Friday, December 10, 2010

Ini Realiti Duniawi

kenapa manusia suka mementingkan sebelah pihak je?ni yang dinamakan  ketidakadilan duniawi. berat sebelah. adil ke bagi orang yang ditindas. perlu ke semua perlakuan yang kita buat, harus ikut tuding dan mulut orang?

betul-betul tak paham ngan dunia. mereka mementingkan sahabat. dan lupa akan luhur hati insan yang lain. bagai hanya sahabat mereka yang punya nyawa. yang punya hati. yang punya pekerti. manakala yang lain. hanya coretan hiasan pada pandangan. mungkin aku mementingkan diri. mungkin aku ego. atau mungkin aku tidak tahu akan nilai satu penghargaan. mungkin. tapi setiap yang berlaku ada penjelasan. so, jelaskan dulu boleh?

tolong. aku merayu. jangan bodoh-bodohkan aku. maaf. aku tak suka orang mempertikaikan hak aku. sori, aku mungkin agak kasar. aku kasar kalau orang cuba makan dalam dengan aku. main hati main perasaan. its ok. tapi mainkan hidup aku, barang dan mereka yang aku sayang. kamu takkan aku maafkan. ini bunyi serius. tapi inilah aku kalau aku menulis dalam keadaan marah dan direct. tanpa kias. tanpa belas. 

aku benci dunia tanpa ihsan. benci dunia yang kejam. kejam pada zahir. masih boleh dilihat lukanya. kejam pada hati?aku benci hidup dalam manusia yang hipokrit. fine. aku juga hipokrit. hipokrit untuk jaga hati orang. aku cuba jaga. tapi maaf andai tetap ada yang terasa. banyak perkara buat aku hilang dalam dunia maya. maaf.

aku perlu kekuatan. aku perlu semangat. aku tak perlu simpati atau ihsan bohongan itu. no, thank you. cukup buat aku sakit. cukup buat aku sedih. pergi kejar kebahagiaan kamu. terima kasih atas segalanya. pada yang bersama ketika rebah aku. jatuh aku. maaf. aku hancurkan harapan. semangat dan kekuatan yang kamu beri.

sekian, terima kasih.

maaf atas segala kekasaran. ayat ini tak mampu ditapis lagi. ini entry paling tulus pernah Mish buat. semoga kamu ambil pengajaran. akan setiap kehidupan ada karma. walaubagaimanapun, nasihat buat kamu. belajarlah meredhai andai kamu hati kamu terbuka. setiap yang berlaku ada hikmahnya. kerana manusia takkan pernah bangun dan sedar tanpa adanya kutukan dan kegagalan masa lalu. maaf. sedang cuba mencari damai di hati.

11 comments:

Encik MamaT said... [Reply to comment]

mish? kamu okay...:|

ghost said... [Reply to comment]

marah bebenor kamu mish...cool ok.everything is gonna be orait.

Anonymous said... [Reply to comment]

sabar ye mish sabar,,,chill

nuranne said... [Reply to comment]

Very well said Miss Mish... Hypocrite is a big NO NO for me.

Salam perkenlan

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

AGREED!!!
totally agreed with u dear!
opss! i laks yg emo.ehee
sbr ye syg..hati manusia nie ssh kite nk duga..nmpk luaran elok je.dalaman??
asal bukan kite mcm tue suda..
kamu ada aku.aku ada kamu.ingat tue ye.eheee

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

sape yang buat hang bengang ni??bia den tampar muke die.huh

sud@is said... [Reply to comment]

sabar mish, itu pengorbanan, sebelum tu luahkan sepuas2nya agar kau x tension....pas tu bangun dan pasti ada sinar yang lebih terang....

.:: dieylah :: said... [Reply to comment]

Sabr beb...adoi..marah beno bunyi...
ilek2...hihi..senyum keh!

Unknown said... [Reply to comment]

mish..sabar yer mish..banyak orang,banyak ragam..memg kiter sentiasa diduga dengan bermacam2..xper,apik sntiasa je ader ni..

dah2..senyum ek...no masam2 ek..busuk!!huhu

LadyBird said... [Reply to comment]

sabar dik.. apa jua yg berlaku pasti akan dibalas.. adik sabar je ek..

Padin said... [Reply to comment]

semoga mish cepat tenang