Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Don't Go Breaking My Heart ‎| Filem Cina 2011

hai peeps! disebabkan puas seminggu duk menekan akal dan fikiran untuk midterm yang hempass tu. so, semalam Mish berjaya keluar dengan tersangat seronoknya. pergi merewang kat Times Square. well, ulang alik tempat sama je Mish pergi. haha.

lepas tu semalam teman si Irfan tengok Battle Los Angeles. sebab Mish dah tengok ngan member lain minggu lepas. kira tengok dua kali la. berbaloi sebab cerita tu best hingga menjilat jari. haha.

tapi ni bukan nak cerita pasal cerita tu. tapi nak story mory sal cerita kedua kitorang tengok. cerita Cina beb! Satu Malaysia wa cakap lu. haha. Dont Go Breaking My Heart. seriyes sedap giler!!! romantik dan kelakar. sakit perut duk tengok citer tu. tapi kan, masa tengok citer tu. kami je kot yang Melayu. lain semua Cina. haha.



Synopsis: Yen is a single girl from China working in an IT company in Hong Kong. Overwhelmed by the hustle and bustle of this sleepless city, she feels increasingly like a fish out of water. One day, she notices a handsome hunk, Shen Ran (Louis Khoo), in the office building across the street from hers trying to catch her attention with paper signs. A quirky romance ensues as she starts communicating with him by paper signs every day. However, it turns out that the love notes Shen Ran has been writing are only meant for a sexy vixen working at the office above hers. Just when Yen is ready to crawl back to her lonesome shell, her fate changes again. She befriends a beggar called Qihong (Daniel Woo) in the park who is actually an elite architect who ended up wandering the streets after losing his self. Yen starts helping him rebuild his confidence and get back on tracks. Months pass. Sean finally gives up his life as a playboy and realizes Yen is the dream girl he would like to spend the rest of his life with. Meanwhile, the rebound Qihong is also planning to propose to Yen at the rooftop of his latest design that was inspired by his love for her. Yen is no longer alone and lonely, but will she be able to find her true love?
ehee. cerita dia best siot. nah amek. kan dah terkeluar siot tu. mula-mula si Irfan tu bising, citer ni Cina je ramai tengok la. lepas tu, mula-mula mase iklan tu konon nak tunjuk betapa dia tak berminat, dia macam tidur-tidur ayam gitu. alih-alih dia lak yang gelak besar. tak rugi u tengok cerita ni.


  • sedih sangat bila katak hodoh tu mati. Qihong melutut satu hari depan bangkai katak tu sebab sedih. sweet!
  • lucu bila setiap kali si Shen Reng nampak perempuan seksi, terus je hidung dia berdarah. haha. nampak sangat gatal.adeh!
  • teruja bila Shen Ran propose Yen kat luar bangunan. aduh! 
ok, cerita tetap cerita. realiti lain ok. hehe. selamat menonton!

psst~
teruja sekali tengok cerita ni sebab Mish die hard fan Louis Khoo. =)

Saturday, January 22, 2011

Teruja Tunggu Filem Haq di Pawagam 2011!! [SINOPSIS]

owh, ok. mula-mula, umi cakap bagi salam dulu. so, ok, salam sejahtera yea semua. kemudian, terus pergi point. kalau tak, mereka cepat bosan. owh, ok umi. nak buat la ni.


kamu semua pernah dengar tak tentang filem Haq yang hangat tu. tak pernah dengar? meh nak bagi kamu semua dengar. eh, jangan dengar, baca. haha. melalut. ok, first of all, sinopsis cerita ni macam ni.


Filem Haq menceritakan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

owh, teruja tak jalan cerita dia?? macam best kan. dah lama teringin nak tengok filem thriller ala-ala Haq macam ni. dengar cerita filem ni akan mula ditayangkan kat panggung pada 27hb January. owh, dah tak lama yea. hoorey..jom memasing lepak Midvalley tengok filem ni. mesti gempak. haha.
info :
  1. pembikinannya menggunakan kesan khas menggunakan teknik janaan imej berkomputer (CGI).
  2. menggunakan khidmat pengarah terkenal Hong Kong, CL Hor yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Third Generation dan Kinta juga jadi sandaran.
  3. pelakon yang tak kurang hebat iaitu Zulhuzaimy, Nanu Baharuddin dan Adyputra.

psst~
harap-harap kali ni betul-betul ditayangkan la. no more delay-delay yea.
sekali dengar nama tajuk macam filem Hulk kan??haha

sumber : sinopsis cedok kat SINI
sumber : info tu pulak cedok kat SINI