ini kisah gadis dongengan.
bukan lah realiti akan segala impian.
yang selalu dipendam.
tak pernah dicanang.
walau gadis punya teman.
selalu sendiri atas buaian
menunggu akan satu janji yang pasti
sering melagukan sepi di hati.
namun tiada yang mendengar.
lantaran bisu di hati kecil.
kadang si gadis menangis hiba.
kadang si gadis bergelak tawa.
tiada lain difikiran.
melainkan mengenang nasib sendiri
semakin hari semakin kelam.
seringkali bila gadis cuba bangkit
dari segala lemah
dari segala payah
mengapa mereka sering mengata
sering menghina
sering mencaci
apa gadis tak punya hati
wahai mereka
sedarkah kamu
hati busuk kamu
mulut jahat kamu
umpat keji kamu
tak pernah sekali buat si gadis mengalah
tak pernah sekali buat si gadis rebah
malah itu dijadikan perisai.
itu juga dijadikan teman
buat berjalan
menuruni lembah kehidupan
buat berhadapan
segala cabaran.
****
kerana hidup kita tiada pernah indah akan selamanya. jangan mengharap akan satu bahagia andai belum pernah merasa duka. kepada mereka yang sedang bermuram. sedang berperang. dengan perasaan. dengan mainan kehidupan. bawa akan bahagia di hati, bawa akan imaginasi di fikiran. bawa sekali akan ingatan pada Yang Esa. sesungguhnya bahagia itu milik kita yang mencari. kita yang berusaha. kita yang meminta.
13 comments:
wah sgt mendalam kata2 kamoo nih..
akn ku caramel cari bahagia tuh..
sesuai bg mereka yg menyimpan duka dihati.. ;)
sgt menarik entry ini
jangan dihiraukan pada mereka yang tidak memahami...hidup ini terlalu luas untuk dijangka.
jiwang lak Mish ni ;)
kebahagiaan yang si gadis cari pasti akan tiba lambat laun,,percayalah :)
TEMBAM!!
mish!! bo bo lah duk jiwo meoyan nyoh..hishhh..apik ni dah la x reti puisi2 syahdu hok mish karang tuh..hehe..
masa maal hijrah ni kena eppi2 tau..
wahh,, mendalam maksud nyew ^^,
wow..sebak nye baca. huuu :')
masih mencari :D
jgn b'putus asa utk mngejar bhgia tu~ ^_^
sedih la baca n3 ni..waa azam tahun baru nak cari kebahagiaan diri..boleH??
berputus asa-lah jika anda mahu buat jahat...
Jom Tengok Siapa Yang Menyorok Sini
Post a Comment