Tuesday, January 25, 2011

Oh Kolej, Bagilah Saya Cuti Yang Panjang

OWH......SILA ANGGAP ADA FORMAT SURAT RASMI DI ATAS YEA!! (nampak sangat malas nak taip..hahhahahaa)

PERMOHONAN BERCUTI DENGAN JAYANYA!!

tuan / puan,

2. sehubungan dengan tajuk di atas, saya, Mish Lollypurp a.k.a Najihah Sahami ingin sekali memohon kepada pihak tuan yang berkuasa atas muka bumi, kat akhirat belum tentu, untuk berikan saya satu kali cuti yang panjang. panjang yang saya maksudkan adalah dalam 6 bulan atau setahun. cuti yang saya maksudkan juga adalah, cuti berelaun.

3. ini adalah disebabkan otot-otot kaki saya yang dah mula mengeras dan dibimbangi cramp jika digunakan untuk memanjat bukit demi pergi ke kolej dari hostel setiap hari. sila la kalau pihak tuan kat tempat pelajar macam saya. tapi ini tak adil, sebab tuan berkereta atau kadang-kadang tuan bermotor. tuan pasti tidak merasai kepenatan yang saya rasa. mohon dipertimbangkan.

4. selain iuga, saya juga memohon diberi cuti yang panjang demi menyiapkan tugasan yang diberi oleh lecturer-lecturer sekalian. bukan satu atau dua. tapi bertimbun-timbun. selain suka bertangguh, alasan saya memohon ini juga adalah disebabkan saya disaspek mendapat penyakit 'M' iaitu malas. oleh itu, perjalanan kerja akan terhenti bila saya diserang dan untuk pulih adalah sukar.

5. saya juga berhasrat untuk mendapatkan cuti yang lama untuk memenuhi masa saya bergolek-golek di atas tilam dan bantal yang empuk di rumah sana. disamping bermanja dengan tilam dan banal, saya juga boleh meluangkan sebanyak masa yang mungkin untk blog saya yang mulai usang dan suram ini.

kerjasama dan perhatian penuh kasih sayang dan kecaknaan dari pihak tuan saya hargai dengan flying kiss. mohon agar tindakan segera dapat diambil.

CETAKAN BERKOMPUTER, TIADA TANDATANGAN DIPERLUKAN!!

psst~
f0rmat diatas tak sesuai digunakan untuk budak-budak UPSR, PMR, SPM dan STPM!!kalau rasa nak fail dengan jayanya sila la yea!! o yeah....nak bersiap p kelas lak..tata!!

18 comments:

[.ika itu aku.] said... [Reply to comment]

comel surat ni...huhu

Hizami Li said... [Reply to comment]

haha.
pandai betol buat surat rasmi ye?
=.=

laskar rainbow said... [Reply to comment]

amboi2..siap tulis surat lg ye pepagi nak g kelas;) hek3=D
raye cina balek umah ke?

Areyoudys said... [Reply to comment]

as salam..

oo..mahu berehat..
lama pula tu..cukup 1 semester.
huhu..
apa kata...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'defer' je?
:)
seronok apa?haha,.
boleh tido sebulan tanpa henti.adoi

n__n"

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA!

hahaha :p

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

ahakss.kreatif la u nie.

sab said... [Reply to comment]

mish kawen jek la. sng! xpyh pk tuh lagi. haha

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Hahaha. Kalau tak leta p/s kat bawah tentu bebudak print esei ni lepas tu hafal format :P

p/s : Nanti saya cuba laksanakan permintaan anda! kekeke :P

Unknown said... [Reply to comment]

nak cuti pnjg bapoe meter mish?hahaha

Unknown said... [Reply to comment]

keh3..nasib baik dah lepas spm klaau tak azmi konfirm terpengaruh nih...

Hati Batu said... [Reply to comment]

haha siap buat surat lagi mish..haha ell pun cuti kejap je tau x..mne leh mish cuti lme2..haha =P

jom la dtg blog baru ell..hehe

eRza farEeha said... [Reply to comment]

mcm xdiluluskn je..haha

zirconia said... [Reply to comment]

amboi mish siap buat surat nampak. cuti jela sendiri :D

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

dengan rasminye den tolak ang punyer permohonan.haha

TS said... [Reply to comment]

letter rejected...huhu

Anonymous said... [Reply to comment]

hahahaha...surat nie dh bagus...cuma takde pujian utk bodek2 jer...

Cikpuan Qiqi said... [Reply to comment]

Re: PERMOHONAN BERCUTI DENGAN JAYANYA!!

Cik Mish,

Terima kasih di atas surat anda yg bertarikh 0 itu. Saya menerima surat anda dengan hati yang terbuka. Ketika saya membaca surat anda, tidak la saya terkejut kerana saya telah mendapat 'hint' mengenai isi surat anda.

2. Untuk maklumat Cik Mish, saya tidak dapat meluluskan permohonan anda yang tersebut. Ini kerana alasan yang anda kemukakan amat tidak patut. Ini kerana, tidak kah Cik Mish perasan kebanyakan masyarakat di negara kita ini telah obesiti?Adakah Cik Mish mahu menambah peratus yang terlibat dalam obesiti? Makanya adalah lebih baik sekiranya Cik Mish terus untuk melakukan senaman memanjat bukit itu supaya lemak2 di dalam badan Cik Mish tidak sempat untuk berkumpul.

3. Selain itu sebab kedua anda terpaksa saya tolak juga kerana saya tlah memperuntukan banyak masa untuk anda siap kn tugasan itu namun anda tetap sambil lewa. Untuk penyakit M tu, saya rasa anda perlu pergi ke klinik gigi. Doktor gigi pasti dapat menghilangkan penyakit itu.

4. Cuti anda juga terpaksa ditolak setelah saya mendapati tujuan anda ke mari hanya mau golek2 di atas tilam mahupun bantal. Tidakkah anda berasa pening setelah bergolek2 sampai tak ingat dunia? Makanya saya terpaksa juga saya menolak permohonan anda.

Diharap anda dapat menerimanya dengan tabah. Maaflah saya tidak dapat menerima flying kiss dari anda.

Terima kasih.

Yang berkuasa,

Cik Qiqi


p/s: hahaha...sdey bace surat ni

ghost said... [Reply to comment]

ok..flying kiss dah dapat..sipi2 jer.haha

selamat berehat mish