Friday, December 14, 2012

SETERES.

Assalamualaikum w.b.t.

setahun sekali menjenguk kejap laman blog ni. rindu blogging. tapi dah tak mampu nak sekencang dulu. sangat-sangat tak mampu. ternyata zaman belajar dulu lebih berjuta-juta kali indah dari zaman kerja. even pegang duit sendiri, tapi tak bermakna langsung sebab duit keluar lagi laju dari duit masuk. itu yang kita panggil komitmen. kah kah kah. macam hebat je.

ekceli, my condition is, WORST. stress dengan kerja. maybe. tapi tak jugak. dengan manusia. mungkin jugak. nevermind. anggap je benda-benda yang mengsetereskan tu sebagai langau-langau di tepi jalan je. tepuk sekali dua, kalau nak bising jugak. lantak la. dah kau bahagia macam tu. am i rite?

dah lama tak mengadu kat my boyfie blog ni. i miss u blog. jangan kecik hati ngan gua ye. hak hak.

#biar singkat tapi berkekalan, daripada lama tapi akhirnya buang masa. tettt.. :)
#sangat bahagia dengan apa yang Allah kurniakan sekarang. ternyata perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan. Alhamdulillah.. :)

Friday, November 9, 2012

Review Istanbul Aku Datang


Assalamualaikum w.b.t.

Ohhohoo..mood menaip datang tiba-tiba lepas tengok cerita Istanbul AkuDatang. Kahkahkah. Mohon jeles ye sebab Mish dah tengok cerita tu semalam. Almaklumla..Diana.k.a Lisa Surihani kan blogger dalam cerita tu.

Dipendekkan cerita, cerita ni awesome, best, tak boring. And the most important thing is, cerita ni tak cliché macam Aku Terima Nikahnya yang dikatakan sedap sangat-sangat tu.Ahaks..cerita Aku Terima Nikahnya tu not my taste kot. Seriesly Mish tertido je tengok cerita tu.Mendayu-dayu.

Istanbul AkuDatang? Best sangat-sangat. Lagi-lagi bila Lisa Surihani yang berlakon.Teruja dan terhibur tengok Lisa yang memang pandai buat mimik muka comel. Lakonan yang suam-suam kuku olehTomok berjaya di back up oleh lakonan mantap Lisa danBeto. dah macam komen pengarah kan? Seriesly, Beto ngan Lisa sweet sangat.Jalan cerita memang nice.Tak cliché.Lawak.Tak boring.Seronok ronok ronok.

Setiap kali Lisa buat mimik muka masa update blog dan setiap kali dia gaduh ngan Beto, orang belakang Mish duk bising cakap, "comeyynya Lisa". haha.  fokus more on kecomelan kot ni.

Tu je Mish nak cakap. Kalau nak synopsis ke apa ke mohon google sendiri ye. Sebab rasanya dah berlambak kot kat internet. Again, cerita dia best, sweet, lucu, comel etc. Nampak tak keterujaan Mish bercerita.Haha.

Sekian terima kasih. Mohon maaf kalau taste kita tak sama. Huahuahua.

Thursday, November 8, 2012

TERABAI.

dulu kau selalu ku belai.
ku jaga..
ku baja..
ku ceriakan kamu dengan warna yang seindah-indahnya.

dulu..kau selalu aku rindu..
tiap masa kau terbayang.

asal nak buat something je..kau orang pertama aku cari untuk bercerita.

ohhoo..
indahnya dulu..
sekarang??
erk...dah lama aku abaikan kau.
ada macam tak de.
aku pun macam dah lupa kau.
aku pun terasa macam nak buang kau dari hidup aku.

aduhai blog.
kesian kau.
haha..

*lama tak menaip. saje test power jari menaip. ternyata skill dah kelaottt. bye!

Tuesday, September 11, 2012

Potpetpotpet Raya, Baik JAGA-JAGA.

dalam kita beraya ni kan, duk seronok berkunjung mengunjung. alahai, macam indah je suasana raya tu kan. yang dah bertahun tak jumpa apa semua, tiba masa hari raya la pakat nak jumpa apa semua.

lepas tu bila dah jumpa mula tak ingat dunia.
bercerita apa tidak sepatutnya.
berkongsi yang tidak kena.
segala macam perihal orang diceritakan.
yela, dah lama tak jumpa.
banyak la cerita orang yang tersimpan.

ish ish ish.
macam tak boleh simpan dalam hati je cerita-cerita tu.
rasa macam tak sporting kan kalau rahsia-rahsia keburukan orang ni.
rasa macam tak de topik je kalau nak cerita hal diri sendiri.
tak tenteram kalau tak berkongsi.

ahahaha.
cik kak, cik abang, cek mek manis....
dah-dah la. dah bertahun tak jumpa, jangan lah disia-siakan dengan bercerita perkara-perkara macam tu je. satu keburukan orang yang kita cerita, sepuluh aib kita tuhan buka tau. sepuluh okey. dah elok-elok hari raya ni hari untuk kita bermaaf-maafan, kita duk pi calar dengan kesalahan yang terang lagi bersuluh tu. kalau umur tak panjang tak sempat nak mintak maaf camane. kot ye pun nak bercerita, bertapis-tapis la sikit. yang mendengar tu pun, tapis-tapis la apa yang ditadah dek cuping telinga tu.

#tinggal beberapa hari je lagi rayanya...

Monday, August 27, 2012

Raya ORANG DEWASA.

bila masuk kerja je, bermakna, tamatlah nikmat beraya bagi orang bekerja seperti Mish ni. lagi-lagi kalau jauh dari famili. Syawal yang berbaki cuma duk pikir pasal nak setelkan kerja yang tertunggak selepas sakan beraya selama seminggu. alhamdulillah tahun ni dapat cuti raya lama sikit. tahun depan belum tentu kan? entah-entah kita dapat cuti, tapi encik suami pulak tak dapat cuti. eh? suami? haha.

itulah dia raya orang dewasa.

saja nak tunjuk keTEMBAMan pipi ku. gebu-gebu kalah muffin cake okey!! haha.

kalau raya kanak-kanak pulak duk pikir nak enjoy menge'paw' duit orang je. cukup bulan kira duit. lepas tu pikir nak simpan berapa percent, then nak belanja beli jajan berapa percent. aisehh. seronoknya zaman kanak-kanak kan. tak payah pikir nak tukar duit raya berapa ratus. tak payah pikir duit nak spend untuk shopping raya. kalau shopping tu, takkan untuk diri sendiri je kan? nak jugak bagi adik-adik, umi, abah merasa buah tangan kita untuk raya ni. seronok bila kita tengok orang pakai apa yang kita bagi. tahun depan bagi lagi. haha. *ternganga kejap.

bila dah dewasa camni, kemeriahan raya ngan kawan-kawan tak menarik sangat macam zaman kecik-kecik dulu. masa kecik dulu, lepas semayang raya, salam-salam ngan famili, terus keluar rumah untuk mengumpul duit raya bersama geng-geng peminta duit raya. haha. best! dapat 50 sen tu kira dah havoc giler dulu. zaman sekarang rate duit raya dah cecah RM2 paling minima. tahun akan datang tak tau la. baik kawen cepat. jimat sikit duit raya tahun depan, boleh share duit suami. kah kah kah.

sementara bujang ni teringin gak nak berkumpul ngan member-member sekolah. kumpul ramai-ramai mesti best kan? tapi dah namanya raya orang dewasa, masing-masing busy dengan kehidupan masing. cuti semua tak sekali. ada yang kena bertugas. ada yang balik kampung suami. ada yang macam-macam lah. kalau zaman sekolah dulu senang. cuti sekolah semua sama. pulak tu semua takde anak bini lagi time tu. hoora hoorey je rasa raya. rindu kawan-kawan sebenarnya ni..*sad face* teringin nak raya ngan kawan-kawan rapat tahun ni. tahun depan kang, takut tak berkesempatan. mana tau tak panjang umur. atau tercepat jodoh. ahaha..pape pun, ada jugak sorang dua kawan yang sempat Mish ketemu. 

okey. times up. semoga bertemu lagi di entry akan datang yang entah bila akan timbul.




Sunday, August 26, 2012

Kepulangan yang MEMILUKAN

Assalamualaikum w.b.t.

agak-agak berat badan naik berapa kilo eh lepas raya ni? ahaha. malas nak imagine. seram sejuk rasa nak timbang berat. bila pakai jam dah rasa ketat tu paham-paham sendiri la. adess. gemok gemok gemok.

emosi aku sendiri. haha.

saja nak menunjuk famili aku yang meriah ni. sorang lagi adik aku nombor dua yakni lelaki tengah ambek gambar ni. maaf la ye dik. lain tahun along masuk gambar awak eh. haha.

tengah hari jap gi dah nak kena gerak balik Bentong. malas. malas. malas. serius aku malas. susah payah aku dapat cuti seminggu deret camni, tiba-tiba je naik kerja nanti dua minggu aku bakal tensen dek audit yang sengal tu. menyampah. menyampah. menyampah. aku tak suka audit. banyak kerja kena buat. rekod nak kena sama. lepas tu cek ubat expired apa semua. buat label tallman lah apa lah. puihhhhhhh..mengeluh sampai keluar asap.

seronok raya ni. seronok sebab aku tak lekat kat rumah. ada je tempat yang umi ajak aku untuk menemaninya. nak promote anak dara la tu umi tu. ish ish ish. macam tak laku sangat dah kalau umi buat camtu kan. haha. buruk-buruk along pun jangan bimbang la umi sayanggg. ada la jodohnya tu. cepat atau lambat. jauh atau dekat je. ----->memiang je bunyi. do i care? buerk.

sayunya hati nak gerak balik. dah la drive sorang. jalan konpem jem. janganla ada roadblock. bila ada roadblock aku naik cemas sikit. maklumla darah gemuruh. nasib baik aku perempuan. kalau aku lelaki, konpem pat kali pengsan masa nak akad nikah. haha. dah seronokkk sangat duk rumah ni. macam mane ni. tolong! tolong!

#tragis semacam je entry kali ni. biaq pi la. lama tak merapu. puas hati.

Friday, August 24, 2012

Dimamah EGO.

"kalau aku text dia dulu mesti dia ingat aku terhegeh-hegeh kat dia kan?"

"tak nak lah aku mintak maaf dulu, bukan salah aku."

"alah, tak de la lawa sangat kot. biasa je mekap dia. tak nak lah puji."


konklusinya,
kalau kita terus bersikap sedemikian, ramai ke kawan, manusia atau mahkluk kat atas muka bumi ni yang suka kat kita?
apa yang kita dapat bila pikir macam tu? maruah kena pijak? atau pun malu yang tak bertempat?

tak salah kalau kita yang mula dulu.
tak mati pun beb.
orang nak caci kita?
atas sebab apa?
kita bukan buat dosa.
kita cuma mencuba.

bila dah terlepas semua tu. bila dah tak boleh nak undur semua tu. baru nak terngadah. nak menyesal. lepas tu nak mencari siapa salah. sampai bila?

jangan biar ego memakan diri kita. biar diri kita yang makan ego tu. mana tahu kot-kot kenyang. boleh la diet nasi lepas ni. haha.


Tuesday, August 21, 2012

Salam Raya Ketiga

Assalamualaikum w.b.t.

sekejap je masa eh. hari ni dah masuk raya ke tiga. lebih kurang sebulan jugak la Mish tak bagi nafkah kat blog ni. haha. dan hari ni, hati ni tergerak nak menaip pulak. dah puas beraya ngan famili, ngan saudara mara, kawan-kawan. skang ni nak amek masa ntuk beraya ngan blog kejap. ehee.

seronok tengok orang yang pertama kali beraya as a wife, mom dan macam-macam lagi la. tahap teruja tu lain sikit kan? haha.

makanya, dikepeluangan ini, mohon jutaan kemaafan dari Mish @ Nur Najihah Sahami. mungkin ada post, komen, atau perlakuan lain yang menjengkelkan hati kalian. mohon jangan nak menjengkel sangat la dengan Mish eh. tak baik tau. mana tau umur tak panjang, tak sempat nak mintak maaf. erk..ayat sadis tetiba. salam raya!

Sunday, July 22, 2012

Pantang Betul di Bulan Puasa

Assalamualaikum w.b.t.

first of all, Mish nak ucap selamat berpuasa! kejap je dah dua hari puasa eh. alhamdulillah perut tak buat hal. cacing pun tak banyak ragam.

bulan-bulan puasa ni kena kurangkan tengok tv dan layan internet. sebab? haha.. sebab banyak benda yang menggoda. tengok iklan kat tv sal makanan, tak pun tengok cerita Jalan-jalan Cari Makan bersama abang Iqram yang ohsemm tu, bikin cacing menggelupur nak makan. ngengada lah kau cacing! haha.

bahana kan tengok tv. layan internet pun sama. bukak fesbuk je nampak gambar kawan-kawan post makanan berbuka semalam. perghh..meleleh air liur wey.tidak pun, konon nak search resepi untuk juadah bukak pose. sekali tengok gambar juadah dah tak menahan cacingnya. lemah betul la. memang kena menahan nafsu habis la di bulan puasa ni. haha

adiossss!

Thursday, July 12, 2012

Masa Bukan Jaminan Sesuatu Hubungan

even kau kenal dia seribu tahun sekali pun, kau takkan menjamin hati dia kekal dengan kau. percaya tak? agree or not?

sesetengah orang percaya, orang yang dia kenal lagi lama adalah orang yang terbaik untuk dia walaupun orang tu selalu sakitkan hati dia. oh no girlss. jangan macam tu. jangan kekalkan sesuatu hubungan tu atas dasar kau sayang semua kenangan yang kau pernah lalui bertahun-tahun dengan dia. jangan. sedangkan hati kau dah tak mampu nak bertahan. jangan.


jangan kau rasa hubungan kau kebal dek waktu. jangan. kau anggap je waktu yang kau terbazirkan tu sebagai waktu untuk kau mengenal selok belok kehidupan. kau kutip pengalaman dari hubungan yang bertahun tu. better kau sedar sebelum terlambat.

demmit. aku merapu lagi. haha. tapi ni betul. masa bukan jaminan. kalau rasa dah tak boleh teruskan. let go. jangan sakitkan hati sendiri. tak apa. biar mulut orang berkata-kata. jangan takut. manusia memang macam tu. SMILE.

*tak de kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Saturday, July 7, 2012

Cucu Yatim Piatu

2hb Jun tahun lepas, Mish hilang adik kesayangan. 5hb Julai tahun ni, Mish kehilangan seorang nenek. mak kepada abah dah pergi tinggalkan kami. mohon sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. semoga arwah tenang kat sana.

actually, nenek Mish tu dah lama sakit tua. dah tak boleh makan, minum macam biasa. minum air pun dia dah tak mau masa kat penghujung hayat dia. alhamdulllah, Mish sempat la jugak jenguk dia dua hari sebelum dia pergi sebab masa tu Mish cuti.

masa tu nampak macam seksa sangat tengok dia. nak makan dah tak boleh. minum pun tersedak-sedak. sakit. perit je rasa.

alhamdulillah, masa dapat berita pemergian arwah, Mish redha. sebab tahu dia sakit kalau panjang umur pun. tapi tu la. sedih jugak. sebab Mish dah tak de nenek atau atuk. semua dah tak de. baik belah abah, mahupun belah umi. so, krang boleh bayang tak beraya tanpa nenek dan atuk. macam tak lengkap pulak rasa.

umi dan abah dah jadi anak yatim piatu. so, Mish adik beradik jadik cucu yatim piatu la kan?

Tuesday, July 3, 2012

Halangan

pagi tadi Mish bangun awal. sebab hari ni dah nak kena balik ceruk hutan tu balik. huwa. sangat tak syok. disebabkan semalam dah update satu entry, maka hari ni, semangat nak update tu berkobar-kobar. dengan bersunguh-sungguhnya Mish bukak lappy dan sign in to blogger account dan....

along, Iman nak susu..

lepas je siapkan susu Mamil Gold 140ml untuk 4 sudu untuk si Iman, Mish kembali ke depan lappy. cuba untuk fokus. cewah..fokus kau. haha. tengah duk cari idea duk pikir-pikir......

along, susu Iman abih dah. Iman nak buang pampers...

okey. siap mandikan Iman dan pakai baju untuk dia apa semua. Iman pun dah cukup hensem bergaya dengan baju Garfield oren kegemarannya. maka, Mish pun sambung mencari idea. ting! okey. dapat idea. biarlah idea tak bes pun. janji blog ni tak bersawang sangat. nak taip tajuk. tajuk dia.....

along Iman nak tengok Kamen Rider.

whattt?demm.memang terbantut lah entry tadi.

Iman suka buat muka sengal skang...grr.



Monday, July 2, 2012

Hargai Peluang Yang Ada

Assalamualaikum w.b.t.

terasa janggal yang amat bila memasuki ruangan posting ni dan mula menaip. huwaa..betapa aku rindukan blog. betapa aku rindukan suasana merapu macam dulu. mungkin entri ni agak kejanggalan lantaran kejahilan yang terbentuk akibat lama tinggalkan blog. nevermind. hehe.

kebetulan minggu ni Mish cuti selama dua hari. so, adalah sedikit kelapangan untuk menjenguk-jenguk blog yang bersawang ni. rebut peluang yang ada right?

**
keputusan yang kita buat pada hari ini mungkin membuatkan kita menyesal jika mengubahnya, dan mungkin juga membuatkan kita sakit jika tidak bertindak ke atasnya. think wisely. peluang kali pertama takkan sama dengan kali kedua, ketiga dan seterusnya. jangan pikir hati orang kalau hati sendiri dah tak mampu nak menahan okey. sometimes we should act like selfish. 




Thursday, May 17, 2012

Baguskah Menjadi Seorang Yang Tak HIPOKRIT?

salam semua.

lama tak update. upate pun selalu jiwang leleh je. sampai nak naik banjir dah blog pepel nih. huhu. dah..nyah kau kesedihan.

let me ask you, korang seronok jadi hipokrit ke lagi seronok jadi jujur eh?

then,
let me answer you, haha, aku lagi senang jadi hipokrit kot. dan aku menyampahhhh gila kat orang yang cakap "aku tak hipokrit" puihh. poyo lah kau tak hipokrit.

kalau kau tak hipokrit, kau tak de nak ngumpat, maki, caci apa semua kat belakang orang. bila face to face, setakat jelingan mata yang kau beri. ek elehhh. mana semua caci maki kau yang terang dan bersuluh kau hebahkan kat semua orang. tapi bila sampai depan orang yang kau caci maki tu, kau diam seribu bahasa dan biarkan mata je yang berbicara. hallo. tak payahhh la nak cakap kau hipokrit kalau setakat nak jeling tanda kau memang tak suka.

jadi hipokrit tak semestinya teruk. aku, kalau tak hipokrit...huihhh, tak de kawan la aku kat dunia ni. gila kau, mana ada orang aku suka 100%.  ingat, kekurangan bagi kita mungkin kelebihan bagi orang lain. so, belajar la berfikiran positif. nak jujur boleh, biarlah cara yang betul. jangan lah sebab kau nak jadi orang jujur, orang yang tak hipokrit, kau automatically menambah musuh. no no no. jangan macam tu kawan.

hipokrit itu perlu. even dengan umi abah pun kadang-kadang aku hipokrit. dalam banyak-banyak kerja rumah, membasuh pinggan mangkuk lah yang paling aku tak suka. serius beb. tapi takkan la balik rumah sebulan sekali kau tak nak basuh pinggan mangkuk kan? takkan la nak tunjuk beno kau tu malas. haha. nanti nak mintak izin nak kawen umi tak bagi sebab umi kata aku malas. haishh. tak mo la camtu. aku nak kawe. ye, AKU NAK KAWEN. so what? haha.

psst~
hipokritlah bertempat okey!

Tuesday, April 24, 2012

Segalanya MUNGKIN

mungkin aku tidaklah sempurna
tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
mungkin aku tak bisa memiliki
dirimu sepanjang hidupku..

lirik lagu Samsons - Tak Bisa Memiliki.


cukup sekadar aku tau kau gembira,
cukup sekadar aku tau kau bahagia,
dan cukup lah andai aku tau kau sedang tersenyum.

jika punya peluang, punya waktu,
untuk kita bertemu,
sama ada secara suratan atau kebetulan,
izinkan aku menegurmu,
sebagai seorang teman, 
sebagai orang yang pernah hadir di masa lalumu.
sebagai seorang yang pernah membuat kau tersenyum walaupun terpaksa,
sebagai seorang yang pernah gagal membahagiakan kamu. 

Wednesday, April 18, 2012

Ini KISAH HATI

Kau tau..
Hati aku, ya hati aku, hati milik aku, rasa kosong. Rasa sunyi. Sekalipun aku berada dalam keriuhan, hati aku tetap merasa kesunyian. Puas aku ciptakan keriangan, tetapi hati aku, tetap sepi, tetap sunyi.

Kau tau,
Hati aku, ya hati milik aku, rasa pahit. Pedih yang kau kirim, masih pekat terasa. Puas aku ubatkan, tapi, tetap ia merasa sakit. Tetap ia merasa pedih.

Dan, kau tau,
Hati milik aku. Ya, hati ini, walau bernanah, tetap inginkan kehadiran kamu. Tetap rindukan hangat kasih kamu. Tetap begitu dan akan kekal begitu. Sampai suatu masa yang aku sendiri tak tau. Semoga rasa ini bukan untuk selamanya.

Namun begitu, kau tau,
Setiap hari, setiap masa, aku butuh penawar dari Yang Maha Esa. Aku tahu dan aku pasti, penawarnya akan tiba. Mungkin belum masanya. Aku akan sabar menunggu. Semoga angin cepat datang meniupkan awan mendung ini. Dan semoga, matahari kamu terus memancar, kekal bercahaya agar kau kekal bersinar, dan aku, hanya mampu mendamaikan hati aku dengan sinar bahagia milik kamu. Andai hanya itu bahagia yang aku mampu.

##
Wahai hati, cukup lah berharap, berhenti memaksa kepercayaan yang ternyata pudar. Berhenti memaksa mereka yang mengalah. Berhenti lah wahai hati. Kenapa kau tak pernah berhenti….berhentilahh wahai hati. Berhentilah membuat aku sakit. Andai benar bahagia ini bukan milik aku. Aku redha, berilah aku ketenangan. Mudahkanlah urusan aku akan datang. Bekerjasama laaaa wahai hati.  (^_^)

Wednesday, April 11, 2012

Bila Dah Menyampah / Tak Suka

  1. setiap status dia kat facebook akan meng'annoy' kan hati dan perasaan kita. tak memasal kan. haha. nak di remove kan di katanya sombong. maklumlah, tak suka dalam diam. haha.


  2. kalau nak di ajak keluar oleh teman, tapi dia tu ada sekali, buat kita berfikit beratus kali sebelum setuju untuk kuar tu. tapi kalau Mish, prefer tak payah join. takut nanti makin menyampah. dosa kering tak pasal-pasal.

  3. semua kebaikan dia kita akan rasa macam dia saje menunjuk. haha. serius yang ni kau ikut sangat hati menyampah kau. tak baik tau. belajar think positive sikit. hehe.

  4. bila dah tak suka tu, semua kita rasa dia macam, ah..cakap orang macam-macam. padahal dia pun macam tu. haha. memang betul-betul tak suka la ni eh?

  5. kau akan pandang dia dari atas sampai bawah. menunjukkan yang kau memang tak suka la tu. tak pun, bunyi je suara dia dari jauh, kau terus blah untuk mengelakkan daripada jumpa ngan dia. ish ish ish.

  6. kau dengar dia bergelak ketawa pun macam bunyi pontianak kat telinga kau. haha.
walaucamane pun kau tak suka kat somebody tu, even dia pernah buat seribu kejahatan sekali pun, belajar lah bertenang. belajar jadi matang. memang sakit. tapi sekurang-kurangnya kita tidak merendahkan martabat kita sebagaimana yang dia buat. hati-hati sebab perasaan menyampah macam ni la yang buat ilmu-ilmu bomoh yang syirik dan khurafat ni laku tau...##hehe. cakap macam senang. tak pe. peringatan untuk diri sendiri je ni. rasa macam busuk sangat dah hati ni. benci orang je manjang. ishh. busuk hati tau. no no no.

bila la Mish nak matang. seriyes. nak sangat jadi matang. teringin sangat jai seorang yang cool. seorang yang tak cepat melatah. seorang yang yang yang yang matangla. adoi.

Rancangan Selepas PENCEN

yippie. hari ni cuti. mesti ramai yang happy kan? rumah pun penuh je adik-adik. kalau tak sunyi bila dorang pegi sekolah. dalam duk best bercuti pun, petang jap gi Mish dah nak gerak balik Pelangai. abaikan ke'spoil' an itu.

Mish pencen wajib umor 60 tahun, so lagi 37 tahun mish kena kerja. see? ntah camane la keadaan Mish time tu kalau panjang umur. huhu. hajat di hati, kalau masih sihat seperti kini, mahu bersama suami, melakukan aktiviti ini. hehe. apakah aktiviti itu? jeng jeng jeng.

 orang kampung ai panggil ni pokok pucuk paku. kampung korang wallahu'alam lah. hehe. buat bubur lambuk sodap ni. tak pun buat sayur lemak letak ubi sikit. pergh..terangkat! hehe.

agak-agak banyak ni dah 50 sen orang jual seikat kan. tak pun singgit. tak tahu menahu la plak Mish pasal harga pucuk paku semasa ni. tapi seriyesli, dah pencen nanti Mish nak jai pengkutip pucuk paku berjaya. bayangkan dengan tongkatnya apa semua Mish duk kutip pucuk paku ngan encik suami. oh sweet~ haha.

dalam duk syok petik pucuk paku semalam, si pacat duk syok sedut darah Mish. hampeh.

usia muda ni la kita kena plan masa hadapan kita betul-betul kan. baru la berwawasan orang kata. nanti dah tua, pencen apa semua, dah tahu hala tuju. mana la tau kot panjang umur kan. kalau tak, tak pe la. hehe. so apa plan korang?

Tuesday, April 10, 2012

Semoga Selsema Ini MenyahKETEMBANAN ku

hari ni rasa macam berat je kepala. semua gara-gara pergi pasar malam semalam dalam keadaan hujan dan tak spare payung. selalu macam tu kan. bila spare payung siap-siap, tak hujan. bila tak spare payung, hujan mencurah-curah. semuanya ketentuan Allah s.w.t.


bila dah selsema ni automatically nafsu melantak tu kurang. great! muka Mish pun makin hari makin orang puji pipi yang tengah sedap naik ni. makin lama makin bulat. haha. ramai dah kot tegur. padahal makan tak banyak pun. sedang-sedang saja. hormon kot ni. erk..ada kaitan eh hormon ngan ketembanan? hahahaha. 

tabik springggg kat orang yang makan banyak ke makan sikit ke, berat badan tak terjejas. maintainnnnn manjang. maaf la. genetik ai tak macam tu. huwaa. 

ada tips tak nak bagi untuk kawal nafsu makan? =_=

Monday, April 9, 2012

Susahnya Nak Buat Orang Percaya

seribu kali kita buat kebaikan, mungkin satu dua je orang ingat. lagi-lagi orang yang tak berpengaruh macam kita ni. tapi bila sekali kita buat kesalahan, akibatnya sampai mati kita kena tanggung. thats why la orang selalu pesan, berfikir dulu sebelum bertindak. bila dah terlepas, impossible la untuk undur balik.

kepercayaan ni satu elemen yang mahal dalam perhubungan,persahabatan, atau pertalian, sekali ianya hilang, nak dapatkan balik kepercayaan tu, mungkin mengambil masa. andai kata kau berusaha sampai lunyai sekali pun, belum tentu kau dapat pulihkan kepercayaan tu seperti sebelumnya.

kawan aku cakap, kepercayaan tu ibarat kertas. sekali ianya direnyukkan, ianya takkan kembali ke bentuk asal. tidak akan!

so, kalau dah orang percaya kat kau, jagalah kepercayaan dia baik-baik. jangan sia-siakan. nak dapat kepercayaan tu susah. tapi nak hilangkannya, mudah je. kau tipu, kau curang, kau rampas, kau tikam belakang, sekelip mata je kepercayaan tu hilang. malah, even dia terasa dia tidak dihargai pun, kepercayaan tu boleh terhakis.

aku pernah rasa sakitnya bila orang tak percaya kat kita. dan aku pernah rasa bagaimana rasanya hilang kepercayaan. beware.
#for somebody.

Tak SERONOK dan tak SENONOH!

Assalamualaikum w.b.t

serius Mish terasa janggal nak menaip dalam suasana baru dashboard blogger ni. menyesal yang amat sebab gi tekan upgrade hari tu. gatalnyaaa tangan ai ni. potong kangg! haha. cakap je berani. buatnya tidak.

takpe-takpe. pembaharuan tu perlu ada dalam kehidupan. baru tak terkebelakang, kan? --sedapkan hati sendiri.

sekarang ni Mish still mood bercuti. Khamis baru masuk kerja. perasaan seseorang yang bercuti tu haruslah seronok duaronok kan. tapi sebaliknya bagi Mish kali ni sebab duk susah hati kes member sekerja dapat pindah balik Kelantan. jeles tahap seratus weyh. tapi takpe. dah tiga tahun kot dia terkurung di Simpang Pelangai tu. yang tak bestnya, kerja sorang-sorang. yupp. tak tau la ada pengganti ke tak. kalau tak de pengganti...erk. mati la Mish.

sebelum ni, dia banyak  tolong. kalau ada patient yang nak kaunseling Insulin, selalunya Mish pass kat dia je kalau Pegawai Farmasi tak de. reten, order ubat apa semua, semuaaa dia buat. walaweyh..tough nya perjalanan kerjaya ku selepas ni.

so, sampai skang, cuti tak merasa cuti. otak ligat duk pikir kerja. haishh.


  • kes yang tak SERONOKnya is, setelah sekian lama mish tak bukak blog sendiri, sekali bila Mish bukak tadi, ada orang tak malu + desperate + ntah pape datang promo ubat dia kat blog ni. ubat nak panjang kan tetttt. yarksss! serius tu la yang spoilnya bila pasang shoutbox ni. agree with me?

Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

Blogging Perlu Enjoy

Salam semua! Hello peeps! Harapan saya pada kali ini adalah anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.  Macam lah kau heran dengan harapan Mish kan. Kah kah kah.

Dua tiga hari mendiamkan diri bukan lah bermaksud Mish kena rasuk ngan hantu MALAS. Tapi sebenarnya, erk…tengah syok baca entry sendiri. Entry lama-lama. Entry masa zaman belajar. Entry masa mula-mula blogging dulu. Dulu Mish rasa enjoy gilerrrrr blogging nih. Luah, tulis, taip semua apa yang kita rasa. Enjoy sangat. Dulu merapu bagai nak rak. Kadang-kadang terkembang lah jugak lubang hidung yang macam jambu ni bila ada yang selalu je tanya kenapa aku banyak idea dulu.
kat Entry Hubungan Profail Picture Dengan Mood
kat Entry Saya Memang PENJELES.

O)O-à lubang hidung mengembang. Kau boleh?

Dulu, cerita merapu, melalut. Tapi bila baca balik, eh, best jugak eh dulu. Skang ni, entah. Mungkin dah matang. Selera nak berceloteh tu dah mandul. Haha. selera pun mandul weyh. Serius. Skang ni mood asyik nak seriussss je manjang. Bosan bosan bosan betul la. Nak jadi macam dulu balik. Boleh? Kau tahu aku dulu camane? Gi lah belek balik entry zaman belajar dulu. Haha. tak malu kan? Tak belek pun takpe. Kalau aku pun, orang suh belek, harammm lah aku nak layan.

Dulu memang fully la bahasakan diri ngan Mish, skang ni, main taram je. baru nak keluar tanduk. Sebab bila bahasakan nama ni, ramai yang sangka ai ni lemah lembut lembu gitu. Padahal bila jumpa, sembang, pheww. Kasar okeh.

Bila dah kerja ni, rasa dah hilang ke’happening’an blogging yang macam dulu. Geng-geng blogger yang zaman-zaman Mish dulu dah ramai pencen. Dulu ada Zaer, Bulan, Erza, Afiq Bukhari, Afiq Din, Apikpehe, Diana, Cik Tom, Dieylah, Ckin , Mawaddah dan ramaiiii lagi lah. Tapi semua dah kurang berblog dan ada yang dah bersara pun. Tapi tak pe, yang patah tumbuh, yang hilang berganti kan?

Saturday, March 24, 2012

Tak Apa

Tak apa kalau muka tak hensem,
Tak apa kalau tak kaya raya,
Tak apa kalau tak sempurna anggota,
Tak apa kalau tak di kenali.

Muka hensem kalau otak tak ada tak guna jugak,
Kalau kaya tapi kedekut pun tak guna jugak,
Kalau sempurna anggotanya tapi kaki pukul tak guna jugak,
Kalau femes amos tapi playboy pun tak guna jugak.

Aku mencari mereka yang reti menghargai perasaan perempuan. Yang tahu nilai kesetiaan. Yang sentiasa jujur dalam perhubungan. Yang selalu mengiyakan apa yang benar dan berani menidakkan apa yang salah di tutur dan sikapku.



Aku mencari mereka yang boleh mengubahku. Aku mencari semangat kepada perubahanku. Aku mencari mencari. Tapi tak jumpa lagi. mencari mencari mencari. ahhh. spoil mood jiwang. hahah. Pfft~

Friday, March 23, 2012

Thursday, March 22, 2012

Staf BARU

Assalamualaikum w.b.t
Setiap yang pergi pasti akan berganti kan. Macam tu jugak lah dengan staf kat klinik ni. tak de yang kekal. Semua pakat duk pindah. Bila dah ada yang pindah, mesti ada yang menggantikannya kann?

So, ada benda yang buat ai hepi tau!
Hahaha. Gelak jahat jap. Sorang Medical Assistant (MA) dan sorang male nurse. Yang selebihnya adalah Jururawat Masyarakat. Yang tu sah-sah la perempuan. So, abaikan keperempuanan  itu. Syok la sikit kan kerja ngan orang bujang. Kononnya la. Yang male nurse tu belum di ketahui status dan rupa paras serta perwatakannya. Sebab dia belum lapor diri lagi. See? Belum lapor diri dah teruja. Kalau dah lapor diri tak tau la camane tahap kemiangan nih. 

Tapi, yang tak bestnya is, MA tu dah nak kawen.

Harapan saya, agar male nurse tu bujang trang tang tang dan tidak ‘auww’. Sekian.

Psst~
Entri meremang ini dicipta khas untuk disesuaikan dengan doodle senget yang ai lukis tu. tak de la eksaited mana pun. Serik dengan pengalaman. Hahaha.



Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

Tak suka makan UBAT!

sejak kerja ni, macam-macam jenis ubat Mish try guna. sakit sikit, try makan ubat ni. yelah, kita bagi orang makan, tapi kita sendiri tak pernah cuba. so, mana nak tau terbaik ke tak kan? hehe. berdedikasi plop ayat ai eh, adeh.

memang dari kecik Mish tak suka makan ubat. setiap kali sakit, ubat-ubat cuma jadi perhiasan dalam peti sejuk. pernah sekali abah paksa suruh makan ubat, punyaaa la geli tekak ni nak telan sampai muntah-muntah. lepas tu, abah suruh lap sendiri. macam zalim kan? tapi tu la abah. tegassss. huhu. dia tak de la nak ajar anak-anak dia geli-geli ni.

semakin menambahkan kebencian wa terhadap ubat adalah apabila semalam wa guna ubat titis mata Chloramphenical Eye Drop sebab mata Mish macam merah-merah gitu. takut la kena sakit mata. seksa.

bila dah selesai titis dua titis dalam mata kiri dan mata kanan, terasa best gila-gila sebab sejukkkk je mata. dalam 5-10 minit lepas tu, tekak rasa pahit. ciss. lupa yang rongga mata tu bersambung ngan rongga tekak. yarkss. pahit tu memang tak terhapus even Mish telan dua botol air mineral. insaf!

korang suka telan ubat? memang tabiikkkkk seppering(spring) ah!

Minah Specky Like Me.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak update pasal mata empat saya nih. Actually, saya seorang yang rabun okeh. Rabun jauh. Power 2.75 dan 3.25. boleh tahan tinggi kan. So, kalau sesiapa nak hadiahkan lense untuk saya tu, sila bagi saya lense seperti power di atas ye. Jangan mai bagi power rangers lak. Hempukk kang.

Ehemm. Macam tu rupa makcik kalau makcik pakai spek. Dah macam nenek kebayan pun ada kan. Jangan bimbang. Jangan bimbang. Makcik tak makan orang. Huhuhu. Bila pakai spek, automatically, level confident akan jatuh. Tak tau kenapa. Sebab tu la makcik jarang pakai spek. Selain dari tu, pakai spek lama-lama boleh buat kepala makcik pening. Adoi.

Kalau nak keluar makcik prefer pakai contact lense. Sebab lagi selesa kot. Lagi-lagi, makcik ni kan bertudung. Sesetengah spek tu, buat tudung kita kembang dan macam hidung gajah. Burukkk nak oi. Malu makcik.

Bila pakai lense, makcik rasa selesa. Nak pusing mata kiri kanan tak de hal. Tapi kalau pakai spek, nak angkat mata ke atas sikit, dah kelabu. Sebab area spek tu je yang terang bercahaya. Kat lain, kelabu semacam. Hampehh tol. Hanya yang pakai spek dan lense je yang memahami. Yang pakai salah satu daripadanya tu, duk diam-diam. Hehe.

Tapi pelik, ramai lelaki suka perempuan berspek. Eh? Kena pakai fully pakai spek la lepas ni. hehe. sekian entry makcik tua tak sedar diri~

Saturday, March 17, 2012

Khasiat BAWANG PUTIH.

Assalamualaikum wb.t semua.

dah makan tengah hari? hehe. kebanyakan masakan terutamanya nak goreng sayur memang sedapppp sangat kalau letak bawang putih banyak sikit. kan kan? tapi kalau nak makan saje-saje bawang putih tu memang tak lahh. hehe. saya anti bawang. lagi-lagi jeruk bawang putih. kalau orang yang suka, ratah kosong gitu je. erk. kejang jap tekak tengok orang makan jeruk bawang putih. tabikkk!

bawang putih ni banyak khasiatnya okey.

so lepas ni, belajar-belajar la makan bawang putih eh.

Friday, March 16, 2012

Pra-menopaus Lelaki Lebih Dahsyat?

Kitaran hormon bagi lelaki berlaku setiap hari berbanding dengan kitaran hormon wanita iaitu 28 hari. Kajian yang dilakukan ke atas 50 responden wanita dan 50 responden lelaki, mendapati bahawa golongan lelaki lebih menderita gejala pra-menopaus dibandingkan dengan wanita! 
hehe. ingat para LELAKI sekalian alam. jangan ingat perempuan je ada menopaus ni. hehe. perkongsian daripada MedikTV.

Thursday, March 15, 2012

SENYUM

Senyum hingga ke mata,
Buat orang tergoda,
Senyum hingga ke pipi,
Orang pun suka hati.

Siapa dalam dunia ni yang tak suka melihat orang tersenyum adalah orang yang busuk hati. Kan?  Mish suka orang yang murah dengan senyuman. Tu tandanya orang tu senang didekati. Kalau muka orang tu masam mencuka, korang rasa, ada berani ke korang nak tegur. Silap-silap dapat jerkah seketul.

Kalau kita tengah susah hati, bila kita senyum,  memang lah kita hipokrit. Tapi sedikit sebanyak, ianya menutup sedikit kecelaruan kita tu. sekurang-kurangnya kita menguatkan diri dengan senyuman. Kalau ada orang tindas kita atau buat jahat dengan kita, kita senyum je. dengan senyuman tu sendiri dah memberi pembalasan secara psikologi buat orang tu. orang mengata kita kat belakang, korang senyum je. lantak la dorang nak kata gila ke apa. Sebab kalau kita melatah, pergi maki-maki ke apa, makinnnn la seronok dia buat dosa.

Bagi orang yang kerjanya berface to face dengan customer, senyuman tu wajib okey. Agak-agak korang, korang selesa ke pergi ke kedai makan yang pekerjanya muka bengis dan masam mencuka. Rasa nak hempuk je seketul. Erk~

Wednesday, March 14, 2012

Kecik Kecik Dah MenCARUT.

Assalamualaikum w.b.t

sekarang ni Mish aktif sikit kat facebook. tak tau nape. kebosanan dengan blog yang makin suram, murung dan dah tak ceria macam dulu-dulu lagi. ramai blogger yang berdiam diri sekarang. Mish pun update setakat melepaskan gian je. haha. gian tu yang tak menahan.

seronok baca status member-member kat facebook. dari situ, boleh tau perkembangan mereka. ramai yang dah kawen. ramai jugak yang baru dapat anak sulong lah apa lah. seronok je baca kan. lepas baca semua tu, mula la menung. aku bila lagi. sakit genyeh-genyeh mata.

dalam pada duk seronok baca tu, ada jugak status yang tak best. Mish kan ramai la jugak berfriend dengan budak-budak. kebanyakan kawan-kawan adik-adik i yang berderet tu lah. saje approve sebab nak kenal jugak perangai kawan-kawan adik i yang berderet tu camane. dalam setandan pisang, tak semuanya elok, pasti ada yang busuk kan. makanya, ada la sorang dua orang makhlus halus tak baligh ni yang dah pandai mencarut.

upate status dengan perkataan sial, celaka, jahanam. serius kasar giler kot.

tak tau nak tuding jari kat sape-sape. kan?awasi persekitaran anak anda ya! ehee..dah gaya keibuan auww~

Tuesday, March 13, 2012

Berlapar Kerana Semut

Assalamualaikum w.b.t

selama tiga hari dua malam Mish bakal duk sorang-sorang kat rumah. sebab teman serumah semua pergi Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan staf X-ray kami. Mish dah pegi yang kat rumah pengantin perempuan. cukup la kan. hehe.

so, bila duk sorang tu tipuuuu la bulat-bulat kalau nak cakap takut. serius memang meremangkan bulu reroma gila. duk tengah hutan. belakang tu pokok kelapa sawit. tepi tu pokok getah. takutkan 'orang', takutkan mahkluk halus, takutkan binatang buas. fuhhh.

lepas maghrib semalam cacing lam perut bunyi cam something wrong je. nak makan la tu. haha. punya semangat Mish duk bawak keluar ayam ngan udang nak masak, sekali pegi dapur dengan mata rabunnya tak pakai spek konon nak nyahbeku la ayam ngan udang dulu kan. tengah-tengah jalan pegi kat sinki tiba-tiba terasa ada beribu-ribu makhluk halussssssss merayap atas kaki. pedih-pedih je rasa. ciss! semut api rupanya. bila dah pakai spek. pegi tengok dapur balik, ya ampun, banyak gila makhlus halus ni. kuang asam. dia yang conquer dapur tu. Mish tewas lalu bawak diri bersama snek Corntos ke dalam bilik, makan diam-diam, lena~

Sunday, March 11, 2012

Keinginan yang Teringin

Assalamualaikum w.b.t. pernah tak korang pasang keinginan / buat wishlist banyak-banyak, bila ada peluang nak tunaikan keinginan tu, korang pikir dua kali, then, postpone dulu. pernah tak guys?


seriusly, bila dah kerja ni, berlambak-lambak keinginan yang memang teringin dari zaman kecik-kecik dan zaman muda-muda lagi. (terasa diri semakin di mamah usia) contoh macam, teringin gila nak pakai kereta baru. tengok kawan-kawan berkereta baru, berkilat, gagah, dan up to date. makin lah hati ni di gigit oleh keinginan tu.

tapi bila di pikirkan perkara lain, bersyukur je la. tak payah la nak berkereta baru. pakai je yang ada ni dulu. bukan guna pegi mana pun duduk kat Pelangai tu. kalau kereta baru,. road tax dah nak dekat sebulan gaji pokok. hoho. sayang woo. kancil Mish ni, roadtax baru RM400. ngehngehngeh. tadi baru abah gi renew. alhamdulillah. tak membebankan.

duit lain boleh simpan dulu. kereta baru? lain tahun la sayang ye. haha. dah terpostpone satu impian. walaubagaimanapun, keinginan tu tak kemana. semakin lama kita postpone, semakin kita berusaha mendapatkannya, dan semakin kita menghargainya. kan?

keinginan yang lain pun macam tu gak. hehe. nak belajar menabung. amin amin amin. lepas ni boleh lepak KL selalu. yeayy!

Dua Habit Berbeza

sejak balik dua tiga hari ni, Mish terperasan la yang perangai atau habit Mish bila duk kat umah family ngan umah sewa ni banyak la jugak kelainannya. rasa sempoi gila bila kat umah.

  1. 1st sekali bab tengok cermin. kalau duk rumah, boleh kira berapa kali je belek muka kat cermin. sehari tak tengok cermin pun ada. tapi kalau kat umah sewa, setiap kali nak masuk atau keluar bilik, mesti berenti tilik muka jap kat cermin.


  2. then, bab cuci muka pulak. kalau duk umah, seminggu tak cuci muka pun takdehal. beres sokmo. sampai kadang-kadang lupa yang kita ada pencuci muka. haha. kalau kat umah sewa lak, pagi dan malam sebelum tidur tu wajib. nak nampak lagi cakna kat muka, time zohor pun gonyoh lagi muka tu. padahal gi keje bukan mekap pun.

  3. lepas tu bab bangun tidur, kalau duk umah, selagi tak bunyi bising atau umi kejutkan, memang sangatlah lena tidurnya. tapi kalau kat umah sewa, lepas subuh atau sebelum pukul lapan tu mata dah segar bugar. dah terbiasa bangun time tu untuk pegi keje kot.

  4. skang ni bab makan lak. kalau duk umah, konpem-konpem la heaven makannya. mengalahkan menu hotel lima bintang. tapi kalau kat umah sewa, selera bujang la sikit. lauk pun cukup-cukup je, protein, serat, karbohidrat. hehe.

Saturday, March 10, 2012

Perempuan Selalu Anggap Lelaki Belanja

okeh. tajuk panjang dia adalah, Perempuan Selalu Anggap Lelaki Belanja Setiap Kali Keluar, Pisau Cukur Kah?? haha. panjang nak mampus pus pus kan tajuk betul dia. tapi ai consider lagi la ngan tajuk. sian pulak kalau panjang-panjang. dah macam tak payah taip entry. taip tajuk then publish terus. okeh.

first kau keluar date ngan pakwe kau kau kau atau kawan lelaki kau kau kau, siapa belanja siapa? atau, siapa lebih banyak keluar duit? siapa? siapa? lelaki atau perempuan eh?

umumnya, secara machonya dan romantisnya serta sweetnya, haruslah lelaki yang keluar duit kan. sebab? sebab dia lelaki. Mish pun tak paham, kenapa bila lelaki, dia yang kena keluar duit. perempuan duk diam, perabih duit je. semua benda, tunggu wallet sang lelaki.

even first time jumpa, duit tiket bas kau pun kau tunggu keluar dari wallet lelaki. hoi! tolong ada perasaan malu dan segan sikit boleh? kau ni nak berkenalan ke nak kebas duit lelaki. jangan la buat macam tu beb. duit tu, boleh bawak jadik darah daging tau. kalau lelaki tu tak halal atau tak ikhlas kan dah jadi dosa. hati pun tak tenteram.

kalau Mish, Mish akan cuba balas balik dengan belanja benda alah lain lak. tak pun, buat-buat tanya, "saya nak kena bayar berapa tadi?" ecece. konon la tanya kan. kalau kena bayar, bayar je la balik. kalau tak, sujud syukur lah kejap. haha. walaupun hakikatnya jarang lelaki yang mintak bayar balik duit yang di laburkan, tetapi, manusia sebaliknya tetap ada. ingat tu.

tak salah kalau keluar, bayar asing-asing, guna duit sendiri sendiri. pakwe kau bukan suami kau lagi. bukan tanggungjawab dia nak tanggung kau. dan, esok-esok kalau putus, mampus dia ungkit semua. kau mampu bayar balik? lainlah kalau kau simpan semua resit sepanjang kau dan dia. haha.

ingat, masih wujud lelaki yang kedekut di sebalik lelaki-lelaki yang pemurah.

Friday, March 9, 2012

Gelak Terbahak-bahak Dapat Tawaran Miss World Malaysia

serius dah lama berzaman batu purba aku rasa aku tinggalkan blog ni. ada la update seketul dua. tapi semuanya auto post. sebab tu entry baru ada, tapi tuannya tak de. hoho. bangga dengan kemajuan diri sendiri.

tak sangka pulak setelah berzaman batu purba puaka yang aku tak update tu, tetiba dapat lamaran Miss World. ya, Miss World. Ratu Cantik. terkejut lah sangat masa mula-mula dapat tau tu. terharu lah sangat pun ada time tu. nak pulak Nuffnang bagi aku BE ni masa aku malas nak update eh. haha.

by the way, thanx Nuffnang kacak, baik hati, hensem, pemurah, macho dan seterusnya. lain kali bagi lah lagi. bagi banyak-banyak. haha. rezeki datang bergolek. siapa yang tak suka kan? tengah-tengah hot isu gaji naik 13% ni. Nuffnang bagi pulak gaji goyang kaki. Alhamdulillah33x. hehe.


hohoho. rerajin la jenguk makcik ye. makcik ni malas sikit nak update. tapi anggap la entry makcik yang pat lima taun dulu sebagai entry baru ye. haha. chaw!



Cinta tak perlukan sebab cinta perlukan akal.

Selalu sangat kita dengar orang cakap cinta tak perlukan sebab. Kan?memang pun, bila kita dah terlalu cintakan seseorang tu, of kos la kentut beliau pun wangi mengharum pada hidung kita. Muka senget benget pun jadi lurussss je di mata kita. Tapi tak pe, itu fizikal. Orang kata, cintalah akhlaknya, bukan rupanya.

Dapat pakwe garang nak mampus pun, masih, setia. masih, bertahan. Dah kena pukul pun, masihl, sayang. masih, cinta. Kenapa? Sebab cinta tak perlukan sebab. Jadi, jangan tanya kenapa.

Dapat pakwe kaki perempuan, tukar stok awek macam tukar boxer hari-hari. Sehari tiga kali tukar. Tapi, tetap sayang. Tetap cinta. Waddehel gurl?kerana cinta tak perlukan sebab? Cinta tak perlukan alas an. Ianya lahir dari hati. Ianya suci, tulus, ikhlas. Tu la jawapan yang biasa kita dengar. Tak pun, paling cliché sekali, yakin beliau boleh berubah. Nahh. Damn!

Ingat, cinta perlukan akal. Muka hensem tinggi menggunung pun, kalau perangai tak elok, camane la dia nak bimbing kita esok-esok. adoi. Muka hensem, tapi akhlak cetek. Nak pilih rupa atau perangai?guna akal.

Untuk bercinta kita perlu berfikir. Untuk bercinta kita kena telus, bukan tulus semata-mata. Tak mengapa dapat pakwe garang kalau betul kita salah, tapi kalau dah tahap memukul tu, gunakanlah akal. Tak mengapa dapat pakwe ramai kawan perempuan, tapi dia duk mainkan perasaan kita dan minah lain buat apa dik. Kita bukan lembu yang tak de akal. Kita manusia. Beza kita dengan binatang is akal. Gunakanlah kelebihan sebagai manusia tu sebaiknya.

Sunday, March 4, 2012

Tiket FREE ke KOREA!

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni Mish bawak berita gembira kepada peminat-peminat korea sekalian. Tak kisahla korang minat pelakon korea, atau penyanyi korea sekalipun. Pasti korang teringinnnn sangat nak ke Korea kan? Mudah je.
Ni la berita gembira yang Mish nak sampaikan. Bos Mish telah bersedia untuk sponsor tiket ke Korea. means, tiket pergi balik je la. Untuk penginapan dan makanan semua sendiri punya poket. Ada yang start meleleh air liur nak grab tiket ni?

Mudah je. korang kena habiskan ubat ni dalam satu masa. Sekaligus ye. Then, sepantas kilat bos Mish akan bagi tiket free. *smile*

Korang tau ke ubat apa tu?haha. tu ubat PSY lah. Ubat nak bagi patient tenang. Untuk mereka yang ada psychotic disorder la. Nice kan kaler ubat ni. biru nasik kerabu tu. makan ngan ulam perghh kena. Haha. sanggup ke korang nak makan 120 biji ubat tu? silap-silap bukan tiket ke Korea yang korang dapat, tapi tiket ke kubur.

Psst~
Bos bagi Mish tawaran tu masa Mish duk packing ubat ni. hampehhh toi!

Saturday, March 3, 2012

Memuji Tak Semestinya Membodek

Sesekali kalau nampak kawan kita atau bos kita atau sesiapa je pun yang pakai lawa-lawa, smart-smart, apa salahnya memuji..kan. Sekurang-kurangnya kita membantu orang tu untuk menjadi lebih yakin. Tapi, mentaliti sesetengah manusia ni, bila kita puji je maknanya kita nak membodek.

Betul ke?

Contohnya, bos kita sebelum ni pakai baju macam orang tak sudah je. senget situ, senget sini, kedut situ kedut sini, tetiba je satu hari tu dia pakai kemas giler. So, apa salahnya lontarkan satu pujian. Bukan untuk buat dia bangga. Bukan untuk buat kita senang naik pangkat, tapi sebagai penghargaan buat bos kita tu atas cubaan untuk tampil lain dari sebelum ni. at least he or she make an effort.

Tapi masalahnya, sesetengah makhluk Allah ni, suka cakap belakang. Menyampah betul.

##kata hati : Alahhhh..kalau kau nak aku puji kau jugak cakap je la.

Friday, March 2, 2012

Tak Bersyukur

Saban hari, sepanjang duk sini, aku asyik membilang hari. Membilang waktu. Mengira detik. Bila la nak pindah..lepas tu mengeluh. Bila fikir yang lamaaa lagi aku akan menghadapi semua ni, rasa macam letih sangat. Rasa penat nak hidup macam ni. sebab semua ni bukan dalam percaturan hidup yang aku idamkan. Jauh dari teman. Jauh di tengah hutan.

Bila masa susah, lagi la kuat aku mengeluh. Sehari dua ni, kereta aku asyik problem je. bulan ni aje beratus duit habis kat kereta. Dah la road tax pun bulan ni. nak mengeluh lagi boleh? Kat sini, aku tak tau nak bergantung ngan sape kalau pasal kereta. Aku seganlahh ngan orang-orang kat sini. Bagi aku, lelaki kat sini tak caring langsung. Tak de pun yang sudi nak hulur bantuan ke apa ke. punya ramai lelaki kat sini, tapi, bila kereta aku problem, lelaki yang pertama yang aku cari adalah yang di Perlis sana. Patahhh kaki rasanya hidup berkereta tanpa dia. *Sad*

Tapi..

Aku silap. Aku paranoid. Tadi, terharu gila aku bila sorang staf tu call aku. “jay jay, nape kereta mu tersadai depan OPD? Nak aku tengok ke?”

Jangan cepat mengeluh bila berhadapan dengan masalah. Allah s.w.t jadikan sesuatu tu bersebab. Dan mungkin Allah s.w.t dah rancang semua ni supaya aku mengubah persepsi aku kat lelaki-lelaki di sini. *smile*

Thursday, March 1, 2012

Bila Dah Suka

Assalamualaikum w.b.t,

baru semalam Februari habis, hari ni dah masuk Mac. yeahh. selamat datang Mac! harap-harap Mac memberi lebih keseronokan dan kebahagiaan berbanding Februari. seperti kata kak LM jugak, semoga Mac ni Mish mampu rajin untuk mengapdet.

tadi pagi, barang-barang daripada Pharmaniaga sampai. Pharmaniaga ni kiranya kilang yang membekalkan stok ubat dan sebagainya kepada farmasi di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia. kiranya, dia amek tender la. so, berkotak-kotak la sampai tadi sampai penuh ruangan loading bay farmasi. haha. bila barang sampai, kami akan cop, sign dan lengkapkan detail kat invois tu sebagai bukti kami dapat barang tu. part tu memang serius i dont like. haha.

bila kerja yang kita tak suka, kita tak berapa nak bersungguh buat kan. tapi bila part kemas kotak, cek delivery order number, kira stok, masukkan stok. nak kena main ngan kotak-kotak berat dan ringan tu. yess! yang tu Mish suka giler. sampai lenguh pinggang baru reti nak berenti. lepas tu merungut sakit pinggang. haha. padan muka.

sama la macam bila kita suka kat seseorang, kita akan buat macam-macam supaya orang tu tau dan rasa kita punya perasaan kat dia. kita still buat macam-macam even hati kita sakit dan kita tau kita sedang disakiti. kan?

Tuesday, February 28, 2012

Selepas Sekian Lama

Assalamualaikum w.b.t

selepas sekian lama...selepas sebulan menghadapi Februari. baru 14 entry yang berjaya ai post. nampak tak kemalasan yang melanda. kerajinan yang ku warisis makin terhakis nampaknya. arghh.benci. nampak macam spoil gila tengok jumlah entry bulan ni. dah la BE pun tak de. huh. kedekut!

selepas LIMA hari tak update. berupdate jugak blog ni. tengoklah, sampai bila kemalasan ni bermaharajalela. sekian~

Wednesday, February 22, 2012

Sesal Mendua - Klangit

Dulu
ku pandang diriku
kekasih yang setia
tak pernah berdusta
kini
aku mulai merasa
sedap hati mendua
perlahanku tinggalkan kamu

tapi semakin jauh aku
semakin aku rindu
rindukan kamu
menyesal aku putuskan kamu
kerna ternyata aku tak mampu
menahan sisa azab cintamu
aduh aduh mana tahan batinku

mungkin
mungkinkah kita bisa
perbaiki semua.. kembali bersama

kerna semakin jauh aku
semakin aku rindu , rindukan kamu

menyesal aku putuskan kamu
kerna ternyata aku tak mampu
menahan sisa azab cintamu
aduh aduh mana tahan batinku

benar apa kau ucapkan dulu
takkan mudah ku lepaskan kamu
menyesal aku curangi kamu
aduhaduh tuhan tolong aku

sumber : SINI



Suka gila lirik dia. Haha. tak tau nape. Yang pasti, orang yang curang memang pantasss menerima semua azab tu. makanya, kalau curang tu, curang securang-curangnya. Jangan bila curang, nak cari balik orang yang dicurangi tu. sakit tau?? Grrr!

Mula-mula mendua memang seronok. Yang di sana moody, yang di sini happy. Bosan disana datang kesini.  Lepas buat macam-macam kat yang di sana, yang disini buat perangai baru nak menyesal.

Bagi Mish la, orang yang kita rasa boleh dipercayai, yang kita nampak setia, yang kita nampak baik, perlu lebih berhati-hati. Sebab orang macam ni, sekali dia buat perangai, memang teruk terus.. tak de perangai teruk sikit-sikit. Beware okeyh! Haha.

**tanpa emosi, kita ibarat robot.  :)

Tuesday, February 21, 2012

Sampai Bila?

Sampai bila nak kena pikir masalah sama.
masalah pergi, datang balik, sampai bila kau nak pergi selama-lamanya.

sampai bila aku nak kena tahan,
duduk terperuk tak buat apa. lama-lama aku naik gila. huhu. sampai bila?

huwaa..sampai bila nak macam ni.
sampai bila kena duk sini.
sampai bila nak rasa bosan macam ni.
sampai bila aku nak membujang. erk. SILAP!
sampai bila oi...takkan sampai aku jadi gila kot. sobsss~

**nak pindah kat tempat kerja yang dekat dengan pantai. rindu bau pantai~

Tak Perlu Jadi Sempurna

Assalamualaikum w.b.t

Mood skang tengah pening. Tengah pusing. Macam-macam benda duk main lam pale otak. Dah rasa macam duk kat restoran berputar pun ada. Pening duk pikir macam-macam masalah. Macam-macam penyelesaian.

Hasrat hati, ingin mencari jalan untuk tampil sempurna di mata orang. Supaya semua orang sayang. Supaya semua orang suka. Tapi memang mustahil la kan. Sebab manusia mana ada yang sempurna. Kan? Betul tak? Sebaik mana pun sikap kau, layanan kau. tetap ada yang memandangnya buruk. Tetap ada yang berperasaan busuk.
So, daripada kita naik gila duk pikir nak jadi sempurna, baik tak payah. Nanti meroyan tak de siapa yang nak. Haha. jadik diri sendiri je. amalkan yang baik. Buangkan sifat buruk yang terang lagi bersuluh tu. orang terima tak nak terima, biarlah. Mulut manusia lagi susah ditutup daripada mulut tempayan. Walaupun secara logiknya, mulut manusia lagi kecik dari mulut tempayan. Lagi satu, longkang taik walau ditutup dengan apa cara sekalipun, busuk tu, tetap busuk. Tetap berbau kat sekeliling tu. haha.

Pesanan penutup, tak perlu jadi sempurna sebab manusia memang tak sempurna. Cukuplah menjadi yang lebih baik. Maaf kalau ada perangai annoying Mish yang tak termaafkan tu okey. Adios!

**tak perlu tampil sempurna dihadapan manusia kalau dengan Allah pun kau tak pernah nak tampil sempurna.

Monday, February 20, 2012

Kahwin Bukan Trend




see?berderet member satu kelas nak kawen taun ni. kebanyakan nak kawen cuti sekolah bulan tiga ni. hampeh tol. semua kawen tak nak tunggu ai. sobsss! ada lagi sorang dua yang kawen tapi tak post kat FB. tak masuk lagi staff klinik ni yang nak kawen, lepas tu member sekolah rendah dulu. adeh. semua pakat nak kawen. mana tak memiang ai nak cari calon.


bila baca je komen budak kecik nih. sentap kejap. yeye. kawen bukan trend. ingat tu ye. tengok orang kawen, kita pun nak kawen. ta boleh ta boleh. 




Wednesday, February 15, 2012

Bila hati mula TAWAR

1.       Lambat balas mesej.
Bila dia dah mula hilang minat kat kau. Dia dah tak heran kau mesej cakap kau sakit ke, apa ke. dia dah tak de istilah bergegas nak reply mesej bila hati dia dah tawar. Kalau kau mesej dia dua tiga kali jawabnya kau makan maki la. Tak pun ayat dia, “tak boleh nak sabar ke?”

2.       Jangan harap dia nak pujuk kalau merajuk.
Secara normalnya, bila dah balas mesej pun malas-malas taik kucing, nak pujuk kau bila merajuk apatah lagi. Makin la mentaik kucing nya malasnya. Haha. kau merajuk pat hati pat malam ke, dia buat bodoh je.

3.       Kurang bercerita.
Kalau dulu, pape perkara yang happy atau sedih atau mengtensyenkan dia, kau orang pertama yang dia cari. Tak kira la malam pagi petang sekalipun. Tapi sekarang, kau tak tau satu apa pun pasal dia.

4.       Banyak memberi alasan.
Asal kau ajak sembang dia cakap dia penat. Asal kau ajak keluar dia cakap bizi. Asal kau ajak teman pi mana-mana pun macam-macam alasan dia bagi. Padahal dulu tak de hal pun. Semua ON.
Teringin nak angkat kaki,
Pergi jauh membawa diri,
Tapi diri masih menyayangi,
Haruskah terus bertahan demi sekeping hati?
Kan kan?mesti rasa macam tu kan?dah..jangan sakitkan hati untuk orang yang tak pernah menghargai. Dunia Allah s.w.t terlalu luas. Banyak lagi yang perlu diterokai. Banyak lagi yang perlu dirasai. 

Monday, February 13, 2012

Sakitnya Bersabar

Kau ingat senang ke nak jadi seorang penyabar?
Setiap kali orang hina kau,
Setiap kali orang tak pedulikan kau,
Setiap kali orang buat kau marah,
Buat kau tak tentu arah,
Kau kena tahan,
Kau kena pendam.
Apa kau tau kesakitan bersabar?
Apa kau fikir aku tak pernah cuba?
Apa kau fikir aku mahu hilang sabar?
Oh no.
Aku pun tak hingin okey.

Tapi setiap kali perbuatan kau yang melampau,
Aku tak boleh bersabar.
Setiap kali kau buat aku macam sampah,
Aku tak boleh sabar

Setiap kali aku kuatkan diri aku,
Setiap kali aku pujuk hati aku,
Supaya bersabar dengan karenah kau,
Aku seolah-olah menggigit luka sendiri,
Sakit, perit.
Apa kau tau?

Saturday, February 11, 2012

Lelaki Matang


I like bercerita pasal lelaki. Tak tau pasal pe. Mungkin nak menunjukkan betapa ai ni bukan lesbian kot. So, seiapa yang berminat boleh masuk jarum. Haha.

Siapa tak suka lelaki yang matang kan?

Bagi Mish, lelaki yang matang ni tau bila masa yang sesuai untuk bersuara dan bila masa untuk diam. Dia bercakap dengan berfikir dulu. Ayat dia ringkas, tapi padat. Dia tau cara untuk handle emosi perempuan. Dia jugak pandai bersopan bila dengan orang tua. Dia tau untuk tampil cemerlang dengan kerjanya. I like! Sekian terima kasih. Adios lelaki matangku! Haha.

Pssst~
Ada dua tiga orang blogger yang matang. Yes. Saya suka kematangan tu bila dia datang mengomen. Kbai. Zip mulut. ZIPPPP!

Friday, February 10, 2012

Kamu Berhak Tersenyum


Walaupun kadang-kadang kau rasa dunia ini tidak berlaku adil,
Kau harus tetap tersenyum,
Kau harus tetap bertahan,
Supaya mereka yang gembira atas kesedihan kau akan bersedih atas ketabahan kau.

Mungkin dah lama kau terseksa,
Dah lama kau ingin melupa,
Dah lama kau ingin gembira
Dah lama kau ingin bebas.

Tak semua yang di hadapan kita jujur,
Yang berbicara demi kebaikan kita,
Yang menasihati untuk mencegah kita,
Sebaliknya,
mereka suka berbicara untuk mematahkan semangat kita,
suka menasihati atas dasar mahu dipandang mulia,
hakikatnya, mereka semua bertopeng seribu.

Percayakan diri sendiri,
Yakin pada gerak hati,
Buat lah hatimu gembira,
Kembalikan senyuman yang dahulunya sering terukir di bibir...

Niat nak tengok UNDERWORLD hancur bila TERMINAL 2 blackout.

Salam semua. Bila dah update sekali mesti la nak update kedua kali pulak kan? Okeh, lepas je Menyelam di Jeram Toi hari tu, kami terus gerak straighttttt ke Seremban. Takkan nak balik terus kan, macam tak remaja la pulak. Haha. kat Seremban, kami tumpang tidur umah staf kami yang baru je mendirikan rumahtangga. Betapa jahatnya kami mengspoilkan hujung minggu pengantin baru. haha.
                              
Niat kami nak tidur sana sebab nak tengok wayangla kan. Kat Bentong mana ada panggung wayang. Disebabkan keterujaan nak tengok Underworld sebab tengok komen-komen yang positif daripada mereka-mereka yang dah tengok citer ni, kami pun beli la tiket pukul 10.45 malam kat Terminal 2. Kalau rasa tak tau Terminal 2 kat mana, rajin-rajinkanlahh mengGOOGLE ye. Haha.


Tengok jam, alah, baru 8 lebih, so kitorang chaww dulu lah. Balik makan. Dalam pukul 10 lebih baru gerak pi sana. Malangnya, Terminal 2 mengalami kegelapan. Blackout. Dah blackout cerita nak tayang camana. Ye dakk? Kalau ikutkan, tiket tu tak boleh tukar cash. Hanya di benarkan tukar tarikh dan cerita je. tapi kitorang kelentong kononnya nak balik Terengganu naik bas pagi esok apa semua. So, dapat la duit kami balik. Terus je hampa hati nak tengok cerita nih. Hampehhh!

Wednesday, February 8, 2012

Menyelam di Jeram Toi

Assalamualaikum w.b.t para pembaca belog pepel yang mana tuannya malas nak update. Haha. kalau la blog ni boleh berkulat, tentunya dah lama dia berkulat. Fuhhh..akhirnya hari ni tersingkap jua kerajinan ku untuk menaip.
                                     
Terus ke cerita utama. Haha. cuti hujung minggu hari tu serius Mish kebizian kegileran. Cuti dengan berjimba-jimba. Orang lain semua bizi duk berovertime. Buat pitis. Tapi kat tempat Mish apa kejadahnya farmasi nak berovertime kan. Klinik kecik aje. So, disebabkan Simpang Pelangai tu sangat lah dekat ngan Negeri Sembilan, maka kami geng satu rumah bercadang untuk menimba pengalaman mandi kat Jeram Toi. 

Dah beberapa kali rancang. tapi Allah tak mengizinkan. Ada je halangan. Akhirnya sampai jua kami ke sana.

Perjalanan kami hari tu memakan masa lebih kurang 45 minit la. Not bad kot. Tak sempat nak rasa kebas montot. Tut tut dah sampai. Haha. mula-mula sampai tu kelam kabut jugak lah, sebab tak jumpa waterfall nya. Nahh. Kecek omputiss doh. Haha. dengar je bunyi. Tapi airnya tak de. Tapi berkat usaha niat suci, jumpa la jugakk. Haha. mood? Haruslah gembira!

Ini gambar pengunjung bertuah kat sana yang berjaya kami ambil. Haha. padahal terang-terang muka jelita ai kat sana kan. Mereka adalah rakan sekereta gua pada hari tu. dan pengumuman, kami belum kahwin. Haha. lagi sorang duk ambil gambar kami. Siapa suh dia ambil gambar kan kan? Kan dah rugi..tak leh masuk blog pepel nih. Haha.

Okeh, korang anggap je Mish dah tepek gambar kami mandi manda dengan seronoknya kerana gambar real nya agak tak sopan untuk dimasukkan. Lepas mandi satu round, kami naik ke darat untuk menikmati makanan tengah hari. Kalau main air memang cepat lapar. Semua lauk ni buat sendiri okeh. Tak de beli-beli kedai. Tapi ternyata la bukan Mish yang masak. Haha.

Nahh. Korang nak tengok sangat tempat kami mandi kan. Tu diaa. Kami mandi betul-betul bawah air yang jatuh tu. sakit giler badan. Tapi best! Sebab macam gintell je. lenguh badan sebab jatuh katil semalam pun hilang beb. Kat port kami ni tak de orang langsung. Kalau kat bawah tu penuh ngan jantan. Nak mandi sekali pun terasa kegelian. Haha. tettt….

Ini antara kaki yang hanyut yang berjaya Mish kejar dan snap gambar. Haha. kaki sape la ni. putih berkilat sebab sejuk. Tulang-tulang semua haus sebab kesejukan menggigit tulang temulang. Auww!

Pape hal pun, Jeram Toi memang best. Hehe. Tapi sayangnya, tak boleh nak berenang sangat. Sebab baru nak menyelam sikit, dah tercium pasir. Adehh. Setakat nak berendam cam badak kat Africa tu boley la.

Lepas ni nak gi terjah air terjun kat lain pulak. Next destination maybe Air Terjun Chamang kat Bentong.hua hua hua. Jom jom sape nak ikut mai sini eh. Haha. ADIOS!

I'm Lovin IT!


produk yang tengah guna skang. not bad. haha. sekarang memang tengah gila beli mende alah mengarut macam ni. so far Mish guna okey la. walaupun orang kata kulit muka orang Korea lain ngan kulit muka kita. so, produk dari korea ni tak berapa nak okey la ngan kulit Asia macam kita nih. dah 2 3 bulan la Mish guna semua ni. alhamdulillah okey je semua. ada 'sesuatu' yang Mish suka tentang semua produk nih.

#yess. update jua akhirnyaaa!

Friday, February 3, 2012

Selalu Rasa BETUL

Sesekali kan, bengang jugak bila berhadapan ngan orang yang asyik nak menang je ni kan. Sampai cakap orang lain langsung tak mau diterima. Muktamad la kononnya. Kalau la dapat bos yang macam ni, memang haru biru pepel kuning segala warna haru la ada. Adeh.

Pernah kan, Mish cakap ngan orang yang asyik nak betul je ni, sampai hampir nak gaduh. Last-last, ok tak pe. Ameklah kau menang. Punya sakit hati tu tak payah cakap lah. Rasa macam nak je bagi dia makan kasut. Haha. tapi rilek la derrr..orang dewasa tak main lah gaduh macam tu. malu..wuwuwu. haha

Orang yang asyik rasa dia betul je ni biasanya akan cakap penuh konfiden pendapat dia. Siapa-siapa yang bangkang atau tak setuju ke apa ke mesti dia lawan hingga ke titisan darah terakhir. Haha. sesuai jadik tentera lahh orang yang macam ni. kah kah kah.

Kadang-kadang, terasa jugak diri ni pernah berperangai macam tu. yelah, dah pendapat kita kan? haha. mengata diri sendiri. Tapi berpada-pada lah. Kalau rasa tak boleh nak diterima pendapat orang tu, kau bukak satu blog. Kau karang panjang-panjang pendapat kau yang kau rasa betul tu. habis citer.  Tak payah nak bertekak macam budak-budak. Haiyaa. 

psst~
ahh. tak boleh nak pikir dah tajuk sedap sikit. haha.

Wednesday, February 1, 2012

Kembar Badut

so, tak payah nak hurai panjang la kan. baca printscreen tu pun dah cukup untuk korang tau penderitaan Mish skang. seriusly, sakit ya amat. tak besar pun, tak timbul, tak bernanah. tapi membengkak. warna merah tu memang jelas kenampakan la kan. sakit hati sangat-sangat. benarlah bak kata kak Lydia Miza, time nak sujud paling sakit. huwaaa.

kalau jerawat tumbuh kat pipi tu boleh la cakap jerawat matured. kalau korang tengok orang yang ada jerawat kat pipi tu, tak pun parut jerawat ke, korang tak rasa ke macam, eh, dewasa nya mereka. haha. poyo. kalau jerawat kat dahi pun boleh tahan sakit. kalau kat bibir lak rasa nak kutil-kutil je. kalau kat kepala lak okey lagi. cool. sebab bukan pedih sangat pun. erk, lagiiiii?kat mana eh?

#jangan ingat aku pekak bila aku diam. jangan sampai diam aku berbuah sudaaaa. spoil betul la manusia nih!

Semangat Februari

meniti hari dengan persaan terlampau gembira sehari dua ni. gembira kenapa? biarlah rahsia. haha. yang pasti. Februari adalah bulan kegemaranku. auww! happy sampai naik sawan. sampai lupa ai ada blog yang nak kena bagi makan.

semalam masa tengah tidur. tiba-tiba datang seru dari blog. menggelepar rasa mau update. tapi hati kena paham. umah tak de tenet. camane nak update. nak buat draf dulu dalam Microsoft Word macam rajin. tapi rasa macam..ahhh..lain kali lah.

sebenarnya semalam ai cuti sakit. yess. perut tak sihat. mengalahkan orang mengandung. so hari ni. rasanya macam sihat. haha. mentang ramai blogger ibu ibu yang pregnant, tetiba ai kena tempiasnya eh? tak logik betullah perut ni. 

okey dah. first entry sempena Februari. langsung tak bermutu. but, nevermind. nak sambung keje. tapi patient takde. heavennya!


Saturday, January 28, 2012

Jom Makan RAJA UDANG Celup Tepung

nyam nyam. semua yang tengok gambar ni sila la telan air liur semua ye. sedap giler sampai tergigit jari kaki makan udang galah goreng kepsi nih. garing. pastu isi dia tak muat. pernah makan? bagus. hanya yang pernah makan yang tau nikmat berudang galah besar cam gajah ni.

adik Mish takut nak makan udang ni. sebab besar katanya. takut jari dia terkepit. alamak, dah macam ketam la pulak leh kepit-kepit orang ni. sudahnya, dia tak makan. makanya, bahagian dia, Mish la makan. haha. rezeki beb. cicah pulak ngan sos Kimball atau Life. feeling owhhhh! makan petang-petang. sambil makan kau buli la adik kau buatkan teh O panas.

tajuk taruk raja udang dah macam nama burung kan. haha.

Friday, January 27, 2012

Blogger Suka Tidur Lewat Malam?

hulahuppp semua. salam sejahtera. dan salam keberkatan. dan salam satu Malaysia. lagi baik, Mish ucap, Assalamualaikum. islamik gitu. ye dak? ehee.

sepanjang tempoh Mish duk umah aritu kan. Mish selalu la tidur lewat. pukul 2 3 pagi mata still bulat cam panda lagi. dah nak kol 5 6 pagi baru mata mengecil cam mata gajah. tak habis-habis aku cerita sal gajah. maaf la ye. obses sikit kot. haha. okeh, dan sepanjang pemerhatian Mish yang tidur lambat tu, Mish terperasan, kat fesbuk, manusia-manusia lain semua nyenyak tidur. tapi bloggers, masih berjaga. tengah aktif lak tu.

tak kisah la yang duk aktif mengelike ke, mengupdate status ke, mempromote entry di page ke. dan, kalau kau update status status tengah-tengah malam buta pun, blogger jugak yang ramai mengomen. tak kisah la yang duk berjiwang ke yang duk jiwa kacau ke, yang tengah sumbakkk parokk ke. kebanyakannya adalah bogger. bae kali mau ulang daaa kan? hebat kan kuasa blogging. ia membuatkan blogger semua punya semangat tidak tidur. haha. dan seterusnya berkomuniti sesama mereka.

dan ketika entry auto post ni ditulis juga, ianya adalah tengah malam atau lagi sedap namanya awal pagi. lepas ni dah boleh tarik selimut dan tidur. maka, mungkinkah blogger lain yang belum tidur tu pun macam saya?sedang bertungkus lumus menyiapkan entry auto post. erk.

Thursday, January 26, 2012

Kenapa Mata Gajah KECIL

selalu kalau sebut gajah je mesti orang bayangkan yang besar-besar saja. besar macam gajah. gemuk macam gajah. dah sememangnya gajah tu menatang yang besar kan. sebab tu semua macam gajah. bangga gajah tau. tapi, pernah tak korang perasan mata gajah. mata gajah sepet je. kalah mata pakwe Korea ai tau.

ini adalah gajah dan anaknya. aku citer bajet macam korang tak penah tengok kan. haa. sumber from google image. tak kuasa la nak snap sendiri. gerunn oh.

kau penah tengok mata gajah? tak penah? kesiann. nasib baik Mish dah tepek awal-awal gambar gajah tu. umi kata Allah s.w.t kecikkan mata gajah sebab tak nak bagi dia tau dia tu binatang paling besar. sebab kalau dia tau. nanti dia rendah diri. ala, macam manusia la. kalau manusia, tau dan sedar dia tak macam orang lain. dia isi lebih sikit dari orang lain. mau tak makan. tak kuar main. tak berkawan ngan sesape. yela, namanya merendah diri. mahmudah tau. tapi akan jadi mazmumah bila perasaan tu terlalu menebal sampai memencilkan makan minum. memudaratkan diri tau. ish..tak baiknyaaa.

jadi, macam tu la kot perasaan gajah kalau dia tau dia tu gemuk. sian gajah kan. hehe. semua ni umi cerita masa kami ontheway nak ke Cameron Highlands aritu. lalu ikut Tasik Kenyir. dan tepi jalan tu ada santuari gajah. masuk free! so, time pergi dan balik kami singgah. barang free. siapa tak mau kan.

then, sampai sekarang Mish still percaya dengan cerita umi tu. ntah betul ntah tidak ye. mana la tau umi nak main-mainkan kami ke. adess. malu betul kalau kami percaya cerita dongeng ni kan.