Friday, December 30, 2011

Sad Memory 2011

Sebelum 2012 adalah 2011 masih belum berakhir. Yeah..lepas habis part happy, kita ke part sedih pulak meh.  Buat korang yang selalu bersama ngan Mish mesti tau apa yang terjadi pada keluarga Mish awal bulan Jun hari tu. em..Mish kehilangan salah seorang adik. Adik nombor lima. Bagi Mish, sampai sekarang, still terasa kehilangan dia.

Setiap kali balik kampung, mesti Mish teringat kat dia. Kadang-kadang Mish lupa dia dah tak de. Sebab Mish kan jarang ada kat rumah. Bila balik je, semua adik beradik berkumpul. Masa tu la paling terasa kehilangan arwah.

Along rinduuuu sangat kat abang. Lama along tak pegi melawat abang kan. Maaf, hari tu along tak sempat. Along janji, along akan cuba sedekahkan apa yang along mampu. Along cuba,. Sebab along tak nak rumah abang gelap. Along tak nak abang rasa sunyi kat sana. Along tak nak abang rasa tersisih. Kami semua ingat kat abang. Umi kata, dah lama dia tak buat tomyam, sebab kalau umi buat pun, tak de orang nak makan. Kalau abang ada dulu, 2 3 4 kali abang pegi dapur ratah tomyam. Kan? Kami semua rindu mulut becok abang. Along ingat hari tu nak bawak adik-adik pegi tengok wayang. Macam yang kita buat dulu. Enjoy kan? Tapi along rasa along tak kuat lagi. Tunggu la sikit masa nanti. Bila Iman dah besar ke. sebab sekarang ni, kalau pegi jalan, along still rasa macam tak lengkap. Abang..abang tau tak..setiap kali along lalu kat tempat abang ‘dijemput’ tu..along takut sangat. Kalau along tengah bawak kete, along pegang stereng kuat-kuat. Kalau along tak bawak kete, along akan pejam mata bila lalu situ. Abang tau..along tak suka tempat tu. along rasa takut. Kadang-kadang, bila along duk sorang lam bilik..along selalu je teringat kat abang. Along terkilan. Dah lama kita tak jumpa kan. Abang ada mintak along belikan sweater. Along kata, nanti along keje along beli la. Tapi along tak sempat keje, abang dah pegi. Tak pe la.  Skang abang dah tenang kat sana kan. Abang dah selamat ke sana. Tempat yang Allah janjikan untuk semua hambanya. Along pulak tak tau bila. Abang, semoga roh abang dicucuri rahmat olehNya.

Kalau lah arwah boleh baca semua ni. hurm..al-Fatihah untuk arwah Ahmad Yazid. Pen off~

Memory 2011

Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu kan. Ecece. Sekelip mata je dah nak masuk tahun baru. kalau hari ni 31 Disember, lepas tu kau tidur kejap, dah masuk tahun baru. taada..happy new year! Tak caya cuba la tidur pukul 11.59 malam 31 Disember tu.  kalau Mish betul kamu kena bayar pizza satu set. Auw! Gemuk la Mish kalau semua orang buat..

Apa yang best tahun 2011? Well, lain orang lain tahap ke’best’ annya kan. Bagi Mish, tahun ni, tahun yang paling cepat berlalu. Tup tup dah 2012. Tup tap dah tahun baru. tap tap dah kena beli calendar baru.
 Awal tahun hari tu, Mish merupakan seorang pelajar di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. Semester enam. Senior tu beb. Rasa agak heaven la bila jadik senior ni. kita tak payah nak segan-segan kalau nak pergi café ke apa ke. yelah..dah senior kan. Terasa balik zaman jadik ketua geng kapak kat sekolah dulu. Haha. Final sem, memang terasa la cepat waktu berlalu. Melalui saat-saat manis terakhir bersama rakan karib. Teman masa susah masa gembira. Serius rasa macam sekejappp sangat sem 6 ari tu. huhu. Kawan-kawan. Aku rindu korang! Mesti korang tacing kan aku masukkan gambar korang dalam blog buruk aku??tak pe tak pe. Aku tak mintak bayaran tunai. Aku mintak KFC je sedulang sorang. Haha

Ingatkan lepas habis sem 6 tu dah tamat la zaman lepak kami. Rupanya, masa induksi hari tu, kebetulan batch kami, jadual tak padat. So, lepak tetap lepa k. hehe. Serius rindu kat korang aku tau korang tak baca blog aku. Tapi tak pe. Aku tetap nak taip. Aku nak bagi pembaca aku tau aku rindu korang. Sobsss..ceh, ayat pembaca paling tak menahan. Mesti ada yang gelakkan Mish nih. Tak pe tak pe..masa hari last kursus induksi ni la paling tak menahan. Semua benteng air mata bocor. Wuwuwuw manja la korang ni. tengok ai, menangis lam bilik air je. cool kan? Hee

Thursday, December 29, 2011

Dear PEROKOK,

Maaf, tajuk ni bukanlah point untuk Mish lancarkan perang terhadap perokok-perokok sekalian. Maafkan saya andai anda seorang perokok. 

Mish cuma nak bagitau la kan…kalau korang adalah perokok yang macho, sila la merokok di tempat yang betul. Sebelum nak cucuh api kat hujung rokok tu, intai-intai la sikit kiri kanan korang. Kot-kot la ada budak kecik ke, bayi baru lahir ke, takkan la tetap nak merokok kat situ. Kang tak pasal-pasal jantung depa rosak sebab kamu. Ingat, kamu Cuma 30%. Kami yang hidu, isap asap atau bau dia tu 70% tau? Grrr. Ni nak marah ni.

Perokok, kalau ye pun nak hisap rokok dua tiga kotak, make sure korang ada spare chewing gum atau pun gula-gula yang ada mint sikit. Kasi wangi sikit mulut. Tak de la lepas isap rokok, nak sembang tu, terasa bau rokok sangat. Hehe. mulut wangi, i nak sembang pun suka hati.

sekian je untuk kali ni. lain kali Mish sambung lagi okeh? till then..adios!

Wednesday, December 28, 2011

Dalam 15 Minit

baru je nak taip entry ni, ada pulak orang kol. tak pe tak pe. tak melemahkan semangat. ni taip sambil cakap tepon. akula bogger handal.

hari ni penat sangat. kaki rasa macam nak tercabut. banyak ubat nak kena packing. banyak kerja nak kena buat. Sasaran Kerja Tahunan nak kena baiki sikit. alahai. biasa la. budak baru posting. borang SKT pun baru kenal. lepas tu, surat Sistem Pendispenasan Ubat Bersepadu (SPUB) banyak pulak sampai. nak kena filing. baru siap tadi. fuhhh. lega sesuku hati. haha.

masih lagi jiwa tak tenang. berketul-ketul list untuk packing ubat pada masa akan datang. hari berganti hari, patient datang dan pergi, ubat makin berkurang. huhu. kat sini semua farmasi yang buat. masa Mish praktikal dulu ada gak staff lain mai tolong. adus.

bla-bla bizi sempat lagi online kan? haha. tak de la..entry before ni tu Mish siap-siap taip kat rumah. datang klinik paste je kat new post. then publish. siap. so, tak de la nak curi waktu keje. kalau curi pun sikit-sikit la. release tensen. haha. nak komen apa semua tu online guna henfon. apa barang henfon canggih kalau takat nak mesej ngan call kan. haha. berlagak. ish. riak tu amalan setann la Mish. insaf!

ha...dah pukul lima. Mish amek masa 15 minit taip entry ni. lama? memang la sebab sambil-sambil on the phone dan sembang ngan staff yang datang mengacau tadi sat. dah pukul 5. adios!

psst~
memang merepek meraban ntah pape la.

Kantoikan Iman Tak Mandi.

Baru je dua hari tinggal rumah, tapi dah terindu-rindu bau rumah. Parah kan penangan rumahku syurgaku.
Hari tu balik, seperti juga bocah cilik Usop punya. Si Iman pun ada perangai baru. biasala. Budak nak membesar. Tengah belajar. Ada je keletah yang lucu. Kan? Hehe. Terbarunya hari tu, Iman sekarang dah jadi takut air. Malas mandi. Perangai siapa laaaa dia ikut eh. Haha.

Macam biasa, bangun pagi je, memang dia akan nyebok la kat tepi Mish. Hari tu Mish ada beli bantal Angry Bird, so, setiap kali masuk, memang dia terkam kat bantal tu dulu la.


Iman, iman mandi blom?

Iman mandi dahhh..

Ea? Iman mandi ngan sape?

Emm..Iman mandi ngan Iman ah.

Iman mandi ngan sape?

Iman mandi ngan Iman la….

Haa…kalau nak tau tu namanya Iman tengah mengelak dirinya kantoi bahawasanya dia belum mandi. Haha. kalau dia jawab mandi ngan Iman tu maknanya dia tak mandi lagi. Pandai la dia jawab. Haha. kalau dia betul-betul mandi, dia akan bagitau dengan siapa dia mandi atau pun orang yang mandikan dia.

kalau pergi mana-mana mesti orang tak percaya dia tu baru 2 tahun setengah. mulut laju macam apa je. nak marah pun jadi. asal lota nak marah, dia cakap " jangan sampai gua goyang" versi pelat. adoi terburai isi perut gelakkan dia. semua gara-gara duk tengok KL Gangster. bahanaa betul le.

Kah kah kah. Budak malas mandi. Siapa yang malas mandi lepas ni boleh la join Iman. Ehee…

Tuesday, December 27, 2011

Emosi

salam petang semua. akhir-akhir ni Mish terperasan bahawasanya entry saya agak beremosi. haha. well, emosi itu perlu okey. ramai yang tak tau nak luahkan emosi dengan cara yang betul. ada yang pendam. ada yang melepaskan emosi pada orang yang tak sepatutnya. oh no! itu salah. haha.

tengok saya, bila saya rasa geram kat orang tu. ye la, nak maki-maki face to face tak baik dowh. itu namanya merenggangkan silaturrahim. haha. padahal pengecut. so, Mish luahkan kat blog. so, mana yang terasa tu boleh la amek berkat sekali. ye dakkk?

jom luahkan emosi masing-masing.

Monday, December 26, 2011

Jadi yang SEDANG-SEDANG saja..

ohoho ohaha.. hahh..hambek kau. dah macam lagu harimau malaya yedak?? lagu yang macam berantu tu sikit. sape tau memang kelasss lah. kelass la sangat. ehee..

nah...intro punya sempoi..hambekk ayat kat gambo tu. pedas meh? tak payah nak pedas sangat kalau terasa tu okeh. haha. kadang-kadang cakap lembut pun tak dak gunaaa. kan?

moralnya, berusaha unruk menjadi lebih baik tu bagus. tapi jangan buat-buat baik. apa guna kita nasihat orang, tapi diri sendiri hancuss. ingat, kita tak boleh mengubah orang lain kalau diri sendiri pun kita tak mampu nak ubah. adios!

Saturday, December 24, 2011

Kalau Aku La Jadi Kau......

well, setiap kehidupan mesti ada masalah kan. tak namanya kehidupan kalau tak de masalah. tak kisah la kita cari masalah tu ke. atau masalah tu cari kita. sebab masalah tetap masalah. bila dah ada masalah, memang kau lari sampai kutub utara pun masalah tetap tak selesai.

ramai orang amek jalan singkat bila ada masalah. korang? amek jalan panjang ke jalan pendek bila berdepan dengan masalah?haha. panjang pendek bukan ukuran. ada sesetengah orang, bila ada masalah, dia amek dadah. oh no! jangan tiru aksi itu okeh. ada jugak sesetengah manusia tu, suka bercerita bila ada masalah. yeah..ni la yang Mish nak bebel ari nih.

kita bercerita sebab nak ringankan sikit beban. nak meluah dan pape jelah. mungkin juga kita nak sokongan. tapi..pernah tak korang terima hasutan? erk..

"kalau aku jadi kau, dah lama aku tinggal dia.."
"kalau aku jadi kau, tak payah laaa nak bagi muka sangat. kau halau je dia."
"nasib baik laaa bukan aku, kalau aku, dah lama aku belasah budak tu. tak payah nak berlagak baik sangat."

dan seterusya. haish...lain diharap. lain yang dapat.

Kedai Depan-depan, Beza Harga Berganda-ganda

yahuu...haippp semua. mood upate makin malap dari hari ke hari. terlalu banyak benda nak diceritakan sampai tak tertaip. maka, biarkah kusimpan cerita sorang-sorang. hehe.

semalam Mish pergi merayap ke Kuantan. yalahh. kalau balik umah situ la heaven nya kalau tang shopping. syok wei tabur duit sampai poket kempis pun tak sedar. tak pe lah. sekali sekala. haha. sekali sekala la sangat.

pastu ni nak citer, masa duk round-round satu Kuantan Parade semalam, Mish terberkenan ngan satu maxi dress. corak polka dot. memang hensem kalau Mish pakai nih. (agaknyala). tapi serius Mish ngan adik Mish berkenan la. pastu tengok harga, RM40. em..macam dah ok. sebab tengok blogshop pn jual harga lebih kurang ni jugak. campur postage apa semua mahal gak. yedop?

bila pikir secara rasional. rilek dulu, jangan gopoh gapah. Kuantan Parade kan besar. jalan-jalan dulu. kot kat lain lagi murah. lepas tu, depan kedai tu ada satu butik. yang tadi tu kiosk je. kami pun masuk la butik tu. baju yang sama, jenis sama, kain sama, corak sama, harga dia RM60. mak aihh..tanjat boboi. tiba-tiba harga naik RM20. padahal kedai tu ngan kedai ni bukan jauh pun. kau kentut aku boleh bau. kau skodeng pun aku bleh tau. 


think positive : mungkin sewa butik tu mahal.



Wednesday, December 21, 2011

Kursus Yang Membosankan

Dua hari berturut-turut Mish kena pergi kursus ari tu.  tu pasal blog banyak terabai. Straight to the point la ye…Mish serius sangat tak suka pergi kursus. Sebab tu bila nampak je nama naik kena pergi kursus ke sekian sekian. Rasa macam..alahaiiii. asyik nama aku je. haha. Nampak sangat nama saya sedap eh. Terima kasih umi. Terima kasih abah. Hehe.

Kena bangun awal.
Yess. Satu-satunya factor utama yang sangat mengSPOILkan. Kena bangun awal pagi. Lepas tu nak kena naik van klinik awal-awal pagi, merentas jalan yang berliku-liku tu. malasnyaaa.

Mengantuk
Well, kalau tempat kursus tu ada sedia meja kira ok la jugak. Boleh wat tongkat dagu untuk tidur kan. Tapi ni tempat kursus tu just sedia kerusi. Konpem kalau mengantuk, terlelap, kepala mesti tergolek kiri kanan depan belakang. Huhu.

Penceramah membosankan.
Menambahkan kebosanan dan kemengantukan di tempat kursus adalah penceramah atau tukang bagi ilmu masa kursus tu baca je slaid yang dia tayang kat depan. Tak de langsung nak tunjuk contoh atau hurai guna bahasa sendiri. Ish…baik suh baca slaid je. senang citer. Kan kan kan?

Kena pakai perfect-perfect.
Haha. maksud perfect-perfect disini adalah kena pakai kemas la. Ni bagi Mish la eh. Kalau orang skema dia tak de nya nak tensen benda remeh camni. Kena pakai name tag tu, lepas tu kena pakai kasut tertutup, kena pakai tu pakai ni. maklumla, kat tempat kursus biasanya jumpa ngan staf dari bahagian lain,so, kena la jaga sikit penampilan kan. Ehee.



Saturday, December 17, 2011

Jom makan BUDU!

Ehemm . selamat sejahtera semua. Salam satu Malaysia. Salam satu budu. Haha. Kali ni nak cerita pasal budu. Siapa yang tak makan budu mai rapat-rapat.nak suruh jadi suka makan budu. Siapa yang dah suka budu tu pi baca jauh sikit. Tak payah nak ajar dah pasal dah pandai kan. Haha.

Memang kalau kat klinik ni, ada la sorang dua yang tau Mish ni hantu budu. Bab jadi hantu ni tak payah satu klinik tau. Malu. Haha. tak semua makanan jadi sedap bila cicah ngan budu. Macam Mish, Mish suka budu yang memang budu betul. Mish tak suka budu masak. Buduk perah asam limau, budu letak durian ke tempoyak ke. tak suka tak suka. Hilang rasa asli budu tu. haha.

Kenyet-kenyet cili padi 4 5 ketul. Konpem dah meletop. Meh nak share makanan yang best cicah ngan budu meh. Lepas ni ampa kena cuba tau. Tambah-tambah buat mereka yang nak kawen ngan orang pantai timur. Mai try budu meh. Memang sedakkkk gile a.

Kangkung.
Tak kisah la kangkung goreng ke kangkung celur ke. sememangnya kangkunglah yang terbaik kalau cicah ngan budu. Kalau Mish, ada kangkung ngan budu, nasik tak masak lagi pun kangkung tu dah habis dulu. Haha.

Ikan goreng.
Sebelum ni Mish kurang makan ikan. But, since yesterday, Mish dapati, makan ikan goreng yang kecik-kecik tu. Apa nama ntah, bila kita goreng garing-garing..pastu cicah ngan budu. Perghh. Terangkatttt kerusi. Haha. Percaya tak?



Ulam
Ulam yang best cicah ngan budu is pegaga. Yep..pegaga. susah nak dapat. Kalau duk kampung boleh la makan. Sampai gemuk pun tak habis pegaga kat padang tu. Haha. Ulam lain Mish kurang. Ehee.

Pernah tak buat nasik goreng kampung lepas tu, korang letak budu sikit. Kalau tak pernah try la buat. Best!! Arwah atuk Mish ajar dulu.  Lepas tu, nanti buat korang yang suka megi tu, try la masak megi, lepas tu letak budu dalam satu sudu. Ce try buat. Sedapp! Lepas tu, nanti balik, korang goreng kentang garing-garing. Lepas tu try cicah ngan budu. mesti lepas ni korang say bye-bye je kat sos cili. Haha.

Meh kita pakak makang nasik lauk budu. Pahni leh la jalang-jalang kat tranung. Hahaha.hambekk toh..babai!


Friday, December 16, 2011

keMENGANTUKan maksima

Musim hujan sekarang ni member seribu kemalasan buat diri ini nak pergi kerja. Serius! Bila alarm jam bunyi pukul tettt je, mesti Mish asyik tekan snooze. Bila dah bunyik lagi, snooze lagi. Sampai la Mish dengar housemate masuk bilik air baru Mish terkedek-kedek nak bangun.  Nak mandi pun pikir lapanbelas kali. Tapi mandi tetap mandi. Tak nak jadik kambing. Haha.

Bila dah siap mandi, sejuk tu jadi tahap maksima. Nak bersiap pun rasa macam nak balut selimut lagi. Bila dah siap, nak keluar rumah, masih rasa nak berselimut. Kalau boleh, masuk kerja tu nak bawak selimut, katil dan bantal masuk kerja sekali. Kau berani?

Bila dah mengantuk, packing ubat pun boleh pening. Kira dah 15biji , tapi rasa macam dah 18 biji. Bila dah ragu-ragu. Tuang balik. Lepas tu kira balik. Nak naik juling biji mata. Haiyaa. Parah kalau macam ni. mata dah mengantuk macam panda. Lepas tu juling pulak. Anak pak Dollah mana laaaa nak masuk minang camni. Aishh.

Hoi mengantuk! Stay away from me! teringat pulak kisah mengantuk masa belajar ari tu. rindu pulak nak merapu macam dulu. 

Thursday, December 15, 2011

Kelebihan Posting di Pedalaman.

Mula-mula dapat posting kat Simpang Pelangai serius sangat menggerunkan hati plus menyedihkan jiwa. Mana tak nya, even stesen minyak pun tak de kat tempat ni. bank atau mesin ATM apatah lagi. Hadow..bila pikir mula-mula tu memang menekan jiwa. Tapi rilek la., kalau orang kampong sini boleh hidup berpuluh-puluh tahun kat sini dengan amannya takkan kita nak buat susah pulak. Kan kan kan?
                                          
Disebalik kesusahan ni sebenarnya ada kelebihan. Kena la pandai cari kelebihan tu. Baru kerja pun syiokkkk. Tak de la nak tensen-tensen pikir benda yang tak penting. Baru lah boleh jadi orang yang kental. Campak kat hutan puaka mana pun, tetap boleh survive. Haha. Dah terus imagine hidup zaman tarzan. Haha.

Tak banyak audit yang datang.
Yep..yang terbaiknya is, auditor jarang sangat pilih klinik kami untuk dijadikan sasaran audit. Jarang sangat-sangat sebab auditor semua tak larat kot nak melalui jalan yang berliku-liku cam ni. so, kalau bab audit. Kitorang get ready gitu je la. Sekadar cukup syarat. So, time audit ISO kea pa ke, kami kelam kabut sikit-sikit je la.

Datang lambat meeting atau kursus.
Kalau kursus atau meeting start pukul 8 pagi. Staf klinik kami biasanya akan sampai 8 lebih atau 9 lebih. Takde sape nak marah sebab diorang semua paham kesusahan kami nak keluar dari Simpang Pelangai ke Bandar Bentong tu. Best kan? Hehe.

Penjimatan
Duk kat sini, duit tak banyak keluar. Kedai makan tak banyak. So, kena masak la. Lelaki ke perempuan ke, memang kena rajin masak kat sini. No wonder la kat sini ramai lelaki pandai masak. Sape nak carik calon suami yang reti masak mai cari kat sini eh. Meh nak tolong rekomen sekali. Haha.

Kerja santai
Bab kerja memang rilekssss habis. Sehari patient Cuma purata 60 orang. Korang bayangkan, 8 jam kerja, patient 60 orang. Paling ramai pun 100+. Tapi boleh bilang ngan jari je berapa kali je reten cecah 100+ tu. Time tak de patient, kami buat kerja packing ubat, inden ubat, susun barang kat stor, reten dan kerja-kerja belakang yang lain. Tak de kelam kabut. Buat pun dengan rileksss je. seronok! Tak de la terkejar-kejar macam kat hospital.

Dengar cara Mish cerita kesusahan tu macam teruk sangat je tempat ni kan. Tu cuma pandangan orang yang jarang-jarang masuk sini. Bagi kami yang dah selalu sangat lalu jalan berliku-liku tu, harung banjir apa semua, semua tu dah jadi macam biasa-biasa aje. Hehe. Untung beb kerja kat kampung. Selalu dapat buah free. Lepas tu kalau buat baik ngan patient kat sini selalu la dapat makan free kat rumah diorang.

Motif? Rasa macam tak nak pindah. Tapi tetap nak pindah. Hehe.

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu?Mungkin Saya Yang Kurang Penghayatan

Assalamualaikum semua. Skang ni berblog dah macam chipsmore. Kejap ada kejap tak de. Kejap rajin kejap malas. Tapi tak pe, yang penting saya happy. Aum aum. Haha.

10hb hari tu, secara tidak sengajanya saya terjejak kaki ke KL. Maka, dah alang-alang duk sana, Mish pun pergi la ke Midvalley dengan hati riang nak tengok cerita Ombak Rindu. Seriessss Mish teruja bila baca review dari keramaian orang yang cakap cerita ni best. Bertambah teruja bila ada lelaki cakap dia pun nangis tengok filem ni. lagi lagi menambahkan keterujaan bila dengar lagu OST Ombak Rindu daripada Hafiz ngan Dira tu. So, boleh nampak betapa terujanya Mish nak tengok filem ni?

Disebabkan tiket filem ni yang belah siang semua sold out. Mish pun layan la movie midnite. 12.10 am. Punya la semangat Mish nak derma air mata untuk filem ni sampai bergulung-gulung tisu tandas Midvalley Mish angkut masuk wayang. Tapi kan, sampai penghujung cerita, tak de setitik pun air mata yang tumpah. Air peluh apatah lagi. Hampa? Of course la hampa, kecewa, remuk, rendam, hiba semua rasa bercampur.

Keluar panggung dengan perasaan menyesal. Boleh? Haha. Tak tau la tak kena kat mana. Tapi bagi Mish…cerita ni, indah iklan dari cerita. Boleh macam tu? Nak kondem ai? Silakan. Alah…setakat kondem ai sebab cerita…tak berbaloi kan? So, jangan la kondem ai. Haha.

Mungkin sebab jalan cerita dia tu, terlalu short dari satu scene ke scene yang lain. So, impak dia tak sempat nak dihantar ke hati. Tak sempat otak nak proses. Baru je nak feeling sedih, Harris dah mintak maaf. Aihh. Laju betul scene-scene dia. Dah la Lisa Surihani jerit tu tak berapa nak paham apa yang dia cakap. Yang paling Mish paham, dia sebut SIAL masa dia tau Izzah perempuan yang Harris sayang tu. Mungkin jugak Mish yang kurang penghayatan kot. Mungkin jugak Mish dah lama tak baca novel jiwang kot. Banyak baca yang Ramlee Awang Murshid je. hati pun jadi kental. Kental? Buerkkk.


  • Cukupla sekali tengok cerita ni. tak nak tengok dah.
  • Sumpah seksi Opah Zizah Mahzan pakai bikini kaler itam. Haha. Rumah kata pergi kubur kata mari. Nauzubillah……

Friday, December 9, 2011

Jangan Main Cucuk Bontot la weii

Baca tajuk pun dah boleh tau tak senonoh kan?memang ni cerita perangai manusia yang tak senonoh pun. Banyak kali dah Mish kena macam ni. Cuma tahan je. sabar je. kalau hilang sabar tu agak-agak boleh meletup dunia ni.

Korang pun mesti pernah alami kan? Tengah-tengah syok bawak kereta, ada kereta lain main cucuk bontot.  Paling sakit hati bila kat highway. Dah terang-terang jalan ada dua tiga baris kat kanan tu nak jugak ikut belakang. Lepas tu bukan nak potong pun. Saja suka-suka kot. Tak pasti pulak niatnya. Kalau la pemandu boleh berkomunikasi melalui plat number kan best. Kau boleh imagine tak? Kat dashboard kereta ada satu keyboard touch screen. Untuk mula contact kereta yang lain, just enter the nombor plat kereta tu. Waa…

Kalau betul macam tu, kemungkinan pengaruh terhadap kadar kemalangan ada dua. Pertama, kadar kemalangan menurun sebab bila kau nampak kereta tu laju ke lupa nak bukak lampu ke, kita cepat-cepat text dia. Hebat-hebat. Lagi hebat bila nampak pakwe hensem bawak kereta, boleh mintak nombor sekali. Haha. Kemungkinan kedua, kadar kemalangan meningkat sebab pemandu tak focus. Asyik duk main mende alah tu je. stereng pun dah goyang kanan kiri kanan kiri. Haiya.

Dah jauh melaut dari tajuk asal. Kesimpulannya, bawak kereta betul-betul. Jangan duk main cucuk bontot kereta je. sekali yang depan tu brek mengejut, baru la Innalillah kau. Haha. Mish cucuk ubat kat bontot betul baru tau. Kbai!

Thursday, December 8, 2011

Tak Susah Untuk Menjadi Susah. Tak Senang Untuk Jadi Senang

apesal sekarang ni ramaii sangat yang join MLM eh? lepas tu bila duit berKKKK (ribu) masuk lam akaun bank pakat duk menunjuk. aku la dapat 100K. aku mampu ni. aku mampu tu. terus lupa kehidupan susah dulu.

mungkin orang jadi macam ni sebab kehidupan dia masa susah dulu selalu sangat kena pandang rendah apa semua. tapi macam ni bukan jalan yang betul. kalau betul kau dapat rezeki, kau sedekah diam-diam. pergi sedekah pada mereka yang layak.bukan bersedekah pada mereka yang terlebih mampu. tapi tak pe. kalau dah niat sedekah, insyaAllah diterima olehNya. siapa la saya untuk menghakimi keikhlasan seseorang. ye dop?

kita ni, nak jadi senang, bukan senang tau tak. kita kena mula dari bawah. panjat pelan-pelan. sakit dulu sebelum senang. baru kita hargai kesenangan tu. kalau kita senang dengan cara yang senang, maka, senang jugak la kesenangan tu berambus dari hidup kita.

dan, kalau kita nak susah pun tak susah. senanggg je nak susah ni. contoh macam kau nampak sorang awek lalu dengan kain terbelah sampai ke bontot. pastu kau try cucuk ngan lidi. tengok dia marah ke tak. silap-silap dia tu bini gangster. lagi la parah. padan muka kau. haha. tak pasal-pasal masuk spital kena belasah. kan dah susah. simple kan? contoh pun macam budak darjah satu. aiyaa..

Tuesday, December 6, 2011

Tips Mengambil Hati Budak Kecik

selalu kita dengar tips amek ati suami, mertua, family dan yang sama waktu dengannya. jarang pulak kita dengar pasal amek ati budak kan. budak..ye..budak kecik. budak-budak yang kecik. apa, korang ingat budak kecik boleh layan kasar-kasar ke kalau nak bagi dia suka kat kita. espeselli korang yang nak mengorat janda anak berderet. memang patut baca lahhhh. haha.

  1. ketahui kesukaannya.
    lain budak lain benda yang dia suka tau. ada budak jenis suka mainan, ada budak suka citer-citer power rangers. ada jugak budak suka makanan. so, bila korang dah target kemas-kemas kesukaan budak tu, kalau korang jumpa mereka, ringan-ringan kan la untuk bawak benda yang dia suka. ahahaha. orang banyak duit boleh laaaa buat macam ni kan..ishh.

  2. bergurau.
    tahniah la pada sesape yang ada sense of humor. budak-budak suka orang macam ni. pandai bergurau ngan budak. ai yang melihat pun tergeli hati plus terusik hati. erkk. terusik hati? hahha. bahaya-bahaya. bila budak kecik dah suka ngan kemesraan kita..mesti dia nak jumpa kita selalu. plussss...dia senang nak ingat kita. ehee..

  3. sentuhan
    sambil-sambil korang bersembang ngan ahli keluarga budak kecik tu, tak kisah la mak ke kakak ke abang ke whoever okehh..belai-belailaaaa sikit budak kecik tu. mesti dia suka. pegang-pegang rambut dia ke. tapi kalau budak tu jenis tak suka di sentuh-sentuh pandai-pandai la. kang kena cop gangguan seksual pulak. maklum la, skang kan banyak penderaan seksual ke atas kanak-kanak. 
seronok tau baik-baik dengan budak kecik. diorang tak pandai menipu..diorang menghiburkan. Mish suka cium budak kecik, hilang semua penat ngan tensen kalau dapat peluk dan cium diorang. hehe. rasa macam tak nak bagi Iman besar..biar dia kecik camtu je. boleh? hahaha.

cakap ngan budak kecik ni, tak boleh marah-marah. tak boleh kasar-kasar. tapi, tak boleh lembut sangat jugak. haishhh. 

Monday, December 5, 2011

Mengugut Cara Berkesan Untuk Orang Ikut Rentak Kita

haipp semua. sekarang ni entry Mish banyak tajuk yang panjang tak berapa nak pendek. siapa yang ada semput tu sila la amek ubat sedut tu dulu sebelum baca tajuk entry ai yep. haha.

back to tajuk utama. (bahasa ikut dannnn je)

perasan tak korang, orang yang buntu, yang berada dijalan mati, yang tengah tensen tak mampu nak kawal selalu sangat guna ugutan supaya dia dapat apa yang dia nak. dia mengugut supaya orang ikut kehendak dia. lucu betul cara ni. tapi Mish penah gak guna. haha. tengok keadaan la kan.

kalau awak buat lagi, saya cari perempuan lain!
kalau tak siap kerja sekolah cikgu rotan kamu!
esok kalau awak ade depan mata saya lagi, saya cincang-cincang daging awak. 
kalau awak tak pencen, saya sebar semua gambar awak. 
saya akan pencen kalau awak semua cakap pasal ni lagi.
semuanya ada 'kalau'. kan? pfft~ ugutla, ingat ai heran. haha

Sunday, December 4, 2011

Kau Nak Kutip Sampah Kau Balik? SILAKAN.

dalam hiup kita ni kan, kita mudah sangat nak menilai seseorang. kita mudah menghakimi seseorang. kita susah untuk percaya kepada kebenaran. kita mudah tertipu oleh kepalsuan. kan? hehe. bila semua tu terjadi, kita akan rasa sedikit perasaan kecewa, marah, sedih dan yang sama waktu dengannya. lepas tu kita akan emosional. masa emosional tu, kita cakap benda bukan-bukan. kadang-kadang, yang tak terlintas pun jadi melintas. eh, boleh macam tu?

ok serius.

bila fikiran kita di luar kawalan, kita lupa apa yang kita cakap. kita maki. kita hina. kita marah tanpa berfikir. lepas tu, bila kau tau kebenaran, kau terhegeh-hegeh nak mintak ampun segala bagai. perasaan orang tu? remuk. ada kau fikir? huuhu..semua caci maki hina yang di beri aritu ingat boleh pakai buang ke? permanent di hati tau. mungkin boleh maafkan. tapi bukan melupakan.

kau nak tarik balik semua caci hina maki tu? silakan. ya, sila tarik balik semua tu. tapi untuk memadam dari ingatan. sukar. moralnya, kawal amarah anda. eheee. cool tak nasihat Mish? PEACE!

Sana Sini OMBAK RINDU

currently at my sweet home. ehee. tadi merajinkan diri duk online fesbuk. lepas tu cam biasa, merajinkan diri kuasa dua untuk membaca segala luahan perasaan, hati dan jiwa friend Mish yang tak berapa nak berlambak tu. ada yang tengah frust tertonggeng, ada yang happy meloncat-loncat. ada jugak yang cool bersahaja. yang cool tu pastila Mish. ahaks!

lepas tu kan, ni ai nak sound sikit ni. sesiapa yang dah tengok citer Ombak Rindu tu duk diam-diam boleh? ada yang bengkak jiwa ni tau?




semua nak berOMBAK RINDU..tapi Mish rindu ombak. lagi-lagi ombak Pantai Batu Buruk. huhu. rindu bau ombak....

Friday, December 2, 2011

Lelaki Seperti Kamu

Lelaki seperti kamu buat malamku jadi panjang.
Lelaki seperti kamu buat siangku terang benderang,
Lelaki seperti kamu buat aku jadi malu….
Dia ada bila aku lemah. Dia datang bagi kekuatan. Dia tak pernah hilang bila aku perlukan. Dia selalu senyum bila aku resah. Dia bahagia bila aku gembira. Lelaki seperti kamu, buat hidup aku sempurna. Dia cahaya bila aku gelap. Dia payung bila aku berhujan. Dia radio bila aku sunyi.

Lelaki seperti kamu. Aku suka kamu.

Kamu matang. Aku suka. Kamu sabar. Aku suka. Kamu tenang. Aku pun suka. Kamu cool. Aku suka sangat-sangat. Kamu buat aku teruja. Kamu juga buat aku resah. Kamu buat aku gelabah. Kamu juga buat aku berbunga.

Suatu masa, aku harap, aku jumpa kamu. Sukar dicari. Tapi aku tau kamu ada. Aku kan sabar. Aku kan menunggu. Lelaki seperti kamu, pasti tercipta untuk aku.

Thursday, December 1, 2011

Meet The Bloggers (KLCC)

haipp..salam semua!

seperti yang di kecoh-kecohkan dalam entry sebelum belumm ni, last Friday Mish ada pergi KL. dan pada hari Ahad, Mish telah pun lepak bersama dua orang blogger. syok wess.

tak mau cerita banyak boleh? layan gambor yang telah dicantum-cantum ni eh. hehe.




blogger yang terlibat is Confuse ngan Nazifa. sekian terima kasih. kepada Erza, dan Ieyla, sila la jeles okeh. haha.

psst~
nanti update pasal lepaking kat Gasoline pulop.