Sunday, January 16, 2011

15/01/11 - Hari Makan Separa Sedar!!

seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, konon weekend ni Mish bajet nak duk diam-diam la kat hostel. sebab? sebab poket kering beb. ahaks! keringla sangat. unfortunately, keadaan tak mengizikan Mish duk hostel lelama. takut kematu montot. euww. hehe.

niat suci murni ikhlas abadi mang la nak duk lam bilik ala-ala perempuan melayu terakhir. tapi apakan daya. Mish sebagai 'artis' telah diundang untuk pergi ke One Utama oleh member sekelas. ceritanya begini. beliau nak mintak tolong tumpangkan awek die yang dari kolej lain untuk tidur satu malam berpeluk-pelukan dengan Mish. eh, perlu ke peluk? haha. semua tu tak terjadi pun ok. so, secara rasminya Mish nak bagitau member Mish tu lelaki. so, untuk masuk harusla guna pas kad. kan kan? so, kami perlu la keluar sekali untuk seludup orang yang masuk. ahaks. paham tak? Mish sendiri pun tak paham ni. tak pe la. korang kan baik. layan je ea. hehe.

seperti yang dinyatakan di atas. poket kering. kenapa kering? sebab poket tak kena air, so, kering la. haha. dalam keadaan kekeringan tu, nafsu makan Mish memang membuak-buak. waah. geli kan ayat tu. muntahkan apa yang anda makan tadi. cepat!! 

this is my first time keluar dengan poket yang kering dan nafsu terasa ingin makan semua yang ada kat dalam OU tu. mula-mula sampai kitorang terus terjah Burger King sebab teringinnn sangat nak makan burger. so, dah terlaksana. teringin nak try SUbway. tapi macam banyak sayur. kantoi Mish tak suka sayur. haha. lepas tu..sebagai seorang blogger yang 'suka' berblogwalking, Mish selalu la terbaca entry tentang Tutti Fruiti ni. entah apa ke jenis la tutti ni. nama macam bibik Indon. kan kan?? last sekali, Mish jumpa la kedai ni kat OU yang luas gedabak ni. o yeah!! meloncat-loncat macam monyet. tipu je. 

ni frozen yogurt - Tutti Fruiti -  Mish amek yang ada strawberry flavour.

nah..RM5.30 untuk 100gm. dan banyak tu adalah 110gm bersamaan RM5.85. pandai kan Mish cedok. sipi-sipi je ngan 100gm. hey, poket kering..harusla bajet sikit. setakat nak cuba je. dan rasanya, wow! sedap ok!!

lepas tu disebabkan keboringan kami pun terjah la lagi area GSC. ingat nak tengok wayang, tapi bila pikir duit. ok, abaikan. sebab memang niat keluar hari tu just untuk makan puas-puas. then kami pun nampak la satu kedai yang memang comel giler. Shimino Harajuku Japanese Creeps. korang pernah try tak? pernah tak? oww. pernah ea? Mish je la yang jakun. haha.before ni Mish memang takut nak cuba makanan yang pelik bin ajaib ni. tapi semalam. ntah la. last-last, membazir je RM8.90. sebab Mish makan tak habis.rasa muak sebab icingnya kot.


jalan tak sampai dua langkah, jumpa lak kedai apa ntak. kan hari tu Mish cakap teringin nak makan ABC. Aku Budak Cantek. eh eh. silap. Ais Batu Campur. haha. so, singgah kat kedai just sebelah Shimino tu je pon. kawan Mish yang lagi dua dah pening tengok Mish. asyik nak berenti makan je. ish. pedulik la pren. jiwa ngah hanyut. haha. Mish order Strawberry Ice. rasa? hurm. not bad. tapi muak jugak sebab susu dan sedikit manis.  

nah..ni la Strawberry Ice yang manis tu. nyam nyam.

lepas tu ingat nak g try Gelato Fruit la. nak tapau Big Apple la. nak beli Root Beer kat A&W la. last-last hampeh sebab member Mish tu dah kol ajak balik. opss. merana sat. haha. kempunan ni. alahai.


18 comments:

Miera Hassan said... [Reply to comment]

wow..bestnye makan...nyum2..i love food.kui3

eRza farEeha said... [Reply to comment]

mak ai..mkn byk tol..

Leyha said... [Reply to comment]

uikssss , mish ! makan ka tu ? banyak2nya makanan yang dimakan ! fuyooooo ! :D

me suya said... [Reply to comment]

ini adalah tipu..
tipu takde duet.. hahahaha

Gayahspears said... [Reply to comment]

amboi..sakan ko jln ya yunk..huhu
suke mkn askrem eyh???

Unknown said... [Reply to comment]

ahaha..gila r mish..ni rase nk p secret recipe nie..adoilaaa

다(da)양(yang) said... [Reply to comment]

aigOo..
nampak sedap je eskrem..eh, eskrem ke..huhu

Unknown said... [Reply to comment]

perghh..layann je makanan tuh,,best2:)

Anonymous said... [Reply to comment]

wow,mish nie mkn jer keja... bak sini sikit..haha

Aretikz said... [Reply to comment]

Ceh.. tak bawa orang.. ahakz..

laskar rainbow said... [Reply to comment]

alahai...makan jewk kejew..best nyeeee! pelangi dah terliur dah nieyh dear =)

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

yum,hargai la masa makan anda.ahakss
i loike ice cream!

sab said... [Reply to comment]

haih. teringin nk mkn big apple la pulak :(

CIK TOM said... [Reply to comment]

nak jgk..sedapnya mish!!

TS said... [Reply to comment]

uishh..mish..ni memang tahap mkn membuak2 ni...
jgn kuar slalu..hahaha

akU GaDis said... [Reply to comment]

semuanya sedap2,, nak jugak ^^ hik3

cik.shabah said... [Reply to comment]

dear!selalu buat cik shabah telan air liur je kan kan kan? ;p

Izan Ishak said... [Reply to comment]

mish....sume sedap3!
tekak dah mengidam...kena cari skrg jugak!