Semalam Mish off bw awal sebab konon ngantuk. alih-alih masa nak menikmati nikmat tidur yang best tu, mata pulak tak nak tutup. aihh..pusing kiri, pusing kanan dah macam gaya joget Datuk M Daud Kilau dah. tetap tak dapat tidur. ish..nak sambung bw kononnya, tapi datang lak rasa malas. aiyakk. tensen jap.
hurmm. so, aktiviti Mish adalah. makan dan makan dan makan dan makan lagi. haha. agak-agak giler tak kalau pukul 2-3 pagi, anak gadis comel molek makan nasik lauk ayam masak santan, gorengudang dan sayur paprik??pastu minum air blackurrant yang kanak-kanak riang tu. ahaks!patut la i macam ni. haha. sambil godek video baru lam lappy ni sambil kunyah biskut Munchys Oat Crunch. waa..heaven kau..haha.
kenapa terjadinya Penyakit Makan Lewat Malam (PMLM)?setelah dianalisis dari segala pengalaman hidup Mish selama 10 tahun dan keatas. punca penyakit PMLM ini adalah :
1 ) tak boleh tidur.
seperti yang berlaku pada Mish semalam. bila tak boleh tidur, secara tak langsung hormon lapar akan turun ke perut menyebabkan akal mula berfikir dan cuba mengingati sebarang jenis makanan yang ada di dapur.ini mendorong mulut mengecurkan air liur dan terus menjana hati supaya mengeluarkan keinginan, fuh..maka terjadilah PMLM ini.
2 ) sikap tidak suka membazir
almaklumla, akhir bulan kan, gaji pun tak masuk lagi. so, setiap sen yang keluar masuk tu adalah berharga. mana-mana makanan yang tak habis contoh lauk ke, nasik ke mesti la sayang nak buang kan??dah lewat malam, so, konpem la orang lain semua nyenyak tidur. tinggalla kita je sekor-sekor yang belum tidur. nak dibuang sayang, nak dimakan.....ahh..makan je la. kang membazir. tuhan marah. kang rezeki susah nak lekat. nahhh..ni la salah satu punca PMLM.
3 ) tekanan mental dan fizikal
ahaa..ni biasa terjadi pada mereka yang kapel la. terutamanya bila gaduh ngan boyfren la girlfren la. mula la tak boleh tidur malam sebab asyik duk teringat je, kan kan? bak kata pepatah, makan tak lena, mandi tak kenyang, tidur tak basah..hak hak..ahh..korang betulkan sendiri mana yang silap k. Mish tau, kamu semua bukan la zero sangat kan?haha. so, bila dah stress dan tak boleh tidur, masuk dapur, cari makanan, makan and then....zzZzz. tidur ngan perut kenyang sangat seronok ok. lagak di kayangan je. haha.
4 ) terpengaruh
waa..ni faktor yang bahaya ni. nampak sangat nafsu makan tu besar. haha. Mish pun selalu je dapat PMLM sebab punca atau faktor ni. seringkali terjadi bila adik perempuan Mish yang study kat Gambang tu balik umah. sebab kitorang biasa tengok drama atau anime tengah-tengah malam sebab biasa siang adik-adik kacau. haha. dia ni pulak jenis kuat makan. kalau nak menonton tu, ada la kerja dia, p goreng french fries la dulu, nugget la, itu la ini la. dah makanan siap hidang, sape nak tolak kan?hahahaha. i aumm je la..
5) lapar
kadang-kadang kita busy sebelah petang menyebabkan kita skip makan petang dan makan malam sekali. so, bab makan kena la berkira kan. makan tetap makan. so, lewat malam la waktu yang sesuai nak qada semua waktu makan yang tertinggal disebabkan kebizian kita tu. kan?hehe. ngap ngap dan ngap je. tak payah la nak pikir lemak berketul ke apa ke. yang penting kita makan supaya perut tak masuk angin. kalau keluar angin tu normal dan digalakkan. hak hak.
psst~
kesihatan perlu diutamakan. prevent is better than cure. so, fikir-fikirkan lah. amalkan lah waktu makan yang teratur dan berdisiplin. sihat sebelum sakit. ni ayat penyedap bicara je k. sebab Mish sendiri ada PMLM ni. hehe.
psst~
segala yang tertulis bukan lah fakta sahih sebaliknya hanyala kemerapuan dan pengalaman Mish.
7 comments:
hehe . terasa nie . huahaha . tak kisah kol berapa , bantai je makanan tu . yg pntng "nikmat" hehe ^__^
nice entri :)
huhuh...betul2..semua atas tuh betul.sebab tu makin hari makin naik kati.huhuh
sebab utama ialah......
LAPA..LAPA...LAPA...hohoho
waaa...macam tau jer sumer tuh owank rase lha.psikik aper mish nih.
mia paling suka bab lapa...tgh2 mlm jer perut mesti berdondang sayang
wahhhh~~ time mlm2 la best nk mkn!! ha3~ ^_^
cik tom tiap2 malam rs lapar..huhu..
Post a Comment