Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Auww..Awak, Bontot Awak Nampak laaaa..........

Adala pada suatu hari yang indah tu kan, ada la sorang lelaki ni datang ke farmasi tau. Untuk hantar barang. Barang tu kena la punggah dari lori. Lelaki ni pulak, pakai baju hitam ngan jeans.

Mish pulak kena ada kat tempat dia punggah barang dari lori tu. Kena kira barang cukup ke tak. Lagi satu kena la tengok depa buat kerja kan. Kot-kot sambil buat kerja sambil memanjangkan tangan ke hape ke.

Tengah-tengah baik punya usha depa buat kerja, masa dia duk sedap tunduk bangun tunduk bangun amek barang, Mish dapat rezeki baik punya. Haha. Masa lelaki tu tunduk, baju dia terangkat tau, seluar dia pulak jenis londeh, nampak la bontot dia. Ades..apa punya tayangan la. Tak menarik betul.

mungkin pasal muka tak hensem macam mamat ni, ia guna kuasa seksi kot nak goda ai. boleh macam tu??hahaha.

jatuh hati pada beliau masa tengok HEARTSRING!!haha
Agak-agak korang la kan, dia sengaja atau tak sengaja berpakaian macam tu. Lepas tu kan, agak-agak korang la, dia sedar ke tak eh dia punya seluar terlondeh. Aiyaa!

Psst~
Agak kaku entry kali ni. ada ulser dalam mulut. Eh, apa kaitan ngan taip entry?haha. tak tau! 

Tuesday, September 27, 2011

Lelaki Cinta Game dan Bola

  • Sanggup berjaga malam, tidur lewat untuk main game. Aishh. Ace kalau ada anak nanti, sanggup tak berjaga lewat malam jaga anak eh. Ops!
  • Dating yang 5 jam dipendekkan jadi 2 jam sebab nak kejar bola kat tv.
  • Sanggup pergi cyber café untuk online game bila internet kat rumah down. kalau mak suh beli kicap sebotol pun liatt giler nak keluar.
  • Bila dah layan bola. Mesej awek pun bo layan je. haishhh. Awek kena la paham-paham time ni. sikit sakit hati la sebagai seorang awek. Haha.

Itulah dia bila lelaki yang cinta game dan bola bercinta. Ades. Annoyingkan? Annoying macam mana pun, hati dah sayang. Turutkan aje lah. Hoho…

Kat mana-mana pun Mish pergi mesti Mish jumpa lelaki-lelaki macam ni. haishh..kalau bab giler game tu, sampai sanggup duk terperap dalam umah cuti hujung minggu dengan melayan game. Mak aih..mau terkeluar kot bijik mata. Duk mengadap game aje kejenya. Mana la tak merajuk si makwe. Haha.

Yang giler bola pulak. Pantang keluar ngan awek, mesti ajak makan kedai mamak. Kedai mamak kan biasanya layan channel bola. Bila mata dah terpacak kat tv siaran bola tu, awek kena culik depan mata pun tak sedar. Ahaks.. over lak ayat ai eh.

Tapi,palinggg seronok bila pasangan tu ade minat yang sama. Sama-sama minat bola. Sama-sama minat game. Pheww. Mesti best kan. Haha. Best la sangat kot..erk..

Psst~
Mish nak cari lelaki yang minat korea. Ada ke? haha.

ini entry tengah-tengah kebosanan. mesti korang baca pun bosan kan?hahahah


Wednesday, September 14, 2011

Lelaki Banyak Cakap?uhh...Annoying Betul kan??

Tiap-tiap hari rutin kerja tak pernah lain. Sama je. rasa bosan la pulak. Ades. Kerja pun dengan orang yang sama. Aih..rasa macam nak suruh rakan sekerja tu tukar muka hari-hari. Boleh? Haha.

Back to our main topic.
comel tak baby ni??anak ai ni..percaya tak?hahaha..comel giler-gilerrrrkan. anak sape ntah ni ai cilok kat google. wuhahahaha. besar nanti talk less tau dik..hehe

Kalau perempuan tu memang sinonim la dengan banyak mulut, banyak cakap, mulut murai, mulut kepoh apa semua kan. Tapi ni kes lelaki lak. Erk..><

Lelaki banyak mulut? Oh man. Teruknya.

Lagi teruk sekarang ni is, hari-hari Mish berhadapan dengan lelaki macam ni. Bukan lelaki-lelaki ok. Tapi lelaki je. demm giler. Hari-hari kerja dia mengata walaupun sebesar kuman. Kalau tak de orang untuk dikata, dia asyik duk cerita kisah-kisah lama dia. Even dah sepuluh kali dia cerita benda tu kat Mish. Omaigod. Sangat stress ok.

Rasa penat sangat telinga ni. Korang tau la kalau lelaki bila dah terlalu banyak cakap. Memang seratus kali lebih teruk dari perempuan la. Nauzubillah.

Jom sama-sama pikir,
  • Siapa la jadi bini dia nanti eh. Konpem dia kena kawen ngan orang yang pekak kot. Baru tak muak dengar cerita dia. Opss, sekali dia jadi laki aku. Ohmak!!taknakkk!!  
  • Macam mana kita nak sedarkan dia yang kita tak suka dengar cerita dia tu. Rasa macam dah hafal dah jalan cerita hidup dia. Sangat laaaaaaaaaa banyak kali dia cerita.

Susah kalau terlalu talkative. Kang tak layan kang merajuk patploh hari. Pheww..T_T

Sunday, July 24, 2011

Lelaki Suka Budak JANGAN Dekat-dekat Dengan Saya

selamat datang ke blog budak miang. haha.

Mish ni kan, sebenarnya...sukaaaaaa sangattttt kat lelaki yang suka budak-budak. setakat suka hipokrit main acah-acah tu Mish tak layan la. sori la der. gua leh tau lu berlagak je depan gua supaya gua tangkap cintan sama lu. haha. buerkk. nak bergua lu bagai.

Mish ada sepupu. korang pun ada sepupu kan? hehe. sepupu Mish ni memang kalau ngan budak kecik, memang leleh habis la. budak-budak pun kalau dia ada, memang berebut nak main ngan dia. dia cepat mesra ngan budak. seronok tengok. kalau si Iman tu, memang tak pandang keluarga sendiri la kalau dia ni ada. haha. rasa terhina kejap disitu.

korang tak suka ke tengok lelaki camni? alahai.....sweet tau.

Friday, June 10, 2011

Kesian Lelaki Sekarang Banyak Pesaing | Penangan NORA ELENA

huwa huwa huwa. terasa nak tergelak bila teringat fenomena Nora Elena. haha. korang layan tak??layan tak?? ceit. dan-dan tak ngaku kalau tanya camni kan.

tapi serius super hot super vogue drama ni skang. walau pukul 7 sekalipun sanggup tengok. aiyaa. erk, Mish tak layan sebab waktu maghrib memang umi tak bagi bukak tv. hehe. baik la kejap kan. cuba buat pukul 1 2 pagi. sanggup tongkat mata ngan batang penyapu tak nak bagi tidur.

back to our main topic.

cuba tanya perempuan-perempuan diluar sana, kalau nak laki kannn...u oll nak laki macam mana? konfem-konfem jawab yang macam Seth Tan. haha. alasan? sebab romantik. auww. memang sangat romantik pun. Mish layan kat tonton.com je satu dua episod. hehe. memang la suwittt sangat kan. aih. ada ke lelaki macam tu atas dunia ni eh? ada ke? ada ke? (abaikan la part dia rogol Elena tu. rosak la sikit saham dia kalau ada yang tu kan. ehee.)

kawan-kawan Mish pun ramai duk gila si setan ni. eh, Seth Tan. mau mengamuk peminat Seth Tan kalau tau ai tulis nama hero dorang camni. haha.

lepas tu kan, kalau yang ada pakwe-pakwe tu pulak duk sibuk berangan, kan best kalau pakwe aku macam ni... adoi. parah la korang ni. last-last kalau tak kena sikit. nak suruh si pakwe pujuk macam Seth Tan pujuk Elena. haha. lawak seyh. mampuih la semua lelaki dalam dunia ni kalau nak ikut sangat watak plastik dalam drama tu. aduyai. naseb la kamu lelaki.

lepas ni lelaki boleh la ramai-ramai buat bantahan cerita romantik-romatik macam ni. takut tergugat. kua kua kua. haha. dah la lelaki dah kurang sekarang ni. auww. SINI ada bukti salah seorang peminat Seth Tan. ehee. lepas ni ramai-ramai pakat minat Irfan Ikmal dalam Stanza Cinta pulak yea. haha. tapi..Irfan..Irfan seloww sikit eh. ^^

psst~
teringin nak lelaki macam Baek Seung Jo jerw.. haha. dan lagi kan. tapi kan. sebenarnya kan..dah ada orang nak pun dah kira syukur. macam la muka haku stok-stok muka laku. ueww..sadisnya ayat. haha.

Sunday, April 3, 2011

Lelaki Jiwang??

salam semua. anda lelaki? anda jiwang tak? ehee. sampai mati korang lelaki ni tak nak ngaku korang ni jenis jiwang-jiwang kan. ala, tak jiwang pun sweet la. ego je lebih. konon depan orang cakap "eh, jiwang-jiwang tak main eh" ceit..tapi bila dah depan awek. kah kah kah. manja siot. ayat bulan bintang semua keluar. berpeluh duk pikir ayat paling sweet untuk si dara. ececece.. (ok, melampau disitu).

tapi betul. lelaki ni sebenarnya sweet sangat. kalau kena part dia tengah hepi plus bahagia tu. untung la si dara. dapat ayat best dari teruna. kembang kuncup lobang hidup tu. memang la just a word, tapi..adeh. nak cakap pun tak pandai sebab kalau korang pernah rasa tau la. ahaks! tapi kalau mish la kan. dapat ayat best pun buat tak tau je. padahal lam hati tuhan je yang tau. kuatkan lah imanku. hahaa.

susah tau nak cari lelaki yang jiwang sampai tangkap leleh. jiwang sangat susah jugak kan. so, yang bersederhana je la. bia la kena masa. kan kan kan.

lelaki ni muka ganas cam perompak, tapi hati berbunga-bunga. haha. seriyes!

sebenarnya tadi baru pas baca blog sorang blogger lelaki ni. muka dia biasa-biasa je tau. entry dia pun biasa-biasa je. kebanyakan entry dia sal dia ngan awek dia. sweet sangat ok! suka! haha.

uit gurls out there! suka tak lelaki jiwang ni?? haha. umi cakap lelaki jiwang ni hati-hati sikit. takut playboy!! ahaks!!

Monday, February 14, 2011

Lelaki vs Perempuan : Mana Lebih Ego??

haip..moshi moshi! tiba-tiba je hari ni terasa nak buat tajuk serius pasal sifat lahiriah manusia ni. EGO. sekali lagi, E to the G to the O!! yang jugak bermaksud, bodoh sombong. err. ye ke? haha. 

tapi kali ni Mish malas la nak taip. ni Mish ada kumpul beberapa komen yang bagi Mish menjelaskan antara lelaki dengan perempuan, mana lebih ego.

anda tengok, anda baca, anda fahami, anda nilai!!

Mish ada bawak 7 orang tetamu jemputan yang mungkin ada pandangan atau pendapat sama macam korang semua. dan mugkin lain. tapi tak pe, jangan susah hati. kita baca je.layanzzz~!

**kemacuran : kemachoan.








haha..nak tergelak, nak terasa, nak menangis (eh, tiba-tiba!) pun ada bila baca segala macam pendapat dari tetamu jemputan ni. most of the pendapat tu berkenaan pengalaman diorang tentang kehidupan atau asam garam bercinta. cewwah! kan main kau. ye la. dah cari penat cari pendapat tentang ego dalam persahabatan ke, apa ke. tapi nampaknya tetamu kita lebih berminat ke arah tu. ahaks!! terima je la kan.

so, huraian saya sendiri menyatakan. kalau betul pun kita ni ego, kita takkan pernah sedar sebab yang orang duk cakap kita ego tu adalah sebenarnya salah satu cara bela diri. tak kisah la bela diri dari cerca ke, pandangan orang yang merendah-rendahkan kita ke, apa ke. yang pasti, bagi Mish, ego ni perlu ada dan biarlah bertempat ok!!

kalau lelaki, normalnya akan cakap perempuan ego, dan perempuan pulak akan cakap sebaliknya. maka, sampai kiamat pun takkan usai persoalan ni. adeh.

psst~
tetamu jemputan ni diundang dari laman web INI dan INI.

Thursday, January 6, 2011

Saya Ada Heroes!

taip entry sambil mengunyah something. krup krap krup kurap. ops!tersasul kurap pulak. geli je kan. haha. sangat best sampai tersasul sudaa. ahaks! nampak sangat mengada kan? mau tempeleng budak ngengada ni lelaju? langkah mayat semut dulu. haha.

korang ada heroes?? nda ada ka? waa..kasik malu bha. oh, terkeluar Sabah pula. lagi nak ngengada kan? haha. ok, hari first masuk hostel hari tu Mish kirim kat member suruh beli Nestle  Breakfast Cereal (Milo).sebab Mish memang suka kunyah Milo ni bila duk sesaja. better than mamah dosa sebab mengumpat kan. ehee. maklumla dah duk asrama ni. jumpa ramai-ramai. aihh..perempuan-perempuan. lalalalalalala~

abaikan part mengumpat. nanti korang memang buat bahan nak kutuk Mish kan kan? eh eh. lupa pulak heroes saya. masa Mish beli Milo tu kan, Mish dapat percuma Heroes tau. nama Heroes macam banyak kan. tapi Mish dapat sekor je. ehee. disebabkan kat kotak tu tulis Heroes, Mish taip la jugak Heroes. haha. ni kira plagiat ka? erkk..jom tengok Heroes saya!!



haha..ada yang menyesal ke baca entry ni? sebab ni memang test drive punye entry. ehee. dalam bahasa blognya, test write la kot. sebab nak tidur, tapi tak ngantuk. so, taip entry malam-malam, publish esok pagi. waa..bagus juga tu kan. tak de la membazir je masa. hehe.

k la..terima kasih kerana melayan. zippsss!!

psst~
kenapa la lelaki ni kurang sensitif ea. ish..macam cakap ngan patung pun ada. lepas tu terasa macam nak sepak terajang mau bagi paham. haha. tak de kena mengena ngan entry kan?lalalalalalala~

mood :
layan lagu Taxi Band - Hujan Kemarin. feeling sedih beb. sob sob. tumpang lap hingus. yeww..hahahhaha

Monday, January 3, 2011

Lelaki Kaki Kikis.

hai peeps.makin lama makin suram lak blog ni i rasa. hehe. tapi tak pe, Mish setia disini merapu meraban ntah hape-hape. berceloteh ibarat muka mengadap cermin. bagi peringatan kepada diri sendiri mungkin. ehee.

lelaki kaki kikis? yeww...kalau perempuan biasa panggil pisau cukur kan. hehe. sama la perangai si kaki kikis ngan pisau cukur ni. bekerja dengan matlamat yang sama. menoreh duit pasangan kaw-kaw. jijik kan. hak hak. tak malu ke kalau lelaki yang bertitle kan kaki kikis ni? dah la sepatutnya dia yang dikikis sebab memang dah tugas lelaki mencari rezeki. tapi bukan dengan cara mengikis.

perempuan yang membiarkan dirinya dikikis pun boleh tahan senget jugak. apa yang speselnya kalau dapat si kaki kikis tu? lama-lama diorang naik lemak tau. aigoo. tak rugi pun korang tinggal lelaki macam ni. cam dayus je. tau makan duit perempuan. ish. mintak kita semua dijauhkan dari perangai dan orang sebegini.

lelaki macam ni just tau nak hidup mewah tanpa berusaha. hari-hari goyang kaki kat umah. nak topup phone pun minta si bunga topupkan. ceitt. tak malu. setakat sekali dua tu paham la. tapi ni kalau hidup ditanggung 60%. mau berhangenn omak! aihh.depa ni kalau dah sekali dibelanja, nak dibelanja lagi dan lagi. ketagih duit perempuan kot.

hak hak.tetiba emo semacam. well, u know me. budak emosi tak berapa nak stabil. benda yang tak de kena mengena ngan diri sendiri pun duk kepoh macam kena atas kepala sendiri je. hahaha.

Friday, September 17, 2010

Kalau Nak Cari Suami, Umi Cakap....

hahaha..lawak lak rasa tajuk Mish hari ni..adess..tapi tetap, masih dan nak jugak share ngan u olls..pesan umi kat Mish..gaya pesan macam nak Mish kawen cepat je umi nih..tak kan dah bagi green light kot umiku...haha..siap pesan tu kat anak-anak pompuan yang 3 kuntum nih..


sedikit pesan umi yang i nak bagitau u oll..
  1. cari lelaki yang rajin solat..boleh imamkan kamu ya anak-anak..subuh-subuh selalu pegi masjid...sejuk perut umi..
  2. lelaki yang sporting..senang..kalau nak pi shopping, siap boleh teman..tak de istilah u shopping barang u, shopping barang i skali..i nak ngadap game..uhh..Mish pon nyampah..
  3. pastu lelaki yang penyayang..tengok suami orang tu haa..isteri nak shoping pon rilex je..suami tolong jaga anak..kadang-kadang anak nangis malam-malam pun suami yang terjaga dulu..alhamdulillah kalau Mish dapat..ahahaha...
  4. cari yang penyabar...tenang je nmpak dari luar..bia la dalaman pon tenang..jangan cari yg panas baran...nanti kau merana...erkk...
  5. pastu kalau boleh, cari la lelaki yang rajin duk dapur..tolong-tolong...kalau ada skill masak sket2 kire bonus wat menantu la tu..haha..umi kata, senang kalau anak-anak umi jatuh sakit..ada orang jaga..setuju!!
  6. paras rupa dan harta umi pandang sebelah mata je..kalau muka macam Shah Rukh Khan tapi perangai cam Salman Khan..reject awal....
haha..panjang lebar lak umi Mish nih..aduhh...nak je Mish cakap..

"umi, anakmu ini bukanlah watak heroin dalam novel ntuk dapat lelaki sebegini sempurna..muka pon cam kuih cornflake hanguss..hee~"
 agak-agak..umi marah tak ek..bukan pe..konpem-konpem laki macam ni wujud lam novel jer..aduhh..erk...ada ke lelaki cam yang umi nak tu??huhu..Mr. Choc my dear..amacam derr...bole kerr??hahaha..

eh eh..pasan tak, suma contoh Mish taruk bab shopping..haha..sori k..sebab perangai lelaki paling nyampah i tengok masa shopping..suka tinggal bini shopping sorang-sorang ngan anak kecil lagi..aduss..before kawen, masa berdua je kepit bukan main..geli i..~

Sunday, August 1, 2010

Tenang, Rileks, dan Bayangkan..


meh kite merenung2 nak...those yang kapel ni..jom kita bace dan bandingkan. perkara dan ayat2 manis, comel dan romantik..tik..tikk.. ni besenye di lafazkan dari mulut kaum adam..

opss!! bukan menuduh cuma tekaan secara rambang..ampun kan khilaf hamba..

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha


Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!!


Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun: …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….


Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….



Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??



Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer.


Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
More Than 10 Years: Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…


Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler...Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asik tengok tv jer…





lepas baca sume ni...mungkin ini antara perkara2 yang bermain dalam pikiran u ollss..
a) waa...sebijik macam aku kene..huh...lelaki ni memang sume nye same..
b) fuhh...seb baik pakwe i xmacam tu..romance nye berkekalan..
c) still blur sebab baru je menjalinkan hubngan..gulp~takutla pulak...
d) dah cukup baik kalau 10 tahun jadi g2..buatnya 5 taun dah cerai.. :(
e) see??tu la..sape suh kapel..pecaye sangat kat cakap lelaki..aku anti-kapel!!!


so, which 1 are yours???

hahaha..silap2 ada yg terus switch jawapan ke 'e)' t..gerun punye pasal..amek langkah berjaga-jaga la kononnya...


Wednesday, July 28, 2010

Bicara Tentang JODOH...


terkadang, bila aku bersendirian..
berteman titis mutiara jernih..
sepiku bertanya..
pada resah dan ragu pada lubuk jiwa ini..
yang tidak berhenti berlagu kala angin malam menyapa..
hatta hujan memberi amaran..
juga kala pelangi mewarnai..

apa mungkin dia temanku?
dia penjaga ku?

diakah orang yang diciptakan untuk mengesat saki baki duka saat titik jernih mengalir?
ketika hati bedondang pilu..
diakah insan yang akan menjadi sayap pelindungku ?
pabila aku dipijak dan sering tersungkur di dunia fana ini..
diakah yang menggendong perbuatanku di dunia ini ?
akan setiap amalku kerna syurga dan kebahagiaanku terletak padanya..
diakah yang akan bertitik peluh untuk menghidupkan sebuah keluarga yang bahagia untukku?
seperti sempurnanya keluargaku yang mendidikku..

ya Allah..
aku titipkan doa buatmu..
Yang Maha Mendengar..
Yang Maha Besar..
semoga setiap kun faya kun Mu untukku adalah yang terbaik Ya Allah..
bukan harta yang aku perlukan..
bukan rupa yang aku nilaikan..
bukan jua perbahasan yang aku agungkan...
dari seorang lelaki bernama suami...
hanya aku pinta sedikit ihsan dariMu Ya Allah..
hadiahilah hambamu ini seorang Adam,
yang penuh dengan cinta dan kasih pada kaum Hawa..
yang pasti boleh membimbingku saat aku terjatuh..
seorang yang Hawa dambakan dari insan bergelar suami..

dan semoga hubungan kami ya Allah
sentiasa di bawah naungan rahmatMu..
di bawah payung keberkatan Mu

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Tuesday, July 20, 2010

oh! kamu lelaki..


semalam turn aku bertugas kat Unit Rawatan Rapi (ICU). hurm, sangat ramai patient. ada yang koma. ada yang tempurung kepala pecah cz accident, ada yang kena jangkitan kuman kat paru-paru. macam-macam la...buatkan aku sedikit seram..takut..ngeri..

walobagaimanapun, aku syukur sangat, cz aku masih diberi peluang untuk bernafas dengan sempurnanya. masih dipinjamkan pancaindera dan kehidupan fana ini oleh Nya. Alhamdulillah..

Sujudku pun takkan memuaskan inginku 'Tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa Alhamdulillah pilihan dan kesempatan Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri Semua lebih berarti akan mudah dihayati Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
by Too Phat-alhamdulillah

sedang aku duk mengisi bekas-bekas ubat patient by bed..means, unit of dose la..klw korg paham, paham la..hehehe..aku terpandang la kat sorang mamat nsem,ngn adik beradik lelaki die kot..xpun kawan-kawan die..ntah..duk lam blik nom 11 maybe..dan patient kat bed tu mmg nmpak cam tengah tenat giler. seolah sedang bertarung hidup dan mati..dam mamat tu memang ensem dari baka baik punya..pakai kemeja,tp ala-ala sempoi. pakai jeans agak ripped sket.. stylo la..die duk berlegar-legar jer lam bilik tu ngn yang len tu..juga lelaki. masing-masing da sendu pada alur mata lembut mereka. pandangan yang sayu dilemparkan pada aku.

dan aku meneruskan kerja seperti biasa. seketika aku mengalihkan lagi mata aku pada bilik nom 11 tu. dan baru aku ternampak, sorang budak perempuan, berbaju merah, sedikit gempal, sedang membca surah Yasiin mungkin. dan kadang-kadang, dia membisikkan kalimah syahadah mungkin. menguatkan si pesakit. supaya tabah menerima ujian dari Allah. jangan terpedaya dengan hasutan syaitan yang ketandusan iman. yang tidak pernah berhenti dan tak pernah berputus asa menghasut manusia hatta ianya pada nafas terakhir.

lalu aku terfikir, bukankah doa dari anak lelaki lebih afdal?? dan sebagai lelaki,bukankah lebih bagus andai mereka yang membacakan Yasiin dan membisikkah kalimah syahadah pada seorang ayah yang sedang bertarung nyawa. bukanlah niat aku nak cakap yang perempuan xboleh buat semua tu. tapi, apa guna mereka sebagai lelaki kalau bukan waktu-waktu begini??setakat duduk, menghirup udara aircond dan bersedih2..adakah si pesakit akan tenang??akan sembuh..wake up..bertawakal guys..

sayang, muka nsem, tapi tiada kesedaran disitu. ap salahnya, kalau mereka sama-sama membcakan surah untuk si ayah. tentunya si ayah akan jadi lebih kuat. malah, berbangga, andai dia tiada nanti, dia sudah boleh mengadap Yang Maha Pencipta dengan tenang,kerana sudah berjaya mendidik anak yang hensem, cantik sengan akhlak yang seiring dengannya di dunia dan diakhirat, pasti si ayah tidak akan ditanya tentang kegagalan dia mendidik anak.

aku pun bukanlah baik sangat. aku pun selalu buat silap. selalu jugak aku terleka dengan dunia hingga aku terlupa akan semua tu. tapi aku tahu akan tanggungjawab aku sebagai anak bila aku berada dalam keadaan begini. wallahu`alam.

makanya, para lelaki. ketahuilah, anak lelaki merupakan tunjang kekuatan keluarga. sehebat mana pun kita, andai kita tidak berbakti pada ibu bapa yang membesar dan mengasuh kita. jadilah kamu seperti si Tanggang. Nauzubillah.....