Monday, September 15, 2014

Tips Untuk Kulit Muka Kering

Assalamualaikum w.b.t.

hari ni saje rajin nak menaip. kebetulan selsema melanda sekarang ni. habis tong sampah penuh ngan tisu daku. hehe. kalau musim selsema macam ni, mesti kulit muka especially yang dekat tepi-tepi batang hidung tu menggelupas kekeringan. dah la memang jenis kulit ni agak kekeringan.

so kali ni saje la kononnya nak share Tips Untuk Kulit Kering. semua point ni ada yang dapat melalui google, ada yang melalui pembacaan majalah dan surat khabar, macam-macam lah. jom kita satukan semua.


  1. Minum banyak air putih.


    kulit menjadi kering akibat terhidrasi. oleh itu, untuk mengelakkan badan kita terhidrasi, kita perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong. tapi saya tau, memang susah untuk minum air sebanyak tu sebab kita akan cakap, buncitla perut, kembong air la apa la. 8 gelas tu dalam masa sehari, bukan sekaligus ye tuan puan. secara puratanya 24 jam bahagi 8 gelas, means, setiap tiga jam kita minum air segelas. tak susah kan?
  2. Gunakan losyen pelembap
    Jalan mudah paling drastik hasilnya. hehe. kegunaan losyen memang untuk melembapkan kulit, so, before keluar atau lepas naik mandi, amalkan memakai losyen pada badan. sekarang ni dah terlalu banyak jenama losyen yang ada kat pasaran. pilih yang mana berkenan dan sesuai dengan kulit anda. ohh..satu tips yang baru saya belajar tadi, sapu losyen masa kulit tengah lembap. contohnya lepas naik mandi. masa tu kan kulit kita lembap semulajadi lagi. sapu lembut-lembut macam dalam iklan losyen tu. hehe.
  3. Elakkan mengasari kulit.

    Cewwah..ayat mengasari tu macam serius je kan. what i mean is, kalau boleh, elakkan guna berus atau sesuatu yang tajam secara direct pada kulit. selain boleh menyebabkan kulit kering menjadi lebih serius, perbuatan ini juga dikhuatiri boleh menyebabkan luka pada kulit. hiks, even kalau nak menggaru pun, jangan kasar-kasar tau. kuku kita tu pun boleh tahan tajam kan.
  4. Elakkan berada dalam tempat yang berhawa dingin terlalu lama.

    ini kerana, penghawa dingin akan menyebabkan udara menjadi kering. oleh itu, kulit kita akan cepat terhidrasi dan seterusnya akan menyebabkan kulit menjadi kering. jika perlu sapukan losyen sebagaimana yang disyorkan sebelum ini sebelum memasuki kawasan berhawa dingin ini.
  5. Elakkan mengguna pencuci muka jenis berbuih.

    Ini kerana, pencuci muka yang terlalu berbuih ini akan menarik kelembapan pada muka dan akan menyebabkan kulit muka menjadi lebih kering. sebaiknya guna pencuci muka yang diperbuat daripada bahan semulajadi contohnya set Enfuselle daripada Shaklee.
  6. Mengambil supplemen.

    sebelum kita baiki luaran, harusla kita perbaiki dalaman dulu kan? ibaratnya rumah yang dicat indah diluar, tapi di dalam tiangnya hampir roboh, dindingnya menunggu retak. cat seindah syurga sekalipun tidak bermakna. hehe. amalkan pengambilan vitamin E untuk melembapkan kulit dan vitamin C untuk menghasilkan kolagen yang boleh membuat kulit lebih anjal dan gebu. 
sekian tips untuk kali ni. dulu saya pun jenis yang tak berapa nak menjaga muka. sebab tu jerawat senang tumbuh. lepas tu kalau kulit kering, pakai bedak, mesti bertompok-tompok bedak tu. sakit hati sangat okey. sekarang ni alhamdulillah, dah ada kesedaran. air kosong pun memang 2 botol yang 1.5liter tu saya wajib habiskan sebelum 9 malam. tu cara saya disiplinkan diri saya. hehe.

ohh selsema..balik nanti tak sabar nak telan Vitamin C 500mg. Selain untuk kulit, jangan tak tau, Vitamin C ni pun boleh meningkatkan sistem imun badan. boleh buat masker jugak tau. Nahh, saya belanja cara nak buat masker Vitamin C sekali. hehe.


berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?
berminat untuk menjadi Shaklee Independent Distributor?
segala bimbingan akan diberi secara percuma.

saya SID anda,
Najihah (1092621)
0139139891
Fb : Najihah Sahami
FB Page : Vitamin Cantik Sihat
email : najihahsahami@gmail.com 

3 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

kulit muka kering masalah akak sepanjang zaman walaupun tak dok tenmpat berhawa dingin.kalau dok dalam keta lagi la..kejap2 tengok cermin..risau tengok kulit kering..

Faiz Saaid said... [Reply to comment]

Hooo orang kata kesihatan dalaman lagi penting ,

Lydia Miza said... [Reply to comment]

Sejak mengandung ni mudah sgt kulit muka akk kering