Friday, August 23, 2013

Bunting Pelamin

Assalamualaikum w.b.t.

tahun lepas kenal dengan encik hasbeng. tak sampai setahun kenal, kami kawen. tak sampai setahun kawen, insyaAllah akan dapat baby. indahnya aturan hidup Allah. aku je yang meratap, menagis, menyesal dengan percaturan dahulu. padahal, Allah dah sediakan yang indah-indah di sebalik yang sedih-sedih.

syukur Alhamdulillah.

Inai belum pun habis separuh kat jari, dah dapat berita yang aku mengandung. patut la masa on the way balik dari Langkawi hari tu aku asyik marah je encik hasben bawak kete. aku rasa macam nak muntah-muntah masa kereta bergerak. haha. habis tu kalau kereta tak bergerak sampai kiamat aku tak sampai rumah kan? rupanya masa tu simptom-simptom mengandung rupanya.

tarikh jangka bulan 3 tahun depan. tak lama dah kan? ahaks. baru terasa macam teruja gila. mula-mula dapat tahu tu, bingung-bingung je rasa. betul ke aku ni pregnant. betul ke ada benda dalam perut aku. agak unbelievable la. macam mana aku jadi mommy nanti. erk. bukan tak bersyukur. cuma macam, ish, awalnya. tapi bila dah lama-lama, keterujaan tu sampai jua. 

ye la, daripada aku duk rindukan si kecik Iman tu, lepas tu mula merengek homesick la apa la. nanti dah ada anak sendiri. rumah pun tak de la sunyi je. skang duk berdua. aku pandang muka kau, kau pandang muka aku. haha. time bercinta 24 jam nak mengadap sangat kann. nahhhh. haha.

so far, morning sickness yang teruk-teruk tak de lagi. setakat rasa mual muntah tu normal sebab perubahan hormon kan. ehee. syok rupanya bila mengandung ni. kita jalan laju sikit, ada orang tegur, jalan tu slow-slow. awak bukan bawak diri sesorang. ada baby. bila teringin nak makan something, ada je yang tunaikan. terasa diriku begitu berharga. bila balik kerja rasa tak larat, ngengada sikit ngan encik hasben, beliau pun cadangkan hari ni makan kat luar je la. kah kah kah. best. 

yang berpengalaman semua duk turunkan ilmu, petua. maklumla, ibu muda katanya. haha.

alhamdulillah. setiap yang Allah titipkan, sama ada susah atau senang, adalah percaturan untuk kita. susah itu ujian. senang pun ujian jugak sebenarnya. terpulang pada cara hati kita mentafsirkannya. terpulang pada minda kita memanipulasikannya. semoga yang baik-baik sentiasa di sisi kita. semoga yang buruk-buruk di jauhkan daripada kita. 


10 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

TAHNIAH!!!!!!! :D
happy utk rakan blogger :)

me suya said... [Reply to comment]

mish..double congratulation for ur wedding and the addition in ur tummy.. Suya baru tahu mish dah kawen. Jaga baby molek2 taw.. Doakan Suya jugak yer bia lekat rezeki cam mish.. Suya keguguran bulan 4 baru ni. So ni harap2 akan lekat lagi. Happy for u mish :)

ezy.fia said... [Reply to comment]

tahniah!!
jelesssss.. kite pon nk baby.. tp xde rezeki lg..
huhu

laskar pelangi said... [Reply to comment]

wewittttttt!lamanyaaaaaaa tak mengadap entry mish. congratsssss dear!mommy to be :')

indahnya hidup mish sekarang.bakal ada baby dan hubby:)

semoga sentiasa bahagia hingga syurga.kita tau apa percaturan hidup kita kan. happy for you:)

Lydia Miza said... [Reply to comment]

Tahnih dik. Jg diri elok2

Pha Is said... [Reply to comment]

tahniah.. smoga dapat ank yg solah / solehah..
baru je smlm pha is mimpi dpt anak. *eh*

ezy azira said... [Reply to comment]

Tahniah Mish!!ramainya kawan egie baru kawen tahun ni dah pregnant..kakak egie pon sekali..congratz..take care ye

aDisH.sHidA said... [Reply to comment]

tahniah tahniah tahniah....

Suara Kalbu said... [Reply to comment]

Tahniah Mish

Jaga diri, kesihatan, pemakanan dan juga kandungan elok2 yer.

Semoga selamat semuanya

LadyBird said... [Reply to comment]

tahniah najihah <3.. akak tumpang gembira.. <3..
jaga diri baik2.. mengidap nanti mintak yg sng dpt je tau.. kalau x susah cik hubby nk mencarinyer.. :D