Showing posts with label sayangAmni. Show all posts
Showing posts with label sayangAmni. Show all posts

Friday, November 25, 2016

Bila Anak Tak Sihat


Jumaat lepas Amni demam. Dia kalau demam tak main la 37 atau 38 celcius. Terus shoot 39.4 celcius hari tu. Biasanya Amni ni demam sehari semalam je. Tak pernah melarat seingat aku.  Tapi kali ni demam dia melarat sampai 3 hari. Aku siap ambil emergency leave lagi isnin tu sebab susah hati nak tinggal kat pengasuh. Takut berjangkit dengan anak orang lain sebenarnya. Lagipun kerja pun tak tenang kalau anak sakit kan?

Hari Selasa tu demam dah kebah, cuma batuk dan selsema je masih bersisa.



Kemudian si Aira pulak berjangkit batuk dan selsema. Mana taknya, Amni yang berhingus tu selalu mintak cium adik dia. Bila larang dia punya mengamuk sakan giler. Mood orang tak sihat la katakan. Makan berselsema dan batuk la 2 beradik tu. Amni tu dah la culas makan ubat. Kalau demam pun masuk ubat bontot tu je la. Huhu.

Aira punya selsema dah kurang, cuma batuk yang masih teruk sampai takde suara. Korang bayangkan dia menangis pun terasa seksanya sampai kat kita tau. Rasa macam kalau boleh alih sakit tu, nak je alih kat kita. huhu.

Selama dorang batuk selsema ni aku cuma sapukan Krim Tropika ni je kat dada dan belakang badan. Alhamdulillah, tak de la teruk sangat terutamanya masa tidur. Korang kalau ada anak kecik better simpan sorang satu krim ni kat rumah tau.

gambo pinjam google. :)


Mood maknya pun swing je minggu ni sebab tak cukup tidur dan penat sebab lama tak kerja kan. haha.

Thursday, July 9, 2015

AMNI : 1 Tahun 4 Bulan

Lip lap lip lap...dah nak masuk setahun setengah pun umur Amni. Ya rabbi, rasa macam baru semalam beranakkan Amni. Cepatnya masa berlalu. Amni pun dah besar sekarang. Dah lincah. Dah pandai cari pasal dengan mamanya. haha.



Tahun ni merupakan tahun kedua la beraya dengan Amni. tahun lepas raya pertama tanpa papa sebab encik suami kena oncall, so tahun ni memandangkan beliau dapat cuti belajar, makanya tahun ni sakan lah sikit rayanya. haha.

Hari tu terbaca kat facebook. umur budak setahun lebih ni biasanya akan ada sifat tantrum. Sifat ingin memberontak. uii...cuak dengar kan. Sebab pengalaman ada adik 8 orang tu sangatlah betul. Amni ni pun sekarang dah ada sikit-sikit tantrumnya tu. Tapi takdela tahap menangis jerit-jerit dalam shopping mall, terguling-guling atas lantai macam pak cik-pak cik nya. haha. Cuma hari tu bawak pergi beli barang dapur, dia cakap 'Nakk..' bila dia nampak biskut. Amni ni memang jenis nampak pape pun memang dia jawab nak. kau tanya 'Amni nak adik tak?'. Tu pun dia jawab nak tau. haha.

Berbalik kepada cerita, lepas aku cakap, 'No, Amni..kat rumah kan dah ada...' terus dia hempas bontot atas lantai. haha. geli hati tengok...dah pandai dah ye..cepat-cepat aku dukung dia ajak tengok gambar baby kat bahagian pampers. hikss. nasib baik makan dek pujuk.

psst..sebenarnya rasa dah lama tak bercerita pasal Amni kan?

Friday, August 1, 2014

Pengalaman Bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah

Assalamualaikum w.b.t.


tergerak hati nak bercerita pengalaman bersalin kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bila terbelek keywords kat Nuffnang tadi banyak yang mencari pasal ni. mesti diorang terjumpa entry Pengalaman Bersalin, Welcome BABY. takpe. ai paham.bab-bab nak bersalin ni, lagi-lagi anak first, memang berdebar dia tahap dewa punya kan. yelah, tak pernanh merasa. lepas tu niat hati mesti la nak pergi bersalin kat tempat yang kita yakin sikit kan.

sebab tu aku dah pasang niat dalam hati awal-awal lagi, nak bersalin kat HSNZ. semoga Allah permudahkan dan alhamdulillah, Allah makbulkan biarpun jarak dari rumah ke HSNZ adalah lebih kurang sejam lebih. Option pertama kalau kat tempat aku adalah Hospital Dungun.

sebab kenapa aku pilih HSNZ? ye, aku pilih HSNZ, bukan pusat bersalin swasta, dan bukan hospital daerah yang dekat rumah aku adalah..jeng jeng jeng. haha. ok poyo. dah jadi mak budak pun still poyo. grr.

paling utama sekali adalah kepakaran. yess. kita tak tau apa akan berlaku semasa proses nak bersalin tu kan, uri terbelit ke, anak lemas ke, tak de tenaga ke dan masalah-masalah semasa bersalin yang lain berlaku. di HSNZ, memang dah ada doktor pakar, so, kalau pape jadi, kita tak de la kena refer ke sana ke mari naik ambulans. cek jalan dua tiga kali. bertukar-tukar doktor.

alhamdulillah, Allah permudahkan untuk aku walaupun aku dah kehabisan tenaga nak push time tu sampaikan doktor dah suggest vakum masa tu.

jangan tak tau, kat HSNZ kita boleh pilih nak doktor lelaki atau perempuan tau. so, takde masalah kalau kita nak jaga aurat kita as a perempuan. doktor pun senang tolerate. nak kata misi garang? misi buat tak endah? tak pernah pulak aku dilayan sampai macam tu. alhamdulillah sepanjang aku di wad kelas tiga, kelas dua dan kelas satu semua staf sangat membantu dan memahami.

aku dah lupa nama jururawat masyarakat (JM) masa aku kat wad kelas dua. sangat membantu aku masa aku tengah sakit macam azab. dia banyak tolong amek kerusi roda, bawak aku pi bilik air, banyak tenangkan aku. so, tak de masalah staf tak peduli sepanjang aku kat sana. tak tau la korang. hehe. time nak menyusu baby for the first time pun, sampai dua orang jururawat dalam mengajar. haha. lucu hoi bila ingat balik.

setakat ada satu dua yang tak kena, contoh macam guard overaction, makanan tak sedap (pernah ke makanan kat hospital sedap? haha. jahat.), leceh nak melawat anak yang kat NICU dan sebagainya, biasala. tak semua benda sempurna kan? ingat hospital swasta sempurna sangat ke? my mom banyak lahirkan adik-adik aku kat swasta. ada jugak yang pahitnya. semua yang kita rasa leceh, rumit tu sebenarnya adalah untuk keselamatan kita. kang ada yang hilang anak, tertukar anak, tau pulak nak saman hospital kan kan kan?


nah. gambar terbaru Nur Amni Batrisya. dah 5 bulan pun anak dara sorang ni. semoga Allah terus melimpahkan rahmat, kesihatan dan rezeki yang melimpah untuk Nur Amni Batrisya.
=======================================================================

tu pengalaman peribadi aku sendiri. mungkin pengalaman kita tak sama manis, tak sama pahit. sekian, wassalam.

Tuesday, July 15, 2014

Pengalaman Berpuasa Sebagai Breasfeeding Mommy

Assalamualaikum w.b.t.


7hb Julai hari tu genapla Amni umur 4 bulan. Maafla gambar malas nak transfer dari henpon, kita pakai je yang ada dalam stok Facebook ye. haha.

Setakat ni Amni masih lagi menyusu badan walaupun banyak rintangan dan cubaan yang adaaaa je menghasut untuk campur dengan formula milk. i want the best for Amni. walau orang cakap leceh, renyah, cerewet dan potpepotpet, saya tetap dengan pendirian saya. selagi ada rezeki untuk Amni, selagi itula saya akan tetap memberi susu badan 100% kepada Amni. lagi 2 bulan je lagi, nanti dah boleh campur solid food. harap hati tak mudah goyah.

menyusu semasa bulan puasa ni memang mencabar weh. imsak pukul 5.35pagi contohnya, pukul 7 pagi perut dah berdondang sayang. tekak dah kering semacam. ya Allah, kalau tak kuat iman, tak puasa la jawabnya. haha.

rasa macam cabaran berpuasa masa menyusu lagi hebat dari masa mengandung kot. tahun lepas berpuasa dengan Amni berusia 2 bulan dalam perut. masa mula-mula puasa hari tu, hari-hari lepas balik keje lembik jugak la badan. tapi gagahkan diri juga masuk dapur sebab kat tempat saya ni pilihan makanan kat bazar tak begitu membanggakan. sobsob.

dah la stok susu dalam peti makin menipis. susah hati dibuatnya. waktu pam tak pernah terabai, tapi kuantiti yang dapat agak terjejas la jugak. tu pun nasib baikla bersahur minum ESP, makan nasi ngan sayur hijau..dah minum air masak banyak tiap-tiap malam. pernah sekali skip minum ESP, sekali perah dapat 3oz je. tapi orang kata jangan patah hati, kena cekalkan mindset kita. lepas tu tak berani dah nak tinggalkan ESP kesayangan. haha. sikit tak sikit, dapatla jugak menambah stok kan. huhu.

liplapliplap, dah separuh perjalanan kita di bulan Ramadhan. semoga kecekalan hati masih utuh. semoga rezeki dari Allah s.w.t terus melimpah demi menunaikan segala perintahNya.

Tuesday, June 3, 2014

Dilema Mama : Anak Tak Nak Botol Susu

tik tok tik tok..kejap je habis cuti bersalin yang konon-konon macam banyak sangat 90 hari tu. haha. start semalam dah masuk kerja.

alhamdulillah, setakat ni Amni masih fully breastfeed..impian masa mengandung dulu masih tercapai setakat ni. rezeki dari Allah s.w.t untuk Amni masih ada. seronok sangat direct feeding sampai lupa nak ajar Amni hisap susu botol. sudahnya sampai ke hari ni mulutnya terkumat kamit berusaha nak keluarkan puting botol susu tu dari mulut dia bila diajar. hukhuk.

dah cuba puting NUK kuning tu. dah cuba botol MAM. dah cuba puting Y hole tu. gigih ditolaknya jugak. sebak tau nak tinggal anak nak masuk keje. lagi-lagi bila taknak susu botol ni.

so, para ibu diluar sana, ajarlah anak anda hisap susu botol sejar umur dia sebulan tu andainya anda adalah ibu bekerjaya macam saya. haha. bekerjaya sangat kan.

semalam hantar rumah pengasuh tumpangan sebab tak decide lagi nak hantar Amni kat rumah pengasuh mana, naseb baik pengasuh tu pandai suapkan Amni. minum la jugak walau tak kenyang. tengah hari rehat Mish pegi amek dia, pukul 2 pm hantar balik. hari ni adik jaga. taknak hisap setitik pun kata adik. mogok tidor je keje. kesian kan bila anak kelaparan. huu.

any tips tak nak atasi dilema ni? susah hati tau.

Saturday, April 5, 2014

Pengalaman Bersalin, Welcome BABY

Assalamualaikum w.b.t.

hikss..tak sangka dah sebulan lebih rupanya belog pepel ni tak disentuh. dari zaman perut kembung, sampai dah kempis 30 hari baru ada kesempatan nak bukak. bizi beno sejak jadi mommy nih. hee.

first of all..syukur Alhamdulillah sangat-sangat tepat jam 8.32 malam, hari Jumaat, 7hb Mac 2014, lahirnya seorang puteri yang sekian lama berada dalam rahim ku di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

hee. complete set I olls kasi u. alkisahnya...

6hb Mac 2014
mula jam 3 pagi lebih.. Mish start rasa contraction 10 minit sekali. masa tu tak tau plak sakit betul-betul. ingatkan sakit memain je. baby lam perut kan nakal. suka buat kita cemas. hee. so, pagi-pagi buta tu mesej suami, cakap sakit perut. suami cam biasa lah. mula risau. kita isteri ni tenangkan beliau. cewwah..masa ni suami kat Bentong atas sebab bekerja. huu. so, sengsorang menahan sakit.

sakit camane? hehe. rasa macam memulas kot. sekejap-sekejap datang. rasa macam senggugut. tapi boleh tahan lagi. pukul 7 pagi ngadu kat umi yang duk siap-siap nak gi sekolah. umi kata kalau ada pape kol dia. okey. dalam pukul 8 lebih, baru je nak lelap mata, tiba-tiba je kat bawah rasa panas hangat je..rasa ada air keluar. takkan kencing kot. eh, cepat-cepat berlari masuk bilik air. okey. pecah air ketuban. huu. pengalamannn sangat kan. cecepat kol umi dan suami.

then, abah balik, bergegas pergi HSNZ. saje taknak pegi klinik dulu sebab taknak 2 3 kali cek jalan. lagipun dah niat nak bersalin kat sana. hee.

pukul 11 bagi masuk admission room. lepas cek apa semua jalan baru bukak 1cm. masa tu pulak wad penuh. dugaan sungguh. dipendekkan cerita, pukul 5 petang baru Mish dapat wad. Alhamdulillah, dan dan suami sampai time tu. lega Allah je yang tahu walaupun contraction dah 5 minit sekali.

7hb Mac 2014
pukul 8 lebih tu cukupla 24 jam mish leaking. ikutkan doctor dia cakap nak masukkan ubat. huhu. seram mak nak oi. tapi bila di cek, doctor kata, tak perlu ubat. Alhamdulillah.doktor cakap tunggu jalan terbuka sendiri je nanti. padahal masa tu sakit tak menahan dah. huu.

dalam pukul 1 lebih macam tu sakit memang makin memuncak. encik suami datang waktu melawat tu, memang tak senang mata tengok Mish kejap bangun, kejap baring, kejap masuk toilet. sampai satu tahap siap suh suami pergi bagitau nurse nak ubat tahan sakit. memang orang cakap kalau boleh jangan amek. tapi mak oi, masa dah sakit tu...otak kau dah lebamm nak hadam semua tu. yang penting, tak rasa sakit. siksa ya ampun waktu tu. bila sakit cakap pun merapu.

siap cakap kat suami, tak tahan dah sakit gini. mintak ampun bagai. siap cakap tak nak dah lepas ni bla bla bla. macam-macam benda mengarut keluar. huhu.

pukul 3 lebih nurse panggil suh masuk labour room. alhamdulillah. labour room memang penuh manjang time ni. sebelum tu, cepat-cepat telan kurma seberapa banyak yang mampu buat tenaga. kat dalam labour room, nurse masuk ubat bag contraction kuat sikit. supaya jalan buka luas sikit. masa tu baru 4 cm. lambat lagi nak 8 cm. huu. menahan sakit, nak meneran, pusing kiri kanan, kena marah ngan nurse, semua tu rasa macam nothing. heartless okey. yang tau, sakit.

lepas tu ada doktor offer ubat tahan sakit. syukur sangat. Mish amek Pethidine Injection. memang berkesan la sebab Mish terus tidor lepas tu. sakit masih terasa. tapi mengantuk lebih bermakna. haha. dalam pukul 8 doktor ramai-ramai berkerumun kat katil Mish. kejut Mish dari lena. dorang tanya, ada rasa nak meneran ke? Mish tengah lemau-lemau anguk je. tak sabar nak tengok si tecik lam perut.

automatik lepas tu rasa sakit, nampak suami masuk. pegang tangan. mata bertentang mata. dengar suara doktor-doktor dan suami bagi sokongan. alhamdulillah...tepat jam 8.32 malam, seorang puteri selamat dilahirkan.

=====================================================================

selamat datang Nur Amni Batrisya bin Mohd Zainuddin ke dunia penuh pancaroba. mama dan papa doakan Amni kuat untuk menghadapi cabaran dan dugaan di dunia. semoga Amni menjadi seorang anak yang solehah, yang melapangkan hati mama dan papa. InsyaAllah.

hari ke tiga sebagai anak mama dan papa. :)
psst~
entry ditulis bersambung-sambung. sebab tu takdak feeling mana. haha. saje taip, simpan, publish untuk tatapan Amni suatu masa akan datang. :)



Thursday, January 16, 2014

Tendangan Bahagia

sedang berkursus ekceli. tapi tukang bagi kursus bagi take five yang lamanya macam take an hour kau. sempat la ngapdet kejap kan memandangkan perut ni asyik berdentam dentum je kena tendang ngan budak kecik ni. ntah apa la dia buat kat dalam tu. menari gangnam style ke anak oi. huhu.

kalau cerita pasal kena tendang, semua macam ngeri, seram kan. tapi ini la sejenis tendangan yang ditunggu-tunggu oleh perempuan mengandung. tak ngeri, tak seram. tapi bahagia. gembira. sukaaa sangat. tengah-tengah rilek tetiba perut macam berombak. tsunami perut kot. tak pun tiba-tiba kat pinggang rasa macam ada tulang nak keluar. owh, main acah-acah anak mama.

semalam, dia tengah duk diam. Mish ngan hubby pun terpikir nak usik dia kat dalam. kitorang cucuk-cucuk perut ni. first dia respon slow. cucuk-cucuk lagi, nahhh. menggelagak dia. haha. bekeng anak mama ngan papa ni ye. dia tak tau lagi nanti dia keluar lagi dahsyat kami nak usik dia. haha.

baby ni pandai, dia denar je suara encik suami ada dekat-dekat ngan dia tapi tak tegur dia, dia punya taktik mngeras lam perut. punya nak suruh papa main ngan dia. hamboii. anak papa betul ye.

dear baby, thanx for cheering up our life. thanx for this memories. please stay strong for mama and papa. okey. love you.

Monday, January 13, 2014

Azam Ketika Mengandung : Exclusive Breastfeeding

alhamdulilah, dah masuk 32 minggu dah baby tecik dalam perut ni. tahap teruja sama naik ngan tahap ketakutan. teruja untuk bergelar ibu. teruja untuk berjumpa dengan si penendang hebat dalam perut ni. teruja nak terjun ke alam keibubapan. tapi terselit juga ketakutan bila memikirkan kedaan semasa dalam labour room nanti. ketakutan bila memikirkan tanggungjawab yang kan ditunaikan lepas ni.


semoga semuanya baik-baik saja. umi boleh beranak sampai sembilan orang, aku ni baru sorang. fuhh. semoga semangat dan kekuatan umi bersama aku.

ekceli, Mish nak kongsikan beberapa azam yang Mish sepanjang Mish mengandung ni. semuanya adalah cubaan untuk menjadi yang terbaik buat bakal baby yang keluar nanti. Antara yang paling utama, Mish nak cuba memberi exclusive breastfeeding sekurang-kurangnya sehingga baby berumur 6 bulan. ini bermaksud, no susu lembu atau susu formula, no air masak or whatever jenis air, no solid food sebelum umur baby 6 bulan. seronok tengok baby yang menyusu susu ibu ni. badan tegap-tegap. jarang dapat penyakit. cuma kerja macam Mish mungkin membataskan sikit perlaksanaan tu. tapi insyaAllah. Mish nak cuba. hee. misi mencari breastpump tak setel lagi. huu. mohon tipss daripada akak-akak berpengalaman ye. insyaAllah kalau berjaya sampai 6 bulan tu mungkin akan diteruskan sampai umur 2 tahun pulak.

Tips Bagi Menjayakan Exclusive Breastfeeding Bagi Mommies Yang Bekerja
1) Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu terutamanya maklumat berkenaan ibu yang bekerja. kena belajar google la teknik mengepam, jadual mengepam dan cara nak simpan susu yang dipamkan tu nanti.
2) Melaburlah dengan membeli pam dan peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik. setakat ni Mish aim nk beli Spectra 3 sebab ramai cakap bunyi dia tak kuat berbanding ngn pam letrik yang lain. elokla nak bawa kat tempt keje kan. tapinya, dia sedikit berat lol. hee. ikut keinginan nk beli medela freestyle. tapi ikut kemampuan Spectra 3  sudah memadai kot.
 3) Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja. masa dalam pntang tu tk pe la kalau tak nak but stok pun kan. sebab memang 24jam ku boleh bertepek ngn baby. tapi dah nak masuk keje tu kena gigih la buat stok. lepas tu kena ajar anak minum guna botol. yang ni la sakit sikit biasanya sebab baby dah selesa minum direct tetiba rasa plastik. eh? hehe. pandai-pandaila cari puting yang berseuaian ye.
 4) Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam. yang ni la Mish cakap pasal jadual mengepam tadi tu. kalau keje dari pukul 8pagi sampai 5petang, sekurang-kurang perlu mengepam 3 kali okey. klu boleh waktu yang konstinten la, supaya bila dah terbiasa nanti, sampai je waktu mengepam, susu dah tersedia. tinggal nak pam je. lepas tu cari la tempat yang kita rasa selesa. surau ke, stor ke. kalu nak pam kat meja pejabat pun boleh, beli je kain yang macam pashmina tu buat tutup.
 5) Beritahu majikan anda. yang ni penting la. senang. mana tahu majikan kita boleh bertolak ansur, dia siap sedia tempat lagi untuk kita ke. hehe. beritahu majikan supaya senang kalau dia tengok anda tak de kat tempat anda, dia tau la anda tengah projek mengepam. tak de la dia nak ganggu. 
 6) Percaya “Saya boleh”. Ibu yang menyusu ni, mindset dia kena sentiasa positif. sebab ia akn mempengaruhi pengeluaran susu. kalau kita rasa down, susu pun sikit, nanti baby nak minum apa. susu sikit ke, penat ke, tetap set dalam minda, "Saya boleh" " Saya nak memberi yang terbaik untuk anak saya".
7) Pengambilan makanan yang sihat. tak dinafikan, bila bekerja, jadual makan ntah kemana sebab terlalu sibuk dengan kerja. so, Mish  cadangkan pengambilan ESP Shaklee. kebaikan ESP untuk ibu menyusu memang banyak. tak caye boleh google.

boleh jugak belek brochure Susu Ibu Tiada Yang Lebih Baik Darinya...  mungkin kat situ lebih detail. hehe. semangat! semangat!!








Monday, December 30, 2013

Scan 3D My Baby.

dah lama tak update. weehaa. apsal makin lama makin malas ni. semua salah abang Nuffnang. tak bagi BE. nak menaip pun jadi malas. kah kah kah. nampak tak keikhlasan di situ?

ekceli ni cerita berkurun lama. tak kurun kurun sangat. lebih kurang 2 minggu lepas. disebabkan tak beli pape lagi barang untuk my baby bam bam ni, maka, Mish ngan encik husband gigih lajugak pergi Bahau untuk scan baby boo lam perut ni. niat utama nak tau gender selain nak tengok perkembangan baby.

alhamdulillah.

baby sihat. gender pun dah tau. baru semangat hoi hoi nak membeli belah sampai poket papamu pun terbelah-belah. haha. gender di rahsiakan dulu. saje nak bebajet retis sikit. bebajet semua nak tau kan kan?

Mish buat scan 3D ni kat Klinik Thong kat Bahau, Negeri Sembilan. RM80 untuk 3D. not bad la. sana takde 4D. setiap kali scan, mesti baby bam bam ni memalu nak tunjuk muka. haritu pergi scan 2D kat klinik An Nisa, Kota Bharu pun dia tak bagi kerjasama. sorok muka dia. siaplaaaaa baby kuar nanti. mama cecubit pipi. haha.

 ni contoh gambar dia tak bagi kerjasama. sorok muka belakang uri. haishh. tak pela. yang penting doktor cakap jantung baby okey. tulang belakang okey. air ketuban pun normal. semua InsyaAllah selamat sehingga kita berjumpa face to face ye baby. baby ni pemalu ikut papa agaknya. kah kah kah. semua takmau menurun mama ye. haipp~

ni yang 2D. doktor tunjuk mata, hidung, jantung. Alhamdulillah. seronok sangat. rasa nak nangis pun ada. tapi sekat-sekat air mata. malu. indahhh sangat. rasa macam nak beli mesin 4D nak letak kat umah. hari-hari mama ngan papa bleh skodeng baby. takdop aroh laaa mesin tu mahal. haha.

yang doktor capture sex baby pun ada tau. tapi takmo la tunjuk sini. nanti baby malu. haha. Mish nak simpan lam frame. nanti kalau dia nakal Mish nak ugut tunjuk kat facebook. boleh camtu??

Monday, November 25, 2013

Sebelum Kita Shopping Barang Baby.....

Assalamualaikum w.b.t.

dah lama sebenarnya teringin nak pergi scan baby. teringinn sangat nak tahu baby boy or girl nih. sebab, selagi tak tau jantina baby, lagi tu Mish nekad tak nak beli barang baby lagi. haha. sengal kan. padahal banyak je baju unisex kat kedai-kedai tu. boleh je beli sehelai dua. tapi baby i dapat mommy gediks ngengada macam i ni kan, nak tunggu jugak jantina baby.

sekarang lebih kurang 24 minggu macam tu la kot. kata mereka yang senior, tak berapa nampak lagi jantina kalau pegi scan time ni pun. so hold dulu untuk 2 3 minggu lagi. sabar ye mama. sabar. padahal hati jiwa raga duk menggelupur dah bila tengok barang baby especially bila bukak instagram. gatal sangat pi follow instashop yang jual barang baby sape suruh kan. hikss.

boleh bayang betapa pokai purse aku lepas dapat tau jantina baby nanti. gatal-gatal tangan dah nak shopping ni. tahannnn je nak shopping.

skang ni kan baju pesen-pesen gini yang ngah trending untuk baby-baby.  baby pun ada fashion oiii!

tapi umi cakap, masa newborn tu takyah beli baju bebanyak. sebab baby cepat besar. kalau baby boy lagi senang. baju Iman dulu banyakk lagi yang elok.

Monday, November 11, 2013

Tips Untuk Suami Semasa Isteri Mengandung

Tips ni khas untuk suami-suami yang isteri atau isteri-isteri beliau mengandung je la ye. jika anda seorang suami, tapi isteri anda tak mengandung, mungkin boleh digunapakai sekiranya si isteri anda menghadapi saat-saat bulan mengambang. hikss. simptom dan perangai lebih kurang je. cuma kalau isteri yang mengandung, kena bayarrr lebih la... hehe

  1. Peka terhadap permintaan/keperluan.
    bila isteri mula tau yang dia mengandung, setiap permintaan tu memang agak kencang jugak la. kejap nak makan tu. kejap nak makan ni. kejap nak tu. kejap nak ni. boleh pening si suami kalau tak memahami. lepas tu kan, kalau misal kata, isteri ada sebut nak something ke..jangan peram lama sangat permintaan isteri tu. nanti hati dia membengkak. lepas tu mula la pikir, suami kita tak sayang kita la. suami kita tak bertanggungjawab la. bla bla bla. over kan perempuan punya pemikiran. yess. kami sentiasa berfikir di luar kotak. lepas tu perang dingin. haa. takmau takmau takmau. tapi sang isteri kena beragak jugak la ye. jangan ikut emosi sangat. kalau rasa si isteri belum makan dari pagi, cuba pujuk isteri untuk makan walaupun sikit demi bayi. jangan buat tak tau je. nanti isteri pikir, laki aku ni tak kisah agaknya aku mati kebulur pun. sobbss.
  2. Banyakkan bersabar.
    yang ni memang wajib la kan. banyak-banyak sabar ye wahai sang lelaki dalam menangani masalah perempuan ni. lagi-lagi time pregnant nih. emosi kejap ke atas. kejap ke bawah. tak leh salahkan perempuan jugak. masa ni hormon mana nak stabil. kadang-kadang, benda kecik pun boleh bawak rajuk yang panjang. suami kena pandai-pandai la ye. takkan masa bercinta je pujuk bukan main. buat video, nyanyi lagu, beli hadiah bagai. kannnn?? hehe
  3. Simpan duit banyak-banyak.
    serius kau yang ni. nampak macam materialistik kan, tapi hakikatnya, yang ni penting tau. saving. yess. menyimpan la sikit-sikit untuk beli keperluan bayi nanti. keperluan isteri masa mengandung lagi. kalau isteri mengandung, banyak jugak kena habiskan untuk kegunaan time mengandung je. selipar kena yang selesa-selesa kononnya. baju kena yang gebang-gebang ala-ala baju kelawar. semua butuh uang dong. barang bayi kalau anak sulong lagii la banyak guna duit. semua kena beli baru. hikss. Mish untung. sebab adik bongsu baru 5 tahun. so, banyak barang leh pawww dari umi je. selebihnya nak jugakkk beli baru. hee.
  4. Jadi la suami mithali. 
    ringankan beban si isteri sekali sekala tak salah. bukan dia mengandung anak orang lain pun kan. hehe. kalau isteri bekerja, sekali-sekala, tolongla isteri duk dapur. potong-potong bawang, sayur. teman isteri duk dapur. borak-borak tanya pasal baby, ada tendang ke tak. ada nakal-nakal ke tak. hikss. sweet je kan. kalau balik dari berjalan-jalan, sebelum tidur tu, urut-urut kaki isteri yang konfem penat duk bawak anak kita dalam perut tu. memang la kadang-kadang isteri menolak, sebab dia rasa macam menyusahkan. tapi be gentleman bro!! isteri sebenarnya suka ada orang bagi perhatian kat dia time-time dia rasa lemah. believe me. :)
  5. Puji Isteri.
    simple je kan. orang perempuan ni, bila dah mengandung. sebulan, dua bulan, tiga bulan, duk runsing pasal morning sickness je. mabuk-mabuk. muntah-muntah. dah masuk bulan-bulan seterusnya morning sickness pun dah kurang, runsing pasal perut makin besar. hiks. memang la besar kan dari hari ke hari, dah benih tu duk bercambah, membesar. seronokk tau. tapi tak seronok bila pikir, hilang bentuk badan. takut nanti suami cari lain. banyak kes yang kita dengar kan?? so, selalu la puji isteri awak tu. comel apa perempuan mengandung. naik seri wajah. perangai pun dah jadi cam budak-budak balik. selain dapat meningkatkan keyakinan diri si isteri, dapat hilang stress jugak tau. dapat tambah semangat jugak kita nak bawak kandungan ni. hee.
  6. Sama-sama berusaha menjadi yang terbaik.
    yeahh. tu yang terbaik. sama-sama jaga solat. sembahyang berjemaah banyak-banyak. sama-sama baca surah Maryam dan Yusuf yang dikatanya selusuh untuk perempuan mengandung. wallahu'alam. tapi umi nasihat suruh baca sama-sama. ngaji sama-sama. sweet kan. Mr. Arrogant pun menangiss kau. haha. selusuh terbaik adalah yang dibuat oleh suami tau. 
akhir kata, jadilah seorang suami yang SUPERB sepanjang isteri anda mengandung. semoga anak yang bakal dilahirkan nanti juga seSUPERB ibubapanya. :)



Monday, October 28, 2013

Sakit Belakang Semasa Hamil

Assalamualaikum w.b.t.

kandungan dah nak masuk 22 minggu. means dah 5 bulan lebih la baby tecikk ni duk lam perut kan. ahaa. dah memacam ragam dah Mish rasa sepanjang dia duk lam perut. muntah ngan loya tu walau tak teruk merasa la jugak kan. adat orang mengandung. ehee.

sekarang ni dia femes ngan sakit belakang pulak. tiap kali bangun tidur mesti rasa macam nak bengkok-bengkok je badan. sakit belakang rasa macam ditarik-tarik. tips dari misi cakap kalau nak bangun kena mengiring dulu. jangan bangun menegak. gigi dan mula denyut. baru nak risau pasal keperluan kalsium baby. mesti baby dah sedut kalsium lebih ni. susu tepung tak minum. so sekarang just minum susu UHT Dutch Lady yang Low Fat tu je. kadang-kadang makan calci-yum yang macam budak-budak duk makan tu.

banyak benda kena belajar sepanjang mengandung ni. mood pun sekarang bukan main emosi lagi. haha. lagi-lagi time sakit pinggang, punggung dan lenguh-lenguh kaki tu datang. sian encik hasben. selalu jadi mangsa. sobsss. lelaki-lelaki kena banyak sabar tau kalau isteri mengandung. hikss. thanx suami!

kalau balik jalan lama-lama sikit, malam tu suh la hasben gosok belakang sikit. sapu-sapu minyak kat kaki. bagi hilang rasa tegang urat tu. lepas tu malam-malam tengah tidur asyik nak kena bangun betul-betulkan tulang sikit. lenguh. dah tak tau nak tidur gaya macam mana lagi nak bagi selesa. sobss.

ada yang cadangkan beli nursing pillow tu. ahaks. nice idea!



sekarang ni tak sabar nak beli barang-barang baby. tapi awal lagi. tunggu 7 bulan ke atas baru sedap-sedap nak membeli. umi pun cakap macam tu. ehee. sabar ye baby. lagi beberapa bulannn je. duk baik-baik lam perut. nanti mama belanja baju. yeayy!

Thursday, October 17, 2013

Doa Ketika Mengandung.





Ya Allah,
Peliharalah anakku selama ia berada dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawarMu, Penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepadaMu dan kepada RasulMu.

Ya Allah,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat.

Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal.

Ya Allah,
Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Wednesday, October 16, 2013

Rahim Membesar

dah tiga hari perut sakit. bukan perut sangat ekceli. dia kat bahagian kiri bawah kat antara pinggang ngan peha tu. apa ntah orang medik panggil. kita bukan tau sangat anatomi dan fisiologi nih. haha. sakit dia pulak sakit yang amat sampai nak bergerak pun tak boleh. kena duk mengerasss kejap, baru leh gerak. tu pun rasa ngilu mak oii.


nak makan ubat macam-macam sebab tak tahan sangat sakitnya kan. tapi tak semua ubat leh telan dalam keadaan mengandung macam ni. bimbang. terus tak jadi makan ubat. encik hasben kata maybe UTI kot. try buat urine test. semua negatif.

nak masak apa semua, kena paksa diri. kalau tak, berlapar la encik hasben. biarpun dia berkeras tak bagi masak, tapi naluri isteri kot, kalau tak masak nak makan apa, kedai semua tutup. nak bagi dia masak, macam kesian pulak. ehee. manjakan suami kan gua ni. kehkehkeh.

okey, balik pada cerita perut.

bila dah tengok result urine tu semua negatif, imaginasi melampau Mish sekali lai memainkan peranan. ada pape jadik kat baby ke? alamak. baby, behave ye. be strong. i love you. sobss. tetiba sebak. over kan mainan fikiran? haha. nevermind. ibu penyayang memang macam ni. kahkahkah.

keesokkannya, tak menahan sangat sakit, Mish tanya staffnurse senior. Mish citer semua. dia cakap, kalau sakit perut tapi urine test negatif, biasanya untuk ibu primid macam Mish yakni first time preggy, sakit perut macam tu biasanya sebab rahim nak membesar. yela, baby pun perlukan space jugak kan. dia pun nak besar. hehe.

lepas tu baru la lega ya ampun. oh baby baby baby. jangan nakal-nakal please.

salam aidiladha semua!

Tuesday, October 1, 2013

Baru Nak Percaya Diri Ini MTB

alhamdullah, lepas makan Iberet Folic tu dengan gigihnya, naik la jugak bacaan HB Mish. walaupun 11.6 je yang terbaru tak ngapelah. naik pelan-pelan ye. hehe.

semalam patient tanya, dah ada ke belum? Mish pun jawab la ada. boleh pulak dia tak caye. haha. dia kata tak nampak pun. perut flat je. amboii kak. takkan Mish nak kena tunjuk kot kat mana yang tak flat tu kan. haha. akak tu pun cakap, yela, awak kecik kan, tak nampak sangat. nanti senang beranak. haha. ayat last tu Mish Aminn kan.

ekceli, Mish sendiri macam tak caye je. betul ke aku ni pregnant eh? sebab tu Mish selalu buat UPT tu tau. sebab was-was. even selalu dapat result positif, tetap buat. haha. disebabkan tak terasa macam mengandung, Mish buat la keje macam bese, kemas stor, angkat kotak. mana yang terlalu berat Mish tak berani jugak amek risiko kan. heee. tau takuttt kan?

:p

sehinggalah last week Mish pergi scan kat klinik, doctor tunjuk jantung baby, bentuk baby dalam perut. hiksss. comel tengok jantung dia gerak-gerak. baru percaya, betulla..ada benda dalam perut aku. hehe. sampai rasa macam nak mintak encik hasben belikan mesin scan tu, bleh tengok selalu kan. boleh la tau masa Mish makan, baby duk macam mana. duk cedok jugak makanan tu ke. sedut je ke. haha. okey, imagnasi tahap budak tak sekolah. kahkahkah.

believe it or not, im mommy to be.  

Tuesday, September 24, 2013

Apabila HB Low

salam semua.

dah lama rasa tak menaip kat belog pepel nih. rindu rasa hati. apakan daya. idea tak mencurah mari. time bawak kete, time mandi laju la idea berduyun-duyun mai. mustahil la boleh menghapdet saat macam tu kan. bila dah duk depan skrin, otak terus hang. apa daaa. kena update ios7 jugak otak ni karang. haha.

opss, ekceli nak citer mai, last week pergi check up kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, maklumla nak jadi ibu kan. ahaks. cek punya cek, lain semua dah okey, tapi HB pulak low. membebel la cik misi kat sana. masa ambik kat jari guna mesin hemocue tu, dapat bacaan 9 je. lepas tu kena amek darah kat lengan. situ pun low. 10.6. dah la sakit misi tu amek darah. dua hari tangan gua tak leh gerak beb. keras semacam sebab bengkak. haha. bila anak manja mengandung. gini la aduannya. serba-serbi sakit.

masa mula-mula tau HB low rasa macam rilek lagi. sebab tak tau risiko kan. then balik farmasi, bukak google, opss, bahaya rupanya HB low ni. risiko tumpah darah, keguguran, bayi cacat. terus datang keinsafan dan nekad!! walaumacam mana benci pun aku terhadap ubat, harusss telan jugak Iberet Folic tu. sebab kandungan iron tablet dia tinggi berbanding haematinic dan obimin.

mula-mula makan Iberet tu, diarrhea jugak la sehari suntuk. mungkin permulaan. demi baby, ku redah jua. ahaha. lepas tu lama-lama makan dah tak de masalah. alhamdulillah. selang dua hari lepas tu aku try pergi KKIA tu balik sebab nak cek HB kan. untung keje kat klinik, anytime boleh pegi sesuka hati. haha. dan lepas cek tu, alhamdulillah jugak, naik la walau tak sikit. 11.6 bacaan dia.

patut la sebelum ni rasa migrain je bila kena cahaya matahari. rupanya darah merah kurang. misi cakap kalau low lagi lepas dua minggu ni kena ambil sample 'stool'. paham apa tu stool? haha. najis okey. sebab tak nak bagi sample stool tu la buat aku gigih jugak makan Iberet.

ekceli, banyak cara lagi untuk naikkan HB. antara yang Mish google adalah, banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi seperti berikut :

-hati ayam (booster paling hebat, tapi tak digalakkan sebab organ dalaman)
-jambu batu.
-ikan bilis
-petai
-sayur bayam
-buah-buahan kering
-telur
-kekacang

dan sebaiknya, pengambilan makanan di atas diambil bersama makanan yang kaya dengan vitamin C. sebabbb, vitamin C membantu penyerapan zat besi dengan baik. contoh macam kau makan ikan bilis, then kau minum la jus oren. paham? elakkan makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi contohnya teh dan nescafe. kalau nak minum susu, jarakkan pengambilannya okey. bila dah mengandung baru rasa macam bersungguh nak jaga kesihatan. hehe. special tau perasaan ni. hee.

semoga urusan selepas ni dipermudahkan. aminn~

Friday, August 23, 2013

Bunting Pelamin

Assalamualaikum w.b.t.

tahun lepas kenal dengan encik hasbeng. tak sampai setahun kenal, kami kawen. tak sampai setahun kawen, insyaAllah akan dapat baby. indahnya aturan hidup Allah. aku je yang meratap, menagis, menyesal dengan percaturan dahulu. padahal, Allah dah sediakan yang indah-indah di sebalik yang sedih-sedih.

syukur Alhamdulillah.

Inai belum pun habis separuh kat jari, dah dapat berita yang aku mengandung. patut la masa on the way balik dari Langkawi hari tu aku asyik marah je encik hasben bawak kete. aku rasa macam nak muntah-muntah masa kereta bergerak. haha. habis tu kalau kereta tak bergerak sampai kiamat aku tak sampai rumah kan? rupanya masa tu simptom-simptom mengandung rupanya.

tarikh jangka bulan 3 tahun depan. tak lama dah kan? ahaks. baru terasa macam teruja gila. mula-mula dapat tahu tu, bingung-bingung je rasa. betul ke aku ni pregnant. betul ke ada benda dalam perut aku. agak unbelievable la. macam mana aku jadi mommy nanti. erk. bukan tak bersyukur. cuma macam, ish, awalnya. tapi bila dah lama-lama, keterujaan tu sampai jua. 

ye la, daripada aku duk rindukan si kecik Iman tu, lepas tu mula merengek homesick la apa la. nanti dah ada anak sendiri. rumah pun tak de la sunyi je. skang duk berdua. aku pandang muka kau, kau pandang muka aku. haha. time bercinta 24 jam nak mengadap sangat kann. nahhhh. haha.

so far, morning sickness yang teruk-teruk tak de lagi. setakat rasa mual muntah tu normal sebab perubahan hormon kan. ehee. syok rupanya bila mengandung ni. kita jalan laju sikit, ada orang tegur, jalan tu slow-slow. awak bukan bawak diri sesorang. ada baby. bila teringin nak makan something, ada je yang tunaikan. terasa diriku begitu berharga. bila balik kerja rasa tak larat, ngengada sikit ngan encik hasben, beliau pun cadangkan hari ni makan kat luar je la. kah kah kah. best. 

yang berpengalaman semua duk turunkan ilmu, petua. maklumla, ibu muda katanya. haha.

alhamdulillah. setiap yang Allah titipkan, sama ada susah atau senang, adalah percaturan untuk kita. susah itu ujian. senang pun ujian jugak sebenarnya. terpulang pada cara hati kita mentafsirkannya. terpulang pada minda kita memanipulasikannya. semoga yang baik-baik sentiasa di sisi kita. semoga yang buruk-buruk di jauhkan daripada kita. 


Monday, August 12, 2013

Beraya BerTIGA, honeymoon berTIGA

assalamualaikum w.b.t.

ehemm. segan segan pulak nak menaip lepas lama tak menaip. tapi nak menaip jugak. ekceli nak sampaikan berita basi.

it was about 3 weeks ago rasa nya.

masa honeymoon hari tu serius tak tau lagi ada benda baru rupanya dalam perut ni. ehee. selamba badak je naik bot, redah ombak, panjat itu, panjat ini. alahai. nasib baik tak jadi pape. alhamdulillah.

so, secara tak rasminya, raya kami tahun ni ekceli bertiga la kan. tahun depan kalau ada rezeki baru dengan rasminya bertiga secara fizikal.

seronok! tapi tak tahan tekak asyik geli-geli je nak muntah. aduhai sayang. jangan macam ni please. lepas raya ni boleh la pergi buat buku merah. yang seramnya part nak amik darah. seumur hidup tak pernah kena amik darah. tapi takpe takpe..encik hasben kan ada. mengedeng ngan dia la nanti. haha.

doakan yang terbaik.. :)