Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Belog Gegurl Yang Sengal-sengal Ayu!

owner blog ni kreatif!! entry dia ada kartun yang dia lukis. syok baca entry dia sebab banyak kenangan yang kita boleh ingat balik bila baca blog dia nih. hehe. sekali baca nama belog dah macam Kajol kan? haha. Kuch kuch Ho Ta Hai betullll la.

ni blog blogger yang selalu berpuitis. tapi mudah paham. hehe. suka baca blog ni sebab entry dia simple-simple. kalau tanya je pape soalan atau bagi dia jawab tag, jawapan dia, tea tea tea. haha. namanya secangkir teh. ye dop?

yang ni belog dia gempak sikit. tengok header besar gedabak pun dah tau kan??hehe. baru je lagi stat baca belog ni. sebab baru jumpa beberapa hari lepas. tengok entry dia santai habis. so, layan aaa........


nak ajak korang kenal ngan sorang blogger lagi. dia bukan blogger yang Mish baru kenal. tak tak tak. Mish kenal dia masa mula-mula Mish stat blogging. hehehe. dia ni jugak kreatif tau..kalau nak tengok hasil tangan dia pergi kat blogshop beliau eh. kelik SINI.

Wednesday, November 2, 2011

Blog Sengal-Sengal Kambeng Yang Best!

klik gambo header kalau nak pegi serang mereka eh.

blog ni selalu panas ngan entry yang bermacam jenis. ada isu sensitippp, ada entry memerli, ada entry santai dan bla bla bla. korang nak tau betapa bestnya blog ni pegi jenguk sendiri okeh! sekali tengok tuan belog kat header nampak cam Ezad Exist kan kan?

blog ni pulak memang santai habis. kengkadang duk bercerita pasal kisah jiran-jiran dia. kadang pasal si cilik dia. almaklum la. bapak saudara prihatinn........haha. owner blog ni kreatif tau!

yang ni si semut sengal. yang ni memang betul-betul sengal. penuh ngan tajuk yang propa habis lah. kalau nak baca entry dia di nasihatkan supaya jangan baca tajuk entry. terus baca kansungan entry tu. kalau tak anda akan hampa sebab tajuk entry ngan isi lain-lain. hahha

kemerepekan pentuan belog : 
daripada merepek tak tentu hala baik ai buat macam ni. best jugak eh. tak payah penat-penat nak pikir idea. haha...lepas ni yang pompuan pulokss. wait aaa...

Friday, May 6, 2011

Penangan Blog Ibu-ibu

Salam semua! hehe. terasa rajin sangat nak update sekarang ni. makin dekat exam makin ai semangat nak berblog. adoi.

tadi masa duk layan blog ni, macam biasa la. pi jalan-jalan baca entry-entry yang berkenan di hati. tapi malam ni terasa nak baca blog para ibu-ibu. tak tau nape. seriyes. mula dengan blog Kak Izan, Dua Hati Menjadi Satu. rasa macam terhibur lak baca setiap entry dia yang duk cerita sal family. rasa eksaited nak kawen bila tengok kak Izan ni duk bercerita sal anak-anak. perangai budak-budak ni kadang-kadang buat kita tertawa sorang-sorang kan? aih. bila la nak ada anak. uit. kawen belom daaa. haha. rindu Iman  *_*

lepas tu Mish suka baca blog Kak LM. nama panjang sikit, Lydia Miza, Hidup Itu Indah. akak ni rajin masak. seriyes. dulu pernah sekali rasa macam tak nak masuk blog dia sebab nanti mesti terliur. nak makan tak boleh pasal gambar je semata-mata. rasa macam nak je suruh kak LM post kan makanan tu. haha. akak ni skang ngah pregnant au. bestnyaaa! haha. gedik kan. camane rasanya kalau pregnant eh? aih, para ibu ni buat gua eksaited mau kawen deh. kah kah kah.

lagi sorang ibu yang Mish suka baca blog dia adalah Kak Diana, Senyum-senyum. for sure ramai kenal blogger rajin nih. sehari 2 3 sekali update. entry dia tak de lah terikat pasal famili. lebih banyak tang ragam manusia seharian. rajin dia olah dan jadikan satu entry kan. tak pernah kering idea. tapi seronok jugak bila baca part anak akak ni. nama Maisara kan sis kan?hehe.

agak-agak nanti kawen Mish terus berblogging ke eh? adeh.

nanti kalau dah ada anak, hari-hari ai update sal anak. anak kucing, anak tikus, anak lipas, anak ular, anak cacing, anak kepala, anak-anak. haha. indahnya angan-angan. mungkinkah realiti? aih..

kalau ada anak, mesti anak-anak aku hepi cz dapat ibu sporting macam ai kan? hahaha..CERIA~


psst~
terasa naluri keibuan la pulak malam ni. pangkat student pun tak lepas lagi. mati aku kena kapak ngan abah. haha

Tuesday, January 4, 2011

Nak Ajak Kamu Ngorat Depa..Mau??

salam semua!!salam satu Malaysia, salam muhibbah. cewwah. dah macam pemimpin nak buat ucapan kan?terasa macam ade rakyat jelata sendiri. ehee. pasan u!

semua dah baca tajuk? kalau dah baca bagus la. sebab Mish ada beberapa orang blogger yang dikenalpasti sebagai single mingle tapi tahap ke'available'an masih boleh diragui kot. hehe. pada blogger perempuan. sila la alert yea. kih kih. rasa macam nak jual orang la pulak. ish. jangan salah paham yea semua. diorang ni bukan abang, bukan skandal atau sesiapa pada Mish. cuma mereka antara blogger yang Mish respect plus tabik spring la. sebab Mish suka baca entry diorang. dan Mish agak selalu la drop komen kat entry depa ni. kalau hati dah berkenan. lalalalalalala~


orait. my first blogger is...this Budak Lelaki Sebelah Pintu. pintu mana jangan ditanya sebab Mish pun tak pernah tanya beliau. ehee. Mish suka blog Hizami atau lebih mesra manja kalau panggil Zami ni. sebab penulisan die sempoi. suka baca entry dia sebab entry dia pun banyak merapu macam Mish tapi die punye menarik la. dia punye ayat semua. aih. macam cerita muka ke muka kot. (face to face). senang nak paham. sesape kalau nak terjah si kembar Lin Dan ni sila la ke website belia. opss..adakah sebab beliau punye face ni macam Lin Dan menyebabkan Mish jadi follower tegar blog beliau? wooo..no komen. kang Zami malu. ehee.by the way, thanx yea Zami sebab sudi follow belog siput sidut Mish ni. ehee. malu!!


 next blogger ni, ehem. ampa semua kenal kan??sape tak kenal sila buat-buat kenal ok. malas nak cerita banyak. nanti kembang certain part susah lak. hehe. Mish suka cara penulisan entry Zaer ni. sebab senang nak paham. entry pun banyak berkisar tips berblogging dan ada jugak tutorial yang mudah nak ikut dan senang paham. so, kalau rasa tak kenal dan nak terjah. sila la ke blog Zaer ni yea. memang peramah orangnya. tak lokek dengan ilmu dan pengetahuan yang beliau ada. ehem.i puji lebih ni kena ada habuan kan kan?


AfiqBukhari yang ni seorang blogger yang mula-mula Mish kenal dulu sumpah seram sejuk nak tegur. sebab dia macam serius. tak macam adik dia. ehee. sape adik dia? ntah. carik sendiri. bajet korang tak tau la ni. wakakakaka. lama-lama kenal die ni cool ok. Mish suka baca entri dia. lebih-lebih lagi kalau entry dia marah dan nak tegur secara halus la kononnya. ehee. cara penulisan pun tak terlalu serius. ntah. Mish suka entry yang ditulis AfiqBukhari ni. entry nya ringkas tapi maksud tu sampai. beliau ni pun selalu update at least sekali sehari kali. melainkan kalau ada hal yang tak dapat nak dielakkan.


hurm..tu je la kot sedikit sebanyak yang Mish nak share. maaf ni bukan pilih kasih. cuma sekadar contoh blog-blog yang Mish suka baca dan cara penyampaian yang santai.ala...banyak je lagi. aihh..sabar-sabar noo...kang Mish cari lagi 3 lain. ish. dah, jangan ampa nak kecik ati ka apa ka. sekeh pala tau la nanti. eheee.



Friday, December 31, 2010

Berdirinya Mish Lollypurp Sepanjang 2010 !!



ehemm..salam semua. memandangkan tahun 2010 bakal menamatkan usia, dan 2011 mula menjengah keluar, Mish nak melakar sedikit coretan tentang blog pepel picisan Mish Lollypurp.

blog ni mula dihadirkan di kamar maya ni pada 10 Jun. kiranya sudah 6 bulan blog ni bertapak. dengan entry Finally, merupakan entry pertama yang Mish tulis. series terketar-ketar tangan masa nak tulis tu. ok, pembohongan berlaku. hehe. masa tu memang tengah blur lagi. masih mencari identiti sendiri dalam penulisan blog. mahu jadi blog informasi ke, hiburan ke, gosip ke, atau personal.

masuk bulan Julai, Mish banyak bercerita tentang luahan-luahan abnormal Mish terutamanya terhadap tikus dalam entry MATI la Kau...!! TIKUS... hehe. bila baca balik, rasa sangat lucu. aiyoo.macam-macam yang jadi masa duk umah sewa dulu. 

okeyh, bercerita tentang bulan Ogos, berjaya update 26 entry. agak membanggakan la kot. pasal mase tu tak de broadband ke line tenet ke kat umah sewa. nak update mesti kena balik umah sendiri dulu. tu pun balik 2 minggu sekali. hehe. entry Thanx To Blogger Zaer~ khas Mish buat untuk memperingati jasa sifu Nuffnang Mish. hehe. Bulan Ogos ni jugak banyak entry yang sedih-sedih ala puitis contohnya Wajah.. .

Gempak La Pulak Raya NI..! antara entry sempena raya dalam bulan September. banyak bercerita pasal raya. menganjak ke September juga banyak duk sibuk hapdet pasal praktikal kat klinik. mula-mula post Kebimbangan Hari Esok, kemudian lepas dah balik kerja untuk 1st day tu terus je hapdet entry lagi..Camane Tempat Baru? ok??...haha.nampak sangat muka cuak-cuak kambeing nak berpraktikal di tempat baru kan?bulan September ni jugak Mish saja buat entry gempak, ala drama bersiri yang jeng jeng jeng..iaitu Countdown to 4hb Nov-part 1. best kot baca komen-komen orang dalam entry ni. lucu je baca andaian kamu-kamu. hehe.

Countdown to 4hb Nov-Part 2 iaitu penjelasan atau ala-ala sambungan kepada Part 1 di bulan September la kononya. ahaks! bulan keempat Mish bergelar blogger, not bad. bulan Oktober ni, banyak bercerita tentang perangai patient sepanjang Mish prakikal kat klinik, contoh dalam entry Sedap Sangat ke Makan Ubat?? sebab terlalu pelik dengan perangai segelintir manusia. hak hak. lepas tu Mish buat kecoh lak sebab mengumpat sorang patient ni, Dia Memang Cun, Cantik, Menawan, tapi...  ehee...tapi kan, kesian lak ngan si Lisa Surihani sebab ramai orang yang tak baca entry tu betul-betul datang drop komen. aigoo...!! bulan oktober jugak bulan yang Mish banyak join award dan Giveaway. sebab tu entry banyak semacam je. hehe

Sayang Aku Buat Kamu!! adalah entry pembuka untuk tirai November.selebihnya masih lagi entry merapu seperti biasa yang Mish anggap sebagai catatan kekal hidup Mish. Tak Pernah Sudah Mish puitiskan tentang ragam manusia. tidak tertanggung dengan penglihatan hanya mampu menzahirkan melalui penulisan.

Bulan December, penghujung tahun 2010. banyak entry yang agak emosional sikit. bulan ni Mish dah khaskan untuk hanya join satu kontes atau giveaway. jadi entry memang banyak hasil dari kemerapuan Mish. Nasib Ibu Tiada Suami antara lakaran diari pengalaman pertama Mish hidup tanpa umi dengan adik Iman yang kecil tu. lepas tu entry paling emosi yang pernah Mish postkan dalam blog pepel ni adalah Ini Realiti Duniawi. ahaks! tetiba rasa emo malam tu. ishh. sempena hujung tahun jugak Mish ubah selera terhadap template blog Mish ni seperti yang dinyatakan di entry Selesai Jalani Pembedahan Plastik~

sehingga entry ni ditulis, blog Mish Lollypurp ni mempunyai 905 followers. alhamdulillah, semoga mereka yang follow itu bukan lah follower tidor. hehe. walaubagaimanapun, tiada paksaan untuk memfollow blog ini dan tiada jaminan kepuasan terhadap entry yang kurang berkualiti dari blog ini. Mish menulis untuk suka-suka dan bukan mencari nama. 

dan alhamdulillah, hari ini juga, genaplah penulisan entry ke 246 dari Mish kepada blog pepel ni. agak mengujakan bagi Mish mungkin dan tidak sukar kerana ini bukan blog yang berinformasi. jadi tiada masalah dalam mengupdate entry.

sekian, terima kasih!!peace!






Friday, December 17, 2010

Saya Nak Join Segmen Review dari Cik Tom

salam semua!wow! 1st time kot Mish nak join blog review ni. hehe. blog review yang Mish nak join ni anjuran Cik Tom ni ok. confirmla semua orang kenal kan?? awek tomato yang sentiasa punye idea bernas untuk setiap entri beliau. teringin gak nak tengok pe komen Cik Tom pasal blog pepel ni.
>


Mish suka entri ni sebab entri ni seolah-olah pemberi semangat pada mereka yang pernah putus cinta atau pernah berharap cinta yang tak datang. dan link entri ni Mish pernah bagi kat sorang member Mish yang baru je putus cinta dan memang tak dapat nak lupakan atau lepaskan cinta yang baru je berkubur tu. masa tu memang Mish tak tau camane nak pujuk atau bagi nasihat kat kawan Mish tu. alih-alih Mish nampak Cik Tom post entry ni. dan isinya memang cantek. kena ngan situasi kawan Mish tu. segala nasihat dan kata perangsang dalam entri tu seolah-olah kena dan ayat yang Cik Tom guna memang santai. senang nak paham. Mish suka entri ni. sebab sebagai manusia of course la Mish pernah rasa kan. dan Mish totally setuju ngan entry Cik Tom yang satu ni. 

psst~
sekian. maaf ye Cik Tom kalau tak memuaskan. huhu.