Monday, June 6, 2011

Past is past

salam semua. 

rasa macam dah lama giler tak update. padahal baru je buat quick update . 

dan rasanya lagi, Mish dah cukup kuat untuk terima semua takdir Allah s.w.t. ni. lagipun, kalau bersedih menangis setahun 14 hari pun yang pergi tetap pergi. dan Mish tak de la sampai mengalami kemurungan. cuma kalau macam tengah-tengah malam tu. terasa la jugak kerinduan tahap mencipan tu kat arwah. 

tak sangka. dulu kalau tanya adik beradik berapa? dengan mendabik dada Mish jawab 9 orang. tapi sekarang. adik beradik berapa? 9 orang, tapi sorang dah meninggal.

BUT, past is past. 

dan sekarang. rindu jugak 3% kat pocik belog ni. tapi tak dapat nak mengadap selalu sebab notebook plus broadband tak bawak balik. sebab masa dapat tau pasal ni, kelam kabut. tak sempat nak kemas pape. bayangkan pukul 5.40 pagi abah kol cakap tak dapat nak datang ambik. pastu abah suruh naik teksi untuk balik ke Terengganu. what? mula-mula terpinga-pinga jugak. mamai lagi. lepas tu dengar suara latar belakang adik-adik duk menangis. terus sebak walaupun ta tau pape. cepat-cepat bangun, mandi dan rumate kol abang angkat untuk tolong pergi cari teksi. 

hasilnya, RM500 untuk satu teksi. i have no choice. terima je la. 

last but not least, thanx kepada semua yang bagi semangat dan ucap takziah kepada kami sekeluarga eh. terharu kejap. thanx jugak untuk blogger yang susah payah datang umah walaupun badan tak berapa sihat.

14 comments:

iszieylyanziy said... [Reply to comment]

tabahkan hati ye mish... doakan arwah ditempatkan dalam golongan yang soleh ..Al-Fatihah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

500 ke mish?sian mish...

tabahkan hati,moga rohnya aman di sana ye mish

Bulan said... [Reply to comment]

be strong dear.
he will be proud to have u as his sister forever his life :)

NURUL AINI NORAZMAN said... [Reply to comment]

sokey dear,.tabah k,.semoga dia tenang kat sana,.=)

emieysandra said... [Reply to comment]

bykkn bersabar yer Mish. semoge arwah tnang di sana.

Syat0za Zai said... [Reply to comment]

salam takziah kak :( sian akak kan.. rm500 camtu jee.. takpelah, sudah emergency ^^"

laskar pelangi said... [Reply to comment]

mish...dalam hati pelangi mmg rasa nak g melawat...tp annn time tu mama abah outstation..so, kena jd driver adk2..plus kena masak untuk adik2 semua...soryy sgt2 dear...

hope u makin tabah...memang mahal gilews teksi tu..tp nak wat cam mane..bukan selalu kan..benda penting kan...i miss u

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Ya Allah. Shag terlepas entri tu ke? Shag tak tahu. Takziah dari Shag untuk family Mish ye. Moga arwah di tempatkan bersama orang yang beriman kepadaNya. AMIN!

Ingat pada arwah tak mengapa. Shag pun masih ingat kat arwah mak tok walaupun dah lebih 5 tahun meninggal.

apik pehe said... [Reply to comment]

mishh..sabar jer la ek..ehh..ader blogger datang ek..saper mish?hehehe

Gayahspears said... [Reply to comment]

harap tabah ya Mish.. ceria2 selalu taw yun >_<

missSenget said... [Reply to comment]

miss you yunk...!!

=)

chemay said... [Reply to comment]

tabah tau mish..
:)

diana said... [Reply to comment]

dah takdir..kan mish??
kena terima la..

CIK TOM said... [Reply to comment]

smoga mish n family tabah..