.

uih...jenuh nak tahan bau asap masa fogging tu. lepas fogging pun lantai rumah sangat berminyak dan melekit. yarks! benci. dulu kat hostel selalu sangat orang datang sembur asap minyak ni. sebab kat hostel banyak kes. tak sangka merasa juga difogging kat umah.

sampai dalam umah asap tu masuk. makanan, baju semua kena tutup. nanti lekat minyak u. tak selera nak makan makanan tu dan pakai baju semua tu. hehe.

malam ni kena mop lantai rumah. ada sesiapa nak tolong? inbox Mish ea. sebelum jam 12 malam. haha. sangat mengharapkan penyertaan yang ramai..^^haha. sure semua pakat lari ni. kan kan?

psst~
abang NUFFNANG.nak BE baru..T_T

Tuesday, July 5, 2011

Punyala penat beratur..

bayangkan anda disituasi saya.

tadi pergi pasaraya kat bandar Kuala Terengganu sebab nak beli barang dapur (macam dah kawen kan? ahaks!). nak harapkan duit i untuk beli barang dapur memang tak la kan. so, guna la talian hayat. call abah, mintak abah masukkan duit. hehe. tak de masalah sebab abah keje bank. so, tak de la susahkan abah nak kena skip keje kejap cari ATM ke apa kan. saya anak yang baik. anak yang baik tak susahkan mak bapak. haha.

lepas tu, cepat-cepat la Mish pergi kat ATM. tengok barisan? ohmai! ramainya. demi duit, semuanya ku rela. haha. punyala beratur panjang. dalam 6 minit gitula kot. bila dah sampai turn Mish, eksaited la ni konon-konon. tekan-tekan jumlah yang nak dibawak keluar. alih-alih mesin tu cakap, baki tidak mencukupi. ohmaigod! wat happen.

lekas-lekas kol abah. nak tau abah jawab apa?
"alamak! abah lupa nak masukkan. tunggu jap. 3 minit" grr..kena beratur panjang lagi sekali. adeh!

dengan muka malu-malu kucing pergi beratur lagi sekali. *sigh*

Monday, July 4, 2011

Go Green!

dah lama kot tak bergambar. seriyes! ada la ambik sekeping dua. tapi tak berapa semangat sebab muka naik jerawat seketul dua. terus mood nak bergambar demam kejap. haha.



tapi skang, rasa macam konfiden balik. haha. ada gaya pencinta alam tak? plis say YES ye semua. sedang membuak-buak rasa gigih dan keinginan untuk buat landskap terbaik untuk rumah. tapi semua tu, hangat-hangat tahi ayam sebab Mish bukan suka sangat siram-siram pokok bunga. lepas tu nak kena sembang-sembang ngan pokok bunga. baru bunga tu comel dan berseri. auw. tak kuasa lah. haha.

ada tanam pokok lada. orang kata kalau orang yang tanam tu jenis panas baran, nanti lada tu pedas sampai berasap telinga, begitulah sebaliknya. agak-agak Mish kategori mana eh?><

Sunday, July 3, 2011

Peringatan buat HATI.

kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. 
orang juga tak mampu nak puaskan hati kita.

kita tak boleh nak samakan seseorang tu dengan orang lain. 
sepertimana orang juga tak boleh samakan kita dengan orang lain.

kita takkan boleh lupakan seseorang.
tapi kita boleh cuba terima hakikat dia bukan untuk kita.

perlu diingatkan wahai hati,
kawan datang dan pergi.
kawan setia susah dicari.

hoho. apapun yang berlaku. kawan makan kawan ke. kawan tikam belakang ke. hidup ni tetap perlukan seorang kawan. seorang rakan. seorang sahabat. peringatan terpenting wahai hati, cari kawan guna mata hati. bukan mata buta. ahaks! 

psst~
oh..miss my 5J.

Saturday, July 2, 2011

What A Boring Weekend....

bangun tidur, gosok gigi, mandi

online FB

online blog

makan megi

sambung online

baca blog kawan-kawan. komen mana yang boleh dikomen.

terharu baca post by keen tentang entry INI. terima kasih keen. kita kawan sampai akhirat. sayam kamu. boleh baca entry keen tu kat SINI.

siapkan design blog Miera. sekarang rasa dah siap. dah lega. boleh jenguk design yang dah siap tu kat my testsite kat sini.

dan sekarang..tak tau nak buat apa dah. adoii. layan hindustan jom! ahaks!
rasa macam nak kerja. nak duit. aaa. benci!! BENCI POKET KOSONG. huhu. ada sesiapa yang nak bagi idea tak nak korek income kot mana.

Tolong JANGAN Ingatkan Aku | Genap SEBULAN

kalau tanya Iman, "Iman, abang g ane?" Iman jawab, " Abang g skoloh:...
hari ni ramai sangat sebut pasal arwah.
hati jadi sebak.
jangan sebut nama dia depan aku,.
jangan cerita pasal dia depan aku.
jangan ingatkan kejadian 2 Jun itu depan aku.
tolong laa.
aku mohon.
hati aku sakit.
aku rindu arwah.

aku cuba jadi kuat.
tolong jangan rapuhkan aku.
jangan ingatkan aku.
aku dah redha.
tapi hati ni rindu.

aku bukak gambar dia.
dia senyum.
senyum kat aku.
manis giler.
aku nak sangat gambar tu bergerak.
aku nak tengok gelagat dia.
aku rasa dia tengok aku sekarang.

Ya Allah.
kuatkanlah aku.

hari ni, 2hb Julai, dah sebulan arwah pergi. tapi rasa macam baru semalam. betul la orang cakap, mula-mula arwah tak de, kita boleh kawal lagi kesedihan kita. tapi makin lama, makin kita teringat kat orang yang dah tak de tu. macam sekarang ni, kalau ada je yang sebut pasal arwah, cepat-cepat pergi tandas. sebak. tak tahan. rindu.

bila pergi kubur arwah, aku bukan nak sangat menangis. aku cuba tahan. sebab aku tau, tak baik menangis. tapi masalahnya. meman dah tak tahan. seriyes. air mata ni bukan ada remote kontrol nak tahan. sampai sekarang, even dah berpuluh kali pergi kubur arwah mesti berendam lam air mata. lemahnya aku..

al-Fatihah buat arwah.

Friday, July 1, 2011

Pengalaman Berlawan Dengan INCREDIBLE HULK.

tangan tengah terketar-ketar. bukan sebab tengah hot marah. tapi baru lepas tangani adik yang mengamuk bagai dirasuk jin. seriyes. dia kalau mengamuk, ikutkan hati pukul guna penyapu sampai patah pun belum tentu dia diam. dia mengamuk sakan just sebab kami tegur dia berebut belon dengan si Iman. adess. budak kecik tu pun satu.

dia pukul, sepak apa semua adik beradik yang lain. mula-mula Mish malas nak layan, sebab Mish ni bukan penyabar. tapi alhamdulillah tadi, Allah bagi Mish kesabaran yang kuat. lebam lengan, bercalar kaki apa semua dia cubit, gigit, sepak la. tapi sikit pun Mish tak marah. sebab api kalau lawan api, habis la. so, Mish pilih nak jadi air. cuba nak coolkan dia. Mish cuba ingatkan dia tentang arwah, tentang dosa buat macam tu kat kakak-kakak semua. tapi, haremm. sepatah pun dia tak dengar.

padahal dalam hati, panas jek tengok lengan bercalar. grr. kurang mas kawen aku. haha.

last-last, Mish cuba selawat, tiup atas kepala dia. Mish pegang kepala dia, tangan lagi satu pegang lengan. kuat gila budak ni. seriyes. lepas tu Mish baca ayat kursi. aa. sebab dah tak tau surah apa terbaik untuk keadaan macam ni. Mish ulang banyak-banyak kali. dia berhenti meraung. tapi tenaga still kuat. penat pegang okey. dah rasa macam totally spies pulak. haha.

dekat setengah jam kot bertarung dengan raksasa kerdil tapi kuasa macam Incredible Hulk. lepas tu Mish selow-selow tanya dia, adik nak marah sape sebenarnya? adik nak marah nape? adik dapat nape kalau marah-marah camni? tuhan tengok adik ni. malaikat semua duk catat dosa adik wat ke kakak-kakak. lepas tu dia jerit, nak gi mandi. fuh..mula-mula teragak-agak nak lepas ke tak. sebab bimbang dia terajang sliding door.

haha. memang happening a pengalaman malam ni. ades. tak pernah kot Mish biarkan badan ini disakiti sesuka hati. moral of the story, jangan berlawan dengan api. lagi satu jenis Mish, kalau orang yang marah-marah ni, Mish suka jirus air je. bia sejuk dan cool sikit. haha.

psst~
mungkin lepas ni kena bawak jumpa ustaz. kan??

Jerawat Naik Bak Itik Pulang Petang

Salam sejahtera, salam satu negara, satu bangsa, satu agama. haha. ok mengarut.

dalam sedar tak sedar, dah masuk bulan Julai. oyeah! saya hepi. tapi takde sebab. lain la kalau bulan 7 ni ada yang nak masuk minang ke apa kan. ahaks. bestnya. okeh miang.

mungkin sebab miang tu kot jerawat kat pipi, dahi, dan dagu ni tumbuh non stop. seriyes! rasa nak berus guna sabut kelapa je muka ni. tak pun guna kulit durian. err. bolehkan? haha.

sumber gambar dari sini.
sesiapa, ada tak produk ke petua ke nak guna untuk hilangkan jerawat ni sekali ngan parut-parut serta nenek moyang jerawat ni sekali. tak mau bagi dia tumbuh dah. seksa wok. nak amek gambar sendiri pun pikir doploh kali. aigoo. BELIA BENCI JERAWAT.

orang kata jerawat ni tumbuh bila tertekan. err. memang tertekan pun sehari dua ni. tapi logikkah? haha. memang logik pun sebab tekanan mempengaruhi pengeluaran hormon kita. nak tahu lebih lanjut pi google sendiri. penat ohh nak explain. nanti terkeluar landasan.

dan sebenarnya, tajuk tu nak cakap jerawat naik bak cendawan tumbuh lepas hujan. ahaks! jangan contohi penggunaan peribahasa yang bunguks macam tu okeh!