Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Sikuku Buruk??

jenis Mish ni tak suka pakai baju meleleh ya ampun. biasa la. jahil kan. masa shopping raya tahun lepas, Mish terbeli banyak baju yang besar sikit dari Mish. kalau takat labuh punggung tu ok lagi. tapi kalau baju tu meleleh kat bahu. memang mula-mula sekali ai rejek. ke topik asal, baju raya tahun lepas banyak yang Mish beli tak menepati piawaian. maka, jalan terbaik, hadiahkan pada adik. sebab adik Mish lagi besar dan tinggi dari Mish.

haha. rela hadiahkan free dari pakai. berlagak kaya kan aku? tak kisah la. adik beradik je pun.

tapi skang bila pakai balik, rasa macam best je pakai baju besar. selalu gak Mish pakai baju tu kalau nak pegi mana-mana. lepas tu, masa duk packing barang tadi. Mish bagitau dia.



"kak, along amek balik la baju yang along bagi ke awak tahun lepas tu aci dop?"


"baju ane?"


"oloh, baju lengan panjang jenama XXX yang kaler kelabu tu."


"owoh, dah kakak tak dop baju la nanti. awak beli la lain. nanti kan awak keje dah."


"malas eh. macam sedap je pakai. along amek ah. raya ni awak beli lain eh."

haha. jahat tak agak-agak? haha. cincanglah kami, kami akan mati. tapi kalau cincang air, air takkan putus. motif? erk! prinsip kami, baju aku baju kau, baju kau baju aku. hahaha

dapatkan Vios terbaru anda disini.

Saturday, July 16, 2011

Mengail Ikan Duyung

asal hari minggu je mesti Mish jeles. semua yang ada pakwe dekat-dekat pergi dating. grrr. ai jeles tau. pakwe jauh. oh no. sedih sangat bunyinya kan. dlu masa kolej best la. aku la paling heaven. tiap-tiap minggu berdating. haha. kuar terus gelak setan.

oh, i miss u. again. hehe.

semalam Mish pergi kuantan. erk, tiap-tiap minggu ke kuantan. dah macam apa kan. best oh kuantan. siapa cakap tak best sila lempang diri sendiri. kenapa kuantan best? kuantan ada East Cost Mall, ada Berjaya Megamall, ada Pantai Teluk Cempedak. KL ada? Melaka ada? tak de kan. sebab tu tiba-tiba kuantan jadi best. dah keluar perangai jakun dah. aigoo.

berada di tengah-tengah lautan. eh, tengah-tengah Pantai Teluk Cempedak. eksaited gilerw dapat jumpa air pantai. dah berbulan kot puasa dari pantai-pantai ni. itu bukan anak, itu adik saya, Azim. hehe. nak kenal? bak mai nom.

haha. cumil kan budak ni? pasal cumil sangat la kena pusing sikit.  haha. malas nak betulkan.  kalau rotate balik, nampak pelik yang amat. hehe. teringin nak jadi model pantai. auww!

eh, manusia ke ikan duyung ni. haha. duyungggnya dia. ades. mamat tu cakap ai makin tembam. grr. tak menjaga perasaan buah hati betul la kan. haha. tu peace yang tak sempat nak angkat satu jari..
:P

ni adik nom 3. jarang-jarang kome dapat tatap wajah dia sebab dia jarang kuar rumah. dah berbulan duk rumah. ni baru jumpa cahaya matahari direct. kalau tak. duk bawah atap je. haha. dan tahniah sebab dapat pergi ke UNISZA. tempat palinggggg 'jauh' dari ganu. hehe

ahaks! ni kegemaranku. kali kedua dapat makan GCB dalam minggu ni. memang hantu GCB. tak leh nak kata apa la. nyum nyum. siapa yang belum makan baik pergi makan sekarang!!hehe.

gambar macam pecah sebab guna kamera henset VGA. tak mampu nak guna 3MP sebab memory dah nak penuh. haha. kesiannnn.

sekian sebab baca entry merapu dan tak de kena mengena dengan tajuk. bai.

Tuesday, July 5, 2011

Punyala penat beratur..

bayangkan anda disituasi saya.

tadi pergi pasaraya kat bandar Kuala Terengganu sebab nak beli barang dapur (macam dah kawen kan? ahaks!). nak harapkan duit i untuk beli barang dapur memang tak la kan. so, guna la talian hayat. call abah, mintak abah masukkan duit. hehe. tak de masalah sebab abah keje bank. so, tak de la susahkan abah nak kena skip keje kejap cari ATM ke apa kan. saya anak yang baik. anak yang baik tak susahkan mak bapak. haha.

lepas tu, cepat-cepat la Mish pergi kat ATM. tengok barisan? ohmai! ramainya. demi duit, semuanya ku rela. haha. punyala beratur panjang. dalam 6 minit gitula kot. bila dah sampai turn Mish, eksaited la ni konon-konon. tekan-tekan jumlah yang nak dibawak keluar. alih-alih mesin tu cakap, baki tidak mencukupi. ohmaigod! wat happen.

lekas-lekas kol abah. nak tau abah jawab apa?
"alamak! abah lupa nak masukkan. tunggu jap. 3 minit" grr..kena beratur panjang lagi sekali. adeh!

dengan muka malu-malu kucing pergi beratur lagi sekali. *sigh*

Friday, July 1, 2011

Pengalaman Berlawan Dengan INCREDIBLE HULK.

tangan tengah terketar-ketar. bukan sebab tengah hot marah. tapi baru lepas tangani adik yang mengamuk bagai dirasuk jin. seriyes. dia kalau mengamuk, ikutkan hati pukul guna penyapu sampai patah pun belum tentu dia diam. dia mengamuk sakan just sebab kami tegur dia berebut belon dengan si Iman. adess. budak kecik tu pun satu.

dia pukul, sepak apa semua adik beradik yang lain. mula-mula Mish malas nak layan, sebab Mish ni bukan penyabar. tapi alhamdulillah tadi, Allah bagi Mish kesabaran yang kuat. lebam lengan, bercalar kaki apa semua dia cubit, gigit, sepak la. tapi sikit pun Mish tak marah. sebab api kalau lawan api, habis la. so, Mish pilih nak jadi air. cuba nak coolkan dia. Mish cuba ingatkan dia tentang arwah, tentang dosa buat macam tu kat kakak-kakak semua. tapi, haremm. sepatah pun dia tak dengar.

padahal dalam hati, panas jek tengok lengan bercalar. grr. kurang mas kawen aku. haha.

last-last, Mish cuba selawat, tiup atas kepala dia. Mish pegang kepala dia, tangan lagi satu pegang lengan. kuat gila budak ni. seriyes. lepas tu Mish baca ayat kursi. aa. sebab dah tak tau surah apa terbaik untuk keadaan macam ni. Mish ulang banyak-banyak kali. dia berhenti meraung. tapi tenaga still kuat. penat pegang okey. dah rasa macam totally spies pulak. haha.

dekat setengah jam kot bertarung dengan raksasa kerdil tapi kuasa macam Incredible Hulk. lepas tu Mish selow-selow tanya dia, adik nak marah sape sebenarnya? adik nak marah nape? adik dapat nape kalau marah-marah camni? tuhan tengok adik ni. malaikat semua duk catat dosa adik wat ke kakak-kakak. lepas tu dia jerit, nak gi mandi. fuh..mula-mula teragak-agak nak lepas ke tak. sebab bimbang dia terajang sliding door.

haha. memang happening a pengalaman malam ni. ades. tak pernah kot Mish biarkan badan ini disakiti sesuka hati. moral of the story, jangan berlawan dengan api. lagi satu jenis Mish, kalau orang yang marah-marah ni, Mish suka jirus air je. bia sejuk dan cool sikit. haha.

psst~
mungkin lepas ni kena bawak jumpa ustaz. kan??

Wednesday, June 8, 2011

Sebak | Kerana Mereka Sangat Akrab

asalnya niat dah malas nak cerita pasal tragedi 2 Jun hari tu. serius. kalau boleh Mish nak kembali berblogging macam biasa. baru je duk cari idea nak update. serius gatal tangan nak update. tapi tak de idea. so, layan la FB jap.

bukak home FB, 1st post yang Mish nampak buat Mish rasa sebak plus sentap. tak sangka. dalam ceria dia di siang hari. ada gundah yang tersimpan. serius tak sangka. sebab dia masih kecil untuk lalui semua kerinduan menggila macam ni. kecil-kecil dah pandai sorok perasaan. syabas dik.

see? memang dia ni rapat sangat dengan arwah. sangat-sangat rapat sehinggakan orang selalu anggap diorang ni kembar. mula-mula arwah takde, nampak sangat yang dia sedih. asyik berkurung dalam bilik. tidur, menangis, dan lepas sembahyang memang dia akan baca Yasin. alhamdulillah dia sedar tanggungjawab yang hidup kepada yang mati.

perpisahan disebabkan kematian sangat-sangat menyeksakan.

Tuesday, June 7, 2011

Jiran vs Saudara-mara

kalau ikut logik, bila orang tanya..jiran dengan saudara-mara, mana lagi penting.
mesti ramai yang jawab saudara mara kan. sebab ikatan darah takkan putus nak dibandingkan dengan jiran yang langsung tak de kena mengena dengan kita.

tapi sebenarnya, bagi Mish la. jiran lagi penting kot. erk. cepat-cepat sedar.

sebab kalau ada apa-apa kecemasan, jiran yang mula-mula sekali kita akan cari. macam contoh terdekat kejadian yang terjadi kat keluarga Mish baru-baru ni. jiran tolong melebihi saudara mara sendiri. kadang-kadang pertolongan yang diorang beri buat keluarga kita terharu sangat. speechless.

kalau terjadi pape kat keluarga kita kat umah, orang pertama yang kita nak cekau adalah jiran. rumah terbakar ke, parents sakit ke, umah masuk pencuri ke. dan sebagainya. so, kalau nak pertolongan first calss dari jiran. hubungan dengan jiran pun mesti la first class kan.

sampaikan umi pesan, " along nanti keje, dapat gaji, jangan lupa kat mocik dan pocik tettt tu. banyak dia tolong kita."

tapi, sometime, saudara mara pun penting. erk. terpulang pada situasi kot. kan kan.

nampak sangat entry ni pening-pening. tolong hilangkan penng boleh?



Monday, June 6, 2011

Past is past

salam semua. 

rasa macam dah lama giler tak update. padahal baru je buat quick update . 

dan rasanya lagi, Mish dah cukup kuat untuk terima semua takdir Allah s.w.t. ni. lagipun, kalau bersedih menangis setahun 14 hari pun yang pergi tetap pergi. dan Mish tak de la sampai mengalami kemurungan. cuma kalau macam tengah-tengah malam tu. terasa la jugak kerinduan tahap mencipan tu kat arwah. 

tak sangka. dulu kalau tanya adik beradik berapa? dengan mendabik dada Mish jawab 9 orang. tapi sekarang. adik beradik berapa? 9 orang, tapi sorang dah meninggal.

BUT, past is past. 

dan sekarang. rindu jugak 3% kat pocik belog ni. tapi tak dapat nak mengadap selalu sebab notebook plus broadband tak bawak balik. sebab masa dapat tau pasal ni, kelam kabut. tak sempat nak kemas pape. bayangkan pukul 5.40 pagi abah kol cakap tak dapat nak datang ambik. pastu abah suruh naik teksi untuk balik ke Terengganu. what? mula-mula terpinga-pinga jugak. mamai lagi. lepas tu dengar suara latar belakang adik-adik duk menangis. terus sebak walaupun ta tau pape. cepat-cepat bangun, mandi dan rumate kol abang angkat untuk tolong pergi cari teksi. 

hasilnya, RM500 untuk satu teksi. i have no choice. terima je la. 

last but not least, thanx kepada semua yang bagi semangat dan ucap takziah kepada kami sekeluarga eh. terharu kejap. thanx jugak untuk blogger yang susah payah datang umah walaupun badan tak berapa sihat.

Monday, May 23, 2011

Happy Birthday UMI dan IMAN!!!!



nah..besar gedabak ai taruk gambar. hari ni adalah ulangtahun kelahiran UMI dan IMAN.
both of you, along nak ucap :

UMI

  • jaga diri, jaga kesihatan. lepas ni tak leh nak marah kuat-kuat, tak baik untuk kesihatan. ehee.
  • semoga panjang umur, murah rezeki. 
  • semoga umi bahagia di dunia dan di akhirat.
  • along balik nanti, umi masak tom yam eh. haha. (bertuahnya dapat anak cam ai kan?)

IMAN
  • ehee. kejap je besar adik along sorang nih. stay cute!
  • jangan banyak ragam kalau along ada kat umah. cubit kang. hahah. (bajet garang kan?)
  • kurangkan buas, banyakkan tidur. erk, bolehkah?
  • dah 2 tahun pun Iman, nanti besar belajar jadi padi eh, makin berisi tunduk ke bumi. jangan jadi lalang.

BOTH OF YOU : 
  • miss u damn much!!


sekian~

Tuesday, May 17, 2011

Saya Memang PenJELES!!

gerenti kalau cikgu BM baca tajuk entry Mish tu, menangis tergolek-golek la beliau. tak kena langsung ayat 'penjeles' tu. dah la eja jeles. it should be cemburu or jealous. kan cikgu kan?

eh, kawan. jom jangan melencong. saya nak cerita ni. awak dengar eh. haha.

  • hari ni cuti, saya jeles 98% dengan kawan-kawan dan roomate saya yang keluar hari ni. tapi saya merempat je kat bilik. kenapa tak keluar? umi tak bagi. 1st time umi tak bagi keluar sebab umi bimbang kes orang simbah asid. jangan cakap umi saya tipikal. sebab ni realiti. mana nak tahu sekali masa Mish lalu, orang tu tengah cari mangsa. erk! habis la muka spoil ai nih. lagipun kalau umi bagi keluar pun, Mish tetap tak keluar. save budget. :P

  • hari ni birthday Athirah Sahami. so, dia dapat call free dari CELCOM. saya jeles 40% sebab saya pun nak gayut free jugak. dapatla save duit topup. kan kan?kan best kalau call free tu boleh share-share. alahai CELCOM.

  • sekali lagi, hari ni birthday Athirah Sahami. tadi masa gayut, umi dengan sangat baik hatinya bagitau yang hari ni umi masak spesel. jeles 100% dengan adik-adik. kenapa saya tak balik. kenapa saya tak berada dirumah ketika ini. pastinya saya dengan rakusnya habiskan makanan tu. :(. umi baik sangat. tapi umi lagi baik kalau tak bagitau tadi. geram je. haha. saje letteewWW.

  • bab ni memang patut saya jeles. 300% jeles dengan budak kos lain. awat ampa semua dah boleh balik eh? kenapa kami lak kena tunggu 3hb JUN baru boleh balik. dah tu pulak kami kena perap je dalam hostel ni. apehal? adoi! tertekan. jom tukar Ketua Program nak? haha. 
muka budak jeles. HAHAHA. poyo! booo. padan muka kena duk hostel. 

semua tu sangat logik untuk dapat hati busuk ai kan? nahh. semua perkara diatas. ai datang nak bagi hati ai yang busuk ni. oh hati, saya sangat sakit. 

Its Athirah Sahami Day!

di mana hari ni, 17 MEI adalah ulangtahun kemenangan Athirah Sahami menendang perut umi. lantas umi terberanakkan dia. dah tua dah anak nombor 4 umi ni. haha. well,

daripada alongmu yang cantik manis ni. peace!

mesti korang terharu kan kalau korang jadi adik ai. haha. cepat-cepat! sape nak jadi adik ai meh isi borang. haha. okeh. sangat poyo disitu.

pape pun, Athirah Sahami aka kakak!

  • tahun ni SPM, do your best.
  • kurangkan online FB ke apa ke. tahun ni yang tinggal untuk awak korbankan kesenangan tu. nanti dah lepas SPM awak nak online sampai lebam pun tak de sape nak marah. yeye je. haha. konpem umi bebel. =)
  • jangan menggedik sangat ok. along sepak kang. haha.
  • jangan kuat ngat merajuk ngan umi. kesian ke umi. ok! jadi la anak yang baik. booowerk. hehe.
  • last but not least, kita adik beradik jangan berpecah. susah senang, ada pape, bagitau. jangan duk bengkak lam hati. pastu nangis sorang-sorang macam malam tu. haha. cengeng! =P
tak nak cakap banyak. nanti kalau budak ni baca lebam mata dia nanges. haha. tata!

psst~
tajuk entry tu macam something wrong je kan. adoi. sesape ade nak komplen sama? erk!

Monday, May 9, 2011

Tentang Umi | Nak Cerita Pasal Umi Jugak

mentang-mentang la hari ibu. semua nak tayang muka ibu masing-masing. mana aci! Mish pun nak tayang jugak. hehe.

by the way, ni la wajah kesayangan hamba. pemilik air tangan yang Mish paling rindu nak makan. penangan air tangan beliau la yang selalu buat cacing ku bergolek-golek kelaparan. ahaaa. stop crapping!

nama : Puan Wan Juhana bt Wan Chik
tarikh lahir : 23 May 1966 --> tak lama daa bday umi!
pekerjaan : guru / cikgu
korang tau, kawan-kawan Mish cakap, dorang suka dengar umi bercakap. sebab umi ni lucu. memang pun. sebab umi cikgu, maka sebab tu la umi ni kalau bercakap, tangan mesti berkepak-kepak. cerita nya pun bersungguh-sungguh. lepas tu suka gelak. umi memang macam tu.

kalau dia nak bebel pasal anak dia. memang terbaik ah umi. rindu giler nak dengar. budak-budak umah sewa Mish dulu mesti gelak terkangkang-kangkang sebab depa cakap umi bebel kelakar. aduh. tang mana kelakar pun aku tak tau. ok, bab kangkang tu aku tipu. dorang tak de la tak senonoh sampai camtu kot. so, far ok la kalau dorang happy. haha.

kalau susah hati, Mish suka gayut ngan umi. kami gayut tak de la lama sangat. al maklum la. umi ni ibu kepada 9 orang anak. so, paham-paham la tahap kebizian dia. tapi kalau dah gayut tu macam-macam topik la. duk cerita pasal adik-adik la, pasal sekolah dia la. lawak la umi ni. kadang tu bila umi duk cerita, anak umi ni nangis tau. sebab rindu sangat kat umi. tapi pura-pura gelak. nanti kalau umi tau, malu la anak umi ni. adik-adik kalau baca syhhh sudah tau!

fakta yang langsung tak tipu tentang umi!

  1. umi ni akan marah bila
    -kami melawan kata dia. erk.
    -kami tak tutup pc/laptop waktu maghrib

  2. umi mengamuk sakan bila
    -anak jiran datang umah lepas tu suka-suka je petik pokok bunga umi. pergh. memang habis la budak tu
    -ada kucing buang taik kat halaman umah.

  3. umi saya comel giler masa
    -dapat gelang dan cincin idaman dia dari abah.
    -belajar pakai shawl dengan kami

  4. umi paling happy kalau
    -diajak shopping

  5. kalau gayut, umi selalu tanya 
    -belajar cane?
    -bila cuti?
    -ada kat mana tu?
    -duit cukup?

  6. umi selalu sangat
    -lupa bawak henfon pegi sekolah atau jalan-jalan
    -tak ingat kat mana dia simpan kunci kereta.

  7. kalau dengar orang nak pegi langkawi, umi mesti akan kirim
    -sudu
    -senduk
    -coklat

  8. umi susah hati bila
    -saya tak dapat balik sebab tak de tiket
    -result exam adik-adik jatuh kerana game!

  9. umi gelabah giler kalau
    -ada orang nak datang umah tapi umah macam tongkang pecah.

  10. umi selalu berangan
    -kalau nanti Iman dah besar, dia boleh selalu luangkan masa kat masjid dan surau
    -satu hari nanti, kami dapat rasa nikmat raya kat kampung macam masa zaman arwah nenek ngan atok ada lagi.

  11. kalau orang tanya pasal kawen kat anak umi yang sorang ni umi akan cakap
    -kalau ada orang nak kat dia ade la tu. (macam tak laku je anak umi ni kan. haha)
    -bia la belajar habis dulu. 
fuh. penat taip fakta tentang umi. sayang umi ketat-ketat. banyak lagi nak kongsi. tapi kalau kongsi semua ada yang termuntah duk terbaca. papepun, umi is the most special person to me. 

umi, maaf tau sebab kadang-kadang

  • along buat dek je kalau umi suruh buat something.
  • bila umi bebel, along ter'menjawab'. erk. tak sengaja tau umi. btol.
  • along langgar sikit pesanan umi. sikit je. tak banyak pun. sorry ye umi. muah!
  • selalu buat umi susah hati bila ada masalah. umi kan my best friend. sharing is loving kan mi?
  • along suka merajuk kalau tak dapat something. erk. macam budak-budak kan. lepas ni along matang sikit eh  sikit je. hehe.

conclusionnya, SELAMAT HARI IBU. along tak sokong hari ibu kafir punye ni. along sokong yang along punya suka. lagipun bulan ni birthday umi kan? umi nak apa. jet? kapal terbang? Honda? Nissan? semua along beli t. yang mainan punya dulu eh umi. umi suka kan? hahaha. tapi kalau beli nanti adik-adik berebut ngan umi lak. erk. along bagi ucapan je la. finally. kua kua kua.

sekian. nak pegi kesat air mata dulu. bai!

Saturday, April 23, 2011

Proses Membuli Umi Bermula

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!!
----> skill AnwarHadi. ahaks! tak habis-habis AnwarHadi nih. adess.

okey, terus pada titik yang lurus (straight to the point). saya anak yang baik. maka,anak yang baik haruslah dilayan dengan baik. benar atau tidak? kua kua kua. poyo ayat.

current situation adalah, umi skang sedang berada di dapur kerana bizi menyiapkan permintaan saya yang pelbagai. kesian umi kan. tapi tak pe. umi memang suka duk dapur sorang. kalau ramai-ramai kata umi bikin serabut aja. kerja pun jadi lambat. haha. maka, disebabkan saya tak nak umi serabut dan kerja umi lambat, saya beralih ke bilik untuk memberitahu kalian tentang agenda pada hari ini adalah -------->

  • tengah hari : makan nasik lauk tomyam, ayam masak santan, sambal sotong dan beberapa lauk sampingan.
  • petang hari : umi cadang nak buat laksa penang. ouch! kecur air liur jap.
  • senja hari : saya rasa nak makan cucur udang. gedik tak? umi dah beli tepung pun tadi. hahahaha.
  • malam hari : tak tau lagi. saya rasa nak makan bubur ngan ikan bilis goreng kicap my feveret. haha. 
jangan ingat ai ni zalim sangat ok. tadi dah tolong potong sayur, bawang dan basuh ayam untuk umi. ok la tu kan. ehee..best kan kalau ada orang masakkan untuk kita seumur hidup. nampak gaya kena kawen ngan anak dato nih. leh pasang orang gaji. lepas dua tiga taun kawen, dapat bermadu ngan orang gaji plak. ades. paraahhhh! mintak jauh la.

esok umi sekolah, silap-silap aku yang kena masak. erkk. habis la.. haha. tapi besok umi janji nak buat koktail lain sebab anak baik dia ni cakap nak bawak pi hostel. sian ahli 5J yang lain. ehee. lepas tu kejap lagi nak kena dera abah lak. suh pi cari durian. cacing dah berteriak nak makan durian nih. lalalalaa..zalimnya haku.

psst~
bangun pagi Iman duk main motor-motor atas perut. adeh. patut la rasa berat semacam. haha. rindunya budak kecik nih. rumah itu syurga dunia. 

Sunday, April 10, 2011

Nak Cari Pasal Dengan Umi? Kenapa Cari Umi Saya?

salam semua! Mish menulis dengan perasaan takut, bimbang dan tertanya-tanya nih.  *sambil garu-garu kaki yang tak de kena mengena*

tadi disebabkan kebosanan yang teramat, Mish cek la keywords kat Nuff kan. saje menggatal sebab lama kot tak cek. dan ada satu dua keywords yang menyebabkan akal Mish ter'wonder-wonder'. alahai. kenapa dan mengapakah keywords itu di blog saya? apakah??aaaa  *konon muka blur..ceh*

meh kita tengok dulu gambar-gambar keywords yang diprintscreen kan.



korang nampak tak dekat keywords yang ditanda merah tu? nampak? tak nampak? nampak? tak nampak? nampak? tak nampak? aa...yang nampak leh jadi tak nampak kalau duk taip benda bodoh yang sama macam di atas kan. adeh. persoalannya..kenapa ada orang cari Wan Juhana? untuk apa? kenapa? mengapa? bimbang tetiba.

eh, sebelum tu..ni la Wan Juhana, my umi sayam mayam. cool kan nama umi? hehe.

umi ngan Athirah Sahami.

sejak bila pulak umi ade blog eh? oo...umi buat blog tak bagitau along ea. umi malu-malu ea. ahaks! yeye je.

lepas tu kan..korang perasan tak ade orang cari mek Erza Fareeha kat belog ai nih? adoi...tiba-tiba minah tu tersesat pulak..adoi. nanti ai nak pergi kutip cukai lah ngan dia. haha.

keywords untuk HAQ pulak masih lagi mengungguli carta. untung rupanya buat review filem ni eh.

psst~
booo...poyo la tajuk entry ko Mish...hahahhaha

Friday, April 1, 2011

Sweetnya Dia! Saya Memang Rindu Dia Pun!

salam semua! ehee.. hari ni Mish dah merdeka wes!! happy tertonggeng-tonggeng ni. ade ke orang happy sampai tertonggeng? aihh. Mish la tu... haha. so lepas ni insyaAllah free la sikit. leh la melawat kamu kamu dan kamu cam biasa lepas ni. ehee.

semalam masa study untuk last paper sambil online FB, tiba-tiba naik la satu notification dekat bahagian message tu. aihh. punya semangat i pi bukak. dengan harapan secret admirer hantar message. ahaks! giler ah perasan. gurau je ok! sekali bukak.@_@

omaigot!

adik Mish yang tahun 3 tu message.

along duk wat pe?
hehe. suka la hati ni. nampak sangat Mish ni dirindui. oh lalalala...

adik je pun. message je pun. tu pun kat FB je pun. papehal pun, saya happy! sebab saya memang sedang merindui mereka pun masa saya dapat message tu. aduh. umi, nak balik!

psst~
puas hati sebab dapat merapu lagi. haha. lepas ni nak qada tidur dulu. tu yang paling utama. o yeah!

Friday, March 25, 2011

Selangkah Ke Gerbang Kahwin

ehemm. kenapa saya malas? kenapa saya malas belajar? kenapa saya malas update? kenapa saya malas nk wat latihan tutorial? kenapa saya mengantuk? kenapa saya rajin online? kenapa dan kenapa dan kenapa.

kalau pikir sebab kenapa semua tu sampai kiamat pun tak dapat jawapan. kottt. hehe.

tapi kan. ada satu lagi yang saya rajin minggu ni.

yea. SAYA RAJIN NAK PERGI KE KURSUS KAHWIN.

owh, saya tak miang. saya tak gatal. saya belum bertunang. saya dah berpunya. ahaks! kena la sedar diri ok. dan Ahad ni ada kursus kawen anjuran kolej. satu hari je. makan tengah hari disediakan. Rm50 je. kire ok la kan.

lepas ni masa kerja dah tak payah nak ikir sal ni lagi. bakal suami ajak, on je terus. hahaa. M.I.A.N.G? tak kan. sapa yang tak mau kawen. aihh. semua nak kan. lebih-lebih agi si Erza tu. yang dah tahap wajib dah. teruk-teruk. haha.

seriyes Mish malu nak join kursus ni sebenarnya. lepas tu si Irfan tu duk sibuk pi ajak. Mish ajak main-main je. sekali, die serius. aduh. classmate tu sorang lak duk pujuk join. susah hati. tapi happy. haha. sengal kan.

then, telefon la umi tadi. bagitau sal ni. cepat-cepat bagitau sebab dah agak umi mesti cakap tak payah punya. pasal awal lagi. lagipun nak exam. so, leh guna alasan umi tak bagi pergi sebab malas la nak join. aih, sekali umi lak yang beria suh pergi. kata umi, kalau tak de duit dia nak sponsor. lepas abah lak beria cakap jangan lepas peluang ni. esok-esok tak tau lagi free macam mana. ok. dengar bebelan parents dengan lelehan air mata di hati. kua kua kua.

so, ahad ni ada kursus kawen. so, satu spet dah lepas. wah! awak, jom kawen! haha.



psst~
agak-agak masa kursus kawen tu leh baca nota lain tak eh. ada ujian tak eh kursus tu nanti. giler ah. Isnin ni exam sampai Jumaat. sesiapa yang belum wish gudlak tu sila la wish skang eh! *paksa*

Wednesday, March 23, 2011

Jantung Hati Demam (Iman)

tadi siang kerinduan tahap menggila babas kat umah. seriyes. sila la percaya yang saya ni seriyesss sangat ok! aduh. homesick ke ape ntah ni. aihh.


minggu depan exam. tapi minggu ni rasa macam nak terbang je balik umah jap. nak makan ayam masak santan umi. sedap uhh. lepas tu teringinnn sangat nak makan ikan bakar ngan kerang bakar. aduh. seksanya kalau mengidam seafood di bumI Selangor ni. mahal nak mampuih. huhuhu. dah la selera tak kena ngan makanan sini. haha. nasiblah non-preggy woman oi.

petang tadi mesej si Athirah my gedix lil sis. dia cakap Iman demam. aih. risau, rindu. kalau si Iman tu demam konpem nanti umi ngan Athirah tu sekali demam sebab kena layan perangai manja dan merengek die. budak kecik demam, biasala kan. asyik nak nangis dan nak mintak perhatian je. sedangkan kita yang dah besar panjang pun macam tu kan.

macam mana nak cakap ek. dan tetap nak cakap. RINDU IMAN. RINDU SATU ISI RUMAH.


aihh..duk korek-korek video lam henset tadi. terjumpa lak video budak kecik ni. nak peluk-peluk je rasa. haha.

Sunday, March 13, 2011

Terpercik Ke Muka Sendiri

"Azim, kalau along nampak awak saja-saja jalan kat lopak-lopak air tu lagi siap ar awak!!" sila baca dengan nada yang tegas ye. sangat-sangat tegas.

Azim tu adik yang kedua bongsu Mish, baru 6 tahun. Along tu..err..gadis sopan santun ni.



situasi sebenar :
kat depan Sabasun Hypermarket. masa tu ngah hujan lebat ya ampun. rasanya satu Malaysia kot hujan semalam. kan? sila la angguk. pelissss!! lepas tu masa ni nak berjalan untuk pergi ke kedai jiran Sabasun tu la. kedai apa? datang la sendiri ke Kuala Terengganu dan rasai kehebatannya kedai sebelahnya. haha. lepas tu budak umur 6 tahun tu biasala kan. namanya budak. belum cukup lama hidup untuk merasai nikmatnya air hujan. maka, eksaited giler babas la main lopak-lopak tu. lepas tu mula la kaki seluar lencun. lepas tu aku pun naik geram la kan. haha. sebab tu Mish sound die. eh, bukan. bagi amaran keras sekeras cakera keras. ok. crapping!

dalam duk berjalan, ada tiang. korang bayangkan la sendiri eh. so, Mish sebagai gadis sopan santun yang sayangkan adik kena la mengelak. biarlah basah terkena hujan. asalkan adik selamat. konon la kan, macam situasi teruk sangat je. haha.

tiba-tiba..

" Along, kalau Azim nampak saja main hujan siap ea. siap awak.."

gulp. kuang asam punye adik. die boleh pi balas balik amaran keras aku tu. lagi keras kot. ceit.

psst~
Mish tak lepaskan dia begitu saja ok. kena la sekeh sebijik. haha. sekeh manja je la. hah? tak caya eh? nak rasa tahap manja? meh hulur kepala. haha.

Monday, March 7, 2011

Dont Expect too Much From Me

haha...tajuk entry bajet gilerww..adeh. mesti dan harus la bajet segiler-giler nya. sebab hidup ni kan macam roda. hidup ni kan indah. hidup ni karma. hidup ni kan kan kan. tambah la sendiri. tak kuasa nak bagi point banyak-banyak untuk u olls malam ni. haha.

seriyess mood!! ok, kadang-kadang hidup ni perlu memberi dan menerima kan. so, baru la adil dan saksama kan. dan yang menerima tu sepatutnya paham dan akur la takat mana orang nak memberi kan. jangan terlalu demand. ok, saya sedar akan itu.

masih lagi mood seriyes. hidup ni sebenarnya antara nyata dan sedar. realiti dan fantasi. auta dan fakta kan. so, kadang-kadang biasa la. manusia. bila dah bercakap, menaip atau paper la..mana nak sedar kan. terkadang kita tersilap percaturan. bagi harapan yang tinggi kat orang. lepas tu tak mampu nak tunaikan. owh, tu yang terjadi pada Mish sekarang. ekceli, harapan tu dalam tak sedar. seriyes. Mish tak tau pun benda kecik macam tu boleh buat orang berharap. err. ..

hari tu, adik Mish kol. mintak KFC. aik??budak ni tak de angin tak de ribut. tetiba mintak KFC. mengigau ape. rupa-rupanya dia tuntut harapan yang Mish terbagi kat dia suatu ketika dulu. Mish belanja adik-adik yang lain tapi tertinggal die sebab dia kat kolej dia. so, Jumaat ni hari tuntutan sebab parents ajak melawat die. adehh. pokai la poket. nasib baik cek Nuffnang dah sampai siang tadi. happy gilerrrr!! haha.

moralnya, cakap kena jaga-jaga. jangan sampai poket kempis. hahahaha

Tuesday, December 28, 2010

Best Siblings Outing!!

salam semua. wahh..pejam celik pejam lagi dan celik lagi, cuti ade lagi 4 hari. what? yeww...lagi empat hari. ole-ole-ole..dah nak kena balik kolej nanti. barang langsung tak packing, entah apa yang cukup, entah apa yang kurang. harap-harap semua cukup.

semalam Mish ngan adik-adik Mish wat siblings hangout. kat Mesra Mall je pun. ok what. first tau keluar ngan adik-adik macam ni. Mish angkut mana yang ada kat umah je la.yang sedang belajar kat kolej memasing tu sila hangout sendiri yea. dan guna duit sendiri. anda melepas dari dibelanja oleh kakakmu yang baik hati ni. haha. Iman terpaksa ditinggalkan bersama umi dirumah memandangkan budak tu buas yang amat. kami tak nak tanggung risiko hilang budak. haha.

mula-mula sampai terus terjah kaunter TGV Cinema. usha tiket filem Narnia. fuh..nasib baik ada, jam 4. masa tu baru pukul 3.25pm. kami gerak lambat dari umah pasal takut nak mintak permission dari Abah sebenarnya. hehe. puas duk karang ayat nak bagi Abah setuju. alih-alih Abah cakap. pergi je la. haha. waa. senang je rupanya.

pastu melilau jap sementara jam 4. adik-adik ajak pi main game. heh, tak kuasa i nak layan. tak yah ngade-ngade. *padahal tak reti. haha* pujuk-pujuk diorang, akhirnya Mish ajak diorang makan Burger King. wah wah wah. diorang yang hantu burger angguk laju-laju. yess. game cancel, burger ON!


makan-makan kat Burger King dulu. haha. poyo je budak-budak ni mintak seset sorang, konon tamak tak nak share. ceit, last-last si kecik Azim tu bukan habis pun. haha. seb bek ade akak-akak yang stor perut besar.


ni Ahmad yazid, Bazli Anas ngan Fakri Hadi. mereka pun sibuk nak bergambar. aihh..kacau daun.

ok, ni puteri ngan dayangnye.haha. kidding. ni athirah, adik nom 4 dan bongsu perempuan. tapi realiti fizikal, die macam yang sulong. hahaha. die memang suka pakai shawl.


ok, mereka memang sentiasa minta kamera halakan pada mereka. ouch, Mish la selalu kena jadi camerawoman. ceit...

.................................


penat Mish beratur beli tiket, dorang leh pulak posing sana sini. aih.. sangat tak aci ok!! si kecil Azim tidur dalam wayang. cian die.

..............................


lepas tengok Narnia amek gambar kat laut ni pulak. erkk. laut? ok, kolam kot. haha. mula la dengar khayalan diorang pasal ular air lam cerita Narnia tu ada dala kolam tersebut. eh eh, panggil kolam ke ea yang belakang tu? ke longkang? aigoo. konpius!

...............................

ehem, posing kat sebelah Santa Claus jap.

ok, diorang pun nak jugak, memang tak boleh tengok orang senang tol. hahaha.

.....................................

kemudian before gerak balik kami singgah kat Pantai Kemasik jap. tak pergi tang pantai pun pasal ombak kuat. bimbang budak-budak ni terlepas dalam air...aihh. so, main kat playground je kejap. kol 7 abah kol, mula la kelam kabut baru nak balik.





pastu balik malam, sampai umah jam7.50 petang. huhu. lambat sebab lampu kereta tak berapa nak elok. dah la lalu ikut jalan sunyi. berliku-liku lak tu.fuhh. samapai dengan selamat akhirnya.

outing yang sangat best walaupun dengan adik-adik ok. sebab semua satu kepala. pastu kalau degil Mish just ugut je, kalau buas len kali jaga Iman kat umah. huwa huwa huwa. i like la jadi anak sulong ni.


Thursday, December 16, 2010

Bad Thursday...Bad Weekend

mood sangat hampeh. geram, sakit hati, benci, menyampah, rasa nak terjanag, sepak lempang semua pakat duk serbu hati yang satu ni. rasa macam kena hempap ngan batu dari Gunung Everest seberat 5 kg. detail tu. *_*

mood ni bermula dari semalam lepas rumah Mish dimasuki seseorang yang langsung tak diundang. namun menjadi kewajipan untuk kami menerimanya. seksa tau kalau tak suka ni. Mish ngan adik beradik memang tak suka kalau beliau datang. jahat kan?ye la. kalau beliau datang, mesti selendang, baju, kain batik la ape la. semua beliau kaut. last-last hilang ntah ke mana. sedih tau?

dan disebabkan kedatangan beliau la, Mish kena bangun awal setiap hari lepas ni kerana perlu mengawasi pergerakan beliau. semalam pun beliau tak tidur dan Mish yang kononnya nak tidur awal terpaksa tangguhkan sebab beliau selalu je cari pasal. masuk keluar bilik Mish. aihh, kalau bukan kerana hormat rasa nak cubit je walau sikit. korang paham tak perasaan geram??sila la paham wahai kawanku.

rancangan Mish nak bawak adik-adik pi meronda kat Kemaman pun terpaksa dibatalkan gara-gara beliau. adik-adik semua frust sebab semua nak pegi tengok wayang la, makan burger la, nak main kat pantai la.  aduss.. sian kan kan?grrrr....

rasa macam sepanjang minggu ni, konpem Mish dan famili tensen giler. uwaa..jerawat pun berkepuk-kepuk la naik nanti yea. hak hak. tak pe tak pe. sabarlah wahai hati. ikhlaskan diri walaupun pahit. huhu.

 haha...ketat cenggini la kot muka Mish minggu ni. aihh..kiut-kiut. werk werk.hahaha

psst~
sedang cuba menabahkan diri dan mencekalkan hati. cewwah!! hehe. tak pe. dugaan datang dugaan pergi. bahagia datang bahagia pergi. ahaks! yeww...
:P