Tuesday, January 18, 2011

Giler Title ' Budak Blur'

pejam celik, pejam celik dan celik celik. dah 3 minggu sesi kuliah berjalan. waa. sekejap je. so far, kamu nak tau tak, dalam tiga minggu ni sepatah haram pun Mish tak tau paper. seriyes ok!! pergi kelas pukul 8 pagi, jalan kaki, naik bukit, turun bukit, dalam 8 minit jalan laju sampai la pintu pagar kolej. lepas tu kena panjat tangga sampai tingkat. penat seyh. 


pukul 8 tu kelas stat, kalau tak de lecturer, hoorey la kami. kalau ada, moyok je cedok ilmu. keji punye perangai kan? pastu rehat kol 10.30 pagi. lepas tu kelas lagi. 12.30 tengah hari rehat lagi. pukul 2 kelas lagi. dan akhirnya pukul 5 petang baru la aktiviti kelas habis. banyak betul lagi kan? haha.padan la muka.



nah, bagi korang rehat jap. haha. besar tak gambar ni? besar tak?? tak cukup besar?? :P

kelas padat, siriyes wess. kadang tu satu hari dapat kelas yang lecturernya yang sporting habis. maka, Mish yang duk belakang konpem la tak fokus. ngan ngantuknye lagi. pastu member pulak ajak sembang. eh, ye ke member ajak sembang? bukan Mish ajak mereka sembang ke? haha. sila pilih mana satu logik akal.


tambah pulak dengan otak yang beku seribu ketul ais ni. lagi la susah nak paham ilmu wess. setahun praktikal. langsung tak pegang buku. subjek tahun ni pulak bukan pasal ubat. lagi la susah kot. lebih-lebih lagi subjek Mikrobiologi Farmaseutik ngan Kimia Farmaseutik. sumpah satu haram tak paham nih. adehh. dah tiga minggu kuliah, apa la yang kau paham Mish oi. haha. ni mesti kes makan semut banyak sangat ni. damn la semut ni. haha.


untuk subjek Penyelidikan pulak, ades. kena buat proposal untuk satu research. ya ampun, tak tau la pulak kos Mish ni ada research, adess. baca literature review pun dah naik juling mata. belum lagi baca full version punye journal. haha. macam kau rajin je Mish oi. wuhuu. tajuk yang group Mish wat adalah, 'Kesedaran Orang Ramai Terhadap Breast Cancer' ada sensitiviti tak kat tajuk tu. open kot. paramedik harusla open kan kan? harap-harap tajuk ni tak ditolak. nak buat tajuk 'Kelebihan Perubatan Alternatif : Akupunktur' tapi dah ada yang kidnap tajuk tu. redha je la. ahaks!



psst~
mood nak study, tapi nak study apa? semua notes rasa macam tak penting je. err. boleh ke macam tu? haha. kawan-kawan, apa agaknya yang keluar untuk final exam nanti yea. nak cedok yang tu je. aci tak?? haha. i hate science very much. kesian saraf otak i!!

22 comments:

Cik Shag said... [Reply to comment]

Shag dah setahun cuti ni. Kalau sambung nanti, agaknya otak boleh terima ke? Adoi~

Tajuk tu macam best! Sebab, skrg semua orang, macam tak perduli je cancer neh. Lelaki pun boleh kena kan? Yeke? Hmph~

Moga tajuk tu di terima. AMIN!

.: iEyLa :. said... [Reply to comment]

huhu...gudluck yunk....
kaji siap2 ek ape msuk final..
t leh bgthu i sket..hahaha

Bulan said... [Reply to comment]

i dlm clas nk borak?harem!
kene blik marker la jwb nye.ehee

eRza farEeha said... [Reply to comment]

i amek major kimia yunk oi..ari2 sc..huhu/...
gilak bsq gmbo lu beb!!..huhu..comey!

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> Cik Shag :
yup..setuju tu shag..ramai yang tak sedar ni. termasukla mish. ehee. pasni beware selalu tau!!

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> .: iEyLa :. :
haha..i tak kaji kos akaun punye. hak2...adess..

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> Bulan :
waa..garang btol tu. hehe. xpe la..tak baik cakap masa lec ngajar tau. heehe

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> eRza farEeha :
haha..otak u tough tak pe..i nie..err..tak minat sains. huhu

Amyna said... [Reply to comment]

Ok lagi tu, mish tak duduk betul2 di belakang sekali.. kawan belakang tu busy jerk membelek modul.. hik3x.

M a W a D D a H said... [Reply to comment]

meh adah nak bagi tahu tips final exam...

ahaksss...

chemay said... [Reply to comment]

nasip kita sama la mish..
sem ni jadual padat gilaa..
if x kuat iman..
kompem2 ponteng je..
hehehe
:)

BENA said... [Reply to comment]

erkkkkkkkk kimia2 pulak ek . bena xsuke KIMIA ! tu sebab selalu tido lam kelas dulu2. HAHAHA :)


gud luck okeh mish ! heee ~ :)

CiPoT CeDoT said... [Reply to comment]

rasa mcm nak bawak bantal pergi kuliah..senang nak tido..hekhekhek...bawak pop corn ke..baru feeling2 mcm tengok wyg masa lecture tngh bla bla bla bla bla bla..hekehkehk

.:: dieylah :: said... [Reply to comment]

rajin2 kan diri la mish...study2..hehe

saya tak suke sains jugak...hehe

^^

Cik Shag said... [Reply to comment]

Hikhik. Shag pun apa kurang nya. Haha :D Oh ya, Mish. Shag tag Mish join kontes dr Ell ;) Hadiah kawan baik

Suara Kalbu said... [Reply to comment]

Yer sama.. Akak punya assignment semester ni kena buat event. Complete dengan publisiti. Rasa nak pengsan tak nak bangun bangun dah boleh ?

Izan Ishak said... [Reply to comment]

study pelan2 mish. biasalah tu kalau ada masanya malas sampai tak tau apa nak dibaca. hehehe...apa2 pun gud luck ye! blajar rajin2 tau mish!

misyamissyou said... [Reply to comment]

mak ai..besar tu gmbar..hehehe
study la study!

apik pehe said... [Reply to comment]

haha..bile da blaja akupuntur tu..jangan duk cucuk2 apik tau..hehehe

CIK TOM said... [Reply to comment]

study leklok ye syg..hehehe:)

Miss Yaty said... [Reply to comment]

tajuk projek mish tu menariklah..nanti share lah dalam entry ye..ramai orang tak sedar bahaya breast cancer ni.

mintak2 lah di jauhkan dari kita semua...amiiin..

Halif Mohamad said... [Reply to comment]

Mikrobiologi Farmaseutik? Ada tak rujukan? boleh pinjam tak?