Showing posts with label review filem. Show all posts
Showing posts with label review filem. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Pee Mak Cerita Hantu Romantik

Assalamualaikum w.b.t.

malam kelmarin Mish berkesempatan berdating sambil menonton wayang ngan encik hasben. cerita yang duk main lam pale otak time berniat nak tengok wayang tu adalah Pee Mak. semua gara-gara review yang diberikan oleh Nanie. Mish yang memang dah nipis-nipis iman bab wayang ni harus la tergoda. sepanjang kenal encik hasben tak pernah lagi kot tengok cerita hantu.


cerita ni memang best dan sangat berbaloi kot. cerita dia seram. tapi dalam seram ada jenaka. gila penat Mish gelak tengok citer ni. awal-awal citer pun dan nampak gusi. haha. time seram tu ekceli tak de la seram mana kot. Mish tengok encik hasben steady je. Mish pulak yang terketar-ketar berdebar punya pasal.

cerita ni romantikk sangat. see. 3 in 1 kot citer ni. kisah si isteri yang asalnya dah meninggal, tapi rohnya tak nak pulang ke tempat yang sepatutnya. dia setia tunggu hasben dia balik dari berperang. bla bla bla. tak reti nak citer. tapi yang pasti ending dia best. ye. memang isteri dia si hantu tu. haha. penat duk teka, siapa hantu yang sebenarnya. so, korang tak payah teka dah. Mish bagitau sendiri. haha. spoillll~


# heroin dia lawa wes.
# Mish tak paham kenapa dorang hitamkan gigi. geli kot.

Friday, November 9, 2012

Review Istanbul Aku Datang


Assalamualaikum w.b.t.

Ohhohoo..mood menaip datang tiba-tiba lepas tengok cerita Istanbul AkuDatang. Kahkahkah. Mohon jeles ye sebab Mish dah tengok cerita tu semalam. Almaklumla..Diana.k.a Lisa Surihani kan blogger dalam cerita tu.

Dipendekkan cerita, cerita ni awesome, best, tak boring. And the most important thing is, cerita ni tak cliché macam Aku Terima Nikahnya yang dikatakan sedap sangat-sangat tu.Ahaks..cerita Aku Terima Nikahnya tu not my taste kot. Seriesly Mish tertido je tengok cerita tu.Mendayu-dayu.

Istanbul AkuDatang? Best sangat-sangat. Lagi-lagi bila Lisa Surihani yang berlakon.Teruja dan terhibur tengok Lisa yang memang pandai buat mimik muka comel. Lakonan yang suam-suam kuku olehTomok berjaya di back up oleh lakonan mantap Lisa danBeto. dah macam komen pengarah kan? Seriesly, Beto ngan Lisa sweet sangat.Jalan cerita memang nice.Tak cliché.Lawak.Tak boring.Seronok ronok ronok.

Setiap kali Lisa buat mimik muka masa update blog dan setiap kali dia gaduh ngan Beto, orang belakang Mish duk bising cakap, "comeyynya Lisa". haha.  fokus more on kecomelan kot ni.

Tu je Mish nak cakap. Kalau nak synopsis ke apa ke mohon google sendiri ye. Sebab rasanya dah berlambak kot kat internet. Again, cerita dia best, sweet, lucu, comel etc. Nampak tak keterujaan Mish bercerita.Haha.

Sekian terima kasih. Mohon maaf kalau taste kita tak sama. Huahuahua.

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu?Mungkin Saya Yang Kurang Penghayatan

Assalamualaikum semua. Skang ni berblog dah macam chipsmore. Kejap ada kejap tak de. Kejap rajin kejap malas. Tapi tak pe, yang penting saya happy. Aum aum. Haha.

10hb hari tu, secara tidak sengajanya saya terjejak kaki ke KL. Maka, dah alang-alang duk sana, Mish pun pergi la ke Midvalley dengan hati riang nak tengok cerita Ombak Rindu. Seriessss Mish teruja bila baca review dari keramaian orang yang cakap cerita ni best. Bertambah teruja bila ada lelaki cakap dia pun nangis tengok filem ni. lagi lagi menambahkan keterujaan bila dengar lagu OST Ombak Rindu daripada Hafiz ngan Dira tu. So, boleh nampak betapa terujanya Mish nak tengok filem ni?

Disebabkan tiket filem ni yang belah siang semua sold out. Mish pun layan la movie midnite. 12.10 am. Punya la semangat Mish nak derma air mata untuk filem ni sampai bergulung-gulung tisu tandas Midvalley Mish angkut masuk wayang. Tapi kan, sampai penghujung cerita, tak de setitik pun air mata yang tumpah. Air peluh apatah lagi. Hampa? Of course la hampa, kecewa, remuk, rendam, hiba semua rasa bercampur.

Keluar panggung dengan perasaan menyesal. Boleh? Haha. Tak tau la tak kena kat mana. Tapi bagi Mish…cerita ni, indah iklan dari cerita. Boleh macam tu? Nak kondem ai? Silakan. Alah…setakat kondem ai sebab cerita…tak berbaloi kan? So, jangan la kondem ai. Haha.

Mungkin sebab jalan cerita dia tu, terlalu short dari satu scene ke scene yang lain. So, impak dia tak sempat nak dihantar ke hati. Tak sempat otak nak proses. Baru je nak feeling sedih, Harris dah mintak maaf. Aihh. Laju betul scene-scene dia. Dah la Lisa Surihani jerit tu tak berapa nak paham apa yang dia cakap. Yang paling Mish paham, dia sebut SIAL masa dia tau Izzah perempuan yang Harris sayang tu. Mungkin jugak Mish yang kurang penghayatan kot. Mungkin jugak Mish dah lama tak baca novel jiwang kot. Banyak baca yang Ramlee Awang Murshid je. hati pun jadi kental. Kental? Buerkkk.


  • Cukupla sekali tengok cerita ni. tak nak tengok dah.
  • Sumpah seksi Opah Zizah Mahzan pakai bikini kaler itam. Haha. Rumah kata pergi kubur kata mari. Nauzubillah……

Sunday, April 3, 2011

Don't Go Breaking My Heart ‎| Filem Cina 2011

hai peeps! disebabkan puas seminggu duk menekan akal dan fikiran untuk midterm yang hempass tu. so, semalam Mish berjaya keluar dengan tersangat seronoknya. pergi merewang kat Times Square. well, ulang alik tempat sama je Mish pergi. haha.

lepas tu semalam teman si Irfan tengok Battle Los Angeles. sebab Mish dah tengok ngan member lain minggu lepas. kira tengok dua kali la. berbaloi sebab cerita tu best hingga menjilat jari. haha.

tapi ni bukan nak cerita pasal cerita tu. tapi nak story mory sal cerita kedua kitorang tengok. cerita Cina beb! Satu Malaysia wa cakap lu. haha. Dont Go Breaking My Heart. seriyes sedap giler!!! romantik dan kelakar. sakit perut duk tengok citer tu. tapi kan, masa tengok citer tu. kami je kot yang Melayu. lain semua Cina. haha.



Synopsis: Yen is a single girl from China working in an IT company in Hong Kong. Overwhelmed by the hustle and bustle of this sleepless city, she feels increasingly like a fish out of water. One day, she notices a handsome hunk, Shen Ran (Louis Khoo), in the office building across the street from hers trying to catch her attention with paper signs. A quirky romance ensues as she starts communicating with him by paper signs every day. However, it turns out that the love notes Shen Ran has been writing are only meant for a sexy vixen working at the office above hers. Just when Yen is ready to crawl back to her lonesome shell, her fate changes again. She befriends a beggar called Qihong (Daniel Woo) in the park who is actually an elite architect who ended up wandering the streets after losing his self. Yen starts helping him rebuild his confidence and get back on tracks. Months pass. Sean finally gives up his life as a playboy and realizes Yen is the dream girl he would like to spend the rest of his life with. Meanwhile, the rebound Qihong is also planning to propose to Yen at the rooftop of his latest design that was inspired by his love for her. Yen is no longer alone and lonely, but will she be able to find her true love?
ehee. cerita dia best siot. nah amek. kan dah terkeluar siot tu. mula-mula si Irfan tu bising, citer ni Cina je ramai tengok la. lepas tu, mula-mula mase iklan tu konon nak tunjuk betapa dia tak berminat, dia macam tidur-tidur ayam gitu. alih-alih dia lak yang gelak besar. tak rugi u tengok cerita ni.


  • sedih sangat bila katak hodoh tu mati. Qihong melutut satu hari depan bangkai katak tu sebab sedih. sweet!
  • lucu bila setiap kali si Shen Reng nampak perempuan seksi, terus je hidung dia berdarah. haha. nampak sangat gatal.adeh!
  • teruja bila Shen Ran propose Yen kat luar bangunan. aduh! 
ok, cerita tetap cerita. realiti lain ok. hehe. selamat menonton!

psst~
teruja sekali tengok cerita ni sebab Mish die hard fan Louis Khoo. =)