dah makan tengah hari belum semua? ahaks. kalau yang dah makan mesti semangat je jawab dalam hati "DAHHHH!!" kalau yang belum tu mesti jawab " DA.." lemah je. alahai. sian sian.
tadi Mish makan tengah hari lauk telur bungkus, sayur goreng, ikan goreng dan ayam percik. yess. ayam percik. highlight sikit lauk tu. AYAM PERCIK ye. sedap dimakan tapi tak sedap nak buat. pasal rumit walnakmampus. adoi.
betapa malangnya nasib Mish hari ni sebab Mish kena jaga api untuk panggang ayam tu. nak buat ayam percik mesti la panggang ayamnya dulu kan. mana ada ayam percik rebus. tak aci guna microwave ea. tak lasak namanya. haha. nak tak nak, kena la tunggu api tu biar jadi bara. penat weyh. berpeluh dari ketiak sampai ke ibu jari kaki. hebat tak? nampak kan betapa rajinnya saya.
siapa nak buat saya jadi bini ke calon menantu ke calon kakak ipar ke sila emel saya. haha. tak malu. ><
ayam ni banyak isi. kena masak lama sikit ye kawan-kawan. haha. |
bila api dah jadi bara, proses memanggang pun bermula. ada dalam 5 ketul ayam tadi. banyak weh. besar-besar pulak tu. korang bayangkan betapa cekapnya Mish handle ayam-ayam tersebut. bila api belah sana besar cepat-cepat gerak ke sana. tambah arang. tak nak bagi api tu naik tinggi. nanti hangus. siapa nak makan kan? kamu nak makan? takkannya.
belum setel api sini, api sana pulak naik. kejar sana pulak. kemudian api kat belah lain pulak naik. kejar lagi. cangkung, diri, cangkung balik. uih penat weh. tak kecik gak montot tak tau la. haha.dah la panas tengah hari tadi. tangan ni pedih sebab kena tiub tayar yang cair tu. pedih ok. sangat pedih.
jaga Iman yang 2 tahun pun tak penat macam ni. siap boleh dapat kipas lagi kalau jaga Iman. kalau Iman main sana sini. jerit je garang sikit. mesti duk diam punya. jimat tenaga.
nak tahu kesudahan ayam tu? satu ketul hangus sebab tangan lagi hebat main mesej sambil tunggu ayam. haha.
22 comments:
hahaha..tengah bayangkan air peluh dari ketiak sampai ibu jari kaki..wahahhahaha..eeeeeeee
montot kecik?aaaaaa....
eleh..tu baru jer bakar ayam sikit..uhhh..da gelabah kokse dang gitu..hahahah
hahaha....dahsat smpai aym leh hangus..hihi..rjin nye mish msk..tp jgn mencangkung lelame...xmolek tuk pmpn...kikiki~
lapaq ==''
alaa..sedapnyaaaa..
jaga api memang susah , sabo je lahhh
Haha. Rindunya nak BBQ :)
nk ayam percik!! untungla mish dok umah..leh wt ayam percik..sob sob =.='
sab tak makan lagi..ya Allah..bestnye tgk ayam tu.. :(
WAHAHA;D
nak emailkan Mish la..nak jadikan maid. boleh kah? HAHA =D
fuh! sangat best woooo dapat makan ayam percik!
aiseh! exercise montot! ;DD
"DA" makan.. sebab perut dah kembali lapar lepas tengok ayam yang dipercikkan tu hehhe
Lepas ni bagi emel terus kat Usop ye.. ;DD
orang jawa cakap 'kosel', sampai tangan terkena tiub cair tu..
hohohoh .. mandi peluh.. bucuk2 ! haha.. jgn peluh tu meleleh kt ayam sudah la .. hahahaha :D
amboiii promote diri nmpaknye mish ni ..
kene email cpt2 ni .. hahahah!
susah gila kot nak panggang ni...selalu tau makan je :)
sedapnyeeeeee ayam tuhhh...
teliurrrrr :P
mcm hangus terok je...
reject2...
amboi pndai buat ayam percik..heee
mmg mencabar bab2 guna arang ni..
jenuh tunggu, tambah2 klu bakar ayam..
ikan cepat je masak..
dah bunyi macam mandi lebur dengan peluh pulak keje bakar ayam yer. hahaha..
nape xsuruh ayam jagekan api? hehee
hahhaha.cian u mek.jd suri rumah la ye :p
muehehee... panggang mish sekali baru kejam kan? err...
sedapnyeeee
lapaaar
:(
HAHAHAHA. igt kan nak cerita sal ape td. tajuk entryy.wow ! ngeriii den. wow. best nye bakar ayam . hee :))
terliur..
Post a Comment