Tuesday, January 4, 2011

Budaya Berterima Kasih, Susah Ke Nak Amal?

dulu Brother Sham iaitu fasilitator Kem Motivasi kat kolej Mish pernah cakap, what u give, u get back. means, kalau kita buat baik, kita akan dapat balasan baik. dan kalau kita nak benda baik, kita mesti la buat baik dulu. kan kan?

boleh pakai lagi ke ayat tu ea. sebab kadang-kadang tu bila kita buat baik, balasannya? hurmm... kerja kita ikhlas. niat kerana Allah taala. bukan mengharap balasan semata-mata. 

kadang-kadang pernah tak korang rasa frust atau terkilan bila hasil kerja atau penat lelah korang langsung tak dibalas. hatta dengan senyuman atau ucapan terima kasih. perkara macam tu bukanlah harta terulung yang sukar dikorek atau dicarigali. sekadar diluah di bibir manis je. tapi berapa ramai yang masih tidak menyedari kesan ucapan terima kasih apabila diucapkan kepada seseorang yang telah berjasa kepada kita.

kalau bagi Mish, ia umpama kepuasan dan rasa macam berbaloi. bila rasa berbaloi baloi baloi, mula rasa nak buat lagi perkara tu kan.. bagi korang. emm..tak tau la kot. walaubagaimanapun, mungkin di antara korang yang membalas ucapan terima kasih tu dengan cara yang lain. its fine here. tapi yang nak dibangkitkan disini adalah insan yang langsung tak reti nak sebut terima kasih bila dah ditolong. aihh..susahnya nak didik manusia ni kan. ish!!

makanya di sempena tahun baru ni, berazamlah kamu untuk menjadi insan yang lebih menghargai sikit yea..

psst~
jarang lak nak ucap terima kasih pada korang-korang yang sudi singgah @ drop komen @ baca-baca entri Mish kan. ehee! entry terkena atas kepala sendiri. so, kepada sesiapa yang pernah bagi komen atau singgah ke blog pepel ni. TERIMA KASIH yea.

0 comments: