Showing posts with label lab. Show all posts
Showing posts with label lab. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Sebab-sebab Tak Suka Masuk Makmal


  • sebab kena bawak baju lab coat. dan lab coat tu bewarna putih. oh, i hate white. sebab kalau kotor je sikit memang terus nampak. dan saya bukan lah seorang yang berhati-hati aka cermat. so, nanti ada je kesan pen ke kotoran lain ke melekat kat baju tu. aduh. lecehnya.

  • malas nak buat report. tak kire la report lab kimia atau mikrob. semua saya tak suka. tak suka prosedur yang kena ikut masa nak buat report tu. lepas tu nak kena karang ayat untuk rumusan la apa la. adeh. oh, mungkin awak tak tau, saya tak suka mengarang. sebab tu BM saya masa SPM ke laot. haha.

  • kalau lab kimia kena bawak banyak peralatan sikit. dan saya memang seorang yang malas nak bawak semua tu. sabun la tisu la. adeh. buat berat badan je. baik mintak sikit je dari meja sebelah. haha. kan kan??

  • masa dalam lab tak boleh bising-bising. lepas tu tak boleh ganas-ganas kalau pegang barang lab. kata lecturer, MAHAL. haha. tapi hari tu Mish pernah gak pecahkan satu radas. nasib baik tak kena ganti tau. pheww.

  • yang terpenting sekali. dalam lab tak boleh tidur. dan tak boleh curi-curi tidur. korang pernah ke curi-curi tidur dalam lab kimia? lab mikrob? lab bio? lab fizik? camane?? ajar sikit!! lab komputer tak diambilkira eh.


dengan pendedahan ini, kantoilah bahawa saya  seorang yang banyak songeh. sila jangan ambik saya jadi bini. kalau nak buat isteri dipersilakan. haha. poyo!

rasa hebat giler taip entry ni sebab terus pada point. adeh. bongkaknya saya! boooo!