hai semua. hai kamu. hai awak. hai hai hai hai. ahahaha. rasa lama lak tak update blog. padahal baru je semalam post entry. tapi tu pagi. ok abaikan. minggu first kat kolej ni, ehemm..rasa macam..segala rasa. paham tak?? err..konpem ampa tak paham kan? jom layan nota kaki Mish hari ni. lepas ni seminggu tak update pun tak pe kot. sebab nota kaki pun dah stana mulana (banyak).
psst~
minggu ni sangat penat. sampai nak update blog dan blogwalking laju-laju pun tak boleh. penat ngan minggu orientasi yang akan berakhir hari ni. penat buat aktiviti yang membosankan dan Mish jadi budak pasif. malas nak ambil port. sikap yang tak digalakkan kan??
psst~
bengang ngan segelintir junior. perangai entah dari keturunan mana. biadap tahap kritikal. benci ok. kalau Mish tak amek port, nanti cakap tak bertanggungjawab. bila kita tanya, menjawab bukan main. rasa nak lempang laju-laju kasi rongak gigi. benci ok!! bukan nak mendiskriminasi. junior ngn junior. dan senior ngan senior. but at least, give us some respect. time kami junior dulu. perghh. punye la gerun bila senior tegur. tapi sekarang. ahh. Mish nak merajuk!! buwerrkk je kan??haha macam la orang heran kau nak merajuk tu Mish...lalalalalala~psst~
rasa sakit hati ngan kaum sekelas. penting diri. kalau ampa baca dan nak terasa sekali pun silakan la. dah tak tahan nak diam. nak suh Mish wat perangai Geng Kapak macam kat sekolah dulu boleh. tapi ni dah tua bangka. aihh. malu la nak gaduh sesama kelas kan. so, matured la pren. kami tak pernah amek tau hal orang, tapi nape ada je mata dan mulut yang salu amek tau hal kami. makan banyak pun kena perli. apa kes? alahai..kebudak-budakan nya anda. err..emo kah???
psst~
buat baik dibalas jahat. perghh..yang ni pun menyirap. Mish tolong kawan diorang hari tu. Mish korbankan diri Mish untuk berroomatekan budak kos lain. siapa yang nak kan?? tapi tak pe. untuk kawan mereka yang sakit, Mish sanggup. cehh..alih-alih kami kena tikam balik. ceitt.letih la wat baik ngan manusia ni. hurrmm...
psst~
sangat rindu sama Iman. rasa nak tendang-tendang manja je ngan budak kecik tu..aih..ramai classmate pakat balik minggu ni. tapi Mish..err..pandang kosong je la. rumah jauh beb. tak padan nak balik. aih..rindu rumah. hehe. bila cuti rindu nak balik kolej. bila dah kat kolej, sebaliknya. hurm..
psst~
semoga hari ni penamat segala hari yang memenatkan dan menjengkelkan. minggu depan kelas mula. alaaa..malas nya nak masuk belajar balik. dah setahun praktikal.mana ada ngadap buku. tetiba nak kena sumbat lagi otak beku ni,. aihh...usaha!!usaha!! eheee..wish me luck in my final year ni ea.hehe
uiks..ni la antara ahli geng 5J..yang selalu jadi mangsa. aih..tak yah duk intai la mana Mish sebab Mish mang tak de dalam ni. jadi tukang snap je wess. haha.
18 comments:
namo emo2 laa yunk..
meh sini i pujuk..
(smbil usap2 kasar kepala mish)
hohohoh..
wahh..u baru nk stat mggu dpn ke..huhu..gd lux..
haha.
normal la tu.
nanti dah habis belajar, mesti rindu semua tu.
XD
>> missSenget :
err...makin nak marah ade la. haha
:P
>> eRza farEeha :
haha..aah yum..thanx!!
>> ..hizamirahim.. :
tu la..seb baik ade blog. bila wat catatan, kerja kang jenguk balik mesti ingt semua ni. kenangan~
nasib baiklah junior semua ok..
emo betul mish ek...hehehe...
biasa la dg2 junior mmg kerek..
Rindu balik rumah? Shag rindu nak balik kolej biarpun ada zmn kegelapan kejap. Haha. Bab, Jr degil tu kalau Shag dah lama pelangkong seko seko. Kata kita senior. Lg2, Fasi :P
Selamat Belajar, Mish.
Tahu tak, KFCM dan Elia kahwin?
takpe2 nanti bila kerja boleh belanaj mi....haha
macam2 hal eh mish. byk sabar ye :D
wewit! semoga berjaya dear. study rajen2 tuk sem akhir.nnty nak kerja plak. bila dah kerja. rindu nak study plak;) ala, dah namanya manusia. rambut jerk sama hitam. hati dan perasaan dy org kita tak leh sangka. kadang2 suka jerk mengata kita kan..so sabar k...lumrah dunia ;)
sabar le mish,
wooooooo~ cam entry emo keen beberapa hari yg lepas je.. ni emo betol entry mish nih.. hik3~
just one word, sabar~~ nnti satu ari nnti, diorang akn rasa gk pe yg mish rasa~~ ^_^
perghh ganas jugak mish ni ek hehe rileks la der..tu semua dugaan time belajar :D
weehuu ~ cool.. btw.. mana satu yg single? haha..
Ala cian kat ko yunk.. takpe2, nty bila ko free update n bw kaw2 taw..huhu yeah... kim slm kat genk2 ko ni ya...
byk sgt nota kaki u..i ingt kaki u ade 2 je..byk upenye..
Post a Comment