Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Berfal'sampah' Sendiri

kita takkan pernah dapat apa yang kita impikan. even harapan tinggi menggunung. tapi kita hanya dapat meraih sekali angin lalu pun jadi la. cuba untuk jadi orang yang bersyukur. dan takkan sesekali menyesali atau menangisi segala semua yang dah terjadi tu. so, moralnya..lepas ni. jangan berharap kat orang dan jangan bagi orang harapan tau. sebab ia sakit dan menyakitkan. haha. baca tak ni kawan-kawan? aihh.

jangan pelik lak ngan intro ni. saja kasi menusuk kalbu sikit sebab nak spoilkan mood korang. (bajet korang ter'spoil' la)

korang tau menunggu buah yang tak gugur tu ibarat menusuk pisau kat dada sendiri. motifnya nak bagitau yang..kalau dah tak de harapan tu. jangan la kau berharap. sedih ok! haha. dulu selalu guna ayat menunggu buah yang tak gugur tu. tapi skang. tak payah guna. sebab buah tu memang tak nak gugur pun. aihh. dulu seriyes la frust sampai menonggeng tertonggeng lagi tau. tapi skang. tak dah. sebab ada dia kan. dah malas nak fikir. tapi kadang tu terfikir. ish. cinta itu buta. cinta itu bongek. lalalalalalala~


psst~
dia dah deactivate dia nya akaun FB. adoi. dah tak boleh nak stalk dia dan dah tak dapat nak sakitkan hati sendiri. ada hikmahnya. kan? what ever la guys!!

macam poyo je entry Mish kali ni. lantak aaaa...insomnia. gini la jadinya. cuba untuk tidur ni. aihh..tidur lah wahai mata. haha.

Sunday, February 13, 2011

5 Tahun Nanti...

jom jom Mish ajak kamu semua sama naik jet merentasi masa ala-ala laci Doraemon tu. haha. rutin seharian di dalam bilik buat otak jadi beku jap. nak bukak nota siang hari memang bukan aktiviti terpilih la sebab memang tak biasa sangat study waktu siang. tapi malam pun macam la aku study. haha.


di pendekkan cerita yang bakal panjang ni. sambil minum Milo Fuze pekat dan padat, meh kita goyang-goyang sikit cawan tu sambil pikir, dimana kita pada 5 tahun akan datang. siapa kita waktu tu. apa kita akan buat waktu tu. ahaks! macam wanita berwawasan dan berkaliber sangat la pulak bila ajak korang pikir macam ni kan? haha. 


5 tahun akan datang means tahun 2017. pergh...usia? kenapa mesti berahsia?? masa tu umur Mish baru 17 tahun kot. muda lagi. kan kan? insyaAllah kalau dipanjangkan umur, dapat la celik mata lagi untuk menikmati tahun 2017 tu. 


kerja Mish masa tu adalah Penolong Pegawai Farmasi. tu pun kalau tak sambung belajar la. dah tua-tua ni rasa mcam otak dah tepu kalau nak sambung pun. hehe. dan masa ni jugak, kontrak dengan government dah lama tamat. nak lari pergi private pun boleh. tapi rugi la kan.


mungkin masa ni Mish dah kawen kot. euww!! gatalnya. kan kan? mana ada. baik la kawen awal untuk mencegah perkara yang tak sepatutnya kan. haha. sape la Mr. Right. harap-harap calon yang terkini tu la yea. hehe. tiba-tiba rasa macam matang pulak bila sebut sal kawen ni. aihh..


kalau dah kawen, emm. mungkin siap-siap dah ada anak sekali kot dalam masa 5 tahun ni. waa. best nya ada anak. harap-harap anak first perempuan. bestnya dress up kan baju untuk anak perempuan i nanti. erk.. dah berangan ni, nak beli dress seksi-seksi untuk anak i. nak beli singlet warna purple, pastu pakai ngan seluar tiga suku tu. ouch! gatal nya ibu mu ni nak. haha. masa tu dah jadi agak bertanggungjawab la dari sekarang. almaklum la. ibu mithali. anggaran umur anak masa ni..emmm...2 tahun. auww!


5 tahun akan datang, Mish adalah seorang pekerja. bukan lagi pelajar macam sekarang. nak cuti, nak holiday apa semua mesti dah kena kurangkan kan? hurm. tak pe. masa ni dah pegang duit sendiri. so, kalau sekali cuti tu bolehla berholiday kaw-kaw kan. kalau kerja jauh mesti la selalu kena jenguk parents kat Terengganu kan. ish, mintak-mintak tak dapat yang jauh-jauh. anak manja katakan..haha..


haha. ok. tu je yang sempat berangan sebab air Milo Fuze pekat dan padat dah habis pun secawan. 


korang pulak lagi 5 tahun kat mana??entah-entah jadi adik ipar Mish ke. jiran ke. kawan ke. menantu ke. haha. yo yo o la kau Mish. adeh!

Sunday, December 26, 2010

Cara Nak Famous Amous.


ehem..korang tak nak ke nama korang dikenali. jadi sebutan. wajah jadi pujaan. siang termimpi-mimpi. malam tercari-cari. haha. sebut je nama si polan, setiap ceruk tempat kenal. waa..teruja kan kan? berminat nak jadi famous amous? meh baca sini.


1 ) ni basic la k. dari zaman tadika lagi korang pernah buat. takkan la dah tua bangka tak leh buat kot. kan?hehe. 1st of all, korang ambil satu helai drawing paper. tak tau apa tu? ok, kamu orang melayu sejati memang tak paham kot. maksudnya, ambil sehelai kertas lukisan dan crayon, atau alat-alat mewarna yang lain. tulis kat atas kertas lukisan tu, SAYA CANTIK @ HENSEM. ataupun, tulis SAYA NAK FEMES, NAMA SAYA *****, ataupun, INI NOMBOR SAYA 010-588****. lepas tu hiasla sikit ngan bunga manggar ke apa ke kasi meriah. then gantung kat leher. pakai banner tu ke mana saja korang pergi. insyaAllah korang akan dikenali.

2 ) korang jadi manusia pelik. means, korang buat lain dari yang lain. buat sesuatu yang unik. o yeahh. korang mesti suka kan. kalau manusia normal jalan ke depan, korang kena la jalan ke belakang. kalau manusia normal makan guna tangan, korang makan la guna kaki. kalau manusia normal tidur atas katil, korang tidurla atas timbunan baju kat supermarket. kalau orang lain tengok wayang fokus kat skrin, korang pi la tayang body depan skrin tu. pasti non stop orang bercerita pasal 'kehebatan' kamu tu. tak bangga ke?

3 ) last but not least, korang fotostat muka ngan ic beserta nombor telepfon korang, pastu tampal kat mana-mana dinding shopping compleks atau pejabat atau kat tiang letrik tepi jalan atau kat mana-mana public phone. yeehaaa. anda akan dikenali.

so, nampak sangat Mish ni tak mampu nak jadi famous? hehe. sebab Mish tak pernah lagi nak cuba tips-tips di atas. anda cool? anda berani? cuba la.  its fun kot. wink wink!

psst~
nampak sangat tengah bosan. kan...huhu.

Friday, December 17, 2010

Dia Yang Selalu Matikan Mood

orang kata, hadirnya dia..
penceria hidup.
orang kata, hadirnya dia..
pengubat duka..
orang tu kata ni. orang tu kata tu. tapi. ceit. yeye je. pandai orang yang kata tu tipu Mish. uhh. makin dekat makin problem ada la. haha. sengal je. 

baru je nak happy, dia p habaq citer sedih. baru nak sengih-sengih, die lak wat muka ketat. baru je nak tegur-tegur die p lari jauh-jauh. adus. naye hati siksa jiwa. haha. senyum je la selalu.

so, cara nak hidupkan balik mood. meh nak cerita. hari ni makan nasik lauk sayur air, ayam masak merah, sambal udang ngan sotong goreng kunyit. petang ni umi plan nak buat donut lagi. o yeahh. i like umi punye donut. coz gebuu. aumm. haha. babai!

psst~
kepada abang Padin. ari ni tak de entry emo ok. ni entry sipi-sipi emo. haha.

Monday, November 1, 2010

Sayang Aku Buat Kamu!!

dude!! babe!!
huawaaa..mekasih lol..jenguk-jenguk blog hangit Mish ni..

ada sayang..
ada rindu..
ada cinta buat kamu-kamu yang datang

ok..Mish tak nak bangga..bongkak..tinggi diri..
tapi hakikatnya..
Mish harus ada rasa itu..
sebab Mish terharu..
masih ada secebis sayang kamu buat aku..Mish..
buat aku kuat hadapi sukar..
buat aku ringan lempiaskan kata..
juga selalu membuat aku senyum di kala duka..

kadang-kadang ada masa kita di atas..
ada juga kita di bawah..
kadang-kadang kita di awal..
ada juga kita di akhir..

selamat tinggal pada Oktober 2010 yang menebar seribu coretan
dalam kisah, sejarah dan susur hidup kita.
alhamdulillah..
kerana sehingga ke detik ini..
aku masih boleh bernafas..
melihat dan menghayati..
kehidupan realiti yang pasti.
sehingga ke detik ini juga..
dalam sedar atau lena..
sudah 5 bulan aku hidup sebagai blogger..
blogger yang tidor tak mau..
pencen pon segan..
aa..ada ke peribahasa tu?
paper pon..sepanjang ukiran 5 bulan ni..
selalu ada kamu yang kuat kan Mish untuk hadapi sukar..
ada kamu yang selalu ceriakan Mish di kala kelam..
juga ada kamu disaat Mish perlukan pendengar..

maaf pada mereka yang tak terjejak ek..
mood Mish ok je..tapi malas ngah merajai diri ni. 
datangnya November bermakna...lagi 4 hari Mish praktikal..
sebelum balik kolej untuk exam..
aduuuss..
series tak prepare paper pon lagi.
hurmm..

eklas dari...Mish


Saturday, October 30, 2010

Alahai~

hahaha..kalau kamu perasan la kan..Mish memang suka buat entri mengeluh-ngeluh ni..kan..kan..haha..kan Mish dah cakap..Mish memang kuat mengeluh..tak percaya??tak percaya sudahh...

nape Mish mengeluh-ngeluh macam orang tua sakit pinggang ni ek..hahahaha..this is because of various reason...hee~macam ayat darjah 6 dulu..oww..

2 hari ni kalo korang perasan la..(xperasan sudaaaa...) Mish jarang bw..siang ada la cam chipsmore (dulu kata orang cam chipsmore)..kalau malam tu...lagi hampeh la..biasanya Mish orang paling tahan mata ni..kadang-kadang kol 4 pagi tu segar bugar lagi mata...korang yang tak tau ni maybe sebab selalu off awal..hehe...tapi skang..macam semalam...langsung tak nampak bayang..huwaaaa....

1st reason of cos la ngantuk tahap gaban. eh eh..tak jugak..tertidur kot..lam kol 8 dah tidor. sedar-sedar..dah pagi...morning~hee~

2nd reason...iman kacau line. bayangkan dia asyik mintak Mish pasang video korea je kat dia..berjam-jam Mish layan karenah dia sampai Mish naik fed up ngan lappy.. video terbaru yang iman layan....adalah...



try la tengok...video baru nih memang tarian dia superb la kot.

ok..reason ketiga..semalam i terjaga lam pukul 2 pagi..ngatkan nak bangun la untuk bw...tapi alih-alih...nampak my dad duk tengok Naruto kat lappy nih..adess...terus sambung tidor..

reason keempat...adik lelaki i balik hari khamis tu, dia mengada-ngada tak nak guna pc.nak jugak pinjam lappy ni..so, i kan akak yang bak...let go je la....hahah

dah siap...~haha..ni dia entri paling merapu pernah Mish buat kot...serius Mish taip tak guna otak..tak main fikir langsung..ikut jari je..ni jari dah lenguh merepek. so, nak stop..hee~sekian............

Tuesday, September 21, 2010

Alahai, Malas!

aduhh..semakin hari..semakin malas pulak rasanya nak berblog..erkk..nape ek..??
ermm..bukan malas...blog nye on jer...tapi nak g tegur dulu kawan-kawan yang liat sangat..juz duk dpn Sis Lappy dan tnggu je orang terjah...

malas nak wat paper..just nak main mata ngan sis Lappy jerp...sweetnye..alahai~

ala-ala..menunngu durian runtuh gitu..hurmmm pe masalah ek..nak taip n3 baru pon malas ni..errkk...ni kire tertaip je kott...

sekian...

psstt~
  • dah macam blog Ben plak kalau wat n3 pendek camni...tp isi xde....xbermoral la ko Mish..aduss...
  • jenguk-jenguk la Mish...k..konpem mish jenguk balik...InsyaAllah..hee~

Friday, September 17, 2010

Gembira Rasa Hati Dapat Itu Dan Ini...

gambar mencapub!!

wuhahahaha...
sori semalam i busy u...xsempat nak terjah pemilik-pemilik blog yang bertapa kat blog i nih...sampai ada yang terngumpat-ngumpat gitu..ahaha....siap kamuu!!

psstt~tadi kan..actually i pegi Kuantan...kunun-kunun nak pi hantar adik pompuan i yang belajar kat somewhere area there la kan..i pon bodek-bodek la abah hensem ngan umi cumill i...

"abah, umi..kita pegi ECM jap bole x??i nak beli wedges...bole la..da lama dah ngidam nih....pliss"
dengan hati yang terbuka, abah i pon turutkan jua permintaan anaknya yang ngengada ni...dalam hati...yeahuuu!!


.........................dipendekkan cerita....................................

haaa..ni haaa....wedges yang i beli semalam....



ahaha..ini bukan la wedges dari KFC ye sayang-sayang sekalian..itu wedges untuk cacing-cacingmu didalam perut...tapi ini wedges untuk kaki..hee..sila alert ya kamu.....hak2..

pas tu i round-round sekeliling ECM tu..cuba mencari baju tshirt..kot-kot ada yang terlekat di mata..tertarik di hati ker...and finally!!jumpa gak..memang dah jodoh, duit xlame ngan i....ahaha..

untuk baju..tiada gambar!!!kerana...........erkk...kerana..i malas nak ambik..haha..perlu ke i menunjuk-nunjuk nih??uhh..sori k..i tau wedges i taste tak sama ngan u oll...buruk kat mata u oll tapi cantik kat mata i..ok watt...duit i..hak2..tapi i bukan nak menunjuk k..i just berniat..nawaitu....untuk memberitahu seseorang yang inilah wedges versi kaki ok...pliz dun misunderstood..uhh..kepada yang berkenaan...peace no woo...hahaha...

uhh...kasut idaman da dapat...so, pas ni..sape-sape yang pendek suda tidak dibenarkan berjalan dengan i lagi..dan dengan rasminya..sila gantikan gelaran budak pendek kepada budak tinggi untuk i!!uhh..kejinya i..haha...total ringgit i mengalir semalam untuk 2 item tersebut adalah RM130..girls out there..sila jangan ikut nafsu singa macam i....hahaha...

gambar santek sudaaa..gambar wedges pon sudaa...skang tiba masa gambar tak senonoh pulak..!!!
ahahaha..sila jangan gelak okeh...ini demo kalau hidung u oll terasa gatal..ahaks...lawaking ok!!

hidung saya macam jambu air!!hee~sila jangan kutuk...cepat puji!!
p/s:

gelaran 'i' digunakan kerana pagi hening ini i rasa i gedik semacam jer~

Monday, September 13, 2010

Err..Raya aku??


still dalam mood ari raya kan..buat korang yang xpose penuh tu xyah la beria sangat rayanya..hahaha...terasa sendiri ker?oh, tidak...saya penuh..kata penuh dusta..

jujur la k..raya taun ni..bagi Mish..erm...xraya pon xpe la...hehe..eh, cam tak bersyukur plak kan..nope..bukan maksud Mish macam tu..korang ada kampung..ramai sedare mare..Mish lak..dah 2 tahun xmerasa balik kampung malam raya..bakar lemang..adusss..stop..tanak citer panjang..t air idung meleleh..haha..

kisah raya pertama :

pagi tnggu abah dan adik2 balik mayang raya sendiri xpegi..kejinya..pas salam-salam...gambar-gambar..makan-makan...terus je nek Unser pegi umah ala-ala keluarga angkat la..sebab aku membesar kat sana dan family kami memang da kamceng giler...pastu g jalan kat sebuah lagi rumah kenalan abah...then, balik rumah cz sang jejaka nak p mayang Jumaat lak..aktiviti aku paling ideal pastu..tidor..tingtong!!bangun-bangun dah Asar..terus siap-siap cz nak p umah Mak Cik aku kat Alor Limbat. Balik agak lewat..wat assemen....zzZZzz....

kisah raya kedua lak :

xjauh beza..bangun pagi..makanan dah siap..(menu: bihun goreng je)..cian umi dapat anak rajin makan tapi malas masak cam aku..haha..pastu, lam kol 11 tgh hari gerak untuk balik kampung..yahuu...waktu yang ditunggu!!tu pun jz numpang umah tok sedare jer..uhh..sedihnye..tp ok what..dari xbalik langsung..lepak sana..agk boring..sampai terpaksa layan citer Mohabbatein..ahaks..da lame tinggal citer2 Hindustan nih..sampai tertidor-tidor aku dibuatnya...aaa...tidor lagi..pastu sempat la merayap kat 2 3 buah rumah...balik lam kol 9 lebih..sambung wat assemen..then..zzZZzz...

kisah raya ketiga :

dah xnak citer..cz penat-penat pakai baju raya..last2 tertidor atas sofa...5 jam tu..haha..hebat je aku rasa raya taun ni...hari-hari raya..hari-hari tidor...

p/s :

  • hargailah mereka selagi mereka masih ada..lau x..merempat cam aku ni haa...
  • bosan raya taun ni..membazir je aku beli baju raya banyak-banyak..haha..
  • nak BW..tp sume blogger cam bz je..aku je free..hahaha...

sape paling cun..haha..ni 2 urang..adik aku...kami je la bunga lam famili..len sume kumbang..uhh..
tak de rupa adik beradik kan..kan..
ahaaaa...ni mase kat kampung..raya-raya jugak..kalau musim buah xabiss..uh..lupakan baju kurung..luapakan ayumu..redah je..asal dapat makan...haha...

Thursday, September 9, 2010

Duet Sebelum Raya in my Last Day


mood : sedih yang poyo..

uhh..u ols..semalam 8hb..so, apa ada pada tarikh tu??yess..tarikh tengok anak bulan..tapi tu bukan motif penghapdetkan ku kali ni...erm..8hb bagi Mish...ok, sume..mood sayu k...adalah hari terakhir Mish bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah. sedih weyh..staf-staf kat situ dah macam keluarga sendiri.sume baik2..uhuk..pertemuan selepas ni amat diharapkan...huhu.

mood sedih tamat...

nape Mish sayang staf kat sini??uhh..u olls tgk bawah...


hoho..bravo Mish..fullmark...hek..di kesempatan ni Mish nak ucapkan thanx banyak-banyak kat En. Yusof dan En. Zamri atas markah ngetop tepp ni..

dan lagi sebab...haa..u olls tengok nih...apa yang Mish dan kawan-kawan Mish dapat..

waaa....duet raya!!!yeay!!

haa..xraya lagi tapi dah dapat duet raya..sukenye..tak sangka lak, dah tua, cantik manis cam kami dapat lagi merasa penangan duet raya..hehe..thanx kepada pengagih..semoga kalian panjang umur, murah rezeki, dan sihat sentiasa..cewaahh..ala2 bodek lak..adess...ikhlas tau..

hurm, namanya last day, means pasni da xjumpa dah..hehe..korang layan la gambar kat bawah...saja je Mish nak interprame..cam dah lama xmenonjol kan diri..takut u olls lupa muka Mish..ahaks..gewdixx..

abaikan gambar ni kalau korang nak muntah~
fion~
trainee uitm..baju purple..muah..miss u tehah..!
dis is me with Chung Wei..my scandal..ouwh~
uhh..mish tersepit
ngan staf di Farmasi Klinik Pakar
Chan May Yan
dis cute gurl is Shin Yee..tapi Mish suke panggil die Shin Chan..ahaks..
Puan Pang~
Cha Ja Mie

Tuesday, September 7, 2010

uhh...nak duit bole?

ting tong!!
hhaha..memang Mish tingtong pon ari nih....

oi..sape2...kawan atau xkawan..korang ada duit lebih x? uhh..sedekahlah sikit...hehe..boley x weh...hurm, td Mish g Pasar Payang jap waktu rehat td...syhhh....mampos kalau bos Mish bace blog nih..ahahaha...kunun nk p cari rempah masak ntuk umi la...mmg pon..da bising dah umi tu duk claim rempah die..uhh..terpaksa la pegi jap...pahala tu..haha...poyo!!

pastu sambil jalan, cuci-cuci mata sat..kiri kanan jalan tu..ada penggoda terhebat..eh, bukan pelacur..atau gigolo k...haha...tp antara yang Mish da tergoda..ni haaa.....




haha...bes giler popia simpul ni....peberet cacing lam perut Mish...hahaha..jalan punye jalan lagi..uhh..nmpak macam2 kue raya tu..murah jer...3 bekas 10 hengget..tp..erkk~sayang la duit nih..nafsu je sume tu..bek Mish simpan wat beli wedges ke, baju kurung ke, blouse ke.....erkk..handphone baru ke...hahaha...

kalau ikutkan nafsu manusia..uhh..xpenah puas..sume nak balun..tp poket sengkek..haha...so, korang...derma2 la kat Mish ni..t bile Mish da kaya..Mish balas jasa ngan backlink korang..cukup la tu...hahahaha..

okaila..nk chow..nk siap2..malam ni ada majlis perpisahan kitorang as a trainee kat HSNZ..yippie~~kat Permai Inn..jemput mai sume ek...

Friday, September 3, 2010

Hanya Sebentar Cuma...bukan selamanya...ok?

yippie!!!

cek semua..ada cacat x??cek2..jangan tak cek..hehe..kalau korang ada datang blogwalking kat blog Mish semalam...mesti korang perasan akan kecacatan sementara kat blog ni kan..in case korang adalah pertama kali jenguk..atau..korang memang xalert...haisy~~

disebabkan kegatalan yang amat ingin mencuba tutorial joget dari blog zaer...hancuss semua..tu la..zaer cakap lain..ko gatal p ejas kot lain..hahaha..xpasai2 nyusahkan zaer lak sekali lagi...dah kena jadi kaunselor tak bergaji kat aku..

haha..ok derr.....tadi pas sahur..tertidor 15 minit...tiba-tiba terjaga cz mimpi blog Mish nangis....die merayu ngan Mish..mintak disolekkan cantik-cantik..dah nak raya ni kan...hahaha...terus je Mish bangun..amek design asal header yang lama...edit-edit...nah....


ehem..ehem...haa..ni la die..header baru ntuk blog Mish Lollypurp..nak jugak kaler purple...hehe...memang la tak lawa...esok-esok Mish carik yang lagi lawa..header ni just untuk sejukkan hati blog Mish je..siap taruk gambar minachi mane ntah tu..mesti korang rase nak lempang je kan..meh kite g lempang die..hahahaha...

Monday, August 30, 2010

Raya Yang Tak Terundur

hai..hai..Mish In DA Blog....kah2..

hurm...u ollss...dalam xsedar yekk..lagi lebih kurang seminggu nak raya...baju raya pun xde lagik..haisy~
camane ni??tipu la kalau Mish cakap Mish xde lagi baju raya..hihi...baju kurung Mish taun ni 2 pasang..xpenah2...sebab Mish bukan penggaya baju kurung yang tegar..okep..harap kalian faham...before ni paling banyak pun sepasang je baju kurung..ye la tu kot...ingat2 lupe..hehe..

korang bayangkan la..pas orang smayang raya..salam2 ngan kaum kerabat...terus masuk bilik...tukar jeans ngan t-shirt..hak2...*hakikatnya semayang raya pun Mish xpegi..aduss..

seriesly..late 2 years ni...Mish satu family xbrape nak hepi pun sambut raya...cz dah xde kampung..mane kampung Mish??kena jilat dek dinasour..kah2..bukan la...dulu, zaman arwah tok ngn nenek Mish masih ada..konpem meriah giler raya..xraya pun rasa macam raya...

malam raya ada yang tak tidor..perap ayam untuk satey la..kemas umah la...iron baju baru la..xkurang jugak yang berangan jumlah duit raya yang akan dapat t...huhu...

skang, umah tu pun da xde penghuni...dah makan dek reput-reput dah...gelap..suram..tinggalnye saki baki kenangan dan gelak yang pernah ada lam umah tu..banyak memori..kadang-kadang kalau Mish teringat sangat kat arwah dan rindu sangat ngan gelagat kepoh mereka yang pernah menghuni rumah tu..sayu...

perit amat rasa sedih hati....pilu....bukan tilu...sunyi...

kalau la masa boleh diputar kembali...............................................................


kalau diingatkan memori raya masa kecil-kecil dulu...memang lawak giler..tapi best..zaman skang pun dah xde sangat memori-memori cam dulu cz skang, asal hari ray..cerita kat televisyen semua yang best2..nak tinggak pun rugi..efeknya..anak muda, tua, sedare semua jadik malas nak kuar rumah untuk berkunjung ke rumah teman dan taulan..begitu juga kerabat sekalian...haipp~
tu belum dihitung dengan perkembangan permainan vidoe, internet semua..bila diajak jalan.....common jawapan.."xnakla..boring...bek layan desktop" adess...kalau macam ni la..batang hidung kerabat pon korang xkenal...berlaga bahu tepi jalan pun xtau yang depa tu sedara ampa..aduh..aduh...

kecik-kecik dulu...balik je semayang raya..*xsemayang pun..jz g masjid dan beratur untuk kutip duit raye dari pihak masjid...hak2....

pastu bila balik umah..salam ngan umi..ngan abah...dapat $$ lagi...pastu salam ngan sepupu..sepapak...dapat lagi $$..kaye eden kalau gnie terus...

pastu g dapur..makan2...biasanya umi la chef terhormat yang on call pagi-pagi raye...kami yang lain santap jerk..hehe...xlama lepas tu..tengah-tengah duk sonok makan lemang apa semua..dengarla geng-geng 'champion' kampung duk bagi salam...haaaa!!!cepat-cepat basuh tangan..amek beg galas yang ala sandang lintang tu..capai kasut baru..cium dulu..uih wanginye sebelum pakai...pas pakai...*xmo cakap..haha...

berjalan la kami..satu umah ke satu umah..dari umha xkenal sampai la ke umah yang kenal..dari umah melayu islam..sampai la ke umah bangla islam..korang bayangkan!!punye semangat kami punya raya $$ time tu..adehhh...

masa dulu-dulu..dapat 50 sen...80 sen tu pun dah kire syukur giler-giler...tp budak-budak skang...hampeh..dapat 2 ringgit pun dah jeling juling..cisss..dapat kat aku..aku tebuk mata...kah2...



p/s :

bayank lagi nak citer...tapi tak nak bagi korang lelehkan air liur basi kat blog Mish nih...t tercemar..kah2..maklumla...korang punye citer raya lagi ngetop teppp.....kan??

lagi satu...esok merdeka..aku lak post sal raya...kah2..lantak la.....


Saturday, August 28, 2010

Baju Raya : Beli Siap atau Upah?



wow!!sedar xsedar lagi lebih kurang 13 hari kita nak sambut raya...ngeh2..semangat nih..pose u olls penuh x??xpenuh xleh raye tau..hehee...

jalan nak masuk bandar pun dah stat sesak giler skang...masing-masing keluar cari baju raya untuk anak la..untuk hubby la..parents..and mostly untuk diri sendiri...kawan-kawan camane??hehe..

shopping centre lak toksah nak habaq le..manusia berpusu-pusu cam semut jek..ye ke??ish..ye kot..shopping xcentre pun penuh orang duk berkunjung cari baju raya..ye la..lewat-lewat t tinggal yang xde saiz..yang xlawa la..kan..kan...

okep...dah jauh nyimpang dari tajuk nih...

nak tanya la kan..lain orang lain care..lain minat..kan?bagi u olls la..kalau untuk baju raya cam baju kurung, baju kebaya, jubah or baju-baju camtu la kan...dan untuk lelaki of coz la baju melayu...korang prefer baju yang dah siap atau beli kain and then upah tukang jahit atau jahit sendiri....mana satu???

kalau menurut Mish la..mana-mana pun ok..asal selesa dipakai..hehe..kadang-kadang kalau kita upah tukang jahit pun ada je yang xkena..maklumla..nak cepat...bukan baju kita je yang dorang nak kena jahit..pastu mula la..janji minggu ni last2 pagi raya baru dapat..kadang tu, butang xsempat nak jahit la..baju terbesar le..sadiss..Mish selalu kena camni tau...cian~jangan gelak okey...

kalau baju beli siap lak bole la tahan...padan la ngan harga..tapi kadang tu, baju siap lagi murah..lagi satu kelemahan baju siap untuk orang xberapa nak tinggi cam model nih..kain atau baju die mesti labuh..haipp~xsuke!!rase terhina..hahaha...teett..kelebihan baju beli siap ni lak..senang..macam-macam kaler ada..pilih je..pulak tu, xyah nak susah..ok ke baju ni ngn aku??cz korang jz angkat je baju tu masuk lam bilik salinan tu..try je baju tu..agak2 warna tu terlalu shining wat korang...reject awal2...xdela orang kate memalukan diri sendiri di pagi raya...hehehe..

betul x???so, korang pe citer..?beli kain untuk diupah atau beli baju siap pakai je??hehehe...

btw, selamat membeli belah untuk raya!!!



Friday, August 27, 2010

Dah Malas Dah Jatuh...padan muka...

salam...
erk..masih bersambut ke salam aku??ada yang rindu ke nak datang jenguk-jenguk blog picisan tepi jalan macam aku punye nih??ish~dah hampir seminggu aku tinggal...lame tu...

cian blog aku..atap blog pun da bocor2...dindingnye berlobang-lobang..dimakan anai-anai barangkali..lantai nye pulak...masya Allah....reput...ish..teruk sangat keadaan rupa blog aku..xde orang tolong jagekan ke??uwaa.....

xpe2..now i'm back here..aku nak betulkan balik blog aku ni..nak tampal mana yang bocor..nak ganti mane yang reput dan berlubang tu..ish...makan mase nih..hehehe...

pada u olls yang berkunjung tapi xdapat balasan tu, t aku cuba balas k cayang...hehehe....

dan akibat kemalasan dan perkara xdapat nak dielakkan.....uhuk2..trafik aku dah down..down..down..down...giler punye down korang tau...penat-penat aku nak up kan..alih-alih jadi gnie...tp seb bek Mr. Nuff tambah satu lagi BE kat aku..thanx dear..hehehe...

ok..bersedia untuk ayat skema..berikut adalah bukti Trafik bagi blog jalanan ini menurun...sape lagi yang malas..ini akibatnya...padan muke ekau..kah2...



nape lame xon??erk...

xyah jawab pun xpe..cz xde yang nak tau...hahahaha....

miss u guys...!

Friday, August 20, 2010

Berbaloi Ke??

salam antara malam dan pagi..
pilih di mana situasi korang k..
hak2..



ok..due to my current situation..cewaahhh..
cam teruk sangat je..
xteruk pun okey??
rasenya, sebagai manusia yang normal..
punya hati..
punya perasaan..
punya roh...wahh..ayat seram!
mesti teringin dan ingin dihargai kan..
even perkara kecik..tipu la korang xhingin kan rasa dihargai tu..
kan...

same with me..
bukan la cakap buat kerja xeklas  or what kan...
tapi ni memang naluri aku..a.k.a Mish sebagai manusia...
penghargaan yang diminta bukanlah segudang emas atau selaut permata..
bukan jua selangit harta atau sebidang tanah..

cukup la...
ditekan kan di sini..
CUKUPLA..
dengan ucapan terima kasih..
ataupun segaris senyum pada merah bibir halus..
xluak pun..
bukan minta berlutut sambil say thanx..
dats not the way...
tp sekadar menunjukkan muka atau reaksi yang anda terharu, tersentuh..

kadang2 kehipokritan diperlukan dalam situasi begini... 






nota celup kaki Mish :
  • xperlu paham ap yang aku lalutkan..kalau paham, anda memang memahami..thanx~