Friday, July 1, 2011

Pengalaman Berlawan Dengan INCREDIBLE HULK.

tangan tengah terketar-ketar. bukan sebab tengah hot marah. tapi baru lepas tangani adik yang mengamuk bagai dirasuk jin. seriyes. dia kalau mengamuk, ikutkan hati pukul guna penyapu sampai patah pun belum tentu dia diam. dia mengamuk sakan just sebab kami tegur dia berebut belon dengan si Iman. adess. budak kecik tu pun satu.

dia pukul, sepak apa semua adik beradik yang lain. mula-mula Mish malas nak layan, sebab Mish ni bukan penyabar. tapi alhamdulillah tadi, Allah bagi Mish kesabaran yang kuat. lebam lengan, bercalar kaki apa semua dia cubit, gigit, sepak la. tapi sikit pun Mish tak marah. sebab api kalau lawan api, habis la. so, Mish pilih nak jadi air. cuba nak coolkan dia. Mish cuba ingatkan dia tentang arwah, tentang dosa buat macam tu kat kakak-kakak semua. tapi, haremm. sepatah pun dia tak dengar.

padahal dalam hati, panas jek tengok lengan bercalar. grr. kurang mas kawen aku. haha.

last-last, Mish cuba selawat, tiup atas kepala dia. Mish pegang kepala dia, tangan lagi satu pegang lengan. kuat gila budak ni. seriyes. lepas tu Mish baca ayat kursi. aa. sebab dah tak tau surah apa terbaik untuk keadaan macam ni. Mish ulang banyak-banyak kali. dia berhenti meraung. tapi tenaga still kuat. penat pegang okey. dah rasa macam totally spies pulak. haha.

dekat setengah jam kot bertarung dengan raksasa kerdil tapi kuasa macam Incredible Hulk. lepas tu Mish selow-selow tanya dia, adik nak marah sape sebenarnya? adik nak marah nape? adik dapat nape kalau marah-marah camni? tuhan tengok adik ni. malaikat semua duk catat dosa adik wat ke kakak-kakak. lepas tu dia jerit, nak gi mandi. fuh..mula-mula teragak-agak nak lepas ke tak. sebab bimbang dia terajang sliding door.

haha. memang happening a pengalaman malam ni. ades. tak pernah kot Mish biarkan badan ini disakiti sesuka hati. moral of the story, jangan berlawan dengan api. lagi satu jenis Mish, kalau orang yang marah-marah ni, Mish suka jirus air je. bia sejuk dan cool sikit. haha.

psst~
mungkin lepas ni kena bawak jumpa ustaz. kan??

11 comments:

Aisyah Aina said... [Reply to comment]

kalau totally spies lawan Incredible Hulk siapa menang? haha XD

diana said... [Reply to comment]

dalam semua adik beradik mesti ada sorang yang macam ni..:)

Jay said... [Reply to comment]

hahahaha...kalau suami marah mish jirus air juga ke??kih kih..kuatnya totally spies ni..hehehehe

iPai said... [Reply to comment]

mas kahwin diskaun 30% .. sebab tangan calar2 ok ..

wah .. dasat kan budak macam tuh .. kadang memang susah kalau yang kena rasuk .. kalau dulu, ade org buat peluk dari belakang dan sebam kat lantai.. biar die tak leh gerak n die penat ..

tu dulu r .. skrang tak tau leh wat ke tak .. uhuhuh

tp sian juga kat mish kena macam tuh ..

no worry, ur doing the rite things to choose water .. kelak masa akan datang nanti dia akan ingat ..

ecah mashuri said... [Reply to comment]

kalau ecah dah seram je.ehhehee...

apik pehe said... [Reply to comment]

heehe...tu kalo apik ader mesti senyap kn kn kn..heheheh..

tengok gak dak ni totally spies..suke kaler merah..ayuuu gitu..heheh

khairul akmal azman said... [Reply to comment]

kene bwk berubat owner blog ni..
da parah ni.hehe

emieysandra said... [Reply to comment]

nape ng adik mish tu? ermm..elok la bw jumpe ustaz, tgk2 kn..

betoi3..klu api, jgn atasi dgn api..gune air, bru lah padam, cool sket :D

alif haris said... [Reply to comment]

mish .. siram je ngn air .. bagi coooll hehehe :D

iPai said... [Reply to comment]

yang ini adik yang mana satu plak ye ?

.m y z. said... [Reply to comment]

sebenarnya kenapa dengan adik kak mishh? kena rasuk? ke mmg kemarahan dia tak terkawal? dahsyat betul lah. hee~