Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Kemengantukan..Maafkan Saya Lecturer

hari ni sepatutnya ada lab. so, bajet cam Mish free la ari ni sebab Mish lab 3. untuk hari ni lab 1 dan lab 2 je.  beria la Mish bawak notebook ni mai kelas. sebab dah sure kelas dari pagi sampai rehat tengah hari tu kosong. konon la kan. nak isi masa free ngan study rasanya, thats not me larh.

masa duk kat cafe kolej nak beli breakfast ketua kelas datang cakap lecturer batalkan lab, buat kelas. aduh! macam kena hentak ngan batu kot. seriyes terkedu sat sebab Mish tak bawak nota subjek tu. err. mati la.

dan seperti yang dijangka, nota tak de.maka, tak de tempat untuk menyonteng. Mish tak suka salin note atas kertas lain. Mish suka conteng-conteng tepi nota lecturer tu. nampak macam comel. ok, kecomelan lebih penting kot. haha. oleh sebab itu, Mish tidur je masa kuliah. seriyes mata berat giler. semalam tidur kol 4 pagi kot. haha. langsung tak larat nak angkat kelopak mata. saya pasti anda memahami perasaan enak ini.

maafkan saya ye encik lecturer. seriyes tak sengaja. memang tak dapat ditongkat lagi mata tu tadi. huhu. lepas ni sila la jangan cancel lab tu tetiba. kan dah macam ni jadinya. ^_^



skang Mish kuat tidur. kalau kat hostel, lepas maghrib je mesti dah terlentang atas katil. sampaikan 5J semua pelik. bila malam je Mish senyap. langsung tak keluar bilik. memang la tak keluar sebab dah syok tidur. haha. tapi kadang-kadang kalau terbangun kol 2 3 pagi tu, memang akan online sampai subuh la. entah habit ape datang menyerang ni. musykil tol la.

psst~
saya sentap ngan sorang junior spek bingkai putih. apa masalah kita eh? bertegur pun tak pernah. pliss la!

Tuesday, January 18, 2011

Giler Title ' Budak Blur'

pejam celik, pejam celik dan celik celik. dah 3 minggu sesi kuliah berjalan. waa. sekejap je. so far, kamu nak tau tak, dalam tiga minggu ni sepatah haram pun Mish tak tau paper. seriyes ok!! pergi kelas pukul 8 pagi, jalan kaki, naik bukit, turun bukit, dalam 8 minit jalan laju sampai la pintu pagar kolej. lepas tu kena panjat tangga sampai tingkat. penat seyh. 


pukul 8 tu kelas stat, kalau tak de lecturer, hoorey la kami. kalau ada, moyok je cedok ilmu. keji punye perangai kan? pastu rehat kol 10.30 pagi. lepas tu kelas lagi. 12.30 tengah hari rehat lagi. pukul 2 kelas lagi. dan akhirnya pukul 5 petang baru la aktiviti kelas habis. banyak betul lagi kan? haha.padan la muka.



nah, bagi korang rehat jap. haha. besar tak gambar ni? besar tak?? tak cukup besar?? :P

kelas padat, siriyes wess. kadang tu satu hari dapat kelas yang lecturernya yang sporting habis. maka, Mish yang duk belakang konpem la tak fokus. ngan ngantuknye lagi. pastu member pulak ajak sembang. eh, ye ke member ajak sembang? bukan Mish ajak mereka sembang ke? haha. sila pilih mana satu logik akal.


tambah pulak dengan otak yang beku seribu ketul ais ni. lagi la susah nak paham ilmu wess. setahun praktikal. langsung tak pegang buku. subjek tahun ni pulak bukan pasal ubat. lagi la susah kot. lebih-lebih lagi subjek Mikrobiologi Farmaseutik ngan Kimia Farmaseutik. sumpah satu haram tak paham nih. adehh. dah tiga minggu kuliah, apa la yang kau paham Mish oi. haha. ni mesti kes makan semut banyak sangat ni. damn la semut ni. haha.


untuk subjek Penyelidikan pulak, ades. kena buat proposal untuk satu research. ya ampun, tak tau la pulak kos Mish ni ada research, adess. baca literature review pun dah naik juling mata. belum lagi baca full version punye journal. haha. macam kau rajin je Mish oi. wuhuu. tajuk yang group Mish wat adalah, 'Kesedaran Orang Ramai Terhadap Breast Cancer' ada sensitiviti tak kat tajuk tu. open kot. paramedik harusla open kan kan? harap-harap tajuk ni tak ditolak. nak buat tajuk 'Kelebihan Perubatan Alternatif : Akupunktur' tapi dah ada yang kidnap tajuk tu. redha je la. ahaks!



psst~
mood nak study, tapi nak study apa? semua notes rasa macam tak penting je. err. boleh ke macam tu? haha. kawan-kawan, apa agaknya yang keluar untuk final exam nanti yea. nak cedok yang tu je. aci tak?? haha. i hate science very much. kesian saraf otak i!!