Thursday, April 20, 2017

Kategori Ubat Untuk Ibu Hamil Menurut FDA

Seringkali ibu hamil akan jatuh sakit disebabkan antibodi ibu hamil secara normalnya akan menjadi rendah. Namun, ketika dalam masa hamil, bukan semua ubat di farmasi yang selamat untuk ibu hamil. Jom kita cek kategori- kategori ubat ibu hamil menurut Food Drug Administration (FDA).

FDA bermaksud pentadbiran makanan dan dadah dan bertanggungjawab untuk melindungi dan memastikan keselamatan orang ramai pengguna produk dengan ujian dan mengawal. Dari makanan yang anda makan untuk membuat sehingga anda meletakkan pada muka anda boleh dikawal selia oleh FDA dan sering kali anda akan melihat suatu cap produk pembelian anda yang menyatakan ia adalah FDA diluluskan.



KATEGORI UBAT PADA IBU HAMIL MENURUT FDA

1. Kategori A

Generally acceptable. Controlled studies in pregnant woman show NO evidence of fetal risk

Ubat-ubat yang PALING SELAMAT untuk ibu hamil yang tidak memberikan kesan buruk kepada janin dan ibu hamil itu sendiri. Antara contoh ubat kategori ini adalah Paracetamol, Diphenhydramine dan lain-lain.

2. Kategori B

May be acceptable.Either animal studies show NO risk but human studies not available or animal studies showed minor risks and human studies done and showed no risk

Teridiri daripada ubat-ubat yang masih SELAMAT kepada ibu hamil kerana tiada risiko yang memudaratkan. Contoh ubat kategori ini adalah Metochopramide dan Lomotil.

3. Kategori C

Use with caution if benefits outweigh risks.Animal studies show risk and human studies not available or neither animal nor human studies done

Boleh digunakan jika kelebihan atau kepentingan ubat itu pada ibu hamil atau janin mengatasi risiko atau kesan buruknya. Contohnya NSAID.

4. Kategori D

Use in LIFE-THREATENING emergencies when no safer drug available. Positive evidence of human fetal risk

Digunakan dalam keadaan kecemasan di mana tiada lagi ubat selamat lain yang boleh digunakan. Walaubagaimanapun, kajian mendapati ianya boleh menyebabkan kesan buruk kepada janin. Contohnya Phenobarbitone, Phenytoin.

5. Kategori X

Do NOT use in pregnancy. Risks involved outweigh potential benefits. Safer alternatives exist

Tidak selamat digunakan untuk ibu hamil kerana kesan buruknya melebihi kelebihan ubat ini. Contoh isotretinoin.

Oleh itu, kepada ibu hamil, anda boleh cuba dulu cara semulajadi jika ada untuk mengubati sakit anda. Jika tiada jalan lain maka, anda boleh la merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.

Tetapi jangan lupa untuk beritahu doktor tentang kehamilan anda in case perut anda tak berapa nak ada baby bump lagi kan. Takut pulak nanti doktor tak tahu. Dan jangan lupa untuk beritahu sekali lagi pada farmasi tentang kehamilan anda supaya mereka alert dengan ubat-ubatan yang dibekalkan. Penting juga untuk tahu trimester kehamilan anda ye.



Wednesday, April 19, 2017

Resepi Sup Ikan Siakap ala Warung Pak Mat Teh Tarik Madu

Disebabkan encik suami masih tak boleh move on dengan sup ikan Warung Pak Mat Teh Tarik Madu nun, maka gigih la aku pergi pasar untuk beli ikan siakap nak buat sup ikan ala ala kedai Pak Mat tu.

Bahan-bahan serius main campak je. Sebab aku tengok resepi yang kat google ni macam tak menggiurkan aku sangat. Ada yang cair putih jernih macam tu je. Ada yang pelik sangat. Tak rupa kedai Pak Mat seperti yang dalam ingatan aku. So dengan bahan-bahan yang tercampak ni maka terjadi la sup ikan siakap ni. hehe. Biasa ikan siakap orang duk buat masak stim ngan tiga rasa je kan. So meh kita tukar selera sekali sekala.



RESEPI SUP IKAN SIAKAP

Bahan-bahan

Bahan A (untuk dikisar)
  • 3-4 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan B (untuk ditumis)
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 3biji bunga cengkih

Bahan utama
  • Seekor ikan siakap saiz sederhana potong 4
  • perencah sup siam (paket purple)

Hiasan
  • ubi kentang
  • carrot
  • cellery
  • tomato
  • daun sup
  • daun bawang
  • cili api


Cara-cara

  1. Tumiskan bahan B dengan sedikit minyak hingga layu.
  2. Masukkan bahan A yang telah siap dikisar. Kemudian tambahkan sedikit air dan ubi kentang (optional).
  3. Masukkan perencah sup siam. Kacau.
  4. Bila dah menggelegak atau nampak ubi kentang dah lembut boleh mula masukkan carrot dan cellery (optional).
  5. Bagi carrot lembut sikit kemudian boleh masukkan ikan siakap.
  6. Masukkan perasa garam dan gula. (ajinomoto mungkin tak perlu sebab paste sup siam tu dah ada aji)
  7. Kacau perlahan sebab takut ikan hancur. Bila nampak macam ikan dah masak boleh tutup api, masukkan tomato, daun sup, daun bawang dan cili padi
Hidang dengan nasi panas dan telur dadar atau telur bungkus. Konfem mak mertua lalu pun tak perasan. Haha. Paling best bila siap makan suami cakap, boleh buat lagi lepas ni. Haha. Misi berjaya! Cuma kalau nak lagi betul-betul jadi macam sup ikan pak mat tu kena masukkan daging sekali. Sebab sup ikan pak mat ada daging sekali dalam tu. Hehe. 

Jimat lebih kurang RM80 untuk seketul ikan kat warung pak mat. Hee.