Showing posts with label sayang Aira. Show all posts
Showing posts with label sayang Aira. Show all posts

Wednesday, March 8, 2017

Food Processor Autumz Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

Assalamualaikum semua.

Lama tak menaip, sekali sekala menaip ni rasa macam janggal pulak. Tapi bila dah mula menaip dia jadi payah nak berenti. Haha. Tapi takpe, kita cuba buat seringkas mungkin.


12/02/17 hari tu genap la 6 bulan umur kesayangan Nur Aira Sofea. Maka mama pun excited la nak mula beri solid food pada Aira sebab kesian tengok dia bila dia nampak kami makan terjelir-jelir lidah tu ha. Kadang-kadang kalau makan sambil dukung dia siap nk rampas lagi makanan tu dari tangan kita. Haha. Kesian.

So mama pun gigih la beli food processor jenama Autumz kat Lazada. Beli hari ni, esok goyang kaki, lusa sampai. Senang dan mudah. Nak beli jenama Beaba macam anak Hanis Zalikha tu rasa macam tak mampu pulak. Guna bukan lama pun, nanti bila dia dah tak nak puree puree atau yang cair-cair ni dah tak guna dah. Ikut pengalaman masa ngan Amni, umur setahun lebih dia dah start makan bubur nasi yang lebik tu dah. Tak mau dah puree-puree ni. Hehe. Ok melalut pulakss.


So far, sepanjang guna food processor ni mudah memang la mudah. Sebab dia boleh steam makanan tu pastu blend terus kan. Dalam satu bekas tu je, makanya jimat la kerja membasuh bekas. Lagi satu tak yah la mamanya ni gigih keluarkan pengukus bertingkat mama tu nak steam sebatang carrot semata-mata. Lepas tu nak kena ambik blender pulak untuk blend halus. Memang jimat keje.

Kalau korang tanya, memang perlu ke beli food processor ni kalau baby dah boleh start makan? For me, tak wajib pun. Ni semua kehendak mamanya je ni, bukan keperluan pun. Sebab masa Amni dulu elok je mama guna cara manual tu, sihat sejahtera je si kakak comel tu. Hehe. Cuma anak kedua ni rasa macam nak la up to date sikit kan. Kah kah kah. Naseb baik papa mau sponsor.

Untuk yang bertanya harga Autumz Food Processor ni, beli kat Lazada hari tu RM184.00 dapat free sekali dengan bekas makanan baby 8x4oz.

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Mama dah excited beli stok sayur dan buah untuk Aira, sekali perut Aira mungkin belum ready lg nak terima makanan. Sebab lepas makan je Aira sembelit. Sampai menangis-nangis meneran, tapi tak keluar pun. Sedih tengok weh. So, mama buat keputusan untuk lupakan dulu makanan untuk Aira, tak sampai hati tengok dia menjerit nangis masa nak membuang. So, for now mama continue BF je si Aira, mungkin minggu depan atau nanti 7 bulan dah boleh start bagi solid food balik. Harap-harap perut Aira dah ok masa tu.

Friday, November 25, 2016

Bila Anak Tak Sihat


Jumaat lepas Amni demam. Dia kalau demam tak main la 37 atau 38 celcius. Terus shoot 39.4 celcius hari tu. Biasanya Amni ni demam sehari semalam je. Tak pernah melarat seingat aku.  Tapi kali ni demam dia melarat sampai 3 hari. Aku siap ambil emergency leave lagi isnin tu sebab susah hati nak tinggal kat pengasuh. Takut berjangkit dengan anak orang lain sebenarnya. Lagipun kerja pun tak tenang kalau anak sakit kan?

Hari Selasa tu demam dah kebah, cuma batuk dan selsema je masih bersisa.



Kemudian si Aira pulak berjangkit batuk dan selsema. Mana taknya, Amni yang berhingus tu selalu mintak cium adik dia. Bila larang dia punya mengamuk sakan giler. Mood orang tak sihat la katakan. Makan berselsema dan batuk la 2 beradik tu. Amni tu dah la culas makan ubat. Kalau demam pun masuk ubat bontot tu je la. Huhu.

Aira punya selsema dah kurang, cuma batuk yang masih teruk sampai takde suara. Korang bayangkan dia menangis pun terasa seksanya sampai kat kita tau. Rasa macam kalau boleh alih sakit tu, nak je alih kat kita. huhu.

Selama dorang batuk selsema ni aku cuma sapukan Krim Tropika ni je kat dada dan belakang badan. Alhamdulillah, tak de la teruk sangat terutamanya masa tidur. Korang kalau ada anak kecik better simpan sorang satu krim ni kat rumah tau.

gambo pinjam google. :)


Mood maknya pun swing je minggu ni sebab tak cukup tidur dan penat sebab lama tak kerja kan. haha.

Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Kakak dan adik.

Alhamdulillah, 12hb Ogos hari tu aku telah selamat melahirkan puteri kedua. Amni dulu beranak awal 3 hari, so yang kedua ni harapannya nak beranak awal jugak la walau sehari dua sebab tak larat sangat nak usung perut. baju semua dah tak muat. Nak keluar rumah pun pikir 10x tau. Sebab tu tak saba-sabar nak kempiskan perut. haha.




Keluar tanda.

Akhirnya Allah dah tetapkan 12hb sebagai tarikh keramat tu. Pukul 5pg 11hb Ogos keluar tanda. tunggu sampai pukul 7 macam tu untuk bagitau umi yang tengah bersiap nak pergi mengajar time tu. Lepas tu bagitau suami yang masih kerja kat Bentong. Mintak dia balik segera, nanti kan tak sempat nak teman isteri cengeng ni lam labour room. Haha.

Lepas bagitau umi, umi terus bagitau Guru Besar nak mintak emergency leave. Pack mana-mana yang patut, then terus gerak pergi Hospital Sultanah Nur Zahirah. Perjalanan dalam sejam lebih jugak, sebab tu gerak cecepat. Takut tak sempat. haha.

Sampai kat Kuala Terengganu pukul 8 lebih. Disebabkan tak rasa sakit lagi, selamba badak je ajak umi pergi pusing-pusing Pasar Payang dulu. Pergi awal pun bukan terus bersalin kan? Umi cuak-cuak je nak bawak. Bahaya katanya. Tapi aku buat-buat request nak makan jeruk. Umi pun pasrah.

Admission room.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 12 kot kitorang pergi serah diri sebab umi cakap bahaya biar lama-lama. Takut jadi pape kat baby katanya. Kali ni aku pulak pasrah.

Teruja nak bersalin kat HSNZ ni sebab wad bersalin bangunan baru. hehe. Memang sangat-sangat selesa. Mula-mula sampai aku daftar kat admission room dulu. Disebabkan aku masih sihat dan sangat aktif ke hulu hilir sampai makcik tu cakap "awak ni betul ke nak bersalin?" haha.

Masuk lam admission room tu, alhamdulillah dapat doktor pelatih perempuan, baikkk sangat. Masa tu jalan baru 2cm. Then doktor siapkan borang untuk masuk wad. Masa tu masih lagi tak rasa sakit. Tepuk pipi sendiri sebab takut la mimpi kan. hehe. Suami sampai dalam pukul 2 lebih camtu.

Dalam pukul 5 lebih aku dapat katil. Lepas tu nurse mula buat CTG. Bacaan tak comel katanya sebab lapar. Dia suruh pergi makan dulu then nanti datang balik. Mujur umi ada belikan nasi kukus. Mula-mula gigih tolak, sebab kenyang konon. hehe. Mekaseh umi. I love u. U are the best.

Lepas makan nurse pun ajak ulang buat CTG, alhamdulillah okey, Cuma nurse cakap tak nak cek jalan ke? Sakit dah 1:10 ni. Aku cakap tak pe la dulu, tak sakit sangat lagi. haha. Tak nak laaa aku. Buat sakit je. Tunggu sakit betul-betul baru aku menyerah.

Mula contraction.

Contraction start selepas isya'. Lepas sembahyang maghrib tu okey lagi berwasap-wasap dengan suami. Dalam pukul 9 lebih macam tu contraction datang sekejap-sekejap. Lepas tu yang aku perasan kalau turun tanda darah ni dia asyik nak terkencing. Sampai aku takut nak minum air sebab malas nak gi toilet.

Pukul 10 lebih dah tak tahan sangat, cek jalan baru 4cm. Makanya sambung berhuhu kat katil sambil ulang baca doa Nabi Yunus. Allah je yang tau sakit camane masa tu. sampai la pukul 2 pagi, nak lelap memang tak boleh. Pergi cek jalan dah 6cm. Alhamdulillah sangat.

Lepas tu masa nurse mintak baju baby, kelam kabut oi, sebab nak jalan tak boleh. Nurse yang tolong ambil. Nasib baik dah asing siap-siap.

Masuk labour room nombor 8 masa tu. hehe. Ingat lagi sebab dengar nurse tu jerit. " Ni staff, hantar nombor 8". Ceh, staff la sangat. Lepas tu bermula episod paling aku tak suka. Masuk branula kat tangan. Memang tak suka sebab pergerakan macam terhalang gitu. Lepas cek semua doktor cakap "Ready, dalam pukul 6 dia bersalin."

------------------------------------------------------------------------------------------------


Tapi kuasa Allah tu besar, dia tak nak aku sakit lama-lama. Pukul 3.16am lahirlah khalifah Allah s.w.t dan umat Nabi Muhammad s.a.w ke dunia. Nur Aira Sofea binti Mohd Zainuddin dengan berat 3.51kg. Semangat betul anak mama ye. Semoga Aira menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang. Aminn...