Wednesday, December 15, 2010

Entry Jam Empat Sepuluh Minit Pagi

jam sekarang pukul empat sepuluh minit pagi. yess. 4:10am. mata Mish still keras dan bulat dan masih boleh bagi jelingan menggoda lagi ni. masih mampu. haha.

tak tau la apa salah. kat mana silap. mata ni tak nak jugak pejam. jeles ngan kamu semua. semua tidur awal. tapi Mish?tercongok sorang-sorang depan lappy. sob sob. bukan tak cuba tidur. dah. tapi tak tau la. entah semangat kus kus mana ntah datang masuk sampai kan akhir-akhir ni Mish selalu je tidur lambat.

tadi pas cuba tidur pusing kiri, pusing kanan, kuak lentang dan semua gaya la. still tak dapat lelap jugak. lalu Mish pun pergi dapur. cedok 2 senduk nasik and makan ngan tom yam dan telur dadar. perghh.nikmat kot. haha. orang kata kalau perut kenyang cepat ngantuk kan?risiko gemok?haha. takut jugak. tapi kalau tak tidur, eye bag makin besar lorh. mati la Mish kalau muka dah macam panda. aigoo~

tak tau nak bebel pe. bosan sangat. tadi bukak dashboard, cek mana-mana blog yang Mish follow yang dah update kot-kot ada gosip best sebab..i like gossip~ hehe. ada yang berkenan, bukak. dan komen. tutup. pastu tak tau nak buat apa dah. pening-pening. aihh. sampai sekarang pun mata tak nak layu layuan lagi. aduh. mungkin ni penangan sebab Mish tidur masa tengah hari tadi kot. konon nak tidurkan Iman, alih-alih Mish pun tertidur sekali. haha. 

k la. nak wat mende lain lak. kalau taip sampai tertidur konpem korang tak terscroll lak. macam la yang ni ada orang scroll. haha.

suka tengok muka baby tidur.comel!! rasa nak baling-baling. nak lambung-lambung je. haha. ni muka Iman masa dalam pantang dulu-dulu. hik hik.

psst~
rindu la nak duk umah sewa. kalau kat umah sewa ni, kalau tak boleh tidur. konpem pecut kereta tang pantai batu Burok. duk lepak-lepak lam kereta sambil sedut aircond. tak pun ajak my itik miang keluar ke. haha. dah lama tak cerita sal my itik miang kan?ish. nanti la free. haha

psst~
korang..bagi la Mish petua, camane nak tidur awal. sob sob.

19 comments:

RastaMat said... [Reply to comment]

insomnia namenye tu..
penah bace 1 artikel,
buah pala boley kurangkan insomnia ni..
sila mencuba..

Unknown said... [Reply to comment]

senang bykkan bace buku sejarah ,masa dlm 3minit..lpas tuh tgk la ape kesudahan nye?mish baca buku ke?atau buku baca mish?selamat memcuba~

Myra Arshad said... [Reply to comment]

hm. tips tido awal is bangun pun awal. hehe. kalau kita bangun awal, then comfirm mlm tu pun rsa mengantuk awal sbb letih =.='

wachak said... [Reply to comment]

Jangan tido siang dan Berjogging sebelah petang. mesti senang tido puya bila malam.

|| a - j . E . E || said... [Reply to comment]

da kalau siang tuh tido je mana la nak dapat tido malam2... jadik burung hantu la gamaknya :p

Ekkem Spark said... [Reply to comment]

amnesia kot??ahaha....

Gayahspears said... [Reply to comment]

mkn ubat tdo klo susah nk tdo..huhuhuhu

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> RastaMat :
buah pala?err..nak digoreng ke?bakar ke?kunyah ke?aitak....thnx mat~

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> kyoshi_sousuke :
haha..nice..nk cuba..tp nak amek buku pun malas ni. haha. mmg buku baca mish t. hakk2

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> Myra Arshad (: :
haha..bgn awal?fuhh..fuhh..pas mayang subuh pun terus rasa nak sembam atas sejadah. haha

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> wachak :
err..jogging?aiyaaa...susah la part tu. haha. bole je kalo nk cuba kan.. thnx2..

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> || a - j . E . E || :
haha..akak ni kan..aihh..syhhh....
:P

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> IEPOV :
imsomnia eh??hehehe

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> Gayahspears :
perghh..gayah.tu konpom tak bangun 2 hari 2 malam. hahaha

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

cark kekasih gelap sorg wat pelok mish..
kompem lena tido.ehee

noa said... [Reply to comment]

petang tu joging pusing taman 100 kali, conferm eh silapp insyaAllah pukul 8 dah zzzzzz

Unknown said... [Reply to comment]

lawa template n heaader blog mish..
erm azmi pun usah nak tidor...
kalau tak lebih pukul 3 memang tak dpt tidor...
haha....

tomatokering said... [Reply to comment]

mish! nak BE mish?hihi

CIK TOM said... [Reply to comment]

lewatnye mish tidur..comel la baby tue..cam mish :)