Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Gosip Tengah Hari : Bila Lelaki Datang Bulan

okeh, baru pukul dua belas lebih. so, kira tengah hari la kan. dah lama tak bergosip ni. haha.


ok, apa kata kamu kalau ada lelaki yang datang bulan ni? err. memang la bukan datang bulan yang macam perempuan tu. tapi datang bulan lelaki ni pelik sikit. sebab kalau lelaki dah sampai tarikh datang bulannya yang tak tentu tu. mak oih!! mau nya telan orang yang kat depan mata dia. pantang ada salah sikit. fuh. terus nak mengamuk. ok. tu yang tahap kritikal punya la.


tadi lecturer Mish yang lelaki datang bulan kot. sebab dia ngajar tak ceria cam selalu. lepas tu kalau kelas cam ada bising sikit. err. bising sikit je ye. macam dia teremo sikit masa marah tu. namanya marah. harusla emo kan. tapi tak macam kelas dia yang before ni. sebab before ni happening je kelas dia. huhu.


kena pulak hari ni Mish tak berapa nak fokus dalam kelas. ngantuk la bagai. nak hilangkan ngantuk tu, sembang la jugak seketul dua. pastu air mineral Mish dah habis. so, mintak la ngan member. namanya member, ada la unsur gurauan tu sikit kan. haha. sekali beliau tu nampak la pulak. adeh! kena marah tak memasal. 


aih, bila Mish yang buat hal, laju je mata lecturer nampak. padahal mamat-mamat kat belakang nun tidur tersengguk-sengguk tak de nak di tanya pulak. tak puas hati betul. haha. ok. think positive. marah tanda sayang. mungkin lecturer tu nak Mish fokus supaya berjaya. thats why dia tegur. kan kan. haha. baik la pulak.


ok laaa. gosip tak boleh panjang-panjang. nanti jadi ngumpat. haha. 

Friday, January 7, 2011

Entry Bernota Kaki


hai semua. hai kamu. hai awak. hai hai hai hai. ahahaha. rasa lama lak tak update blog. padahal baru je semalam post entry. tapi tu pagi. ok abaikan. minggu first kat kolej ni, ehemm..rasa macam..segala rasa. paham tak?? err..konpem ampa tak paham kan? jom layan nota kaki Mish hari ni. lepas ni seminggu tak update pun tak pe kot. sebab nota kaki pun dah stana mulana (banyak). 

psst~
minggu ni sangat penat. sampai nak update blog dan blogwalking laju-laju pun tak boleh. penat ngan minggu orientasi yang akan berakhir hari ni. penat buat aktiviti yang membosankan dan Mish jadi budak pasif. malas nak ambil port. sikap yang tak digalakkan kan??

psst~
bengang ngan segelintir junior. perangai entah dari keturunan mana. biadap tahap kritikal. benci ok. kalau Mish tak amek port, nanti cakap tak bertanggungjawab. bila kita tanya, menjawab bukan main. rasa nak lempang laju-laju kasi rongak gigi. benci ok!! bukan nak mendiskriminasi. junior ngn junior. dan senior ngan senior. but at least, give us some respect. time kami junior dulu. perghh. punye la gerun bila senior tegur. tapi sekarang. ahh. Mish nak merajuk!! buwerrkk je kan??haha macam la orang heran kau nak merajuk tu Mish...lalalalalala~

psst~
rasa sakit hati ngan kaum sekelas. penting diri. kalau ampa baca dan nak terasa sekali pun silakan la. dah tak tahan nak diam. nak suh Mish wat perangai Geng Kapak macam kat sekolah dulu boleh. tapi ni dah tua bangka. aihh. malu la nak gaduh sesama kelas kan. so, matured la pren. kami tak pernah amek tau hal orang, tapi nape ada je mata dan mulut yang salu amek tau hal kami. makan banyak pun kena perli. apa kes? alahai..kebudak-budakan nya anda. err..emo kah???

psst~
buat baik dibalas jahat. perghh..yang ni pun menyirap. Mish tolong kawan diorang hari tu. Mish korbankan diri Mish untuk berroomatekan budak kos lain. siapa yang nak kan?? tapi tak pe. untuk kawan mereka yang sakit, Mish sanggup. cehh..alih-alih kami kena tikam balik. ceitt.letih la wat baik ngan manusia ni. hurrmm...

psst~
sangat rindu sama Iman. rasa nak tendang-tendang manja je ngan budak kecik tu..aih..ramai classmate pakat balik minggu ni. tapi Mish..err..pandang kosong je la. rumah jauh beb. tak padan nak balik. aih..rindu rumah. hehe. bila cuti rindu nak balik kolej. bila dah kat kolej, sebaliknya. hurm..

psst~
semoga hari ni penamat segala hari yang memenatkan dan menjengkelkan. minggu depan kelas mula. alaaa..malas nya nak masuk belajar balik. dah setahun praktikal.mana ada ngadap buku. tetiba nak kena sumbat lagi otak beku ni,. aihh...usaha!!usaha!! eheee..wish me luck in my final year ni ea.hehe

uiks..ni la antara ahli geng 5J..yang selalu jadi mangsa. aih..tak yah duk intai la mana Mish sebab Mish mang tak de dalam ni. jadi tukang snap je wess. haha.

Friday, November 5, 2010

Gossip Tengah hari - Bakar Sampah..

psstt...
tengah hari buta ni...ngan keadaan cuaca yang sangat elok..panas je ni..hari yang baik untuk basuh baju, cadar, comforter dan segalanya la..sebab cepat kering kan??tambah plak dengan hari cuti ni..so, ni la hari yang baik untuk bersih rumah segala....

pulak tu Mish pon nak stat packing barang kan..so, ada la jugak baju dan selimut contohnya ntuk dibasuh..memang penat la mesin basuh hari ni...non stop...ye la..dengan kapasiti 10 kepala dalam rumah ni..mana boleh stopkan mesin tu...kang banyak lak baju yang majuk sebab tak dibasuh..

opss..melalut...

gosip tak leh panjang...ringkasnya..

masa ngah syok-syok jemur baju dan segala tu..ada orang kat rumah bawah membakar sampah..so, kami yang duk atas bukit ni la jadi mangsa asap dia tu..uhh..melekat la bau asap yag hangit tu kat baju kalau tak diangkat...asal hari panas je, cuaca elok..tengah-tengah hari buta ni la dorang nak bakar sampah..

apa, tak ada otak ke nak pikir yang ni hari minggu, orang nak bersih rumah apa semua..tak pasal-pasal kami kena angkat balik baju yang lembap tu lagi...kalau tak..kena basuh balik...hampeh..

i hate orang yang penting diri..selfish..p la jual ikan busuk sekor-sekor..nak nyusahkan orang pe hal??uhh...hate~

agak agak kalo mish p serang orang tu ngan kening berkerut cenggini nampak garang tak ek??

Tuesday, September 28, 2010

Gossip Tengah hari - dah ada Anak??

psstt....tadi kan..
before balik lunch..Mish terserempak ngan..err...member skolah dulu la...dulu die ni memang agak2 hot chick jugak...eh..boy k!!nak dijadikan cerita..kami dulu pernah la di gosip2kan....rupa not too bad larh..GATAL kan??hak2...

point : tadi Mish nampak die kelek budak..sorang umor 2 taun..sorang lagi 5 bulan kot...datang amek ubat..owh, dah 5 taun xjumpe..pas g tknik..terus xnmpak batang idong die..dah siap ada anak lagi skang..hak2...

hurmm..kalau gossip xleh panjang2...t orang len dengar...simpan lam poket tau citer ni..hehe..
sape xpaham tu..korang memang bukan kaki gosip la tu...hahaha

k..nak masuk keje dah!!!chaw!!