Showing posts with label Poem. Show all posts
Showing posts with label Poem. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Tenang-tenangkan Diri

dulu,
aku pun pernah sakit.
pernah ditinggalkan.
pernah dikecewakan.
pernah ditipu.
pernah dimain-mainkan.
bukan sekali. bukan dua kali.
selalu. agak kerap.

biasa sangat aku mengadu pada teman. pada kawan-kawan yang tak pernah menjauh ketika aku dalam masalah yang menghimpit. terima kasih korang.

sekarang,
semua tu berbalas.
ye, aku bahagia.
aku dah ada suami dan bakal memiliki anak.
sikit pun aku tak menyesal dengan pengalaman dulu.
sikit pun aku tak membenci mereka yang dulu.
alhamdulillah, aku dah bebas dalam perancangan hidup olehNya.

mungkin, aku takkan sebahagia ini kalau hati aku tak pernah redha dengan cerita lama.
mungkin aku takkan begini kalau aku terus memendam rasa menjeruk duka lama.
mungkin aku takkan jadi macam ni kalau aku tak berusaha untuk membahagiakan diri sendiri.

sekarang,
mungkin aku berasa sakit, tapi pengalaman lalu, sangat-sangat mengajar aku,
macam mana nak berdepan dengan kesakitan.
macam mana nak kawal emosi kala kita dalam kedukaan.
mugkin dulu aku belum matang.
terlalu kebudak-budakan.
terlalu ikutkan darah remaja.
terlalu leka hingga lupa untuk bersyukur.

tenang-tenangkan diri, insyaAllah, hati pun turut tenang




Friday, November 15, 2013

Siapa Pun Kita

walau sehebat mana pun kita,
ingatlah kuasa Allah lagi maha hebat,
sekejap je Dia boleh buat kita jatuh bergolek lantaran riak dan besar diri kita.

jadi, walau siapa-siapa pun kita kat atas muka bumi ini,
walau sesedih mana pun kita, ada yang lagi sedih.
walau sesusah mana hidup kita, ada yang lagi susah.
walau sebahagia mana pun kita, ianya ujian dari tuhan.

jangan lalai hanya kerana kau merana.
jangan berhenti berusaha hanya kerana kau dah mencapai cita-cita.

mungkin bahagia kita hari ni kerana luka masa lepas.
mungkin takdir kita hari tercipta kerana takdir masa lalu.
mungkin kita yang hari ni tak mungkin begini tanpa pengalaman dulu-dulu.

belajar bersyukur. belajar berterima kasih. belajar untuk sentiasa memandang ke bawah.


**terima kasih masa lalu. terima kasih atas pengalaman itu. terima kasih atas rasa itu. terima kasih atas kesempatan itu. teruskan apa yang sedang berlaku. jangan menoleh dan biarkannya membeku. 

Wednesday, February 20, 2013

Tuesday, April 24, 2012

Segalanya MUNGKIN

mungkin aku tidaklah sempurna
tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
mungkin aku tak bisa memiliki
dirimu sepanjang hidupku..

lirik lagu Samsons - Tak Bisa Memiliki.


cukup sekadar aku tau kau gembira,
cukup sekadar aku tau kau bahagia,
dan cukup lah andai aku tau kau sedang tersenyum.

jika punya peluang, punya waktu,
untuk kita bertemu,
sama ada secara suratan atau kebetulan,
izinkan aku menegurmu,
sebagai seorang teman, 
sebagai orang yang pernah hadir di masa lalumu.
sebagai seorang yang pernah membuat kau tersenyum walaupun terpaksa,
sebagai seorang yang pernah gagal membahagiakan kamu. 

Wednesday, April 18, 2012

Ini KISAH HATI

Kau tau..
Hati aku, ya hati aku, hati milik aku, rasa kosong. Rasa sunyi. Sekalipun aku berada dalam keriuhan, hati aku tetap merasa kesunyian. Puas aku ciptakan keriangan, tetapi hati aku, tetap sepi, tetap sunyi.

Kau tau,
Hati aku, ya hati milik aku, rasa pahit. Pedih yang kau kirim, masih pekat terasa. Puas aku ubatkan, tapi, tetap ia merasa sakit. Tetap ia merasa pedih.

Dan, kau tau,
Hati milik aku. Ya, hati ini, walau bernanah, tetap inginkan kehadiran kamu. Tetap rindukan hangat kasih kamu. Tetap begitu dan akan kekal begitu. Sampai suatu masa yang aku sendiri tak tau. Semoga rasa ini bukan untuk selamanya.

Namun begitu, kau tau,
Setiap hari, setiap masa, aku butuh penawar dari Yang Maha Esa. Aku tahu dan aku pasti, penawarnya akan tiba. Mungkin belum masanya. Aku akan sabar menunggu. Semoga angin cepat datang meniupkan awan mendung ini. Dan semoga, matahari kamu terus memancar, kekal bercahaya agar kau kekal bersinar, dan aku, hanya mampu mendamaikan hati aku dengan sinar bahagia milik kamu. Andai hanya itu bahagia yang aku mampu.

##
Wahai hati, cukup lah berharap, berhenti memaksa kepercayaan yang ternyata pudar. Berhenti memaksa mereka yang mengalah. Berhenti lah wahai hati. Kenapa kau tak pernah berhenti….berhentilahh wahai hati. Berhentilah membuat aku sakit. Andai benar bahagia ini bukan milik aku. Aku redha, berilah aku ketenangan. Mudahkanlah urusan aku akan datang. Bekerjasama laaaa wahai hati.  (^_^)

Saturday, March 24, 2012

Tak Apa

Tak apa kalau muka tak hensem,
Tak apa kalau tak kaya raya,
Tak apa kalau tak sempurna anggota,
Tak apa kalau tak di kenali.

Muka hensem kalau otak tak ada tak guna jugak,
Kalau kaya tapi kedekut pun tak guna jugak,
Kalau sempurna anggotanya tapi kaki pukul tak guna jugak,
Kalau femes amos tapi playboy pun tak guna jugak.

Aku mencari mereka yang reti menghargai perasaan perempuan. Yang tahu nilai kesetiaan. Yang sentiasa jujur dalam perhubungan. Yang selalu mengiyakan apa yang benar dan berani menidakkan apa yang salah di tutur dan sikapku.



Aku mencari mereka yang boleh mengubahku. Aku mencari semangat kepada perubahanku. Aku mencari mencari. Tapi tak jumpa lagi. mencari mencari mencari. ahhh. spoil mood jiwang. hahah. Pfft~

Friday, December 2, 2011

Lelaki Seperti Kamu

Lelaki seperti kamu buat malamku jadi panjang.
Lelaki seperti kamu buat siangku terang benderang,
Lelaki seperti kamu buat aku jadi malu….
Dia ada bila aku lemah. Dia datang bagi kekuatan. Dia tak pernah hilang bila aku perlukan. Dia selalu senyum bila aku resah. Dia bahagia bila aku gembira. Lelaki seperti kamu, buat hidup aku sempurna. Dia cahaya bila aku gelap. Dia payung bila aku berhujan. Dia radio bila aku sunyi.

Lelaki seperti kamu. Aku suka kamu.

Kamu matang. Aku suka. Kamu sabar. Aku suka. Kamu tenang. Aku pun suka. Kamu cool. Aku suka sangat-sangat. Kamu buat aku teruja. Kamu juga buat aku resah. Kamu buat aku gelabah. Kamu juga buat aku berbunga.

Suatu masa, aku harap, aku jumpa kamu. Sukar dicari. Tapi aku tau kamu ada. Aku kan sabar. Aku kan menunggu. Lelaki seperti kamu, pasti tercipta untuk aku.

Saturday, October 29, 2011

Penat

penat.
bukan nak mengeluh.
bukan nak melenting.

cuma kesal,
ada manusia yang hanya tau menuding jari,
salah orang bertimbun dimatanya,
salah sendiri dikatanya tak mungkin.

kesal lagik,
atas segelintir manusia yang cuba lari dari masalah,
letakkan beban atas bahu orang lain,
biarkan orang lain menjadi mangsa kelalaian diri.

penat yang sekali ganda menjadi dua kali ganda,
penat berhadapan, penat memikirkan,
semua jadi penat.

bila rasa penat nak menghadapi hari-hari mendatang,
hati mula putus asa,
tak sabar nak keluar ke lembah bahagia,
tak sabar nak keluar dari cerun derita.

Wednesday, October 26, 2011

Hidup Ini Banyak Kadang-kadang

kadang-kadang hidup ni macam makan Cadbury,
baru je kejap tadi bukak,
sekarang ni dah habis.
macam hidup jugak,
rasa macam baru je semalam sampai rumah,
hari ni dah nak kena berangkat balik.

kadang-kadang hidup ni macam takal beroda,
bila orang tarik kita naik,
bila orang tak tarik kita pun tak bergerak.
macam hidup jugak,
bila ada yang kita kena buat, kita buat,
kalau yang kita tak kena buat,
kita duk diam-diam. nanti orang cakap menyibuk je kau ni.

kadang-kadang hidup ni macam sang kancil dengan buaya,
buaya nampak ganas tapi sebenarnya bodoh,
kancil nampak lemah tapi sebenarnya pandai.
macam hidup jugak,
luar orang nampak lelaki kuat tapi sebenarnya ego je lebih, 
orang pulak fikir perempuan ni lemah tapi sebenarnya tu cuma luaran.

kadang-kadang hidup ni sangat banyak kadang-kadangnya,
sehinggakan kita tak boleh nak berharap,
sebab kadang-kadang ia macam tu, kadang ia macam ni.


Saturday, October 22, 2011

DIAM

ada orang kata, diam tu senjata tersembunyi. means, bila orang diam je, kita dah tahu apa yang tak kena. hek hek. senjata la sangat kan? kalau diam sebab bisu tu ta payah susah-susah nak habaq mai la. sekeh kepala lutut kang!

manusia akan mendiamkan diri bila mereka :

  • terasa hati
  • terkedu
  • menyampah / malas nak layan
  • meluat
  • tak perasan
  • geram
  • tak mampu berkata-kata
  • tiada daya melawan kata
  • not in a good mood
  • saja nak buat kita bengang
  • tunjuk perasaan / protes
lepas ni kalau ada orang diam-diam kambeng ngan korang, pandai-pandailahhh! haha.

sekian, terima kasih!

Friday, December 10, 2010

Hanya PadaMu

malam ini aku tewas..
segenang air mata yang tersimpan..
akhirnya mengalir..
aku mengaku saat ini aku tewas..
aku sedar aku tiada teman..
pada ketika ini,
aku..cuma sendiri. 
tiada mereka..

Ya Tuhan..
beri aku kekuatan..
kembalikan semangat yang hilang..
pulihkan segala duka di gelung hati ini Ya Allah..
beri aku teman..
beri aku mereka yang pernah kau anugerahkan pada hidup terindah aku

aku rindu..
pada satu wajah..
terukir satu senyum buat aku..
Ya Allah..cubaan apa yang Kau sedang uji..
aku rindu wajah itu.
aku rindu senyum manis itu
pada lembut setiap kata
pada satu semangat yang pernah Kau beri pada aku dulu.
pada satu pelangi yang mewarnai hidup aku dulu
Ya Allah, dukakah dia..
sukakah dia..
sihatkah dia..
dia peniup semangat aku dulu dan kini
dia kekuatan pada setiap jatuh dan bangun aku

Ya Allah, 
aku sakit..
sakit pada helah manusia.
pada bicara lidah tajam mereka
pada jeling pandang hina mereka
Ya Allah, jadikanlah setitik mutiara jernih ini
satu semangat bagi aku.
untuk pulihkan kekuatan yang hilang
jangan biar ia terus pudar
kembalikan ia pada aku yang lemah.
pada aku yang memerlukan..

kerdil amat rasa diri ini.
meniti segala khilaf dan sesal hari lepas
andai aku bisa putarkan waktu
ingin aku, hapuskan semua yang aku sakitkan
yang aku peritkan
namun ini kehidupan realiti
bukan cerita fantasi kanak-kanak
ini kehidupan yang perlu diteruskan
bukan mimpi yang sentiasa indah
mungkin, ini pengajaran.
bukan lagi pembelajaran..


autopost : 
4:48am / 12/10/10

Tuesday, December 7, 2010

Dongeng Bahagia Si Gadis



ini kisah gadis dongengan.
bukan lah realiti akan segala impian.
yang selalu dipendam.
tak pernah dicanang.
walau gadis punya teman.

selalu sendiri atas buaian
menunggu akan satu janji yang pasti
sering melagukan sepi di hati.
namun tiada yang mendengar.
lantaran bisu di hati kecil.

kadang si gadis menangis hiba.
kadang si gadis bergelak tawa.
tiada lain difikiran.
melainkan mengenang nasib sendiri
semakin hari semakin kelam.

seringkali bila gadis cuba bangkit
dari segala lemah
dari segala payah
mengapa mereka sering mengata
sering menghina
sering mencaci
apa gadis tak punya hati

wahai mereka
sedarkah kamu
hati busuk kamu
mulut jahat kamu
umpat keji kamu
tak pernah sekali buat si gadis mengalah
tak pernah sekali buat si gadis rebah
malah itu dijadikan perisai.
itu juga dijadikan teman
buat berjalan 
menuruni lembah kehidupan
buat berhadapan 
segala cabaran.

****
kerana hidup kita tiada pernah indah akan selamanya. jangan mengharap akan satu bahagia andai belum pernah merasa duka. kepada mereka yang sedang bermuram. sedang berperang. dengan perasaan. dengan mainan kehidupan. bawa akan bahagia di hati, bawa akan imaginasi di fikiran. bawa sekali akan ingatan pada Yang Esa. sesungguhnya bahagia itu milik kita yang mencari. kita yang berusaha. kita yang meminta.

Saturday, November 6, 2010

Peluk Ini Buat Kamu

saat sejuk malam menyelimuti diri.
lalu tertanya pada dingin yang kaku.
apa aku di hati mereka..
permata kilau atau paku berkarat..

jawab beku dingin akan diri.
usah bimbang dan usah kamu khuatir.
sampai masa kamu mengerti
akan hadir rindu di alam sunyi
bersabar dan tabah akan masa
yang selalu melekakan kita..
**sigh...

saat matahari mula membakar diri.
bertanya pula pada panas hari
apa ada sayang buat aku
anak ceria yang kini diam..

lalu jawab panas akan diri
sentuh hati rasa kan hangat.
selagi ia terasa, 
sayang buat kamu takkan putus
percaya sayang percaya juga akan kasih
dua perkara tiada putus

pujuk diri tenangkan jiwa.
cepat pergi wahai masa.
ingin aku tebarkan peluk rindu selimutkan kamu
temani dingin malam sunyi yang kaku
hiasi panas hari yang bingar..


selamat jalan ok..Mish akan kembali lagi seminggu..uhh..pliss look after my pepel house ni okie...
Mish ada wat beberapa autopost..plis have a visit k..muah...muah..
auww..terlepas gedik lak..haha


Monday, November 1, 2010

Sayang Aku Buat Kamu!!

dude!! babe!!
huawaaa..mekasih lol..jenguk-jenguk blog hangit Mish ni..

ada sayang..
ada rindu..
ada cinta buat kamu-kamu yang datang

ok..Mish tak nak bangga..bongkak..tinggi diri..
tapi hakikatnya..
Mish harus ada rasa itu..
sebab Mish terharu..
masih ada secebis sayang kamu buat aku..Mish..
buat aku kuat hadapi sukar..
buat aku ringan lempiaskan kata..
juga selalu membuat aku senyum di kala duka..

kadang-kadang ada masa kita di atas..
ada juga kita di bawah..
kadang-kadang kita di awal..
ada juga kita di akhir..

selamat tinggal pada Oktober 2010 yang menebar seribu coretan
dalam kisah, sejarah dan susur hidup kita.
alhamdulillah..
kerana sehingga ke detik ini..
aku masih boleh bernafas..
melihat dan menghayati..
kehidupan realiti yang pasti.
sehingga ke detik ini juga..
dalam sedar atau lena..
sudah 5 bulan aku hidup sebagai blogger..
blogger yang tidor tak mau..
pencen pon segan..
aa..ada ke peribahasa tu?
paper pon..sepanjang ukiran 5 bulan ni..
selalu ada kamu yang kuat kan Mish untuk hadapi sukar..
ada kamu yang selalu ceriakan Mish di kala kelam..
juga ada kamu disaat Mish perlukan pendengar..

maaf pada mereka yang tak terjejak ek..
mood Mish ok je..tapi malas ngah merajai diri ni. 
datangnya November bermakna...lagi 4 hari Mish praktikal..
sebelum balik kolej untuk exam..
aduuuss..
series tak prepare paper pon lagi.
hurmm..

eklas dari...Mish


Thursday, October 21, 2010

Selamat pagi Cinta!

haipp..
apa kes woo Mish nak bercinta-cinta pagi-pagi buta nih..
bising la Mish oi..
ceit...
sendiri aku bermonoloG..hahaha..

ok!
morning pada semua yang ada rasa cinta..
cinta pada blog..
pada haiwan..
pada lawan..
pada kawan..
pada kekasih..
pada ibu bapa..
pada Ilahi..

haha..see..nampak tak Mish memang gatal nak taip entry...sila hargai entry ini walopun anda membacanya malam hari..!ok??

selamat pagi cinta..
kerana menyambut aku yang hitam.
bersama putih bayang kamu..
selamat tinggal pelangi lalu..

selamat pagi cinta..
atas semua bisik merdu..
hilangkan aku di dunia nyata..
buatku terdiam lafazmu satu..

selamat pagi cinta..
yang dulu kusangka satu rindu..
tapi rupanya gurauan palsu..
tak mungkin aku terus membisu..

selamat pagi cinta..
bahagia jua kenangan semalam..
yang aku sangka igauan ngeri..
tapi kini hadirmu realiti..

lalallala~
sekian sahaja...hahaha..






psstt...
pagi-pagi la dapat tengok wajah lempeng hangit ni kan??
lalalala~pasni konpem korang tak perlu nak bekfes dah..hahahaha..
yang dah bekfes tu konpem muntah balik..
hak2..
saya sangat zalim!!

 entry ni siap diconteng pada jam...
2.48am..
saya pekerja berdedikasi..hak2..


Wednesday, September 15, 2010

Ku Sangka Kau Dah.....



ermm...

aku sangka kau dah lupa,
pesanku semasa kau sakit..
ambil panadol soluble..
baik untuk selsema..

aku sangka kau dah tak nak ambik kisah..
apa aku suka dan tak suka..
aku tak suka ikan
dan kau sudi tanya kenapa

aku sangka kau dah tak berminat nak tau..
apa kes aku skang..
bahagia ke aku skang
boy aku orang mana

aku sangka kau dah tak pedulik..
aku punye keje setel ke belum..
aku punye cuak ada problem ke tak..

aku sangka kau dah tak sudi nak tolong..
susah payah aku..
jatuh bangun aku..
tapi kau masih cam dulu..
tak nak tengok muka aku susah..

aku sangka kau dah tak sudi dengar..
semua keluh kesah aku..
semua hiba dukaku..
tapi aku malu..

aku sangka kau dah benar-benar sombong..
dah tak nak sembang ngan aku lagi.
dah tak nak ambil tau hal aku lagi..
dah tak nak makan-makan ngan aku lagi..

btw, aku yang dah lupe..kita janji kita kawan selamanya..
yep, walau biru terang bulan,
selagi merah darahku..kita kawan..
dan kau kawan terbaik aku..
memberi aku semua rasa..
thanx pada kewujudan kau..

Thursday, August 19, 2010

Kalau Saya Sedih Saya Layan Ini...

hati manusia xselalu di atas..
tidak juga sentiasa di bawah..
bukan jua selalu terapung..
di awangan...

sesekali rakaman lama melintas di benak..
sesekali itu jua..
kolam mata bertakung..
bergenang..






The empty love, even with the sadness burning in the chest
I will not be able to push you out from my heart
Because the imperfect me is insignificant
Until the falling tears
Submerge every single memories
For you are my love, I will surely find you
 
cinta yang amat jauh..
meski diusang waktu..
direput kasih..
pada tulus ingat, segar merekah...

sekalipun hati pernah disakiti,
dilukai..
dikasari..
 
p/s :
sekadar melayan lirik lagu SS501..not my current situation...
 
 

Monday, August 16, 2010

Wajah :(

lelap mata yang xterlena
lantas kususuri angin malam
mengejar waktu kian kelam
suram

pada lipatan sunyi
disebalik gelisah hati
di usai malam
pagi menjengah

mengapa?
sering kukenang peristiwa duka
hatta diri masih terjaga
sedar

aku kini berbeza
tiap langkah jalanku
tiap titip tulisku
tiap sendu tangis ku
dan tiap lebar bicaraku
aku mengeluh


rindu pada satu wajah~

Wednesday, July 28, 2010

Bicara Tentang JODOH...


terkadang, bila aku bersendirian..
berteman titis mutiara jernih..
sepiku bertanya..
pada resah dan ragu pada lubuk jiwa ini..
yang tidak berhenti berlagu kala angin malam menyapa..
hatta hujan memberi amaran..
juga kala pelangi mewarnai..

apa mungkin dia temanku?
dia penjaga ku?

diakah orang yang diciptakan untuk mengesat saki baki duka saat titik jernih mengalir?
ketika hati bedondang pilu..
diakah insan yang akan menjadi sayap pelindungku ?
pabila aku dipijak dan sering tersungkur di dunia fana ini..
diakah yang menggendong perbuatanku di dunia ini ?
akan setiap amalku kerna syurga dan kebahagiaanku terletak padanya..
diakah yang akan bertitik peluh untuk menghidupkan sebuah keluarga yang bahagia untukku?
seperti sempurnanya keluargaku yang mendidikku..

ya Allah..
aku titipkan doa buatmu..
Yang Maha Mendengar..
Yang Maha Besar..
semoga setiap kun faya kun Mu untukku adalah yang terbaik Ya Allah..
bukan harta yang aku perlukan..
bukan rupa yang aku nilaikan..
bukan jua perbahasan yang aku agungkan...
dari seorang lelaki bernama suami...
hanya aku pinta sedikit ihsan dariMu Ya Allah..
hadiahilah hambamu ini seorang Adam,
yang penuh dengan cinta dan kasih pada kaum Hawa..
yang pasti boleh membimbingku saat aku terjatuh..
seorang yang Hawa dambakan dari insan bergelar suami..

dan semoga hubungan kami ya Allah
sentiasa di bawah naungan rahmatMu..
di bawah payung keberkatan Mu

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala