Monday, January 24, 2011

Pom POm Girl Malatop!!

owh. kemana hujung minggu ni Mish pergi ha? dengan belog tak berupdate. blogwalking apetah lagi. hampagas je. ces ces cesss. haha.

olait kawan-kawan. ni pasal la Mish tulis pasal entri ni. Mish nak share sikit ketiadaan Mish pada hujung minggu ni even korang langusng tak nak amek tau. wuhaha. kejam nye korang.

yang pertama, hari Sabtu Mish ade kelas ganti untuk cuti Hari Raya Cina pada 2hb Feb. so, kelas macam biasa, 8 pagi sampai 5 petang tanpa diskaun ok!!

yang kedua. yea. Mish memang keluar. bukan seorang. tapi berdua lebih baik. haha. melepak kat Midvalley yang sangat tenang sebab orang semua dah pokai gaji tak masuk lagi kot. series happy doe. jarang surau Midvalley kosong. kan kan kan??foodcourt dan restoran lain apetah lagi. boleh kira bulu kaki semua yang ada kat dalam kedai tu. haha. dusta belaka. hiperbola sudaa.

ketiga, bermula dari hari Jumaat hari tu, ada perlawanan antara batch untuk kos Mish. so, petang-petang pukul 5.30 dah kena ada kat court. malam lak kol 8.30. adess..balik dah lewat. penatnya lagi. aduss. masa ni la teringin nak kumpul duit dalam RM 5000 nak beli kerusi urut GINTELL tu. tak pun OSIM. waa. heaven beb!

suara semua dah habis keluar dari kerongkong ni. tercabut urat leher semua duk jerit luar futsal court sebab bagi sokongan. maklum la.namanya Pom Pom Girl. Mish secara semulajadi melantik diri Mish as a cheerleader. waa. teruja tak?? pakai skirt pendek. pastu baju pink yang ada tulisan 54 (batch Mish) sambil pegang menatam yang bulu-bulu tu. pastu gedik-gedik meloncat sana. meloncat sini. tonggek sana tonggek sini. sambil jerit. "go 54 go!! 54 memang boleh. 54 memang cekap!!" wahh. hebat kan imaginasi Mish. konon macam citer omputiss la nak berskirt pendek. sekali kau terloncat. nahh..amek kau tengok. haha.

ops..no skirt allowed ok!!!haha, muka bulat dah sama macam bola laa..ades.

jadi pom pom girl pun penat hape. non stop tu jerit. yeye je kan. hehe. sampai suara dah mengalahkan Ella ni. tak caya? sila hubungi saya di talian 013-9*3*8*1. sekian terima kasih.

owh..ada lagi gambar untuk di layan yea!!meh la jemput tengok-tengok. kot-kot ada bertemu jodoh kat sini. hahaha..

KARNIVAL FUTSAL DAN NETBALL FARMASI KSKB JAN 2011
owh, ok. ni team Black ke Bane entah. tak berapa nak ingat sebab batch Mish hantar dua team. tapi nama team tak penting. yang penting orang didalamnya. ahaks!

yang kecik molek ni namanya Hani. ahli geng 5J. bertitlekan Johny ok. haha. mula-mula nak main takut la ape la.last-lat dapat sumbat gol eketul sengih sampai tak mau kuar kandang futsal ni. haha

err..tak tau nak taip ape. layan je la...!!

minah macho ni asal dari Penang. power plus ligat kot main. hehe. go Hajar go!! tapi tak de gambar aksikamen macam ni. hehe.

sambil berpom pom sambil kita beranak..haha. fine, tak lawak kan kan?? ni anak clasmate Mish. abanag Nizal. nama budak ni Nur Alisya Balqis. dah lama tak pegang baby. baby sendiri lambat lagi kot. haha.

ni gambar si pom pom girl sama itu atlit-atlit futasal terpilih. Mish tak de masa ni sebab Mish dah berMidvalley.
ok, memasing berposing ngan muka baru bangun tidur. bangun dalam paksa eyh.
biasala. namanya perempuan. dalam berpeluh basah ketiak bau bacin pun still nak manja-manja melekat sesama sendiri. haha.
menyokong sambil berposing adalah aktiviti yang sihat untuk hilangkan stress bila pasukan yang disokong tak mencapai target. haha.


tahniah pada yang juara yang sewaktu dengannya. bak kata Ketua Program, dengan adanya aktiviti macam ni la silaturrahim sesama kita dieratkan dan jurang enior junior dapat di haluskan. mandai je ayat Ketua Program kunun. haha.

pssst~
bulan 2 nanti ada Kem Motivasi. apa tak cukup termotivasi ke haku nih. aiseymen..i hate KEM!! cukup la pengalaman kat PLKN. adess.

12 comments:

eRza farEeha said... [Reply to comment]

pom2 girl u..wahhh..huhuhu

Areyoudys said... [Reply to comment]

as salam..
wah!entry gembira yang saya baca pada pagi ini ;)
pom-pom girl.hahaha
ingatkankan pom-pom yang makanan tu.adoi..
eh.ok apa pegi kem.plkn tu versi budak-budak.mana tau pegi kem kali ni, versi orang besau? tak pun ala-ala komando.wow.badan boleh tegap tu ;)

eh, macam mana buat entri isi dalam kotak? dah lupa la scriptnya.huhu

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

i leh byg u pakai skirt pendek!
tergedik-gedikss lompat2 jd pom2 gurl.ahakss

Shila said... [Reply to comment]

meletop sungguh...

ingat kes altantuya td,,ngeh3.. :P

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply to comment]

mana ada bulat..cun apa...

.:: dieylah :: said... [Reply to comment]

wewittt..sampai kan salam kt mis pompom tuh k...hehe...mst gempaq sorakan tu..

best nye dpt join kem..lame x pg..ngee~~ join je la beb...pasti enjoy nyee~~ ^^

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Woah~ pom pom girl ya! Lepas tu pom pom girl p lepak kat Mid pulak. Kiki :P Comel lah budak kecik tuh!

laskar rainbow said... [Reply to comment]

perghhhhh!! cik Mishh tak join sekali ke main tu? xkan berposing jewk kot ngan bola? heeee=)
ehem ehem pon main yeee..pewit!

zirconia said... [Reply to comment]

bestnya ada sukan camnie. rindu zaman belajar oh.

betul ke mish mid xde orang ari tu? amazing gila nie. keh3.

nape mish tanya psl raya cina eh? mish nak belanja ke? :D

m!3yr4h_LolLy said... [Reply to comment]

purple grul jd pom pom gurl..
hebat kot..
heeee

Anonymous said... [Reply to comment]

aktif yer bersukan..bagus la korang!

shahjiehan said... [Reply to comment]

o0oo0... KMPH ke b4 nih?