Tuesday, June 22, 2010

pada sepi itu..


salam…

andai diberi permata dan kaca,mana mungkin ada yang memilih kaca. Jika ditawar suka dan duka pasti mereka berebut suka. Maka mana datangnya kaca dan duka? Selamanya kah permata dan suka andai ramai yang memilih.

Adakah hidup satu pilihan??

Pilihan kah hidup itu andai duka terus datang bagai hujan gerimis walau suka yang dipinta??datangnya cume sedikit, tetapi tetap berbekas pada diri. Andai ada payung, kita selamat. Andai ada wakaf, boleh kita tumpang berteduh..tapi andai tak punya apa2, kemana kaki harus melangkah..haruskah terus berbasah. Salahkah duka datang tika suka hampir menyapa??

Perbalahan perasaan bukanlah pilihan, bukan juga permintaan..datangnya ia tika rindu berlagu, waktu kasih berlabuh, semasa riang berteman.

Dan ketika sunyi mula menjengah, hati yang gundah tiada tertahan. Semua rasa menjadi satu. Apa rasa bahagia, sakit, derita dan gembira tiada jawapan. Pelbagai kenangan mula melayang. Saat itu, hanya kita yang tahu. Sakitnya, pedihnya, perihnya dan jerihnya rasa sunyi. saat malam xinginkan siang..terus biarkan malam itu kelam bersama rasa.

sepi itu seperti rasa bulan yang menyendiri. tiada teman. tiada kawan. tiada saudara. dan tiada yang sepertinya. cemburu pada bintang yang riang berkelip. menyapa teman yang berjuta. tapi bulan hanya satu.

Semoga sepi ini kian berlalu.

Related Posts:

  • Perlu ke Macam Ni?pagi ni..yep..jam sebegini pada malam-malam sebelumnya..aku sedang lena diulit mimpi..tapi pagi ni..pada jam sebegini..hurmm..aku masih bermenung muka… Read More
  • Apa Yang Manusia Cari??err..ok..entri yang agak serius kot...tapi u olls layan santai je k. sebab entri ni just untuk Mish puaskan hati sendiri, tenangkan jiwa sendiri.penuh… Read More
  • Err..Raya aku?? still dalam mood ari raya kan..buat korang yang xpose penuh tu xyah la beria sangat rayanya..hahaha...terasa sendiri ker?oh, tidak...saya penuh..kata… Read More
  • Susahnya Nak Nekad.kalau bercerita soal hati ni. sigh~ lemah je rasa jantung ni. setiap kali nak nekad wat something. mesti takkan jadi punye. mesti ada je yang menghala… Read More
  • Sesuatu Yang Perlu Kamu Tahu..Salam semua...ya..bila kamu baca entri Mish ni..Mish telah tiada..opss...bukan tiada sebab berada di dalam 'tanah' ok..Mish skang mungkin sedang berge… Read More

0 comments: