Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Kenapa Jadi Student Duit Cepat Habis?

setiap dari kita mesti pernah jadi student kan? best tak jadi student? mana best dari bekerja eh? hehe. kalau kerja selalu je orang cakap best sebab dah dapat pegang duit sendiri. tak kisahla gaji berapa pun. yang penting duit tu hasil dari titik peluh sendiri. 

kalau jadi student lak biasanya banyak bergantung ngan : 
  • ibubapa ---> tu pun takkan la nak mintak banyak-banyak kan. kena la pikir jugak. dah tua-tua malu la nak mintak duit ngan umi dan abah. tak de duit camane pun mesti kena pandai-pandai cari jalan nak survive. kecuali dah terdesak kan.
  • biasiswa / pinjaman -----> kalau yang ni pulak tenat jugak kot. sebab duitnya terhad. so, pengurusan kenala betul kalau tak nak makan megi di kemudian hari. hehe. lepas tu kalau dapat biasiswa tu alhamdulillah la. kalau yang pinjaman tu, hurm..sakit sikit la kot. kan kan.
  • pendapatan sendiri -------> ehee.. yang ni bagi student yang rajin dan berdikari la. macam-macam cara untuk dapat duit sendiri walaupun bergelar student. online business ke apa ke. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. kan kan?
so, dari mana-mana pun sumber kewangan kita tu. kalau tak digunakan ke jalan yang betul. tak kemana jugak kan. duit sekarang macam air. nak masuk tandas pun sekarang dah 50sen kalau kat The Mall tu. mahal wey. nak pi membuang je pun. tapi dah terdesak RM1 pun sanggup kan. macam kat Plaza Low Yat tu. huhu.

so, meh nak tanya sikit nih. masa zaman u olls jadi student dulu kan. ataupun sedang bergelar student skang. apa eh yang menyebabkan duit tu jadi laju je keluar. tapi dah tau yang nak masuk tu punya la susah. bak kata Bulan. hidup ni macam turun naik tangga. duit pun macam tu jugak kot.

kalau jadi student ni macam-macam benda yang nak kena duit kan.  contoh cam beli buku rujukan la, kertas A4, barang untuk projek setiap sem,fotostat nota, beli tu beli ni. kejap je duit habis.

tu kalau guna jalan yang betul rasa la berbaloi gak. tapi Mish sendiri pun as a student banyak je membazir tang mende lain. untuk kegunaan luar akademik. hehe. aihh. tak reti la nak jimat. tak tau nape. antaranya cam : 

  • berfesyen : duk sibuk beli baju baru la, tudung la, seluar la. macam-macam la. padahal kalau tak beli pun bukan rugi. sama je. aihh.. 
  • outing : hoho. ni pun sama. macam mati je kalau duk diam-diam kat hostel. nak jugak keluar. bila keluar tu barang yang tak perlu pun rasa macam perlu. bila dah beli tu bukan guna sangat. nampak sangat nafsu je lebih. teruk-teruk.
  • tengok wayang : haha. kalau si hantu wayang tu memang tak boleh lari la dari melabur duit ke arah ketiadafaedahan ni kan.:P
  • eating : yang ni memang tak boleh nak kawal ok. memang dari kecik lagi memang tak pandai nak kawal nafsu makan. duit ada ke tak de ke. kalau dah rasa nak makan tu. memang kebiasaan takkan pikir dua kali. sebab kalau pikir memang rasa menyesal tak habis. korang pun macam ni ke ek?

kan kan. korang yang student tu mesti selalu habiskan duit untuk mende alah ni kan. siapa tipu dosa woo...mostly perempuan la. kalau lelaki tak tau la macam mana. banyak lagi yang nak share. tapi dah malas nak taip. haha.

Tuesday, December 21, 2010

Salam Kepenatan dan Salam Kekeringan

taip entry sambil makan ais batu campur (ABC).tiga warna. merah putih kuning. ade strawberry kat atas. pastu siap de topping chocolate. kat atas topping tu dia ada taburan coklat cip yang warna warni tu. sangat best, ok. pastu straw warna pepel siap design yang berbelit-belit macam ular kena palu tu. hujung cawan ada hirisan sunkist. slurpp....sedapppp dan marvellous dan delicious!!

ok, intro tu hanya la imaginasi terlampau penulis. tiada kena mengena planet dan angkasa ok. merapu! mood sangat penat plus lotih dan ngantuk. kalau ngantuk nape tak tidor. kan kan? sebab perut lapar dan tekak kegersangan. ciss. ayat kegersangan sedikit geli untuk digunakan oleh gadis sopan sotong dan lemah lembu macam i. yeww!!

tengah hari tadi tolak dari rumah ke bandar KT dalam pukul 12 tengah hari. pastu hari hujan. jalan licin.dan so many lori atas jalanraya tadi. perasan jalanraya, padahal jalan kampung je. haha. keadaan jalan yang berlopak lopak bikin perjalanan makin panjang tempohnya. lepas tu bla..bla..bla..bla...sebab korang dah tidur dengar cerita bosan dari saya. auww..i'm hurting!!haha. jangan bosan pliss. *muka comel sedang jelir manja*

meh layan kalkulasi (calculation) untuk perbelanjaan Mish hari ni. ok anak-anak Sidek. anak bukan Sidek pun boley join. haha.

1 ) Mydin Mall ..................... RM 57.60
2 ) Guardian ......................... RM 37.35
3 ) The Store ........................ RM 18.99
4 ) Pasar Payang .................. RM 22.00
5 ) Sabasun (tingkat atas) ..... RM 28.55
6 ) Sabasun (tingkat bawah).. RM 96.25
7 ) Bil Broadband..................RM 70.00
8 ) PSI (alat tulis) ..................RM 11.15

TOTAL =  RM 341.89

wow!!jangan tanya Mish beli apa dengan duit banyak tu yang mengalir bagaikan air di Sungai Lui. haha. sebab Mish pun tak tau. sedar tak sedar. dompet berat. berat giler wes. berat ngan duit syiling RM3. duit kertas leh bilang ngan hidung tau. haha. kering wa beb.

broadband tu Mish saja lebihkan RM20 sebab Mish takut elaun bulan depan tak sempat nak cover. almaklum la. i ni kalau duk kolej. keje tetiap weekend, membizikan diri di bandaraya KL. haha. mana tak pokai cik kak oi. padan la muka ko. haha. insyaAllah sem depan nak mula jinak-jinakkan diri ngadap buku pada hari minggu di hostel. ok, sila masukkan ke telinga kiri dan keluar melalui telinga kanan.

maka dengan ini, Mish nak tanya. masihkan kamu para jejaka sudi melamar Mish??haha. tak sampai sebulan poket dah pokai. hey hey, Mish beli barang berguna ok. berguna la sangat. haha. wahai Encik Pen. Peg. Farmasi. cepat la amek saya wat bini. ahaks! gatal miang gedikkk la kaw!

gambar budak ngah majok masa makan kat Restoran Tenang Seafood. tiada kena mengena ngan entri. wuhuhu

psst~
tak sempat nak balas jejak kamu semua ye sayangku. pasal penat sangat. ni pun update sebab tangan gatal nak taip. otak bizi nak merapu. alih-alih, entry patotnya 2 perenggan, jadi berperenggan-perenggan. ikhlas kan diri yea kalau jenguk blog pepel ni. huhu. mekasih melawat. 

psst~
buat suzi, calculation tu eklas aku wat supaya ko tengok sendiri poketku kering. sem depan ko jadi sugar mummy aku ea...hehehe.