taip entry sambil makan ais batu campur (ABC).tiga warna. merah putih kuning. ade strawberry kat atas. pastu siap de topping chocolate. kat atas topping tu dia ada taburan coklat cip yang warna warni tu. sangat best, ok. pastu straw warna pepel siap design yang berbelit-belit macam ular kena palu tu. hujung cawan ada hirisan sunkist. slurpp....sedapppp dan marvellous dan delicious!!
ok, intro tu hanya la imaginasi terlampau penulis. tiada kena mengena planet dan angkasa ok. merapu! mood sangat penat plus lotih dan ngantuk. kalau ngantuk nape tak tidor. kan kan? sebab perut lapar dan tekak kegersangan. ciss. ayat kegersangan sedikit geli untuk digunakan oleh gadis sopan sotong dan lemah lembu macam i. yeww!!
tengah hari tadi tolak dari rumah ke bandar KT dalam pukul 12 tengah hari. pastu hari hujan. jalan licin.dan so many lori atas jalanraya tadi. perasan jalanraya, padahal jalan kampung je. haha. keadaan jalan yang berlopak lopak bikin perjalanan makin panjang tempohnya. lepas tu bla..bla..bla..bla...sebab korang dah tidur dengar cerita bosan dari saya. auww..i'm hurting!!haha. jangan bosan pliss. *muka comel sedang jelir manja*
meh layan kalkulasi (calculation) untuk perbelanjaan Mish hari ni. ok anak-anak Sidek. anak bukan Sidek pun boley join. haha.
1 ) Mydin Mall ..................... RM 57.60
2 ) Guardian ......................... RM 37.35
3 ) The Store ........................ RM 18.99
4 ) Pasar Payang .................. RM 22.00
5 ) Sabasun (tingkat atas) ..... RM 28.55
6 ) Sabasun (tingkat bawah).. RM 96.25
7 ) Bil Broadband..................RM 70.00
8 ) PSI (alat tulis) ..................RM 11.15
TOTAL = RM 341.89
wow!!jangan tanya Mish beli apa dengan duit banyak tu yang mengalir bagaikan air di Sungai Lui. haha. sebab Mish pun tak tau. sedar tak sedar. dompet berat. berat giler wes. berat ngan duit syiling RM3. duit kertas leh bilang ngan hidung tau. haha. kering wa beb.
broadband tu Mish saja lebihkan RM20 sebab Mish takut elaun bulan depan tak sempat nak cover. almaklum la. i ni kalau duk kolej. keje tetiap weekend, membizikan diri di bandaraya KL. haha. mana tak pokai cik kak oi. padan la muka ko. haha. insyaAllah sem depan nak mula jinak-jinakkan diri ngadap buku pada hari minggu di hostel. ok, sila masukkan ke telinga kiri dan keluar melalui telinga kanan.
maka dengan ini, Mish nak tanya. masihkan kamu para jejaka sudi melamar Mish??haha. tak sampai sebulan poket dah pokai. hey hey, Mish beli barang berguna ok. berguna la sangat. haha. wahai Encik Pen. Peg. Farmasi. cepat la amek saya wat bini. ahaks! gatal miang gedikkk la kaw!
gambar budak ngah majok masa makan kat Restoran Tenang Seafood. tiada kena mengena ngan entri. wuhuhu
psst~
tak sempat nak balas jejak kamu semua ye sayangku. pasal penat sangat. ni pun update sebab tangan gatal nak taip. otak bizi nak merapu. alih-alih, entry patotnya 2 perenggan, jadi berperenggan-perenggan. ikhlas kan diri yea kalau jenguk blog pepel ni. huhu. mekasih melawat.
psst~
buat suzi, calculation tu eklas aku wat supaya ko tengok sendiri poketku kering. sem depan ko jadi sugar mummy aku ea...hehehe.