Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Blogger Suka Tidur Lewat Malam?

hulahuppp semua. salam sejahtera. dan salam keberkatan. dan salam satu Malaysia. lagi baik, Mish ucap, Assalamualaikum. islamik gitu. ye dak? ehee.

sepanjang tempoh Mish duk umah aritu kan. Mish selalu la tidur lewat. pukul 2 3 pagi mata still bulat cam panda lagi. dah nak kol 5 6 pagi baru mata mengecil cam mata gajah. tak habis-habis aku cerita sal gajah. maaf la ye. obses sikit kot. haha. okeh, dan sepanjang pemerhatian Mish yang tidur lambat tu, Mish terperasan, kat fesbuk, manusia-manusia lain semua nyenyak tidur. tapi bloggers, masih berjaga. tengah aktif lak tu.

tak kisah la yang duk aktif mengelike ke, mengupdate status ke, mempromote entry di page ke. dan, kalau kau update status status tengah-tengah malam buta pun, blogger jugak yang ramai mengomen. tak kisah la yang duk berjiwang ke yang duk jiwa kacau ke, yang tengah sumbakkk parokk ke. kebanyakannya adalah bogger. bae kali mau ulang daaa kan? hebat kan kuasa blogging. ia membuatkan blogger semua punya semangat tidak tidur. haha. dan seterusnya berkomuniti sesama mereka.

dan ketika entry auto post ni ditulis juga, ianya adalah tengah malam atau lagi sedap namanya awal pagi. lepas ni dah boleh tarik selimut dan tidur. maka, mungkinkah blogger lain yang belum tidur tu pun macam saya?sedang bertungkus lumus menyiapkan entry auto post. erk.

Thursday, January 12, 2012

Blogger Meroyan Di UPM.

Salam semua! Hari ni Mish nak update pasal Mish pergi meroyan bersama beberapa orang blogger time cuti tahun baru hari tu. sangat seronok okey. Sila la jeles sekarang. Pelisss.

tarikh : 31 Disember 2011
tempat : Universiti Putra Malaysia
kredit to : Ieyla & Apik
time ni semua duk posing gaya nak tok kadi nak nikahkan orang. haishh. yang tengah tu paling semangat. tok kadi cemerlang. haha.


kandid! buat tengok gambar lam kamera konon. kamera lagi satu perlu la snap moment ni. macam sweet kan. caihh. siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. right?


semua duk rasa memasing ayu time ni. aishhh. jahat nya mulut aku. buaya tasik naik nak telan kami pun kami leh tak perasan kalau dah sibuk duk posing. 


maluu sangat time ni. ni time sesi panaskan badan. warming up ngan kamera dan model tak cukup inci. 

kaki sape paling besar? gulp.

okeh...Mish ngan Ieyla berebut nak interframe. maka, Ieyla yang tinggi harus memendekkan diri sikit supaya wajahku masuk sekali....yess!





kalau Mish jadi kamu, Mish jeles. haha. tetiba!

Tuesday, November 29, 2011

Bukak Tutup Bukak Tutup

haipp. salam semua. lama menyepi. ceh..ayat orang bajet update hari-hari. entry last yang pasal bola tu pun entry merapu mamai mamai nak tidur. tapi dah duk asyik bukak new post lepas tu tutup. lepas tu bukak lagi. tutup lagi. bukak dan tutup selama beberapa kali sampai Mish naik tingtong. kena la taip jugak. ada orang baca tak baca belakang kira. yang penting, lepas gian. auww! ayat gian tu tak menahan deh.

so, merapu lagi hari ni. apakan daya. bila bukak new post, termenung je panjang. ingat nak update pasal lepaking ngan blogger hujung minggu hari tu. tp malas nak resize gambar. nanti la free baru update. sebagai iklan coming soon entry yang orang duk sebut-sebut trailer la apa la tu. ni nak tepek gambor sekeping. hehehe.

Thursday, November 24, 2011

Budak Jakun Nak Pegi KL

salam semua. haip haip. apa khabar semua. lama tak bersua. mungkinkah dingin hujan yang memisahkan kita? ouch..tak mungkin tak mungkin.

hujung minggu ni, dapat cuti 3 hari kan? sebab aa sambutan awal Muharram. dah nak masuk tahun baru pun kita. harap-harap panjang umur ye dop. yang bersekolah cuti berminggu-minggu tu duk diam-diam. jangan nak mention sangat ampa cuti lama. dengki tau. busuk hati Mish nanti.

so, sempena cuti yang panjang tak berapa nak panjang ni, Mish nak pergi KL. nak pergi bershopping sambil jumpa geng-geng blogger dan ex-classmate yang ku sayang-sayang. sape free meh ikut meh. hehe. so, macam biasa Mish tumpang tidur kat UIA. si Ieyla ajak Mish tidur umah dia. Mish tanya la umah dia kat mana. dia cakap Kampung Baru. owh, kampung baru? kampung lama kat mana? haha. ta lawak. jangan gelak.


Mish tak boleh tidur sana kot. sebab, even 3 tahun Mish belajar kat belah-belah sana. 3 tahun duk dating ke hulur ke hilir belah-belah sana, Mish fail bab jalan KL. serius jakun ya amat. setakat dari Karak nak pergi UIA pun dah tersesat ke jalan lain. jenuh nak cari jalan u-turn. korang tau je la, jalan KL macam apa je. pening den.

esok sebelum mula perjalanan nak kena amek panadol dulu. senang kalau pening. haha.

psst~
siapa pakar jalan KL meh jai pemandu pelancong i. auww!

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Hari Lahir Kak LM!

akak,
sehari dua ni akak banyak bazir masa untuk Mish,
thanx sebab banyak dengar masalah Mish.
thanx jugak sebab tak putus-putus nasihat Mish.
thanx lagi sebab akak, Mish hepi sikit skang.
haha..buat-buat paham ye kak.

tak de wish geli-geli kak.
tak sempat nak pikir.
hehe.

btw,
SELAMAT HARI LAHIR!
semoga akak dapat capai apa yang akak impikan.


psst~
kak, semalam kitorang ngumpat akak. hahaha

Saturday, November 5, 2011

Maaflah Saya Tak Komen Blog AWAK......

bunyi tajuk macam sadis je kan. tapi tak pe. jangan nak sadis sangat lah. sembelih kang!! dah dekat ngan raya korban ni elok sangat la tu..haha.

by the way, pernah tak bila korang blogwalking, korang baca entry diorang tu. kaang-kadang korang tak baca. korang bukak blog dia. tengok tajuk, tengok isi sikit-sikit. lepas tu terus blahh...agak-agak nak tinggalkan pesan kat shoutbox pun segan-segan sebab nanti tuan blog kata, eh, dia singgah tapi sampai hari tak tinggal komen..wuwuwuwuuwu.

jangan nak sebekkk sangat lah (sebek is seih giler-giler). mungkin orang yang buat macam tu mempunyai perasaan yang sama macam Mish.


  • entry tu bersifat SEO.
    jangan tengking dulu kalau korang terasa okeh. Mish boleh terima kalau tajuk entry yang SEO. tapi kalau boleh yang jenis isinya diolah sendiri. tak de la stereotaip sangat kan. kalau pelakon, berlakon ikut skrip deret. agak-agak bosan tak? hehe. sama la cam entry. sekali sekala, bagi la pandangan sebagai kesimpulan entry SEO korang tu in case kalau dah malas nak ulas balik..kan? ada la jugak pointnya Mish nak drop komen. hehe. tapi tak pe, bilangan visitor lagi penting kan? hehe.

  • tak faham ngan kandungan entry
    kadang-kadang ada blogger yang suka update benda yang macam nak dirahsiakan, tapi diluahkan kat blog. nak bagi contoh pun Mish tak reti camane. tapi macam tulah. haha. agak-agak nak mintak tempeleng la ni kan. hehe. contoh cam, dia nak cerita pasal sesuatu perkara. tapi banyak sangat point yang dia tak bagitau. alasan, maafla, tak leh bagitau...rahsia.tettt...Mish tak marah dia nak update. mungkin dia nak buat softcopy lam blog dia. Mish paham. sebab tu Mish tak berani nak turunkan komen. kang terbabas komen ai dari cerita sebenar kanggg. haru biru jadinya. hehe.

  • dua tiga entry lepas lebih kuranggg jerkk
    okeh, yang ni Mish sangat terasa. haha. sebab minggu lepas ada dua tiga entry sal makanan. lepas tu kadang-kadang kalau sedih, dua tiga entry citer sal sedih. tak habes-habes ngan sedih. sampai korang pun dah tak larat dah nak komen kan. bagi komen membina pun tak terbina-bina gak semangat tu. takpe takpe. ai pahammm...hehehe. sebab kalau Mish pun, bukak hari ni, pasal dating ngan pakwe. bukak esok, pasal dating ngan pakwe yang semalam punya, sambungan katanya. bukak lusa....dating ngan pakwe lagi, part 3 lak. aihh..tak larat nak komen sama.

  • mokcik sibuk / tak intenet
    sebab yang paling memungkinkan is, mok cik ni bizi. maklumla, kat Simpang Pelangai tu tak de line internet melainkan terpaksa guna Streamyx kat klinik punya. so, kalau nak menyinggah-nyinggah blog korang lama-lama tu memang tak la ye. Mish singgah mana yang sempat je. hehe. sori ye. soriii!
    --> ni la point utama sebenarnya. yang kat atas tu rekaan je. ada kena mengena ngan sorang dua je yang hidup. hahaha.

bila Mish baca balik entry ni dua tiga kali, ishhh..macam kasar la pulak ayat-ayat Mish. maaf ye. tak niat nak renggangkan hubungan kita. cuma nak jelaskan je kalau komen saya tak sebanyak komen awak, mungkin yang diatas ni la puncanya. pape pun, blog anda, hak anda....happy blogging k!

Tuesday, October 11, 2011

Have a nice weekend with bloggers!

Ecece..tajuk entry omputiss tu. Cam hebat giler kan. Haha. Tapi tak pe. Biarkan tajuk menjadi tajuk. Meh kita layan isinya.

7hb hari tu Mish turun KL. Tak dirancang okeh. Tetiba hati kata nak pegi KL. So, layan je la. Kan makan hati lak. Ahha.. dan pada 8hb tu, bermula pengembaraan kami beberapa orang blogger perempuan bersama seorang blogger lelaki.

tetapi..amaran! jangan cari gambar tuan punya belog sebab tuan punya belog low profile ari tu. hahaha.

 nama minah ngah rakus gigit GCB ni Erza. comey eh? budak perak. pi la ngorat. haha. kalau ampa rajin, pegi goda dia suh dia update blog skali eh. hehe.

 yang ni si cantek manis dari Kelantan. auww!! ni ex blogger. skang blog dia di tutup atas sebab-sebab yang ai pun tak tau.
 ahahah..kumbang terlepas. pakwe sape ntah nih. BAKPO GITU!


yang ni lak Ifa. tuan punya bilik yang i tumpang tidur. ehee. nak kenal geng emo ai nih. g la serang dia. kalau nak beli lense pun serang dia jugak k. SECOND ME.

Aktiviti masa hang out? lepak dan shopping. tu pun tak cukup masa. haha.

Psst~
Thanx sebab sudi luangkan masa. Thank you so much much much muahh. Hehe.

Apik pehe : jangan serik nak teman kami shoping lagi. Lenkali kita merayap sampai tercabut kaki eh.

Ifa aka Bulan : thanx untuk penginapan percuma dan jadi peneman doplahpatjam ai eh. Thanx jugak sebab jadi GPS tak rasmi ai. Lepas ni jangan serik nak naik kereta ngan ai lagi. Haha.


Monday, June 13, 2011

Seronoknya Jadi Blogger Tak Kering Idea.

sebagai blogger, kita memerlukan idea untuk memastikan blog kita tak ditumbuhi sesawang. haha. malas atau rajin tu belakang kira. yang penting idea. bila ada idea semangat je nak menaip. sampai tak dan-dan nak surut jap dashboard orang. penuh ngan notification update dari blog korang je. haha. tu la jadinya kalau banyak idea. siapa yang setuju angkat bulu hidung tiga helai. kalau tak de bulu hidung tu pi suntik hormon cepat-cepat. tak stabil betul la.

"kalau ada idea pun kau bajet ada orang layan la idea ko tu?"

ui, kasarnya soalan der. tak kesah la ada orang baca ke tak, komen ke tak, bukak ke tak, what so ever laH! yang penting aku update. namanya blogger kan. kalau tak pedulik kat blog baik tak yah jadi blogger. rujuk entry INI kalau tak caya. baca komen-komennya sekali eh. haha. paksaan! blogger taip, tulis, reader baca, dan pikir, nak layan ke tak entry dia ni. haha. kononnya macam tu la kan.

bestnya kalau banyak idea macam Kak Diana ni kan. satu hari 3 4 entry. semuanya mantop! jeles Mish dibuatnya. ehee. 

pui...nampaknya hari-hari kena termenung kat anak tangga kedua tunggu idea datang mencurah-curah ke ladang gandum. kenapa anak tangga kedua? bukan ke sepuluh? erk, sebab umah Mish memang ada dua anak tangga je. hahha.

kalau keadaan kering idea ni berlarutan, alamatnya, lingkup la perusahaan Mish Lollypurp ni. ades. bankrap awal la Mish. 

babai!

Friday, May 6, 2011

Penangan Blog Ibu-ibu

Salam semua! hehe. terasa rajin sangat nak update sekarang ni. makin dekat exam makin ai semangat nak berblog. adoi.

tadi masa duk layan blog ni, macam biasa la. pi jalan-jalan baca entry-entry yang berkenan di hati. tapi malam ni terasa nak baca blog para ibu-ibu. tak tau nape. seriyes. mula dengan blog Kak Izan, Dua Hati Menjadi Satu. rasa macam terhibur lak baca setiap entry dia yang duk cerita sal family. rasa eksaited nak kawen bila tengok kak Izan ni duk bercerita sal anak-anak. perangai budak-budak ni kadang-kadang buat kita tertawa sorang-sorang kan? aih. bila la nak ada anak. uit. kawen belom daaa. haha. rindu Iman  *_*

lepas tu Mish suka baca blog Kak LM. nama panjang sikit, Lydia Miza, Hidup Itu Indah. akak ni rajin masak. seriyes. dulu pernah sekali rasa macam tak nak masuk blog dia sebab nanti mesti terliur. nak makan tak boleh pasal gambar je semata-mata. rasa macam nak je suruh kak LM post kan makanan tu. haha. akak ni skang ngah pregnant au. bestnyaaa! haha. gedik kan. camane rasanya kalau pregnant eh? aih, para ibu ni buat gua eksaited mau kawen deh. kah kah kah.

lagi sorang ibu yang Mish suka baca blog dia adalah Kak Diana, Senyum-senyum. for sure ramai kenal blogger rajin nih. sehari 2 3 sekali update. entry dia tak de lah terikat pasal famili. lebih banyak tang ragam manusia seharian. rajin dia olah dan jadikan satu entry kan. tak pernah kering idea. tapi seronok jugak bila baca part anak akak ni. nama Maisara kan sis kan?hehe.

agak-agak nanti kawen Mish terus berblogging ke eh? adeh.

nanti kalau dah ada anak, hari-hari ai update sal anak. anak kucing, anak tikus, anak lipas, anak ular, anak cacing, anak kepala, anak-anak. haha. indahnya angan-angan. mungkinkah realiti? aih..

kalau ada anak, mesti anak-anak aku hepi cz dapat ibu sporting macam ai kan? hahaha..CERIA~


psst~
terasa naluri keibuan la pulak malam ni. pangkat student pun tak lepas lagi. mati aku kena kapak ngan abah. haha

Wednesday, May 4, 2011

Segmen Jom Kipas Blogger.



di tengah pagi hari, Mish gigihkan jugak diri ni nak join segmen ni. sebab dah dijemput secara terhormat oleh pemilik blog WooferStorm, Achie. ahaks! kepada Achie, ni budak mata bulat dah join ok. so, saya terlepas daripada digigit. haha. blogger ni rajin tag ai. ai je yang malas. kali ni terRAJIN la pulak.


tak nak melencong panjang sebab duk kejar nak study Mikrob lak ni. Mish nak kipas sorang blogger ni. sebab Mish tengok dia macam tak cukup kipas je. nak kasi aircond tapi paham-paham la kewangan tu camane.


http://www.kayif.com/ ---> pernah masuk / jenguk / lawat blog dia tak? tipu la kalau tak pernah. femes kot ni. kalau korang ada join mana-mana group blogger kat FB tu mesti selalu sangat nampak muka dia duk ping entry kat sana. haha.


Mish mula-mula kenal dia pun sebab duk usha entry dia hasil dari dia duk ping entry la. mula-mula suka sebab banyak citer lawak kat blog dia. seriyes lawak wei. 18sx pun ada kalau korang suka. kalau la korang suka kan. tapi Mish tak suka. auw! dan dan market kan. 


Kayif atau Kerol ni memang rajin giler babas update entry. bulan April je dia dah buat entry sebanyak 192,korang ada?aku takde beb..-->pinjam ayat Achie.


suka kebanyakan entry si Kerul ni. suka cara dia olah entry. korang try la baca entry dia pasal Nuffnang yang tak bagi dia BE kat entry ni Cerita Baby Ellyana(BE), Ayahnya(Nuffnang) dan Aku(Kyerull). suka entry dia yang lawak-lawak contoh macam Topi Ajaib Tak Boleh Cabut dan Tentera Jepun. Kerul ni memang kreatif gila kot. poyo pun ada. boleh nampak kalau korang baca entry Persamaan Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan AKU. lepas tu,suka sangat entry dia yang ala-ala sweet. wahai si pakwe, sila baca ini Andai Sudah Tertulis. ehee. bila hati dah suka. tak leh kata apa laaa. 


terbaru, suka entry ni

nah..netul-betul kipas dah ni. haha. nak baca yang lagi syok, sila belek sendiri ok. tak kuasa nak cerita semua. haha. sesiapa yang free, rasa tak de idea nak update tu sila la join ye. klik banner penganjur kalau nak join eh. hehe.


maaf eh bro Fariq. tak teratur entrynya pasal buat dalam keadaan takut Achie gigit. haha. seramm! 

psst~
Bulan ngan Cik Aish, please feel free to join this ok bebeh! off to bed~

Monday, April 25, 2011

Happy Birthday Ieyla

ahaks! spesel entry ditaip khas dengan berlatarbelakangkan bunyi bas. currently at Hentian Putra. o yeah. dah sampai ke temoat yang ai paling tak nak jejak. jasadku di Putra. hatiku di Terengganu. sendawaku masih berbau durian. oh..rindunya durian ku. haha. yeww je kan.

okeh. this spesel entry jugak i create untuk Ieyla. Mish sepatutnya panggil beliau Kak Ieyla. tak gitu sayam? haha. tapi nak buat camane. dah terlanjur kenal ngan Ieyla. rasa tak seronok lak nak tukar. ades.

straight to the point, HAPPY BIRTHDAY Ieyla!

  • love u!
  • miss u!
  • all the best!
  • nanti kerja best-best ai nak paw duit gaji u tau!
  • cepat kawen! (tak sabar nak makan nasik minyak u)
tu je kot. orang ramai kat cnie membuatkan aku jadi terbantut nak menaip. rasa macam semua pandang dan baca apa yang aku tulis. aih. segan woo!


Sunday, April 17, 2011

Bloggers Hang Out


saje bagi Bloggers Hang Out tu besar-besar bia semua orang jeles+dengki+cemburu+tak puas hati and each other. busuk hati kan blogger pepel ni sorang. haha.

semalam seperti yang diperhebohkan kat entry PESTA JERAWAT ni, kitorang buat la satu gathering kecil-kecilan. konon sebab lepas ni semua tak dapat jumpa pasal cuti akhir semester. dan macam Mish, lepas ni dah abis belajar, then kerja. tak tau lagi kat posting mana.peratus untuk jumpa lagi tu mungkin kurang. sedih ok. sebab memang dah rapat ngan dorang ni.

dipendekkan cerita.....

antara rakan blog yang sporting + happening + ing + ing + ing yang sudi hadir adalah..

mereka yang dah biasa jumpa dan selalu jumpa seperti di entry Besties Blogger Meet UP 1 dan Besties Blogger Meet Up 2
lepas tu semalam kira gempak sikit la sebab ada penambahan blogger baru. yang ni semua baru first time jumpa face to face, eyes to eyes..mouth to mouth tak de ea. even first time jumpa pun dorang ni easy going giler walopun ada jugak yang malu-malu. hehe. normal la kan.
lepas tu adalah rakan blogger yang bawak kawan sorang dua. so, jumlahnya agak meriah la.
*boleh klik untuk ke belog depa noo....

tak banyak sangat aktiviti kitorang buat semalam. kitorang just makan-makan sesama. lepas tu sambil tu sembang, gosip dan macam-macam la. lepas tu pegi main bowling. main boo boo sape yang masuk longkang. ok, i selalu kena. bola i kelass sikit sebab leh loncat-loncat lagi atas lane tu. profesional lah katakan. buerkk! kesimpulannya, masa bowling ni la semua sporting habis!

lepas tu aktiviti wajib main snap-snap gambar. kredit to photographers okeh!


gambar sekitar bloggers hang out~








last but not least, buat semua blogger yang hadir semalam. sori tau kalau ade salah silap. lain kali jumpa lagi.hahaha.

malas sangat nak upload banyak-banyak. kalau nak tengok lebih sila pergi ke FB ai ok~
sekian terima kasih.
=P

Friday, April 15, 2011

Pesta Jerawat

huha hip hip horey. welcome to the club. enjoy this party..yooo! lets begin! ------> macam tu la kot bunyi keriangan jerawat-jerawat yang aktif bertumbuh kat muka ni. geez. tensen!

dah nak hujung bulan ni memang waktu si bakteria Staphylococcus Aereus (bakteria yang menyebabkan jerawat) tu membiak kat muka. seronok korang duk mengawan, bercinta lepas tu buat anak ramai-ramai kat muka eh. hilang suda kegebuan pipi aku, keseksian bibir aku dan kemancungan hidung aku.

mungkin ni pun efek sebab Mish malas sangat nak cuci muka before tidur kot skang. lepas tu tekanan sebab dah nak exam lagi. maklumlah, dah final sem ni. tak nak la sangkut kan. nanti orang lain dah posting, Mish ternganga kat kolej. uwaa!!!mintak jauh la. huhu. (tapi malam-malam tak pernah nak ngadap ilmu)

esok ada gathering lagi. ngan geng-geng Kami Blogger Sporting ari tu. aa..tak sabar nak jumpa. ni last kot Mish jumpa korang. huhu. tak sabar nak bersengal-sengalan ngan korang sok. jumpa kat Time Square eh. tempat date kita yang mula-mula tu. haha. mungkin ada lagi sorang dua blogger lain yang nak join. dialu-alukan. rasa excited, tapi malu sebab muka demm giler. ahh. esok tak nak ambek gambar la. konon laaa. aaaa....

meh nak tunjuk tempat-tempat si bakteria Staph. Aereus tu menggatal eh.


nahh..yang warna merah tu tempat bapak dan mak jerawat tinggal dengan bahagianya. anak-anaknya ada lagi. bermain disekitar tu la. penat la nak tanda. nanti tenggelam muka sebenar i. hahaha.

so, esok kawan-kawan sekalian. jangan terkejut kalau muka i lain tau tau. tetap jelita kot ni. hahaha.

Thursday, April 14, 2011

Maaf ‎| Happy Birthday Eman!

maaf ni asalnya perkataan yang mulia. perkataan yang menunjukkan kita ni suka mengalah. ada orang cakap lebih baik mengalah dalam keadaan yang bermaruah. so, meminta maaf la petunjuknya. kalau keras kepala macam batu nak menang tu, kemenangan yang nothing kan? yang sia-sia.

kadang-kadang kita saja je berperang atau berdebat untuk menang sebab konon ego tinggi. malu nak mintak maaf walau dah terasa diri tu salah. seolah-olah menegakkan benang yang basah.

kadang-kadang, maaf juga satu cara penyelesaian pada satu masalah yang besar. seriyes. just say sorry, one word only, then everything will gonna be fine. mudah kan.

bila orang meminta maaf, mudahkan lah hati korang untuk memberi maaf.

tapi kan, bila dah dunia ni makin maju. otak manusia pun dah terlalu ligat berfikir. terlalu berkembang pun susah jugak. sampai bila kita cakap maaf pun orang boleh kata perli. aihh. tak paham betul la.


 ...............................................

nak amek masa jap nak wish birthday untuk Ahmad Amirul Aiman. korang semua kenal tak mamat nih? pemilik blog Inchek Eman. jom pakat pi serbu blog dia nih. haha. tapi tuannya skang duk bizi ngan exam laa..btw, gudlak Eman!


Happy Birthday yang ke 21 eh Eman!

psst~
Eman..hadiah birthday yang Eman mintak tu dah dapat kan kan kan..=P

Saturday, January 22, 2011

Happy Bornday Bulan!!

 
special entry for one of my beloved blog's friend. sempena hari jadi kamu yea Bulan. Mish nak ucapkan ape lagi, HAPPY BIRTHDAY to tou la. ehee. tua sudah kamu yea. lepas ni silajadi orang tua yang matured please. bimbinglah kami 'adikmu' ini ke jalan yang benar lagi lurus ok. haha.

kenal melalui blog. tapi memang sangat-sangat tak sangka sebab boleh rapat yang amat. bila ada je masalah, kami siap main tukar-tukar rahsia hati dan perasaan lagi ok. sila la jeles semua. haha. tak de motif kan kan? ok, nothing much yang i nak cakap la Bulan sayang. kamu dah tua dah pada tarikh 22 January. hehe.

nak tau tak Bulan ni siapa dan macam mana??
  • tokey contact lense.
  • suka warna putih, tapi belog die kaler pink..pelik-pelik.
  • kalau pakai wedges, Mish lagi tinggi daripada dia. kalau tak pakai wedges..emm..tetap tinggi kot. hahaha.
  • suka pakai shawl belit-belit. pastu pakai ngan cardigan. setakat yang Mish perati gambor die dan kuar ngan die la. haha.
  • suara die pun sexy mexy u. ahaks! terbocor rahsia la pulak. haha.
  • hantu fesyen jugak kot. kui kui kui. 
  • seorang lemah lembut, lemah gemalai, tapi bukan lemah lembu ok.

sesiapa yang nak wish birthday untuk Bulan juga boleh terus ergi ke blog beliau iaitu Journey..Life..Love.

Friday, January 14, 2011

Happy Bithday Erza!!

hari ni adalah hari tua bagi seorang kenalan blog pepel. beliau adalah Erza Fareeha. best kan nama dia. hehe. so, Mish nak wish kat Erza...Happy birthday friends. semoga persahabatan kita berkekalan yea. ahaks! terharu tak korang-korang??
ehee..tumpang glemer jap yea Erza sayam!! so guys, dah kenal Erza lom? yang pakai tudung merah tu adalah Erza ok. eh eh. sape tak kenal budak sebelah Erza tu siapla..Mish sunatkan korang. padan muka. haha. meh nak share info tentang Erza ni. wahh!! speselnya Erza. siap ada info pasal u lagi nih. senang sikit kalo ada seiapa yang nak usha u, boleyla google blog i yea. haha.

  • Erza adalah hantu Merah!! means, penggemar red the sexy colour. hehe.
  • seorang yang pendiam.
  • mempunyai suara yang manja habiss. 
  • lemah lembut.
  • pemilik pada belog merahnya iaitu http://zaerrzone.blogspot.com/ 
ni adalah sedikit warm wishes yang Mish curi secara halal dari internet dan Mish just edit je. kira ikhlas ni tau. to birthday girl, sila baca sambil menangis ok!! hehe.

Thursday, January 13, 2011

Sebab Selalu Emo!!

Perhatian!! hehe. jangan la serius sangat muka tu kawan-kawan uit. semalam seorang kawan Mish iaitu Suzilawati yang gemoks telah membongkar satu misteri tentang diri Mish. Mish selalu ngadu kat dia bahawa abang Botak a.k.a Padin, selalu je cakap entry baru-baru ni banyak yang emo. haha. sampai Mish nak wat entry pun serba salah. jahat kan Padin? yea. Padin memang kejam. hak hak. semua cepat-cepat pergi umah kuning Padin dan ketuk kepala die guna hammer.

lepas tu masa kelas kan, masa tu lecturer tak de. so, kebosanan melanda. lepas tu si Suzie ni mintak la handphone Mish nak dengar lagu katanya. lepas tu mish cakap, ambillah. Mish kan baik hati. haha. sempat mencelah. lepas tu dia nak dengar lagu lain. tapi Mish asyik ulang lagu sama je. nak tau lagu ape? ehem ehem.. Bintang 14 Hari -Kangen Band. memang suka sangat lagu ni dan amat suka lagu ni. eh. sama je maksud kan? nak tau macam mana emonya dengar lagu ni? download la sendiri. haha.

pastu Suzie pun mengeluarkan ayat keramatnya...

Jihah, aku dah tau nape orang cakap ko emo. tengok la lagu-lagu lam henset ko. banyak yang slow metal..

ahaks! terkena beb. memang pun. nak tau Mish suka layan lagu apa lagi??meh nak bagitau. lepas ni try la download kalau korang rasa nak dengar yea. hehe.

1) Cinta Terlarang - Mahkota Band

2) Love Letter - FT Island

3) Take Care of My Girlfriend - BEAST

4) Warkah - Bau

5) Berakhir Dengan Pasti - Matta Band

6) Tak Selamanya Selingkuh Itu Indah - Merpati Band

7) Tolong Aku - Hujan

8) Perfect Nightmare -Shontelle

9) One last Cry - Brian McKnight

10) Find - SS501

enough!! cukup la sepuluh lagu ni Mish share buat korang yang suka emo macam Mish. kebanyakan lagu tu ada yang sedih ada yang biasa-biasa je. tapi seriesli, maksud lagu-lagu tu semua memang tak de kena mengena ngan Mish buat masa sekarang. ehee. malu sendiri jap. *perasan muka hitam legam sedang berblushing sekarang. hehe *


Saturday, January 8, 2011

Contest Jelingan Manja oleh Bulan Sayam!


haip semua. rasa macam lama lak tak join kontes kan?haha. padahal join pun macam la kau menang Mish. kekeke. tapi at least kita support rakan blogger kita kan kan kan??kali ni Mish nak join Contest Jelingan Manja oleh Bulan sayam. nape la kamu letak manja tu kat belakang wahai Cik Bulan. malu Mish nak godek gambar manja-manja. haha. 

penat cari. tapi sorila Bulan. Mish tak cukup manja u. jelingan tajam boleh?haha. 230 kali mish baca entry bulan pasal kontes ni dan syarat-syaratnya. tak de pulak dinyatakan berapa keping gambar kan? mish nak hentam dua. lantak la tamak haloba pun. wuhahaha. saya suka bergambar dan saya suka menempek gambar. cuba untuk berubah. ehemm. makan masa. sabar-sabar.






ni banner Cik Bulan. untuk join kontest ni boleh terus tekan banner atau mana-mana nama Bulan dalam entri ni ye.

gambar yang Mish nak hentam plus bantai adalah...

 ok fine..ni memang garang punye jeling beb. jangan takut. ni memang candid buat-buat punye. ahha. muka bulat. aihh..macam belon pun ada masa ni. haha

 ok. ni ntah jeling ke peace. lantak la. Bulan Sayam. i main hentam je ni tau. ehee...

sebagai penutup cerita, Mish nak ajak Miera dan Erza join kontest Mek Bulan ni. haha. oadan muka kamu. Mish join kamu pun harusla join. kan kan??Mish memang follow Bulan dari dulu lagi. hehe. komen kat entri tu kang Mish bagi yea. sebab ni autopost. hehe.

Wednesday, January 5, 2011

Macam Mana Nak Jadi Seorang Blogger??


Anda seorang blogger? ehem..best tak jadi blogger ni ea? best, tak best, best, tak best. ok. apa-apa je la yang korang rasa. bagi Mish, mesti la best. kalau tak dah lama Mish tutup blog Mish Lollypurp ni. buat apa ada blog kalau tak best. tapi Mish belum tutup akaun FB even FB dah rasa tak best. sebab Mish nanti senang nak jadi stalker dalam FB tu nanti. hahaha.

tak tau nak cerita pasal apa. so hari ni Mish nak membebel pasal perkara yang korang dah sedia tahu. kalau korang tak tau takkan korang boleh jadik blogger kan kan kan? apa yang korang semua perlu ada kalau nak jadi seorang blogger?pernah tak terfikir? ehee.

1 ) first sekali, korang wajib, mesti, harus dan perlu ada blog. daftar blog kamu dengan blogspot ke, wordpress ke. apa-apa je la. yang penting, ianya akan membentuk satu blog. sebab tu tajuknya blogger. wuhaha. macam berbelit je ayat. ahh. lantak la. tak penting pun untuk korang paham. 

2 ) kemudian, benda wajib yang korang perlu miliki adalah otak. otak diperlukan untuk mengerah idea. yeehaa. tanpa otak tiada idea. tanpa idea tiada entry. entry penting untuk membentuk sebuah blog. sekeping gambar pun dikira satu entry. dan satu entry dikira satu idea. ada paham? ok, semua dah angguk tu. haha.

3 ) lepas korang dah ada sebuah blog, dah ada entry. korang perlu la promote blog korang. in case korang nak war-warkan blog korang la kan. terpulang pada kekreatifan korang. nak ping blog kat FB ke, GB ke, bagitau kawan-kawan ke. up to you la guys. kalau rasa tak nak orang tau. privatekan aje blog tu. hehe. blogwalking jugak salah satu cara untuk kita promote blog tu. kita pun dapat ramai kawan. kan kan?

4 ) lepas tu korang perlu satu supplemen. iaitu, kerajinan. yess. korang perlu kerajinan kalau nak jadi blogger ni. kena rajin update even sekali sebulan. jangan la biar blog tu bersawang habuk semua. sian kat blog tu. blog pun ada perasaan. kan kan? ye ye je. haha. kalau korang dah tak nak jadi blogger tak pe la tak update pun. korang bukan Zack Zukhairi yang berbulan-bulan tak update pun trafik berpusu-pusu. pastu kena rajin hias-hias blog sikit. tacap-tacap. tak cantik pada orang lain tak pe. asal cantik dan kemas pada mata kita. baru semangat nak berblogging. kan kan??

 ehem..stok gambar lebey. hahaha. bak kata kak Ida. kalau dah namanya Mish. tak tertinggal gambar sendiri bawah entry ni. hehe. dah lama tak wat macam ni kan. actually, gambar-gambar macam ni tak penting pun kalau nak jadi blogger. cukupla sekadar jadi siri sendiri. blog kamu, kamu yang tentukan apa yang terbaiknya tu. k. 

so, berkenaan entri. apa lagi yang kamu rasa perlu ada untuk jadi seorang blogger ni? erkk..nak tambah sikit. kecekalan jugak perlu kalau kamu nak jadi seorang blogger sebab nanti, akan ada macam-macam dugaan. sama ada di banned, dikacau oleh Cik Anon, dikritik, atau apa-apa je la. alhamdulillah setakat ni Mish tak de lagi pengalaman kena perkara-perkara ni dan harapnya begitu sehingga akhir usia blog ni. hehe.

Tuesday, January 4, 2011

Nak Ajak Kamu Ngorat Depa..Mau??

salam semua!!salam satu Malaysia, salam muhibbah. cewwah. dah macam pemimpin nak buat ucapan kan?terasa macam ade rakyat jelata sendiri. ehee. pasan u!

semua dah baca tajuk? kalau dah baca bagus la. sebab Mish ada beberapa orang blogger yang dikenalpasti sebagai single mingle tapi tahap ke'available'an masih boleh diragui kot. hehe. pada blogger perempuan. sila la alert yea. kih kih. rasa macam nak jual orang la pulak. ish. jangan salah paham yea semua. diorang ni bukan abang, bukan skandal atau sesiapa pada Mish. cuma mereka antara blogger yang Mish respect plus tabik spring la. sebab Mish suka baca entry diorang. dan Mish agak selalu la drop komen kat entry depa ni. kalau hati dah berkenan. lalalalalalala~


orait. my first blogger is...this Budak Lelaki Sebelah Pintu. pintu mana jangan ditanya sebab Mish pun tak pernah tanya beliau. ehee. Mish suka blog Hizami atau lebih mesra manja kalau panggil Zami ni. sebab penulisan die sempoi. suka baca entry dia sebab entry dia pun banyak merapu macam Mish tapi die punye menarik la. dia punye ayat semua. aih. macam cerita muka ke muka kot. (face to face). senang nak paham. sesape kalau nak terjah si kembar Lin Dan ni sila la ke website belia. opss..adakah sebab beliau punye face ni macam Lin Dan menyebabkan Mish jadi follower tegar blog beliau? wooo..no komen. kang Zami malu. ehee.by the way, thanx yea Zami sebab sudi follow belog siput sidut Mish ni. ehee. malu!!


 next blogger ni, ehem. ampa semua kenal kan??sape tak kenal sila buat-buat kenal ok. malas nak cerita banyak. nanti kembang certain part susah lak. hehe. Mish suka cara penulisan entry Zaer ni. sebab senang nak paham. entry pun banyak berkisar tips berblogging dan ada jugak tutorial yang mudah nak ikut dan senang paham. so, kalau rasa tak kenal dan nak terjah. sila la ke blog Zaer ni yea. memang peramah orangnya. tak lokek dengan ilmu dan pengetahuan yang beliau ada. ehem.i puji lebih ni kena ada habuan kan kan?


AfiqBukhari yang ni seorang blogger yang mula-mula Mish kenal dulu sumpah seram sejuk nak tegur. sebab dia macam serius. tak macam adik dia. ehee. sape adik dia? ntah. carik sendiri. bajet korang tak tau la ni. wakakakaka. lama-lama kenal die ni cool ok. Mish suka baca entri dia. lebih-lebih lagi kalau entry dia marah dan nak tegur secara halus la kononnya. ehee. cara penulisan pun tak terlalu serius. ntah. Mish suka entry yang ditulis AfiqBukhari ni. entry nya ringkas tapi maksud tu sampai. beliau ni pun selalu update at least sekali sehari kali. melainkan kalau ada hal yang tak dapat nak dielakkan.


hurm..tu je la kot sedikit sebanyak yang Mish nak share. maaf ni bukan pilih kasih. cuma sekadar contoh blog-blog yang Mish suka baca dan cara penyampaian yang santai.ala...banyak je lagi. aihh..sabar-sabar noo...kang Mish cari lagi 3 lain. ish. dah, jangan ampa nak kecik ati ka apa ka. sekeh pala tau la nanti. eheee.