Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

BENCI?

Segunung kebencian kamu takkan menjejaskan walau setitik pun kebahagiaan aku pada hari ini.

Maka,aku mohon, bencilah aku kalau kamu rasa aku patut dibenci.
Bencilah aku andai kamu merasa dengan kebencian kamu boleh buat aku merasa derita.
Bencilah aku kiranya itu memberi kepuasan bagimu.

Bencilah melihat aku bahagia. Bencilah melihat aku tersenyum. Semoga hati kamu tenang. Semoga kamu bahagia. Peace yo!

#for somebody that i used to know. :)

Friday, December 31, 2010

Berdirinya Mish Lollypurp Sepanjang 2010 !!



ehemm..salam semua. memandangkan tahun 2010 bakal menamatkan usia, dan 2011 mula menjengah keluar, Mish nak melakar sedikit coretan tentang blog pepel picisan Mish Lollypurp.

blog ni mula dihadirkan di kamar maya ni pada 10 Jun. kiranya sudah 6 bulan blog ni bertapak. dengan entry Finally, merupakan entry pertama yang Mish tulis. series terketar-ketar tangan masa nak tulis tu. ok, pembohongan berlaku. hehe. masa tu memang tengah blur lagi. masih mencari identiti sendiri dalam penulisan blog. mahu jadi blog informasi ke, hiburan ke, gosip ke, atau personal.

masuk bulan Julai, Mish banyak bercerita tentang luahan-luahan abnormal Mish terutamanya terhadap tikus dalam entry MATI la Kau...!! TIKUS... hehe. bila baca balik, rasa sangat lucu. aiyoo.macam-macam yang jadi masa duk umah sewa dulu. 

okeyh, bercerita tentang bulan Ogos, berjaya update 26 entry. agak membanggakan la kot. pasal mase tu tak de broadband ke line tenet ke kat umah sewa. nak update mesti kena balik umah sendiri dulu. tu pun balik 2 minggu sekali. hehe. entry Thanx To Blogger Zaer~ khas Mish buat untuk memperingati jasa sifu Nuffnang Mish. hehe. Bulan Ogos ni jugak banyak entry yang sedih-sedih ala puitis contohnya Wajah.. .

Gempak La Pulak Raya NI..! antara entry sempena raya dalam bulan September. banyak bercerita pasal raya. menganjak ke September juga banyak duk sibuk hapdet pasal praktikal kat klinik. mula-mula post Kebimbangan Hari Esok, kemudian lepas dah balik kerja untuk 1st day tu terus je hapdet entry lagi..Camane Tempat Baru? ok??...haha.nampak sangat muka cuak-cuak kambeing nak berpraktikal di tempat baru kan?bulan September ni jugak Mish saja buat entry gempak, ala drama bersiri yang jeng jeng jeng..iaitu Countdown to 4hb Nov-part 1. best kot baca komen-komen orang dalam entry ni. lucu je baca andaian kamu-kamu. hehe.

Countdown to 4hb Nov-Part 2 iaitu penjelasan atau ala-ala sambungan kepada Part 1 di bulan September la kononya. ahaks! bulan keempat Mish bergelar blogger, not bad. bulan Oktober ni, banyak bercerita tentang perangai patient sepanjang Mish prakikal kat klinik, contoh dalam entry Sedap Sangat ke Makan Ubat?? sebab terlalu pelik dengan perangai segelintir manusia. hak hak. lepas tu Mish buat kecoh lak sebab mengumpat sorang patient ni, Dia Memang Cun, Cantik, Menawan, tapi...  ehee...tapi kan, kesian lak ngan si Lisa Surihani sebab ramai orang yang tak baca entry tu betul-betul datang drop komen. aigoo...!! bulan oktober jugak bulan yang Mish banyak join award dan Giveaway. sebab tu entry banyak semacam je. hehe

Sayang Aku Buat Kamu!! adalah entry pembuka untuk tirai November.selebihnya masih lagi entry merapu seperti biasa yang Mish anggap sebagai catatan kekal hidup Mish. Tak Pernah Sudah Mish puitiskan tentang ragam manusia. tidak tertanggung dengan penglihatan hanya mampu menzahirkan melalui penulisan.

Bulan December, penghujung tahun 2010. banyak entry yang agak emosional sikit. bulan ni Mish dah khaskan untuk hanya join satu kontes atau giveaway. jadi entry memang banyak hasil dari kemerapuan Mish. Nasib Ibu Tiada Suami antara lakaran diari pengalaman pertama Mish hidup tanpa umi dengan adik Iman yang kecil tu. lepas tu entry paling emosi yang pernah Mish postkan dalam blog pepel ni adalah Ini Realiti Duniawi. ahaks! tetiba rasa emo malam tu. ishh. sempena hujung tahun jugak Mish ubah selera terhadap template blog Mish ni seperti yang dinyatakan di entry Selesai Jalani Pembedahan Plastik~

sehingga entry ni ditulis, blog Mish Lollypurp ni mempunyai 905 followers. alhamdulillah, semoga mereka yang follow itu bukan lah follower tidor. hehe. walaubagaimanapun, tiada paksaan untuk memfollow blog ini dan tiada jaminan kepuasan terhadap entry yang kurang berkualiti dari blog ini. Mish menulis untuk suka-suka dan bukan mencari nama. 

dan alhamdulillah, hari ini juga, genaplah penulisan entry ke 246 dari Mish kepada blog pepel ni. agak mengujakan bagi Mish mungkin dan tidak sukar kerana ini bukan blog yang berinformasi. jadi tiada masalah dalam mengupdate entry.

sekian, terima kasih!!peace!






Saturday, December 25, 2010

Sombong di Dunia

ni just quick update. untuk renungan kita bersama. dan Mish langsung tak tujukan pada sesiapa. sebab setiap yang bernyawa pasti akan mati. dunia ni just tempat persinggahan. setiap apa yang kita buat, sama ada menzalimi diri sendiri atau orang lain, semua tu tuhan akan balas. pasti akan dibalas. cepat atau lambat. dunia atau akhirat. sedar atau tidak.

jika hari ni kita sombong. berlagak. bongkak dengan kekayaan, harta atau rupa yang kita ada. di hari pembalasan, pasti ada balasannya. tidak pasti di dunia atau akhirat. jika di dunia, kita sakit di hari tua. tiada yang mahu menjaga. mana tempat yang kita nak tuju. sedangkan kita tiada upaya. menumpang dirumah mereka yang kita pernah zalimi. yang pernah kita hina. apa tak de rasa malu ke?

kita buang keluarga. buang saudara. mengejar keseronokan dengan rakan. kononnya mereka kawan sejati. mereka teman yang dicari. tapi pada hari kita tersungkur, pada hari kita jatuh. siapa yang sejatinya menolong kita. siapa?

buat apa la nak sombong-sombong atas dunia ni, sedangkan di sisi Allah, kita semua adalah sama. hurm..apa salahnya kita anggap dan layan semua orang sama rata sama baik. tak boleh terlalu baik, fine, tapi jangan la sampai kita menghina dan menzalimi. aihhh..

Sunday, October 17, 2010

Pembunuh Kegembiraan

hidup mana tiada masalah.lumrah kehidupan. ada kesenangan di sebalik kesusahan.
serius talk, aku bukan seorang yang pandai menceritakan masalah aku pada orang. seboleh-boleh aku ikat kemas dalam kelambu hati. bukan aku tak pernah cuba nak luahkan. pernah. ye. tapi bila sampai part penting, terus aku hilang arah. dah tak tahu mana part aku bercerita. so, aku simpulkan di sini, memendam lebih baik kot. apalah aku dapat kalau aku luahkan. 

kadang-kadang aku diam. akan jadi sangat pelik bila a talkative jadi pendiam.

then kalau aku ada problem, atau pun mood memang mendung, aku cuba cari jalan keluar. sebab bagi aku, diri sebenar aku seakan terkurung kalau terus berada dalam keadaan tu, kadang-kadang aku luahkan melalui poems ntah pape ku lam blog ni. terkadang aku cuba melupakan dengan menyibukkan diri. bertegur sapa dengan kawan dunia maya contohnya. tapi aku tetap tak boleh menipu diri.

kalau masalah tu berat sangat, aku cuba dengar lagu-lagu touching. kasi luruh jiwa raga aku. tepat.aku menangis. kenapa malu nak mengaku kan?aku memang cengeng pun. this the best way i ever used. and its work. pernah, sedang aku menangis, ada yang datang bertanya, maaf, aku memilih untuk berdiam diri. bukan sombong. tapi itu cara aku.

sememangnya aku buat apa yang aku rasa selesa. penat kot nak buatkan orang selesa. diri sendiri terseksa. hurmmm. banyak kot aku buat salah. sebab tu aku diberi masalah, supaya aku dapat merenung balik. semua khilaf dan kekok diri. dan agar aku sedar, dunia ini karma,  tak selamanya kita di atas. ayat happy ever after tu mungkin hanya dalam dunia Barbie. bukan dunia kita. bukan dunia aku. sememangnya aku tension kalau ada masalah, sebab bagi aku, masalah tu pembunuh kegembiraan paling berjaya...

***

rindu nak balik kolej, nak jmpa geng 5J...
seriesli..
aku tau korang silent readers aku..
wehh, Jong, Johny, Jolie ngn Joyah..
ni JoJo a.k.a Jihah rindu ampa..~

This sleepless night
I’m so sick of this headache
Even if I beg on my knees, pound my chest
and cry
What was never to happen will not happen

So many nights I wonder why
What can I do to make it right
Everything will be alright
So JoJo just tell me why
I don’t want to cry
My heart was cut deep and cast aside
I’m so sick of this headache
Even if I fill it up and empty it again
What was never to happen will not happen

Jojo, when the bitter musics end...i believe, there has a miracle.
yeah..aku Jojo..harus lah kuat.. :)

Monday, October 4, 2010

Countdown to 4hb November - Part 2

yeaaa!!4hb Okt dah jenguk kita!!lagi sebulan 4hb Nov kan??hehe..cant wait~


SALAM koranggg!!!!!!
ahaha..cam gempak je salam Mish tu kan....well well well..ecece...hari ni dh sampai masa Mish tunaikan janji Mish k...sal Countdown to 4hb Nov..

teettt....sebelum tu..thanx la kepada 18 orang pengomen unggul (setakat n3 ni ditulis) yang nampak benor sayang kat i tu..hehe...by the way....Mish nak ucap bebanyak time kasih ye atas kesudian anda membaca n3 Mish yang agak sadiss tu...macam-macam komen dan luah kata yang Mish dapat dari c0mment box tu sendiri dan jugak kat shoutmiX Mish..hehe...ada yang cakap Mish nak g kawen laaaa...ada yang cakap Mish nak p jauh la...wahh...yg xtahan sorang tu la....xabes-abes cakap Mish nk kawen....siap cakap pas ni dah xleh nak sakat..warghhhh..tau pon boring lau i xde..haha...ada yg cakpong2 la..adess...sape makan cili..die rasa pedaS!!

0KiE...terus pada konten..hak2..actually........
.
.
.
4hb N0v ni...Mish tamat praktikal kat Klinik kesihatan yang membosankan tu..yeehuuu!!xsabor deh...nak balik kolej......sebab pas abis praktikal..kitorang akan ada final exam lak kat kolej....sangat2 xsabar nak jumpe dak2 ni..geng 5J..hehe...rindu nak peluk-peluk dorang...nak gossip tengah-tengah malam..waa..memang sangat-sangat xsabar ye readers...hehe..bukan i kemaruk nak peluk cium laki ok??hahaha


dan oleh sebab itu..Mish berkemungkinan tidak akan membawa lappy dan my beruk nih...sebab..kalau bawak..konpem u olls goda i untuk berBW je kan..aahh..so, Mish terpaksa tinggal sat dunia Blog yang kusayang-sayang ni...err..dalam 2 minggu jugak la..so, wat teman2 seperjuangan..ni Mish nak pesan sebulan awal key!!!jangan lupe jenguk Mish...hehehe..

pakaian yang dibawa tak lain tak bukan baju oren Mish tu..dan pakaian lain la...memang dah ready prepare kan??so, bukan baju kawen yep sayang-sayang sekalian..haha...

semestinya bukan baju kawen darlink2 sekalian..baju oren ni je pon..hehe
so, sayang-sayang sekalian dah tau kan..mana i nak fly away 4hb Nov ni..sape2 yang duk area KL tu..nk ajak i lepak..dipersilakan..hahaha..
(xgaya nak pi exam pon kan??..haha)

psst~
tu je pon kan..suh tnggu next entry cam gempak...siott je..hahha...

di sini juga mish nak ucapkan..bebanyak time kasih yang tinggi melangit pada u olls yang bagi semangat kat Mish semasa Mish berhati kosong semalam yerp....akhirnya, berjaya gk Mish post n3 ni lam emosi mereng..hee~

Thursday, September 30, 2010

Countdown to 4hb November - Part 1


hari-hari Mish tengok kalendar..belek tang bulan November..04hb..yess..Khamis..
waa..hati gumbira bukan main lagi lol..makin dekat hari tu..makin laju lak heartbeat...kadang tu..rasa cam nak kena heart attack pon ada..takikardia (degupan jantung laju-istilah sains ok!)

nanti 4hb Nov tu...Mish nak pakai baju lawa-lawa..nak bawak selimut..cadar..barang mandi..err..pakaian2 lain jugak..arrrghh..xsabarnya..siyesli..nanti 4hb tu..Mish orang yang paling hepi kot..umi ngn abah..mesti r sedih....anak pompuan akan hilang sorang..kan?

tapi dah adat kan..anak pompuan bukan milik keluarga selamanya..nasib baik umi dan abah ada ramai anak lelaki..xde la diorang terasa sangat t..harap-harap bile 4hb tu tibe..umi dan abah lepaskan Mish dengan rela...

owh 4hb..cepatla muncul...pakaian dan alat-alat sume dah siap Mish prepare..nampak tak excitednye Mish menunggu tanggal 4hb tu...4hb tu..xde dah istilah "rindu u dear".."miss u lalink"..konpem jumpe tu..dah boleh peluk-peluk..kiss2 pipi face to face dah..arghh...rindu ni...cepatlah bergolek kat mish wahai 4hb.

tapi, lepas 4hb tu tibe..mesti Mish sedih..nak berpisah dengan u olls...pasni Mish ada tanggungjawab baru..dah xleh nak rapat-rapat ngan u olls cam skang...tak boleh on9 lewat2macam ni dah..t konpem ada orang tu marah..waa....baru je nak kenal u olls rapat-rapat...sedihnye..

u olls...bile 4hb tu tibe...bley xjanji u olls xlupekan mish??waa..nak nangis ni...xde ke yang nak rindu mish t..huhu...kecilnya aku di dunia ni....sob3..u olls jage diri bebaik k!!

besar punye gambar Mish taruk!!!takut u olls lupe muke Mish..ada lagi sebulan lebih untuk tatap muke mintak lempang ni..hahahaa..
hurm...kepada blogger yang selalu cari pasal ngan mish tu..rindu-rindu la i t k!!then wat kenalan blogger yang salu BW sama ngan Mish tu...huu...xdapat bayangkan bile Mish dah xdapat nak join korang....k la...Mish nak p nangis blakang tandas lak..bai!!

psst~
lambat lagi kan tarikh tu..saja je post awal2..supaya korang prepare untuk kehilangan blogger paling gedik di alam blog nih!!
cheese!!

take a note kalau u olls nak take..
coming soon..Countdown 4hb Nov- Part 2..
release on 4hb Oktober..

Wednesday, September 29, 2010

Bisik Tajam Orang Pada Aku..

1) orang cakap i ni ego...

hohohoo....cakap la apa korang suke..i memang ego..mybe bcz i am Le0...ego i bertempat ok...sekali i turunkan ego, korang terkejut lak...bila ego i rendah..u naikkan ego u...panas la i weh...adess....sometimes...can u pliss appreciate my low ego??aaa..ego kah ayat aku ni??

2) ada jugak yang baru tau i ni kasar..

waa..ni lagi tragis..uih..jangan teripu lol ngan jalan sipu-sipu i ala2 siput tu...tu jz ntuk cover i punye segan k..hakikatnya..i sitll lagi ketua geng kapak k!!setakat kena kuis2 kaki ngn  tu ok la...xpercaya?tnye itik miang i..da selalu kena..hak2...jangan la u oll nak tacing2 klw i gurau k...sori pada sesape yg i pernah kasari hati nye..ok!!

3) selalu nak menang...

yess i am..kalau berbahas..i memang xnak kalah...habis pokai punye ayat pun i kasi lagi...haha...punye semangat...ala...kalau asek nk kalah x adventure lol...ayat ego lagi kan??kan??

4) keras kepala??
err..i xpenah lagi hantuk kepala i kat batu...tp once i dh cakap i nk tu...i will keep on trying...oh my hardest....!haha...

5) i cengeng??

yuppp~~dengan bangga i mengaku....i sangat sensitif di dalam...semua yang tersenarai kat atas jz oll b0ut my egoistik!!ntuk cover i punye tears...in fact...i anak yang sngat manja..

tu je aku punye kemengarutan untuk malam ni!!ada apa2 lagi komen tentang i..drop ur komen keyh!!kalau komen box i kosong means, sume berpuas hati ngn i la tu..!!hahaha...i am hepi with the way i am!!ego lagik kan???



psstt..xde gmbar..mood ke laut..hak2...mesti u olls hepi kan xde gmbar nk kutuk2..kurang dose u olls..peace!!live ur life happily dear!!