Friday, December 31, 2010

Tips Elak Barang Tertinggal

salam semua! o yeahh..mood mengemas barang bermula sudaaa..semangat nak balik kolej sedang berkobar-kobar. haha. ceit je kan. so, kamu kamu dan kamu yang akan bukak sem baru macam Mish ni amacam? dah siap packing barang ke dearies semua? uhuu. kalau belum silalah packing sekarang. kalau tak. hurmm. ada je yang tertinggal nanti. hehe. 

kalau umah ngan tempat belajar tu just sekangkang kera sampai tahap korang kentut kat dalam kelas pun, mak korang boleh bau kentut korang tu, hurmm, xpe la kalau korang tak beria pun bab packing barang ni. haha. kalau dah belajar tempat orang dan jauh pulak tu, haruslah lebih teliti masa nak packing barang. yeehuu!!

1 ) yang penting sekali korang kena amalkan sikap membuat satu list sebelum korang stat packing tu. baru la korang tau apa yang dah ada, apa yang belum. apa yang dah masuk dan yang belum masuk beg. tak de la tertinggal kot barang. kalau barang tu dah siap masuk beg, pastikan korang dah siap-siap tick kat list barang tu. kan sistematik tu. ehee. Mish buat ni selalu sebab Mish ni seorang yang pelupa. ahaks!

2 ) kalau ada barang yang nak kena beli make sure korang bawak list barang yang nak dibeli tu. kang dah sampai kedai blur pulak. adeii. naya u! tak pun, korang semua kan ada henset canggih manggih, apa kata korang buat je stand by note kat skrin henset korang tu. so, sambil-sambil tangan taip mesej, ley la nampak note tu. tak de la korang lupa atau terlepas pandang kot. nak bawak list lam kertas tu macam malu je kan. ehee..

3 ) sebelum berangkat, pastikan korang semak beg yang korang nak bawak telah dibawa bersama. jangan nanti korang dah sampai kolej, beg ada kat umah. fuhh..sia-sia kot. so, persiapan dan penilitian rapi perlu ada ok!

4 ) korang ada adik? berapa orang? satu, dua tiga? hatta sepuluh sekalipun, gunakan kelebihan yang tuhan bagi tu untuk menggunakan adik-adik kalian. bagitahu mereka dokumen penting atau barang penting yang korang nak bawak. suruh mereka mengingatkan korang before korang leave your house tu ok! korang tak de adik? wuhaha..kecian..

5 ) bila dah sampai tempat korang nak tuju tu, means, destinasi korang, make sure korang cek dulu dalam bonet, tempat duduk, dashboard, raga atau pape la..untuk pastikan barang korang dah dikeluarkan dan siap untuk diangkut ke tempat yang sepatutnya.

wuhaha..ini tips yang selalu Mish amal sebab Mish memang mudah lupa plus cuai dan ayat terbaiknya, LALAI!! kadang tu duk ralit bersembang ke mesej ke, mesti lupa nak buat apa la lepas tu. penat pikir. tapi cittt..memang takkan ingat. so, kena
la lebih bersistematik. haha. 

beressla, mau sambung packing. tak mampu lagi nak balas jejak ampa semua nohh. maap ye. internet still menyiput menyedut. dah nak kena wat tahlil lepas ni. haha.

psst~
o yeah..umi cakap cancel bertolak pagi esok. maybe gerak pagi ahad sebab ahad Terengganu dapat cuti umum coz anjak cuti umum yang Piala AFF tu. i like!! boleh la packing barang dengan cool dan macho. hee.




ehemm..macho tak i..yeww!!
:P

11 comments:

Syat0za said... [Reply to comment]

yeah!! banyak dlam list atas tu zai jarang buat..ngahahha :P

Bulan said... [Reply to comment]

i slalu ttigl brg..
boyfren pn membebel la..
sbb dia kne p amik.ahaks

echah mashuri said... [Reply to comment]

mish!echah pn duk packing barang dalam mood slow motion neh..ehehe..malasss

Anak Ulu Cheka said... [Reply to comment]

satu tip berguna...tapinye saya list tu yg selalu tertinggal huhuhu

ezzyra said... [Reply to comment]

kmas elok2 ye yunk...

iszieylyanziy said... [Reply to comment]

tips berguna la mish :)

Izan Ishak said... [Reply to comment]

bagus amalkan tips2 ni ye mish. k.izan plak kalau balik kg atau pi bercuti biarlah tertinggal barang kita dari tertinggal barang en hubby...hehe

NuSaNa NoSa 91 said... [Reply to comment]

mish~~ tips utk sikitkn brg nk bwk balik, ada x?? huuuu~ ^_^

Shuhada Othman said... [Reply to comment]

mishhh! haha. selamat pulang ;p

emieysandra said... [Reply to comment]

bgus la tips nie :)

Hazieq Sanat said... [Reply to comment]

Hazieq selalu gak wat list... huk3...