Friday, December 31, 2010

Berdirinya Mish Lollypurp Sepanjang 2010 !!



ehemm..salam semua. memandangkan tahun 2010 bakal menamatkan usia, dan 2011 mula menjengah keluar, Mish nak melakar sedikit coretan tentang blog pepel picisan Mish Lollypurp.

blog ni mula dihadirkan di kamar maya ni pada 10 Jun. kiranya sudah 6 bulan blog ni bertapak. dengan entry Finally, merupakan entry pertama yang Mish tulis. series terketar-ketar tangan masa nak tulis tu. ok, pembohongan berlaku. hehe. masa tu memang tengah blur lagi. masih mencari identiti sendiri dalam penulisan blog. mahu jadi blog informasi ke, hiburan ke, gosip ke, atau personal.

masuk bulan Julai, Mish banyak bercerita tentang luahan-luahan abnormal Mish terutamanya terhadap tikus dalam entry MATI la Kau...!! TIKUS... hehe. bila baca balik, rasa sangat lucu. aiyoo.macam-macam yang jadi masa duk umah sewa dulu. 

okeyh, bercerita tentang bulan Ogos, berjaya update 26 entry. agak membanggakan la kot. pasal mase tu tak de broadband ke line tenet ke kat umah sewa. nak update mesti kena balik umah sendiri dulu. tu pun balik 2 minggu sekali. hehe. entry Thanx To Blogger Zaer~ khas Mish buat untuk memperingati jasa sifu Nuffnang Mish. hehe. Bulan Ogos ni jugak banyak entry yang sedih-sedih ala puitis contohnya Wajah.. .

Gempak La Pulak Raya NI..! antara entry sempena raya dalam bulan September. banyak bercerita pasal raya. menganjak ke September juga banyak duk sibuk hapdet pasal praktikal kat klinik. mula-mula post Kebimbangan Hari Esok, kemudian lepas dah balik kerja untuk 1st day tu terus je hapdet entry lagi..Camane Tempat Baru? ok??...haha.nampak sangat muka cuak-cuak kambeing nak berpraktikal di tempat baru kan?bulan September ni jugak Mish saja buat entry gempak, ala drama bersiri yang jeng jeng jeng..iaitu Countdown to 4hb Nov-part 1. best kot baca komen-komen orang dalam entry ni. lucu je baca andaian kamu-kamu. hehe.

Countdown to 4hb Nov-Part 2 iaitu penjelasan atau ala-ala sambungan kepada Part 1 di bulan September la kononya. ahaks! bulan keempat Mish bergelar blogger, not bad. bulan Oktober ni, banyak bercerita tentang perangai patient sepanjang Mish prakikal kat klinik, contoh dalam entry Sedap Sangat ke Makan Ubat?? sebab terlalu pelik dengan perangai segelintir manusia. hak hak. lepas tu Mish buat kecoh lak sebab mengumpat sorang patient ni, Dia Memang Cun, Cantik, Menawan, tapi...  ehee...tapi kan, kesian lak ngan si Lisa Surihani sebab ramai orang yang tak baca entry tu betul-betul datang drop komen. aigoo...!! bulan oktober jugak bulan yang Mish banyak join award dan Giveaway. sebab tu entry banyak semacam je. hehe

Sayang Aku Buat Kamu!! adalah entry pembuka untuk tirai November.selebihnya masih lagi entry merapu seperti biasa yang Mish anggap sebagai catatan kekal hidup Mish. Tak Pernah Sudah Mish puitiskan tentang ragam manusia. tidak tertanggung dengan penglihatan hanya mampu menzahirkan melalui penulisan.

Bulan December, penghujung tahun 2010. banyak entry yang agak emosional sikit. bulan ni Mish dah khaskan untuk hanya join satu kontes atau giveaway. jadi entry memang banyak hasil dari kemerapuan Mish. Nasib Ibu Tiada Suami antara lakaran diari pengalaman pertama Mish hidup tanpa umi dengan adik Iman yang kecil tu. lepas tu entry paling emosi yang pernah Mish postkan dalam blog pepel ni adalah Ini Realiti Duniawi. ahaks! tetiba rasa emo malam tu. ishh. sempena hujung tahun jugak Mish ubah selera terhadap template blog Mish ni seperti yang dinyatakan di entry Selesai Jalani Pembedahan Plastik~

sehingga entry ni ditulis, blog Mish Lollypurp ni mempunyai 905 followers. alhamdulillah, semoga mereka yang follow itu bukan lah follower tidor. hehe. walaubagaimanapun, tiada paksaan untuk memfollow blog ini dan tiada jaminan kepuasan terhadap entry yang kurang berkualiti dari blog ini. Mish menulis untuk suka-suka dan bukan mencari nama. 

dan alhamdulillah, hari ini juga, genaplah penulisan entry ke 246 dari Mish kepada blog pepel ni. agak mengujakan bagi Mish mungkin dan tidak sukar kerana ini bukan blog yang berinformasi. jadi tiada masalah dalam mengupdate entry.

sekian, terima kasih!!peace!






20 comments:

||aLeaSaRa|| said... [Reply to comment]

HYE HEPI NEW YEAR!jgn risau kitorang semua yg dah jd sahabat akan setia di sini membaca n3 terkini.

Syat0za Zai said... [Reply to comment]

same2 ^^, zai bukan follower yg tido ek :P

ANIS HJ SUKARTI said... [Reply to comment]

selamat tahun baru mish... terima aksih di atas segala tunjuk ajar dan bantuan mish.. (^___^)

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

fuh, blog mish lollypurp tua sebulan dari blog suratan kebetolan:P

Izan Ishak said... [Reply to comment]

happy new year mish... mmg banyak kisah ni start dari mula berbelog sampailah sekarang...

happy blogging mish~

eRza farEeha said... [Reply to comment]

selamat taun baru sayam..:)

Padin said... [Reply to comment]

semoga mish tetap maintain menulis entry di masa akan datang, hee

shuhadaothman said... [Reply to comment]

happy new year mek mish!
rindu kmu sih..

emieysandra said... [Reply to comment]

semoga maju jaya Mish! :)

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

happy new year sayam!

Cik Tim said... [Reply to comment]

slmt thn baru 2011..
moga ia bercahaya lebih drpd cahaya thn ni..
anywy, slmt mju jaya.. ;D

Mohd Hazwan said... [Reply to comment]

selamat tahun baru mish

Belalang hijau Perisik said... [Reply to comment]

owh baru jugak ye blog mish nih..igt ke dah lame sebab nmpk mcm experience smcm jer...hee...

slmt tahun baru utk mish ye...

Aretikz said... [Reply to comment]

Hepi new year lalink.. lets improve ourselves together.. samalah.. bulan jun juga beta beraksi wat blog.. hehe.. tapi ujung bulan.. hehe..

whitecappuccino said... [Reply to comment]

Selamat tahun baru Mish..semuga terus success..

zirconia said... [Reply to comment]

walaupun baru 6 bulan, blog mish nie macam dahsyat gak ar :D

iwan_dextrous said... [Reply to comment]

semoga semakin hari semakin baik..insyallah


Dextrous cyber life

NuSaNa NoSa 91 said... [Reply to comment]

slmt tahun baru masihi mish~~ ^_^

CIK TOM said... [Reply to comment]

semoga terus sukses dlm kerjaya mahupun blogging ye syg...

Gayahspears said... [Reply to comment]

camat berblog ya yunk~ namoo cedey2 da...