Showing posts with label ragam. Show all posts
Showing posts with label ragam. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Buat-buat la reti tolong orang buat keje sikit

Salam semua! Yeay! Hari ni Sabtu. Sabtu kan cuti. Bila cuti mesti la free duk umah. Bila free duk umah awal pagi dah masuk dapur. Perut pun awal je berkeroncong hari ni.

Pernah tak korang jumpa orang yang tau reti makan je. tapi tolongnya tak mau. Kalau tak tolong masak pun at least lepas orang masak tu tolong mai kemas pun dah kire ok kan. Mana nak tau kot kot dia tak reti masak kan. Ye la, nak makan sama-sama. Tapi yang masaknya sorang je. haishh. Dah macam kuli pulak rasanya tukang masak tu.

Paling-paling kurang lepas makan tu, buat-buat la reti angkut pinggan lauk atau cawan-cawan tu. Pi basuh kat dapur. Ni tak, siap makan, dah la last sekali. Angkut pinggan dia je. adess. Dalam hati, terdetik jugak nak cakap “kurang ajar”. Ada pembantu rumah pulak nak angkut dan basuh semua tu. Haiyaaa.

wahai lelaki budiman..jangan la amek perempuan ni jadi bini. haha. 

Tuesday, October 25, 2011

Kuat Melenting

pernah jumpa tak orang yang cepat melenting. langsung tak boleh tegur. kalau tegur je terus tarik muncung patblas inci. umi panggil orang yang macam ni, bod*hsombong. haha. dah la bod*h, orang ajar tak nak dengar. sombong lettew. bod*h yang dimaksudkan bukanlah bod*h bebal tu. tapi ni maksudnya macam tak tau pape. tak de nya umi nak ajar anak-anak cakap perkataan tu. kat umah ni siapa sebut bod*h tu kena tampar-tampar manja tau!

sekarang ramai yang macam tu kan. kebod*han kesombongan depa tu melampau sangat. sampai nak tanya apa-apa sikit pun dah dikatakan menyibuk. kita tanya suapaya senang kalau jadi pape. nak lempang je rasa. lepas tu kalau suruh mintak tolong sikit, melenting. aku hantuk kepala ke dinding baru kau tau. boleh tengok kepala ke dinding yang lagi keras. owh, kejam sangat cara tu. ta baik ta baik..haha.

kalau rasa tak boleh nak ditegur sangat. pegi duduk dalam hutan diam-diam. kawan ngan monyet beruk sana. haishhh........

pebenda ntah ambe duk ngepek cnie. haha. chow!

Wednesday, August 24, 2011

Hari-hari Muka Dia

Assalamualaikum w.b.t


kerja as pharmacy assistant ni agak memeningkan walaupun orang cakap senang je. dapat preskripsi, amek ubat, lepas tu tulis nama, bape bijik kena makan, bape kali sehari, dan las sekali tulis tarikh. haha. simple and easy kan?

tapi sebenarnya banyak lagi kerja belakang yang rumit dan pening lorh.

tapi tu belakang kire. lain kali cerita.

ni nak cerita yang geram sangat-sangat. tak tau la apa pesen (jenis) pesakit ni sorang. stat daripada minggu lepas sampai la minggu ni, hari ni. berderet muka dia je yang datang kat klinik ni. sabo je lah. hari ni dia bawak laki dia sakit, esok dia bawak anak sulong dia, then anak kedua dia, then anak bongsu dia. lepas tu dia pulak yang sakit. lepas tu ulang balik routate tu dari laki dia.

silap-silap lepas ni jiran-jiran sekali dia angkut. adoi.

tak tau la apa yang seronoknya datang klinik ni. nak daftar dah kena menunggu satu hal. nak gi jumpa MA (medical assistant) dah satu keje nak nunggu. nak amek ubat pun tunggu lagi. adoi. tak tensyen ke main tunggu-tunggu ni. sanggup pulak dia eh. hoho.

setiap kali nampak muka dia masuk klinik, kami akan mengeluh. pffft~

Monday, May 30, 2011

Mereka Yang Menjengkelkan

  1. mereka yang suka cakap besar. cakap berkepak-kepak. last-last hasilnya hampeh..sengal kan?


  2. mereka yang suka memaksa. dah orang cakap taknak. jangan la paksa. aish. cuba la guna kelembutan. ape la. ada akal tak nak guna. kau kasar. aku kasar dua kali ganda. padan muka. hihi. macam ganas je ayat ai kan.


  3. mereka yang perasan bagus. bajet dorang perfect. ish. memang tak boleh belahh r makhluk tuhan macam ni. hehehe


  4. mereka yang tak boleh terima pendapat orang lain. apa yang orang cakap bukan nak fikir. bawak masuk ke otak lepas tu muhasabah diri. ni tak. salahkan orang lain lak. aih. salah sendiri simpan lam poket. aiyoo..


  5. mereka yang mulut tak manis suka sinis. paham? means, suka perli-perli orang la. yang ni pun kes perasan diri tu malaikat la. perfect sangat. mulut tu pulak jenis tak bertapis. adeh. memang menyakitkan hati jiwa dan raga sepenuhnya la.


  6. mereka yang jenis ukur baju di badan orang lain. ada paham? buat sesuatu semua nak ikut orang. padahal kemampuan diri tu terhad. aisehh. tak boleh la macam tu cik kak. pape pun nilai dulu kemampuan diri. lain orang lain ukuran bajunya.

sekian terima kasih.

Thursday, April 14, 2011

Maaf ‎| Happy Birthday Eman!

maaf ni asalnya perkataan yang mulia. perkataan yang menunjukkan kita ni suka mengalah. ada orang cakap lebih baik mengalah dalam keadaan yang bermaruah. so, meminta maaf la petunjuknya. kalau keras kepala macam batu nak menang tu, kemenangan yang nothing kan? yang sia-sia.

kadang-kadang kita saja je berperang atau berdebat untuk menang sebab konon ego tinggi. malu nak mintak maaf walau dah terasa diri tu salah. seolah-olah menegakkan benang yang basah.

kadang-kadang, maaf juga satu cara penyelesaian pada satu masalah yang besar. seriyes. just say sorry, one word only, then everything will gonna be fine. mudah kan.

bila orang meminta maaf, mudahkan lah hati korang untuk memberi maaf.

tapi kan, bila dah dunia ni makin maju. otak manusia pun dah terlalu ligat berfikir. terlalu berkembang pun susah jugak. sampai bila kita cakap maaf pun orang boleh kata perli. aihh. tak paham betul la.


 ...............................................

nak amek masa jap nak wish birthday untuk Ahmad Amirul Aiman. korang semua kenal tak mamat nih? pemilik blog Inchek Eman. jom pakat pi serbu blog dia nih. haha. tapi tuannya skang duk bizi ngan exam laa..btw, gudlak Eman!


Happy Birthday yang ke 21 eh Eman!

psst~
Eman..hadiah birthday yang Eman mintak tu dah dapat kan kan kan..=P

Sunday, April 10, 2011

Perasaan Sensitif

dalam omputissnya..TOUCHING. ejaan rosaknya adalah TACING. orang ganu panggil...KESOT ATI.

rambut sama hitam, hati lain-lain kan. macam tu la jugak dengan perasaan tacing ni kot. bagi si A, ayat tu common. ilek r bro. pehal lu nak tacing bagai nih. tapi bagi si B, ayat tu mungkin kasar dan sentap kot.

maka, dengan ini, jagalah kata-kata. kerana kata-kata itu adakalanya lebih tajam dari pisau. *motivasi untuk diri sendiri*. dan, diam itu lebih baik dari berkata-kata.(erk, tapi mish tak pandai nak laa nk duk diam ni.aih..susah nak jadi budak baik..wuuu..)

sekian~

Wednesday, April 6, 2011

Mulut Puaka??

hai semua. kasar tak tajuk entry Mish kali ni? haha. macam kasar kan. tapi tak kasar pun. smooth je macam Nescafe tu ha.

actually apa yang korang paham pasal mulut puaka ni? err. ok. Mish tak tau versi korang. tapi kalau menurut versi Mish sendiri. mulut puaka ni bermaksud mulut busuk cam longkang.

mulut puaka adalah orang yang gemar :

  • menyebarkan fitnah
  • mengapi-apikan manusia lain
  • cakap lepas.
get the point?

kenapa perlu bermulut puaka ni eh?
  • nak cari femes
  • PHD (perasaan hasad dengki) yang tinggi
  • terasa diri banyak pahala berlebihan
setuju tak? ye ke tidak? ye ke tidak? ye ke tidak? (ala-ala Datin Wannabe)

oleh itu, orang yang bermulut puaka ni patut dihindari tau. sebab, boleh memudaratkan nama baik dan persahabatan atau hubungan. walaubagaimanapun, kalau anda adalah mangsa si mulut puaka, rasanya tak salah kot kalau anda selidik dulu cerita di sebalik cerita puaka yang anda dengar. cara terbaik, dengar puaka dari semua pihak. then nilai sendiri. sebab, orang yang baik jangan disangka tidak berpuaka tau. 

moralnya,
  1. dont judge a book by its cover
  2. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
  3. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, naikkan pointer~si. haha
  4. jangan suka ambil tau hal orang.
  5. dengar cerita tu boleh, tapi nak percaya dan sebarkan tu jangan sesekali.

Monday, February 14, 2011

Lelaki vs Perempuan : Mana Lebih Ego??

haip..moshi moshi! tiba-tiba je hari ni terasa nak buat tajuk serius pasal sifat lahiriah manusia ni. EGO. sekali lagi, E to the G to the O!! yang jugak bermaksud, bodoh sombong. err. ye ke? haha. 

tapi kali ni Mish malas la nak taip. ni Mish ada kumpul beberapa komen yang bagi Mish menjelaskan antara lelaki dengan perempuan, mana lebih ego.

anda tengok, anda baca, anda fahami, anda nilai!!

Mish ada bawak 7 orang tetamu jemputan yang mungkin ada pandangan atau pendapat sama macam korang semua. dan mugkin lain. tapi tak pe, jangan susah hati. kita baca je.layanzzz~!

**kemacuran : kemachoan.








haha..nak tergelak, nak terasa, nak menangis (eh, tiba-tiba!) pun ada bila baca segala macam pendapat dari tetamu jemputan ni. most of the pendapat tu berkenaan pengalaman diorang tentang kehidupan atau asam garam bercinta. cewwah! kan main kau. ye la. dah cari penat cari pendapat tentang ego dalam persahabatan ke, apa ke. tapi nampaknya tetamu kita lebih berminat ke arah tu. ahaks!! terima je la kan.

so, huraian saya sendiri menyatakan. kalau betul pun kita ni ego, kita takkan pernah sedar sebab yang orang duk cakap kita ego tu adalah sebenarnya salah satu cara bela diri. tak kisah la bela diri dari cerca ke, pandangan orang yang merendah-rendahkan kita ke, apa ke. yang pasti, bagi Mish, ego ni perlu ada dan biarlah bertempat ok!!

kalau lelaki, normalnya akan cakap perempuan ego, dan perempuan pulak akan cakap sebaliknya. maka, sampai kiamat pun takkan usai persoalan ni. adeh.

psst~
tetamu jemputan ni diundang dari laman web INI dan INI.

Tuesday, February 8, 2011

Perkara Yang Perlu Dibuat Bila Berhadapan Dengan PENIPU!!

korang tak pernah ke berhadapan dengan penipu ni? tak pernah ea? wah!! bertuah badan seyh!! Mish selalu berhadapan ngan penipu yang selalu je menipu konon dia ada penyakit kronik la, dah nak mati la, konon dah kawen la, padahal nak ambil kesempatan berdua-duaan ngan boyfren. ceh. menipu la kau. tak kemana pun kau nanti. ahaks! teremo sudah. adeh. kena belajar kawal hormon la macam ni. haha.

kalau macam Mish la kan. bila si penipu ni sedang menipu Mish, macam-macam cara Mish cuba praktikkan ikut atas kesesuaian masa dan tempat la. contoh nya macam :

buat-buat bodoh. seriyes. si penipu tu akan merasa sangat la fed up bila dia semangat nak MENIPU dengan cerita-cerita khayalannya tu, tapi kita boleh buat bodoh. agak-agak kalau PENIPU tu dah tak tau malu, teruskanlah bercerita. sumpah haku malas nak layan. hahaha.

buat-buat tanya dengan soalan untuk perangkap dia. ni memang selalu Mish buat. tapi tak pernah nak insaf pun. memang dasar suka MENIPU kot ni. adeh. biasanya orang yang biasa MENIPU ni jarang dia ingat cerita atau skrip asal yang di TIPUnya kepada si mangsa. so, amek la kesempatan ni dengan buat-buat tanya, "eh, bukan hari tu kau cakap....". nah, kan da kantoi. haha.

korang berpakat dengan mangsa-mangsa lain yang turut TERTIPU macam korang, untuk jumpa si PENIPU tu. lepas tu pakat gasak dia ngan soalan yang sering berlegar-legar kat minda korang yang kuat mengatakan bahawa itu adalah tipu! gasak sekuat yang boleh. kasi die semput dengan PENIPUANnya.

konon PENIPU tu cakap die balik sebab bapak dia meninggal. k fine, tapi hati kau cakap dia sebenarnya nak pergi tempat lain. apa lagi, korang tagged die dalam satu post kat FB berbunyi " takziah kepada Si Polan atas kematian bapanya semalam. Al-Fatihah " hah, agak-agak kalau adik beradik dia baca mau berasap tak hati??

siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.

Nauzubillah. mintak-mintak kita dijauhkan dengan semua ni. aminn~

cara terbaik, senyum je bila ada orang mereka-reka cerita dusta. haha. yeye je haku ni. adeh!

setiap orang ada cara tersendiri untuk melarikan diri dari penipu ni. what say u??

Friday, November 26, 2010

Makhluk Susah Hati

susah hati..susah hati kalau dapat sesuatu, susah hati kalau tak dapat sesuatu.susah hati jumpa tu, susah hati jugak kalau tak jumpa. susah hati tengok tu, susah hati tengok ni. susah hati lah segala-segala.

hurm..macam la bahagia sangat rasa susah hati tu. susah hati ni buat hidup seolah tidak bersyukur. susah hati pada yang tak penting adalah perbuatan yang merugikan hati dan otak untuk berfikir. susah hati tentang perkara yang patut amat digalakkan tapi, apakah perkara yang patut itu.

susah hati ni lama-lama boleh jadi dengki dan hasad yang memakan diri. contohnya susah hati melihat orang lain senang. susah hati melihat orang lain ada benda yang kita ada. susah hati ini membawa kepada perpecahan kaum. daripada susah hati baik kita muhasabah diri dan baiki apa yang kita susahkan sangat tu.

so, pada sesapa yang susah hati tak tentu pasal. nasihat buat kamu yang susah hati ni, please mind your own business. sebab kalau kamu masuk campur hal orang, hati kamu akan susah yang dipanggil susah hati.

ok...sekian laporan susah hati karangan Mish Lollypurp menggunakan bahasa yang kaku.

*******tadaaa!!*******

dun wori guys..jangan la baca ngan bayangkan wajah Mish ketat masa tulis ni..ni just for fun sebab malas nak tulis idea yang dalam draf. merapu lagi baik kot..hehe..Mish still ting tong cam selalu! cheesE~!!


 psst~
entri ni bukan ditujukan pada sesiapa k! hanya sebagai penghiasa update di 26hb..sekian terima kasih. cewwah!!

psst~~
perasan tak setiap perkataan kat atas sana ada perkataan susah hati. haha!