Showing posts with label klinik Simpang Pelangai. Show all posts
Showing posts with label klinik Simpang Pelangai. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Bila Dah Suka

Assalamualaikum w.b.t,

baru semalam Februari habis, hari ni dah masuk Mac. yeahh. selamat datang Mac! harap-harap Mac memberi lebih keseronokan dan kebahagiaan berbanding Februari. seperti kata kak LM jugak, semoga Mac ni Mish mampu rajin untuk mengapdet.

tadi pagi, barang-barang daripada Pharmaniaga sampai. Pharmaniaga ni kiranya kilang yang membekalkan stok ubat dan sebagainya kepada farmasi di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia. kiranya, dia amek tender la. so, berkotak-kotak la sampai tadi sampai penuh ruangan loading bay farmasi. haha. bila barang sampai, kami akan cop, sign dan lengkapkan detail kat invois tu sebagai bukti kami dapat barang tu. part tu memang serius i dont like. haha.

bila kerja yang kita tak suka, kita tak berapa nak bersungguh buat kan. tapi bila part kemas kotak, cek delivery order number, kira stok, masukkan stok. nak kena main ngan kotak-kotak berat dan ringan tu. yess! yang tu Mish suka giler. sampai lenguh pinggang baru reti nak berenti. lepas tu merungut sakit pinggang. haha. padan muka.

sama la macam bila kita suka kat seseorang, kita akan buat macam-macam supaya orang tu tau dan rasa kita punya perasaan kat dia. kita still buat macam-macam even hati kita sakit dan kita tau kita sedang disakiti. kan?

Tuesday, October 18, 2011

Potong Stim Betol Laaa...

sebelum ni meroyan duk kat farmasi sebab tak de kerja nak buat. nak packing ubat, stok tak de. nak buat inden semua dah setel minggu lepas. punya bosan sampai boleh lepak kat kedai kopi sambil bergosip. eh, tapi Mish tak de la buat sampai tahap tu. abih daya pun Mish jalan kat kaunter pendataran tu je. ehee. beramas mesra auww!

(untung duk kat kaunter pasal boleh usha abang polis..hihi)

tapi lepas ni tak boleh dah. sebab? barang dah sampai. spoillllll giler tau tak.


see?stok dah sampai. nak kena kemas, rekod, kira dan bla bla bla. tak suka langsung kerja ni. tapi best gak. tak yah senyum sampai ke dahi. sebab duk kaunter kena amalkan senyum TIGA tau...korang sebut tigaaaa..haa.tu la senyum dia. manis tau! haha.

okeh, sape yang free goyang kaki, goyang gigi mai tolong ai!

psst~
esok kena pergi majlis Perasmian Minggu Pendermaan Organ Negeri Pahang kat Universiti Malaysia Pahang. aishhh.

Wednesday, August 24, 2011

Hari-hari Muka Dia

Assalamualaikum w.b.t


kerja as pharmacy assistant ni agak memeningkan walaupun orang cakap senang je. dapat preskripsi, amek ubat, lepas tu tulis nama, bape bijik kena makan, bape kali sehari, dan las sekali tulis tarikh. haha. simple and easy kan?

tapi sebenarnya banyak lagi kerja belakang yang rumit dan pening lorh.

tapi tu belakang kire. lain kali cerita.

ni nak cerita yang geram sangat-sangat. tak tau la apa pesen (jenis) pesakit ni sorang. stat daripada minggu lepas sampai la minggu ni, hari ni. berderet muka dia je yang datang kat klinik ni. sabo je lah. hari ni dia bawak laki dia sakit, esok dia bawak anak sulong dia, then anak kedua dia, then anak bongsu dia. lepas tu dia pulak yang sakit. lepas tu ulang balik routate tu dari laki dia.

silap-silap lepas ni jiran-jiran sekali dia angkut. adoi.

tak tau la apa yang seronoknya datang klinik ni. nak daftar dah kena menunggu satu hal. nak gi jumpa MA (medical assistant) dah satu keje nak nunggu. nak amek ubat pun tunggu lagi. adoi. tak tensyen ke main tunggu-tunggu ni. sanggup pulak dia eh. hoho.

setiap kali nampak muka dia masuk klinik, kami akan mengeluh. pffft~

Sunday, August 21, 2011

Akibat terlalu MEMERUK.


Baca baik-baik tajuk entry tu okeh. Bukan Mish jadi beruk or what. Tapi MEMERUK ok. Means, lama sangat duk kat tempat yang terceruk la lebih kurang maksudnya. Hehe. Memandai je kan. Kalau bukak kamus dewan konpem tak de perkataan ni. Kamus dewan tu tak update lagi. Haha.


Sekejap je masa berlalu. Lip lap lip lap dah nak sebulan dah Mish keje. Minggu depan genapla sebulan Mish kerja. Dan bersamaan sebulan jugaklah Mish terceruk memeruk kat sini. Sekali sekala je berderap ke Bahau atau Senawang. Tapi apalah sangat.


Sampaikan cerita baru kat pawagam pun Mish tak tau cerita apa yang hot skang. Rindu giler kat panggung wayang. Sob sob. Padahal dulu Mish la hantu wayang. Culture shock kejap duk cnie. Tapi tak pe la. Boleh save duit. Hehe.


Untung jugak Mish duk tempat yang terceruk dan buat Mish memeruk macam ni. Tempat ni kalau nak cari kedai makan memang susah. Sampaikan kalau nak makan sedap sikit, kami kena makan kat Simpang Durian di Jelebu sana. Setengah jam je pun. Tapi macam tak berbaloi kan. Sekali sekala boleh la. Tapi kalau kerap sangat. Mampuihhh la wey. Haha. So, kebaikan yang Mish dapat is, Mish makin pandai memasak. Haha. Main bantai je. tapi lulus la setakat nak bela perut suami sorang. Hehehe.


Kesimpulannya, meh la memeruk beramai-ramai dengan ai di Simpang Pelangai..hehe.

Tuesday, August 2, 2011

Baru Seminggu Posting Dah Buat Hal Kecoh Satu Klinik.

as salam semua! hehe.

semalam Mish nekad nak balik lambat untuk rehat tengah hari tu. staff lain semua dah balik tinggal la Mish sorang kat Farmasi tu. niat nak online la kan. nak jenguk kawan-kawan sorang dua. update blog apa semua.

dalam pukul 1.45 pm Mish pun bergegas balik sebab nak solat Zohor. pukul 2 dah masuk kerja.

bila Mish datang pukul dua je, Mish cari la kunci. semua poket Mish seluk. tak de. err. dah mula cuak. takut. seram semua rasa la ada time tu. bayangkan, dah la budak baru. tiba-tiba buat perangai, malu tak? haha.

5 minit lepas tu staff farmasi lain datang. Mish ingatkan dorang ada la kunci spare. sekali smeua tak de. tinggal kat dalam. hampeh.

kecoh satu klinik sebab farmasi bukak lambat semalam. haha. patient berderet menunggu. semua salah budak baru nih. kah kah kah. padan muka. sape suh tempat ni tak de tenet. tak pasal-pasal Mish kena stay kat farmasi untuk online. haha.