Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Perut Berdondang Sayang Teringin

salam korang!! makan lom? ehee. tanya cam bajet i nak banje yea. adeh. sila jangan pikir macam tu ok! no money anymore. fuhh. dua hari keluar berturut-turut LAGI!! yea lagi. sebab sepanjang ingatan Mish, tak pernah sekalipun sepanjang sebulan duk hostel ni, Mish ada kat asrama untuk hari cuti. paling tidak, mesti keluar. adeh. mau tak pokai. ye ke idak? haha.

noktah tang keluar ape semua tu. saat ni, sekarang ni, minit ni, waktu ni. ni ni ni ni ni  nini cokelat celup. haha. perut Mish giler teringin nak makan :
  1. Kentucky Fried Chicken
  2. Mushroom Soup [Pizza Hut]
  3. Chicken Chop
  4. Tom Yam yang pekat punyerr!
  5. Satay ayam ngan kuah kacang
  6. Nasi kerabu
  7. Kek Coklat
  8. Tutti Fruitti
fuh fuh..mau kena serangan asma Mish duk taip semua keinginan nafsu perut ni. aih. mau kau tak gemuk Mish oi. adeh..agak-agak kalau semua makanan ni ada depan mata Mish, mana yang Mish nak cekau dulu eh? haha. yang paling penting, teringin sangatttt nak makan ayam goreng KFC ni. adeh. nak gigit, mamah, telan dan makan die punye crunchy-crunhy tu. adeh. sedapnye. kan kan?

Mish ni memang hantu bab kulit ayam yang digoreng garing tu. peh. sedap nya. krup krap krup krap. ohh ayam! ehee.

psst~
yeay!! Selasa malam balik Terengganu!!

Sunday, January 16, 2011

15/01/11 - Hari Makan Separa Sedar!!

seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, konon weekend ni Mish bajet nak duk diam-diam la kat hostel. sebab? sebab poket kering beb. ahaks! keringla sangat. unfortunately, keadaan tak mengizikan Mish duk hostel lelama. takut kematu montot. euww. hehe.

niat suci murni ikhlas abadi mang la nak duk lam bilik ala-ala perempuan melayu terakhir. tapi apakan daya. Mish sebagai 'artis' telah diundang untuk pergi ke One Utama oleh member sekelas. ceritanya begini. beliau nak mintak tolong tumpangkan awek die yang dari kolej lain untuk tidur satu malam berpeluk-pelukan dengan Mish. eh, perlu ke peluk? haha. semua tu tak terjadi pun ok. so, secara rasminya Mish nak bagitau member Mish tu lelaki. so, untuk masuk harusla guna pas kad. kan kan? so, kami perlu la keluar sekali untuk seludup orang yang masuk. ahaks. paham tak? Mish sendiri pun tak paham ni. tak pe la. korang kan baik. layan je ea. hehe.

seperti yang dinyatakan di atas. poket kering. kenapa kering? sebab poket tak kena air, so, kering la. haha. dalam keadaan kekeringan tu, nafsu makan Mish memang membuak-buak. waah. geli kan ayat tu. muntahkan apa yang anda makan tadi. cepat!! 

this is my first time keluar dengan poket yang kering dan nafsu terasa ingin makan semua yang ada kat dalam OU tu. mula-mula sampai kitorang terus terjah Burger King sebab teringinnn sangat nak makan burger. so, dah terlaksana. teringin nak try SUbway. tapi macam banyak sayur. kantoi Mish tak suka sayur. haha. lepas tu..sebagai seorang blogger yang 'suka' berblogwalking, Mish selalu la terbaca entry tentang Tutti Fruiti ni. entah apa ke jenis la tutti ni. nama macam bibik Indon. kan kan?? last sekali, Mish jumpa la kedai ni kat OU yang luas gedabak ni. o yeah!! meloncat-loncat macam monyet. tipu je. 

ni frozen yogurt - Tutti Fruiti -  Mish amek yang ada strawberry flavour.

nah..RM5.30 untuk 100gm. dan banyak tu adalah 110gm bersamaan RM5.85. pandai kan Mish cedok. sipi-sipi je ngan 100gm. hey, poket kering..harusla bajet sikit. setakat nak cuba je. dan rasanya, wow! sedap ok!!

lepas tu disebabkan keboringan kami pun terjah la lagi area GSC. ingat nak tengok wayang, tapi bila pikir duit. ok, abaikan. sebab memang niat keluar hari tu just untuk makan puas-puas. then kami pun nampak la satu kedai yang memang comel giler. Shimino Harajuku Japanese Creeps. korang pernah try tak? pernah tak? oww. pernah ea? Mish je la yang jakun. haha.before ni Mish memang takut nak cuba makanan yang pelik bin ajaib ni. tapi semalam. ntah la. last-last, membazir je RM8.90. sebab Mish makan tak habis.rasa muak sebab icingnya kot.


jalan tak sampai dua langkah, jumpa lak kedai apa ntak. kan hari tu Mish cakap teringin nak makan ABC. Aku Budak Cantek. eh eh. silap. Ais Batu Campur. haha. so, singgah kat kedai just sebelah Shimino tu je pon. kawan Mish yang lagi dua dah pening tengok Mish. asyik nak berenti makan je. ish. pedulik la pren. jiwa ngah hanyut. haha. Mish order Strawberry Ice. rasa? hurm. not bad. tapi muak jugak sebab susu dan sedikit manis.  

nah..ni la Strawberry Ice yang manis tu. nyam nyam.

lepas tu ingat nak g try Gelato Fruit la. nak tapau Big Apple la. nak beli Root Beer kat A&W la. last-last hampeh sebab member Mish tu dah kol ajak balik. opss. merana sat. haha. kempunan ni. alahai.


Saturday, December 18, 2010

Nampak Sangat Gatal Nak Update!

 ini kacang panjang goreng ngan hati dan pedal ayam. my peberet. sebab kalo kacang panjang masak cara lain Mish kurang sikit. lagi-lagi kalau wat ulam. erkk..bau pon Mish tak tahan. huhu.

 yang ni udang goreng kunyit. nyam-nyam. hehe. pastu umi modified sikit. letak lada hitam yang dikisar kot. tak sure sangat. hehe. tapi sedapp. sambil angkat ibu jari kaki. hak hak.
 nampak cam gulai kan? tapi ni umi cuba resepi baru. ayam masak kari tomato. eh eh. ayam tomato masak kari. aaaa..lupe la nama dia. adik-adik cakap best. err..Mish kurang sikit kalau menu baru macam ni. lebih-lebih lagi ada perkataan kari. mang kurang kena ngan selera Mish. hehe. cerewet ke?tak kan?hehe


ni pulak sayur pucuk paku goreng simple dimple je. umi goreng sikit je sebab dah ada kacang panjang goreng tu kan. umi cakap die teringin. so, dia masak la. haha.

haaa..yang ni lak popia nestum. Mish duk kunyah ni sambil taip entry. nyam nyam. haha. best gilerr..!! peberet si Hamzah Ian masa datang raya umah Mish hari tu. haha. 
mejah mejah.

ok. sekian je lauk pauk yang nak ditayangkan. mang tengah tak de idea nak update. haha. lantak p la. korang lau lapar amek la seketul dua makanan ni. jangan habiskan sudaa. ok? haha.

pstt~
warning!! jangan tanya sape yang masak semua lauk ni ok!

Monday, December 13, 2010

Tak Puas Hati Ngan Adik Sendiri!!

mood ngah geram ni. rasa nak gigit je kepala adik-adik setiap sorang tu. haha. sebab?sebab geram la wess.

aiyark..lupa nak bagitau kenapa geram. ok. mood bercerita bermula. tadi tengah hari umi wat lauk gulai ayam, ikan singgang (betul ke aje ek??lantak la..), goreng ikan ngan telur bungkus. telur bungkus umi punye best tau. before ni tak silap Mish tak pernah pulak nampak adik-adik makan lauk telur bungkus sebab diorang cakap tak suke.

Mish pon golek-golek la gembira suka hati sebab dapat makan sorang-sorang kan? masa makan lunch tadi, ada la jugak sorang dua yang mulut lembik, cakap tak suka, tapi makan jugak. tak pe la sebab ada banyak lagi kan. 

so, malam tadi Mish dah duk bersila molek depan nasik, siap nak bukak tudung saji nak amek telur bungkus tu. alih-alih. uikss?aik??haipp??mana pegi telur? nampak isi telur bungkus je yang tinggal sesuap dua. pastu tanya la umi, kot-kot umi atau abah ada makan ke. takkan nak ngamuk sakan lak. sekali umi cakap adik-adik yang makan tadi. perghh..rasa nak sembelih je adik-adik. sekali, dengan rasa yang terkilan, Mish pon pergi la goreng telur mata kerbau, makan ngan kicap. sob sob.

prinsip yang harus diamalkan lepas ni, siapa cepat dia dapat. haha. gila kejam kan..eh eh. salah siapa ek? adik-adik yang makan tak ingat orang lain atau Mish yang terlalu berkira ngan adik-adik?aiyakk..makan perlu la berkira beb. hahaha. gurau je. geram jap je tadi. hehe.

budak yang sering terbuli..hak hak.


psst~
telur bungkus enak dimakan tapi kalau suruh Mish masak..aiyark. terguling-guling la i atas kuali. haha.

Sunday, December 12, 2010

Punca-punca Penyakit Makan Lewat Malam

Semalam Mish off bw awal sebab konon ngantuk. alih-alih masa nak menikmati nikmat tidur yang best tu, mata pulak tak nak tutup. aihh..pusing kiri, pusing kanan dah macam gaya joget Datuk M Daud Kilau dah. tetap tak dapat tidur. ish..nak sambung bw kononnya, tapi datang lak rasa malas. aiyakk. tensen jap. 

hurmm. so, aktiviti Mish adalah. makan dan makan dan makan dan makan lagi. haha. agak-agak giler tak kalau pukul 2-3 pagi, anak gadis comel molek makan nasik lauk ayam masak santan, gorengudang dan sayur paprik??pastu minum air blackurrant yang kanak-kanak riang tu. ahaks!patut la i macam ni. haha. sambil godek video baru lam lappy ni sambil kunyah biskut Munchys Oat Crunch. waa..heaven kau..haha.



kenapa terjadinya Penyakit Makan Lewat Malam (PMLM)?setelah dianalisis dari segala pengalaman hidup Mish selama 10 tahun dan keatas. punca penyakit PMLM ini adalah :

1 ) tak boleh tidur.

seperti yang berlaku pada Mish semalam. bila tak boleh tidur, secara tak langsung hormon lapar akan turun ke perut menyebabkan akal mula berfikir dan cuba mengingati sebarang jenis makanan yang ada di dapur.ini mendorong mulut mengecurkan air liur dan terus menjana hati supaya mengeluarkan keinginan, fuh..maka terjadilah PMLM ini.

2 ) sikap tidak suka membazir


almaklumla, akhir bulan kan, gaji pun tak masuk lagi. so, setiap sen yang keluar masuk tu adalah berharga. mana-mana makanan yang tak habis contoh lauk ke, nasik ke mesti la sayang nak buang kan??dah lewat malam, so, konpem la orang lain semua nyenyak tidur. tinggalla kita je sekor-sekor yang belum tidur. nak dibuang sayang, nak dimakan.....ahh..makan je la. kang membazir. tuhan marah. kang rezeki susah nak lekat. nahhh..ni la salah satu punca PMLM. 

3 ) tekanan mental dan fizikal

 ahaa..ni biasa terjadi pada mereka yang kapel la. terutamanya bila gaduh ngan boyfren la girlfren la. mula la tak boleh tidur malam sebab asyik duk teringat je, kan kan? bak kata pepatah, makan tak lena, mandi tak kenyang, tidur tak basah..hak hak..ahh..korang betulkan sendiri mana yang silap k. Mish tau, kamu semua bukan la zero sangat kan?haha. so, bila dah stress dan tak boleh tidur, masuk dapur, cari makanan, makan and then....zzZzz. tidur ngan perut kenyang sangat seronok ok. lagak di kayangan je. haha.

4 ) terpengaruh

waa..ni faktor yang bahaya ni. nampak sangat nafsu makan tu besar. haha. Mish pun selalu je dapat PMLM sebab punca atau faktor ni. seringkali terjadi bila adik perempuan Mish yang study kat Gambang tu balik umah. sebab kitorang biasa tengok drama atau anime tengah-tengah malam sebab biasa siang adik-adik kacau. haha. dia ni pulak jenis kuat makan. kalau nak menonton tu, ada la kerja dia, p goreng french fries la dulu, nugget la, itu la ini la. dah makanan siap hidang, sape nak tolak kan?hahahaha. i aumm je la..

5) lapar

kadang-kadang kita busy sebelah petang menyebabkan kita skip makan petang dan makan malam sekali. so, bab makan kena la berkira kan. makan tetap makan. so, lewat malam la waktu yang sesuai nak qada semua waktu makan yang tertinggal disebabkan kebizian kita tu. kan?hehe. ngap ngap dan ngap je. tak payah la nak pikir lemak berketul ke apa ke. yang penting kita makan supaya perut tak masuk angin. kalau keluar angin tu normal dan digalakkan. hak hak.

psst~
kesihatan perlu diutamakan. prevent is better than cure. so, fikir-fikirkan lah. amalkan lah waktu makan yang teratur dan berdisiplin. sihat sebelum sakit. ni ayat penyedap bicara je k. sebab Mish sendiri ada PMLM ni. hehe.

psst~ 
segala yang tertulis bukan lah fakta sahih sebaliknya hanyala kemerapuan dan pengalaman Mish.

Saturday, December 4, 2010

Makan Satay Itu Sangat Heaven!!

hari ni abah kursus. so,umi merdeka lah sebab tak payah nak buat lauk untuk abah. abah punya taste sangat cerewet ok. kalau masakan yang warna kuning atau pucat. memang dia reject mula-mula sekali. so, kalau nak tumis or wat gulai, haruslah merah bak rambutan ranum ok! pulak tu sayur semua memang 1 nisbah 1000 nak tengok abah telan. lucu kan abah Mish. haha. padahal tak lucu langsung. aihh.

ok. jauh tersasar. so, bila abah takde kira macam heaven la umi. so, kami decide, hari ni nak masak satay. yes..satay. satay makan ngan nasi himpit. musim hujan ni. wow!memang pergh wa cakap lu. haha.

kami masak satay guna microwave je ok. ingat kami duk kampung tepi hutan tak de microwave ke?haha. memang la tak sesedap masak satay guna arang tu. tapi boleh la daripada tak de langsung. kan?haha.

makan satay dan bercerita pasal satay ni memang sedap dan mudah. tapi proses pembikinannya. memang i dont like ok. leceh. i don like bila sampai part nak kena potong isi ayam kecil-kecil. pulak tu masa nak cucuk kat lidi tu, risiko untuk luka tercucuk sangat tinggi. plus, tangan Mish jadi kuning pas cucuk. tu bab satay. yang masa nak buat kuah kacang pun satu hal.kena goreng kacang segala bagai. adoii. tak tau mana silap.satu kuali hangit. nasib baik ada banyk kacang lebih. haha. bab umi bebel, malas la nak cerita. konpem korang gelak sampai terkangkang kang. haha. tapi i cool je. haha.

so, kesimpulannya, makan nasik lauk telur goreng ngan kicap lagi senang dan sedap!haha. tapi kalau tak susah macam ni sampai mati tak boleh makan. nak beli kat kedai?mahal wess. satu hingget untuk 3 cucuk. ciss. sekali jilat je dah habis. haha. gambar satay tak dapat di display sebab belom masak ok.hahaha. 

nahh..muka budak rajin pagi hari. haha. gambar satay tak de. don wori.
gambar i ada. haha

psst~
hari ni hujan sepanjang hari kot. duk kat luar sejuk macam salji turun Malaysia. wow! sangat best kalau tidur sambil kumpul lemak terbentuk. haha