Showing posts with label jerawat. Show all posts
Showing posts with label jerawat. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Jerawat Naik Bak Itik Pulang Petang

Salam sejahtera, salam satu negara, satu bangsa, satu agama. haha. ok mengarut.

dalam sedar tak sedar, dah masuk bulan Julai. oyeah! saya hepi. tapi takde sebab. lain la kalau bulan 7 ni ada yang nak masuk minang ke apa kan. ahaks. bestnya. okeh miang.

mungkin sebab miang tu kot jerawat kat pipi, dahi, dan dagu ni tumbuh non stop. seriyes! rasa nak berus guna sabut kelapa je muka ni. tak pun guna kulit durian. err. bolehkan? haha.

sumber gambar dari sini.
sesiapa, ada tak produk ke petua ke nak guna untuk hilangkan jerawat ni sekali ngan parut-parut serta nenek moyang jerawat ni sekali. tak mau bagi dia tumbuh dah. seksa wok. nak amek gambar sendiri pun pikir doploh kali. aigoo. BELIA BENCI JERAWAT.

orang kata jerawat ni tumbuh bila tertekan. err. memang tertekan pun sehari dua ni. tapi logikkah? haha. memang logik pun sebab tekanan mempengaruhi pengeluaran hormon kita. nak tahu lebih lanjut pi google sendiri. penat ohh nak explain. nanti terkeluar landasan.

dan sebenarnya, tajuk tu nak cakap jerawat naik bak cendawan tumbuh lepas hujan. ahaks! jangan contohi penggunaan peribahasa yang bunguks macam tu okeh!

Friday, April 15, 2011

Pesta Jerawat

huha hip hip horey. welcome to the club. enjoy this party..yooo! lets begin! ------> macam tu la kot bunyi keriangan jerawat-jerawat yang aktif bertumbuh kat muka ni. geez. tensen!

dah nak hujung bulan ni memang waktu si bakteria Staphylococcus Aereus (bakteria yang menyebabkan jerawat) tu membiak kat muka. seronok korang duk mengawan, bercinta lepas tu buat anak ramai-ramai kat muka eh. hilang suda kegebuan pipi aku, keseksian bibir aku dan kemancungan hidung aku.

mungkin ni pun efek sebab Mish malas sangat nak cuci muka before tidur kot skang. lepas tu tekanan sebab dah nak exam lagi. maklumlah, dah final sem ni. tak nak la sangkut kan. nanti orang lain dah posting, Mish ternganga kat kolej. uwaa!!!mintak jauh la. huhu. (tapi malam-malam tak pernah nak ngadap ilmu)

esok ada gathering lagi. ngan geng-geng Kami Blogger Sporting ari tu. aa..tak sabar nak jumpa. ni last kot Mish jumpa korang. huhu. tak sabar nak bersengal-sengalan ngan korang sok. jumpa kat Time Square eh. tempat date kita yang mula-mula tu. haha. mungkin ada lagi sorang dua blogger lain yang nak join. dialu-alukan. rasa excited, tapi malu sebab muka demm giler. ahh. esok tak nak ambek gambar la. konon laaa. aaaa....

meh nak tunjuk tempat-tempat si bakteria Staph. Aereus tu menggatal eh.


nahh..yang warna merah tu tempat bapak dan mak jerawat tinggal dengan bahagianya. anak-anaknya ada lagi. bermain disekitar tu la. penat la nak tanda. nanti tenggelam muka sebenar i. hahaha.

so, esok kawan-kawan sekalian. jangan terkejut kalau muka i lain tau tau. tetap jelita kot ni. hahaha.