Saturday, January 22, 2011

Teruja Tunggu Filem Haq di Pawagam 2011!! [SINOPSIS]

owh, ok. mula-mula, umi cakap bagi salam dulu. so, ok, salam sejahtera yea semua. kemudian, terus pergi point. kalau tak, mereka cepat bosan. owh, ok umi. nak buat la ni.


kamu semua pernah dengar tak tentang filem Haq yang hangat tu. tak pernah dengar? meh nak bagi kamu semua dengar. eh, jangan dengar, baca. haha. melalut. ok, first of all, sinopsis cerita ni macam ni.


Filem Haq menceritakan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

owh, teruja tak jalan cerita dia?? macam best kan. dah lama teringin nak tengok filem thriller ala-ala Haq macam ni. dengar cerita filem ni akan mula ditayangkan kat panggung pada 27hb January. owh, dah tak lama yea. hoorey..jom memasing lepak Midvalley tengok filem ni. mesti gempak. haha.
info :
  1. pembikinannya menggunakan kesan khas menggunakan teknik janaan imej berkomputer (CGI).
  2. menggunakan khidmat pengarah terkenal Hong Kong, CL Hor yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Third Generation dan Kinta juga jadi sandaran.
  3. pelakon yang tak kurang hebat iaitu Zulhuzaimy, Nanu Baharuddin dan Adyputra.

psst~
harap-harap kali ni betul-betul ditayangkan la. no more delay-delay yea.
sekali dengar nama tajuk macam filem Hulk kan??haha

sumber : sinopsis cedok kat SINI
sumber : info tu pulak cedok kat SINI

13 comments:

TS said... [Reply to comment]

ade gaye nak g tgk ni..huhu...

iwan_dextrous said... [Reply to comment]

nmpk mcm bez...leh lar msukkan dlm list movie yg akn ditonton..hihii

eRza farEeha said... [Reply to comment]

jom2 p tgk..ehhe

Hizami Li said... [Reply to comment]

betol2.
macam hulk!
XD
tp bagos jugak.
nampak pembaharuan di situ.

zirconia said... [Reply to comment]

tengok trailer hari tu macam menarik nie :D

fya zainal said... [Reply to comment]

pernah nampak poster dia
agak cun berbanding poster2 kebiasaan wayang melayu!!

tomatokering said... [Reply to comment]

alaa , tak balek kL lagi . huhuhu

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

nak tgk cite merongmahawangsa;p

Unknown said... [Reply to comment]

serius ke best cite ni mish???
takut kecewa je...almaklumlah dah banyk kali pergi tgk citer melayu kat pawagam tapi alik2 rasam acam bakar duit je

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Nak tgk sebab ada Zulhuzaimi! Kiki :P

Ashiya Mizuki said... [Reply to comment]

pergh..tertarik bila bce...mcm best, hehehe..

jeera said... [Reply to comment]

aduhh akak, nie bkn filem merong mahawangsa tu ke ?
konpius adik,lain blog adik bkk, lain name dorg letak
kemain byk name..

Areyoudys said... [Reply to comment]

as salamm..
ada can untuk upload/download cerita ni kat torrent.haha

:D

ish.jahat bebenar.adoi..