Monday, August 29, 2011

Shopping Yang MenCUAIkan

dah tak lama nak sambut raya kan. raya tahun ni baru je semangat nak raya kaw-kaw mwmandangkan tahun ni baju raya agak meriah. agak teruja la jugak. boleh la mengujakan sekadar menutup kesedihan di hati.

tapi..

tadi, dapat satu berita malang. terus je mood beraya satu famili ke laot. hampeh. terus tak semangat nak raya.

okeh. abaikan kisah spoil tu.

tadi mish gi shopping buat terakhir kali. konon nak beli la selipar raya sepasang. masuk je bandar ganu. hampeh. dah macam masuk bandar KL. sesak walnakmampus wes. apesal la semua suka sangat pergi shopping last minit. aiyaa. haha. padahal kena kat diri sendiri.

tengah-tengah syok shopping. boleh pulak tertinggal barang dekat simpan barang dekat satu supermarket tu. ish. lalai betul la. dapat je barang penuh kat tangan terus lupa nak tuntut kat kaunter tinggal barang. hampeh. kalau dia bagi bawak masuk je barang tu kan senang. tak de tinggal barang ke hape. 

naseb baik selipar raya adik-adik je. kalau barang Mish. auww! meleleh air liur raya. haha. tapi tadi dah suruh kawan Mish gi tuntut barang tu. gi tuntut dengan tak bawak kad nombor barang tu. kena la denda 5 hengget. 

okey, tu je nak update. nak sambung mood di tengah laott..!

Sunday, August 28, 2011

Tak Reti Ambil Kesempatan

perasan tak, barang, bila kita tak de kita duk asyik berharap supaya ada.
tapi bila benda tu dah depan mata. kita dah tak tau nak buat apa. haha. tu la yang terjadi skang ni. dulu masa kat Bentong punya la duk merungut sebab tak de internet. sampai sanggup ke klinik semata-mata nak online.

tapi ni bila kat umah. internet depan mata. teruja sangat sampai tak tau nak buat apa ni. nak update blog, tapi tak tau update apa. tak tau nak merapu apa. see. merapu pun boleh lost tau. haha.

lepas tu, dulu, masa tak de BE. asyik duk bising kat Nuffnang sebab tak dapat BE. asyik duk jeles ngan orang dapat BE. tapi skang, bila dah ada BE. tak tau nak guna kesempatan. ades.

blog dengan facebook macam dah suram sikit skang ni kan. semangat nak raya terlalu kuat kot. haha. baik tidur lagi best.
=P

Saturday, August 27, 2011

Nikmat Raya Perantau

alhamdulillah sebab dah selamat sampai kat umah pukul 11.11 pagi tadi. totally, perjalanan hanya ambil masa 4 jam. agak cepat sebab pecut agak laju. siap main lumba-lumba ngan kereta MyVi pink yang dinaiki oleh 3 orang guys. sweet kan lelaki naik kete pink.

keluar tadi seawal 7 pagi. masa time tu mau rebeh lagi. ngantuk wes. semalam dah pergi round bandar Triang sampai sesat-sesat. sampai umah lam kol 11. mana tak rebeh mata tu. haha.

dan yang paling excited sekali, balik je umi terus bagitau menu sedap untuk berbuka. ikan siakap masak stim, sayur paprik, gulai daging cincang dan apa entah seterusnya. tu la nikmatnya bila berada di rumah.

kepada yang tak merasa nak balik umah untuk raya tu, bawak-bawak la balik jenguk family di hari lebaran ni ok. lain nikmatnya balik raya ngan balik kampung saja-saja. hehe.

Friday, August 26, 2011

Orang Lain Duk Packing Baju, Kita duk Packing Ubat

ini adalah Atenolol 100mg ok. ubat darah tinggi. 

yang ini Cinnarizine 25mg untuk pening kepala okeh. kalau pening amek sebiji maksimum 3 kali sehari yep. 

yang ni pulak Hidrocortisone 1%  Cream. untuk  radang kulit atau ekzema. kena sapu nipis je sebab ni adalah  steroid jenis mild topical. (okeh, tu yang last sekali tu pak cik google tambah. haha)

yang ni pulak Amoxycillin 250mg. antibiotik ok. amek sebelum makan. kalau boleh setengah jam sebelum makan. satu botol 500 kapsul berharga RM2++. mahal giler. 
see...4 jenis ubat yang kena packing untuk satu hari ni. pergh..meleleh peluh ikut hidung. tak pernah-pernah bekerja keras camni. naik juling mata bila packing ubat secara manual.

semua ni terpaksa la dilakukan by hook or by crook sebab nanti kami kan nak cuti dua hari. so nak tinggalkan bos iaitu Pegawai Farmasi sorang-sorang. kebetulan beliau pun baru lagi kat klinik ni. so, tak berapa fasih selok belok simpanan ubat. sebab tu kena prepare stok ubat yang cukup untuk beliau bekerja nanti. hehe.

tak kesahla kerja keras sikit asalkan dapat cuti. yeay!!

packing ubat dah siap. tapi packing baju langsung tak sentuh pun lagi. adoi.

Bukan Lagi SEMBILAN Tanpa SEORANG


First of all, I miss him. Deeply. Crazily. Sincerely. And its hurts me.

Yess. Sangat menyakitkan bila kita merindui seseorang yang dah tak de lagi kat dunia ni. Sangat sakit. Sampaikan kita rasa macam betapa ruginya kita semasa mereka ada kat dunia ni. Ruginya kita sebab tak peluk dia puas-puas. Tak tatap muka dia lama-lama. Tak cium dia selalu. Semua kita rasa rugi. Sehinggakan kita rasa membazir masa kita bersamanya hanya kerana kita tinggalkan dia hatta 5 saat.

Again. I miss him.

Tak dapat nak bayangkan macam mana raya tahun ni bila beraya tanpa seorang ahli keluarga di sisi. Tak dapat dibayangkan macam mana nak pergi kubur adik sendiri yang akrab dengan kita di pagi raya. Tiba-tiba rasa macam jangan la datang wahai raya. Semakin dekat raya. Semakin kuat sedih tu datang. Semakin kuat rasa kehilangan.

Raya tahun ni mesti tak semeriah dulu. Dulu sembilan orang. Sekarang tinggal lapan orang je adik beradik.

Series rindu. actually, sepanjang duk kat Bentong ni. Tak pernah satu malam pun Mish lupakan arwah. Setiap malam pasti bersisa rindu untuk arwah. Setiap kali patient sebaya arwah datang ambil ubat. Setiap kali tu la Mish beredar ke belakang stor menahan air mata. Padahal tewas gak last sekali.

Dah macam-macam cara Mish buat supaya kuat. Tapi kita tak boleh nak tipu diri sendiri. Mish dah cakap kat diri sendiri, tak baik menangis macam ni. Nanti kalau arwah tahu, arwah sedih. Tapi makin laju lak air mata. Hampeh.


Air mata makin laju bila dengar lagu ni. Try la baca lirik dia. MISS HIM!

Psst~
Tak dapat bayangkan perasaan mereka yang hilang ibubapa. Sesungguhnya Allah s.w.t menurunkan ujian setimpal dengan kemampuan hambaNya.

Hargailah mereka ketika mereka masih ada. Ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, dan lain-lain. Adat manusia, bila dah tiada baru nak dicari.




Thursday, August 25, 2011

Perkara yang Biasa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berkapel Menjelang Raya dan di Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t semua!

Ahaks. Jom ceria-ceria memandangkan beberapa hari je lagi nak raya. Ni entry buat mereka yang berpasangan atau kata yang lebih indah is, COUPLE. Nak lagi indah is, BERGEWE. Yang single pun boleh baca. Mana tau nak buat panduan. Haha. Ajar orang memiang pulak bulan puasa nih.

Anda ada pakwe? Ada awek? Bergewe? Betul tak setiap kali raya, perkara ni anda biasa lakukan.

Shopping raya sama-sama.

Wah…praktis jadi suami isteri nampak eh? Hehe. Perkara biasa yang Mish tengok orang bergewe ni adalah gi SOGO atau Jalan TAR atau mana-mana tempat membeli belah bersama-sama. Nak beli barang tu tanya pendapat pasangan dulu. “sayang sayang, cantik tak baju ni ngan baby?” auww!!

Beli baju raya warna sedondon.

Yang ni Mish pernah try sekali je. tapi tak beraya sekali pun. Tapi merasa la jugak bewarna sekali. Tapi teringin nak berdondon lagi. Tapi dia jauh. Haha. Banyak tapi kan? Tapi memang ramai pun orang bergewe yang sedondon bila di hari raya. Tapi tak raya pun, mereka tetap sedondon hatta keluar dating. Opss, terTAPI lagi. Sweet je kan. Kalau kawen nanti agaknya, satu persalinan sekali ngan cat umah pun nak sedondon kalau boleh. Haha. Terasa agak over disitu.

Ziarah menziarahi rumah mertua.

Haha. Ni bagi gewe-gewe yang ade pak mertua dan mak mertua yang sporting habis la. Kalau pak mertua yang ada misai melenting naik atas tu konpem kaw-kaw tak berani nak tunjuk muka depan rumah kan. Normally, pasangan yang duk dekat-dekat leh la ziarah menziarahi ni. Kalau yang jauh puncak Johor kapel ngan puncak Perlis. Naye beb nak ziarah.

Haha. Lagi-lagi, apa lagi yang orang bergewe ni biasa buat eh??jangan nak memalu la aih…nak terkeluar makanan celah tekak kalau malu-malu nak citer. =P

Wednesday, August 24, 2011

Hari-hari Muka Dia

Assalamualaikum w.b.t


kerja as pharmacy assistant ni agak memeningkan walaupun orang cakap senang je. dapat preskripsi, amek ubat, lepas tu tulis nama, bape bijik kena makan, bape kali sehari, dan las sekali tulis tarikh. haha. simple and easy kan?

tapi sebenarnya banyak lagi kerja belakang yang rumit dan pening lorh.

tapi tu belakang kire. lain kali cerita.

ni nak cerita yang geram sangat-sangat. tak tau la apa pesen (jenis) pesakit ni sorang. stat daripada minggu lepas sampai la minggu ni, hari ni. berderet muka dia je yang datang kat klinik ni. sabo je lah. hari ni dia bawak laki dia sakit, esok dia bawak anak sulong dia, then anak kedua dia, then anak bongsu dia. lepas tu dia pulak yang sakit. lepas tu ulang balik routate tu dari laki dia.

silap-silap lepas ni jiran-jiran sekali dia angkut. adoi.

tak tau la apa yang seronoknya datang klinik ni. nak daftar dah kena menunggu satu hal. nak gi jumpa MA (medical assistant) dah satu keje nak nunggu. nak amek ubat pun tunggu lagi. adoi. tak tensyen ke main tunggu-tunggu ni. sanggup pulak dia eh. hoho.

setiap kali nampak muka dia masuk klinik, kami akan mengeluh. pffft~

Tuesday, August 23, 2011

Tak Sabar-sabar.....

badan dah makin berisi. haruslah ke LONDON WEIGHT MANAGEMENT. haha. bajet banyak pitis lorh.

tak sabar nak balik 27hb ni. seriyes. tak sabar nak keluar dari tempat ni. tempat ni best. tapi rumah lagi best. sangat-sangat best. belum balik lagi tapi dah request macam-macam untuk dimakan dilahap balik nanti. cant wait.

insyaAllah balik nanti bawak kereta. WHU tu. makin dekat nak balik makin teruk pulak dia buat hal. tayar macam something wrong je. aiyak! gaji belum masuk lagi dah buat perangai. jangan lorh! nak jalan jauh ni. huhu..

rabu ni ikut staf pergi servis kereta. wah! makin teruja nak balik jauh bila siap pergi servis lagi. haha. before ni setakat drive setempat tak de maknanya nak servis-servis bagai. servis kereta need money. ohmai! mahal ke eh? haha. jakun kejap. tapi WHU tak mahal sangat kot. (beri janji palsu kat diri sendiri)

buat yang berjalan jauh, jangan lupa pakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan untuk perjalanan yang selamat. haha.

psst~
tak sabar nak jumpa Iman.


Monday, August 22, 2011

Hasil Keboringan

salam semua!!

hujung minggu ni memberi erti tak kat korang? mesti la agak bererti buat yang ada pakwe dekat-dekat sebab boleh shopping raya bersama kan? sob sob. sadis sebab tak de pakwe dekat-dekat. haha.

disebabkan kebosanan tahap cipan kat rumah hujung minggu hari tu. maka Mish menggatalkan diri untuk bermain dengan photoscape.

maka terhasil la generasi header baru

dan

banner baru...!! yeay!

Photobucket

psst~
yess berjaya update. haha. so sesiapa yang bosan tahap cipan duk umah tu, sila la download photoscape okeh. jom menconteng bersama-sama. haha. hari ni kerja pun bosan....adoi!!

Sunday, August 21, 2011

Akibat terlalu MEMERUK.


Baca baik-baik tajuk entry tu okeh. Bukan Mish jadi beruk or what. Tapi MEMERUK ok. Means, lama sangat duk kat tempat yang terceruk la lebih kurang maksudnya. Hehe. Memandai je kan. Kalau bukak kamus dewan konpem tak de perkataan ni. Kamus dewan tu tak update lagi. Haha.


Sekejap je masa berlalu. Lip lap lip lap dah nak sebulan dah Mish keje. Minggu depan genapla sebulan Mish kerja. Dan bersamaan sebulan jugaklah Mish terceruk memeruk kat sini. Sekali sekala je berderap ke Bahau atau Senawang. Tapi apalah sangat.


Sampaikan cerita baru kat pawagam pun Mish tak tau cerita apa yang hot skang. Rindu giler kat panggung wayang. Sob sob. Padahal dulu Mish la hantu wayang. Culture shock kejap duk cnie. Tapi tak pe la. Boleh save duit. Hehe.


Untung jugak Mish duk tempat yang terceruk dan buat Mish memeruk macam ni. Tempat ni kalau nak cari kedai makan memang susah. Sampaikan kalau nak makan sedap sikit, kami kena makan kat Simpang Durian di Jelebu sana. Setengah jam je pun. Tapi macam tak berbaloi kan. Sekali sekala boleh la. Tapi kalau kerap sangat. Mampuihhh la wey. Haha. So, kebaikan yang Mish dapat is, Mish makin pandai memasak. Haha. Main bantai je. tapi lulus la setakat nak bela perut suami sorang. Hehehe.


Kesimpulannya, meh la memeruk beramai-ramai dengan ai di Simpang Pelangai..hehe.

Saturday, August 20, 2011

Perangai Biadap Manusia Di Bulan Puasa


Makan depan orang ramai.
 

korang ada tak perasaan geram kat makhluk yang tak reti nak hormat orang puasa macam ni? Boleh pulak di saat korang menahan lapar dahaga tu, dorang pergi teguk ais kacang atau air tebu. Tak pun 100 plus depan korang. Lepas tu buat muka konon air dia tu sedappp giler.  Pheww. Ketar iman kejap. Rasa menggelegak je anak tekak nak jerit, “Woi, tak reti nak hormat orang puasa ke??”. Hehe. Bekeng la pulopss.

Main mercun dalam surau.

tengah-tengah syok tok imam duk baca al-Fatihah untuk sembahyang Isya’ rakaat ke empat, ade budak-budak baling mercun dalam surau. Pergh..memang menguji keimanan dan kesabaran beb. Tok imam tu pulak boleh melatah jatuh terlentang. Tak pasal-pasal kena sembahyang balik. Adoi. Bala betul la mercun ni. Kalau tau sape punya keje tu, Mish pi ikat tangan dia kat pokok kelapa yang ada banyak kerengga. Padan muka. Haha.

Curik selipar orang sembahyang terawih

Ingat masa pi sembahyang jumaat je kea de kes curik mencurik selipar ni. Masa sembahyang terawih pun ada beb. Lagi-lagi selipar yang kena curi tu selipar pakcik-pakcik yang dating surau atau masjid jalan kaki. Rumah lak jauh. Fuh…tanggunglah dosa ang buat naya kat pakcik tu. Tak baik doe. Ish..jangan selipar kena curik time sembahyang sunat aidilfitri dah la. Kesian selipar raya orang. Haha.

Haha. Bulan-bulan mulia ni buat la pahala banyak-banyak beb. Kadang-kadang kita tak perasan pun apa yang kita buat tu salah. Sebab tu kena banyak muhasabah diri dan yang penting, pikir dulu sebelum buat. Hik hik. chaw!!

Friday, August 19, 2011

Di Sisa-sisa Akhir Ramadhan 2011

salam Ramadhan semua.

kita nampaknya dah semakin hampir dengan raya dan semakin dekatttttt dengan sepuluh malam terakhir. semua dah bersedia ke untuk mengdouble triplekan amalan masing-masing di sepuluh malam terakhir Ramadhan nanti??

opss! buat-buat tanya orang tapi diri sendiri bukan bagus sangat. hehe. sekadar mengingatkan.

tiba-tiba hati berdetik, untung la siapa yang boleh sembahyang. tahun depan belum tentu kita berjumpa lagi dengan Ramadhan al-Muabarak ni kan?

terawih di masjid dan surau pun semakin lama semakin sikit pulak orang. mentang-mentang puasa dah nak habis. terawih pun ntah kemana. ades. mula-mula Ramadhan dulu, ada la jugak 5 6 baris jemaah. tapi kebelakangan ni. nak penuhkan dua saf pun macam sakit. adoi.

Wednesday, August 17, 2011

Pelik-pelik je FACEBOOK ni sekarang kan?

seperti entry yang lepas, Mish mengandaikan semua dah tau yang hari ni is my birthday aite?so, siapa yang baru tau buat-buat la wish. hehe.

lepas tu, bila bday je haruslah kita terima berlambak-lambak notification kat facebook yang menyatakan banyak orang poist kat kita punya wall. untuk wish birthday lettew...haha.

lepas tu, Mish yang bajet hot nak balas la ucapan-ucapan semua tu ala-ala artis kan. penat jugak noh nak taip even satu patah perkataan iaitu "thanx!!". lepas dah taip banyak-banyak tu, FACEBOOK yang sengal ni suh isi verification word yang panjang 4 depa. gile hape. nak taip thanx pun tak de la panjang tu kot.

fine. disebabkan facebook ni bapak ai punya kompeni, so, ai layan je.

TIBA-TIBA!!!!!


tiba-tiba! yes. tiba-tiba iaitu suddenly!! facebook yang sengal tu telah block Mish punya profile. dah tak boleh balas komen. hampagas betul la. punya semangat nak balas all the wishes tu sekali terbantut. ciss. so sesiapa yang sempat dibalas tu kira untung sangat la tu. kalau tak rasa untung sila la buat-buat rasa untung okeh. haha

berdendam dengan facebook sebab tak sempat nak balas bithday wish dari my sayangssss. grrr! semakin lama semakin sengal. booo facebook. hidup blog!!!


pssT~
ini entry auto post. haha.

Penaik Nafsu Blogging

nafsu??kah kah. hati-hati. kawal nafsu anda okeh. ni bulan puasa ni. selain menahan lapar dan dahaga. nafsu jugak kena pelihara okeh. jangan biarkan ia menguasai anda di bulan mulia ini.

crappy!

apa yang merangsang anda untuk berblogging eh?soalan cepucemas. lain orang lain perangsang kan? haha. ayat saja je nak menikam kesensitifan. macam la tak boleh tukar penaik semangat ke apa kan. hehe. lagi hot ayat tu lagi syok kot. buerkk!


  1. Duit

    okeh..ni memang one of the perangsanggg. hek hek. join je nuffnang ke apa ke. Mish kalau dapat BE, memang rasa macam tiap-tiap jam nak update. haha. tamakhalobanakmampus!

  2. Komen

    apa perasaan korang kalau korang update punya la panjang. nak cari idea sampai berpeluh ketiak. sekali komen masuk 2 3 je. puiiiii. membazir amalan syaitonnirojimmm kan? so, kalau mula-mula log in pastu dapat 10 komen ke 8 ke. rasa macam terangsang lah sikit nak blogging kan. o yeah!! mai la komen banyak-banyak. haha
  3. Lain-lain

    seorang blogger yang gigih bila dah tak de idea. akan tulis lain-lain. haha. tambah sendiri okeh kalau nak melebih-lebih perangsang blogging.
chaw!


Tuesday, August 16, 2011

Rezeki Ramadhan dan Rezeki Budak Cukup Umur.

hik hik. setelah lama dan berkurun dan berzaman dan berjanggut ku menunggu BE jatuh ke riba. tapi hampeh. bukan la tak dapat langusng BE. dapat la jugak. tapi yang seloww motion punya.

pernah tak dengar orang cakap bila kita dah cash out eraning kita dalam akaun Nuffnang tu, kita akan jarang dapat BE. erk. seram kan bunyinya. haha. duit tu beb. tapi memang betul pun, lepas Mish cash out ari tu, jarang snagat BE nak melekat. nak kena hantar surat layang bebanyak baru nak diberi BE nya. aih.

tapi tu la, Allah cakap kalau dah rezeki kita, konpem kita akan dapat kan. hehe. buktinya, skang ni Mish berbahagia dengan dua BE baru Mish. ecece. lama pulak tak menunjuk kan. bagi orang yang ada 7 atau 8 BE tu tengok and then cakap, ek eley, dapat BE setaun sekali kecoh satu dunia. kah kah.

syok wei dapat BE. makin semangat nak update blog.


yang terbaiknya pasal BE kedua tu, ada perkataan PHARMACY. hehe. macam tau-tau je ai ni kerja farmasi.

saya sedang hepi sebab esok birthday saya. hek hek. jom malam ni lepak kat ekspo kat tepi mcD kat Senawang!!

Monday, August 15, 2011

Dengar Radio Pun Boleh Makan Hati, jom boikot radio!!!

salam ramadhan yang ke 15 hari ni.

wah wah wahhhhh!! pejam celik pejam celik dah 15 hari kita puasa. wow!! rasa macam hebat giler dapat berpuasa 15 hari. hik hik. tak sangka kan. cepat je masa berlalu. dan lagi 15 hari nak raya. hehe. tu la pointnya. dah nak raya. yeay!!

loncat-loncat sambil kepak-kepak tangan. yeay yeay nak raya!

cakap pasal radio pulak. sebab tajuk tu pasal radio kan. siapa yang dengar mp3 tak dengar radio tak payah nak eksaited sangat ok. haha. mulai hari ni, semua radio akan mula putar lagu raya. sila baca sekali lagi. semua radio akan mula putar lagu raya. omaigot!

sedeyhhh bangat gue..T_T

rasa macam nak bakor je stesen radio tu. tak reti langsung nak menjaga hati dan perantauan anak merantau macam ai nih. berdagang kat tempat orang. so sad.....jom pakat lap hingus.

hati jantung pedal limpa semua pakat tak sabar nak balik kampung. sob sob.

Sunday, August 14, 2011

Kerana aku la blogger gigih itu.

siapa yang sanggup pergi kerja ari minggu? siapa? siapa? ada ke yang sanggup? haha. siapa la yang nak bazirkan masa rehat dan masa bersenang lenang dengan pergi kerja kan?

tapi Mish sanggup. haha. bangun awal pagi. stat enjin kete. terus pecut pergi klinik. padahal jalan kaki pun boleh. tapi nak kasi nampak komited sikit kan. naiklah kereta. haha. sampai je terus cekup wireless klinik. rinduu giler nak online ok. rasa macam dah kematu montot duk kat umah. buhsan giless. aku tak dapat hidup tanpa internet. haha. over betul ayat.

betapa gigihnya blogger macam Mish kan.

rimdu lol nak berkomen-komen kat blog kawan-kawan. rindu nak baca entry kawan-kawan. haha. sopannya ayat ai kan. kalau online hari kerja. kompem tak sempat. banyak kerja lol. huhu.

lagi satu, sakit hati Mish bila tengok kat widget komentr blogger yang Mish selalu komen dah tak de nama Mish. sesak tau nafas. dah tak glemer ai. haha. so skang la masanya, ak dapat jadi nom satu. nombor las sekali pun boleh la. hehe.

meh nak serang entry korang...=P

p/s : actually, Mish tak kerja pun. saje menggatal datang online kt klinik. hehe

Friday, August 12, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Berbuka Di Luar vs Masak Sendiri, Mana Lebih Baik?


Salam semua!

Amacam puasa beb? Penuh ke idak? Kalau tak penuh tu kena penuhkan la lepas raya ni eh. Kalau perempuan tak penuh tu kira standard lagi la. Tapi kalau lelaki yang tak penuh. Erk! Dunia dah nak kiamat. :P

Siapa makan cili dia terasa pedas. Tapi makan la cili lepas berbuka ye.

Ok, back to our main topic. Bulan puasa ni para surirumah, para bujang dan para-para sakura masak ke beli lauk kat luar untuk berbuka?? Apa pendapat korang eh? Makan kat luar or masak sendiri lebih efisien? Ayat efisien tu macam hebat dan kelassss je kan?

Bagi Mish la, kalau duk sorang tu better beli je la kot kat luar. Sebab macam tak berbaloi nak masak kan?tapi sebenarnya, masak sendiri jauh lebih jimat dari makan kat luar. Series ok. Kalau gi bazaar la kan. Makanan yang kita tak berapa suka pun jadi suka. Bila time berbuka bukan makan sangat pun. Tak pasal-pasal membazir. Aish. Dah jadi kawan syaitonirrojimmmmm kat situ.

Makanan pulak makin mahal skang. Terbaru, Mish terkejut beruk bila tengok harga kicap. Walaweyhhh..RM7 untuk satu botol kicap yang besar tu. Hampeh. Dah la makanan kegemaran tu. Mahal giler, camane la tak terkejut beruk kan??

Tak tau la apa pendapat korang.. 

Monday, August 8, 2011

Kenapa Blog Lebih Seronok Daripada Facebook?


Bila orang kat tempat kerja Mish ni tau yang I’m a blogger jalanan. Ramai yang bertanya, best sangat ke blog ni. Lagi bes layan facebook.

Huhu. Mish tau memang orang yang belum try jadi blogger tak tau apa yang bestnya bila berblog. Bestnya blogging ni ibarat makan nasi ngan ikan kering di musim hujan. Ataupun rasa macam makan goring pisang ngan ABC. Nampak remeh dan biasa je. tapi sebenarnya seronok.

Sangat-sangat seronok ok.

  1. Bila kita ada blog dan kita follow orang yang lebih up to date dari kita pasal hal-hal semasa or what, kita secara tak langsung akan tau terlebih dulu sebelum mende alah tu masuk berita. See? Seorang blogger yang up to date membuatkan kita merasa kita pun up to date. Eh, tetiba. Haha. Even facebookers sendiri tu banyak share link or banyak tau daripada blogger. Hihi.

  2. Di blog, kita dapat merapu lebih panjang berbanding di facebook. Kalau kat facebook kan dapat update status beberapa ayat je. abis panjang pun 5 baris. Kalau ada yang pernah buat lebih tu memang anda patut buka blog lah. Sebab di blog korang nak update pape pun bebas banyak mana korang nak taip. Haha

  3. Dekat blog kita boleh kumpul kawan baru. Dan kita boleh buat blogger gathering besar-besaran atau kecil-kecilan macam KAMI ni. Ada ke facebook gathering? Erk. Kalau ada sila bagitau ye. Sebab Mish tak pernah dengar la pulak. Hihihi.

  4. Di blog kita dapat pendapatan sampingan dengan menjoinkan diri ke dalam Nuffnang, Advertlets, Adsense atau ejen pengiklanan yang lain. Hik hik. Selain tu, kalau korang pandai decorate blog ke apa ke, korang boleh la amek tempahan. Hehe. $$$

  5. Dengan berblogging, kita dapat banyak hadiah daripada mereka yang sebelum ni kita tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan tak pernah tau pun mereka wujud. Mish sendiri pernah dapat kerongsang, t-shirt, keychain, sticker, fridge magnet dan apa lagi ntah. Ingat-ingat lupa. Huhu. Kalau facebook dapat apa eh?opss.


Walaubagaimanapun, Mish bukan nak berkempen untuk jadi Menteri Blog okeh. Macam ade je jawatan tu. Aiyaa. Cuma Mish terfikir kenapa Mish lagi suka berblog dari facebook. Just my personal opinion. Hehe. Diulangi dalam bahasa melayu, hanya la sekadar pandangan peribadi saya okeh.


Jom berblog kalau sesiapa yang tak de blog tu. :P

Wednesday, August 3, 2011

Aku Bagi Kau Kad Raya, Kau Bagi Aku Balik.

salam semua. hari ni baru hari ketiga kita berpuasa kan? badan rasa lesu je mentang-mentang kerja. benci betul. manja tol la badan nih. badan sape ntah. haha.

dulu kan masa zaman sekolah, punya eksaited nak kumpul kad raya. kalau keluar bandar, beli dua paket kad raya lepas tu ambik alamat rumah kawan-kawan. masa ambik tu, siap pesan lagi, raya taun ni aku nak hantar kad raya. kau balas balik eh. haha.

nampak tak kebudak-budakan disitu.

sampai skang Mish simpan lagi kad raya yang di balas secara paksaan tu. haha. kenangan. sentimental value beb. zaman skang posmen goyang kaki je sebab tak de orang dah nak kirim-kirim kad raya nih. hehe.

betul tak?

Tuesday, August 2, 2011

Baru Seminggu Posting Dah Buat Hal Kecoh Satu Klinik.

as salam semua! hehe.

semalam Mish nekad nak balik lambat untuk rehat tengah hari tu. staff lain semua dah balik tinggal la Mish sorang kat Farmasi tu. niat nak online la kan. nak jenguk kawan-kawan sorang dua. update blog apa semua.

dalam pukul 1.45 pm Mish pun bergegas balik sebab nak solat Zohor. pukul 2 dah masuk kerja.

bila Mish datang pukul dua je, Mish cari la kunci. semua poket Mish seluk. tak de. err. dah mula cuak. takut. seram semua rasa la ada time tu. bayangkan, dah la budak baru. tiba-tiba buat perangai, malu tak? haha.

5 minit lepas tu staff farmasi lain datang. Mish ingatkan dorang ada la kunci spare. sekali smeua tak de. tinggal kat dalam. hampeh.

kecoh satu klinik sebab farmasi bukak lambat semalam. haha. patient berderet menunggu. semua salah budak baru nih. kah kah kah. padan muka. sape suh tempat ni tak de tenet. tak pasal-pasal Mish kena stay kat farmasi untuk online. haha.

Monday, August 1, 2011

Merapu Di Bulan Puasa

hai. salam semua.

again, i miss this blog. hehe.

1st day puasa hari ni kan. really excited nak bangun sahur pagi tadi. sahur makan ikan bilis goreng ngan telur mata kerbau. haha. pembuka selera gilesss. makan sahur tak leh mewah-mewah, nanti tak rasa keseronokan berpuasa di zaman bujang. kalau kawen lain la. haha.

crappy.

nanti berbuka lak duk pening kepala nak makan lauk apa. masak ke makan kat luar. masak ke makan kat luar. masak ke makan kat luar. sila ulang sepuluh kali. haha.

pikir punya pikir, last-last berserah pada takdir. huk huk. yang duk umah syok la kan. ada ibu yang penyayang tolong masakkan. huwaa. rindu rumah. T_T

siapa cakap hari puasa tak boleh merapu? hehe. merapu tak membatalkan puasa kan? kan kan? mengumpat pun tak membatalkan puasa. tapi beringatlah. mengumpat tu berdosa. hormat-hormat la bulan mulia ni. eh, tetiba syarahan tak bertauliah. haha.