Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Merapu Di Bulan Puasa

hai. salam semua.

again, i miss this blog. hehe.

1st day puasa hari ni kan. really excited nak bangun sahur pagi tadi. sahur makan ikan bilis goreng ngan telur mata kerbau. haha. pembuka selera gilesss. makan sahur tak leh mewah-mewah, nanti tak rasa keseronokan berpuasa di zaman bujang. kalau kawen lain la. haha.

crappy.

nanti berbuka lak duk pening kepala nak makan lauk apa. masak ke makan kat luar. masak ke makan kat luar. masak ke makan kat luar. sila ulang sepuluh kali. haha.

pikir punya pikir, last-last berserah pada takdir. huk huk. yang duk umah syok la kan. ada ibu yang penyayang tolong masakkan. huwaa. rindu rumah. T_T

siapa cakap hari puasa tak boleh merapu? hehe. merapu tak membatalkan puasa kan? kan kan? mengumpat pun tak membatalkan puasa. tapi beringatlah. mengumpat tu berdosa. hormat-hormat la bulan mulia ni. eh, tetiba syarahan tak bertauliah. haha.

Tuesday, May 10, 2011

Sekali Sekala


sekali sekala kan, apa kata lecturer bagi soalan mudah kat student.
penat sangat rasa nak study. dalam banyak-banyak sem, sem ni la paling menekan. nak kata subjek susah. sem 1 2 3 dulu pun lagi susah. sem ni tak de hafal nama ubat. dulu nama ubat berbakul-bakul. berbelit dah lidah ni. ubat apa kau nak tau. habaq mai. nak try jawab. kalau ingat lagi la. erk.

sekala-sekala apa kata kalau kita buat perubahan. semalam kita pakai tudung. hari ni kita buat rambur dogol. erk. macam tu. HELLO. tak nak perubahan macam tu. kalau hari semalam kita banyak sakitkan orang. apa kata hari ni kita cuba jadi budak baik. memang dah cuba. tapi kadang-kdang bab sakit dan menyakiti ni out of control. kan? haha. alasan semata-mata. dah buat salah baru nak cakap out of control. lain kali cakap tu fikir dulu kan? buat yang terSAKIT tu. mintak maaf ye.

sekali kala, apa kata yang dah habis exam tu, mai tolong kami-kami yang tak habis exam lagi ni. ampa mesti dah tak stress kan sebab dah lepas paper. uwaaa. mai la tolong jawabkan kami punya paper. mai la mai la. kami dah stress, tak leh nak masuk dah ni. ampa mai la tolong jawabkan untuk kami. buat-buat muka tak malu mintak macam ni. macam laaaaaaa dapat kan. dapat pelempang ada r. ada berani ke nak lempang ai? meh sini meh sini. sambil lipat lengan baju. haha.

psst~
sekali sekala, apa kata yang jarang tidur dalam kelas tu cuba la tidur sekali. best wooo..

Thursday, April 28, 2011

Sebab-sebab Tak Suka Masuk Makmal


  • sebab kena bawak baju lab coat. dan lab coat tu bewarna putih. oh, i hate white. sebab kalau kotor je sikit memang terus nampak. dan saya bukan lah seorang yang berhati-hati aka cermat. so, nanti ada je kesan pen ke kotoran lain ke melekat kat baju tu. aduh. lecehnya.

  • malas nak buat report. tak kire la report lab kimia atau mikrob. semua saya tak suka. tak suka prosedur yang kena ikut masa nak buat report tu. lepas tu nak kena karang ayat untuk rumusan la apa la. adeh. oh, mungkin awak tak tau, saya tak suka mengarang. sebab tu BM saya masa SPM ke laot. haha.

  • kalau lab kimia kena bawak banyak peralatan sikit. dan saya memang seorang yang malas nak bawak semua tu. sabun la tisu la. adeh. buat berat badan je. baik mintak sikit je dari meja sebelah. haha. kan kan??

  • masa dalam lab tak boleh bising-bising. lepas tu tak boleh ganas-ganas kalau pegang barang lab. kata lecturer, MAHAL. haha. tapi hari tu Mish pernah gak pecahkan satu radas. nasib baik tak kena ganti tau. pheww.

  • yang terpenting sekali. dalam lab tak boleh tidur. dan tak boleh curi-curi tidur. korang pernah ke curi-curi tidur dalam lab kimia? lab mikrob? lab bio? lab fizik? camane?? ajar sikit!! lab komputer tak diambilkira eh.


dengan pendedahan ini, kantoilah bahawa saya  seorang yang banyak songeh. sila jangan ambik saya jadi bini. kalau nak buat isteri dipersilakan. haha. poyo!

rasa hebat giler taip entry ni sebab terus pada point. adeh. bongkaknya saya! boooo!

Tuesday, April 26, 2011

Pasang Niat Pun Dapat Pahala Kan?

tengah hari ni saya tak makan sebab saya diet. hahaha. ok, tu pembuka entry.

dulu masa sekolah ustaz selalu cakap lam kelas, kalau kita niat nak buat baik. kita dah dapat pahala. lepas tu bila buat, dapat pahala lagi. tapi kalau kita niat jahat, kita tak dapat paper, tapi bila kita buat jahat, kita dapat dosa. paham anak-anak murid ustazah Najihah sekalian? haha. kalau salah angkat tangan yea. tegur ustazah baik-baik sebab ustazah dulu sekolah tak habis. tapi ada hati nak ajar kamu. hahaha.

muka ustazah konpius. sesuai tak??

  • semalam niat nak siapkan tutorial research. tapi alih-alih kawan ajak keluar. almaklum la, semalam gaji, so, pergi setelkan bil broadband, cari stok makanan dan makan-makan. alih-alih balik bilik, online. niat baik tadi entah kemana dah. haha.
  • semalam lagi. niat baik je nak tidur awal sebab bajet nak bangun pukul 4 pagi sebab nak study kimia farmaseutik. konon la kan. alih-alih tidur pun dah pukul 1.30 pagi. bangun apa lagi. hahaha. kelas kol 8 pagi, nak breakfast pun tak sempat. ades.
  • yang ni niat paling terhebat. niatnya dah tak nak tidur lam kelas masa lecturer mengajar, sekali tadi tertewas jua. ahaks! lena giler tidur masa kelas Pengurusan Asas. siap mimpi main guli ngan sepupu. apakah jenis mimpi macam tu ea. hahaha.
  • niat dah tak nak bawak lappy pergi kelas. tapi hari ni dah bawak pun. bila dah bawak memang malas study. hahaha. sebab tu la adanya entry ni. taip lam kelas gitu. auww!!
  • niat dan nekad nak siapkan layout baru blog sebelum final. so matlamat sekarang ni. blog ni berkulit baru sebelum final bermula 7hb Mei ni. nak buat senang je. cuma masa dan kerajinan tu yang kurang? ada sesape nak sponsor dua benda tu? hahaha. so, yang ni, niat yang tak tau lagi camane kesudahannya. erk, niat ni dapat pahala jugak ke eh? hahaha.



psst~
sangat muak dengan makanan cafe. so, saya tetapkan hari ni, saya on diet. makin sonokla si WooferStorm mengata ai seketul nanti. ades.

Friday, April 22, 2011

Jadi Student Selalu Diguna-gunakan

Assalamualaikum w.b.t.

kawan-kawan semua....ada paham tajuk entry Mish? secara ringkasnya Mish nak bagitau yang bila kita bergelar student ni, kita kena bersedia untuk ditindas dan digunakan. ada paham kini? eh, buruk tol guna perkataan kini. so, tukar kepada sekarang. haaa. ada paham sekarang?

seperti yang entry sebelum ni duk cerita, hari ni Mish nak balik umah. tapi tadi, ada lecturer yang juga merupakan penyelia kelas Mish datang dan cakap minggu ni tak boleh balik sebab ada gotong royong. erk. waddehal kan?

kenapa hari ni nak balik, hari ni baru nak cakap? urgh! annoyingnya tempat ni. katanya lagi, ini arahan pengarah. hek eley... bila nak gunakan tenaga kami sesuka hati je keluarkan arahan. kalau cakap seminggu lebih awal tak boleh ke? ape daaa. tu ha, pekerja radicare sikit punya ramai still nak kacau hari balik kampung kami. demm demmm..

ok, lets think positive..

  1. mungkin pengarah nak memupuk sikap bekerjasama dalam diri pelatih kolej ni.
  2. mungkin pengarah melihat senario pelatih yang masuk hospital akibat denggi beberapa hari lepas sebagai satu masalah yang berpunca dari hostel. oleh itu, kerjasama dan kesedaran kami amat dibutuhkan. ahaks!
  3. mungkin pengarah saje nak kasi ugut ala-ala castello kepada kami.
moralnya, saya tetap akan balik wahai tuan pengarah. ramai kawan saya yang dah beli tiket. tiket bas, tiket flight. anda sanggup kah membayar ganti rugi kami?

erk. sebelum pengarah kolej baca baik ai chaw dulu.hampun maaf ye pengarah. haha. chaw chin chaw!!

psst~
anda tak rasa ke Mish ni sangat kasihan? semoga urusan untuk balik dipermudahkan. koktail menanti. urghh...tetiba kering tekak bila teringat. haha.

Thursday, April 21, 2011

Mood : Nak Shopping Baju Raya

ahaks! giler tak mood Mish petang-petang macam ni??aiyark!

punya duk syok melayari internet nih. tiba-tiba je minda diterjah rasa nak beraya. haha. ayat pun dah cukup poyo ni. adoi. ni semua efek puasa hari Khamis, Isnin dan Selasa hari tu la ni. dah lama tak puasa sunat kan. (erk, sunat la sangat..:P)

sekarang ni tak memasal datang mood mereng nak beraya. aduhai. apa-apa je lah mood. raya lagi berbulan-bulan, berplanet-planet. kau silap datang awal ni. pergi kau main jauh-jauh wahai mood raya!! syuhh syuhh....(buat sampai terpercik air liur...hahaha)

eh, jap. dah alang-alang mood raya mai nih. meh layan jap. (memujuk mood supaya tidak away dulu). tahun ni baju kurung nak beli warna apa eh. adik-adik lain semua dah beli. siap dah ada kat umah tukang jahit lagi. Mish je yang tertinggal kereta api. adoi.

ketuk-ketuk otak. tahun ni nak beli warna OREN la. tak pun BIRU!! o yeah!!jom kawan-kawan kita bersedondon. mau??

kah kah kah..silala jangan gelak ye kawan-kawan. ni la die konon baju raya ai. kelip-kelip labuci lagi..glemer u!!
(erkk...first time melukis. so, diatas bukan muka ai ok. muka ai lawa sikit lagi 99% dari kartun diatas. haha)


psst~
harap-harap posting lepas raya. tak mau posting before raya. tak mau!! tak mau!!!!!! (hentak kaki ke siling..:P)

Tuesday, April 19, 2011

Taip Entry Kena Ada Feeling. Baru Syok.

setuju tak kalau Mish cakap nak taip entry kena la ada feeling? erk..feeling camane tu hah?

Nah..hari ni feeling terbaik punya pasal leh letak gambar sengal cam ni.adoi..kredit to Shaqcomot  untuk spek pepel besar gedabak dan tangan yang giler punye menyebok kat belakang.adoi!
first of all Mish nak bagitau kalau Mish la kan. nak taip entry yang gumbira lalalalaa mesti la ada feeling happy time tu. kalau feeling ngah sedih, putus cinta sama wa punya pakwe ke, lepas tu nak buat-buat entry seolah-olah happy di kayangan memang tak masuk la. ayat semua ke laut.

kalau masa tu feeling ngah gumbira hahaha, then nak taip lak entry sedih pun kelaot. nak berjiwang dondang sayang entah jadi apa pasal emosi tak stabil kan. hati gembira, tapi nak karang cerita cinderella silap kawen ngan bapak putera raja. wuuu...cerita sedih mu tak sedap la mek. kah kah kah.

dan skang ni feeling Mish blur-blur. boleh macam tu? sebab tu entry ni pun blur. haha. korang yang baca pun buat-buat la blur okeh. actually, baru bangun dari tidur. tapi tangan gatal nak menari-nari.

moral of the entry, lepas ni kalau tak de feeling baik jangan taip. membazir. hahaha...daaa~

psst~
tak sabar nak balik ke Terengganu Darul Iman. eh. ade nama Iman kat belakang. double rindu!

Tuesday, April 12, 2011

Alasan Saya

opss.. dari mana patut Mish start eh. emm. omm..ummm...aih. buat mulut comel sambil gigit-gigit bibir yang tak seksi langsung untuk reka alasan nih. 

kenapa nak beralasan lak? sebab sekarang saya memang dah jarang update kot. blogwalking lagi la malas. malas. malas. malas. malas.

hari-hari Mish tekan butang 'New Post' tu. taip separuh, lepas tu rasa macam bosan laaa menaip. penat jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan dan kiri. fuh, giler spesifik. then, terus keluar dari www.blogger.com ni. 

  1. saya malas nak update sebab saya bajet saya ni pelajar yang rajin mentelaah pelajaran. padahal saya rajin mentekedarah makanan. hahaha.
  2. lepas tu sekarang ni saya rajin layan FB dan YM. haha. sesape yang belum add FB saya tu sila la add yer. (macam sangap kawan lak rasa..haha..). kalau nak tau FB saya nama apa. sila la klik kat menu tab MISH tu ye. kat tepi HOME okeh!
  3. sebab yang terpenting sekali. saya tengah giler tengok cerita anime Kaichou wa Maid-sama. cerita ni dah pernah tayang kot kat Astro. disebabkan rumah saya takde Astro. maka, saya baru nak menggila-gilakan cerita ni. seriyes lawak!
gambor cam bese ah. rompak dari bank google!!
psst~
saya bajet ramai orang baca blog saya. sebab tu saya buat alasan merapu nih. haha. sebab impian saya dulu saya nak jadi artis. tapi malangnya tak cukup tinggi. wekss! poyo nye statement aku. adoi.

tadi lecturer cakap sumatif (final) lagi 26 hari lagi??oo..26 hari. lama lagi tu kan? *dush* tak sedar diri nya haku!

Tuesday, March 15, 2011

Berfal'sampah' Sendiri

kita takkan pernah dapat apa yang kita impikan. even harapan tinggi menggunung. tapi kita hanya dapat meraih sekali angin lalu pun jadi la. cuba untuk jadi orang yang bersyukur. dan takkan sesekali menyesali atau menangisi segala semua yang dah terjadi tu. so, moralnya..lepas ni. jangan berharap kat orang dan jangan bagi orang harapan tau. sebab ia sakit dan menyakitkan. haha. baca tak ni kawan-kawan? aihh.

jangan pelik lak ngan intro ni. saja kasi menusuk kalbu sikit sebab nak spoilkan mood korang. (bajet korang ter'spoil' la)

korang tau menunggu buah yang tak gugur tu ibarat menusuk pisau kat dada sendiri. motifnya nak bagitau yang..kalau dah tak de harapan tu. jangan la kau berharap. sedih ok! haha. dulu selalu guna ayat menunggu buah yang tak gugur tu. tapi skang. tak payah guna. sebab buah tu memang tak nak gugur pun. aihh. dulu seriyes la frust sampai menonggeng tertonggeng lagi tau. tapi skang. tak dah. sebab ada dia kan. dah malas nak fikir. tapi kadang tu terfikir. ish. cinta itu buta. cinta itu bongek. lalalalalalala~


psst~
dia dah deactivate dia nya akaun FB. adoi. dah tak boleh nak stalk dia dan dah tak dapat nak sakitkan hati sendiri. ada hikmahnya. kan? what ever la guys!!

macam poyo je entry Mish kali ni. lantak aaaa...insomnia. gini la jadinya. cuba untuk tidur ni. aihh..tidur lah wahai mata. haha.

Tuesday, February 15, 2011

Korang Setuju Tak??

1) kalau tak cukup alat tulis, nak study pun rasa terbantut.

2) kalau rasa nak keluar, tapi tak de duit. rasa tak tenang je jiwa duk lam bilik. asek terbayang kemeriahan  MidValley, Time Square and each other.

3) takkan namanya 'in a relationship' kalau tak de pakwe. err. terasa jap. haha.

4) kalau lapar, kena makan. kalau tak, tak kenyang. haha.

5) kalau nota lecturer macam bahasa tambhi, rasa nak bakar je nota tu. satu habuk pun tarak paham der.

6) minum Milo Fuze boleh buat kita kenyang. erkk. sendawa jap. 

7) mineral water lagi best dari drinking water. sebab tu dia lagi mahal. 

8) kalau tak de internet, tak boleh update entry.

9) kalau rasa malas, tidur jalan terbaik.

10) membazir je kamu baca entry ni kan???

KEBOSANAN ITU PEMBUNUH KESERONOKAN!
hasil kerja kawan Mish, suzie. macam hampeh je hidung haku kau lukis mek! grrr...

hahaha..yezza!terupdate jugak hari ni. seriyes dua riyes dan tiga riyes ngah bosan nih. adeh. mati katak bawah tempurung Mish hari ni. bangun, gi berarak, tidur, bangun, tidur, bangun, tidur, bukak nota, baring, bangun, online, baring, bosan, lepas tu, update! yess! semoga kamu turut bosan baca entry ni sama macam perasaan penulis yang kebosanan nan nan nan. haha. OUT!

Tuesday, January 25, 2011

Oh Kolej, Bagilah Saya Cuti Yang Panjang

OWH......SILA ANGGAP ADA FORMAT SURAT RASMI DI ATAS YEA!! (nampak sangat malas nak taip..hahhahahaa)

PERMOHONAN BERCUTI DENGAN JAYANYA!!

tuan / puan,

2. sehubungan dengan tajuk di atas, saya, Mish Lollypurp a.k.a Najihah Sahami ingin sekali memohon kepada pihak tuan yang berkuasa atas muka bumi, kat akhirat belum tentu, untuk berikan saya satu kali cuti yang panjang. panjang yang saya maksudkan adalah dalam 6 bulan atau setahun. cuti yang saya maksudkan juga adalah, cuti berelaun.

3. ini adalah disebabkan otot-otot kaki saya yang dah mula mengeras dan dibimbangi cramp jika digunakan untuk memanjat bukit demi pergi ke kolej dari hostel setiap hari. sila la kalau pihak tuan kat tempat pelajar macam saya. tapi ini tak adil, sebab tuan berkereta atau kadang-kadang tuan bermotor. tuan pasti tidak merasai kepenatan yang saya rasa. mohon dipertimbangkan.

4. selain iuga, saya juga memohon diberi cuti yang panjang demi menyiapkan tugasan yang diberi oleh lecturer-lecturer sekalian. bukan satu atau dua. tapi bertimbun-timbun. selain suka bertangguh, alasan saya memohon ini juga adalah disebabkan saya disaspek mendapat penyakit 'M' iaitu malas. oleh itu, perjalanan kerja akan terhenti bila saya diserang dan untuk pulih adalah sukar.

5. saya juga berhasrat untuk mendapatkan cuti yang lama untuk memenuhi masa saya bergolek-golek di atas tilam dan bantal yang empuk di rumah sana. disamping bermanja dengan tilam dan banal, saya juga boleh meluangkan sebanyak masa yang mungkin untk blog saya yang mulai usang dan suram ini.

kerjasama dan perhatian penuh kasih sayang dan kecaknaan dari pihak tuan saya hargai dengan flying kiss. mohon agar tindakan segera dapat diambil.

CETAKAN BERKOMPUTER, TIADA TANDATANGAN DIPERLUKAN!!

psst~
f0rmat diatas tak sesuai digunakan untuk budak-budak UPSR, PMR, SPM dan STPM!!kalau rasa nak fail dengan jayanya sila la yea!! o yeah....nak bersiap p kelas lak..tata!!

Thursday, January 20, 2011

Entry Hari Thaipusam

salam penghayatan cuti Thaipusam yea semua. ehee. hari ni Bulan ngan Erza mesti pergi panjat Batu Caves ni. ahaks! gembira la mereka-mereka ni yea. 

okeyh..jom merepek. dah lama rasanya Mish tinggalkan tittle 'blogger tegar' ni. klau dulu, UV harusla melebihi paling kurang 400. (tu pun dah kira susah nak dapat bagi Mish) wajib dan harus. tengok duit earning Nuffnang. waa. banyak peningkatan. hati berbunga-bunga. sengih sorang-sorang tengok duit. tengok jumlah follower pulak. waa. peningkatan yang agak laju. naik jap semangat nak berblog. tapi tu dulu la. 

namanya itu dulu. sekarang ape dah jadi? ahahaha. dah tak peduli semua tu. berblog untuk diri sendiri je. ada pembaca, alhamdulillah. kalau tak de sekalipun, blog still my priority. tapi sekarang keutamaan Mish makin bertambah. so, kasih sayang tak dapat sepenuhnya diberi kepada blog ni. 

sekarang nak menempek di SB pun dah tak seronok sangat. kawan-kawan dunia maya Mish masing-masing bizi. dah tak happening macam dulu. ye la, sebab dulu musim cui, masing-masing 24 jam depan lappy. kan kan. sekarang masing-masing dah bizi dengan kelas la, keje la, assignment la. ades. rindu la masa senang dulu.   hehe.

cuti-cuti macam ni seronok betul buat taik mata kan? haha. 

psst ~
makin lama malas nak pikir tajuk..hehehe

Thursday, January 6, 2011

Saya Ada Heroes!

taip entry sambil mengunyah something. krup krap krup kurap. ops!tersasul kurap pulak. geli je kan. haha. sangat best sampai tersasul sudaa. ahaks! nampak sangat mengada kan? mau tempeleng budak ngengada ni lelaju? langkah mayat semut dulu. haha.

korang ada heroes?? nda ada ka? waa..kasik malu bha. oh, terkeluar Sabah pula. lagi nak ngengada kan? haha. ok, hari first masuk hostel hari tu Mish kirim kat member suruh beli Nestle  Breakfast Cereal (Milo).sebab Mish memang suka kunyah Milo ni bila duk sesaja. better than mamah dosa sebab mengumpat kan. ehee. maklumla dah duk asrama ni. jumpa ramai-ramai. aihh..perempuan-perempuan. lalalalalalala~

abaikan part mengumpat. nanti korang memang buat bahan nak kutuk Mish kan kan? eh eh. lupa pulak heroes saya. masa Mish beli Milo tu kan, Mish dapat percuma Heroes tau. nama Heroes macam banyak kan. tapi Mish dapat sekor je. ehee. disebabkan kat kotak tu tulis Heroes, Mish taip la jugak Heroes. haha. ni kira plagiat ka? erkk..jom tengok Heroes saya!!



haha..ada yang menyesal ke baca entry ni? sebab ni memang test drive punye entry. ehee. dalam bahasa blognya, test write la kot. sebab nak tidur, tapi tak ngantuk. so, taip entry malam-malam, publish esok pagi. waa..bagus juga tu kan. tak de la membazir je masa. hehe.

k la..terima kasih kerana melayan. zippsss!!

psst~
kenapa la lelaki ni kurang sensitif ea. ish..macam cakap ngan patung pun ada. lepas tu terasa macam nak sepak terajang mau bagi paham. haha. tak de kena mengena ngan entry kan?lalalalalalala~

mood :
layan lagu Taxi Band - Hujan Kemarin. feeling sedih beb. sob sob. tumpang lap hingus. yeww..hahahhaha

Sunday, December 26, 2010

Cara Nak Famous Amous.


ehem..korang tak nak ke nama korang dikenali. jadi sebutan. wajah jadi pujaan. siang termimpi-mimpi. malam tercari-cari. haha. sebut je nama si polan, setiap ceruk tempat kenal. waa..teruja kan kan? berminat nak jadi famous amous? meh baca sini.


1 ) ni basic la k. dari zaman tadika lagi korang pernah buat. takkan la dah tua bangka tak leh buat kot. kan?hehe. 1st of all, korang ambil satu helai drawing paper. tak tau apa tu? ok, kamu orang melayu sejati memang tak paham kot. maksudnya, ambil sehelai kertas lukisan dan crayon, atau alat-alat mewarna yang lain. tulis kat atas kertas lukisan tu, SAYA CANTIK @ HENSEM. ataupun, tulis SAYA NAK FEMES, NAMA SAYA *****, ataupun, INI NOMBOR SAYA 010-588****. lepas tu hiasla sikit ngan bunga manggar ke apa ke kasi meriah. then gantung kat leher. pakai banner tu ke mana saja korang pergi. insyaAllah korang akan dikenali.

2 ) korang jadi manusia pelik. means, korang buat lain dari yang lain. buat sesuatu yang unik. o yeahh. korang mesti suka kan. kalau manusia normal jalan ke depan, korang kena la jalan ke belakang. kalau manusia normal makan guna tangan, korang makan la guna kaki. kalau manusia normal tidur atas katil, korang tidurla atas timbunan baju kat supermarket. kalau orang lain tengok wayang fokus kat skrin, korang pi la tayang body depan skrin tu. pasti non stop orang bercerita pasal 'kehebatan' kamu tu. tak bangga ke?

3 ) last but not least, korang fotostat muka ngan ic beserta nombor telepfon korang, pastu tampal kat mana-mana dinding shopping compleks atau pejabat atau kat tiang letrik tepi jalan atau kat mana-mana public phone. yeehaaa. anda akan dikenali.

so, nampak sangat Mish ni tak mampu nak jadi famous? hehe. sebab Mish tak pernah lagi nak cuba tips-tips di atas. anda cool? anda berani? cuba la.  its fun kot. wink wink!

psst~
nampak sangat tengah bosan. kan...huhu.

Friday, December 24, 2010

Menghitung Hari

ok, ini bukan entry pasal lirik lagu Kris Dayanti si bulu mata lentik tu ok. ni entry Menghitung Hari versi budak gedik kuat merapu.

first of all, (ciss spiking kunun) Mish nak mengeluh dulu. *sigh*. belek-belek kalendar, lagi 8 hari baki cuti. lepas ni masuk kolej balik. hadoii. bermula kehidupan seorang student yang membosankan dan mengantukkan. haha. warghhh!! rasa nak jerit tepi gaung. uit, cam berani je bunyi. whatever. 

resah hati bila fikir lepas ni kena masuk tidur awal. kena bangun awal sebab senior cakap sekarang pengetua kolej garang dan tegas yang amat. hate it. uhh. dah tak boleh nak broken the rules lagi. super duper senior la katakan. haha. 

8 hari...hurm..satu hapo pun Mish tak wat lagi. setakat prepare barang-barang nak masuk kolej. tak sabar wess. daripada duk umah  ngadap muka beliau tu hari-hari. wat senak perut je. haha. *jahat* tak sabar nak balik kolej la kononnya. padahal borang posting lom isi lagi. hadoww. tensen-tensen. print pon belum. nanti kena kita boleh minta 3 tempat untuk mohon posting. err, negeri mana yang best sikit nak kumpul duit ek?hehe. leh la wat permohonan kerja kat sana nanti. kalau ada kosong dapat la kan. kalau tak de, uwaa..tercampak la kau kat tempat jin bertendang. uhh.

kenapa la cuti ni cepat sangat berlalu. 8 hari lagi. emm. apa patut Mish buat ek? lalalalala~

Wednesday, December 22, 2010

Cara Hidup Musim Hujan

tajuk entri pun macam tak berapa nak betul dah. pasal otak dah layu. layu? haha. layan je. ok, disebabkan sekarang adalah musim sejuk yang dingin beku walaupun Malaysia tak de salji. tak bermakna Malaysia tak de musim sejuk....kan kan?

so, pada musim sejuk yang tak berapa nak panjang sebenarnya. tapi cukup membataskan rutin kita. kan kan??contoh paling simple la. bila musim hujan je, baju-baju kotor mula la melambak-lambak. bukan melambak sebab malas nak basuh,  tapi kalau basuh pun, tak tau nak jemur kat mana. in case umah korang mang ade satu bumbung khas macam kat hostel dulu untuk jemur baju konpem tak de masalah kan. hehe. tapi pakaian sure la tak kering 100%. 

pulak dari segi makanan. asal musim hujan je ikan dan bahan mentah dari laut pasi harganya naik sikit. alasan sebab risiko kat laut, so, tak ramai nelayan turun pi tangkap ikan. harga mahal tapi barang fresh plus terbaik ok la lagi kan. ni dah la mahal, ikan lak ikan lam kotak tu. yang mata dah macam potianak merahnya. yeww. nasib baik i kurang tang ikan ni. hee~

hujan tengah malam. contoh lam pukul 2 3 pagi. perghh...memang malam tu kaw kaw la tidur. orang baca yaasin kat keliling pun dah tak sedar. haha. kalau petang-petang lak hujan, memang best membuta. haha. umah time tu akan sunyi gila. dengar air hujan turun je. yang selebihnya, bunyi dengkuran adik-adik. haha.

nak keluar musim hujan?leceh wess..series. malas gila nak berhadapan ngan lopak-lopak air u. perancangannya hari ni nak bawak adik-adik p tengok wayang kat Mesra Mall. tapi cancel pasal takut kat tengah jalan tu banjir. tak pasal bermalam lam hutan kang. haha

bila musim hujan ni, semua baju sejuk, baju panas, baju tebal, comforter dan macam-macam lagi la semua pakat wat keluar dari simpanan. sejuk tahap keras tangan beb. tapi kipas syiling maintain high. hahaha.

psst~
lau ada salah silap lam entry tu mahapkan hamba yea. ngantuk. tapi gatal nak taip. maaf yea sehari dua ni tak dapat nak bw sangat. ada keje sikit. huhu. jenguk secara ikhlas ok. tiada paksaan. sekian. bai bai!

SMILE!!

Tuesday, December 21, 2010

Salam Kepenatan dan Salam Kekeringan

taip entry sambil makan ais batu campur (ABC).tiga warna. merah putih kuning. ade strawberry kat atas. pastu siap de topping chocolate. kat atas topping tu dia ada taburan coklat cip yang warna warni tu. sangat best, ok. pastu straw warna pepel siap design yang berbelit-belit macam ular kena palu tu. hujung cawan ada hirisan sunkist. slurpp....sedapppp dan marvellous dan delicious!!

ok, intro tu hanya la imaginasi terlampau penulis. tiada kena mengena planet dan angkasa ok. merapu! mood sangat penat plus lotih dan ngantuk. kalau ngantuk nape tak tidor. kan kan? sebab perut lapar dan tekak kegersangan. ciss. ayat kegersangan sedikit geli untuk digunakan oleh gadis sopan sotong dan lemah lembu macam i. yeww!!

tengah hari tadi tolak dari rumah ke bandar KT dalam pukul 12 tengah hari. pastu hari hujan. jalan licin.dan so many lori atas jalanraya tadi. perasan jalanraya, padahal jalan kampung je. haha. keadaan jalan yang berlopak lopak bikin perjalanan makin panjang tempohnya. lepas tu bla..bla..bla..bla...sebab korang dah tidur dengar cerita bosan dari saya. auww..i'm hurting!!haha. jangan bosan pliss. *muka comel sedang jelir manja*

meh layan kalkulasi (calculation) untuk perbelanjaan Mish hari ni. ok anak-anak Sidek. anak bukan Sidek pun boley join. haha.

1 ) Mydin Mall ..................... RM 57.60
2 ) Guardian ......................... RM 37.35
3 ) The Store ........................ RM 18.99
4 ) Pasar Payang .................. RM 22.00
5 ) Sabasun (tingkat atas) ..... RM 28.55
6 ) Sabasun (tingkat bawah).. RM 96.25
7 ) Bil Broadband..................RM 70.00
8 ) PSI (alat tulis) ..................RM 11.15

TOTAL =  RM 341.89

wow!!jangan tanya Mish beli apa dengan duit banyak tu yang mengalir bagaikan air di Sungai Lui. haha. sebab Mish pun tak tau. sedar tak sedar. dompet berat. berat giler wes. berat ngan duit syiling RM3. duit kertas leh bilang ngan hidung tau. haha. kering wa beb.

broadband tu Mish saja lebihkan RM20 sebab Mish takut elaun bulan depan tak sempat nak cover. almaklum la. i ni kalau duk kolej. keje tetiap weekend, membizikan diri di bandaraya KL. haha. mana tak pokai cik kak oi. padan la muka ko. haha. insyaAllah sem depan nak mula jinak-jinakkan diri ngadap buku pada hari minggu di hostel. ok, sila masukkan ke telinga kiri dan keluar melalui telinga kanan.

maka dengan ini, Mish nak tanya. masihkan kamu para jejaka sudi melamar Mish??haha. tak sampai sebulan poket dah pokai. hey hey, Mish beli barang berguna ok. berguna la sangat. haha. wahai Encik Pen. Peg. Farmasi. cepat la amek saya wat bini. ahaks! gatal miang gedikkk la kaw!

gambar budak ngah majok masa makan kat Restoran Tenang Seafood. tiada kena mengena ngan entri. wuhuhu

psst~
tak sempat nak balas jejak kamu semua ye sayangku. pasal penat sangat. ni pun update sebab tangan gatal nak taip. otak bizi nak merapu. alih-alih, entry patotnya 2 perenggan, jadi berperenggan-perenggan. ikhlas kan diri yea kalau jenguk blog pepel ni. huhu. mekasih melawat. 

psst~
buat suzi, calculation tu eklas aku wat supaya ko tengok sendiri poketku kering. sem depan ko jadi sugar mummy aku ea...hehehe.

Monday, December 20, 2010

Super Sejuk Super Cool

o yeah..semalam dari pagi sampai petang hujan bukan rintik-rintik.means hujan lebat turun dengan jayanya. baru terasa berada dalam musim tengkujuh wa cakap lu. haha. umi pernah cakap, kalau hujan lebat hari Jumaat, means minggu tu sama la keadaan ngan hari Jumaat tu. so, akak yang lagi berusia. betul ke ek?hehe. 

di tengah ketensenan melanda kami sekeluarga ni, air hujan yang rahmat tu sedikit sebanyak mengcoolkan kami. sebab beliau tu mula belajar untuk tidur awal. namanya hujan kan. alhamdulillah...TAPI...siang hari lak. ehemm. memang menyirap giler la. pasal die suka-suka hati je p main air hujan kat luar. uhh. menyirap ok. tapi xpe. abaikan cerita tentang beliau yang membosankan tu. 

bila dah sejuk yang amat macam ni teringin nak pasang unggun api lam umah. nampak sangat tak logik kan?lalallaa~

musim sejuk macam ni rasa macam nak bazirkan duit p beli baju orang eskimo yang ada bulu-bulu kat leher tu.waa..nyaman-nyaman. haha.

taip entry pon sambil berbungkus lam comforter. pakai stokin RM0.99 dari Giant. haha. perasan macam comel je ni. aigoo. haha.

nak mandi pon rasa liat.  hahaha..ramai la orang busuk sebab malas mandi  dan takut air macam kambing yang datang baca entry ni. kan kan. baik mengaku. haha.

musim hujan ni kalau arwah nenek ada dulu, mesti petang-petang ni dia rajin rebus ubi atau pisang. pastu cicah gula. minum lak ngan air teh o panas. kaw giler beb. kalau kebetulan ada geng lak, mandi kat baroh (sawah) sambil mengail. biasa dapat ikan puyu. tak pun ikan gelama ke apa ntah. goreng garing-garing, makan ngan nasik kosong dan budu. ok, tak nak citer bab ni, sedih ok!

asal hujan je cacing lam perut mesti nyanyi-nyanyi mintak diisi. aiyaa..mata lak berglimmering mintak ditutup rapat-rapat. hahaha. glimmering tu. tak kena la ayat. haha. makan kenyang-kenyang pastu tidor. waa. amat heaven wes.

motif gambar??
rindu zaman muka panjang bak pauh belakang umah dan 
muka suci bak kulit pisang ni. huhu.
AKU NAK COMEL!!!haha.
away la jerawat..plis. 
agak-agak, poyo tak?
lalalalalalala~

psst~
20/12/2010..tak dapat nak mengonlinekan diri pasal bizi jadi shophaholic. padahal p cari groceries dan barang p kolej je. wuhahaha. selamat tamat riwayat wahai pitis..

Thursday, December 16, 2010

Photogedik Pencen Jap

tau apa tu photogedik? sama je ngan cameragedik, lensamania, fotoaddict dan yang sama waktu dengannya. ok, Mish memang ngaku la k. kalau bab bergambar. memang i like gila vavi. tak tau pasai pa. kalau dah snap 1st pic kan, pastu rasa gambar tu cantek. lagi la semangat nak snap pic-pic seterusnya. haha. kalau dapat jalan-jalan atau ronda-ronda makan angin, tak isi perut pun tak pe asal dapat isi camera album. haha. Mish tak de la pakai DSLR ke, Camera Compact ke. guna henset je. senang. multifunction. tak payah susah nak bawak dua tiga barang sekali. kan kan?haha.


tapi kan..paling tak best jadi fotogedik ni bila beberapa perkara ni berlaku. rasa macam. hurrmm...mengeluh dengan panjang lebar nye.

1) JERAWAT!
haa..amek tanda seru tu. musuh kulit tu kan? tak minta pun jerawat ni pandai naik sendiri. so, sangat la tak seronok bila muke ada jerawat walau sebesar biji sawi. haha. tapi jangan bimbang, skang kan ada macam-macam software yang ley edit gambar. tapi jerawat tetap membunuh keseronokan bergambar. haha.

2 ) JEJAKA
wat?jejaka pon leh halang fotogedik?haha. opkos la. kalo Mish la kan, lau ada jejaka kat sekeliling, rasa cam terbatas. al maklum la..perempuan melayu terakhit. hakk tuih je. kan kan?haha. nak posing tonggek-tonggek pon segan. kacau!hehe

3) MOODY
bila moody opkos la jadi otomatik tak de mood nak posing-posing kan. haha. nak senyum pun rasa cam perit je pipi. hadow..tapi kann...psst...Mish suka amek gambar time nangis. rasa cam comel je. sila gelak besar ok!

4 ) dan seterusnya. pikir sendiri la.

haha. dah malas nak taip panjang-panjang. cukup la Mish bongkar rahsia fotogedik pencen sekejap tu. hehe. 


psst~
nampak sangat bosan ya ampun ni. i like merapu tapi i tak suka ikan kerapu!! hehe

psst~
teringat lak ngan kata-kata kawan Mish, cinta tak perlu dipaksa. lepaskan je kalau hati terseksa. kalau dah jodoh, berak sebelah jamban pun boleh dengar. haha. merapu punya quote kan??ciss je. haha. opss. out of topic. hehe. daa~

Monday, December 13, 2010

Tak Puas Hati Ngan Adik Sendiri!!

mood ngah geram ni. rasa nak gigit je kepala adik-adik setiap sorang tu. haha. sebab?sebab geram la wess.

aiyark..lupa nak bagitau kenapa geram. ok. mood bercerita bermula. tadi tengah hari umi wat lauk gulai ayam, ikan singgang (betul ke aje ek??lantak la..), goreng ikan ngan telur bungkus. telur bungkus umi punye best tau. before ni tak silap Mish tak pernah pulak nampak adik-adik makan lauk telur bungkus sebab diorang cakap tak suke.

Mish pon golek-golek la gembira suka hati sebab dapat makan sorang-sorang kan? masa makan lunch tadi, ada la jugak sorang dua yang mulut lembik, cakap tak suka, tapi makan jugak. tak pe la sebab ada banyak lagi kan. 

so, malam tadi Mish dah duk bersila molek depan nasik, siap nak bukak tudung saji nak amek telur bungkus tu. alih-alih. uikss?aik??haipp??mana pegi telur? nampak isi telur bungkus je yang tinggal sesuap dua. pastu tanya la umi, kot-kot umi atau abah ada makan ke. takkan nak ngamuk sakan lak. sekali umi cakap adik-adik yang makan tadi. perghh..rasa nak sembelih je adik-adik. sekali, dengan rasa yang terkilan, Mish pon pergi la goreng telur mata kerbau, makan ngan kicap. sob sob.

prinsip yang harus diamalkan lepas ni, siapa cepat dia dapat. haha. gila kejam kan..eh eh. salah siapa ek? adik-adik yang makan tak ingat orang lain atau Mish yang terlalu berkira ngan adik-adik?aiyakk..makan perlu la berkira beb. hahaha. gurau je. geram jap je tadi. hehe.

budak yang sering terbuli..hak hak.


psst~
telur bungkus enak dimakan tapi kalau suruh Mish masak..aiyark. terguling-guling la i atas kuali. haha.