Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Datang Jua Ke Perutku..

Assalam semua!harap semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. ayat intro yang agak umik pada hari ini. haha.

seriyesli..Mish dah lama. teramat lama mengidam benda ni. sangat-sangat lama. (abaikan 'sangat' sebab 'sangat' tu hiperBOLA). asyik-asyik pergi kat blog kawan-kawan nampak post kawan-kawan pasal benda ni. ya ampun, kuatkanlah imanku. jangan kau goda nafsuku yang sudah terang-terang tergoda. auww! ayat tak menahan. haha.

so, tadi, Mish pergi Dungun, saja menggoda umi untuk ajak beliau teman sekaki. haha. tak best oo jalan sorang-sorang. ada umi dapatlah support sikit. buat alasan nak potong rambut la, nak pergi amek kerepek popia nestumla umah bekas jiran. puas dipujuk. finally, tiada yang menghalang usahaku. alhamdulillah. Allah s.w.t. permudahkan urusan untuk makan. haha. ayat nak kelassss aje kan.^^

thrill of the taste. KEASYIKAN RASA.
yippie! tu la makanan yang berhasil masuk ke perut.sedap. sedap. sedap. sedap hingga menjilat bibir. haha. bajet seksi. dah lama perut berdondang sayang nak makan benda ni. baru hari ni perut dan cacing-cacing dapat makan.

terasa kejakunan sebab Mish tau kawan-kawan semua dah makan. tapi tak pe. bila makan masuk perut sendiri-sendiri kan. ada ke korang makan pastu transfer masuk perut Mish sikit? tak deeee kannn...haha.

sekali lagi. sangat sedap sebab saya adalah peminat GCB!! bukan GERAI CIK BEDAH ye Usop. harap maklum. haha.

Sunday, July 10, 2011

Spaghetti Ikut Suka Hati

Assalamualaikum w.b.t.

haipp semua. happy sweet sunday yea semua. ehehe. hari ni rasa happy sangat sebab dah sarapan. sarapan buatan sendiri pulak tu. biasa main beli je kat kedai. banyak pilihan. nasik lemak, nasik minyak, nasik kerabu dan bla bla bla.

lain pula terasa hari ini. cewwwahh..ayat nak geli je kan. haha. pagi tadi tekak terasa nak makan western. lepas tu teringat la bahan-bahan nak buat spaghetti ade je kat umah ni.

lepas mandi je bermula la proses duk kat dapur. awal pagi u! jangan main-main. memasak ni kena ada semangat tau. sama la macam blogging kan. haha. serius cakap, Mish memang tak pandai buat spaghetti dan memang tak pernah buat spaghetti sendiri. ni first time. ok, sangat jakun. tapi sebenarnya lagi suka makan kat kedai. duit banyak kan. haha. tu ayat cover ok!

disebabkan first time, Mish main bedal je. masuk tu masuk ni. asal ada rasa. Mish potong ayam pun hancur tau. nampak sangat rajin masuk dapur. kan kan. haha. tapi nak masukkan dalam kuah dia tu memang elok jugak yang hancur-hancur. haha. ayat cover lagik. ^^

semua Mish masuk, sos Prego, sos Cili, lada kisar. haha. asal rasa cair lagi, tambah lagi. main cekup je apa-apa yang ada asal ada rasa. cara tk penting kot. haha. serius lawak masak tadi.



keh keh...kuah dia cair sikit sebab dah malas nak tunggu dia mengering. hahaha. terbaik wess. adik Mish siap tambah lagi. haha. berbaloi aku main campak-campak.

psst~
ampa semua jangan nak perli eh. sepak kang. hahaha...buat-buat la nampak sedap. support oo..hahahaa

Monday, January 31, 2011

Perut Berdondang Sayang Teringin

salam korang!! makan lom? ehee. tanya cam bajet i nak banje yea. adeh. sila jangan pikir macam tu ok! no money anymore. fuhh. dua hari keluar berturut-turut LAGI!! yea lagi. sebab sepanjang ingatan Mish, tak pernah sekalipun sepanjang sebulan duk hostel ni, Mish ada kat asrama untuk hari cuti. paling tidak, mesti keluar. adeh. mau tak pokai. ye ke idak? haha.

noktah tang keluar ape semua tu. saat ni, sekarang ni, minit ni, waktu ni. ni ni ni ni ni  nini cokelat celup. haha. perut Mish giler teringin nak makan :
  1. Kentucky Fried Chicken
  2. Mushroom Soup [Pizza Hut]
  3. Chicken Chop
  4. Tom Yam yang pekat punyerr!
  5. Satay ayam ngan kuah kacang
  6. Nasi kerabu
  7. Kek Coklat
  8. Tutti Fruitti
fuh fuh..mau kena serangan asma Mish duk taip semua keinginan nafsu perut ni. aih. mau kau tak gemuk Mish oi. adeh..agak-agak kalau semua makanan ni ada depan mata Mish, mana yang Mish nak cekau dulu eh? haha. yang paling penting, teringin sangatttt nak makan ayam goreng KFC ni. adeh. nak gigit, mamah, telan dan makan die punye crunchy-crunhy tu. adeh. sedapnye. kan kan?

Mish ni memang hantu bab kulit ayam yang digoreng garing tu. peh. sedap nya. krup krap krup krap. ohh ayam! ehee.

psst~
yeay!! Selasa malam balik Terengganu!!

Sunday, January 16, 2011

15/01/11 - Hari Makan Separa Sedar!!

seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, konon weekend ni Mish bajet nak duk diam-diam la kat hostel. sebab? sebab poket kering beb. ahaks! keringla sangat. unfortunately, keadaan tak mengizikan Mish duk hostel lelama. takut kematu montot. euww. hehe.

niat suci murni ikhlas abadi mang la nak duk lam bilik ala-ala perempuan melayu terakhir. tapi apakan daya. Mish sebagai 'artis' telah diundang untuk pergi ke One Utama oleh member sekelas. ceritanya begini. beliau nak mintak tolong tumpangkan awek die yang dari kolej lain untuk tidur satu malam berpeluk-pelukan dengan Mish. eh, perlu ke peluk? haha. semua tu tak terjadi pun ok. so, secara rasminya Mish nak bagitau member Mish tu lelaki. so, untuk masuk harusla guna pas kad. kan kan? so, kami perlu la keluar sekali untuk seludup orang yang masuk. ahaks. paham tak? Mish sendiri pun tak paham ni. tak pe la. korang kan baik. layan je ea. hehe.

seperti yang dinyatakan di atas. poket kering. kenapa kering? sebab poket tak kena air, so, kering la. haha. dalam keadaan kekeringan tu, nafsu makan Mish memang membuak-buak. waah. geli kan ayat tu. muntahkan apa yang anda makan tadi. cepat!! 

this is my first time keluar dengan poket yang kering dan nafsu terasa ingin makan semua yang ada kat dalam OU tu. mula-mula sampai kitorang terus terjah Burger King sebab teringinnn sangat nak makan burger. so, dah terlaksana. teringin nak try SUbway. tapi macam banyak sayur. kantoi Mish tak suka sayur. haha. lepas tu..sebagai seorang blogger yang 'suka' berblogwalking, Mish selalu la terbaca entry tentang Tutti Fruiti ni. entah apa ke jenis la tutti ni. nama macam bibik Indon. kan kan?? last sekali, Mish jumpa la kedai ni kat OU yang luas gedabak ni. o yeah!! meloncat-loncat macam monyet. tipu je. 

ni frozen yogurt - Tutti Fruiti -  Mish amek yang ada strawberry flavour.

nah..RM5.30 untuk 100gm. dan banyak tu adalah 110gm bersamaan RM5.85. pandai kan Mish cedok. sipi-sipi je ngan 100gm. hey, poket kering..harusla bajet sikit. setakat nak cuba je. dan rasanya, wow! sedap ok!!

lepas tu disebabkan keboringan kami pun terjah la lagi area GSC. ingat nak tengok wayang, tapi bila pikir duit. ok, abaikan. sebab memang niat keluar hari tu just untuk makan puas-puas. then kami pun nampak la satu kedai yang memang comel giler. Shimino Harajuku Japanese Creeps. korang pernah try tak? pernah tak? oww. pernah ea? Mish je la yang jakun. haha.before ni Mish memang takut nak cuba makanan yang pelik bin ajaib ni. tapi semalam. ntah la. last-last, membazir je RM8.90. sebab Mish makan tak habis.rasa muak sebab icingnya kot.


jalan tak sampai dua langkah, jumpa lak kedai apa ntak. kan hari tu Mish cakap teringin nak makan ABC. Aku Budak Cantek. eh eh. silap. Ais Batu Campur. haha. so, singgah kat kedai just sebelah Shimino tu je pon. kawan Mish yang lagi dua dah pening tengok Mish. asyik nak berenti makan je. ish. pedulik la pren. jiwa ngah hanyut. haha. Mish order Strawberry Ice. rasa? hurm. not bad. tapi muak jugak sebab susu dan sedikit manis.  

nah..ni la Strawberry Ice yang manis tu. nyam nyam.

lepas tu ingat nak g try Gelato Fruit la. nak tapau Big Apple la. nak beli Root Beer kat A&W la. last-last hampeh sebab member Mish tu dah kol ajak balik. opss. merana sat. haha. kempunan ni. alahai.


Tuesday, November 30, 2010

Jadi Cikgu Masakan

hai yayang semua. ahaks! kegedikan terpancar jua. ok guys.dah baca tajuk entry Mish?dah? belum? sila baca sekarang. kalau ada yang tenyeh-tenyeh mata tu. tak perlu sakitkan mata korang k.

hari ni umi pergi ke bandar Kuala Terenganu atas urusan rasmi. so, adik-adik yang lain my sister Athirah yang jaga. biasa kalau cuti sekolah, balik umah je.nasik dah siap hidang. tinggal nak melantak je. tapi hari ni, damn giler. nasik kosong je ada.lauk? talak ada paper.pemalas punya adik. cis je. haha.

sampai umah untuk lunch break tadi, adik yang 5 tahun ngadu lapar. aisehh..cakap nak makan nasik. Mish pun apa lagi. bagi la ceramah yang berilmu dan menginsafkan kat my little sister tu. pastu i suruh dia turun dapur. dan aku nak ajar dia masak. at least kena tau makanan darurat ni. sian betul kat adik-adik. makan roti je. ish..padahal tau sangat umi dah pesan kat dia suruh cari makanan, tapi lazy sindrom la tu. 

cewwah. jangan tak percaya tau Mish ajar dia masak. masakan baikkkkk punye! sape nak angkat Mish jadi bini cepat daftar. ley makan ni hari-hari. hehe. Mish ajar die masak apa? dengan bangganya Mish nak cakap Mish ajar adik Mish tu masak.... >>>> ikan bilis goreng kicap!. feberet Mish tu. hak2.simple kan. haha. mesti lam hati korang cakap :

" cehh..hengatkan ajar masak ikan stim ke, ayam masak santan ke. adik haku pon boleh masak takat tu"
 apakan daya. masa tak cukup. rehat kan sejam je. ini adalah alasan ok! k lah. nak siap p kerja. panjang la pulak entry ni. ish. tersasul bebel la tu. haha. happy blogging semua.
psst~
semalam tidur awal. persediaan nak cergas-cergas sebab hari ni last day praktikal. pasni sebulan goyang kaki kat rumah. yahuuu!

Tuesday, November 2, 2010

Penyelewengan Perintah Umi..

hoho...tiba-tiba rasa nak kantoikan diri sendiri...
tadi petang, pas balik keje. konon nak bw..
sekali dapat arahan dari Puan Besar rumah..suruh Mish beli tomato..
beliau mahu buat mee rebus..woo..meletop.

pastu alang-alang kuar beli tomato ngan sayur tu, Mish menyimpang tang Petronas jap...
pegi bank in duit untuk satu belian online..hee~
dingin-dingin hujan ni...
cacing lam perut mintak aiskrim lak..adess...
terus pegi bukak peti aiskrim kat situ...
kasi angkat satu Cornetto..
my feveret aiskrim...nyammm..

pastu duk pikir-pikir..
nak makan kat ne ek..
kalau bawak balik umah, cian kat adik-adik..

then dapat satu idea..yeehhaaa...
lepak kat tasik tepi Petronas...haha..makan ngan aman kat situ...
lepas tu baru laksanakan tugas umi tu..haha..nasib baik kedai tak tutup lagi..hee...
sampai rumah je..
dapat soalan kaw-kaw...
"beli tomato ke tanam tomato??"
***


motif??
sila jeles ngan eskrem saya~

Monday, October 18, 2010

Cepat! Mish Nak Belanja Makan Ni~!!!!

hai genG!! yea...betul..tak perlu la kamu-kamu semua duk baca tang tajuk entri tu dua tiga kali..memang Mish sangat-sangat bermurah hati hari ni. Mish nak belanja kamu semua makan. nak tak??sape nak, sila cakap mish santek..ahaks..

tawaran ni Mish buka just untuk beberapa ketika sahaja. Mish amalkan konsep, siapa cepat, die dapat. cepat!!siapa nak Mish belanja nih?? opsss..lupa nak cakap menu. hihi..Mish nak belanja nasik kukus je pon..hey!ok what!kan??

jom tengok contoh makanan..ok!

 hoho..xhot la gambar kecik..kan2...nahhh..Mish bagi besar punyaa!!
mau lebih clear??tengok bawah...

gulp~apa tu??

haha..konpem korang tau kan apa yang duk bertepek kat ayam goreng berempah tu??yess...telur lalat..yewww..so,apa kata kamu??nak Mish belanja tak??




psst : tak tahu nak cakap pe..fikir-fikirkan la...patut tak sebagai manusia normal...Mish makan nasik kukus peberet nih....!

mood : rindu adik-beradik..lambatnya nak tunggu semua balik...nak pi makan besar ramai-ramai..uhh...tuhan...percepatkanlah masa~

Tuesday, September 7, 2010

uhh...nak duit bole?

ting tong!!
hhaha..memang Mish tingtong pon ari nih....

oi..sape2...kawan atau xkawan..korang ada duit lebih x? uhh..sedekahlah sikit...hehe..boley x weh...hurm, td Mish g Pasar Payang jap waktu rehat td...syhhh....mampos kalau bos Mish bace blog nih..ahahaha...kunun nk p cari rempah masak ntuk umi la...mmg pon..da bising dah umi tu duk claim rempah die..uhh..terpaksa la pegi jap...pahala tu..haha...poyo!!

pastu sambil jalan, cuci-cuci mata sat..kiri kanan jalan tu..ada penggoda terhebat..eh, bukan pelacur..atau gigolo k...haha...tp antara yang Mish da tergoda..ni haaa.....




haha...bes giler popia simpul ni....peberet cacing lam perut Mish...hahaha..jalan punye jalan lagi..uhh..nmpak macam2 kue raya tu..murah jer...3 bekas 10 hengget..tp..erkk~sayang la duit nih..nafsu je sume tu..bek Mish simpan wat beli wedges ke, baju kurung ke, blouse ke.....erkk..handphone baru ke...hahaha...

kalau ikutkan nafsu manusia..uhh..xpenah puas..sume nak balun..tp poket sengkek..haha...so, korang...derma2 la kat Mish ni..t bile Mish da kaya..Mish balas jasa ngan backlink korang..cukup la tu...hahahaha..

okaila..nk chow..nk siap2..malam ni ada majlis perpisahan kitorang as a trainee kat HSNZ..yippie~~kat Permai Inn..jemput mai sume ek...

Wednesday, August 18, 2010

Nafsu Makan Aku

salam..erm, akhir nih selera makan aku asek down jerk..
mungkin sebab demam..batuk pun still bersisa..xtau dh nk mam ubat pe lagik...
haisy~xsuke..

bila hilang selera makan..hilang sudaa berat badan..
kurang nikmat hidup bila tgk makanan super sedap pun nampak cam makanan cap seposen hangit jerk..

hari ni genaplah 8 Ramadhan..
dengan itu, cukupla 8 hari berturut aku berbuka dengan Nasi Air a.k.a bubur ngn sup.
busaannnn!!!

tapi asal g bazar je, knpem selera a.k.a aku xtersntuh pun tengok lauk or mende lain..haisy~
tulun la aku.....
:(

Friday, July 30, 2010

*STUCK*

grrr...
apa mau buat??
aku mati kutu...

bosan+sunyi+sorang2=STUCK..

i'm stuck here....in a cute cube...

somebody help me....

huhu..housemate aku sume blik...tnggl la aku sekor lam umah ni..
adess...bosan tu tuhan je yg tau.....

recent activity...semasa n3 ni ditulis.Mish tgh nonton cter pe ntah...tv3..ala2 khutbah g2...
n aku tertarik sangat2 ngan tajuk die..

puasa adalah satu proses detoxication (betol ke eja ni?)...ermm...kalau difikirkan, betul jugak cakap dia..walopun aku ni salah seorang anggota paramedik (bukan pro) tp xpnh lak aku tpikir yang kebanyakan penyakit kat dunia ni datang dari makanan..

jangan salahkan makanan...salahkan diri sendiri tuh..sape suh makan xingat dunia..wah3..t bulan pose lagi lerr..time brbuka tu, makan knpem kaw2...OPSS...salah cara tu rakan..nabi pun selalu berpesan kan...buatlah sesuatu tu secara bersederhana...cewwahh..cam ulama lak..tp betul pe...

ok...let see ek...

hipertensi @ orang kampung panggil darah tinggi...penyakit ni datang menjengah kalau kita selalu makan makanan yang masin2..pastu sakit jantung lak datang kalau kita banyak makan makanan yang tinggi kolestrol..lemak makanan tu bleh block kita punya veins dan seterusnya terjadila serangan sakit jantung (heart attack)..kalau gout plak menyerang kalau kita banyak makan makanan berasid urik yang tinggi..contohnya makanan laut (seafood)..uikss..bahaya kan?????

bukanlah bermaksud xbley makan sume tu..boley ajerr..tp kena lar berjaga2..jangan makan kerana nafsu..t dapat penyakit baru nak terngadah..hahaha...

esok2 idup pun bergantung ngan Amlodipine, Frusemide (ubat darah tinggi), isordil, imdur, nifedipine (ubat jantung) dan allopurinol, colchicine (ubat gout)....

mintak jauh semua penyakit tu ya Allah.....

Makan Kat Luar vs Masak Sendiri


MORNING!!
waa...awlanya mish bangun..
uiks..
dunia nk trblik pe..

haha..dh2..toksah duk perli2 aku..
hurm..
td mase Mish duk berwalking2 kat blog org..(aktif btol aku skang)
trjumpe la blog c Jobot ni....
ntah sesape je die ni..

walobagaimanapon, n3 pagi ni bukan la nak bercerita Mish jatuh hati ke kt abg Jobot (abg ke??)..jz rase terpanggil nak tolong jwab n3 pling latest die stakat pembacaan aku la...iaitu..Rumah Bujang: Makan Luar Atau Masak Sendiri? Mana Lebih Jimat?

biarpun c Jobot tersebut meminta readers nya jwab kat ruang komen..aku tetap degil..aku nak jugak jwb kat page aku......

hurm, tajuk die tu agak2 nice la bagi orang yang duk umah sewa cam aku ni...dan orang yang sedang brkira2 untuk menyimpan duit wat kawen...lebih2 lagi bila Ramadhan hampir tiba nih..

makan kat luar ????means,makan kat kedai or bli makanan kat kedai then tapau ntuk makan kat umah....jimat ke ek ?ok, meh kite tgk...

nasi : RM1.00
ayam : RM2.50
sayur : RM0.50
teh ais : RM1.00

ok..totalnye....nah..genap2 RM5.00...kalau dah seminggu xnye abis dalam RM30??tu baru sekali makan..kalau yang makan 2x sehari...huhu...kira sendiri...

ok..tgk ni plak...

stok beras 5kg : RM13.00
stok ayam sekor (bli kt mydin) : RM11.50
sayur2an (kobis,carrot,etc) : RM5.00

c...cuba korg bandingkan ikut stok duit dalam jangka masa panjang...sume tu aku bajet lam seminggu r ley tahan ntuk barang mentah...ntuk beras tahan la lam 2 bulan..
hehe...so,aku pilih masak sendiri..jimat gilerr..kedai makan skang berniaga sebab nak untung je tinggi..tambah2 ngn harga gula yang agak2 biadap skang...

makan kat luar :

  1. nak pegi ke kedai tu guna motor @ kereta in case yg kedai agk jauh @ malas jalan kaki cm aku...dah kene gune minyak @ petrol...petrol mahal sikalang wooo....jangan membazir...
  2. makan kat kedai kena ala2 sopan..beradap..pompuan melayu la katakan...kot2 kesopananku tu bley meng attract ku..cesh..pasan
  3. b4 tu..nak kene cri seat...g awal dapat la ko meja ngan kusi..agak2 lewat tu..makan ats lantai la nampak gayenye....padan muka..sape suh malas masak..
  4. nak order sikit punya lame..nak2 bulan pose t..mak oihhh..jenuh la nunggu...
  5. bila dh dapat order..jangan ekau ingat bleh makan sosodap rase..ada je xkena..nasi lembik sangat..ayam masin giler..sayur lak macam nak bagi kambing makan...air lak xkaw langsung...haaa..kan da xleh nk adjust tu..
  6. tengah2 syok makan..ada plak la pakcik nih n the geng..duk smoke2...ngan asapnya berkepow2...uih...bikin panas..nak halau??bukan u punye kawasan...so, sedut je la.....
  7. yang paling penting...bersih sangat ke makanan kat luar tu..konpem je chefnye blik dari tandas..basuh tangan dulu b4 sambung masak..hahahaha...jangan muntah kat cnie
hahaha..jangan la marah k...klw korg pndai pilih kedai insyaAllah..xjumpe situasi cenggini....dan kepada yang berniaga tu...aku xla cakap sume kedai..tp most kedai yang aku pnh pegi, msti ad punya la masalah2 kebersihan..xpun service....dah memang sume xperfect kan.....so, wat2 la rajin masak kat umah tu...hehehe

nota bawah kaki busuk :

  • Mish pun sebenarnya bukan la pandai sangat masak2 ni..takat wat 2 3 lauk same tu bley la...hehe...tp actually, Mish ;agi selera mkan kalau airtangan sendiri, selain airtangan umi lol..
  • tahap ketereran mish adalah 3/10...still kena blajar...cian hubby Mish t...
  • segala penulisan di atas adalah dari dalam pale otak Mish..jgn marah, jangan trsinggung k...anybody has their right...

Sunday, July 25, 2010

Saya Sayang Kampung Saya

lewat..malam...=lewat malam..
macam biasa, kalau dah ada lappy ACERIUS ku kat tangan ni, konpem insomnia datang wat ngada2..

ish..xsuka btol aku..dah la es0k keje..uwarggHh...malasnye...

but,by hook or by crook..kene pegi jugak..bukan bapak aku punya kompeni nak wat sesuka hati..

alahai Mish~

hurm..talking walking (bkn walkie talkie k..) sal xleh tidor..cam bese..Mish nak kesimpulan yang membijakkan diri menjurus ke arah tajuk entri aku yang canggih tu..

"aku rase badan aku lenguh2, letih2...kaki aku gatal..."

mungkin ni akibat daripada aktiviti aku siang tadi..enjoyable punya aktiviti la..muahahahaha...hepi sangat..dah lama xbalik kampung..musim buah la tu..besnya, rambutan, manggis, durian, langsat, dokong..macam2 la ada kat kampung aku tu..

hehe..
aku xnak story panjang-panjang..
aku nak sesape yang bertuah tengok je gambar bercerita kat bawah ni ek...
yang terliur or geli geleman sila tahan jika ingin meneruskan..dan boleh tekan button close dihujung atas belah kanan anda..
Sekian~

yep...ni r muka aku paling eklas..jgn nak cakap cam pemintak sedekah ek..aku sepak korang setunkul-setunkul (seketul-seketul).. ampa xsoh duk pegheli la wajah cheq yang duk berkarat-karat nih...kick penalty kat celah gigi t...hee~

eeuuw..what's that??(slang gediXx gitu)..wat la..aku lempuk kang..ni la mangosteen (BI), manggis (BM), semete (GANU), setto (BESUT)...hehehe..

nmpak sedap kan..memang sedap pun..manis..peh..tapi korang ingat senang ke nak dapat buah manggis yang purple punyer kaler yg gue cayang nih...

Risiko!!

aaaa.....see??ap tu??uit..korang nmpak x jari telunjuk tu tunjuk ap??
itu la lintah...yewrkss...

hahaha...xyh la nak bajet bandar sgt...pacat je pun..hee~

selain tu..ni haa....hee~u all korg kenal ke buah pe??ehem2...ni buah langsat okeyp..bukan duku, bukan dokong..hehehe..caner nk beza??ntah..tnyer je pada yang pakar...

AJK terlibat..



.:.:.:dulu asal bergambar je..msti mke iman yang aku lebihkan...tp untuk versi nih..aku cube kurangkan..sbb nnti org dah xnampak kecomelan aku..asek ckp iman je comel..tergugat....hee~(busuk ati punye akak)


Nak tau nape kampung aku bes??


  • sebab aku rase kampung aku sangat cantekk....

  • sebab aku rase kampung aku unik...

  • sebab kampung aku sangat subur...teett..tgk..ada poko lada...ada pokok cucumber..he~



  • unik kan..gne hp bese je tau..bia r korg nk ckp biase2 je pun..tp ni hasil seni aku pling berkualiti..kott...he~
  • ye r, gune kamera 3.2mp je..tp amek gne VGA je..hehe..hasil..cun bg insan brgelar najihah..budak kampung..huhu

ni pucuk pegaga..k..kalau u all xtau..ni la die..petua awet mude tu..hehehe..(macam aku suke makan)

ni adik aku...yazid....

Angan si kunun-kunun..






Segmen tajaan..

brought to you by ::






ciptaan Yang Maha Esa..





Sekian dari Mish Lollypurp...