Tuesday, June 7, 2011

Jiran vs Saudara-mara

kalau ikut logik, bila orang tanya..jiran dengan saudara-mara, mana lagi penting.
mesti ramai yang jawab saudara mara kan. sebab ikatan darah takkan putus nak dibandingkan dengan jiran yang langsung tak de kena mengena dengan kita.

tapi sebenarnya, bagi Mish la. jiran lagi penting kot. erk. cepat-cepat sedar.

sebab kalau ada apa-apa kecemasan, jiran yang mula-mula sekali kita akan cari. macam contoh terdekat kejadian yang terjadi kat keluarga Mish baru-baru ni. jiran tolong melebihi saudara mara sendiri. kadang-kadang pertolongan yang diorang beri buat keluarga kita terharu sangat. speechless.

kalau terjadi pape kat keluarga kita kat umah, orang pertama yang kita nak cekau adalah jiran. rumah terbakar ke, parents sakit ke, umah masuk pencuri ke. dan sebagainya. so, kalau nak pertolongan first calss dari jiran. hubungan dengan jiran pun mesti la first class kan.

sampaikan umi pesan, " along nanti keje, dapat gaji, jangan lupa kat mocik dan pocik tettt tu. banyak dia tolong kita."

tapi, sometime, saudara mara pun penting. erk. terpulang pada situasi kot. kan kan.

nampak sangat entry ni pening-pening. tolong hilangkan penng boleh?



21 comments:

Apih said... [Reply to comment]

haa.. mmg pun.

apik pehe said... [Reply to comment]

hehehe..dua2 penting mek..
tapi kalo ikot situasi terdekat tu..memang jiran la sebab diorang yg paling dekat..huhu..

cuba kalau kiter ader masalah kat tempat lain..takkan nak mitak tolong nga jirang ehh jiran gak..hehehe....

tapiiii...apik lagi suka dengan jiran..hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

jiran sgt penting..saudara mara jmp sekali sekala je.klu susah jiran yg bantu tau

diana said... [Reply to comment]

jiran akak sebelah kanan ni orang bujang..
dari terengganu..
(((depa ensem2 mish..))

sebelah kiri pulak india..
tak kerja dan suka mabuk..

yang depan pulak,
siang malam kerja je laki bini ni..
sampai tak kenal namanya apa..

yang belakang umah pulak
anak2nya dah besar..
bergaduh je kerjanya..

jadi jiran yang paling penting ialah jiran belah kanan ni..
hehehhe

najihah sahami said... [Reply to comment]

@apik pehe

sama la apik. kadang2 sedara mare ni semua duk jauh. nk mintak tlg susah la sikit kan. hehee

najihah sahami said... [Reply to comment]

@diana
terbaik ah jiran akak belah kanan tu. ehemm.ensem ea kak...akak mintak nom dorang bleh? jgn pass kat maisara dulu au. hahahaa

Gayahspears said... [Reply to comment]

hahah.. Gayah suke pentingkan dri dulu baru saudara-mara..huhu

Gayahspears said... [Reply to comment]

hahah.. Gayah suke pentingkan dri dulu baru saudara-mara..huhu

g0m0k9enDek said... [Reply to comment]

kalo jenis duk dah lama ngan jiran mesti rapat ngan jiran kan? samlah kita mish... huhuhu

Cik Miera said... [Reply to comment]

for me... dua2 penting.hihi

Bulan said... [Reply to comment]

betol gak tue :)

tp depend pd mentality seseorg tue.cmne dia dan kehidupan dia.
teng! i pn pening nie =p

chemay said... [Reply to comment]

hermmm..
chemay pon rasa jiran2 lebih penting.
sebab sedara jauhh..
if ada kecemasan.
memang jiran yang tolong dulu.
:)

Mrs.Yie said... [Reply to comment]

bagi akak jiran lebih penting dari saudara mara ni..jiran dengan kita macam isi ngan kuku la..saling memerlukan..lain la kalau seseorang jiran tu dia suka buat hal sendiri x nak campur ngan masyarakat sekeliling..saudara mara lak kebanyakannya sekarang ni cuma pentingkan harta benda je..kalau kita banyak duit,banyak tanah,banyak harta,haaa...tiap2 hari saudara mara datang melawat..buat muka seposen tahap seratos lagi..huhu

IeDa said... [Reply to comment]

a'ah, agak pening.. haha..
sm2 pntg.. jira slalu bg kue n lauk puk.. tu yg penting tu.. hehe

nuruashia ♥ said... [Reply to comment]

ehhehe..mcm mne kalo sedare kite tu jiran kite ehhehe..duedue penting kn ehheeh :)

Cik Jannah said... [Reply to comment]

mish pening.. heheh

Cik Aish said... [Reply to comment]

bg aish, saudara penting kawan pun penting..sbb tu aritu g kenduri, pg g umah kawan, tghri g umah sedara..kena bahagi masa btul2..huhu..dua dua sama penting..sbb kdg2 kwn2 boleh tolong kt..sedara mara mungkin tak.

Puan tia said... [Reply to comment]

kita paling suka duduk berjiran sebab kalau masak ape2 mesti bagi org sebelah.. kita suka.. :)

THE LEKAT LEKIT STORY said... [Reply to comment]

tp jiran akak tak boleh baik sgt dik.. dia ni baik depan, belakang di dajalkan kita. so, akan amik keputusan tak ckp sgt. lgpun dia ni kalau akak dok layan sgt sekali dgn akak kena tempias dosa dia.. sbb topik dia tak lari dr isu2 dalam kain org. baik la akak dok dlm umah baca blog. susah jugak kan dpt jiran camtu.

Izan Ishak said... [Reply to comment]

betul jugak tu mish. jiran ada masanya jadi sgt penting dlm situasi tertentu.

fadh leyanie said... [Reply to comment]

bagi yanie dua2 penting..tapi jiran perlu di utamakan dulu..sebab mereka dekat dengan rumah kita..misalnya apa2 jadi..bantuan dari jiran diperlukan dulu..